• Tiada Hasil Ditemukan

KAJIAN LITERATUR : REVOLUSI DAN UMAT DIGITAL

In document E-Prosiding PERSEP II 2022 (halaman 83-92)

Nor Azaruddin Husni bin Hj Nuruddin Institut Kefahaman Islam Malaysia

Di era digital ini umat Islam sepatutnya menguasai bidang ini kerana bidang ini akan menerajui satu gaya hidup baru dalam setiap aspek kehidupan. Bangsa yang menguasai bidang ini akan menguasai dunia suatu hari nanti. Pencapaian sesebuah negara dapat dilihat serta dinilai dari segi gaya hidup, sistem pendidikan yang sempurna dan budaya yang baik di kalangan masyarakat. Tamadun manusia boleh dikatakan mencapai tahap yang tertinggi apabila manusia dapat menguasai sains dan teknologi melebihi pencapaian sebelumnya (Ibnu Khaldun, 1993)

Kita kini berada di era yang memperkatakan mengenai 'data'. Data kini dilihat sebagai satu komoditi yang menjana keuntungan dari berbagai sudut terutama dari segi pendapatan, kerahsiaan, keselamatan negara dan lain-lain. Data Raya (Big Data) merupakan satu ledakan informasi yang seiring dengan pertumbuhan ekosistem penggunaan telefon mudah alih dan data Internet. Pelbagai jenis data-data berstruktur dan tidak berstruktur daripada media sosial seperti Facebook, WhatApps, Instagram telah menyokong pertumbuhan Data Raya yang besar, pelbagai, tidak terbatas dan bernilai (volume, variety, velocity, value) sehingga kepada terabytes dan pentabyte data.

Kita mungkin belum begitu faham mengenai kegunaan Data Raya ini tetapi ada syarikat yang memberikan khidmat ini seperti Cambridge Analytica. Khidmat yang diberikan ialah menganalisis Data Raya dan seterusnya menyusun strategi bagi mencapai sesuatu matlamat samada matlamat tersebut di dalam bidang perniagaan atau politik. Strategi yang dikemukakan akan dapat mempengaruhi fikiran majoriti pengundi umpamanya (Mahathir Mohamad, 2020)

Era Data Raya bukan lagi bergantung kepada hasil eksport negara seperti bijih timah, bunga cengkeh, getah, rempah dan lain-lain tetapi bergantung pada kemampuan untuk menjana dan mempunyai data sebanyak mana yang boleh yang akhirnya akan membina empayar kekayaan yang luar biasa yang tidak terfikir oleh kita sebelum ini. Dari segi model perniagaan baru dan daya ekonomi baru tidak banyak yang diterbitkan dan Havard Business Review.

Selepas James F. Moore (1996) menerbitkan bukunya yang mempunyai pengaruh yang besar barulah muncul buku-buku yang menarik mengenai perkara ini (Don Tapscott, 2007).

Kalau sebelum ini kita melihat kekayaan datang dari sumber minyak seperti kekayaan yang dimiliki orang Sultan Brunei, syarikat PETRONAS dan ramai jutawan minyak dari Timur Tengah tetapi kini kekayaan telah berubah dimensi. Setiap saat data akan dijana samada melalui data berbentuk analog teks, audio, video dan lain-lain.

Menurut laman statista.com, Facebook mempunyai bilangan pengguna dari seluruh dunia (data) sebanyak 2.7 bilion, Instagram 1.22 bilion, Youtube 2.3 bilion, Whatsapp 2 bilion.

Kini kita juga berada di era "Apps" atau aplikasi yang mana kesemua urusan berada dihujung jari hanya dengan menggunakan telefon pintar. Sebagai contoh penggunaan Mysejahtera oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dan berbagai-bagai lagi Apps yang dicipta seperti Waze, Grab, TNB, Celcom, Unifi dan lain-lain lagi. Kita juga kita kini berada di era QR Code (Quic Respond). Kalau dahulu kita perlu menaip www (World Wide Web) diikuti alamat lokasi yang ingin kita layari tetapi kini kita hanya perlu mengimbas QR kod sahaja.

