• Tiada Hasil Ditemukan

Instrument Mayer Salovey Caruso Emotional Intelligent Test (MSCEIT)

BAB 3 METODOLOGI

3.6 Instrumen Kajian

3.6.2 Instrument Mayer Salovey Caruso Emotional Intelligent Test (MSCEIT)

105

melilitkan tali monitor kadar jantung di bawah payudara. Dua elektrod yang terletak di bahagian dalam tali dikedua-dua sisi dada terus menerus mengukur interval antara

”bahagian R kontraksi jantung”. Menurut manual pengukuran kadar jantung, pilihan yang lebih praktikal dan tepat dalam mengukur kadar jantung adalah meletakkan stetoskop di atas dada kiri dan hitung intervalnya. Oleh itu dalam kajian ini, monitor kadar jantung dari jenis polar yang dililit di dada digunakan kerana mempunyai kesahan dan kebolehpercayaan yang lebih baik dan efisien (Engström et al., 2012).

Kajian mengenai monitor kadar jantung dalam fasa baru mendapati monitor kadar jantung memainkan peranan penting dalam komunikasi sosial (Quintana, Guastella et al., 2012). Menggunakan teori Polyvagal, pengkaji menghipotesiskan monitor kadar jantung adalah penanda sensitif dalam mengenalpasti emosi. Ujian terhadap 65 sampel mendapati monitor kadar jantung dengan ujian reading in the mind dan eyes test (yang digunakan dalam ujian tersebut) secara positif telah dicatatkan setelah pembolehubah jantina, BMI, ketagihan merokok, tahap kecergasan fizikal, depresi, kebimbangan dan stres yang berupaya mempengaruhi monitor kadar jantung dikawal.

3.6.2 Instrument Mayer Salovey Caruso Emotional Intelligent Test

106

melaksanakan tugasan hidup dan menyelesaikan masalah emosi. Soal selidik MSCEIT mengandungi 141 item. Ianya bukan sekadar ujian laporan kendiri biasa bertanyakan soalan mengenai perkara-perkara subjektif berkenaan dengan kemahiran kecerdasan emosi, tetapi lebih dari itu. MSCEIT telah dicipta dari ujian kecerdikan dengan mengambil kira cara-cara saintifik memahami emosi dan kefungsiannya (Boyatzis, Good, & Massa, 2012).

MSCEIT boleh didapati dalam pelbagai bahasa termasuklah Bahasa Malaysia. Bagi tujuan kajian ini pengkaji membeli MSCEIT yang telah pun diterjemahkan ke dalam 14 bahasa termasuk Bahasa Malaysia. Soal selidik ini telah melalui proses penterjemahan oleh pakar penterjemah profesional, pakar penilaian dan pengukuran, telah diuji kesahan kandungan, kajian rintis dan nilai alpa Cronbach menunjukkan nilai konsistensi yang tinggi dan disahkan oleh panel di Multi Health System yang bertindak sebagai pihak yang memegang Hak Cipta bagi soal selidik antarabangsa.

MSCEIT perlu dibeli dari MHS dan sebelum pembelian dibuat pengesahan dari pihak universiti dan penyelia perlu dihantar ke MHS untuk kebenaran penggunaan MSCEIT. Ujian dibenarkan oleh MHS dilakukan melalui dua cara iaitu dengan responden menjawab soal selidik secara atas talian setelah maklumat responden dimasukkan dalam database dan scoring organizer yang dihantar secara atas talian kepada penyelidik. Kata laluan akan dicipta khusus untuk penyelidik. Cara kedua ialah MSCEIT dibenarkan untuk dibukukan kesemua 141 soalan yang dibeli secara atas talian dan mengedarkan pada responden, dan responden menulis jawapan di atas kertas jawapan yang telah disediakan. Gambar dan perkataan dalam MSCEIT telah dicetak warna. Dalam kajian ini cara kedua iaitu membukukan soal selidik

107

MSCEIT dan mengedarkan kepada responden dilakukan kerana lebih efisyen dan mudah ditadbir berbanding dengan menjawab secara atas talian kerana penyelidik terpaksa menyedia 20 komputer riba dengan talian internet yang baik untuk digunakan oleh responden secara serentak.

Kesemua jawapan dari responden akan dimasukkan oleh penyelidik secara atas talian ke scoring organizer dan secara atas talian dihantar ke pihak MHS untuk mendapatkan skor. Keputusan akan dihantar kembali kepada penyelidik secara atas talian menerusi email dengan laporan penuh setiap responden. Masa diambil oleh seorang responden untuk melakukan ujian tersebut ialah antara 30 hingga 45 minit.

Mayer, Salovey dan Caruso (2004) mendefinasikan kecerdasan emosi sebagai kebolehan untuk mempersepsi emosi secara betul, mentafsir, mengekspres emosi, kebolehan untuk menunjukkan perasaan hasil dari berfikir, kebolehan memahami emosi dan pengetahuan tentang emosi dan kebolehan untuk regulasi emosi dan tingkatkan perkembangan dan pengetahuan emosi. Mereka membina konstruk untuk mengukur kecerdasan emosi bagi melihat dengan lebih mendalam mengenai kebolehan kognitif, kompetensi dan kemahiran seseorang individu mempengaruhi emosi sendiri dan orang lain dalam pelbagai situasi Salovey et al., (2009). Fokus kecerdasan emosi oleh (Salovey, Mayer, dan Caruso 1997) ialah mengkaji maksud disebalik emosi dan fikiran (Salovey, Mayer,& Brackett 2004). Penyelidik fokus tentang bagaimana emosi dan mood mempengaruhi proses pemikiran seseorang dan pembuatan keputusan (Lopes et al., 2007).

