Kajian-kajian ilmiah berkaitan kesan kecergasan fizikal dan perubahan fisiologi tubuh badan menjangkau dalam bentuk lebih multivariat dan pengkomputeran (Berger et al., 2011) mengaitkan kesan kecergasan fizikal dan aktiviti kognitif. Kajian oleh (Tremarche et al., 2007) terhadap 311 pelajar berumur 9 hingga 11 tahun lelaki dan perempuan mengenai kelebihan kognitif dan senaman di analisa. Kaedah survey dan ujian Massachusett Comprehensive Assesment System (MCAS) digunakan dalam kajian ini. Pelajar disoal mengenai tahap dan frekuensi terhadap aktiviti kecergasan fizikal semasa waktu sekolah dan ekstra kurikulum. Metodologi yang digunakan dalam kajian ini memberi implikasi bahawa kecergasan fizikal boleh dikaji menggunakan kaedah survey dan soal selidik, tidak semestinya kaedah makmal dan eksperimen.
Dalam melihat persetujuan kajian mengenai berlakunya kesan fisiologi apabila aktiviti fizikal dilakukan (Adolphs, 2010; Martin et al., 2011) memperincikan mengenai dos senaman dan dikaitkan dengan kualiti hidup. Kajian ini fokus kepada kesan dos senaman terhadap wanita yang telah pun menopos. Dapatan kajian mencadangkan walaupun latihan berintensiti rendah-sederhana sahaja (2 hari seminggu dan jangkamasa sederhana) sepertimana cadangan pakar kesihatan telah pun menunjukkan pengurangan yang signifikan terhadap depresi, dan berat badan (Boutcher, 2010). Senaman dengan intensiti rendah ke sederhana memadai bagi individu yang stres (Dunn et al., 2005; Napolitana et al., 2005)
Perubahan kardiovaskular akibat bersukan dan senaman dapat dilihat dalam peningkatan kadar nadi, tekanan darah dan pernafasan (Tyson et al., 2010). Saintis kerap mengaitkan dan mengukur secara terus untuk mengetahui interaksi antara
56
sistem saraf simpatetik dan parasimpatetik ke atas individu (Appelhans,& Luecken, 2006). Kedua-dua sistem menggerakkan sinoatrial (SA) node. Hormon norepinephrine akan dirembes apabila sistem saraf simpatetik diaktivasikan dan merangsang pacemaker node, hasilnya tekanan nadi meningkat. Ujian larian 2.4 kilometer dalam kajian ini akan memberi kesan kepada peningkatan tekanan darah, kadar nadi serta kadar pernafasan. Rembesan hormon, interaksi sistem saraf membawa implikasi fisiologi walaupun dalam kajian ini aspek-aspek tersebut tidak diuji secara makmal.
Sebaliknya dianggarkan sistem saraf parasimpatetik modulate kadar nadi dengan cepat. Secara spesifiknya kesan maksimum berlaku dalam anggaran 0.5 saat dan kembali ke aras bawah dalam masa 1 saat (Bailón et al., 2011). Apabila sistem saraf parasimpatetik modulate, tekanan kadar nadi lebih cepat maka peningkatan aurosal, stres, emosi, kebimbangan boleh dikawal oleh individu (Jalali et al., 2011).
Gambaran proses sistem saraf simpatetik dan parasimpatetik yang diberikan penerangan panjang lebar di atas adalah kesan instrinsik yang berlaku secara fisiologi dalam tubuh badan dan emosi apabila aktiviti kecergasan fizikal dilakukan (Capa et al., 2011). Proses fisiologi yang berlaku dalam tubuh badan manusiamembawa kesan positif ke atas aspek psikologi individu (Vancampfort et al., 2011). Dalam hal ini senaman dan bersukan kerap dijadikan sebagai satu faktor menangani isu-isu kesihatan dan kehidupan Otto dan Smits (2011) isu psikologi (Anshel, 2013) mental (Heydari, Boutcher, & Boutcher, 2013).