Daripada penerangan di atas ini timbul persoalan untuk dikaji. Apakah gaya hidup umat Islam akan datang bergantung kepada perubahan teknologi yang dipelopori oleh bukan Islam?

Mengapa orang Islam tidak dapat menguasai teknologi ini? serta banyak lagi persoalan-persoalan yang perlu difikirkan

75 Revolusi Digital

Perkembangan ilmu sains dan teknologi di dunia pada hari ini dapat diukur berdasarkan perkembangan pesat revolusi industri yang kini berada di Revolusi Industri 4.0 (IR4.0).

Revolusi industri bermula daripada Revolusi Industri 1.0 hingga Revolusi Industri 4.0. Istilah Revolusi Industri diperkenalkan oleh Arnold Toynbee (1989-1975) yang memperkatakan mengenai perkembangan dan perubahan industri bagi memastikan industri berada di peringkat yang lebih maju. Revolusi Industri adalah faktor penting bagi menentukan kemajuan sesebuah negara (Daniel C.S Wilson, 2014).

Revolusi Industri 1.0 merupakan Revolusi Industri yang pertama berlaku pada abad ke-18 (1760-ke-1830) di mana industri yang berasaskan wap atau menggunakan kuasa wap untuk menggerakkan jentera-jentera atau mesin-mesin di kilang. Sebelum ini kesemua jentera-jentera digerakkan oleh tenaga manusia atau haiwan. Dengan perkembangan ini maka terciptalah enjin wap oleh James Watt yang membawa perubahan besar kepada sejarah pengangkutan dunia dan seterusnya meningkatkan aktiviti perindustrian. James Watt dilahirkan pada 19 Januari 1736 merupakan seorang pencipta besar yang berjaya mencipta enjin wap yang menjadi pemangkin kepada revolusi industri di Britain dan Eropah. Maka, untuk menghargai jasa beliau, nama beliau Watt digunakan bagi unit daya elektrik.

Revolusi Industri 2.0 pula berlaku sekitar tahun 1870-1914 iaitu Revolusi Industri yang menggunakan kuasa elektrik. Penemuan tenaga elektrik ini dilakukan oleh Thomas Edison dan Nikola Tesla. Thomas Edison dilahirkan pada tahun 1847 merupakan pereka cipta dan usahawan Amerika Syarikat yang mengembangkan peranti elektrik ke seluruh dunia. Beliau digelar sebagai "Yang Pintar dari Taman Menlo". Beliau merupakan orang yang pertama menggunakan tenaga elektrik secara besar-besaran yang akhirnya mencetuskan Revolusi Industri ke-2 (IR2.0). Nikola Tesla pula dilahirkan pada tahun 1856 merupakan penyumbang utama di dalam penciptaan barangan elektrik yang akhirnya menghasilkan revolusi industri di dalam bidang elektromagnet pada awal kurun ke-19 dan akhir kurun ke-20. Paten dan teori kerja beliau menjadi asas kepada teori arus ulang alik moden dan kuasa elektrik. Beliau juga pernah menjadi pembantu kepada Thomas Edison.

Perkembangan teknologi ini telah memberikan satu lonjakan besar kepada status kehidupan masyarakat. Banyak kilang-kilang telah dibina menggunakan kuasa elektrik yang tinggi dan beroperasi 24 jam sehari semalam. Begitu juga dengan empangan-empangan hidro yang semakin banyak dibina untuk menyalurkan tenaga elektrik yang semakin bertambah khususnya di kawasan bandar termasuk zon-zon perkilangan seperti mana yang dapat kita lihat pada hari ini. Produktiviti sesebuah negara juga semakin bertambah kerana pengeluaran produk dapat dilakukan dalam skala yang besar dengan penyediaan tenaga elektrik yang berterusan

