• Tiada Hasil Ditemukan

KESEDIAAN GURU PELATIH REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI MENGAPLIKASI TEKNOLOGI

In document E-Prosiding PERSEP II 2022 (halaman 111-121)

102

KESEDIAAN GURU PELATIH REKA BENTUK DAN

103 idea yang realistik berdasarkan manfaatnya dalam mencapai visi dan misi negara bagi memperkasa pembinaan sahsiah individu secara keseluruhannya mendepani ketidakpastian dalam era IR 4.0.

Keberkesanan proses PdP secara tidak langsung mampu merangsang pemikiran murid yang kreatif, inovatif, kompetitif, dan kritis sebagai langkah untuk melahirkan modal insan kelas pertama. Selaras dengan apa yang dinyatakan oleh Noriati A. Rashid, Boon, Sharifah Fakhriah Syed Ahmad, & Wan Kamaruddin Wan Hassan (2012, ms. 11), “Teknologi dalam skop pengajaran dan pembelajaran yang lebih luas melepasi persekitaran bilik darjah mempunyai beberapa tujuan. Antaranya adalah untuk melahirkan pekerja yang mahir dan produktif, dan mewujudkan masyarakat yang bermaklumat serta bijak menggunakan maklumat.”

Justeru, dalam konteks kajian ini, kesediaan guru pelatih RBT di IPG dari segi aspek pengetahuan terhadap perisian Teknologi Komunikasi dan Maklumat (TMK) dan kemahiran mengaplikasikan salah satu domain teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran iaitu domain reka bentuk akan dibincangkan untuk melihat tahap kesediaan guru RBT mengaplikasi teknologi instruksional mendepani cabaran IR 4.0.

LATAR BELAKANG MASALAH

Berdasarkan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) RBT Tahun 5 (Semakan 2017), matlamat mata pelajaran RBT adalah untuk membina murid yang berpengetahuan, menguasai kemahiran asas dalam mereka bentuk, berkebolehan mengaplikasikan teknologi asas, mengamalkan asas keusahawanan serta mempunyai nilai atau sikap yang positif ke arah membentuk murid yang kompetitif, kritis, kreatif, dan inovatif (KPM, 2019). Matlamat ini boleh dicapai melalui proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan berbantukan aplikasi teknologi instruksional. Menurut Association for Educational Communication and Technology (AECT) pada tahun 1994, teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran ialah teori dan amalan berhubung dengan lima domain dalam teknologi pengajaran dan pembelajaran terkini iaitu, reka bentuk, pembangunan, pengurusan, penggunaan dan penilaian sumber serta proses untuk pembelajaran berkesan.

“Walau bagaimanapun, proses pengajaran dan pembelajaran kerap terhalang disebabkan maklumat yang diberikan oleh guru tidak dapat diterima dengan berkesan oleh murid. Sekiranya maklumat guru gagal diterima, pelajar tidak akan menunjukkan perkembangan dalam tingkah lakunya.” (Noriati et al., 2012, ms. 4). Oleh itu, guru harus menitikberatkan proses, kaedah, dan idea dalam pengajaran untuk memastikan ilmu pengetahuan berjaya disampaikan agar berlaku pemahaman yang tinggi dalam kalangan murid berkenaan topik yang dipelajari.

Dapatan kajian mendapati guru pelatih RBT mempunyai persediaan tinggi dari segi pengetahuan perisian TMK, manakala dari segi kemahiran mengaplikasi model reka bentuk pengajaran sebagai salah satu domain dalam teknologi pengajaran dan pembelajaran, guru pelatih RBT masih kurang mahir. Secara keseluruhannya, kajian ini mendapati guru pelatih RBT masih belum memiliki persediaan yang optimum untuk mengaplikasi teknologi instruksional dalam menyahut cabaran IR 4.0 iaitu untuk membangunkan murid berkualiti modal insan yang kreatif, inovatif, kompetitif, dan kritis sebagai faktor kritikal pembangunan dan kemajuan negara menjelang Wawasan Kemakmuran Bersama tahun 2030.

