• Tiada Hasil Ditemukan

Kecekapan Peribadi (Personal Competence)

In document KECERDASAN EMOSI DALAM NOVEL REMAJA (halaman 110-115)

KERANGKA TEORITIS

2.5 Teori Kecerdasan Emosi

2.5.2 Model Kecerdasan Emosi Menurut Daniel Goleman (1995/1999)

2.5.2.1 Kecekapan Peribadi (Personal Competence)

Kecekapan kendiri ini mempunyai tiga faktor iaitu kesedaran kendiri, kawalan kendiri dan motivasi kendiri. Kecekapan peribadi ini menentukan cara seseorang mengurus diri mereka sendiri.

A. Kesedaran Kendiri (Self-Awareness)

Kesedaran kendiri ialah kebolehan mengetahui keadaan-keadaan dalaman, pemilihan-pemilihan, sumber-sumber dan intuisi-intuisi oleh individu tersebut. Faktor ini mempunyai tiga subfaktor iaitu:-

KECERDASAN EMOSI

Kecekapan Peribadi

Kesedaran Kendiri

Kawalan Kendiri

Motivasi Kendiri

Kecekapan Sosial

Empati Kemahiran Sosial

i. Kesedaran Emosi (Emotional Awareness)

Kesedaran emosi ialah keupayaan seseorang mengenal pasti emosi-emosi yang berlaku dan kesannya terhadap prestasi diri. Seseorang itu dapat merasakan perasaan yang sedang bergolak dalam dirinya (sama ada sedang sedih, kecewa, marah dan sebagainya) dan menghubungkannya dengan perkara yang difikir, dibuat dan diperkatakan. Dia juga tahu dan dapat mengagak kesan yang akan timbul akibat daripada luahan perasaannya nanti terhadap dirinya dan juga orang lain. Seseorang itu juga menyedari nilai-nilai dan matlamat diri yang dijadikan panduan dalam peringkat ini.

ii. Ketepatan Penilaian Kendiri ( Accurate self-assessment)

Ketepatan penilaian kendiri dimaksudkan sebagai keupayaan individu mengetahui kekuatan dan kelemahan diri dalam melakukan sesuatu kerja. Individu yang tahu kekuatan dan kelemahan diri sendiri dapat menghargai kelebihan dan kekurangan seseorang. Justeru, individu ini lebih bersikap terbuka dalam membaiki kelemahan diri sendiri. Individu ini bersikap terbuka dalam mendapat maklum balas dan melihat perspektif baru. Hal ini dianggap sebagai pembelajaran sepanjang hayat untuk pengembangan potensi diri. Individu ini juga mempunyai humor dan perspektif tentang diri sendiri.

iii. Keyakinan diri ( Self- confidence)

Keyakinan adalah keupayaan seseorang untuk menghargai diri sendiri dan percaya dengan kebolehan diri dalam membuat sesuatu tugasan. Individu ini mempunyai nilai harga diri yang tinggi dan berprinsip dalam hidupnya dan tidak mudah terpengaruh dengan gaya hidup orang lain. Mereka tidak akan mengharap bantuan orang lain jika

mampu melaksanakan sendiri sebarang tugas yang diamanahkan. Individu ini juga berani mengeluarkan pendapat dan idea walaupun mungkin tidak digemari oleh orang lian. Justeru, individu yang berkeyakinan diri boleh membuat keputusan yang tepat walaupun terdapat tekanan dan kekeliruan.

B. Kawalan Kendiri (Self – Regulation)

Kawalan kendiri ialah kebolehan seseorang untuk mengurus keadaan dalaman, naluri dan sumber-sumber. Terdapat lima subfaktor iaitu:

i. Kawalan Diri (Self Control)

Kawalan diri merupakan keupayaan seseorang mengawal naluri, emosi dan tingkah laku yang langsung. Seseorang itu dapat memantau perasaan dan menghalang cetusan emosi yang negatif daripada dapat dikesan oleh orang lain. Hal ini berlaku terutamanya dalam situasi seperti pertengkaran atau perdebatan yang memerlukan seseorang itu berada dalam keadaan tenang supaya dapat berfikir dengan jelas dan membina tumpuan sebelum membuat sesuatu tindak balas.

ii. Kebolehpercayaan( Trustworthiness)

