• Tiada Hasil Ditemukan

Kajian Tinjauan Menggunakan Soal Selidik

Peringkat 6 dan 7 SSM: Perubahan yang Diingini dan Boleh Dicapai serta Tindakan untuk Menambah Baik Situasi Bermasalah

3.5 KAEDAH KUTIPAN DATA

3.5.1 Fasa 1: Mengenalpasti Masalah

3.5.1.2 Kajian Tinjauan Menggunakan Soal Selidik

Penyediaan, Pembentukan dan Kandungan Soal Selidik:

Bagi menjawab persoalan kajian kedua; Apakah tahap LM pelajar sekolah berasrama penuh (SBP) berdasarkan amalan-amalan mereka dalam penghasilan kerja kursus sekolah (KKS)?

Penyelidik telah membentuk satu set soal selidik mengandungi 23 soalan (Lampiran A).

Dapatan daripada soal selidik ini turut diguna untuk menjawab persoalan kajian ketiga:

Apakah keperluan pelajar berdasarkan amalan LM dalam penghasilan KKS kepada pembentukan satu modul panduan pembelajaran literasi maklumat (MPPKLM)?

Kebanyakan soalan adalah berbentuk soalan tertutup bersesuaian dengan data yang ingin

diperolehi dan mencapai objektif kajian. Soalan berbentuk terbuka juga dibentuk bagi mendapatkan pandangan responden. Setiap soalan sama ada berbentuk terbuka atau tertutup, mempunyai kelebihan dan dan kelemahan yang tersendiri (Froddy, 1996). Oleh itu bagi menentukan satu-satu soalan itu berbentuk tertutup atau terbuka, penyelidik berpandukan kepada:

a) tujuan soalan tersebut diajukan kepada responden; dan

b) pandangan daripada guru-guru penyelaras Pusat Sumber Sekolah (PSS) yang faham konsep LM.

Bagi soalan tertutup, penyelidik telah menyediakan pelbagai pilihan jawapan dan jawapan

‘lain-lain’ untuk memberi peluang kepada responden mengemukakan jawapan yang mewakili penyataan sebenar dirinya. Bagi jawapan lain-lain yang dinyatakan oleh responden dikodkan semula bagi memudahkan pemprosesan dan analisis data. Ada juga soalan tertutup yang dibina berdasarkan skala Likert (1932).

Pembinaan item soal selidik adalah berdasarkan piawaian LM peringkat sekolah menengah yang digunakan oleh ANZIIL (Australian and New Zealand Institute for Information Literacy, 2004) dan contoh-contoh persoalan yang biasa diajukan oleh pengkaji-pengkaji lampau (Loertscher & Woolls, 1993). Jadual 3.2 berikut merupakan perincian piawaian LM ANZIIL (2004):

Jadual 3.2: Piawaian LM ANZIIL, 2004

Bil Piawaian LM Huraian

1 Orang yang celik maklumat menyedari keperluan maklumat dan menentukan bentuk dan tahap

a. Memahami dan menterjemahkan keperluan maklumat

b. Memahami tujuan, skop dan kesesuaian

maklumat yang diperlukan pelbagai sumber maklumat

c. menilai semula bentuk dan tahap maklumat yang diperlukan

d. Menggunakan pelbagai sumber maklumat dalam membuat keputusan

2 Orang yang celik maklumat mencari maklumat yang diperlukan secara efektif dan efisian

a. Memilih kaedah atau alatan yang paling sesuai untuk mencari maklumat

b. Membina dan melaksanakan strategi pencarian yang efektif

c. Mendapatkan maklumat dengan menggunakan kaedah-kaedah yang ber sesuaian

d. Menggunakan sumber maklumat, teknologi maklumat, perkakasan (peranti) untuk mengakses maklumat dan kaedah terkini penyelidikan.

3 Orang yang celik maklumat menilai maklumat dan proses pencarian maklumat secara kritikal

a. Menilai sama ada maklumat yang diperolehi adalah berguna dan relevan

b. Mendefinisi dan menggunapakai kriteria untuk menilai maklumat

c. Melihat kembali proses pencarian maklumat dan memperbetulkan strategi pencarian jika perlu 4 Orang yang celik maklumat

mengurus maklumat yang telah dikumpul atau dijana.

a. Merekod maklumat dan sumbernya

b. Mengurus (menyusun, mengkelas, menyimpan) maklumat

5 Orang yang celik maklumat mengaplikasikan maklumat sedia ada dan maklumat baru untuk membina atau mencipta pemahaman baharu

a. Membandingkan dan mengabungkan pemahaman baru dengan pengetahuan sedia untuk menentukan nilai tambah, percanggahan, atau lain-lain ciri-ciri unik maklumat.