104 OBJEKTIF KAJIAN

Kajian ini dijalankan bagi mengenalpasti dua objektif berikut:

a) Mengenal pasti kesediaan guru pelatih RBT dari segi pengetahuan terhadap perisian Teknologi Komunikasi dan Maklumat (TMK).

b) Mengenal pasti kesediaan guru pelatih RBT dari segi kemahiran mengaplikasi model reka bentuk pengajaran sebagai salah satu domain dalam teknologi pengajaran dan pembelajaran.

SOROTAN KAJIAN

TEKNOLOGI INSTRUKSIONAL

Teknologi instruksional atau teknologi pengajaran merupakan suatu aplikasi sistematik tentang strategi dan teknik yang diperoleh daripada teori tingkah laku, kognitif, dan konstruktivis kepada penyelesaian masalah pengajaran (Pittman, 2007). Oleh itu, penggabungan dan penyepaduan teknologi instruksional ke dalam kurikulum sekolah telah menjadi agenda reformasi pendidikan di seluruh dunia. Tambahan lagi, teknologi instruksional menawarkan peluang yang tidak terkira banyaknya kepada institusi pendidikan untuk menghubungkan dan menggunakan teknologi untuk menambah dan memperkukuh wacana pengajaran. Justeru, menurut Pittman (2007), pendidik mesti memberi tumpuan kepada kedua-dua reka bentuk pengajaran dan pembangunan pengajaran dalam proses mengintegrasikan teknologi instruksional dalam pendidikan. Antara model reka bentuk pengajaran yang menggabungkan integrasi teknologi termasuk model Reiser dan Dick; model ASSURE; model ADDIE (Analysis, Design, Develop, Implement, dan Evaluate); dan model Kemp.

GURU DAN TEKNOLOGI INSTRUKSIONAL MENDEPANI IR 4.0

Dengan kemunculan IR 4.0, perkembangan pesat dalam sains dan teknologi telah banyak mempengaruhi kehidupan seharian. Dalam sektor pendidikan, perkembangan seperti Internet of Things (IoT) telah mempengaruhi kurikulum dan memperkenalkan pendidik kepada kaedah pengajaran baharu. Dalam konteks ini, IR 4.0 dijangka mampu merealisasikan persekitaran pendidikan pintar yang boleh meningkatkan kualiti dan kebolehcapaian pendidikan. Antara ciri-ciri IR 4.0 adalah sistem siber-fizikal, data besar, automasi, pertukaran data, cloud, robot, kecerdasan buatan (AI) dan IoT, dan teknik industri (separuh) autonomi.

Dalam mendepani IR 4.0 ini, guru berperanan untuk menerapkan pembelajaran sepanjang hayat iaitu sentiasa bersedia untuk melakukan penambahbaikan, memahami dan menguasai perkara baharu yang berlaku dalam persekitaran pekerjaan yang semakin mencabar. Antara langkah yang boleh membantu guru menggunakan teknologi dengan lebih efektif adalah program pembangunan profesional khususnya dalam pemantapan penguasaan dan aplikasi lima domain teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran. Pembangunan profesional merupakan sebuah program yang ditawarkan kepada guru dalam perkhidmatan untuk meningkatkan pengetahuan guru, strategi, serta ciri guru lain yang berkaitan boleh mempengaruhi pengajaran mereka. Guru yang terdedah kepada pembangunan profesional akan menonjolkan peningkatan dalam kemahiran dan kebolehan mereka. Tambahan lagi,

105 kebanyakan program sebegini lebih berfokus kepada meningkatkan kemahiran guru dalam mengintegrasikan teknologi. Sehubungan dengan itu, kemahiran guru dalam domain teknologi pengajaran dan pembelajaran dapat dipertingkatkan, misalnya guru dapat menentukan strategi pengajaran, memilih teknologi, penggunaan media, pengurusan sumber dan maklumat, serta membuat penilaian dan analisis masalah. Program ini akan memberi tumpuan kepada pengetahuan dan proses yang terlibat dalam menilai kandungan pembelajaran digital dan latihan integrasi teknologi yang bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan teknologi, pedagogi dan kandungan dalam sesuatu mata pelajaran.

