• Tiada Hasil Ditemukan

Kajian-kajian Lalu Berkenaan MN di Dunia Islam

BAB I PENGENALAN

1.4 Sorotan Literatur

1.4.1 Kajian-kajian Lalu Berkenaan MN di Dunia Islam

Dalam khazanah kebudayaan dan sejarah Islam, perayaan MN merupakan salah satu isu yang kontroversial yang telah “memancing” ramai pengkaji—sama ada sarjana Barat mahupun Timur—untuk melakukan studi terhadapnya.

Penelitian bidang sejarah yang cukup lengkap tentang dinamika perayaan MN secara serius pernah dilakukan oleh Nico Kaptein. Buku Perayaan hari lahir Nabi Muhammad SAW: Asal usul dan penyebaran awalnya; sejarah di Magrib dan Spanyol Muslim sampai abad ke-10/ke-16 yang ditulis oleh Nico Kaptein (1994) ialah sumber komprehensif berkenaan sejarah perayaan MN di Dunia Islam. Buku ini merupakan terjemahan dari tesis PhD dalam bahasa Belanda yang bertajuk "Het geboortefeest van de Profeet Mohammed. Oorsprong en verspreiding in het Nabije Oosten tot het begin van de 7e/13e eeuw; invoering en geschiedenis in de Maghrib en al-Andalus tot aan de dood van al-Wansharisi (914/1508)" di Leiden University 1989.

Di dalam buku ini dihurai dan dijelaskan sejarah permulaan perayaan MN di Dunia Muslim, utamanya sampai awal abad ke-10 (Hijrah) atau abad ke-16 Masihi.

Kajian ini bersumber dari berbagai-bagai karya toko-tokoh Islam yang berisi informasi tentang sejarah MN. Lebih jauh lagi, dalam buku ini digambarkan secara detail dinamika perayaan MN pada masa Marini dan Wattasi, dinasti Nasri, dinasti 'Abd al-Wadi dan dinasti Hafsi. Tidak berhenti dalam penggambaran dinamika perayaan MN pada beberapa dinasti tersebut, Nico Kaptein juga menghuraikan perdebatan dan polemik berkenaan MN pada periode awal.

Melalui hasil kajian Nico Kaptein ini terlihat nyata bahawa polemik MN di Alam Melayu umumnya dan Minangkabau khususnya merupakan bahagian yang tidak lepas dari dinamika Islam yang lebih awal. Buku ini juga sekali gus memberikan arahan bahawa kajian wacana MN di Minangkabau cukup signifikan untuk dilakukan. Hal ini kerana, setiap wilayah Islam memiliki corak yang khas dan dinamika yang unik dalam

“memaknai” MN. Tidak terkecuali MN di Minangkabau, selain diwarnai corak yang khas, ia juga bahagian dari wacana polemik antara Kaum Muda dengan Kaum Tua.

Selain kajian di atas, masih ramai ditemui kajian berkenaan dinamika MN di Dunia Islam, utamanya dengan dinamika perayaan dan perdebatannya. Di antara tulisan yang penting dalam kumpulan kajian ini seperti kajian Aviva Schussman (1998), Jajat Burhanudin (2005), Joska Samuli Schielke (2006), Marion Holmes Katz (2007), Howard M. Federspiel (2007), Zainuddin Hamka (2009) dan Brannon D. Ingram (2011). Berikut ini akan dihuraikan kandungan arah dari kajian-kajian tersebut.

Pertama, kajian Aviva Schussman (1998) merupakan artikel dengan tajuk “The Legitimacy and Nature of Mawlid al-Nabī: (Analysis of a Fatwā)”. Artikel ini merupakan analisis fatwa ulama di Dunia Islam tentang MN. Sumber utama kajian ini ialah terbitan fatwa tentang masalah MN dalam Majallat al-Azhar. Dalam tulisan ini juga disertakan terjemahan dalam bahasa Inggeris dari terbitan fatwa tersebut. Dari artikel ini diketahui bahawa ada kecenderungan fatwa berkenaan MN lebih terbuka terhadap “hukum” perayaan MN. Ertinya, tidak ada kepastian hukum yang diberikan, sama ada dilarang atau dibolehkan melaksanakan perayaan MN. Hal ini berbeza dengan fatwa-fatwa para ulama sebelumnya yang cenderung melarang perayaan MN, terutamanya ulama dalam kalangan pembaharu.

