• Tiada Hasil Ditemukan

PENGENALAN

1.2 Latar Belakang Kajian

1.2.7 Gerakan Koperasi Di Malaysia

Surau An-Nur, di Bank RHB, Kuala Lumpur dan lain-lain.

peluang mengeksploitasi kebanjiran tenaga buruh ini menerusi bayaran upah rendah, masa bekerja yang panjang dan kemudahan atau keadaan bekerja yang amat menyedihkan.

Senario ini diburukkan lagi dengan suasana politik di waktu itu di mana kerajaan dikawal oleh tuan-tuan tanah serta pemilik-pemilik kilang yang kaya raya.

Kebanyakan dasar-dasar yang digubal, bertujuan memihak kepada golongan hartawan ini dan secara tidak langsung menindas dan menghimpit kehidupan rakyat.

Antaranya, dalam tahun 1815, Parlimen England telah meluluskan Corn Law yang mencegah pengimportan jagung. Penggubalan undang-undang ini telah menyebabkan kenaikan harga roti yang mendadak dan secara tidak langsung meletakkan paras kemiskinan yang sangat tinggi di kalangan rakyat.

Tekanan dan situasi buruk yang dihadapi rakyat terutamanya di kalangan buruh-buruh kilang telah membuatkan mereka mencari jalan keluar bagi mengatasi masalah tersebut. Maka muncullah tokoh iaitu Robert Owen (1771-1858) yang dikenali sebagai ‘Bapa Koperasi’ sebagai penjana idea kepada gerakan koperasi moden bagi mengurangkan kesan-kesan ketidakadilan dan penindasan ketika itu. Sebagai seorang yang berlatarbelakangkan pekerja kilang, dan seterusnya menjadi usahawan sehingga berjaya memiliki kilang tekstil, dan kemudian menjadi pemimpin masyarakat, beliau menyedari akan perlunya suatu sistem masyarakat yang lebih dinamik diwujudkan dan layanan yang lebih adil diberikan kepada golongan pekerja. Beliau bercita-cita mahu mewujudkan perkampungan di seluruh negaranya yang dinamakan Dunia Baru Yang Bermoral bagi menggantikan suasana kehidupan semasa yang dianggapnya penuh penyelewengan dan penindasan. Dengan fahaman atau kepercayaan bahawa

perlu diwujudkan sebuah komuniti koperasi dahulu dan selepas itu diiringi dengan aktiviti atau perniagaan, beliau telah menubuhkan satu perkampungan yang berasaskan prinsip-prinsip persaudaraan dan tolong-menolong (Villages of Co-operation pada tahun 1799) dan sebuah institute pendidikan moral (Institution for the Formation of Character pada tahun 1816) yang kedua-duanya terletak di New Lanark, Scotland, dan juga perkampungan koperasi di Hampshire, England (1893).

Walaupun usaha Robert Owen menemui kegagalan, namun idea beliau yang berunsur koperasi telah dapat mempengaruhi sebilangan rakyat dan membuka jalan ke arah pewujudan Gerakan Koperasi yang lebih sistematik.

Usaha meneruskan Gerakan Koperasi ini turut mendapat perhatian seorang ahli akademik dan penulis tempatan iaitu Dr. William King (1786-1965). Pada tahun 1828, Dr. William King telah menerbitkan buletin bulanan “The Co-operator”, iaitu sebuah penerbitan yang dianggap berjaya menyebarkan semangat baru dan kefahaman berkoperasi di kalangan masyarakat England pada masa itu. Buletin “The Co-operator” telah berjaya diterbitkan sebanyak 28 edisi selama tiga tahun iaitu dari tahun 1827 hingga 1830. Buletin yang berkonsepkan koperasi secara amali dan nilai-nilai dalam agama Kristian telah tersebar seluruh England hinggakan di mana buletin itu sampai, pasti akan ditubuhkan koperasi di kawasan tersebut. Koperasi pertama yang ditaja oleh Dr. William King adalah Brighton Co-operative Trading Association pada tahun 1827, namun koperasi ini turut menemui kegagalan.