Teknologi instruksional sememangnya memainkan peranan penting dalam mendepani IR 4.0 ini, namun kekangan akses teknologi kepada murid di sekolah masih tidak dapat diatasi dengan sepenuhnya (Norafahi Zulkifli, Mohd Isa Hamzah, & Khadijah Abdul Razak, 2020).

Sehubungan dengan itu, pihak sekolah terutamanya guru besar bertanggungjawab dalam mencipta sekolah dan murid yang aktif serta mahir menggunakan teknologi. Oleh itu, pihak sekolah hendaklah sedaya upaya menyediakan kemudahan untuk guru dan murid dalam memastikan integrasi teknologi instruksional dalam PdP dapat dijalankan di dalam bilik darjah.

Selanjutnya, akses Internet juga merupakan salah satu teknologi instruksional yang penting.

Internet mampu meningkatkan akses kepada maklumat dalam persekitaran pembelajaran. Guru juga boleh menggunakan teknologi ini untuk mencipta rancangan pengajaran pintar, dan bukannya rancangan pengajaran tradisional yang stoik.

Selanjutnya, guru yang ingin menjayakan sebuah pengintegrasian teknologi instruksional di dalam PdP, perlulah memiliki pengetahuan dan kemahiran yang mencukupi untuk melaksanakannya. Sehubungan dengan itu, guru hendaklah sedia dan sanggup untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran terhadap pelbagai teknologi instruksional. Tanpa persediaan yang mencukupi untuk mengaplikasikan teknologi instruksional, proses PdP di dalam bilik darjah tidak dapat mencapai hasil pembelajaran secara maksimum. Pengetahuan dan kemahiran teknologi yang kurang, mungkin akan menjadikan guru bersikap kurang ingin belajar tentang teknologi di dalam pendidikan. Oleh itu, selain keperluan membangunkan pengetahuan dan kemahiran guru, sikap mereka terhadap integrasi teknologi instruksional di dalam PdP juga penting. Hal ini kerana sikap guru memainkan peranan dominan dalam penentuan penggunaan teknologi sebagai alat pembelajaran dan meningkatkan kemungkinan guru akan menggunakan TMK secara berkesan dalam PdP.

TEKNOLOGI INSTRUKSIONAL DALAM MATA PELAJARAN RBT

Proses PdP berkesan dan mencapai matlamat apabila wujud integrasi dan kesepaduan antara kurikulum dengan cara penyampaian ilmu berkenaan penggunaan strategi, pendekatan, kaedah, dan teknik yang sesuai. Mata pelajaran RBT melibatkan aspek teori dan amali dalam PdP.

Dalam kerja amali, penggunaan alatan tangan adalah sesuatu yang wajib dilaksanakan oleh murid-murid. Sehubungan dengan itu, untuk menjadikan urusan alatan di dalam bengkel teratur, guru boleh mengaplikasikan QR Code di dalam bengkel. Kabinet menyimpan alatan tangan akan diletakkan QR Code sebagai rekod inventori dan lokasi alatan tangan di bengkel.

Murid juga boleh mengimbas QR Code tersebut untuk menonton video cara pengendalian mesin dengan betul. Pengintegrasian ini amat sesuai bagi tajuk pembangunan produk iaitu murid membina produk berdasarkan bidang ilmu yang dipelajari.

Seterusnya, simulasi secara atas talian boleh digunakan bagi menyediakan persekitaran maya kepada murid untuk belajar dan melatih kemahiran baharu. Sebagai contoh, murid belajar cara menggunakan mesin menjahit menggunakan simulator bagi mempelajari pergerakan asas yang diperlukan untuk mengoperasi mesin. Teknologi instruksional ini sangat sesuai untuk

106 topik-topik yang kompleks atau tugasan yang susah difahami tanpa memperoleh pengalaman terlebih dahulu. Di samping itu, simulasi juga boleh dijadikan sebagai alat penilaian iaitu membantu guru mengenalpasti dan mengukur sama ada murid memahami bahan pembelajaran serta mengekalkan input tersebut atau tidak.

