• Tiada Hasil Ditemukan

Gambaran Am Dinamika Perayaan MN di Dunia Islam

BAB III GAMBARAN AM PERAYAAN DAN LITERASI MN

3.1 Gambaran Am Dinamika Perayaan MN di Dunia Islam

Bilakah kali pertama diadakan perayaan MN? Ramai sarjana menuliskan jawapan atas pertanyaan ini, dan agaknya belum ada kata sepakat. Namun demikian, dari berbagai-bagai sumber secara tegas menyebutkan bahawa peringatan MN pernah dilakukan pada masa setelah Nabi Muhammad wafat. Dan, tentunya pada bahagian ini tidak akan menampilkan berbagai-bagai perbezaan pendapat tentang asal-usul perayaan MN. Ia hanya ditampilkan sebagai gambaran am dinamika perayaan MN pada periode awal dalam khazanah sejarah Islam.

Sejarah asal-usul perayaan MN, kemeriahan perayaan, dan praktik-praktik yang dilakukan dalam perayaan disebutkan dalam berbagai-bagai sumber Arab. Bahkan, kisah tersebut sangat dikenal oleh umat Islam di Nusantara. Salah satunya ialah sejarah yang menyebutkan bahawa perayaan MN kali pertama dilaksanakan pada zaman Salahuddin Al-Ayyubi1 (1137-1193). Beliau mengadakan perayaan MN sebagai upaya untuk meningkatkan persatuan umat Muslim untuk jihad dalam menghadapi Tentera Salib. Namun demikian, banyak ahli sejarah yang meragukan sumber ini. Namun begitu, sama ada Salahuddin Al-Ayyubi sebagai pemula mahupun tidak, melalui sumber tersebut diketahui bahawa pada zamannya pernah diadakan perayaan MN secara rasmi

1Menarik disebutkan juga bahawa terdapat buku cerita anak di Indonesia yang menceritakan Salahuddin Al-Ayyubi merupakan pencetus perayaan Maulid Nabi di Dunia Islam. Baca buku Dewi Cendika, Shalahuddin Al-Ayyubi, Prajurit yang Tampan, (Bandung: Dar! Mizan, 2009), hlm. 89-96. Di antara kutipan ceritanya seperti ini: “[…] Shalahuddin pun. kemudian meminta persetujuan dari Khalifah Abbasiyah. an-Nashir. Di Baghdad. Kepada an-Nashir. Shalahuddin mengemukakan alasan dan harapannya. An-Nashir pun menyetujui rencana Shalahudin. Akhirnya. festival Maulid Nabi Muhammad Saw. berlangsung. Dalam festival ini. puluhan orang ikut berlomba membacakan cerita sejarah Nabi Muhammad Saw. Banyak pula yang ikut lomba membaca syair-syair tentang sejarah Nabi Muhammad Saw. Begitu juga. nasihat-nasihat yang membangkitkan semangat kaum Muslim

dan meriah.2 Sumber lain pula menyebutkan bahawa perayaan MN pertama sekali dilakukan oleh Raja Abu Al-Muzaiffar atau Malik Mudhaffar Abu Sa’id Kukburi (1153-1232) penguasa kerajaan Irbil (di Iraq).3

Dari analisisnya terhadap berbagai-bagai sumber, Kaptein (1994: 28 & 72) menyimpulkan bahawa MN kali pertama dirayakan pada zaman kekhalifahan Fatimiyah (910-1171), atau al-Fāthimiyyūn (bahasa Arab: الفاطميون) pada abad ke-5 Hijrah/ 11 Masihi. Disebutkan juga bahawa perayaan MN pada dasarnya ialah praktik perayaan dalam kalangan Syiah. Adapun perayaan MN memang diperkenalkan secara diam-diam dalam Islam Sunni, namun perselisihan mengenai perayaan ini sudah muncul pada awal abad ke-12 atau ke-13. Pendapat ini pun masih diragukan oleh beberapa ahli yang menyatakan bahawa kesimpulan tersebut juga didasarkan pada pentafsiran terhadap sumber-sumber dan bahan-bahan yang ada.

Menurut Alwi Alatas (2014), kemungkinan bahawa perayaan MN di dunia Sunni menerima pengaruh dari perayaan MN yang dilaksanakan pada zaman kekhalifahan Fatimiyah memang ada. Akan tetapi, pada saat yang sama juga ada hal-hal yang melemahkan pendapat ini. Pendapat paling menonjol yang dimiliki untuk mendukung pendapat ini hanyalah kenyataan bahawa perayaan MN itu mendahului perayaan di tengah masyarakat Sunni.4 Hal yang jelas dari seluruh pernyataan di atas, secara ringkas boleh dikatakan bahawa, perayaan MN belum atau tidak ada pada zaman Nabi Muhammad, Sahabat, ataupun para imam mazhab. Kemunculannya paling tidak empat abad setelah Beliau wafat. Oleh sebab perayaan itu tidak pernah berlangsung dan dikerjakan oleh Nabi Muhammad, maka wajar jika terjadi polemik dalam kalangan

2Lebih jauh baca Mochtar Effendi, Ensiklopedi Agama dan Filsafat, (Palembang: Universitas Sriwijaya, 2001), hlm 396.

