BAB 3: PENGARANG DAN KEPENGARANGAN AZIZI HAJI ABDULLAH
3.7 Keluarga Pemangkin Idea
Masyarakat, 15 Mac 1981 yang dikembangkan menjadi sebuah novel. Malah cerpen
“Cengai Batu” ini bermula daripada sebuah berita yang disiarkan dalam sebuah akhbar tempatan tentang satu gempa bumi dasyat yang berlaku di Afganistan yang mengorbankan ratusan nyawa dan merosakan kediaman (Kuras-kuras Kreatif, 2007, 100).
3.7.1 Bapa
Sebagai penulis cerpen dan novel, Azizi terbukti berjaya kerana banyak menumpukan persoalan pokok dan watak-watak yang biasa dengan kehidupan sehari-hari, Azizi sendiri pernah mengakui bahawa peribadi dan kehidupan sehari-hari bapanya, Haji Abdullah Md Diah adalah antara yang menjadi ilham utamanya. Watak bapanya yang sudah sebati kepadanya dan sentiasa berada dalam fikirannya, dan ini memudahkannya menghasilkan karya (Biografi Penulis Wajah, 2005: 269)
Antara perlakuan dan keperibadian bapa yang sering menjadi bahan dalam kebanyakan karyanya yang berkisar tentang keluarga ialah bapa beliau seorang yang mahir dalam seni ukir dan pertukangan terutama melakukan ukiran pada pintu, daun tingkap di samping mahir dalam penulisan khat. Namun satu sikap bapa yang kurang menyenangkan ialah walaupun beliau mampu membuat perahu seorang diri sahaja tetapi beliau boleh meninggalkannya begitu sahaja wapaupun kerja-kerja tersebut belum siap tanpa mempedulikan sungutan orang.
Selain itu, bapanya juga merupakan seorang yang warak dan sering beriktikaf di masjid. Malah bapanya juga sanggup membawa bantal dan kelambu untuk duduk diam di masjid. Hubungan antara Azizi dan bapanya juga digambarkan sebagai ‘dingin’
kerana walaupun mereka tinggal sebumbung namun mereka jarang berbual. Keadaan yang sama berlaku apabila Azizi tinggal berjauhan dan pulang sekali sekala namun Azizi tidak pernah menegurnya malah bapanya juga tidak pernah menyapanya.
Namun demikian pengalaman manis Azizi bersama bapanya ialah sewaktu beliau masih kecil bapanya begitu jarang sekali menunjukkan kemesraan dengan abang-abangnya, tetapi beliau paling beruntung kerana berpeluang naik ke atas belakangnya dan dapat memeluk bapa beliau. Apabila Azizi besar sedikit beliau tidak lagi merasai kemesraan bapanya itu walaupun beliau tidak pernah dipukul dan dimarahi oleh bapanya itu. (Kuras-kuras Kreatif, 2007:35)
Pada 6 Syawal 1417 bapa beliau pulang ke rahmatullah. Dalam satu temubual yang dilakukan oleh pengkaji dengan Azizi pada 3 Ogos 2010 di Sungai Petani, Kedah beliau mengakui bahawa setelah kematian ayahnya beliau seolah-olah ketandusan idea untuk berkarya kerana ikonnya itu telah membawa bersama segala memori dan modal beliau untuk menulis. Pernah Azizi cuba mengambil individu lain untuk dijadikan bahan untuk berkarya namun usaha itu menemui jalan buntu dan akhirnya beliau beralih kepada tema lainnya selain keluarga.
3.7.2 Emak
Selain bapa, Azizi turut mengambil emaknya sebagai ikon dan model penceritaan beliau. Emak dikatakan sebagai seorang wanita yang betul-betul mewakili sifat orang kampung. Ketaatan dan kesetiaan beliau terhadap suami merupakan bukti bahawa beliau sedar akan tanggungjawab dan peranan yang dimainkan sebagai seorang isteri terhadap seorang suami. Beliau tidak pernah merungut di hadapan suaminya apabila beliau tidak senang atau berpuas hati dengan sikap bapa. Cuma kepada anak-anak, emak kadang kala bercerita tentang perangai sang suami sekadar melepaskan apa
Azizi juga masih mengingati sikap emaknya yang tidak pernah meminta wang daripada anak-anak kerana beranggapan bahawa anak-anaknyalah yang lebih memerlukan wang untuk meneruskan kelangsungan hidup. Kerjaya sebagai seorang guru mengaji al-Quran di kampung dan kerajinan emak yang sering bertandang ke rumah jiran-jiran kerana mengajar sifat 20 kepada orang-orang kampung menjadikan Azizi kerap juga mengambil keperibadian dan sikap emaknya dalam kebanyakan karyanya. Pada tahun 1989, emak Azizi telah meninggal dunia dan Azizi tidak berada di sisi ibunya pada saat ibunya menghembuskan nafas yang terakhir.