Begitu juga apabila peranan hormon dikatakan sebagai penyebab kepada gejala stres dan tekanan hidup (Salvador, 2011). Kaitan hormon dengan umur remaja perempuan juga memberi implikasi yang sangat besar ke atas proses pemikiran,
57
emosi serta kognisi (Ellison et al., 2012). Jumlah hormon yang tinggi melebihi orang dewasa memberi kesan yang sangat dramatik terhadap pelbagai masalah diri (Jackson, 2012). Hormon seks terutama estrogen mempengaruhi dalam tahap aktiviti manusia (Bowen, Turner, & Lightfoot, 2011; Nowell, 2012).
Hasil kajian menunjukkan intensiti kesakitan aktivasikan perubahan tahap kortisol dan depresi bergantung pada pengurusan program intervensi yang dilakukan oleh pengkaji. Kajian ini membuktikan bahawa hubungan kebangkitan dan tahap kortisol mempengaruhi faktor psikologikal dan fisiologikal dalam kadar menahan sakit dan stres (Archer, 2011). Kebanyakkan teori psikofisiologi memfokuskan kepada mengindentifikasi kesan perubahan kimia tubuh, hormon dan proses psikologikal yang membawa kepada sesuatu emosi. Bagi memahami bagaimana aktiviti fizikal memberi kesan kepada perubahan emosi, aktiviti fisiologi tubuh perlu diteroka sejelasnya. Kajian telah membuktikan sistem saraf autonomik terutama sistem kardiovaskular dan sistem saraf simpatetik menggerakkan aurosal emosi (Brownley, Hurwitz,& Schneiderman, 2000).Aktivasi fisiologi dikatakan sebagai sebahagian besar emosi (Allwood, et al., 2011; James, 1980; Schacter Singer, 1962;
Schwartz, Weinberg, & Singer 1962; Zilmann, 1978) peranan hormon oksitosin dan kortisol (Peckins et al., 2012) dalam kawalan emosi stres (Quirin, Kuhl,& Düsing, 2011). Sebagai contoh James (1890) menyatakan perubahan kimia tubuh itu sendiri adalah emosi dan corak fisiologi yang spesifik akan membentuk jenis emosi yang berbeza.
Hubungan kecergasan fizikal dan kecerdasan emosi ini berkait melalui manfaat psikologikal dan fisiologikal hasil kesan dan akibat interaksi kecergasan fizikal yang memberi kesan pada kecerdasan emosi (Landolfi, 2013). Sallis dan
58
Hovell (1990) menamakan hubungan ini sebagai Natural History of exercise. Selyes (1976) yang terkenal dengan teori Spesific Syndrome atau General Adaptation Syndrome (GAS) menyatakan “The nonspecific response of the body to any demand”
yang bertindak balas ke atas dua sistem iaitu sistem saraf dan sistem hormon semasa bersukan dan senaman memberi kesan psikologikal yang tidak nampak. Kesan aktiviti fizikal dan kematangan organ reproduktif mengubah keseimbangan kosentrasi emosi pada remaja (Mendle & Ferrero, 2012). Ujian ke atas saliva membuktikan peningkatan dalam aktiviti sistem saraf automatik akibat kematangan organ reproduktif adalah reflek kepada peningkatan tahap aurosal emosi dan bukan hanya memberi kesan stres kepada remaja sahaja (Adam et al., 2011). Oleh itu, dalam kajian ini, kecenderungan seksual adalah pembolehubah yang dipilih untuk diteroka dalam kalangan pelajar perempuan atas keseriusan isu ini demi negara, bangsa dan agama.
Ketiga-tiga teori ini digabung jalin bagi melihat bagaimana keinginan pelajar-pelajar perempuan ini ke atas tarikan seksual. Emosi yang dikaitkan dengan mempunyai kawalan ke atas sesuatu kejadian amat berbeza daripada emosi semasa menjalankan arahan Jones (2007)
Model Four Branch Ability fokus kepada interaksi dua aspek penting dalam kecerdasan emosi iaitu emosi dan kognitif yang membawa hala tuju dalam kajian ini.