3Ibid.

ulama. Kondisi ini terus menjadi wacana keislaman yang masih boleh dilihat dan berlaku hingga kini.

Dalam konteks perayaan MN, banyak orang telah merakam berbagai-bagai ekspresi penyelenggaraan upacaranya. Rakaman paling awal tentang perayaan yang sangat meriah boleh ditemui dalam kitab Mir’atuz Zaman yang ditulis oleh Sibt Ibnu Jauzi. Di dalam kitab ini disebutkan bahawa penguasa Irbil, iaitu Malik Mudhaffar Abu Sa’id Kukburi (1153-1232) pernah memerintahkan untuk merayakan MN secara besar-besaran dan meriah. Majlis yang dijemput hadir disediakan jamuan makan dengan sajian makanan yang luar biasa mewahnya. Suasana kemeriahan dan kemewahan perayaan MN pada waktu itu digambarkan sebagai berikut ini.

"Seseorang yang pernah hadir pada perjamuan al-Muzaffar pada salah satu perayaan maulid berkata bahawa untuk perjamuan itu ia menyuruh membuat 5000 ekor kambing panggang, 10.000 ekor ayam, 100 ekor kuda dan 100.000 pinggan dan 30.000 piring manisan”.5

Berbagai-bagai bentuk perayaan MN di negara-negara Islam telah menjadi institusi sosial-budaya. Perayaan MN tidak hanya menjadi praktik keagamaan semata-mata, lebih jauh daripada itu telah menjadi praktik sosial dan kebudayaan. Dengan demikian, bentuk perayaannya pun akan berbeza antara suatu wilayah dengan wilayah yang lainnya (lihat gambar 3.1). Dalam praktiknya, budaya tempatan—sama ada nilai mahupun ideologi—telah ikut dalam mewarnai bentuk perayaan MN.6 Fenomena yang demikian telah memberi corak dan warna yang khas dalam perayaan MN di Dunia Islam. Tidak hanya itu, wacana kontroversial pada berbagai-bagai tempat berkenaan

5Kutipan lengkap dapat dilihat pada Nico Kaptein, Perayaan Hari Lahir Nabi Muhammad SAW: Asal Usul dan Penyebaran Awalnya; Sejarah di Magrib dan Spanyol Muslim Sampai Abad ke-10/ke-16, (Jakarta: INIS, 1994), hlm. 48-49. Kutipan ini juga ditemui dan menjadi kutipan yang popular dalam beberapa naskhah-naskhah karya ulama Minangkabau yang berkenaan Maulid Nabi. Tentunya, akan lebih sistematis dan menarik jika pembahasannya dihuraikan pada bahagian khazanah naskhah Maulid Nabi

perdebatan perayaan MN juga memiliki karakter yang berbeza-beza. Ulama-ulama tempatan sangat menentukan dalam mewarnai perbezaan tersebut. Umat hanya akan memilih, sama ada meyakini dan mengikut yang pro ataupun tidak meyakini dan mengikut ulama yang kontra.

Gambar 3.1: Berbagai-bagai bentuk perayaan MN di Dunia Islam7

Menarik juga apabila digambarkan sedikit perihal bentuk dan ekspresi perayaan MN di beberapa negara Islam di Nusantara (baca juga Melayu). Di berbagai-bagai tempat di wilayah ini, misalnya di Malaysia, Brunei Darussalam, Indonesia dan

Kemboja—untuk hanya sekadar contoh—perayaan MN juga diselenggarakan dengan bermacam-macam bentuk dan ekspresi (lihat gambar 3.2). Sama halnya juga dengan di negara-negara Islam yang lain, di wilayah ini perayaan MN tidak sekadar kegiatan keagamaan, tetapi juga sudah menjadi bahagian sosial, budaya, atau bahkan politik.8 Dan, tidak jarang pula berbagai-bagai keunikan ekspresi perayaan MN juga dijadikan promosi pelancongan.

(a) (b)

(c) (d)

Gambar 3.2: Beberapa bentuk perayaan MN di Dunia Islam Nusantara:

(a) Malaysia,9 (b) Brunei Darussalam,10 (c) Indonesia,11 dan (d) Kemboja.12

Ternyata, berbagai-bagai perayaan MN dengan bentuk, corak, dan ragam, sejak periode awal telah memancing ramai ulama yang tidak setuju dan bahkan mengeluarkan fatwa bahawa praktik-praktik itu sebagai bidaah dalalah. Perdebatan yang muncul

8Bagian “politik” akan dijelaskan (meskipun tidak secara luas) pada Bab VII.

