• Tiada Hasil Ditemukan

BAB V SUNTINGAN TEKS DAN TRANSLITERASI NASKHAH

5.2 Kaedah Am Transliterasi

oleh Salinan-E. Teks Salinan-P jelas menjadi sumber penting dalam usaha memperoleh penjelasan yang seluas-luasnya dan sedalam-dalamnya berkenaan dinamika wacana MN di Minangkabau.

Salinan-O disebut oleh Kaptein (1993: 135) sebagai syair yang cukup panjang berkenaan gambaran polemik MN, khususnya di Minangkabau. Hal yang menarik dari teks ini ialah dalam hal setting waktunya, iaitu awal kurun ke-20. Maknanya, waktu mulainya polemik berkenaan MN di Minangkabau memuncak. Namun demikian, berbagai-bagai hal yang dikritik oleh HAKA dalam karyanya ini masih berlaku hingga kini di Minangkabau. Kompleksiti ini menjadi bahagian yang penting tentunya dalam menjelaskan dinamika wacana MN di Minangkabau.

Salinan-E ataupun Salinan-O dijadikan dasar dalam penjelasan dinamika wacana MN di Minangkabau. Sebagai sebuah dasar, maka kedua-dua teks dari dua salinan itu tidaklah berdiri sendiri. Kedua-dua teks ini sudah tentu berhubung kait dengan teks-teks lain yang terkandung di dalam naskhah-naskhah karya ulama Minangkabau berkenaan MN. Melalui perspektif CDA, semua dijalin menjadi makna yang luas, utuh, dan dalam tentang dinamika wacana MN di Ranah Minang.

ejaan dan tanda baca. Hal ini bertujuan untuk lebih memudahkan khalayak luas untuk memahami hasil transliterasi.

Namun demikian, kerana pentingnya hasil transliterasi suatu naskhah untuk kajian bidang lain, maka transliterasi juga harus berusaha menjaga ‘keaslian’ bahasa sebuah naskhah (Panuti Sudjiman, 1995: 97-100). Hal ini kadang-kadang menimbulkan dilema. Oleh sebab itu, alternatif transliterasi ini berusaha mengambil jalan tengah, iaitu perubahan dan penyempurnaan tetap dilakukan sepanjang tidak menghilangkan konteks sosial-budaya naskhah yang bersangkutan.

Sebagaimana telah pun disebutkan dalam Bab II, bahawa kaedah suntingan teks yang digunakan ialah metode edisi kritik. Metode ini dilakukan dengan cara menerbitkan teks dengan membetulkan kesalahan-kesalahan kecil dan hal-hal yang tidak sengaja, sedangkan ejaannya disesuaikan dengan ejaan yang berlaku. Diadakan pengelompokan kata, pembahagian kalimat, pengaturan perenggan, digunakan huruf besar, tanda baca, dan diberikan juga komentar mengenai kesalahan-kesalahan teks.

Selanjutnya, segala usaha perbaikan disertai pertanggungjawaban. Melalui pertanggungjawaban inilah khalayak pembaca dan atau pengguna teks terbaca dapat

‘melihat’ teks asal.

Hasil transliterasi kemudiannya dilengkapi dengan anotasi dan glosari makna perkataan supaya boleh lebih mudah difahami. Anotasi tidak hanya sekadar penjelasan makna suatu kata bahasa selain bahasa Melayu, tetapi juga untuk menjelaskan beberapa hal-hal khusus yang penting untuk dijelaskan. Dalam hal ini misalnya nama tempat, nama orang, istilah tempatan, nama kitab, dan lain-lain. Kehadiran anotasi dan glosari

ini juga dimaksudkan untuk membantu bagi pengkaji lain yang juga memiliki kepentingan terhadap teks yang disunting.

Secara am, sebagai acuan untuk transliterasi kedua-dua salinan naskhah, maka perkara-perkara yang diambil kira dalam menghadirkan teks terbaca ialah sebagai berikut ini.

1. Transliterasi huruf Arab dan Jawi ke huruf Rumi serta barisnya (bunyi vokal) berdasarkan kaedah transliterasi DBP (1992).

2. Huruf kapital di dalam transliterasi digunakan pada awal kata permulaan ayat, nama-nama tokoh, gelar, nama tempat, sapaan (langsung), nama kitab, dan awal kata Al-Quran.

3. Setiap ayat diakhiri dengan tanda titik (.), seru (!), dan tanya (?), disesuaikan dengan bentuk ayatnya. Selain itu, dalam sebuah ayat ada kalanya juga akan diberi tanda baca koma (,) untuk menandai ayat berhenti sejenak.

4. Kata ulang, yang di dalam naskhah sering ditulis dengan menggunakan angka dua (2) di belakang kata yang diulang, ditransliterasikan dengan cara menuliskan kata tersebut secara utuh, misalnya kata ‘orang2’ akan ditulis secara utuh menjadi ‘orang-orang’.

5. Kata depan ‘di’ dan ‘ke” ditulis sesuai dengan ketentuan, iaitu sama ada ditulis terpisah jika ketentuannya terpisah atau ditulis serangkai jika dengan kata yang diikutinya.