Selanjutnya, antara teknologi instruksional yang boleh digunakan dalam pelbagai cara bagi menyokong dan meningkatkan proses PdP ialah smartboard. Contohnya, smartboard boleh digunakan untuk memaparkan kandungan multimedia, termasuklah gambar, video, dan teks. Tambahan lagi, smartboard sangat sesuai digunakan untuk mencipta aktiviti dan permainan interaktif, serta menyediakan akses kepada sumber dalam talian. Selain sesuai digunakan di dalam bilik darjah, ianya juga boleh digunakan di dalam perpustakaan dan muzium. Penggunaan smartboard ini boleh diintegrasikan di dalam mata pelajaran RBT, misalnya, bagi topik pembinaan pagar keselamatan bagi tajuk Asas Reka Bentuk dan Pengaturcaraan Tahun 5. Dengan bantuan smartboard, murid-murid dapat belajar dan mengakses cara untuk membina pagar keselamatan melalui video atau animasi, sekaligus memudahkan guru untuk menerangkan alat, bahan, dan langkah dalam pembinaan produk tersebut.

METODOLOGI KAJIAN

Kajian ini mengaplikasi reka bentuk kajian kualitatif. Seramai lima orang responden yang dipilih sebagai sampel kajian. Kesemua sampel kajian merupakan guru pelatih yang berkhusus dalam Reka Bentuk Teknologi (SK) dari Institut Pendidikan Guru (IPG). Dapatan kajian adalah hasil temubual semi-berstruktur yang melibatkan pengkaji menemubual responden untuk mendapatkan maklumat berkenaan sejauh mana tahap pengetahuan dan kemahiran yang dimiliki oleh responden dalam mengaplikasi teknologi instruksional. Terdapat dua soalan temu bual yang telah disediakan; soalan-soalan ini terdiri daripada dua aspek iaitu aspek pengetahuan dan aspek kemahiran. Soalan-soalan tersebut digubal berdasarkan kebolehlaksanaan lima domain teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran terkini khususnya reka bentuk pengajaran, pembangunan, penggunaan, pengurusan, dan penilaian proses serta sumber untuk pembelajaran berdasarkan definisi teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran oleh AECT (1994). Setelah transkripsi temubual dijalankan serta didokumenkan, validiti data yang terkumpul tersebut telah disemak dan disahkan oleh oleh responden yang ditemubual sendiri.

DAPATAN DAN PERBINCANGAN

Dapatan kajian dibentangkan mengikut pemboleh ubah kajian seperti berikut:

a). KESEDIAAN PENGETAHUAN GURU PELATIH TERHADAP PERISIAN TMK DALAM MENGAPLIKASIKAN TEKNOLOGI INSTRUKSIONAL

Berdasarkan dapatan kajian dan data-data yang telah dikumpul, majoriti guru pelatih memiliki pengetahuan dalam menggunakan perisian Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) dalam pendidikan. Ini disahkan oleh responden-responden yang ditemubual:

…perisian yang saya tahu adalah seperti Google Slide, Google Classroom, Canva, Google Earth, Kahoot, Quizizz dan sebagainya. (GP1)

107 …Antara perisian Teknologi Maklumat dan Komunikasi yang saya tahu ialah Microsoft, Google Classroom, Canva, Google Document, Google slide. (GP2)

…Perisian TMK yang saya tahu ialah kahoot, e-book dan prezi. (GP3)

…Antara perisian TMK yang saya tahu ialah PowerPoint, Google Sites, Google Classroom, Google Slides, Quizizz, Voki dan Canva. Saya banyak mempelajari mengenai perisian-perisian TMK ini melalui pelaksanaan tugasan-tugasan sekolah. (GP4)

…Antara perisian TMK yang saya tahu adalah PowerPoint, Canva, Google Slides, Google Doc, Quizizz, Kahoot, Excell, dan Slidesgo. (GP5)

Secara keseluruhannya, hasil temu bual mendapati guru pelatih RBT mempunyai persediaan tinggi dari segi aspek pengetahuan perisian TMK yang merangkumi perisian pemprosesan perkataan, persembahan elektronik, perisian pengarangan multimedia, dan penggunaan media interaktif. Oleh itu, dapat dilihat bahawa tahap pengetahuan perisian TMK yang dimiliki oleh guru pelatih RBT boleh memperkasakan lima domain teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran terkini iaitu teori dan amalan berkenaan dengan reka bentuk pengajaran, pembangunan, penggunaan, pengurusan, dan penilaian.