Revolusi Industri 3.0 bermula dengan sistem pengiraan data menggunakan mesin pada tahun 1980-an oleh Charles Babbagedan dikembangkan oleh Alan Turing. Charles Babbage dilahirkan pada tahun 1791 merupakan seorang ahli matematik, ahli falsafah, jurutera dan ahli sains komputer. Beliau merupakan orang yang pertama memperkenalkan mengenai pengaturcaraan komputer atau kini dikenali sebagai programming. Alan Turing pula dilahirkan pada tahun 1912 dan dianggap sebagai bapa komputer moden. Beliau telah memberi sumbangan besar kepada kecerdasan buatan atau kini dikenali sebagai Artificial Intelligent (AI). Kemudian muncul pula berbagai-bagai komponen elektronik untuk menghasilkan komputer seperti bahan semikonduktor, transistor, mikro cip dan lain-lain. Akhirnya alat yang dihasilkan itu dikenali sebagai komputer berasal dari perkataan “compute”. Pada peringkat ini banyak aktiviti serta data di industri dapat direkodkan di dalam sistem komputer bukan lagi secara mencatat di atas kertas atau di dalam buku. Penyimpanan maklumat melalui sistem fail

76 sedikit demi sedikit telah digantikan dengan penyimpanan fail di dalam komputer menggunakan perisian-perisian tertentu. Penggunaan mesin taip semakin lupus kerana telah digantikan dengan penggunaan komputer. Penggunaan komputer telah dapat menjimatkan tenaga elektrik dalam aktiviti perindustrian ketika itu. Pada awal Revolusi Industri 3.0 komputer tidak dapat berinteraksi dengan komputer yang lain. Komputer hanya dapat melakukan kerja secara berasingan atau bersendirian. Komputer ketika ini dikenali sebagai monochrome atau hanya berwarna hijau dengan menggunakan operasi DOS untuk menggunakan komputer. DOS adalah singkatan daripada Disk Operating System. Penggunaan komputer ketika itu mesti melibatkan dua cakera lembut atau cakera liut. Satu adalah cakera untuk DOS dan satu lagi untuk menyimpan data. Operasi Window tidak lagi ujud ketika itu.

Revolusi Industri 4.0 pula bermula sekitar tahun 2000-2005 ketika Internet mulai berkembang iaitu komputer telah dapat berinteraksi dengan komputer yang lain dari seluruh dunia melalui satu sistem yang dikenali sebagai sistem jaringan bekerja atau networking.

Melalui sistem ini berbagai-bagai aktiviti dapat dilakukan seperti pengajaran dan pembelajaran jarak jauh, perniagaan dalam talian, aktiviti sosial dan lain-lain. Penggunaan komputer tidak lagi terhad kepada proses mengira atau menaip sahaja tetapi dikembangkan dengan berbagai-bagai fungsi. Penggunaan komputer di peringkat industri telah dapat meningkatkan kecekapan pengeluaran yang lebih tinggi produktiviti dalam masa yang lebih singkat dan kos yang lebih murah berbanding kos buruh tenaga manusia. Pada tahap ini kita telah diperkenalkan kepada beberapa istilah-istilah baru seperti robotic, cyber security, cloud, drone, artificial intelligent, automation, Big Data, 3D-printing, internet of Things (IoT) dan System Integration.

Penggunaan tenaga manusia di industri semakin dikurangkan dan digantikan dengan penggunaan robotic arm atau “tangan robot” untuk membuat kerja-kerja pemasangan di kilang automatif seperti memasang pintu, mengecat, mengimpal yang kesemuanya dikendalikan oleh robot dengan ketepatan yang tinggi dan cepat.

Revolusi Industri 5.0 mulai perlahan-lahan diperkenalkan yang melihat lebih kepada kebangkitan masyarakat. Industri 5.0 ini menggabungkan antara manusia, teknologi dan data.

Apakah nanti nilai-nilai serta sifat-sifat manusiawi ini semakin terhakis apabila AI telah mengambil alih sepenuhnya tugas manusia.

