• Tiada Hasil Ditemukan

2.3 Hikmah Pensyariatan Ibadah Zakat

2.3.2 Kesan Zakat Terhadap Sosio Ekonomi

45

e. Pembayar zakat hendaklah memandang pemberian zakat sebagai sesuatu yang kecil kerana jika sebaliknya akan mendatangkan perasaan u’jub iaitu bermegah-megah.

Sifat u’jub adalah salah satu sifat mazmumah yang akan membinasakan amalan yang dibuat50.

f. Pembayar zakat hendaklah memilih harta benda yang paling bagus dan terbaik untuk dipersembahkan kepada Allah SWT sebagai zakat dan untuk diberikan kepada penerima. Sekiranya pembayar mengeluarkan zakat dari harta yang buruk, rosak, cacat dan sebagainya maka ia dilihat sebagai mempersendakan Allah SWT dan ibadah zakat.51 Allah SWT melarang perbuatan sebegini di dalam firmanNya yang bermaksud “... Janganlah kamu memilih yang buruk untuk kamu nafkahkan (zakatkan) sedangkan kamu sendiri tidak ingin mengambilnya walau kamu mejamkan mata.”52

46

bersama mereka Al-Kitab dan neraca (keadilan) supaya manusia dapat melaksanakan keadilan.”53

Ibadah zakat adalah rukun Islam yang disyariatkan oleh Allah SWT kepada umatnya untuk menjamin keadilan sosial54 dan membangun ummah. Zakat mempunyai impak kepada individu pembayar dan masyarakat dan umat sebagai penerima manfaatnya. Menurut Abu Ubayd’s di dalam kitabnya Al-Amwal55 zakat berperanan sebagai institusi istimewa dalam sistem pengurusan kewangan negara.56 Zakat merupakan sumber hasil negara yang dipungut dari golongan muslim dan diagihkan kepada muslim. Abu Ubayd juga menjelaskan bahawa penerima zakat adalah terhad kepada golongan yang dinyatakan di dalam al-Quran manakala keperluan selain itu, hendaklah menggunakan dana lain seperti kharaj dan fay’. Zakat juga dilihat dari perspektif siasah dan ibadah pada masa yang sama.57

Menurut M.A.Manan58 zakat boleh berperanan dalam mengatasi masalah ketidakseimbangan agihan kekayaan, memangkinkan aktiviti pengagihan semula kekayaan secara berperingkat dan membantu membendung kecenderungan inflasi. Zakat juga dapat

53 Al-Quran Mushaf Malaysia dan Terjemahan, 554.

54 Pranam Dhar, “Zakat as a Measure of Social Justice in Islamic Finance: An Accountant’s Overview”, Journal of Emerging Economies and Islamic Research 1, no. 1 (2013), 1-11.

55 Al-Amwal dihasilkan 1200 tahun lalu adalah buku karangan Abu Ubayd Al-Qasim bin Salam yang dilahirkan pada tahun 157 H. Abu Ubayd merupakan tokoh ilmuan awal Islam yang banyak menghasilkan banyak karya penulisan dengan menulis lebih 27 buah kitab dalam pelbagai bidang seperti hadis, fiqh, qiraat, tafsir, dan usul fiqh. Kitab Al-Amwal ini merupakan satu khazanah Islam yang boleh dikategorikan sebagai Great Book In Islamic Economics. Kitab Al-Amwal ditulis semula pertama kali pada tahun 1934 oleh Muhammad Hamid al-Fiqi dan usaha ini turut dibuat oleh beberapa orang lain selepasnya. Empat puluh peratus daripada kitab Al-Amwal ini mengupas isu tentang zakat.

56 Ugi Suharto, Kitab Al-Amwal: Abu Ubayd’s Concept of Public Finance (Kuala Lumpur: International Institute of Islamic Thought And Civilization (ISTAC), 2005).

57 Ibid., 169.

58 M.A. Mannan atau nama sebenarnya Muhammad Abdul Mannan dilahirkan di Bangladesh tahun 1918.

Beliau memperolehi Sarjana Ekonomi dari Rajshahi Universiti pada tahun 1960 dan berkhidmat di Pakistan.

Pada tahun 1970 beliau berpindah ke Amerika Syarikat dan memperolehi Sarjana Economy buat kali yang kedua dan seterusnya PhD pada tahun 1973. Beliau menjadi ahli akademik sebelum berkhidmat di di Islamic Development Bank yang beribu pejabat di Jeddah mulai tahun 1984. Pada tahun 1970 dia menerbitkan bukunya yang pertama Islamic Economics - Theory and Practice. Buku ini dijadikan buku teks pertama untuk bidang ekonomi Islam dan menjadi rujukan utama di pelbagai universiti seluruh dunia hingga diterbitkan sebanyak lebih 12 kali dan telah diterjemahkan dalam berbagai bahasa. M.A.Mannan menerima penghargaan atas sumbangannnya dari Pakistan sebagai Highest Academic Award of Pakistan pada tahun 1974.