3.7.3 Abang dan Kakak
Dalam karya Azizi, watak dan perwatakan yang dimiliki oleh abang-abang dan kakak-kakaknya turut mewarnai proses penulisan beliau. Mempunyai tujuh orang adik beradik yang terdiri daripada dua orang perempuan dan lima orang lelaki. Kesemua mereka mempunyai perwatakan yang tersendiri dan membolehkan Azizi menterjemahkan setiap satu perwatakan mereka ke dalam karyanya.
Apabila kesemua adik-beradik Azizi berkumpul, Azizi tetap merasai bahawa hubungan antara mereka renggang malah sering bergaduh antara satu sama lain.
Kerenggangan hubungan antara Azizi dengan kakak serta abangnya berpunca daripada status Azizi yang merupakan satu-satunya guru dan penulis dalam kalangan ahli keluarga mereka menyebabkan mereka berasa segan dan tidak mahu berkongsi masalah yang memang sudah sedia kala sebati dengan diri mereka. Namun demikian, Azizi seringkali menjadi tempat mereka merujuk dan melaporkan hal-hal yang berlaku di kampung. Tidak dinafikan bahawa tiadanya muafakat dalam kalangan ahli keluarga
menyebabkan Azizi menaruh sedikit kecewa dan berdendam dengan mereka lalu mengambil sedikit sebanyak gambaran perwatakan mereka lalu diabadikan dalam tulisan beliau yang bertemakan kekeluargaan (Kuras-kuras Kreatif, 2007: 37-38).
3.7.4 Isteri
Perwatakan isteri Azizi juga tidak ketinggalan dijadikan inspirasi apabila beliau berkarya. Azizi dan isterinya mendirikan rumahtangga pada tahun 1967 dan mereka dikurniakan dengan tiga orang cahaya mata. Namun anak lelaki Azizi telah terlebih dahulu dipanggil menghadapNya maka tinggallah seorang sahaja anak perempuan hasil perkongsian hidup mereka suami isteri.
Secara jujurnya Azizi menyatakan bahawa sikap isterinya yang kurang mesra dengan keluarga beliau menyebabkan Azizi meluahkan perasaan kurang senangnya ini dalam beberapa karya beliau terutama apabila berbicara tentang kerenggangan kasih sayang dan sikap menantu dengan mentua. Hakikatnya segala kejadian yang bersabit dengan perlakuan isterinya bukanlah kejadian seratus peratus namun gambaran perasaan menantu yang tidak mesra terhadap mentuanya telah digambarkan dengan baik selari dengan plot penceritaan beliau (Kuras-kuras Kreatif, 2007:39).
3.7.5 Anak
Alam kanak-kanak dan karya yang bertemakan kasih sayang adalah antara subjek yang menjadi minat Azizi untuk berkarya. Dua orang anak perempuannya iaitu
tanduk serta perlakuan anak-anaknya itu. Seperti mana bapanya, Azizi dikatakan sedikit sebanyak telah mewarisi keperibadian bapanya iaitu seorang yang kurang mesra dengan anak-anak sehingga Anita tidak langsung diberi perhatian sewaktu kanak-kanak lain berada di alam persekolahan kerana Azizi begitu sibuk berkarya ketika itu. Lebih tragis lagi sewaktu Azizi sedang asyik menulis cerpennya, Anita pernah dijerkah kerana menganggunya ketika mengarang dan kemudiannya Azizi menangis kerana sikap amarahnya terhadap anaknya sendiri. Manakala Azimah yang lahir 30 tahun selepas Anita begitu bertuah kerana ketika itu Azizi begitu manjakan dan sayang akan Azimah malah beliau sanggup berhenti seketika daripada kerjanya semata-mata untuk Azimah.