3.6.2.1 Pengukuran Kecerdasan emosi menggunakan MSCEIT

MSCEIT mengukur kebolehan individu untuk mengenali emosi terhadap orang lain, menggunakan emosi untuk menentukan kebolehan berfikir, memahami maksud emosi

108

dan kebolehan mengurus emosi (Mayer et al., 2004). Keseluruhan 141 item dalam MSCEIT menyediakan skor untuk keempat-empat kecerdasan emosi: (a) Mempersepsi emosi (b) Mengenali emosi untuk menentukan kebolehan berfikir (c) memahami emosi dan (d) menguruskan emosi. Setiap cabang diukur menggunakan komponen spesifik seperti di jadual 3.5 di bawah.

Jadual 3.5: Komponen Pengukuran MSCEIT

Cabang Bil Item Bagaimana diukur

Cabang 1 Mempersepsi emosi 35 sampel di kehendaki mengenali

emosi berdasarkan wajah dan

gambarseperti mana yangterdapat

dalamlanskap dan corak yang

ditunjukkan.

Cabang 2 Menggenali emosi 35 sampel dikehendaki menentukan

rangsangan terhadap ceritapendek

yang diberikan.

Cabang 3 Memahami emosi 35 sampel dikehendaki mengukur

kebolehan mental untuk

mengubah dan mengukur emosi

state dalam pelbagai situasi.

Cabang 4 Mengurus emosi 36 Sampel dikehendaki berfikir bagi

menentukan emosi yang boleh

dikekalkan dan meningkat maju

bersama emosi tersebut.

MSCEIT dilaporkan mempunyai skor realibiliti r = .91 dan .93 bagi skor yang diperolehi oleh pakar (Mayer et al., 2004). Setiap cabang juga dilaporkan mempunyai realibiliti yang tinggi. Jadual 3.6 menunjukkan realibiliti skor setiap cabang MSCEIT.

109

Jadual 3.6: Kebolehpercayaan skor setiap cabang MSCEIT Cabang Skor Realibiliti Cabang 1: Mempersepsi emosi r = .91 dan .93 Cabang 2: Menggunakan emosi r = .79 dan .76 Cabang 3: Memahami emosi r = .80 dan .77 Cabang 4: Mengurus emosi r = .83 dan .81

Konstruk dalam MSCEIT benar-benar telah menunjukkan set-set kebolehan mental individu yang ingin diukur (Mayer et al., 2004) dan berkorelasi dengan kecerdasan yang lain contohnya akademik (Chew, Zain, & Hassan, 2013) di samping menunjukkan sedikit perbezaan dan semakin baik apabila individu meningkat dewasa.

Mayer et al. (2004) serta (McEnrue & Groves, 2006) melaporkan MSCEIT mempunyai kesahan kandungan dan konstruk yang sangat boleh dipercayai. Dalam perdebatan, mereka menyatakan MSCEIT adalah antara instrumen kecerdasan emosi yang menunjukkan kepercayaan yang tinggi. Salovey et al. (1997) mendapati korelasi antara MSCEIT dan perubahan mood ialah .08 dalam satu kajian terhadap 97 orang sampel.

Kandungan dan konstruknya lebih baik berbanding dengan persaingnya (ECI dan EQ-i). Sesetengah pengkaji mencadangkan mengukur kecerdasan emosi untuk mengetahui aspek diri individu berbanding dengan menggunakan ujian IQ (Dulewicz, Young,& Dulewicz, 2007; Frase, 2007; Goleman, 1998). Frase, (2007) menyatakan IQ mungkin berkesan dalam alam persekolahan tetapi tidak dalam situasi lain sementara Gardner (2004) berpendapat IQ mempunyai nilai dalam mengukur pencapaian pendidikan, tetapi pelbagai bentuk kecerdasan emosi lain sepatutnya dipertimbangkan dan menjadi petunjuk untuk kejayaan dalam kehidupan. MSCEIT terbukti mempunyai kesahan dan kebolehpercayaan yang tinggi (Grewal & Salovey, 2005; Matthews et al., 2004). Kajian oleh (Cardoso, Ellenbogen,& Linnen, 2013)

110

menggunakan MSCEIT bagi menyemak dan membuktikan kesan oksitosin yang diambil secara intranasal meningkatkan persepsi dan memahami emosi terhadap ekspresi muka dalam soal selidik MSCEIT.

Sebelum data dianalisis bagi mengetahui tahap kecerdasan emosi antara remaja perempuan, perlu diperincikan di sini bahawa keputusan skor MSCEIT setiap subjek telah dilakukan secara atas talian oleh pihak MHS. Penyelidik menerima laporan setiap bahagian dalam MSCEIT bagi setiap responden. Skor yang diperolehi akan dilaporkan dalam jadual di bab 4 nanti. Data-data skor setiap cabang MSCEIT akan diuji kenormalan dahulu dan menetapkan analisis yang bersesuaian.

Dalam kajian ini, data daripada cabang-cabang MSCEIT yang diperolehi diuji kenormalan data. Analisis statistik ini dipilih atas beberapa sebab iaitu:.

i) Pengukuran aspek kecerdasan emosi merupakan aspek afektif manusia.

ii) Skala yang digunakan adalah skala sela (mempunyai pilihan jawapan yang bersesuaian dari skala 1 hingga 5) dan melihat perbezaan dalam satu pembolehubah tunggal iaitu tahap kecerdasan emosi.