University

of Malaya

47

membantu ekonomi bagi menyeimbangkan masalah peningkatan nilai wang, ketidakseimbangan harga barangan, ketinggian kadar kitaran mata wang, peningkatan inflasi dan ketidakseimbangan agihan kekayaan.59

Kerana itulah Islam meletakkan zakat sebagai pusat tumpu dalam polisi fiskal Islam dan operasi pelaksanaannya.60 Pengurusan zakat perlu ditadbir seiring dengan kemajuan teknologi untuk meningkatkan kutipan dan mengagihkannya dengan berkesan. Islam menuntut zakat dipungut daripada orang yang layak walaupun tiada golongan layak menerima. Zakat hendaklah diagihkan berlandaskan prinsip Islam yang telah ditetapkan.61

Zakat dibuktikan berjaya menjadi alat untuk mengurangkan pengumpulan harta, meningkatkan pengagihan semula pendapatan dan meningkatkan pendapatan golongan miskin.62 Dalam kajian yang lain oleh Samiul Hasan mendapati zakat adalah alat utama untuk memastikan pengagihan keadilan dalam Islam. Namun begitu, realiti masa kini peranan zakat sebagai alat untuk menjamin kesejahteraan sosial dilihat sebagai kecil di dalam kebanyakan negara Islam.63

Zakat juga boleh dijadikan satu penanda aras untuk menilai perkembangan ekonomi kerana peningkatan kemampuan orang ramai membayar zakat menunjukkan ekonomi keseluruhan juga adalah meningkat dan begitu juga sebaliknya.64 Zakat juga merupakan satu sistem kewangan kerana melalui zakat ekonomi umat Islam secara langsung dapat

59 M.A.Manan, Islamic Economics: Theory and Practice (Lahore: Sh. Muhammad Ashraf Publications, 1983), 275.

60 Mohammad b. Yusof, “Fiscal Policy in an Islamic Economy and the Role of Zakat”, IIUM Journal of Economics 14, no. 2 (2006), 117-145.

61 Nik Mustapha Nik Hassan, “Zakat in Malaysia: Present and Future Status”, Journal of Islamic Economics 1, no. 1 (1987), 48-58.

62 Norulazidah Omar Ali dan Myles, G, “The Consequences of Zakat for Capital Accumulation”Journal of Public Economic Theory 12, no. 4 (2010), 837-856.

63 Samiul Hasan, “Islamic Concept of Social Justice: Its Possible Contribution to Ensuring Harmony and Paceful Coexistance In A Globalised World”, Macqurie Law Journal 7 (2007), 167-183.

64 Adel Sarea, “Zakat as Benchmark to Evaluate Economic Growth: An Alternative Approach”, International Journal of Business and Social Science 3, no. 18 (2012), 242-245.

University

of Malaya

48

dikembangkan dan ditingkatkan sebagaimana yang dinyatakan oleh Rif’at di dalam bukunya az-Zakah al-Asas al-Syar’iy wa al-Tanmiy wa al-Tauzi’y menjelaskan peranan zakat terhadap ekonomi sama ada dalam konteks ekonomi mikro iaitu kesan ke atas individu isi rumah atau juga dalam konteks makro iaitu kesan gandaan (multiflier effect). Dalam konteks ekonomi mikro ia dapat meningkatkan pendapatan isi rumah, memberi ruang penambahan modal, memberikan peluang pekerjaan dan memperkembangkan perusahaan. Manakala dalam konteks ekonomi makro pula kesan daripada pengagihan semula kekayaan secara keseluruhannya semua ahli di dalam kitaran ekonomi akan menerima impak positifnya.

Impak langsung adalah ia meningkatkan kuasa beli pengguna, meningkatkan kualiti pembeli, merancakkan pasaran dan natijahnya ialah kitaran ekonomi yang lebih berkembang dan seterusnya membawa kepada kemakmuran kepada umat secara keseluruhannya.65

Melalui kajian lain mendapati zakat memberikan kesan dalam meningkatkan tawaran wang (money supply) dan meningkatkan permintaan barangan dan perkhidmatan. Zakat juga menyediakan jalan keluar dari bebanan hutang dan menjamin kestabilan harga barangan.66 Dalam konteks mengurangkan kemiskinan, dana zakat memainkan peranan penting dalam meningkatkan ekonomi dan sosial para asnaf zakat khususnya fakir dan miskin. Impak agihan zakat dibuktikan melalui kajian empirikal menunjukkan agihan zakat adalah berkesan dalam menangani masalah kemiskinan dan meningkatkan kualiti hidup. Kajian oleh Hairunnizam Wahid et al.67 mendapati bahawa bantuan zakat memberi kesan signifikan dari sudut kualiti hidup, kualiti pendidikan dan penyertaan sosial golongan miskin. Dalam satu kajian di

65 Rif’at Abdul Latif, Zakat Penjana Ekonomi Islam: az-Zakah al-Asas al-Syar’iy wa al-Tanmiy wa al-Tauzi’y terj. Abu Mazaya Al-Hafiz (Kuala Lumpur: Al-Hidayah Publishers, 2002) 123-292.