Kaitan antara aspek perubahan emosi dan kognitif dengan bersukan pula dilihat sebagai kesan yang berlaku akibat reaksi hormon hasil proses menstrual (Wong &
Khoo, 2011), sistem endokrin, biokimia dan saraf dalaman tubuh badan hasil aktiviti fizikal. Kesan fisiologi ini adalah kesan implisit (Gendolla, 2012) manakala emosi bertindak balas dalam tubuh badan dan pemikiran pelajar dan akan ditunjukkan melalui tingkahlaku mereka (Mehling et al., 2011). Dalam kajian melibatkan kecergasan fizikal dan kecerdasan emosi fokus adalah kepada keinginan melibatkan
59
diri dalam kecenderungan seksual. Pada peringkat umur remaja kesilapan membuat keputusan boleh membawa kemusnahan dalam hidup mereka.
Perubahan fisiologi berkaitan hormon, biokimia, neural disebut dalam kajian kerana kesan ini terhasil akibat perubahan fisiologi semasa bersukan. Namun begitu faktor hormon, biokimia bukanlah fokus utama dalam kajian ini, tetapi pengaruhnya terhadap pemikiran dan emosi tidak boleh dinafikan. Hormon seks adalah sejenis bahan kimia yang dirembes oleh kelenjar seks beredar dalam darah dan mempengaruhi otak, organ-organ lain dan tingkahlaku (Young,& Korszun 2010).
Hormon seks yang spesifik iaitu estrogen dan progrestron yang tinggi setelah perubahan seks sekunder berlaku pada remaja mendatangkan banyak tarikan berlainan jantina dan kehendak berintimasi (Both, Laan,& Schultz, 2010). Kira-kira 120 juta hormon dihasilkan oleh remaja sehari berbanding dengan 5 hingga 50 juta sehari yang dihasilkan oleh orang dewasa (Both et al., 2010).
Keinginan ke arah seksual ini bukan sengaja dilakukan (Both et al., 2010) tetapi ianya adalah tuntutan fisiologi (Carter, Silverman,& Jaccard, 2011) sepertimana dalam teori ketiga yang diutarakan oleh pengkaji iaitu teori hieraki Maslow yang menyatakan seks adalah suatu keperluan seperti kehendak makan minum, tidur, kelaparan, tempat tinggal dan lain-lain lagi. Walaupun tuntutan untuk dipuaskan kehendak seksual ini bukan seperti mana mengurangkan rasa lapar dengan makan.
Namun begitu, kehendak seksual perlu dipuaskan supaya individu dapat berfungsi dengan baik dan dapat meneruskan kehidupannya dalam masyarakat.
Bagi sesetengah pelajar, dengan menghadirkan perasaan tarikan seksual, aurosal seksual difikiran (Goldey & Van Anders, 2011) sudah memadai bagi melayan
60
naluri seks. Manakala melibatkan diri dalam aktiviti seksual adalah tindakan paling ekstrem mereka lakukan. Maka kepuasan disini bukan hanya bermaksud selepas selesai melakukan aktiviti seksual malahan juga perlu diselesaikan difikiran. Ini bermakna remaja perempuan tidak boleh dibiar berfikir mengenai kelazatan seks setiap masa kerana pengaruh difikiran lebih sukar diatasi daripada kesan fizikal itu sendiri (Noll & Grych, 2011). Memikirkan tentang seks akan membangkitkan keinginan seks dalam diri manusia (Georgiadis & Kringelbach, 2012)
Bagi menentukan sama ada corak fisiologikal ini spesifik pada emosi tertentu, (Van de Riet, Grèzes, & de Gelder, 2009). Kadar nadi dikaitkan dengan kemarahan, ketakutan, kesedihan dan kegembiraan berbanding dengan rasa kebencian atau meluat. Keputusan juga menunjukkan emosi berkaitan kemarahan dan ketakutan meningkatkan tindak balas kadar nadi berbanding emosi kegembiraan (Webb, Miles,
& Sheeran, 2012).
Pengkaji lain mendapati peningkatan dalam pengukuran kardiorespiratori (contoh; respirationamplitude, inspiration volume, cardiac stroke volume) sukar membezakan perubahan emosi (Lating, 2012; Cacioppo et al., 1999). Berdasarkan keputusan tersebut, Cacioppo et al.(2000) menyimpulkan dua perkara. Pertama di samping menjumpai corak fisiologikal yang spesifik terhadap emosi tertentu, mereka juga mendapati aktiviti fisiologikal yang tidak spesifik pada emosi tertentu tetapi memberi petunjuk yang penting. Kedua, penyelidikan terhadap kedua-dua aktiviti sistem saraf simpatetik dan parasimpatetik amat membantu dalam membezakan corak aurosal autonomik berkaitan dengan emosi (Cacioppo et al., 2008).