Kajian literatur

Kertas kerja ini membincangkan mengenai kajian masa depan dan hubungannya dengan pembangunan umat Islam di era digital. Umat digital ialah bermula di era Revolusi Industri 3.0 sehingga sekarang ini iaitu bermula tahun 1970an. Ianya bermula apabila pengiraan data menggunakan mesin telah diperkenalkan oleh Charles Babbage. Perspektif kajian ini memberi tumpuan kepada kajian masa depan, revolusi digital dan umat digital. Kajian ini menggunakan pendekatan analisis teks yang membincangkan formula kerangka perspektif Islam. Hasil kajian menunjukan umat Islam hanya mampu menjadi pengguna kepada teknologi. Dunia Islam akan mencapai negara maju dalam konteks kemajuan digital sekiranya pemikiran umat Islam tidak tertutup kepada perubahan (Nor Azaruddin Husni bin Nuruddin, 2022a)

Kajian ini akan membahas bagaimana tentangan yang dihadapi oleh umat beragama dalam membangun dan memelihara komunikasi dan interaksi yang telah ada selama ini.

Kehadiran era digital telah membawa banyak pengaruh terhadap sudut pandang hubungan keagamaan, di antaranya dapat memengaruhi hubungan yang telah dibangun dengan baik.

Kehadiran hoax, ujaran kebencian, dan ajaran radikal telah berkembang banyak berkat

77 kehadiran teknologi digital. Penelitian ini menggunakan pendekatan tinjauan literatur. Para pemimpin agama harus mampu beradaptasi dengan perkembangan teknologi. Penguasaan kandungan dan sikap dalam menanggapi era digital akan dapat membantu menjaga hubungan antara agama. Islam memiliki banyak ajaran untuk terus memelihara dan membangun komunikasi antara agama (Baihaki, 2020)

Digitalisasi telah dikenal pasti sebagai salah satu trend utama yang mengubah masyarakat dan perniagaan. Pendigitalan menyebabkan perubahan bagi syarikat kerana penggunaan teknologi digital dalam organisasi atau dalam persekitaran operasi. Kertas kerja ini membincangkan digitalisasi dari sudut pandangan kajian kes yang pelbagai yang dijalankan untuk mengumpul data dari beberapa syarikat dan kajian kesusasteraan untuk melengkapkan data. Kertas kerja ini juga menerangkan versi pertama model transformasi digital yang diperoleh daripada kes-kes perindustrian ini serta menjelaskan titik permulaan untuk pendekatan sistematik untuk menangani transformasi digital. Model ini bertujuan untuk membantu syarikat secara sistematik menangani perubahan yang berkaitan dengan digitalisasi.

Model ini terdiri daripada empat langkah utama, bermula dengan meletakkan syarikat dalam digitalisasi dan menentukan matlamat untuk syarikat, dan kemudian menganalisis keadaan semasa syarikat berkenaan dengan matlamat digitalisasi. Seterusnya, pelan hala tuju untuk mencapai matlamat ditakrifkan dan dilaksanakan di syarikat. Langkah-langkah ini adalah lelaran dan boleh diulang beberapa kali. Walaupun situasi syarikat berbeza-beza, langkah ini akan membantu mendekati digitalisasi secara sistematik dan mengambil langkah-langkah yang diperlukan untuk mendapat manfaat daripadanya (Parviainen et al., 2017)

Teknologi telefon bimbit kontemporari telah membawa berjuta-juta aplikasi ke dalam poket pengguna yang mencetuskan kebimbangan agama. Aplikasi sedemikian nampaknya mewujudkan satu bentuk penglibatan agama baharu iaitu satu proses yang amat kelihatan di Indonesia. Kertas kerja ini akan meneliti aplikasi 'Aa Gym', salah satu aplikasi Islamik yang dilancarkan oleh pendakwah popular Indonesia, Abdullah Gymnastiar, pengguna awal teknologi mudah alih adalah untuk tujuan keagamaan. Akhbar itu berpendapat bahawa aplikasi Aa Gym menggambarkan bagaimana pengantara agama yang wujud dalam teknologi mudah alih membentuk semula cara rakyat Indonesia terlibat dengan ajaran Islam. Pertama, aplikasi 'Aa Gym' telah mewujudkan bentuk penglibatan agama baharu melalui perluasan interaksi agama dan komunikasi dalam landskap media. Kedua, aplikasi 'Aa Gym' telah menggambarkan bahawa media telah menjadi tapak baru untuk penemuan makna agama akibat penyebaran pihak berkuasa agama. Ketiga, aplikasi 'Aa Gym' adalah sejenis penjelmaan penginapan logik media yang dilakukan oleh tokoh agama untuk kekal boleh diakses oleh orang ramai yang semakin tepu media (Fakhruroji, 2019).

