• Tiada Hasil Ditemukan

BAB III GAMBARAN AM PERAYAAN DAN LITERASI MN

3.2 Khazanah Literasi MN Periode Awal

yang dikirimkan ke majalah tersebut.14 Makna dari fenomena ini ialah menandakan bahawa “MN” masih terus menjadi isu yang kontroversial di Dunia Islam.

Gambaran am di atas telah memberi petunjuk yang tegas bahawa MN tidak hanya boleh dilihat pada aspek keagamaan kerana ia juga sudah menjadi wacana sosial-budaya. Oleh sebab itu, di beberapa wilayah sudah tentu mempunyai corak yang khas tempatan, sama ada kekhasan dalam bentuk perayaannya mahupun dinamika polemik yang terjadi. Minangkabau sebagai sebuah wilayah yang pernah menjadi basis gerakan golongan ulama pembaharu telah dengan sendirinya menguatkan golongan kaum tradisional. Maknanya, dengan adanya serangan itu maka ulama golongan kaum tradisional terdorong untuk mempertahan dan meyakinkan pengikutnya untuk terus yakin bahawa ajarannya benar dan berdasar. Kondisi seperti ini jelas akan menampilkan wacana yang menarik dan kemudiannya penting untuk dijelaskan.

berbagai keajaiban menjelang kelahiran beliau, sosok dan keperibadian Nabi, perjuangan dakwah Nabi, serta pujian-pujian terhadap Nabi, keluarga dan para sahabatnya. Selain itu, untuk keperluan kajian ini, naskhah-naskhah berkenaan MN juga berkenaan dengan polemik dan perdebatan terhadap perayaan MN. Dalam bahagian ini akan digambarkan khazanah naskhah-naskhah tersebut, terutamanya naskhah-naskhah periode awal.

Makna periode awal di sini ialah periode pada waktu penulisan naskhah-naskhah berkenaan dengan MN dilakukan oleh para cendekiawan. Tulisan-tulisan inilah yang dalam perkembangannya nanti disalin, diterjemahkan, bahkan digubah untuk menghasilkan karya yang baru sama sekali. Penggambaran terhadap khazanah ini dimaksudkan untuk melihat peta naskhah-naskhah berkenaan dengan MN yang tersebar di Nusantara, terutamanya di Minangkabau. Ulama-ulama tempatan dengan kreativitinya telah pun menyalin, menulis, menterjemahkan dan menggubah untuk menghasilkan karya baru yang berangkat dari karya ulama-ulama terdahulu atau pada periode awal.

Berkenaan dengan MN, agaknya lebih banyak ditemui karya-karya ulama yang bersetuju dengan pelaksanaannya daripada karya ulama yang mengecamnya. Dalam periode awal, dalam konteks perdebatan MN secara baik dijelaskan oleh Nico Kaptein (1994). Jelas bahawa hasil kajiannya ini sangat membantu dalam penelusuran naskhah-naskhah atau tulisan-tulisan yang lahir pada periode awal berkenaan MN. Penulisan tentang berbagai-bagai hal terkait Nabi Muhammad terus berlangsung sampai sekarang.

Hasilnya, sama ada dibaca ataupun dibacakan, penyebaran wacana terus berlangsung.

Berbagai-bagai muatan ideologi yang terkandung dalam proses “produksi” dan

“konsumsi” wacana tersebut menjadi bahagian dari dinamika MN itu sendiri.

Menariknya, wacana itu masih terus berlangsung, “produksi” wacana yang setuju dan yang tidak setuju pun masih terus ada. Ia telah menjadi wacana intelektual dalam kalangan umat Islam, dialektik antara yang pro dengan yang kontra. Lebih menarik lagi, wacana intelektual itu wujud dalam berbagai-bagai jenis dan bentuk tulisan, sama ada ilmiah, popular, ataupun sastera.

Dalam konteks itu, penting kiranya terlebih dahulu –untuk sekadar gambaran am—disenaraikan berbagai-bagai hasil tradisi literasi MN pada periode awal. Senarai ini tentunya boleh dikenal pasti dari sumber-sumber terdahulu. Adapun tulisan berkenaan MN periode awal yang akan disenaraikan ialah karya kurun ke-9 sampai dengan kurun ke-18. Karya-karya berkenaan MN pada periode ini ramai ditahkik dan disyarahkan oleh ulama-ulama berikutnya, sama ada ulama-ulama di daratan Arabia mahupun ulama-ulama Nusantara. Senarai berbagai-bagai tulisan berkenaan MN yang dikelompokkan berdasarkan zamannya boleh dilihat pada jadual 3.1.

