• Tiada Hasil Ditemukan

Amalan-Amalan Pelajar dalam Menghasilkan KKS

Peringkat 6 dan 7 SSM: Perubahan yang Diingini dan Boleh Dicapai serta Tindakan untuk Menambah Baik Situasi Bermasalah

4.3. PERMASALAHAN DARIPADA ANALISIS SOAL SELIDIK

4.3.2. Amalan-Amalan Pelajar dalam Menghasilkan KKS

Amalan-amalan pelajar dalam menghasilkan KKS meliputi cara menentukan topik kajian, persediaan sebelum memulakan kajian, tempat mencari maklumat dan membuat rujukan, cara-cara pengumpulan maklumat, cara-cara menghasilkan kajian, cara penulisan petikan, cara penulisan rujukan/bibliografi dan kriteria penilaian pelajar ke atas KKS

a) Cara Menentukan Topik Kajian.

Jadual 4.6 menunjukkan bahawa dalam menentukan sesuatu topik kajian, ramai pelajar telah memilih topik kajian berdasarkan minat (166, 86%) dan memilih topik yang telah diketahui (140, 72.5%). Cara pelajar menentukan topik kajian menunjukkan bahawa pelajar boleh membuat keputusan dalam menentukan topik kajian yang akan dijalankan. Ada pelajar yang mengambil jalan mudah dengan memilih topik yang pernah ditulis oleh abang/kakak (37, 19.2%) dan memilih topik yang dipilih oleh rakan-rakan (30, 15.5%) atau

yang dicadangkan oleh ibubapa. Kriteria lain yang digunakan oleh pelajar seperti memilih topik berdasarkan topik yang lebih mencabar, topik yang mudah dihurai, topik yang memberi faedah, topik yang mudah dan mempunyai banyak sumber rujukan, juga jelas menunjukkan bahawa pelajar tahu untuk menentukan skop topik yang menjadi pilihannya.

Maklumbalas ini membayangkan bahawa pelajar telah menunjukkan perilaku orang yang berkemahiran maklumat asas iaitu boleh membuat pemilihan topik dalam jangka masa yang ditentukan.

Jadual 4.6: Kriteria Pemilihan Topik Kajian

Perkara Kekerapan Peratus

Memilih topik berdasarkan minat 166 86.0

Memilih topik yang telah diketahui 140 72.5

Memilih topik yang diberikan oleh guru 138 71.5

Memilih topik semasa 127 65.8

Memilih topik yang pernah ditulis oleh abang/kakak 37 19.2 Memilih topik yang dipilih oleh rakan-rakan 30 15.5 Memilih topik yang dicadangkan oleh ibubapa 30 15.5 Lain-lain pemilihan:

a) topik yang lebih mencabar b) topik yang mudah dihurai c) topik yang memberi faedah

d) topik yang mudah dan banyak sumber rujukan

1 1 1 1

0.5 0.5 0.5 0.5

b) Persediaan Sebelum Memulakan Kajian.

Antara aktiviti kebiasaan pelajar sebelum memulakan kajian termasuk menyenaraikan keperluan, membina soalan-soalan, membuat rangka kajian, membuat pembacaan umum,

dan meneliti topik-topik yang sama untuk dinotakan. Jadual 4.7 menunjukkan sebilangan besar pelajar telah memilih untuk menyenaraikan keperluan sebagai pilihan pertama (83, 43%) atau telah memilih membuat rangka kajian sebagai pilihan pertama (47, 24.3%).

Hanya sebilangan kecil sahaja memilih untuk membuat pembacaan umum sebagai pilihan pertama (25, 12.9%). Tidak ramai pelajar yang memilih untuk membina soalan sebagai pilihan pertama, kedua dan ketiga. Malah sebanyak 54.9% (106) tidak memilih untuk membina soalan sebagai persediaannya sebelum memulakan kajian. Hasil ini menampakkan bahawa pelajar telah menunjukkan perilaku boleh membentuk strategi.

Strategi yang diambil ialah menyenaraikan langkah-langkah dan bahan yang diperlukan.

