• Tiada Hasil Ditemukan

Adakah model pengukuran dalam model hipotesis kecenderungan seksual sepadan dengan data kajian

BAB 4 KEPUTUSAN

5.4 Adakah model pengukuran dalam model hipotesis kecenderungan seksual sepadan dengan data kajian

179

5.4 Adakah model pengukuran dalam model hipotesis kecenderungan

180

kepercayaan dan perubahan fisiologi(Wight, Plummer, & Ross, 2012) tubuh badan, tingkah laku Giordano, (2006) proses perpeluhan, keletihan fizikal (Yamada &

Demura, 2012) kitaran hormon (Schneider & August, 2011) kelegaan emosi Muehlenhari, (2013)yang merujuk kepada aspek fisilogi dan psikologi dalam model Health Related Fitness dibina secara jelas dan mudah difahami. Item yang mengaitkan aspek seks walaupun dihubungkan dengan perkara apa sekali pun mendatangkan minat dan tarikan kepada remaja (Florsheim, 2012;Crouter& Booth,2006; Ordaz &

Luna, 2012; Bleakley, Hennessy, & Fishbein, 2011).

Dalam 27 item soal selidik, soalan mengaitkan kecenderungan seksual dengan bersukan secara positif dan pernyataan soalan yang negatif telah memudahkan responden memahami soalan yang ditanya. Sebagai contoh soalan“ saya bersetuju bersukan boleh meredakan keinginan seksual” “bersukan menjadikan saya tidak selesa” mengaitkan dua aspek penting secara ringkas. Oleh itu pilihan jawapan yang diberi meningkatkan jangkaan pemikiran responden berkaitan kesan bersukan dengan kecenderungan seksual.

Penemuan konstruk kesan bersukan dengan kecenderungan seksual memberi implikasi bahawa pembolehubah baru ini menyumbang kepada perkembangan ilmu pengetahuan (Levine et al., 2012; Dhikav et al., 2010). Kajian mengaitkan kesan bersukan dengan akademik, kendiri, penyakit tertentu banyak mendapat perhatian para pengkaji. Kaitan kesan bersukan dengan kecenderungan seksual mengukuhkan lagi sumbangan kajian dari segi penambahan pembolehubah baru, konsep serta mengaitkan isu ini dalam bidang sukan (Hsiao et al., 2012; Vignera et al., 2012).

181

Soal selidik mengenai konstruk kesan bersukan dalam fenomena kecenderungan seksual didapati fits dengan data kajian. Secara tidak langsung menunjukkan remaja mengakui bahawa bersukan memberi pelbagai kelebihan yang mereka tidak jangkakan. Bersukan meningkatkan tahap kesihatan dan meningkatkan faedah psikologi (Stanforth et al., 2011) seperti membaiki emosi terabai dan meningkatkan aspek-aspek berkaitan kendiri Smith, (2013). Apabila data kajian berupaya memberi maklum balas positif ini bermakna remaja secara praktikalnya merasai kesan bersukan namun begitu kemungkinan untuk menghuraikannya agak sukar. Dalam keadaan ini cogan kata “badan sihat otak cergas” paling tepat membayangkan perubahan psikologi yang diperolehi. Berdasarkan soalan yang ditanya remaja berupaya memproses dan memahami kemahuan soalan dengan baik.

5.4.2 Emosi kognitif dan kecenderungan seksual

Konstruk emosi dan kognisi sepadan dengan model hipotesis yang dihasilkan. Item-item yang dibina menguji hal-hal berkaitan mempersepsi emosi, mengenali emosi, memahami emosi dan mengurus emosi. Perkataan emosi dan kognisi itu sendiri adalah biasa didengari oleh kebanyakan remaja (Pane et al., 2011;

Driscoll, 2013; Salguero, Palomera, & Fernández-Berrocal, 2012). Apabila emosi dan kognitif dikaitkan dengan kecenderungan seksual menjadikan soalan jelas pada responden bahawa mereka sedang disoal mengenai item yang bersangkutan dengan seks.