Kitab-kitab (naskhah) berkenaan MN setidak-tidaknya boleh dibagi menjadi tiga tema kumpulan. Pertama, kitab yang berisi pendapat dan fatwa yang membolehkan perayaan MN. Biasanya kitab-kitab ini berisi dalil-dalil yang digunakan sebagai dasar untuk memperkuat pendapat bahawa perayaan MN merupakan bidaah hasanah. Kedua, kitab yang berisi hujah dan serangan terhadap praktik perayaan MN. Kitab jenis ini juga biasanya berisi dalil-dalil yang dijadikan dasar untuk mengatakan bahawa perayaan MN hukumnya bidaah dalalah. Ketiga, kitab jenis sastera, sama ada genre puisi mahupun prosa, yang mengisahkan riwayat hidup Nabi Muhammad, puji-pujian terhadap Beliau dan ajaran tasawuf dan mesej moral dan nilai-nilai keislaman lainnya.

68

Jadual 3.1: Kitab-kitab MN periode awal (abad ke-9 sampai ke-18)

Nama Kitab Nama Penulis Kurun Waktu

al-Mawlid al-Nabawi Muhammad bin ‘Umar al-Waqidi (w. 209 H/ 824 M) Abad ke-3 H/

ke-9 M Intiqal al-Nur al-Nabawi

al-Sirah al-Hafiz Abu ‘Abdillah Muhammad bin ‘A’id (233 H/ 848 M)

Durr Munazzam fi Mawlid Nabi al-A‘zam

‘Allamah Abu ‘Abbas Ahmad bin Mu‘id bin ‘Isa Uqlisyi al-Andalusi (w. 550H/ 1155 M)

Abad ke-6 H/

ke-12 M al-‘Arus Hafiz Abu al-Faraj ‘Abd al-Rahman bin ‘Ali al-Hanbali atau dikenal

juga Ibnu al-Jawzi (w. 597H ?/ 1201 M?) Mir’at az-Zaman

al-Tanwir min Mawlid al-Siraj al-Munir al-Hafiz Abu al-Khattab ibn Dihyah al-Kalbi (w. 633 H/ 1236 M) Abad ke-7 H/

ke-13 M

‘Urfu al-Ta‘rif bi al-Mawlid al-Syarif Hafiz Abu Khair Syams Din Muhammad bin ‘Abd Allah al-Jazari al-Syafi‘i (w. 660H/ 1262 M)

al-Kawakib ad-Durriyyah fi Madh Khair al-Bariyyah

Muhammad ibn Said al -Burdah (w. 1295 M)

Mawlid al-Nabi Imam al-Hafiz ‘Imad al-Din Isma‘il bin ‘Umar ibn Kathir (w. 774H/

1372)

Abad ke-8 H/

ke-14 M Mawlid al-Nabi SAW Sulayman bin ‘Awadh Basya al-Barusawi al-Hanafi (w. sekitar 780H/

1378 M)

Mawlid al-Nabi SAW Syeikh Muhammad ibn ‘Abbad al-Randi al-Maliki (w. 792H/ 1390 M) Jami’ at-Tawarikh Rashid Din Ben ‘Imad Daulah Abu al-Khair Bin Muwaffik

ad-Daulah

al-Mawrid al-Hani fi al-Mawlid al-Sani al-Hafiz ‘Abd al-Rahim bin Husain bin ‘Abd al-Rahman (w. 808 H/

1405 M)

Abad ke-9 H/

ke-15 M Rauzat Ahbab fi Siyar an-Nabi wa ‘al wa

al-Ashab

Jamal ad-Din 'Ata Ben Fazl Allah as-Shirazi an-Nishaburi

69

Mawlid al-Nabi SAW Syeikh ‘Afif Din Muhammad bin Muhammad bin ‘Abd Allah al-Husayni al-Tibrizi (w. 855H/ 1451 M)

Mawlid al-Nabi SAW Sayyid ‘Umar bin ‘Abd Rahman bin Muhammad Ba‘alawi al-Hadhrami (w. 889H/ 1484 M)

al-Fakhr al-‘Alawi fi al-Mawlid al-Nabawi al-Hafiz Syams al-Din Muhammad bin ‘Abd al-Rahman yang terkenal dengan nama al-Hafiz al-Sakhawi (w. 902H/ 1497 M)

Abad ke-10 H/

16 M Al-Mawarid Haniyyah fi Mawlid Khair

al-Bariyyah

al-‘Allamah al-Sayyid ‘Ali Zain al-‘Abidin al-Samhudi al-Hasani (w.