9Firdaus Latif, “Mawlid procession in Putrajaya, Malaysia”, http://en.wikipedia.org/wiki/File:Maulidur_Rasul_-_Putrajaya.jpgdilayari pada 4 Februari 2014).

10Sumber gambar http://luar-negeri.kompasiana.com/2012/02/06/tradisi-maulid-nabi-di-brunei-436816.html dilayari pada 5 Februari 2014.

11Salah satu bentuk perayaan Maulid Nabi di Solo yang dikenal dengan nama Upacara Garebeg. http://www.indonesia-tourism.com/forum/showthread.php?44151-Sekatenan-amp-Grebeg-Maulud-di-Solo dilayari pada 5 Februari 2014.

dalam kalangan ulama berhubung kait dengan bentuk perayaan dan latar belakang ideologi. Berbagai-bagai literasi MN, termasuk kemunculan teks Nur Muhammad di dalamnya, yang dinilai berisi mitos dan bentuk-bentuk kesenian yang selalu menyertai perayaan juga menjadi punca perdebatan dalam kalangan ulama.

Pada periode awal, iaitu kurun ke-12, polemik mengenai perayaan MN sudah mulai muncul dalam kalangan ulama. Maknanya, perdebatan ini sudah berlaku pada awal-awal perayaan MN mula dirayakan. Golongan ulama yang tidak setuju menyerang dengan keras berbagai-bagai hal pertunjukan, sama ada tarian, nyanyian, mahupun syair-syair pujian, yang dipersembahkan untuk memeriahkan perayaan MN (Ingram, 2011: 46). Hal lain yang juga menjadi punca polemik yang tajam ialah “berdiri maulid”

(Arab: qiyam), iaitu majlis berdiri pada saat membacakan Nabi Muhammad lahir.

Polemik ini memuncak terutama pada abad ke-16 dan dampak berikutnya menyebar ke beberapa wilayah Islam, termasuk juga di Nusantara13. Akan tetapi, lagi-lagi yang penting dikemukakan bahawa dinamika polemik di berbagai-bagai tempat berbeza dan juga memiliki karakter yang khas dan unik.

Polemik tersebut terus berlanjut, seperti halnya juga terus adanya praktik perayaan MN di Dunia Islam. Ia bukan hanya cerita masa lalu, wacana tentang polemik itu tetap hidup pada era kekinian. Ramai kalangan ulama, sama ada golongan yang setuju mahupun yang tidak, terus beradu pendapat tentang kepastian hukum perayaan MN. Dalam hal ini menarik juga disebutkan di sini bahawa pada tahun 1993—

maknanya kejadiannya belumlah terlalu lama—Majalah al-Azhar menerbitkan fatwa terkait hukum perayaan MN. Penerbitan fatwa ini sebagai jawapan terhadap pertanyaan

13Perihal perdebatan “berdiri maulid” secara baik dijelaskan oleh Nico Kaptein, dalam artikelnya “The Berdiri Mawlid issue among Indonesian muslims in the period from circa 1875 to 1930”, dalam Bijdragen tot de Taal-, Land- en Volkenkunde 149 (1993), no: 1, Leiden, hlm. 124-153. Polemik ini terus berlangsung dan merebak sampai ke wilayah Nusantara umum, dan secara khusus dan cukup kental di Minangkabau pada permulaan abad ke-20. Beberapa ulama yang aktif menyerang praktik dan faham “berdiri

yang dikirimkan ke majalah tersebut.14 Makna dari fenomena ini ialah menandakan bahawa “MN” masih terus menjadi isu yang kontroversial di Dunia Islam.

Gambaran am di atas telah memberi petunjuk yang tegas bahawa MN tidak hanya boleh dilihat pada aspek keagamaan kerana ia juga sudah menjadi wacana sosial-budaya. Oleh sebab itu, di beberapa wilayah sudah tentu mempunyai corak yang khas tempatan, sama ada kekhasan dalam bentuk perayaannya mahupun dinamika polemik yang terjadi. Minangkabau sebagai sebuah wilayah yang pernah menjadi basis gerakan golongan ulama pembaharu telah dengan sendirinya menguatkan golongan kaum tradisional. Maknanya, dengan adanya serangan itu maka ulama golongan kaum tradisional terdorong untuk mempertahan dan meyakinkan pengikutnya untuk terus yakin bahawa ajarannya benar dan berdasar. Kondisi seperti ini jelas akan menampilkan wacana yang menarik dan kemudiannya penting untuk dijelaskan.