Tahap pengetahuan guru pelatih RBT yang tinggi berkenaan perisian TMK menjelang era IR 4.0 dapat menerapkan empat elemen yang penting dalam pendidikan 4.0 dan memahami keperluan globalisasi secara keseluruhannya iaitu kreatif, inovatif, kompetitif dan kritis. Hal ini selari dengan matlamat Falsafah Pendidikan Guru (FPG) iaitu untuk melahirkan guru yang profesional, mempunyai daya juang dan daya tahan yang tinggi, beretika, berfikiran kreatif, mengamalkan nilai murni, mempunyai kemahiran yang diperlukan dan berpengetahuan dalam teknologi bagi mencapai hasrat dan wawasan pendidikan negara.

b). KESEDIAAN GURU PELATIH DARI SEGI KEMAHIRAN MENGAPLIKASI TEKNOLOGI INSTRUKSIONAL

Dapatan ini membincangkan kesedian guru dari segi kemahiran mengaplikasi teknologi instruksional. Guru pelatih RBT bukan sahaja perlu mempunyai pengetahuan berkenaan perisian TMK, namun penguasaan terhadap kemahiran mengaplikasi perisian TMK berasaskan model reka bentuk pengajaran seperti model ADDIE dan model ASSURE juga penting untuk mewujudkan penyampaian maklumat yang berkesan. Hal ini selaras dengan takrifan Seels dan Richey (1994), teknologi pengajaran sebagai aplikasi teori pembelajaran dan teknologi baru dalam menyelesaikan masalah pengajaran dan prestasi.

Dapatan hasil temu bual responden adalah seperti berikut:

…Jujur saya masih lagi belajar dalam mengaplikasikan model reka bentuk pengajaran dalam teknologi pengajaran dan masih lagi menimbah ilmu dan meningkatkan kemahiran dalam penggunaan teknologi ini. Akan tetapi saya juga mahir dalam beberapa penggunaan teknologi pengajaran. Sebagai contoh, penggunaan laptop dalam dalam pengajaran dan pembelajaran saya. Saya gunakan teknologi laptop dalam sesi pengajaran saya.

Sebagai guru pelatih sudah tentu akan melakukan sesi simulasi pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Perisian seperti kahoot, Quizizz yang saya gunakan sudah

108 tentu mengaplikasikan model reka bentuk pengajaran yang dapat menilai murid dari segi pencapaian dalam menjawab soalan yang diberikan dalam perisian tersebut. (GP1)

…bagi saya, saya kurang mahir mengaplikasikan model reka bentuk pengajaran berbantukan teknologi pengajaran kerana model tersebut seperti ASSURE dan ADDIE baru sahaja didedahkan dan diberi penerangan dalam Pengajaran dan Pembelajaran baru-baru ini.

(GP2)

…Model ADDIE mempunyai prinsip reka bentuk yang ringkas dan mudah untuk diaplikasi. Saya dapat memahami dengan mudah pengaplikasian model ini. Meskipun begitu, dari segi kemahiran saya masih belum bersedia untuk mengaplikasikan model ini dalam PdP. (GP3)

…saya menggunakan google slide untuk menghasilkan slide yang bagi memenuhi kriteria model taksonomi bloom aras rendah iaitu pengetahuan dan kefahaman untuk memudahkan kefahaman saya dalam pembelajaran di IPG. (GP4)

…Sebagai seorang siswa guru pada semester empat ini, saya baru sahaja diperkenalkan berkaitan dengan model ADDIE dan ASSURE. Ini bermakna saya masih lagi tidak mahir dlm menggunakannya akan tetapi jika dilihat terdapat pensyarah yang telah menggunakan model ini terutamanya model ASSURE yang dapat memudahkan guru untuk merancang pengajaran yang bermanfaat. Hal ini dikatakan demikian kerana model ini memberi fokus kepada perancangan pengajaran dan pembelajaran berasaskan media di dalam bilik darjah yang telahpun diaplikasikan di dalam kelas saya. (GP5)

Berdasarkan hasil temu bual responden, kebanyakan guru pelatih RBT menyatakan mereka masih kurang mahir dan belum bersedia mengaplikasikan model reka bentuk pengajaran iaitu salah satu domain penting dalam teknologi pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu, pendedahan terhadap cara mengaplikasi model-model reka bentuk pengajaran seperti model ASSURE, model ADDIE, dan model Taxonomi Bloom harus dititikberatkan dan diperkasakan sejak awal lagi di IPG agar guru pelatih RBT dapat membina kemahiran mengaplikasi teknologi instruksional dari semasa ke semasa.