911H/ 1505 M)

Mawlid al-Nabi SAW Mulla ‘Arab al-Wa‘iz (w. 938H/ 1532 M).

Mawlid al-Nabi SAW atau Mawlid al-Daiba‘i Muhaddith Syeikh ‘Abd al-Rahman bin ‘Ali bin Muhammad bin

‘Umar al-Daiba‘i al-Syafi`i (w. 944H/ 1537 M)

Mawlid al-Nabi SAW Syeikh ‘Abd al-Karim al-Adranahwi al-Khalwati (w. 965H/ 1558 M) Mawlid al-Nabi SAW ‘Allamah Muhammad bin Ahmad al-Khatib al-Syirbini al-Syafi‘i (w.

977H/ 1569 M).

Qashidah Diba'iyyah 'Abd ar-Rahman ibn ad-Diba' asy-Syaibani (w. 1537)

Mawlid al-Nabi SAW Syeikh Syams Din Ahmad bin Muhammad bin ‘Arif Siwasi al-Hanafi (w. 1006H/ 1598 M).

Abad ke-11 H/

17 M al-Mawrid al-Rawi fi al-Mawlid al-Nabawi al-‘Allamah Nur al-Din ‘Ali bin Sultan al-Qari al-Harawi al-Hanafi (w.

1014H/ 1605 M)

Mawlid al-Barzanji al-Sayyid Ja‘far bin Hasan al-Barzanji (w. 1177H/ 1763? [1690-1766M])

Abad ke-12 H/

18 M Mawlid al-Nabi SAW Syeikh Sulaiman bin ‘Abd al-Rahman bin Solih al-Rumi (w. 1151H/

1738 M)

Sumber: Kaptein (1994), Morley (1854), Muhammad Adib (2009) dan http://www.piss-ktb.com/2013/07/2524-sejarah-kitab-kitab-maulid-dari.html (dilayari pada 7 Februari 2014).

Senarai kitab-kitab MN pada jadual 3.1 tentu saja belumlah semuanya, hanya ditampilkan sebahagian sahaja. Masih banyak karya ulama yang lain—sama ada karya berupa karangan langsung, karya hasil syarah, mahupun hasil dari tahkik—mengenai MN. Antara tulisan berkenaan MN, jenis puisi pujian terhadap Nabi Muhammad (Arab:

at-Madā’ih Nabawiyah) dan puisi riwayat hidup Nabi Muhammad (Shi’r Sirah al-Nabawiyyah) merupakan teks yang popular di Dunia Islam.15 Salah satu kitab jenis syair yang cukup popular ialah kitab Mawlid al-Barzanji (lihat Gambar 3.3) karya al-Sayyid Ja‘far bin Hasan al-Barzanji (w. 1766 M).

Gambar 3.3: Muka surat 13 dari naskhah al-Barzanji karya al-Sayyid Ja‘far bin Hasan al-Barzanji (w. 1766 M)

koleksi King Saud University16

15Namun demikian, sering kali kedua-dua jenis ini terkandung dalam suatu syair, di dalamnya terkandung kedua-duanya dalam khazanah kepengarangan di Dunia Melayu, puisi Al-Amin karya A. Samad Said. (1999) jelas boleh dikategorikan sebagai gabungan antara jenis puisi at-Madā’ih al-Nabawiyah dengan Shi’r al-Sirah al-Nabawiyyah. Di dalam puisi tersebut Riwayat Hidup Nabi s.a.w. digubah khusus untuk merakamkan sejarah hidup Baginda Nabi Muhammad S.A.W. sejak sebelum kelahirannya sehinggalah wafat, dan juga berisikan puji-pujian kepada Nabi Muhammad S.A.W. Lebih jauh baca Adli Yaacob & Mohd Shahrizal Nasir,

Kitab Mawlid al-Barzanji secara amnya boleh dibagi menjadi tiga kumpulan teks, iaitu: (1) cerita perjalanan hidup Nabi Muhammad, (2) syair-syair pujian Nabi Muhammad, dan (3) selawat kepada Nabi Muhammad. Kitab jenis ini erat kaitannya dengan unsur-unsur tasawuf. Maknanya, perkembangannya berkaitan dengan ajaran tarekat. Menurut Ahmad Anas (2003: 64), teks Barzanji berhubungan langsung dengan tarekat Qadiriyyah. Oleh sebab popular dan diperlukan ramai kalangan, kitab ini dicetak dan bahkan ramai juga yang diterjemahkan dalam bahasa tempatan.