Perilaku ini selaras dengan perilaku tahap pertama seseorang yang LM iaitu boleh membuat keputusan menentukan topik dan merangka strategi untuk memulakan pencarian maklumat

Jadual 4.7: Taburan Strategi Pelajar Sebelum Memulakan Kajian (n=193)

Strategi Pilihan 1 Pilihan 2 Pilihan 3 Tidak Memilih

f % f % f % F %

Menyenaraikan keperluan 83 43.0 50 25.9 17 8.8 18 9.3 Rangka kajian 47 24.3 42 21.7 45 23.3 22 11.3 Membuat pembacaan

umum

25 12.9 50 25.9 50 25.9 15 7.7

Membina soalan 9 4.6 21 10.8 33 17.0 106 54.9 Lain-Lain:

a) berbincang dengan guru

b) mencari bahan rujukan c) melayari internet

1 1 1

0.5 0.5 0.5

0 0 0

100 100 100

0 0 0

100 100 100

192 192 192

99.4 99.4 99.4 f = frekuensi

d) Lokasi Pencarian Maklumat dan Membuat Rujukan

Dalam kajian ini pelajar lebih cenderung untuk mencari maklumat di Pusat Sumber Sekolah (PSS) dan mencari maklumat di Internet berbanding di Perpustakaan Awam seperti jadual 4.8. Hasil ini dapat dijangka kerana mereka tinggal di sekolah yang berasrama. PSS merupakan lokasi yang menjadi tumpuan utama kepada pelajar-pelajar untuk mencari maklumat. Walaupun tumpuan pelajar-pelajar ini lebih kepada PPS namun dapatan ini menunjukkan bahawa pelajar memperlihatkan perilaku yang boleh menstrategik pencarian dengan mencari maklumat-maklumat yang diperlukan seperti mencari bahan di PSS (88%), melayari Internet (84.5%), dan menggunakan pelbagai sumber lain seperti melawat Perpustakaan Awam (39.8%) atau tempat-tempat lain seperti Arkib Negara (5.1%), kedai buku (4.1%) , rumah kawan (2.6%) dan Majlis Perbandaran (0.5%).

Jadual 4.8: Lokasi Pencarian Maklumat dan Membuat Rujukan (n=193)

Tempat Mencari Maklumat Kekerapan Peratus

Pusat Sumber Sekolah 170 88.0

Melayari Internet 163 84.5

Perpustakaan Awam 77 39.8

Lain-lain:

Arkib Negara Kedai buku Rumah kawan Majlis Perbandaran

10 8 5 1

5.1 4.1 2.6 0.5

d) Jenis bahan yang dirujuk dalam Mengumpul Maklumat.

Jadual 4.9 menunjukkan walaupun pelajar-pelajar telah menggunakan pelbagai sumber maklumat dalam kajian mereka namun tumpuan adalah lebih kepada mencari maklumat melalui buku (97.4%). Hanya 2.6% (5) pelajar sahaja yang tidak memilih cara ini. Di antara masalah-masalah yang dikemukakan oleh pelajar ketika mengumpul maklumat adalah berkaitan sumber maklumat yang tidak mencukupi di PSS seperti:-

a) Bahan rujukan tidak mencukupi di PSS.

b) Kesukaran mencari bahan,

c) Kurang maklumat/maklumat tidak mencukupi, d) Tiada perkhidmatan Internet di sekolah, e) Tiada perkhidmatan Internet di rumah, f) Tidak mahir menggunakan Internet, g) Tidak memahami kehendak tugasan, h) Tidak tahu cara mencari bahan, i) Ibubapa tidak memberi sokongan.

Walaupun pencarian maklumat di Internet menjadi kegemaran pelajar-pelajar (83.4%), namun pelajar-pelajar menghadapi kesukaran untuk mendapatkan perkhidmatan ini.

Sekiranya perkhidmatan Internet di sekolah tidak disediakan mengikut keperluan pelajar yang terhad kebebasannya untuk keluar sekolah, ditambah dengan situasi pelajar yang sentiasa sibuk menjalani rutin harian di asrama, maka peluang untuk pelajar menggunakan perkhidmatan ini adalah terbatas. Pelajar hanya berpeluang menggunakan perkhidmatan Internet apabila tiba giliran untuk pulang bercuti ke rumah masing-masing. Sekiranya di rumah tidak memiliki talian Internet, pelajar-pelajar akan terus kehilangan peluang untuk menggunakan Internet sedangkan sumber maklumat melalui Internet pada waktu ini adalah pelbagai. Ini bermakna kaedah pelajar mencari maklumat elektronik boleh diperbaiki

sekiranya pelajar-pelajar diberi kemudahan dan didedahkan dengan strategi pencarian maklumat yang betul.

Jadual 4.9: Cara-Cara Pengumpulan Maklumat Pelajar (n=193)

Perkara Memilih Tidak

Memilih

Jumlah

f % f % 193

Mencari maklumat daripada buku 188 97.4 5 2.6 193

Mencari maklumat daripada Internet 161 83.4 32 16.6 193 Mencari maklumat daripada keratan akhbar 133 68.9 60 31.1 193