Buku ini membincangkan topik utama yang berkaitan dengan reka bentuk organisasi dan pengurusan pengetahuan dalam ekonomi digital dengan konteks organisasi, terutamanya di Asia. Negara-negara Asia bergerak pantas ke arah ekonomi digital, di mana peranan rekabentuk organisasi dan pengurusan pengetahuan adalah penting untuk menyokong idea-idea inovatif dan kreatif untuk memenuhi peluang pasaran yang besar di mana pelanggan bersedia untuk digitalisasi. Buku ini berkonsepkan reka bentuk organisasi kepada tiga dimensi, orang, maklumat dan teknologi dan menawarkan pembaca wawasan bernilai yang unik, membawa perspektif baru untuk memahami peluang perniagaan dan cabaran yang muncul di Asia.. Buku ini membincangkan transformasi digital dalam syarikat dan organisasi di Asia menganalisis bagaimana teknologi disruptif dapat membantu mereka mempunyai proses organisasi yang

78 lebih cekap, mencipta produk dan perkhidmatan inovatif menjadi lebih berdaya tahan dan mencapai matlamat yang mampan dalam masa pasca pandemik. Ia mengisi jurang di pasaran, menawarkan koleksi bab berharga yang menggabungkan topik strategik untuk syarikat, organisasi dan negara hari ini, seperti ekonomi digital, teknologi disruptif, data besar dan pengurusan pengetahuan, dengan tumpuan khusus di rantau Asia, memberikan contoh dan kajian yang kaya yang tertumpu di negara dan wilayah di Asia (Ahmad Rafiki, 2022)

Seorang pendidik merupakan peneraju dalam proses pendidikan Islam. Kaedah pendidikan Islam tidak akan berfungsi dengan baik tanpa peranan guru. Secara institusi, kemajuan institusi pendidikan lebih ditentukan oleh kepimpinan institusi daripada pihak lain.

Walau bagaimanapun, dalam proses pembelajaran dan pembentukan watak kanak-kanak dan keakraban kepada guru, ia adalah peranan yang paling menentukan daripada individu dan komponen lain di sekolah. Peranan penting guru mempunyai potensi yang sangat baik dalam kemajuan era globalisasi dan pendigitalan hari ini, akses yang semakin meluas kepada maklumat dan media yang semakin bercampur-campur untuk menyebarkan propaganda ekstremisme agama dan liberalisme kerana revolusi digital menuntut peningkatan kemahiran dan kecekapan literasi untuk guru digital PAI dapat dan bersedia untuk bekerja. Bertindak balas terhadap kemajuan teknologi dengan mengukuhkan kemahiran celik digital, kemudian menerapkannya dalam pembelajaran PAI yang bercirikan pandangan masyarakat sivil (Asmaiyah et al., 2022)

Pendigitalan undang-undang Islam bertujuan untuk memahami undang-undang Islam melalui media digital dan mempunyai karakter tersendiri untuk generasi milenium. Ini bertujuan supaya generasi milenial dapat memahami Undang-undang Islam bagi mengekalkan nilai-nilai agama Islam melalui platform digital. Kajian ini merupakan penyelidikan undang-undang Islam. Penyelidikan ini berorientasikan kepada kesesuaian antara prinsip, kaedah fiqh, dan peraturan undang-undang positif yang berkaitan dengan perspektif undang-undang Islam. Hasil kajian ini mengesyorkan bahawa satu strategi diperlukan untuk mengekalkan kewujudan Islam dalam ruang digital dengan cara bersosial pemahaman Undang-undang Islam yang perlu disampaikan secara substantif dan lestari melalui media sosial, termasuk kehadiran pendakwah yang menyampaikan bahan Undang-undang Islam dengan pendekatan milenium (Hikmah, 2022)