b. Menyampaikan pengetahuan dan pemahaman baharu secara efektif

6 Orang yang celik maklumat menggunakan maklumat dengan pemahaman dan pengiktirafan kepada budaya, etika, ekonomi, perundangan dan isu-isu sosial

a. Mengiktiraf budaya, etika dan isu-isu sosioekonomi berkaitan dengan akses dan penggunaan maklumat.

b. Menyedari maklumat bertunjangkan nilai dan kepercayaan

yang merangkumi penggunaan maklumat

c. Menepati konvensyen dan etika berkaitan dengan akses dan penggunaan maklumat d. Memperolehi, menyimpan dan menyebarkan

teks, data, imej dan bunyi secara sah.

Beberapa frasa mudah untuk menggambarkan LM telah dibentuk oleh penyelidik bagi melambangkan tahap LM yang patut dikuasai oleh pelajar. Berpandukan Piawaian LM ANZIIL (2004) di atas, frasa-frasa LM yang dimaksudkan adalah seperti Jadual 3.3 di bawah:

Jadual 3.3: Frasa LM Penyelidik

Piawaian LM ANZIIL Frasa LM Penyelidik

Tahap 1: Orang yang celik maklumat sedar tentang keperluan maklumat dan dapat menentukan keaslian dan tahap maklumat yang diperlukan

Keperluan kepada maklumat

Tahap 2:Orang yang celik maklumat mencari maklumat yang diperlukan secara efektif dan efisian

Kaedah mendapat dan mengumpulkan maklumat yang diperlukan

Tahap 3: Orang yang celik maklumat sentiasa menilai maklumat dan proses pencarian maklumat secara kritikal

Penilaian sesuatu maklumat

Tahap 4: Orang yang celik maklumat

mengurus maklumat yang telah dikumpul dan dijanakannya.

Pengurusan maklumat yang diperolehi

Tahap 5: Orang yang celik maklumat mengaplikasikan maklumat baru untuk membina konsep-konsep baru atau mencipta pemahaman baru.

Penghasilan maklumat baru

Tahap 6: Orang yang celik maklumat menggunakan maklumat tertakluk dengan budaya, etika, ekonomi, undang-undang dan isu-isu sosial.

Beretika dalam menggunakan maklumat

Berdasarkan Jadual 3.4, terdapat 3 bahagian dalam instrumen soal selidik. Sasaran responden kajian untuk Bahagian A (B1: Latarbelakang responden); Bahagian B (B2: cara kebiasaan pelajar dalam menghasilkan KKS) dan Bahagian C (B3: tingkah laku pelajar berhubung maklumat). Soalan di B1 (soalan 1-4) berkaitan tingkatan, jantina, pemilikan komputer di rumah, penggunaan Internet dan pekerjaan ibubapa. Soalan B2 (soalan 5-13) berkaitan pemilihan topik, kebiasaan sebelum memulakan kajian, kebiasaan tempat membuat rujukan, cara kebiasaan ketika mengumpul maklumat, masalah yang dihadapi ketika mengumpul maklumat, cara kebiasaan menghasilkan tugasan, dan kriteria-kriteria tugasan yang baik. Manakala soalan B3 (16-22) berkaitan tujuan mencari maklumat, penilaian maklumat, pengurusan maklumat, persembahan maklumat dan etika menggunakan maklumat.

Jadual 3.4: Instrumen Soal Selidik

Bahagian Kandungan Perincian

Bahagian A (B1)

Latarbelakang responden

tingkatan, jantina, pemilikan komputer di rumah, penggunaan Internet, pekerjaan ibubapa.

Bahagian B (B2)

Cara kebiasaan pelajar dalam menghasilkan KKS (KKS)

pemilihan topik, kebiasaan sebelum

memulakan kajian, kebiasaan tempat membuat rujukan, cara kebiasaan ketika mengumpul maklumat, masalah yang dihadapi ketika mengumpul maklumat, cara kebiasaan menghasilkan tugasan, dan kriteria-kriteria tugasan yang baik

Bahagian C (B3)

Tingkah laku pelajar berhubung maklumat

tujuan mencari maklumat, penilaian maklumat, pengurusan maklumat, persembahan maklumat dan etika menggunakan maklumat.