Jika dibandingkan dengan soalan yang diwujudkan dalam konstruk emosi dan kognisi, soalan dibina berkaitan dengan diri responden relevan dengan kecenderungan seksual dan bersifat sopan sesuai dengan objektif kajian. Hasilnya

182

emosi dan kognisi mereka diterjemahkan dengan kesepadanan konstruk ini. Contoh soalan “keinginan seksual boleh dihalang dengan pemikiran rasional”, saya kerap keliru dengan emosi saya” mudah difahami dan bersifat berterus terang (Bao&

Swaab, 2011). Integrasi aspek emosi dan kognisi terutama berkaitan empat konstruk dalam Teori Four Branch Ability membolehkan mereka membuat keputusan berkaitan dengan kehidupan yang sepatutnya sebagai remaja berumur 17 tahun (Blakemore, Burnett, & Dahl, 2010). Keseimbangan aplikasi item yang diwujudkan membantu aspek emosi dan kognisi dikenalpasti setepat yang mungkin.

Oleh itu, dapatan kajian terhadap item dari konstruk emosi dan kognisi dengan kecenderungan seksual sepadan dengan data yang dikutip daripada responden.

Soalan berkaitan emosi dan kognisi dibina perlu menekankan logik mengatasi perasaan terutama membuat membuat keputusan dalam hal yang melibatkan seksual (Bay-Cheng, Livingston, & Fava, 2011). Membuat keputusan memerlukan asas logik dan rasional (Hines, 2010). Peranan emosi dan kognisi berkaitan aspek seks mempengaruhi remaja terutama berkaitan perasaan keseronokan yang dirasai dan rasa takut dengan perlakuan seks tanpa nikah.

5.4.3 Keinginan seksual dan kecenderungan seksual

Konstruk keinginan seksual adalah aspek implisit yang wujud dalam diri remaja seiring dengan perkembangan fitrah kedewasaan (Forbes & Dahl, 2010; Beltz,

& Berenbaum, 2013). Item-item yang ditanya lebih bersifat introspeksi dan menyentuh sedekat yang boleh mengenai keinginan, dorongan, kemahuan yang terpendam dalam diri remaja. Soalan bukan hanya sekadar menyemak pengetahuan responden malahan mengenalpasti keterlibatan dan tingkahlaku serta kehendak

183

mengenai seks tetapi lebih menjurus kepada keinginan seks yang diketahui secara senyap. Sebagai contoh “adalah perkara biasa mempunyai teman lelaki”, “pada saya berdating lebih kepada mengenali hati pasangan masing-masing. Oleh itu, dengan soalan yang menyemak hal-hal berkaitan dalaman diri mereka respon yang diberikan adalah positif. Konstruk keinginan seksual sepadan dengan data kajian.

Keinginan seksual pada peringkat remaja dan orang dewasa adalah berbeza (Grossman, Foss,& D'Augelli, 2014). Pada peringkat remaja, keinginan seksual yang dirasai kerapkali disekat oleh golongan dewasa dengan teguran supaya hal berkaitan seks tidak berada dalam fikiran mereka (Langhaug et al., 2011). Kewujudan situasi rasa bersalah oleh golongan dewasa apabila remaja menunjukkan kecenderungan seks menyebabkan aspek ini gagal ditangai dengan sebaiknya dan peningkatan terhadap masalah berkaitan seks dalam golongan remaja sepertimana dalam masalah kajian yang dibentangkan dalam bab satu dan sorotan literatur di bab dua.

Namun begitu, konstruk keinginan seksual dapat dirungkai dalam diri remaja dengan soalan yang tidak konservatif, bertanyakan perkara-perkara asas sahaja serta tidak memberi persepsi negatif pada remaja Halpern, (2011). Sebagai contoh Kajian oleh Charmaraman, Lee, & Erkut, (2012) untuk menilai pelajar gred enam mengenai topik berkaitan seks bagi membina pendidikan seks dan penjagaan kesihatan seksual mendapati soalan yang ditanya adalah berterus terang dan terus kepada matlamat yang ingin diketahui pengkaji. Antara contoh soalan dari konstruk aktiviti dan tingkah laku seks dalam kajian tersebut ialah “Someone told me that sex hurts the first time for women, is that true?”, dari konstruk motivasi seks “Why do people have sex?”, soalan berkaitan pencegahan seks “What happens to a man if he uses an expired condom?”soalan dari konstruk limitasi dan situasi seks “Can two penis’ fit into one

184

vagina?: “Is it ok to have an erection when you aren’t sexually influenced?” konstruk sejarah seksual “Have you ever had sex? Dapatan kajian mereka adalah relevan dengan data untuk membina modul penjagaan kesihatan seksual remaja. Menurut pengkaji lagi soalan yang ditanya perlu diluar pengetahuan kebiasaan dan jauh dari kaedah tradisional.