Kebolehpercayaan dimaksudkan sebagai keupayaan individu mengekalkan kejujuran dan jati diri yang tinggi. Seseorang yang mempunyai kejujuran yang tinggi akan mudah didekati dan disenangi oleh individu-individu yang lain. Mereka juga dilihat oleh individu lain sebagai ikhlas dalam menjalin hubungan dan juga dalam melaksanakan tugasan atau memegang amanah. Mereka berani mengakui kesilapan sendiri dan pada

masa yang sama juga, tidak takut untuk menegur perbuatan yang tidak beretika orang lain. Individu sebegini mempunyai pendirian yang tegas berasaskan prinsip yang dipegang walaupun tidak disukai orang lain.

iii. Ketekunan (Conscientiousness)

Seseorang yang mempunyai ketekunan yang tinggi ke atas pencapaian matlamat peribadi. Individu ini boleh menilai prestasi diri pada setiap masa dan berencana dalam kerja. Kebolehan ini penting dalam mengukur tahap persediaan diri terhadap sesuatu tugas. Individu ini juga seorang yang teliti dalam tugas, menyelesaikan tugas pada waktunya dan berdisiplin.

iv. Penyesuaian Diri (Adaptability)

Seseorang yang mempunyai keluwesan dalam menangani perubahan. Mereka cekap dalam menangani pelbagai cabaran, keutamaan yang berubah-ubah dan perubahan situasi yang drastik dengan mengubah suai respons-respons dan taktik-taktik yang selari dengan situasi yang anjal tadi. Ciri keluwesan ini penting terutamanya bagi seseorang yang perlu membuat keputusan dalam situasi yang sentiasa berubah. Jadi kebolehan menyesuaikan diri dalam suasana kerja yang pelbagai akan membantu seseorang menjadi lebih mahir menyelesaikan tugasan.

v. Inovasi(Innovation)

Individu yang berinovasi dan senang menerima idea-idea baharu, pendekatan dan maklumat baharu daripda sesiapa sahaja tanpa perasaan negatif. Mereka juga sentiasa

mencari idea-idea baharu. Individu sebegini melihat sesuatu perkara daripada perspektif yang berbeza dan berani mengambil risiko dalam membuat sesuatu.

C. Motivasi Kendiri (Self-Motivation)

Motivasi kendiri ialah kecenderungan emosi dalam membimbing atau memudahkan seseorang untuk mencapai sesuatu matlamat. Terdapat empat subfaktor dalam hal ini iaitu:

i. Berorientasikan Pencapaian (Achievement Drive)

Individu yang mempunyai dorongan pencapaian akan meneruskan usaha ke arah mencapai sesuatu matlamat yang telah mereka tetapkan. Individu sebegini, meletakkan sasaran yang mencabar dengan risiko yang tertentu. Mereka mencari maklumat untuk mendapat kepastian sesuatu perkara di samping melaksanakan sesuatu perkara dengan lebih baik. Oleh itu, mereka berusaha meningkatkan prestasi kerja ke tahap yang lebih tinggi.

ii. Komitmen(Commitment)

Komitmen bermaksud kebolehan individu mensejajarkan matlamat diri dengan matlamat kumpulan atau organisasi. Mereka sanggup berkorban demi mencapai matlamat yang lebih besar iaitu matlamat organisasi. Mereka juga perlu mencari makna (sense of purpose) dalam misi berkumpulan di samping menggunakan nilai utama kumpulan dalam membuat keputusan serta cepat merebut peluang dalam mencapai misi kumpulan.

iii. Inisiatif(Initiative)

Seseorang yang mempamerkan sikap proaktif dan sentiasa bersedia merebut peluang.

Melaksanakan tugas melangkaiu matlamat yang ditetapkan iaitu berbuat sesuatu dengan sempurna dan lebih baik. Berupaya menggembleng rakan-rakan dan orang lain untuk melaksanakan sesuatu tugas bersama-sama dengan cara yang tersendiri. Individu sebegini akan terus berusaha hingga tercapai cita-citanya.

iv. Optimis(Optimism)

Seseorang yang beristiqamah dalam mencapai cita-cita walaupun terdapat halangan dan masalah. Seseorang yang optimis melihat dari sudut “harapan untuk berjaya” dan bukannya dari sudut “kemungkinan untuk gagal” serta lebih melihat masalah sebagai rintangan yang boleh diatasi dan bukannya kelemahan peribadi.

In document KECERDASAN EMOSI DALAM NOVEL REMAJA (halaman 110-115)