6. Tanda [ ] digunakan untuk huruf dan atau kata yang menurut penyunting boleh dihilangkan.

7. Tanda { } digunakan untuk huruf dan atau kata yang menurut penyunting lebih sesuai digunakan dari pada huruf, kata atau kalimat yang terletak di depan tanda ini.

8. Tanda ( ) digunakan untuk huruf, kata atau kalimat yang menurut penyunting perlu ditambahkan.

9. Tulisan yang tidak terbaca akan ditulis huruf yang terbaca dan penulisan huruf terbaca dipisahkan dengan tanda (-). Adapun huruf yang sama sekali tidak terbaca akan ditulis dengan tanda tanya (?).

10. Transliterasi huruf Arab (bahasa Arab), kata dan atau istilah dalam bahasa Minangkabau, ayat al-Quran dan frasa tertentu serta perkataan asing (yang bukan bahasa Melayu) akan ditulis dalam bentuk italic. Tanda (’) digunakan untuk menunjukkan pembahagi antara suku kata, misalnya pada wa’Llāhu.

11. Acuan yang digunakan di dalam menyusun glosari ialah Kamus Bahasa Minangkabau-Indonesia Edisi Kedua (2012), Qamus Idris al-Marbawi: ‘Arabi-Malayuwi (1990), dan Kamus Dewan Edisi Keempat (2007).

Sebagaimana telah disebutkan pada keterangan nombor 1 di atas, bahawa transliterasi huruf Jawi dan Arab ke Rumi berpedoman kepada kaedah transliterasi DBP (1992). Secara teknik dan berurutan, panduannya boleh dilihat pada tiga jadual berikut ini. Adapun jadual berkenaan dengan pedoman penukaran huruf Arab ke Rumi boleh dilihat pada jadual 5.1 seperti di bawah ini:

Jadual 5.1: Penukaran huruf Arab ke huruf Rumi berdasarkan DBP (1992) Arab Rumi Arab Rumi Arab Rumi

a z Q

b s K

t sy L

th sh M

j dh N

th W

kh zh ﻩ / ﻪ / ﻫ H

d `

dh gh Y

Dalam jadual 5.2 berikut ini dinyatakan pula kaedah penukaran huruf Jawi ke huruf Rumi tentang penggunaan titik sebagai tanda huruf Jawi yang diubahsuai dari aksara Arab, iaitu huruf g, p, c, ny, dan ng.

Jadual 5.2: Penukaran huruf Jawi kepada huruf Rumi berdasarkan DBP (1992) Jawi Rumi Jawi Rumi Jawi Rumi

ﮎ / ﮒ g ﭖ / ڽ ny چ / ﺝ c

ڤ / ف p ڠ / ﻍ ng

Selain kedua-dua kaedah di atas, dalam transliterasi juga mengikut pemindahan bunyi vokal daripada bentuk baris dan ejaan dalam bahasa Arab menerusi kaedah seperti dalam jadual di bawah ini:

Jadual 5.3: Perubahan bunyi vokal berdasarkan kaedah DBP (1992) Bentuk Huruf Bentuk Baris Bunyi/Ejaan Rumi

آ fathah (atas) Ā / ā

ﻱٳ kasrah (bawah) Ī / ī

ﻮﺍ dhammah (depan) Ū / ū

Untuk kes pemberian titik untuk huruf g, p, c, ny, dan ng seperti yang terdapat pada jadual 5.2 dan pemindahan bunyi vokal seperti yang tertera pada jadual 5.3, tidaklah secara utuh ditemukan di dalam kedua-dua naskhah. Hal ini kerana, banyak juga ditemui beberapa “kesalahan”, misalnya ada huruf yang seharusnya diberi titik, tidak bertitik sehingga seakan-akan terbaca berbeza dengan yang sebenarnya. Selain itu, ramai juga ditemui bunyi vokal yang tidak ditandai dengan penanda bunyi vokal, sama ada baris fathah untuk bunyi /a/, kasrah untuk bunyi /i/, ataupun dhammah untuk bunyi /u/. Maknanya, tidak semua bunyi vokal ditandai dengan tanda baca huruf yang lazim

digunakan dalam penulisan Jawi. Hal seperti itu secara amnya sering kali ditemui dalam teks-teks klasik Melayu, sama ada tulisan tangan mahupun salinan cetakan. Dan, terkadang untuk beberapa kata dan istilah memerlukan perhatian saksama dan ketelitian untuk menentukan kata dan istilah yang meragukan, sama ada kata itu ’kambing’ atau

‘kumbang’.

Dalam transliterasi, anotasi teks juga diperlukan agar khalayak pembaca boleh

“membayangkan” teks asal. Selain itu, anotasi teks juga dilengkapi dengan glosari makna perkataan. Hal ini mengingat bahawa kedua-dua teks lahir dalam konteks bahasa dan budaya Minangkabau. Dengan demikian ramai ditemui kata dan istilah kebudayaan tempatan yang penting untuk diberikan penjelasan.