• Tiada Hasil Ditemukan

Karya yang Mengandungi Himpunan Hadith Pilihan daripada Pelbagai Kitab Hadith

In document University of Malaya (halaman 66-70)

1.0 PENDAHULUAN

1.2.1 Karya yang Mengandungi Himpunan Hadith Pilihan daripada Pelbagai Kitab Hadith

Antara contoh kitab di bawah kategori ini ialah:

i) Lubāb al-Ḥadīth oleh Abu Bakar bin Haji Hanafiah al-Qadi. Kitab ini disiapkan pada tahun 1384H/1974M dengan halaman 136. Kitab ini ialah himpunan hadith dalam masalah fiqh dan tasawwuf.

ii) Empat Puluh Penawar Hati oleh Abu Ali al-Banjari al-Nadwi. Kitab ini diterbitkan oleh Khazanah al-Banjariyyah Pokok Sena pada tahun 1992.

iii) Mutiara Hadith-hadith Pilihan daripada Jāmi‘ al-Ṣāghīr al-Suyūṭī oleh Haji Zakaria Haji Ahmad Wan Besar. Karya ini diterbitkan oleh Penerbitan Dar al-Salam, Alor Star, Kedah.

iv) Sarīr al-Bāb oleh Muhammad Zain Haji Ibrahim. Kitab ini ialah himpunan kepada hadith ṣaḥīḥ dan ḥasan yang diambil daripada pelbagai kitab hadith. Kitab ini telah ditaṣḥīḥkan oleh Ustaz Haji Abdullah Fahim yang mengandungi lima puluh buah hadith berserta perawinya dengan 49 halaman.

60 Fauzi, Ishak dan Faisal, Pengajian Hadith di Malaysia, 3-4.

University of Malaya

55 1.2.2 Karya-Karya yang Mengandungi Himpunan Hadith Pilihan

Berserta Syarahan

Antara kitab Jawi dalam bidang hadith di bawah kategori ini adalah seperti yang berikut:

i) Idangan Guru Sahih al-Bukhari wa Muslim oleh Mohamed Idris bin Abdul Raof al-Marbawi. Kitab ini mengandungi syarahan kepada hadith pilihan daripada kitab Ṣaḥīḥ al-Bukhārī dan Ṣaḥīḥ Muslim.61

ii) Muqaddimah Mastika Hadith Rasulullah. Ia terdiri daripada empat puluh buah hadith. Mastika Hadith Jilid Pertama diterbitkan pada tahun 1973, Jilid Kedua diterbitkan pada tahun 1984 dan Jilid Ketiga diterbitkan pada tahun 1995. Ia diterbitkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Jabatan Perdana Menteri.

Karya ini telah diusahakan bersama oleh Datuk Haji Muhammad Nor bin Ibrahim, Datuk Haji Ismail Yusoff dan Syeikh Abdullah bin Muhammad Basmeh (m. 1996).

iii) Miṣbāḥ al-Ẓalām wa Bahjah al-Anām. Kitab ini ditulis oleh Haji Abu Bakar bin Haji Hanafiah al-Qadi (m. 1998). Ia terdiri daripada 262 halaman dan disiapkan pada 1406H/1985M. Kitab ini mengandungi hadith-hadith Qudsi dan Nabawi yang kebanyakannya dikutip daripada beberapa buah kitab, antaranya Fatḥ al-Kabīr oleh „Abd Rauf al-Manāwī, al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr dan Riyāḍ al-Ṣāliḥīn.

61 Ibid., 4-5.

University of Malaya

56 1.2.3 Karya-karya Terjemahan daripada Kitab-kitab Hadith Berserta

Syarahan

Kitab-kitab di bawah kategori ialah kitab terjemahan daripada kitab hadith karya ulama hadith yang ditambah dengan syarahan hadith oleh penulis kitab.

Antara kitab-kitab itu ialah:

i) Al-Jawhar al-Mawhūb wa Munabbihāt al-Qulūb oleh Wan Ali bin Abdul Rahman Kutan al-Kalantani. Kitab ini diselesaikan penulisannya di Mekah pada malam Selasa, 2 Jumada al-Ula 1306H/1888M. Kitab ini merupakan syarahan kepada Lubāb Ḥadīth karya Jalāl Dīn al-Suyūṭī.

ii) Kanz al-Amīn fī Syarḥ al-Arba‘īn susunan Hj Mukhtar bin Ahmad Mohd Zain Kelantani. Kitab ini diterbitkan oleh al-Mu„arif, Kota Bharu pada tahun 1938.62

iii) Tajdhīb Aṭrāf al-Ḥadīth bi Sharḥ mā fī al-Kitāb Mukhtār al-Ḥadīth. Ia ditulis oleh Ustaz Abdul Halim al-Hadi. Ia ialah kitab yang mengandungi syarahan hadith-hadith yang terdapat dalam kitab Mukhtār al-Ḥadīth oleh Sayyid Ahmad al-Hāsyīmī. Ia mengandungi 1,586 buah hadith dan telah diterbitkan oleh Persama Press pada tahun 1990.