Perkembangan gerakan kerjasama oleh kedua-dua tokoh di atas tidak berupaya menampakkan hasil sebagaimana yang dinginkan. Ini berlaku bukan hanya disebabkan gerakan koperasi ini timbul di era Revolusi Perindustrian berlangsung,

tetapi gagal apabila prinsip-prinsip persaudaraan dan tolong-menolong dalam meningkat sosioekonomi masyarakat tidak dihayati sepenuhnya oleh anggota. Malah pergantungan anggota dalam mendapatkan bantuan dan pertolongan dengan tertumpu pada individu atau pemimpin gerakan ini sahaja menyumbang kepada kegagalan gerakan ini. Di samping ketiadaan pengiktirafan status dari segi undang-undang, ketiadaan ilmu-ilmu perniagaan di kalangan anggota, ketiadaan sokongan dari hartawan-hartawan dan ketamakan anggota hingga membubarkan koperasi menjadi syarikat persendirian juga antara punca kegagalan gerakan koperasi pertama ini.

Idea berkoperasi ini seterusnya telah diadaptasi oleh golongan artisan di mana 28 orang penenun bersepakat menyumbangkan modal sebanyak £1.00 seorang melalui penubuhan Rochdale Pioneers Society Limited pada tahun 1844. Mereka yang juga dikenali sebagai Pelopor Rochdale, telah menggariskan prinsip-prinsip koperasi yang kemudiannya diakui sebagai falsafah Gerakan Koperasi di seluruh dunia.

Bermodalkan £28.00 yang terkumpul, pada 21 Disember 1844, mereka telah menubuhkan kedai koperasi pengguna yang terawal di dunia melalui pendekatan jualan mengikut pasaran, jual beli secara tunai dan pembahagian untung berdasarkan kepada jumlah pembelian yang dibuat oleh anggota. Dalam beberapa tahun sahaja, koperasi ini telah mencapai kejayaan besar dari aspek keanggotaan, modal dan perniagaannya. Daripada kejayaan inilah, gerakan koperasi mula berkembang ke seluruh England dan kemudian ke serata dunia termasuklah Malaysia.

Berikut adalah prinsip-prinsip koperasi :

PRINSIP PERTAMA: Keanggotaan Sukarela dan Terbuka

Koperasi adalah organisasi sukarela yang terbuka kepada semua orang yang boleh mengguna perkhidmatannya dan yang sedia menerima tanggungjawab keanggotaan tanpa diskriminasi jantina, lapisan masyarakat, bangsa, politik mahupun agama.

PRINSIP KEDUA: Kawalan Demokrasi oleh Anggota

Koperasi organisasi demokratik yang dikawal oleh anggotanya mengambil bahagian secara aktif di dalam usaha menentukan dasar dan membuat keputusan. Lelaki dan wanita yang berkhidmat sebagai wakil yang dipilih bertanggungjawab kepada semua anggota. Di dalam Koperasi Asas, anggotanya mempunyai hak mengundi yang sama (iaitu satu ahli satu undi) dan koperasi-koperasi di tahap lain disusun secara demokrasi.

PRINSIP KETIGA: Penglibatan Ekonomi Oleh Anggota

Setiap anggota menyumbangkan modal secara saksama dan mengawal modal koperasi itu secara demokrasi. Sekurang-kurangnya sebahagian daripada modal itu menjadi harta bersama koperasi itu. Pada umumnya, anggota yang menyumbangkan modal sebagai syarat keanggotaan akan menerima pulangan terhad, jika ada.

Anggota akan membahagikan lebihan atau keuntungan kepada tujuan berikut:

memajukan koperasi mereka mungkin melalui rezab yang sebahagian daripadanya tidak boleh diagih-agihkan kepada anggota; memanfaatkan anggota mengikut nisbah urusniaga mereka dengan koperasi itu, dan membantu kegiatan lai yang dipersetujui oleh keanggotaan.

PRINSIP KEEMPAT: Autonomi dan Kebebasan

Koperasi adalah organisasi berautonomi dan berdikari yang dikawal oleh anggotanya. Jika koperasi itu membuat perjanjian dengan organisasi lain termasuk kerajaan, atau mendapat modal daripada sumber luar, maka ia harus memelihara prinsip kawalan demokrasi oleh keanggotaan sambil autonomi koperasi itu dikekalkan.