Kedua, kajian Jajat Burhanudin (2005) juga sebuah artikel yang bertajuk

“Aspiring for Islamic Reform: Southeast Asian Requests for Fatwās in al-Manār”.

Berbeza dengan kajian Aviva Schussman di atas, artikel ini lebih difokuskan pada peranan Majalah Al-Manar sebagai media yang “menampung” permintaan fatwa dari berbagai-bagai kalangan yang berhubung kait dengan dinamika Islam di Nusantara.

Salah satu pertanyaan yang diterbitkan dalam majalah tersebut adalah berbagai-bagai pertanyaan dari ulama-ulama di Nusantara berkenaan hukum perayaan MN. Dalam

konteks ini, Al-Manar sebagai media kaum pembaharu di Nusantara jelas fatwa yang dikeluarkan, iaitu fatwa bidaah terhadap perayaan MN.

Ketiga, tesis peringkat doktor oleh Joska Samuli Schielke (2006) dengan tajuk

“Snacks and Saints: Mawlid Festivals and the Politics of Festivity, Piety, and Modernity in Contemporary Egypt”. Tesis ini menganalisis seputar maulid, khususnya dinamika perayaan MN di Mesir. Fokus kajiannya adalah pada budaya perayaan meriah, menekankan sifat politik dan bagaimana perdebatan tentang maulid di Mesir.

Sebagaimana diketahui bahawa Mesir merupakan negara berpenduduk Muslim yang memiliki tradisi perayaan MN yang beragam dan memiliki corak yang khas tempatan.

Kajian ini menyarankan bagaimana kajian yang melihat praktik Maulid, mestilah dilihat hubungan antara nilai (sistem masyarakat dan budaya) dan ideologi, tidak hanya dititikberatkan pada praktik kebendaan yang tampak pada perayaannya. Oleh sebab itu, peran negara (kebijakan keagamaan) sebaik-baiknya tidak terjebak pada persoalan kebendaan sahaja, tetapi lebih jauh pada tatanan nilai dan ideologi kumpulan yang mempraktikkan perayaan MN.

Keempat, kajian Marion Holmes Katz (2007) diterbitkan dalam bentuk buku dengan tajuk The Birth of the Prophet Muhammad: Devotional piety in Sunni Islam.

Dalam buku ini dijelaskan dinamika MN, sama ada keyakinan mahupun perayaannya, dan bentuk perayaannya. Dinamika yang menyangkut perbezaan fahaman tentang perayaan mulai tumbuh ketika ulama moden, seperti Rasyid Ridha, mengkritik praktik perayaan MN. Padahal ulama sebelumnya, utamanya dalam kalangan Sunni, seperti Ahmad ibn 'Abidin memfatwakan bahawa majlis yang mendengar cerita tentang kelahiran Nabi adalah tindakan yang baik dan boleh mendekatkan diri pada kesolehan.

Dalam perkembangannya, iaitu memasuki abad kedua puluh, terjadi kemunduran dalam

ideology dalam kalangan Sunni terhadap keyakinan perayaan MN. Temuan penting dalam buku ini menjadi pengetahuan yang penting pula bagi pengkaji untuk melihat dinamika MN di Minangkabau.

Kelima, kajian bidang sejarah yang dilakukan Howard M. Federspiel (2007) yang bertajuk Sultans, Shamans, and Saints : Islam and Muslims in Southeast Asia.

Kajian yang diterbitkan dalam bentuk buku ini tidaklah seluruhnya membahas tentang dinamika MN di Asia Tenggara. Akan tetapi, dalam satu bab buku tersebut, iaitu Bab 2 menghuraikan berbagai-bagai ekspresi tempatan dalam hal perayaan MN. Ekspresi tersebut antaranya penampilan berbagai-bagai bentuk kesenian dalam perayaan MN.

Akan tetapi, meskipun skop kajiannya Asia Tenggara, Minangkabau tidak dijelaskan di dalam buku ini. Hal ini menambah keyakinan pengkaji bahawa wacana MN di Minangkabau perlu untuk dikaji.