61
Kajian mengenai emosi juga ditemui dalam mengkaji kecerdasan emosi dan elemen kendiri dalam diri individu. Kajian oleh Shamira Malekar (2007) mengaitkan kecerdasan emosi dan kesedaran kendiri. Hubungan antara kecerdasan emosi dan efikasi kendiri, Schmitt (2008). Kajian kecerdasan fizikal dan aspek psikologi terutama berkaitan ”self” atau ”kendiri” adalah antara yang popular dikaji. Sebagai contoh kajian kesan berat badan terhadap konsep kendiri dan psikososial dan hubungannya dengan kecergasan fizikal terhadap belia oleh Welk dan Matre, (2007).
Kajian oleh (Anderson& Brice, 2011) mendapati 10 minit senaman meningkatkan mood dan berupaya menstabilkannya. Ujian menggunakan Short Profile of Mood States (Armstrong et al., 2012) mengenalpasti sama ada senaman memperbaiki perubahan mood dan meningkatkan daya ingatan. Senaman dan bersukan sama ada dari jenis aerobik atau anaerobik boleh dilakukan secara kaedah berstruktur ataupun tidak. Membuat kerja-kerja rumah atau melakukan pekerjaan berat secara konsisten dikaitkan dengan kesan positif ke atas depresi (Dinas, Koutedakis, & Flouris, 2011 ) dan ketidaktentuan mood ( Legrand &Thatcher, 2011;
Pasco et al., 2011; Martinsen et al., 2007).
Kajian menunjukkan individu yang depresi kerap menderita kekurangan rembesan pelbagai jenis amine seperti norepnephrine, serotonin dan dopamine (Yildirim & Derksen, 2013;Vogelzangs et al., 2012) dan senaman serta bersukan meningkatkan norepinephrine di otak (Segal, Cotman, & Cahill, 2012; Ploughman, 2008;). Rembesan endorphine hypothesis semasa senaman pula dikaitkan dengan pengeluaran bahan kimia (Mattson, 2012) di otak yang mempunyai pengaruh seperti
”morphine” (mengurangkan rasa sakit dan menimbulkan euphoria). Rasa euphoria
62
yang dikeluarkan oleh endorphine mengurangkan tahap depresi, kebimbangan (Reardon, Leen-Feldner,& Hayward, 2009).
Dalam kajian ini ujian larian 2.4 kilometer dipilih berupaya memberi tekanan pada otot, sistem pernafasan, sistem perpeluhan agar manfaat psikologikal tersebut diperolehi. The American College of Sports Medicine (2009) mengesyorkan kadar latihan jantung diamalkan bagi memastikan keberkesanan dari segi aerobik. Oleh itu, matlamat setiap individu yang melibatkan diri dalam aktiviti kecergasan adalah untuk mendapatkan faedah kesihatan bagi mengelak penyakit hypokinetik (Napierala, Zukow, & Maczynska, 2013) kesihatan mental (Wipfli et al., 2011) emosi (Lavieet al., 2011) penampilan (Segar, Eccles, & Richardson, 2011) dan kecergasan diri (Gremeaux et al., 2012). Manakala bagi atlet, mengekalkan kecergasan pada tahap nadi latihan adalah kemestian untuk tujuan sukan prestasi tinggi.
Sebagai contoh, jika objektif sesuatu kajian adalah untuk menguji komponen kecergasan kardiovaskular sahaja biasanya pengkaji melakukan maksimal test prosedur menggunakan Treadmill atau Cycle Ergometer dalam makmal kerana jumlah respondan adalah sedikit (Thayer et al., 2012). Manakala jika dilakukan secara kajian lapangan dengan responden yang ramai senaman aerobik dan lari 2.4 kilometer adalah yang sesuai dilakukan. Apabila diukur dengan menggunakan monitor kadar jantung, bukan sahaja kadar nadi, tekanan darah, masa, bebanan dapat diukur malahan lactate threshole, pembakaran kalori serta pelbagai pemboleh ubah lagi dapat ditinjau dengan spesifik secara graf, peratusan dan angka (Assah et al., 2011).
63