5.4.4 Perasaan keintiman serta seks sukarela dan kecenderungan seksual

Perasaan keintiman dan seks sukarela mempunyai elemen-elemen mengenai tingkahlaku seksual yang diketahui remaja dan kemungkinan-kemungkinan mereka mengaplikasi perbuatan tersebut. Pengkaji mengharapkan remaja memberikan jawapan positif agar andaian kecenderungan seksual berkaitan dengan perasaan keintiman dan seks sukarela membolehkan model hipotesis kecenderungan seksual sepadan dengan data kajian. Hasil positif dalam Baseline Comparison melebihi nilai antara .90 hingga .95 menunjukkan model kajian sepadan dengan data yang dianalisis.

Konstruk ini mempunyai elemen-elemen subjektif dan sukar tetapi dapat dibina berlandaskan teori, pembolehubah serta pengetahuan yang menjadi asas kajian iaitu perubahan fisiologi tubuh badan juga menghasilkan perubahan psikologi.

Mengobjektifkan elemen-elemen subjektif supaya difahami oleh responden membolehkan tujuan kajian menepati ramalan dan hipotesis nul ketiga kajian ini diterima. Sebagai contoh “ pada saya seks adalah normal”, saya mengetahui mengenai kaedah seks selamat” keinginan seks yang timbul dalam diri adalah proses semulajadi” lebih bersifat normal berbanding item-item yang ditanya dalam Sexual Belief Scale Muehlenhard (1987) yang mengukur lima kepercayaan mengenai skala rogol. Item dengan 20 soalan dan empat subskala dapat mengukur kepercayaan

185

bagaimana rogol berlaku. Soalan seperti “during sex, guys should be in control”, it’s really arouse girl when guys dominate them in bed”. Soal selidik Sexual Belief Scale juga ditadbir pada remaja oleh Goodchilds dan Zellman, (1984).

Kehidupan remaja penuh dengan transformasi dan perubahan Arain et al.

(2013). Ujian MRI mendapati otak remaja kekal dalam mode aktif ketika mereka mencapai baligh. Proses myelinogenesis dan neurocircuitry berfungsi dalam peningkatan hormon seks (estrogen, progesterone, and testosterone) semasa baligh Blakemore, (2012). Perlepasan neurotransmitter turut memberi kesan ke atas aspek yang dikenali sebagai persekitaran neurotoksik termasuklah tingkahlaku seks yang tidak relevan serta merokok, alkohol dan dadah (Gavin, MacKay, Brown, et al., 2009). Imbasan otak mendapati nucleus accumbens di bahagian limbik sangat sensitif dan menghantar impuls untuk bertindak apabila berhadapan dengan peluang dan motivasi yang menyeronokan. Keadaan ini menjadikan perasaan keintiman dan mengambil risiko terhadap aspek-aspek seks mengatasi motivasi lain Sanders, (2013).

Konstruk perasaan keintiman dan seks sukarela menjadi antara aspek yang berjaya diteroka dalam asas membina model hipotesis kajian ini. Asas kepada pertemuan sehingga menzahirkan hubungan seksual adalah berasaskan kesukarelaan (Adams & Williams, (2011). Ini adalah antara sebahagian proses dinamik berbentuk keintiman yang wujud tanpa kawalan di mana-mana bahagian otak dan disebabkan mereka adalah remaja maka perasaan ini wujud (Bakker, Ormel, Verhulst, &

Oldehinkel, 2010). Mengenalpasti konstruk ini melengkapkan penerokaan berkaitan kecenderungan seksual bagi tujuan kajian ini kerana setiap aspek mengenai remaja berupaya ditinjau bagi memenuhi objektif serta soalan kajian.

186