66Marghoob A. Quraishi, “The Institution of Zakat and Its Economic Impact on Society” (prosiding, Second Harvard University Forum on Islamic Finance: Islamic Finance into the 21st Century, anjuran Center for Middle Eastern Studies, Harvard University Cambridge, Massachusetts, 1999), 7.

67 Hairunnizam Wahid et al., “Kesan Bantuan Zakat Terhadap Kualiti Hidup Asnaf Fakir Miskin”, The Journal of Muamalat & Islamic Finance Research 1, bil 1 (2004), 151-166.

University

of Malaya

49

Melaka oleh Fuadah Johari68 turut menunjukkan keberkesanan zakat dalam mengurangkan jurang ketidakseimbangan agihan pendapatan dan seterusnya berjaya mengatasi masalah kemiskinan di negeri kajian. Kajian oleh Patmawati Ibrahim69 mengemukakan bukti-bukti empirikal menggunakan indeks-indeks kemiskinan berkaitan yang menunjukkan kesan positif agihan zakat dalam mengurangkan kemiskinan. Kajian oleh Adibah Abdul Wahab70 juga membuktikan bahawa zakat berkesan bagi membantu menangani masalah kemiskinan bandar dengan meningkatkan tahap pendapatan dan mengurangkan tahap kemiskinan.71

Usaha yang dijalankan oleh institusi zakat adalah melalui pelbagai program seperti program pembangunan modal insan, program pembangunan sosial dan program pembangunan ekonomi. Program pembangunan modal insan dengan mengambil langkah pertama memberi kesedaran kepentingan amalan spiritual, meningkatkan minda serta memberi kekuatan emosi di samping bijak membina rangkaian sosial dengan masyarakat lain. Program bantuan pembangunan sosial adalah seperti bantuan bantuan bina/baik pulih/sewa rumah, makanan dan kewangan bulanan, bantuan Ramadan dan Hari Raya, perubatan, rawatan dan rawatan sakit kekal. Manakala program ekonomi pula adalah projek ekonomi, kerjaya dan keusahawanan.72 Dalam satu kajian mendapati anjakan paradigma yang dibuat oleh institusi zakat telah memberikan impak yang besar dalam membebaskan

68 Fuadah Johari, “Keberkesanan Zakat Dalam Mengatasi Masalah Kemiskinan di Negeri Melaka” (disertasi Sarjana Syariah Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya,2004), ii.

69 Patmawati Ibrahim, “The Economic Role of Zakat in Reducing Income Inequality and Poverty in Selangor”

(tesis kedoktoran, Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, Universiti Putra Malaysia, 2006).

70 Adibah Abdul Wahab, “Peranan Agihan Zakat Dalam Mengatasi Masalah Kemiskinan Bandar: Kajian Kes di Lembaga Zakat Selangor” (disertasi Sarjana Syariah, Jabatan Syariah Ekonomi, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, 2009)

71 Rahisam Ramli dan Patmawati, “Kesan Agihan Zakat Dalam Membasmi Kemiskinan dan Ketidakseimbangan Agihan Pendapatan di Negeri Sembilan” (makalah, Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia Ke V 2010 (PERKEM V), anjuran Pusat Pengajian Ekonomi Fakulti Ekonomi dan Pengurusan Universiti Kebangsaan Malaysia, Port Dickson, 15-17 Oktober 2010)

72 Mohamed Izam b. Mohamed Yusof, “Dana Zakat: Instrumen Pembasmi Kemiskinan Asnaf” Makalah, Persidangan Zakat Serantau”, Kuala Lumpur, 28 Mac 2011.

University

of Malaya

50

golongan asnaf daripada terus menerus berada di dalam kemiskinan.73 Selain itu, zakat juga turut membantu kecemerlangan umat Islam dalam konteks pendidikan khususnya pendidikan Islam. Zakat telah berjaya membangunkan modal insan di Sarawak dengan menambah kuantiti dan kualiti pelajar yang ditaja dan dengan dana zakat institusi pengajian tinggi di Sarawak.74