Pemilikan komputer di rumah dan penggunaan Internet ditekankan di B1 kerana komputer sangat berkait rapat dalam kebolehan menjalankan aktiviti LM individu. Komputer akan membantu individu mengenalpasti keperluan, memberi arahan atau pengajaran yang sesuai mengikut peringkat masing-masing, memantau dan melaporkan kemajuan, menjadi alat untuk menganalisis data, menulis laporan dan melayari internet untuk mendapatkan maklumat bagi meningkatkan pengetahuan (Tengku Mohd Azzman, 1997). Manakala faktor pekerja ibubapa pula akan menyumbang kepada kemampuan pemilikan komputer di rumah.

Penyelidik telah mereka cipta item-item soal selidik di B2 dan B3 berdasarkan frasa LM di Jadual 3.4 di atas bagi mendapatkan gambaran dan fahaman yang sesuai dengan tahap litersi maklumat yang dikehendaki. Pemurnian item soal selidik telah melalui proses penyemakkan dan pengesahan ahli pakar yang terdiri daripada beberapa orang penyelaras pusat sumber yang telah berkhidmat melebihi 10 tahun serta telah melalui kajian rintis yang sewajarnya. Jadual 3.5 merupakan perincian item soal selidik B2 dan B3.

Jadual 3.5: Item Soal Selidik B2 dan B3 dan Kaitan dengan LM

Frasa LM penyelidik Item soalan No soalan

Keperluan maklumat (LM tahap 1)

Bagaimanakah cara anda untuk memilih topik untuk projek Sejarah?

Sebelum memulakan satu-satu tugasan/kajian/projek, apakah kebiasaan yang akan anda lakukan terlebih dahulu?

Kekerapan anda mencari maklumat?

Apakah sumber-sumber yang boleh memberikan anda maklumat?

Sejauh mana tahap kemahiran mencari maklumat yang anda miliki?

5 6

14 15 16

Kaedah mendapat dan mengumpulkan maklumat.

(LM tahap 2)

Mengikut kebiasaan anda di manakah anda akan pergi untuk mencari dan mendapatkan maklumat bagi satu-satu tugasan/ kajian/

projek anda?

7

Bagaimanakah cara anda mengumpul maklumat bagi projek anda?

Adakah anda mengalami sebarang masalah untuk mendapatkan dan mengumpulkan maklumat bagi tugasan/ kajian/ projek anda?

Sejauh mana anda berpuas hati dengan maklumat yang telah anda perolehi pada setiap kali pencarian (pencarian maklumat)?

8 9

17

Penilaian maklumat (LM tahap 3)

Perkara di bawah akan anda lakukan bagi menghasilkan tugasan/ kajian/ projek anda.

Bagaimana cara untuk menentukan bahawa maklumat yang diperolehi itu adalah sahih?

Apabila anda mencari maklumat, anda akan bertemu dengan pelbagai maklumat dan maklumat tersebut ada yang berbeza-berbeza dan ada yang mengelirukan.

Apakah tindakan anda?

10 19 20

Pengurusan maklumat.

(LM tahap 4)

Apabila anda mendapat maklumat / telah bertemu dengan maklumat yang anda kehendaki, apakah tindakan anda?

22

Penghasilan maklumat baru.

(LM tahap 5)

Pada kebiasaannya apakah tujuan anda mencari sesuatu maklumat?

19

Beretika dalam

menggunakan maklumat.

(LM tahap 6)

Adakah anda pernah membuat petikan (memetik kata-kata pengarang) dalam teks anda?

Sekiranya pernah, apakah yang biasanya anda lakukan?

Bagaimanakah cara penulisan bibliografi yang biasa anda lakukan?

Berikut adalah etika dalam menggunakan dan menghasilkan sesuatu maklumat

11

12 13 23

Pengedaran dan Pengumpulan Borang Soal Selidik.

Pengedaran borang soal selidik ini telah dijalankan pada bulan November 2005 iaitu selepas tamat peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR). Borang soal selidik telah diedarkan kepada keseluruhan pelajar tingkatan 3 dan 2. Seramai 120 orang pelajar tingkatan 3 dan 90 orang pelajar tingkatan 2 telah mengambil bahagian. Bagi memudahkan pengedaran borang-borang ini, penyelidik telah mengedarkannya serentak kepada semua pelajar dalam dewan utama sekolah. Ini bertujuan untuk memudahkan penyelidik menerangkan kepada pelajar sekiranya terdapat soalan-soalan yang tidak difahami dan menjimatkan masa. Sebanyak 83 naskhah borang soal selidik telah dapat dikumpulkan daripada tingkatan 2 manakala 110 naskhah daripada tingkatan 3.

3.5.1.3 Analisis Kandungan Naskah Laporan Kerja Kursus Kajian Sejarah