iv) Sharḥ Ṣaḥīḥ Muslim oleh Ustaz Abdul Halim Hadi dan diterbitkan pada tahun 1949.

v) Ilhām al-Bārī Sharḥ Ṣaḥīḥ al-Bukhārī yang ditulis oleh Ustaz Abdul Halim Hadi. Kitab ini mengandungi syarahan hadith yang terdapat dalam Ṣaḥīḥ al-Bukhārī. Ia diterbitkan oleh Persama Press Pulau Pinang pada tahun 1949.

62 Ibid., 5-7.

University of Malaya

57 vi) Baḥr al-Mādhī Sharḥ Mukhtār Ṣaḥīḥ al-Tirmīdhī oleh Mohamed Idris bin Abdul Raof al-Marbawi yang terdiri daripada 22 juzuk. Ia ialah karya terbesar yang dihasilkan oleh ulama Nusantara. Kitab ini ialah syarahan kepada kitab al-Jāmi‘ oleh Imām al-Tirmīdhī. Kitab ini mula diterbitkan oleh Maktabah Muṣṭafā al-Bābī al-Halābī, Kaherah semenjak tahun 1352H/1933 dan disiapkan pada tahun 1960.

vii) Hadith 40 oleh Asbiran Yaakob. Kitab ini dihasilkan pada tahun 1958 dan merupakan kitab syaraḥ ḥadīth al-Arba‘īn al-Nawāwiyyah oleh Imām al-Nawāwī yang mengandungi 42 buah hadith.

viii) Bulūgh al-Marām oleh Ismail dan Sulaiman. Kitab ini mengandungi syarahan hadith-hadith yang terdapat dalam kitab Bulugh al-Maram oleh Ibn Ḥajar al-„Asqalānī. Namun, kedua-dua penulis tersebut tidak memasukkan semua hadith yang terdapat dalam Bulūgh al-Marām ke dalam kitab terjemahan mereka. Jumlah hadith yang terdapat dalam kitab ini adalah sebanyak 549 buah hadith berbanding jumlah hadith dalam Bulūgh al-Marām sebanyak 1,480 buah hadith atau 1,370 buah hadith.

Kitab ini telah diterbitkan oleh Percetakan Dār al-Ma„ārif pada tahun 1962M.63

ix) Hadith 40 Terjemahan dan Syarahnya oleh Mustafa Abdul Rahman. Ia mengandungi terjemahan dan ulasan hadith-hadith yang terdapat dalam kitab al-Arba‘īn al-Nawāwiyyah oleh Imām al-Nawāwī dan diterbitkan pada tahun 1966M. Ia terbahagi kepada dua bahagian yang besar, iaitu Pendahuluan Ilmu Hadith dan Ringkasan Ilmu Muṣṭalaḥ al-Ḥadīth pada bahagian pertama, manakala matan dan ulasan hadith empat puluh pada bahagian kedua.

63 Ibid., 8-9.

University of Malaya

58 x) Terjemahan Mukhtasar Ibn Abi Jamrah oleh Mustafa Abdul Rahman dan Yusof Rawa. Ia memuatkan 294 buah hadith pilihan daripada kitab Ṣaḥīḥ al-Bukhārī dan diterbitkan pada tahun 1968 oleh Maktabah Abdullah bin Nuruddin al-Rawi, Pulau Pinang.

xi) Bulūgh al-Marām oleh Mohamed Idris bin Abdul al-Marbawi. Ia merupakan kitab terjemahan hadith-hadith yang terdapat dalam Bulūgh al-Marām oleh Ibn Ḥajar al-„Assqalānī. Beliau bukan sahaja menterjemah tetapi memberikan ulasan dan penjelasan terhadap hadith-hadith yang dikemukakan yang diletakkan di bahagian nota kaki. Kitab ini terdiri daripada 1,370 buah hadith dan diterbitkan oleh Matba„ah al-Anwār al-Muhammadiyyah, Kaherah tanpa dinyatakan tarikh diterbitkan.

xii) Arba‘īn li al-Nabhāniyyah oleh Haji Abu Bakar bin Haji Hanafiah al-Qadi. Kitab ini masih dalam tulisan tangan dan merupakan terjemahan dan huraian kepada 40 buah hadith oleh al-Nabhānī. Ia ditulis di Pulau Langkawi dan mengandungi 19 halaman.64

In document University of Malaya (halaman 66-70)