Lima domain dalam teknologi pengajaran dan pembelajaran yang memainkan peranan penting ini harus dihayati oleh warga pendidik supaya mampu merancang dan mengaplikasi kaedah pengajaran yang cemerlang. Sekiranya lima domain teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran ini dapat dihayati oleh guru pelatih RBT, penerokaan terhadap aplikasi teknologi instruksional untuk mencapai pembelajaran bermakna dalam mata pelajaran RBT dapat terus berlaku. Hal ini sejajar dengan pernyataan Yusup Hashim (1998), “teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran perlu menjadi satu entiti dan berdiri sendiri di atas label teknologi supaya ia bebas menjalankan kajian dalam reka bentuk dan sistem pengajaran, strategi, teknik, dan sistem penyampaian yang mampu membantu sektor pendidikan dan latihan.”

CADANGAN KAJIAN LANJUTAN

Berdasarkan hasil kajian ini, terdapat beberapa kajian lanjutan yang dapat dipertimbangkan untuk membuat perubahan dan menambah input-input yang tidak ada dalam kajian ini.

a). Kajian terhadap kesediaan pengaplikasian teknologi instruksional boleh dijalankan terhadap guru pelatih yang berkhusus dalam mata pelajaran yang lain seperti mata pelajaran Bahasa Melayu, Sejarah, Matematik, dan Pendidikan Seni Visual untuk melihat tahap kesediaan guru

109 pelatih secara keseluruhannya dari segi pengetahuan, kemahiran, dan persediaan yang diperlukan bagi meningkatkan keberkesanan proses pengajaran.

b). Skop kajian terhadap lima domain teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran mencakupi reka bentuk, pembangunan, pengurusan, penggunaan dan penilaian sumber serta proses untuk pembelajaran boleh diperdalam dan diperluaskan dengan menambah bilangan soalan untuk melihat tahap kesediaan guru pelatih RBT terhadap penguasaan aplikasi teknologi instruksional.

c). Faktor-faktor yang mempengaruhi kesediaan guru pelatih RBT dalam mengaplikasi teknologi instruksional mendepani IR 4.0 boleh dikaji untuk mengenal pasti punca masalah berlakunya kurang persediaan yang optimum, seterusnya kajian untuk melihat langkah-langkah yang dapat diambil untuk meningkatkan tahap penguasaan terhadap aplikasi teknologi instruksional dalam kalangan guru pelatih RBT boleh dijalankan.

PERBINCANGAN

KEMAMPUAN IPG MENYEDIAKAN BEKALAN GURU RBT MENDEPANI IR 4.0 MELALUI PEMERKASAAN TEKNOLOGI INSTRUKSIONAL

Generasi muda pada masa kini tidak asing lagi dengan penekanan terhadap penguasaan TMK.

Di samping penguasaan ilmu pengetahuan dan kemahiran TMK dalam bidang pendidikan, pendidikan di era IR 4.0 turut menuntut pelbagai pembaharuan agar modal insan yang dihasilkan dapat bersaing di peringkat global. Oleh itu, kesediaan guru RBT keluaran IPG yang mampu menyahut cabaran untuk membangun personaliti dan sahsiah unggul murid melalui keberkesanan idea, kaedah, dan proses dalam pengajaran sangat diperlukan bagi menghadapi perubahan globalisasi yang berlaku.