Media sosial adalah salah satu bahagian penting dalam mewujudkan saluran komunikasi sosial baru menggunakan sistem maklumat moden di kalangan rakan-rakan, saudara-mara dan orang yang tidak dikenali. Kerana Allah yang menciptakan semua manusia berniat agar mereka menyembah dia. Salah satu cara mereka menyembahNya adalah dengan membantu orang lain yang akan dimungkinkan oleh teknologi dalam era sekarang. Kajian ini bertujuan untuk memajukan tempat media sosial dalam budaya Islam. Selain itu, ia mensasarkan penggunaannya terhadap kebajikan sosial dan Islam. Menurut kajian ini, tidak semua Nabi menggunakan kaedah dan peralatan yang sama untuk dakwah. Bergantung kepada tetapan dan keadaan. Mereka menggunakan pelbagai alat dan taktik untuk dakwah. Ini adalah salah satu cara alat IT moden boleh menjadi senjata yang lebih berkuasa untuk Dakwah

79 Islamiah. Laman media sosial seperti Newsfeed, Facebook, YouTube, Skype, Linkedin, Google+, Tumblr, Snapchat, WhatsApp, IMO, Telegram, dan lain-lain menjadi mudah diakses, lancar, sambungan cepat, siaran langsung, hubungan langsung dan murah dalam pelbagai aspek kehidupan kita dari mana-mana bahagian dunia. Metodologi kajian ini adalah kualitatif. Ia digunakan sebagai alat untuk mengumpul data. Begitu juga, buku teks, surat berita dan sumber dalam talian digunakan untuk penyelidikan. Perbincangan mengatakan bahawa media sosial mempunyai kesan buruk dan baik kepada masyarakat Islam kita, terutama dari sudut pandangan Islam (Zeb et al., 2022)

Kajian ini bertujuan (i) untuk menganalisis kesediaan institusi pengurusan zakat dalam digitalisasi zakat dan (ii) untuk menganalisis masalah dan penyelesaian dalam menguruskan dana zakat melalui platform digital Hasil kajian menunjukkan bahawa kebanyakan institusi zakat di Kalimantan Selatan, Kebanyakan institusi zakat mempunyai kefahaman dan kesediaan yang baik untuk beralih kepada platform digital. Berdasarkan analisis masalah dan penyelesaian dalam penggunaan platform digital dalam pengurusan zakat, kajian mendapati masalah dan penyelesaian keutamaan alternatif bagi institusi zakat. Masalah dan penyelesaian meliputi sumber manusia, IT, pengurusan institusi dan sosialisasi dan komunikasi, muzakki, masyarakat, kerajaan dan pendigitalan. Khususnya, kelompok utama masalah keutamaan adalah pengurusan, dan kelompok utama penyelesaian keutamaan termasuk sumber manusia (Maulida et al., 2022)

Kesimpulan

Islam adalah agama yang sesuai di sepanjang zaman. Kehidupan ini melalui perubahan demi perubahan sejajar dengan peradaban manusia yang mana di terajui oleh sains dan teknologi atau dengan kata lain sains dan teknologi memandu kita. Apabila memperkatakan mengenai sains dan teknologi sudah semestinya terdapat dua perspektif yang berbeza iaitu kebaikan dan keburukan. Sejak berlaku revolusi industri, kita dapat merasakan bagaimana teknologi dapat mempertingkatkan daya pengeluaran daripada yang diusahakan secara manual kini dapat digerakkan dengan menggunakan jentera-jentera di kilang.

Walau bagaimana pun, dengan kemajuan ini juga telah menyebabkan perlepasan gas rumah hijau yang menyebabkan berlakunya perubahan iklim atau pemanasan global. Kini, generasi pada hari ini dapat merasakan bagaimana iklim yang tidak menentu termasuk banjir di ibu kota yang kita tidak pernah alami sebelum ini. Kebanjiran besar yang berlaku pada 18 dan 19 Disember tahun 2021 telah menyebabkan kemusnahan besar di beberapa negeri di Pahang, Selangor, Kuala Lumpur, Perak dan Negeri Sembilan (Nor Azaruddin Husni Nuruddin, 2022)

