• Tiada Hasil Ditemukan

Azizi dan Pengalaman Hidupnya

In document NOVEL-NOVEL TERPILIH AZIZI HAJI ABDULLAH: (halaman 103-109)

BAB 3: PENGARANG DAN KEPENGARANGAN AZIZI HAJI ABDULLAH

3.6 Azizi dan Pengalaman Hidupnya

mustahillah novel Seorang Tua di Kaki Gunung yang dihasilkan oleh Azizi ini berjaya meraih hadiah kedua Sayembara menulis Novel anjuran Sabah-GAPENA pada 1981.

3.6.1 Pengalaman: Sungai dan Laut

Azizi Hj Abdullah banyak menerima pendidikan tidak formal berdasarkan pengalaman yang dikecapi dan dilalui sendiri oleh beliau. Kehidupannya sangat intim dengan alam terutama sungai dan laut. Malah unsur-unsur alam seperti api, air, tanah dan angin sangat kuat memberi pengaruh dalam mendapatkan ilham dari segi idea dan kepengarangannya. Keakraban hubungan antara diri Azizi dengan sungai dan laut menjadi elemen pemangkin untuk beliau menggarap dan mencanai idea ketika beliau berkarya. Kuala Sungai Merbok menyimpan pelbagai pengalaman suka duka pengarang terutama sewaktu beliau mengikuti bapanya ke laut yang bertujuan untuk memperkenalkan sungai, laut, ikan dan pelbagai jenis pokok dan secara tidak langsung jerih perih orang yang mencari rezeki dengan bergantung sepenuhnya terhadap laut dapat dirasai dan dihayati (Azizi Hj .Abdullah, 2007:20)

Pengalaman berharga seterusnya menurut Azizi dalam Kuras-kuras Kreatif, 2007:23 menyatakan bagaimana ketika waktu malam, cahaya bulan yang samar-samar memperlihatkan keajaiban oleh Pencipta terutama apabila pukat diangkat, akan nampak air laut yang bagaikan kunang-kunang, kebiru-biruan atau berkilau-kilauan apabila dilantun cahaya. Lebih menyeronokkan apabila ikan selangat menggelepar di mata pukat, ketika itulah percikan air bagaikan manik-manik biru bertaburan dan terdengar seperti muzik yang sangat indah.

Variasi pengalaman yang dilalui oleh Azizi menjadikan beliau seorang yang sangat jujur ketika berkarya kerana segala pengalaman yang dilaluinya sendiri menjadikan alur penceritaan dan olahan plotnya begitu lancar dan menarik sekali.

Segala ilham yang diperolehnya sewaktu berada di laut atau di sungai telah menggerakkan getusan kepengarangan beliau sehingga beliau bijak memindahkan pengalaman alam ini kepada watak-watak, latar mahupun tema dalam kebanyakan cerpen mahupun novel beliau. Melalui novel Pencinta Alam (Berita Publishing, 1998) sebahagian daripada pengalaman yang dilaluinya sendiri diperturunkan dan dimuatkan dalam novel tersebut.

3.6.2 Pengalaman: Sawah

Sawah juga merupakan satu lagi unsur alam yang sering digunakan oleh pengarang dalam kebanyakan hasil karya beliau. Penglibatan beliau dengan sawah semenjak masih kecil lagi telah memberi cetusan idea dalam melahirkan novel Senja Belum Berakhir (1971) dan novel Harga Sebuah Maruah (2007). Penceritaan yang begitu lancar dan menyakinkan ini merupakan bukti bahawa kata-kata pujangga yang berbunyi ‘pengalaman merupakan guru kepada kehidupan’ memang ada kebenarannya.

Menurut Azizi melalui Kuras-kuras Kreatif, 2007:30:

Pengalaman bersawah juga telah memberi erti yang besar dalam pengalaman saya menghasilkan karya. Saya sudah dapat menzahirkan bentuk tangkai padi, biji-biji padi, pokok-pokok padi yang sakit, pokok-pokok padi yang subur. Saya dapat melukiskan keadaan lumpur, belalang, katak dan rumput rampai. Saya dapat membayangkan kejernihan air sawah, keruhnya air selut, bunyi kuang dan cengkerik. Saya mampu membezakan musim hujan, musim ikan keli berdarang, sepat benua melompat dan musim kucing galak.

Azizi terlibat dengan sawah semenjak beliau masih kecil lagi, bermula dengan membantu menghimpun kapar atau membuat batas sehinggalah kerja-kerja menuai yang

turut dilakukan oleh orang-orang kampung menjadikan beliau selesa menggunakan pengalaman sebenar ini untuk menggambarkan suasana dan perihal sawah padi dengan jelas dan rinci dalam pengkaryaan beliau. Walaupun pengalaman yang dilalui oleh beliau ini hanya dimanfaatkan dalam karya selepas 10 tahun kemudiannya namun segala-galanya umpama sebuah pita rakaman yang dimainkan kembali dan hasilnya diluahkan ke dalam karya-karya tertentu.

Azizi yang mempunyai pengalaman secara langsung berhubung dengan isu sawah menyebabkan Azizi menyimpan keinginan untuk menulis tentang isu tersebut.