Dalam konteks kajian ini, kemampuan IPG menyediakan guru-guru RBT yang berkualiti tinggi dan berkemahiran dalam menggalakkan budaya IR 4.0 seperti kreatif, inovatif, kompetitif, dan kritis melalui pemerkasaan aplikasi teknologi instruksional terkini dapat dicapai melalui penekanan terhadap penguasaan dan penerokaan terhadap aplikasi perisian TMK yang terkini seperti PowerPoint, Prezi, Canva, dan Quizizz serta penghayatan model reka bentuk pengajaran seperti model ASSURE dan model ADDIE sepanjang sesi PdP di bilik kuliah. Pemerkasaan teknologi instruksional ini dapat memupuk kemenjadian guru pelatih RBT sebagai pendidik agar seiring dengan kemunculan teknologi terkini sebagai pemudahcara PdP. Justeru, secara keseluruhannya, pemerkasaan terhadap aplikasi teknologi instruksional oleh pihak IPG dalam kalangan guru pelatih RBT dapat meningkatkan peluang keberkesanan proses PdP di masa hadapan kerana pendidik dapat mempelbagaikan persembahan mereka dalam mendasari dan mendalami cabaran globalisasi pendidikan era IR 4.0.

KESIMPULAN

Cabaran semasa yang wujud dalam kehidupan masyarakat pada masa kini dilihat semakin meningkat khususnya dalam bidang pendidikan. Bidang pendidikan memainkan peranan sebagai pemangkin kemajuan negara kerana bidang ini memikul tanggungjawab melahirkan modal insan yang memiliki ciri-ciri IR 4.0 seperti kreatif, inovatif, kompetitif dan kritis sebagai faktor kritikal kemajuan dan pembangunan peradaban negara. Dalam dunia pendidikan, guru merupakan unsur utama yang perlu ada bagi memastikan kelangsungan perjalanan seseorang

110 individu (Gamal, 2003). Oleh itu, agar PdP bagi mata pelajaran RBT boleh mencapai objektifnya, perubahan amalan-amalan dalam kaedah pengajaran yang lebih menarik dan holistik harus dititikberatkan oleh guru pelatih RBT dengan berusaha meningkatkan diri dalam pelbagai aplikasi teknologi terkini agar selaras dengan arus kemodenan di era IR 4.0 yang pantas berkembang di negara kita, Malaysia.

RUJUKAN

Aningsih, Zulela, M., Neolaka, A., Iasha, V., & Setiawan, B. (2022). How is the Education Character Implemented? The Case Study in Indonesian Elementary School. Journal of Educational and Social Research, 12(1), 371. https://doi.org/10.36941/jesr-2022-0029 Agyei, D. D. (2013). Analysis of Technology Integration in Teacher Education in Ghana.

Journal of Global Initiatives: Policy, Pedagogy, Perspective, 8(1), 69–86. Dimuat turun dari https://digitalcommons.kennesaw.edu/jgi/vol8/iss1/5

Ally, M., & Wark, N. (2020). Sustainable Development and Education in the Fourth Industrial Revolution (4IR). Dimuat turun dari http://hdl.handle.net/11599/3698

Bazriah Syed Hameed, & Harwati Hashim. (2022). Challenges Faced by Teachers in Integrating 4th Industrial Revolution (4IR) Technology in Teaching English as a Second Language (ESL). Creative Education, 13(05), 1792–1809.

https://doi.org/10.4236/ce.2022.135113

Bowman, M. A., Vongkulluksn, V. W., Jiang, Z., & Xie, K. (2020). Teachers’ exposure to professional development and the quality of their instructional technology use: The mediating role of teachers’ value and ability beliefs. Journal of Research on Technology in Education, 54(2), 188–204. https://doi.org/10.1080/15391523.2020.1830895

Chen, G., & Xu, A. (2016). A Study on the Effects of Teachers’ Information Literacy on Information Technology Integrated Instruction and Teaching Effectiveness. EURASIA Journal of Mathematics, Science and Technology Education, 12(2).

https://doi.org/10.12973/eurasia.2016.1222a

Dasar Revolusi Perindustrian Keempat (4IR) Negara. (2021). Unit Perancangan Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri. Dimuat turun dari

https://www.epu.gov.my/sites/default/files/2021-10/4IR_BM_0.pdf

Fisk, P. (2017). Education 4.0… the future of learning will be dramatically different, in school

and throughout life. Dimuat turun dari

http://www.thegeniusworks.com/2017/01/future-education-young-everyone-taught-together.