Merujuk kamus/ ensiklopedia 125 64.7 68 35.3 193

Merujuk risalah, brosur dan pamphlet 85 44 108 56 193

Meneliti indek-indek 64 33 129 67 193

Melawat tapak kajian/soal selidik 46 23.8 147 76.2 193 Lain-Lain:

a) bertukar maklumat dengan kawan b) mencari buku di kedai buku

c) Meneliti kajian yang pernah dilakukan oleh orang lain

d) Merujuk topik yang berkaitan

18 15

10 8

9.3 7.8

5.2 4.2

175 178

183 185

90.7 92.2

94.8 95.8

193 193

193 193 f = frekuensi

e) Cara-Cara Menghasilkan Kajian

Jadual 4.10, menunjukkan bahawa pelajar boleh mengesan, memilih, menilai, mengurus, menganalisa, mengolah dan mengulas maklumat. Pelajar menyatakan bahawa mereka telah membandingkan maklumat daripada sumber yang berbeza (68.9%), menyusun maklumat mengikut kategori pendahuluan, isi dan penutup (91.1%), merumus maklumat dengan menghubungkait maklumat yang diperolehi dengan isu-isu semasa (73.5%) dan merumus maklumat yang diperolehi dengan menggunakan ayat mereka sendiri (69.6%). Perlakuan

ini adalah selaras dengan mereka yang disifatkan sebagai LM tahap 3, 4 dan 5. Walau bagaimanapun, dalam mempersembahkan maklumat, pelajar didapati gagal memperlihatkan perlakuan beretika. Ini berikutan kenyataan hanya 56.9% sahaja pelajar yang menulis rujukan/bibliografi terhadap sumber-sumber maklumat yang digunakan dan 33.1% sahaja yang membuat petikan (memetik kata-kata dari sumber maklumat) di dalam teks penulisannya.

Jadual 4.10: Cara-Cara Pelajar Menghasilkan Kajian.

Perkara Kekerapan Peratus

Menyusun maklumat mengikut kategori (pendahuluan, isi, penutup)

176 91.1

Merumus dengan menghubungkait maklumat yang diperolehi

142 73.5

Membandingkan maklumat daripada sumber yang berbeza

133 68.9

Merumus maklumat yang diperolehi dengan menggunakan ayat sendiri

117 60.6

Menulis rujukan/bibliografi terhadap sumber-sumber yang digunakan

110 56.9

Membuat petikan dalam teks. 64 33.1

f) Cara Penulisan Petikan

Berdasarkan Jadual 4.11, di dapati bahawa pelajar kurang pasti untuk menentukan cara penulisan petikan yang betul. Hanya 59.6% (71) pelajar yang menyatakan bahawa petikan dalam bahasa asing perlu ditulis dengan terjemahan dan seramai 27.7% (33) pula menyatakan petikan dalam bahasa asing tidak perlu ditulis terjemahannya.Ini menunjukkan

bahawa pelajar tidak dapat membezakan cara penulisan petikan sama ada petikan perlu dibuat terjemahan atau tidak sedangkan kedua-duanya adalah dibenarkan. Hasil ini membuktikan bahawa pelajar kurang berpengetahuan dalam mempersembahkan maklumat seperti dalam Jadual 4.11 adalah disebabkan mereka kurang pasti berkaitan cara penulisan petikan dalam teks.

Jadual 4.11: Amalan Pelajar Dalam Penulisan Petikan Dalam Teks

Perkara Kekerapan Peratus

Menulis semula petikan dengan terjemahan sekiranya dalam bahasa asing

71 59.6

Petikan tersebut hendaklah ditulis dalam pembuka dan penutup kata

70 58.8

Mencatatkan nama pengarang dan tahun penerbitan selepas petikan tersebut

69 57.9

Judul petikan tersebut hendaklah ditulis condong

56 47.0

Menulis semula petikan tanpa terjemahan sekiranya dalam bahasa asing

33 27.7

g) Cara Penulisan Rujukan/ Bibliografi

Jadual 4.12 juga membuktikan bahawa pelajar kurang pengetahuan dalam menentukan cara penulisan senarai rujukan/bibliografi yang betul. Pelajar hanya akan mengikut panduan yang diberikan oleh guru dalam menulis senarai rujukan/bibliografi (63.2%) dan melihat contoh penulisan yang dilakukan oleh rakan (31.6%). Oleh itu, bagi mengelakkan situasi ini

berlaku, pelajar perlu diberi pendedahan kepada cara menulis rujukan dengan betul dan etika yang bersabit dengan penulisan rujukan/ bibliografi.

Jadual 4.12: Cara Penulisan Rujukan/ Bibliografi

Perkara Kekerapan Peratus

Mengikut panduan yang diberi oleh guru 122 63.2 Melihat contoh penulisan rujukan/bibliografi

yang dilakukan oleh kawan

61 31.6

Cara penulisan dan penyusunan di antara nama pengarang, tahun terbit, judul, penerbit dan tempat terbit tidak dipentingkan dalam penulisan rujukan/ bibliografi

57 29.5