Keenam, kajian Zainuddin Hamka (2009) merupakan tesis peringkat doktor yang diterbitkan dalam bentuk buku dengan tajuk Corak Pemikiran Keagamaan Gurutta H. Muh. As’ad Al-Bugisi. Kajian pemikiran Islam ini menghuraikan ketokohan Gurutta H. Muh. As’ad Al-Bugisi sebagai ulama di Sulawesi Selatan. Salah satu pemikiran keislaman ulama tersebut yang penting ialah pendapatnya tentang perayaan MN. Sebagai ulama yang terkenal moden dalam pemikirannya tentang pendidikan, namun berfikiran tradisional dalam persoalan MN. Salah satu pemikiran tradisionalnya ialah membolehkan memperingati maulid dengan membaca barzanji dan bentuk perayaan lainnya.5

5 Fenomena ulama golongan pembaharu yang berlaku tradisional atau sebaliknya dalam berbagai-bagai urusan keislaman juga ditemui di Minangkabau. Pada saat-saat tertentu antara Kaum Muda dengan Kaum Tua bersatu. Misalnya, pada waktu masuknya faham komunis ke Minangkabau yang embrionya berasal dari Sumatera Thawalib, maka bersatulah ulama dari kedua-dua golongan untuk menentang faham yang dianggap bertentangan dengan Islam. Antara ulama golongan Kaum Tua yang diajak untuk bekerjasama adalah Syeikh Sulaiman Ar-Rasuli dan Syeikh Jamil Jaho. Ada kalanya ulama dari golongan Kaum Tua berpindah haluan kepada ulama golongan Kaum Muda atau bahkan sebaliknya. Misalnya, Syeikh Jamil Jaho pimpinan Kaum Tua yang

Fenomena tersebut agaknya menjadi hal yang menarik, khususnya untuk juga membandingkannya dengan dinamika wacana MN di Minangkabau. Gerakan Paderi sebagai gerakan “pemurnian” Islam yang cukup radikal tidak menentang bentuk-bentuk perayaan MN di Minangkabau.6 Maknanya, pengkaji harus hati-hati dalam melihat wacana dikotomi dinamika Islam Minangkabau yang telah dibuat para sarjana sebelumnya, iaitu Kaum Tua versus Kaum Muda, pembaharu versus tradisional.

Wacana MN mestilah dilihat secara kritis sebagai sebuah wacana yang tidak hanya di-produksi, tetapi juga dipraktikkan.

Dan, ketujuh, kajian berupa tesis peringkat doktor yang dilakukan oleh Brannon D. Ingram (2011) yang bertajuk “Deobandis Abroad: Sufism, Ethics and Polemics in a Global Islamic Movement”. Tesis ini membahas perdebatan Islam kontemporari yang berasal atas fahaman dari Dar al-`Ulum Deoband, iaitu madrasah yang terkenal di India Utara. Salah satu pemikiran dan fahaman yang berasal dari pengaruh Deobandis ialah penentangan praktik-praktik kesolehan tertentu (terutama perayaan ulang tahun Nabi Muhammad dan peringatan kematian Sufi). Kajian ini sekali gus menambah berbagai-bagai kajian yang membuktikan bahawa MN merupakan isu yang kontroversial di Dunia Islam.

Dari berbagai-bagai kajian di atas terlihat bahawa masih terbuka kesempatan yang luas untuk kajian yang lebih bersifat tempatan, seperti kajian yang akan dilakukan ini. Sebagai wilayah Muslim yang kental dengan dinamika Islam tempatan, Minangkabau menjadi bagian penting dalam khazanah sejarah dan budaya Islam yang lebih luas. Ulama-ulama Minangkabau yang memiliki jaringan luas, sama ada di

mereka mengundurkan diri. Berkenaan dengan fenomena tersebut, lebih jauh baca Murni Djamal, DR. H. Abdul Karim Amrullah:

Pengaruhnya dalam Gerakan Pembaruan Islam di Minangkabau pada Awal Abad Ke-20 (Penerjemah: Theresia Slamet), (Jakarta : INIS, 2002), hlm. 79 & 94-95.

6 Lihat misalnya dalam Azyumardi Azra, Surau: Pendidikan Islam tradisional dalam transisi dan modernisasi, (Jakarta: Logos

Nusantara mahupun Timur Tengah, telah membawa dan memperibumikan keislaman untuk keperluan tempatan. Salah satunya wujud dalam berbagai-bagai dinamika MN yang ada di wilayah tersebut.