Kemajuan revolusi industri ini juga telah memusnahkan alam sebagaimana isu baru-baru ini apabila perlombongan logam nadir bumi lantanida yang dijalankan di Hulu Perak bakal memusnahkan beribu-ribu hektar diikuti oleh pencemaran bahan radio aktif serta lain-lain masalah seperti gangguan hidupan liar, penempatan penduduk yang tinggal di kawasan berhampiran (Nor Azaruddin Husni bin Nuruddin, 2022c)

80 Kemajuan teknologi digital ini juga telah mewujudkan banyak scammer-scammer yang telah menipu ratusan juta duit orang ramai. Berbagai-bagai teknik yang mereka gunakan. Kalau sebelum ini penipuan dilakukan oleh orang yang kita kenali atau pernah kita berjumpa tetapi di era digital ini penipu boleh berada d mana sahaja dari dalam dan luar negara. Mereka boleh menggunkan berbagai-bagai nama dan rupa. Dengan kemajuan perisian untuk menukar wajah atau suara kesemua bentuk penipuan boleh mereka lakukan dan yang paling malang bagi mangsa ialah penipu tersebut tdak dapat ditangkap untuk di bawa ke muka pengadilan (Nor Azaruddin Husni bin Nuruddin, 2022b)

Dalam memperkatan mengenai revolusi digital ini kita tidak dapat lari dari memperkatakan mengenai pemimpin dan kepimpinan digital. Apakah itu kepimpinan digital?

Seorang pemimpin yang mempunyai pengetahui mengenai reolusi digital bukan pemimpin yang buta IT. Bila seseorang pemimpin itu tidak berminat mengenai revolusi gital ini maka rakyat akan ketinggalan bila mana kemajuan teknologi IT tidak dipertingkatkan lama kelaman infrastuktur asas pada teknologi digital ini yang semakin ketinggalan. Kerajaan melalui usaha sama dengan pihak swasta perlu membuat pelaburan yang besar demi menjaga kesejahteraan rakyat (Nor Azaruddin Husni Nuruddin, 2021)

Peranan rakat Malaysia yang menjadi pengguna kepada media sosial ini yang mana dikenali sebagai netizen seharusnya mempunyai pemikiran yang bertamadun. Walau pun kita mempunyai FaceBook, Instalgram, Tik Tok serta lain-lain atas nama akaun kita sendiri tetapi tidak bermakna kita ini bebas untuk memaki hamun, memfitnah, menyebar cerita yang tidak benar atau lain-lain budaya yang negatif. Suasana ini sama seperti kita hidup berjiran yang mana jiran-jiran juga mempunyai hak mereka. Kita tidak boleh meletak kenderaan sesuka hati sehingga menganggu jiran untuk keluar masuk, begitu juga jika kita memasang radio atau audio yang begitu kuat sehingga mengganggu jiran-jiran kita. Cuma, kini keadaan telah jauh berubah dan jiran-jiran kita tidak lagi berada secara fizikal di sebelah rumah kita tetapi mereka berada di alam maya yang dapat membaca apa sahaja cerita atau komen yang kita muat naik (Nor Azaruddin Husni bin Nuruddin, 2021)

Revolusi Digital ini juga telah memperkenalkan kita dengan sistem biometrik.

Kebesaran Allah SWT telah menciptakan manusia yang dilahirkan ke dunia ini mempunyai cap ibu jari tangan dan kiri yang berbeza. Sejak dari Nabi Adam dilahirkan sehingga kini tidak ada dua manusia yang mempunyai cop ibu jari tangan yang sama begitulah kebesan Allah SWT bagi orang yang memikirkan. Cop-cop jari ini hanya digunakan dengan menggunakan dakwat dan dicop pada kertas sebagai identiti tetapi sejak revolusi digital ini cop jari telah didigitalkan dan dengan adanya teknologi ini kemungkinan besar cop jari manusia akan di manipulasi, diubah dan ditukar-tukar oleh pemilik yang berbeza. Ini akhirnya hilanglah identiti kita sebagai manusia yang berkaitan dengan pengesahan dokumen. Kehidupan manusia semakin bercemaru akibat dari kemajuan sains dan teknologi biometric ini (Nor Azaruddin Husni Bin Nuruddin, 2020)

In document E-Prosiding PERSEP II 2022 (halaman 83-92)