Penting juga dikemukakan di sini bahawa selain jenis puisi di atas, juga ditemui kitab al-Kawakib ad-Durriyyah fi Madh Khaijir al-Bariyyah (atau juga dikenal dengan Qasidah Burdah) yang juga popular di Dunia Islam. Kitab al-Kawakib ad-Durriyyah fi Madh Khai al-Bariyyah yang digubah oleh Muhammad ibn Said al-Busiri (w. 1295 M) berisi 170 bait syair. Isinya merupakan puji-pujian terhadap Nabi Muhammad dan ajaran tasawuf serta ajaran moral (Muhammad Adib, 2009: 3).17

Dalam pada itu, jenis puisi di atas–sama ada jenis al-Mada’ih al-Nabawiyah, Shi’r al-Sirah al-Nabawiyyah, mahupun gabungan keduanya—memiliki peran penting dalam penyebaran dan pengembangan ajaran Islam. Kandungan nilai seni telah mampu

“membius” umat untuk merasakan indahnya Islam. Misalnya, untuk sekadar contoh, bahawa penduduk India Selatan khususnya dan Nusantara amnya konon tertarik untuk memeluk agama Islam setelah terpengaruh dan terpesona oleh pembacaan syair yang mengisahkan tentang riwayat dan puji-pujian Nabi Muhammad.18

17Lebih jauh Muhammad Adib, Burdah: Antara Kasidah, Mistis, dan Sejarah, (Yogyakarta: Pustaka Pesantren, 2009) hlm. 4-5 menyebutkan bahawa antara syair pujian kepada Muhammad, syair Burdah lebih menarik perhatian meski kalah popular dengan Barzanji. Beberapa kelebihan syair Burdah ialah (1) ia dianggap sebagai pelopor penggubahan syair-syair pujian terhadap Nabi Muhammad (al-mada’ih an-nabawiyyah) dari kekosongan jenis syair ini dalam beberapa waktu; (2) syair ini dinilai memiliki nilai sastera dan mesej berupa ajaran moral yang tinggi); (3) mengandungi komposisi isi yang lengkap, riwayat dan puji-pujian kepada Nabi Muhammad, ajaran tasawuf, dan moral; dan (4) dibacakan dalam berbagai-bagai perayaan keislaman.

18Catatan seorang sejarawan Persia abad ke-15 yang bernama Zainuddin al-Ma`bari dalam bukunya Tuhfat al-Mujahidin. Mudah ditafsirkan bahawa yang disebut Zainuddin al-Ma`bari sebagai syair yang mengisahkan Nabi Muhammad dan puji-pujian terhadap

Namun demikian, faktanya karya-karya itu ditentang oleh ramai ulama, terutamanya ulama-ulama golongan moden. Menurut mereka, kesalahan umum golongan Muslim yang membaca kitab itu—terutamanya kitab Barzanji—menganggap kitab itu penting dan sama posisinya dengan al-Quran. Dan, kesalahan khususnya ialah ramai ditemui syair yang isinya terlampau mengagungkan Nabi Muhammad. Selain itu, ditemui juga pernyataan yang tidak memiliki dasar yang jelas, sama ada dasar al-Quran mahupun Hadis Nabi Muhammad. Bahagian lain yang juga menjadi bahan serangan ulama moden terhadap kitab ini adalah terdapatnya cerita Nur Muhammad yang dianggap banyak dibumbui dengan khayalan dan mitos.

Menarik kemudian ialah menjawab pertanyaan mengapa teks Barzanji terus menjadi popular? Paling tidak jika dilihat pada tingkat produksi teks (salinan tangan ataupun cetakan) dan praktik pembacaannya di berbagai-bagai perayaan dalam kalangan umat Islam. Sementara, ramai ulama yang menentangnya. Jawapan atas pertanyaan ini secara khusus akan dihuraikan pada bahagian dinamika MN di Minangkabau. Melalui kes dinamika MN di Minangkabau boleh dilihat bagaimana teks yang dianggap penuh dengan kesalahan tetapi tetap popular dan diyakini oleh umat Islam yang meyakini kebenarannya.