PRINSIP KELIMA: Pendidikan, Latihan dan Maklumat

Koperasi menyediakan pendidikan dan latihan untuk anggotanya, wakil yang dipilih, pengurus serta kakitangan supaya mereka boleh menyumbangkan tenaga secara berkesan kepada pembangunan koperasi mereka. Koperasi memberi maklumat kepada rakyat umum khususnya kepada remaja dan pemimpin masyarakat.

PRINSIP KEENAM: Bekerjasama di antara koperasi

Koperasi berkhidmat kepada anggotanya dengan cara yang paling berkesan dan ia memperkukuhkan Gerakan Koperasi jikalau ia bekerja bersama-sama dengan struktur koperasi lain, setempat, nasional, serantau dan antarabangsa.

PRINSIP KETUJUH: Berprihatin terhadap Masyarakat

Koperasi berusaha untuk mendapatkan pembangunan berkekalan bagi masyarakatnya memlalui dasar-dasar yang dipersetujui oleh anggotanya.

Di Malaysia, Suruhanjaya Koperasi Malaysia merupakan badan yang bertanggungjawab dalam pembangunan koperasi di Malaysia. Kemakmuran sesebuah masjid itu tidak hanya terbatas kepada kecemerlangan pentadbiran oleh

barisan anggota lembaga masjid semata-mata bahkan boleh ditingkatkan dengan kepelbagaian aktiviti yang melibatkan penglibatan komuniti dan kariah. Aktiviti tersebut termasuk aktiviti amal dan kebajikan, sukaneka, kenduri kendara, aktiviti keagamaan dan perniagaan bagi mencari dana pendapatan kepada masjid. Maka, lahirlah idea untuk membentuk sebuah entiti perniagaan berpusatkan masjid yang dimiliki oleh ahli kariah serta berfungsi menambah pendapatan dan keuntungan untuk dipulangkan kembali kepada ahli kariah yang menyumbang dalam bentuk modal syer dan saham.

Masjid merupakan salah satu tempat yang berpotensi menjadi pusat ekonomi ummah. Justeru, penubuhan koperasi masjid merupakan salah satu jalan untuk memperkasa ekonomi ummah melalui penubuhan koperasi masjid. Selain sebagai fungsi mencari pendapatan dan keuntungan kepada masjid, koperasi juga boleh berperanan sebagai pembuka peluang pekerjaan dan perniagaan (keusahawanan) kepada ahli kariah melalui penglibatan di dalam jaringan rangkaian perniagaan.

Koperasi masjid adalah adalah koperasi yang mempunyai elemen koperasi social.

Menurut Harun H. dan Radin A.Rahman R.S.A. (2016) menyatakan kebanyakan koperasi yang dibina di Malaysia adalah koperasi yang dibina atas matlamat kesedaran menjaga kepentingan sesama komuniti. Yusof M. (2015) menyatakan bahawa keusahawanan sosial dalam koperasi tidak dapat dipisahkan dan kewujudannya bermula dengan sejarah awal penubuhan koperasi. Setiap anggota koperasi memahami konsep keusahawanan berkoperasi yang memperkasa ekonomi tanpa mengabaikan komuniti sekeliling. Asasnya menunjukkan bahawa koperasi adalah sebuah organisasi yang berperanan sebagai entity keusahawanan sosial.

Koperasi kariah masjid merupakan satu cabang daripada sasaran koperasi kluster komuniti yang terkandung di dalam Dasar Koperasi Negara 2011-2020 Suruhanjaya Koperasi Malaysia yang berfungsi untuk memenuhi keperluan bersama demi meningkatkan taraf sosio-ekonomi anggota dan masyarakat kariah masjid setempat.

Selaras dengan Akta Koperasi 1993 dan Garis Panduan Penubuhan Koperasi (GP12) yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia, koperasi kariah masjid adalah satu entiti koperasi yang bebas didaftarkan oleh mana-mana ahli kariah masjid tertakluk kepada pemakaian peraturan koperasi dan undang-undang Kecil yang memperincikan fungsi, keanggotaan, jumlah modal syer serta fungsi dan perniagaan atau aktiviti yang akan dilaksanakan.