Gamal Abdul Nasir Zakaria. (2003). Prinsip-prinsip pendidikan Islam. Bentong, Pahang: PTS Publ. & Distr.

Hasan, B. (2014). Peningkatan Kualitas Pembelajaran Melalui Adopsi dan Implementasi Teknologi Instruksional. Jurnal Mudarrisuna, 4(2), 228–248. Dimuat turun dari https://jurnal.ar-raniry.ac.id/index.php/mudarrisuna/article/view/289/265

Hussein Mohamad Alakrash, & Norizan Abdul Razak. (2022). Education and the Fourth Industrial Revolution: Lessons from COVID-19. Computers, Materials &

Continua, 70(1), 951–962. https://doi.org/10.32604/cmc.2022.014288

Lewis, T. (2009). Creativity in Technology Education: Providing Children with Glimpses of Their Inventive Potential. International Journal of Technology and Design Education, 19(3), 255–268. https://doi.org/10.1007/s10798-008-9051-y

Molenda, M., Pershing, J. R., & Reigeluth, C. M. (1996). The ASTD training and development handbook : a guide to human resource development. New York: Mcgraw-Hill.

111 Nina Abdul Razzak. (2013). Challenges facing school leadership in promoting ICT integration in instruction in the public schools of Bahrain. Education and Information Technologies, 20(2), 303–318. https://doi.org/10.1007/s10639-013-9283-7

Norafahi Zulkifli, Mohd Isa Hamzah, & Khadijah Abdul Razak. (2020). Isu dan cabaran penggunaan MOOC dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Journal of Research, Policy & Practice of Teachers and Teacher Education, 10(1), 78-95.

https://doi.org/10.37134/jrpptte.vol10.1.6.2020

Nor Asmawati Ismail, Najihah Abd Wahid, Ahmad Shidki Matt Yusoff, Noradilah Abdul Wahab, Baidruel Hairiel Abd Rahim, Norliana Abd Majid, Majid,... Rosdi Zakaria.

(2020). The Challenges of Industrial Revolution (IR) 4.0 towards the Teacher’s Self-Efficacy. Journal of Physics: Conference Series, 1529(4), 042062.

https://doi.org/10.1088/1742-6596/1529/4/042062

Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying, Sharifah Fakhriah S. Ahmad, & Wan Kamaruddin. (2012).

Teknologi dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Nurul Ihsaniah Omar, & Abu Bakar Ibrahim. (2019). Keberkesanan Simulasi Berkomputer dengan Litar Elektronik Terhadap Motivasi, Pencapaian Pelajar dan Bebanan Kognitif.

International Journal of Education, Psychology and Counselling, 4(31), 131–139.

https://doi.org/10.35631/ijepc.4310012

Pittman, J. (2007). Converging instructional technology and critical intercultural pedagogy in teacher education. Multicultural Education & Technology Journal, 1(4), 200–221.

https://doi.org/10.1108/17504970710832817

Richey, R. C., & Seels, B. (1994). Defining a Field: A Case Study of the Development of the 1994 Definition of Instructional Technology. Educational media and technology yearbook, 20, 2-17.

Sulaiman, J., & Ismail, S. N. (2020). Teacher Competence and 21st Century Skills in Transformation Schools 2025 (TS25). Universal Journal of Educational Research, 8(8), 3536–3544. https://doi.org/10.13189/ujer.2020.080829

Sutton, K. K., & DeSantis, J. (2016). Beyond change blindness: embracing the technology revolution in higher education. Innovations in Education and Teaching International, 54(3), 223–228. https://doi.org/10.1080/14703297.2016.1174592

Yusriza, M. Y., Afida, A., & Mohamad Hanif, M. S. (2020). Penggunaan Teknologi Kejuruteraan dalam Pendidikan STEM Bersepadu. Jurnal Kejuruteraan, 33(1), 1–11.

Dimuat turun dari https://www.ukm.my/jkukm/wp-content/uploads/2021/3301/01.pdf Yusup hashim. (1998). Teknologi pengajaran. Shah Alam: Fajar Bakti.

112

PERSEPSI PELAJAR PELBAGAI ETNIK DI IPG KAMPUS GAYA

In document E-Prosiding PERSEP II 2022 (halaman 111-121)