Tambahan pula, perasaan tidak puas hati terhadap sikap individu yang sering mengambil kesempatan atas kemiskinan yang dialami oleh masyarakat inilah yang menjadi elemen pemangkin kepada beliau untuk mengangkat kisah yang berlaku dalam keluarganya sendiri. Justeru sebuah novelnya yang bertajuk Senja Belum Berakhir telah dihasilkan oleh Azizi. Novel tersebut telah telah memenangi tempat pertama Hadiah Sastera. Azizi juga dikatakan sering menghubungi Shahnon Ahmad yang pada ketika itu sedang belajar di Australia bagi mendapatkan khidmat nasihat tentang kaedah penulisan novel yang baik. Dalam surat jawapan Shahnon kepada Azizi, beliau menasihatkan Azizi agar tidak mengabaikan gambaran perwatakan terutama golongan petani yang gigih berusaha di tengah-tengah sawah hingga kulit mereka dibakar oleh panas matahari. Malah Shahnon juga menasihati beliau untuk mengambil peristiwa dan bahan sekeliling yang walaupun kecil tetapi haruslah pandai mengolah dan mengubahnya agar menjadi novel yang besar (Kuras-kuras Kreatif, 2007: 98).

3.6.3 Pengalaman: Bukit dan Gunung

Seperti mana sungai, laut dan sawah yang dikatakan mempunyai hubungan yang akrab dengan Azizi, bukit juga tidak terkecuali daripada menjadi sebahagian daripada penceritaan dan bahan beliau berkarya. Sumber persekitaran di Bukit Meryam yang terletak hanya beberapa meter sahaja di belakang rumah beliau banyak menyimpan rahsia dan kenangan antara Azizi dengan bukit tersebut. Di atas bukit tersebut juga terdapat babi hutan, pelanduk, punai buah dan punai tanah, ular, kongkiak dan berbagai-bagai serangga lain. Bapa beliau juga sering mengajak beliau ke bukit untuk memanggil pelanduk atau menjerat punai tanah. Cara memanggil dan menjerat punai tanah sangat aneh dan unik. Seekor burung punai tanah disediakan sebagai denak.

Kawasan semak terlebih dahulu akan dibersihkan umpama sebuah gelanggang silat dan kemudian sebuah khemah didirikan yang diperbuat daripada ranting dan daun-daun kayu dan dibuat satu jendela untuk menghulurkan jerat.

Beras kunyit ditaburkan di tengah gelanggang sebagai denak manakala di dalam khemah serunai buluh ditiup untuk menarik perhatian burung-burung punai tersebut.

Bunyinya sangat merdu dan akan datanglah seekor demi seekor burung punai dan uniknya di sini ialah kesemua burung punai tersebut tersengguk-sengguk mengantuk akibat tiupan serunai tersebut. Ketika inilah jerat dihulur ke arah leher punai dan akhirnya disentap masuk ke dalam khemah. Walau pun punai itu menggelupur tetapi yang lainnya hanya memandang dan tidak terbang dan dalam tempoh separuh hari sahaja tidak kurang daripada 10 ekor burung punai berjaya dijerat (Kuras-kuras Kreatif, 2007:33).

Pengalaman berharga yang beliau lalui ini menjadi elemen yang sangat istimewa ketika beliau menghasilkan novel Sangeetha. Perihal pengalaman beliau memikat burung punai ini telah diceritakan oleh Azizi:

Dilihatnya lagi Derus memacak racik di atas tanah yang dibersihkan sedikit. Derus mengenggam padi di sekitarnya, kemudian Derus berundur (Sangeetha, 2006:120).

Tiba-tiba nampaklah seekor merbuk terbang turun, teterkuku-kuku, berwar-war, cangak sana sini seperti mencari sesuatu. Ketika melompat dan melangkah itulah kaki merbuk itu tersadung tali racik. Mula-mula merbuk itu cuba menggelepiar kakinya tetapi semakin dikelepiar, tali racik itu semakin menjerut. Akhirnya merbuk itu menggelupur. (Sangeetha, 2006: 121)

Proses kreatif yang merujuk kepada sumber alam turut dilakukan oleh Azizi sewaktu melahirkan novelnya yang bertajuk Seorang Tua Di Kaki Gunung. Ternyata Azizi telah melakukan penyelidikan berhubung dengan tumbuh-tumbuhan. Hal ini diakui sendiri oleh Azizi bahawa beliau telah pergi ke pejabat hutan, Kulim, Kedah untuk membuat kajian mengenai tumbuh-tumbuhan yang terdapat di hutan (Karya Puspa, 1985:4). Melalui kesungguhan yang dilakukan oleh Azizi bagi memastikan nama tumbuhan-tumbuhan tersebut adalah tepat menunjukkan bahawa beliau merupakan seorang yang banyak mengkaji, merujuk dan meneliti pelbagai sumber untuk dimuatkan dalam novel-novelnya. Hal ini dapat dilihat melalui petikan di bawah ini:

Tukya berjalan mengelilingi perdu cengal itu. Aduh, akarnya timbul dan mencengkam ke bumi dengan rapat. Kulitnya

merekah, berkelubi dan berbanir (STdKG, 1982:108)

Idea yang dicetus oleh Azizi untuk menghasilkan novel STdKG ini sebenarnya bermula daripada sebuah cerpen “Cengai Batu” yang tersiar dalam Majalah Dewan

Masyarakat, 15 Mac 1981 yang dikembangkan menjadi sebuah novel. Malah cerpen

“Cengai Batu” ini bermula daripada sebuah berita yang disiarkan dalam sebuah akhbar tempatan tentang satu gempa bumi dasyat yang berlaku di Afganistan yang mengorbankan ratusan nyawa dan merosakan kediaman (Kuras-kuras Kreatif, 2007, 100).

In document NOVEL-NOVEL TERPILIH AZIZI HAJI ABDULLAH: (halaman 103-109)