• Tiada Hasil Ditemukan

DI KOTA KINABALU, SABAH

In document E-Prosiding PERSEP II 2022 (halaman 40-49)

PENDEKATAN STRATEGI PEMULIHAN (TURNAROUND STRATEGY) YANG DIGUNAKAN OLEH PIHAK MAJIKAN

COVID 19 DI KOTA KINABALU, SABAH

31

PENDEKATAN STRATEGI PEMULIHAN (TURNAROUND

32 scenario, this paper highlights the organization's strategy to maintain the organization's survival during the Movement Control Order (MCO). This study used a qualitative approach by interviewing 2 Human Resource Managers in the hospitality sector around Kota Kinabalu, Sabah. The results of the study found that recovery strategies are an effective strategy to re-stabilise the organisation's performance for the sake of the organization's resilience to be resilient in the face of the COVID 19 pandemic. Among the measures taken by the organization is to implement a turnaround strategy. This recovery strategy consists of three (3) dimensions:

asset reduction, cost savings and revenue generation. The actions of the organization in reducing costs and assets are such as carrying out a reduction in the workforce and the reduction of the organization. These measures are aimed at maintaining the performance of the organization in terms of communication, productivity, and leadership in the organization.

Past studies by Mann and Byun (2017) and Santa et al. (2017) stated that recovery strategies are effective in maintaining the organization's survival during the COVID 19 pandemic. This initial research requires theoretical support to see how far the organization is going in adopting a Turnaround strategy approach, workforce reduction, and its relationship with performance in an organization in the face of the COVID 19 pandemic crisis.

Keywords: Turnaround strategies, workforce reduction, COVID 19 pandemic and hospitality industry.

Pengenalan

Pada awal tahun 2020, peristiwa wabak COVID 19, telah menjejaskan kestabilan sistem ekonomi perniagaan. Pandemik COVID 19 telah membawa gangguan teruk kepada ekonomi global, dan secara khusus menyebabkan kemerosotan atau penurunan besar prestasi dan kewangan dalam organisasi tersebut (Kaushik dan Guleria, 2020). Situasi ini menumbulkan persoalan tetantang bagaimanakah organisasi bertindak balas terhadap penurunan prestasi organisasi, dan organisasi mengambil pendekatan dalam menstabilkan semula prestasi tersebut dengan membina Strategi Pemulihan organisasi. Strategi Pemulihan (Turnaround strategy) berkesan dalam melaksanakan strategi pemberhentian pekerja bagi meningkatkan atau memulihkan prestasi organisasi sekurang-kurangnya dalam tempoh masa enam bulan sehingga dua tahun, khususnya bagi syarikat yang mengalami atau terperangkap dalam lingkaran penurunan prestasi organisasi semasa krisis ekonomi (Tangpong et al., 2015; Barbero et al., 2017). Hal ini kerana, Strategi pemulihan tersebut bertindak dalam situasi di mana sesebuah organisasi atau syarikat mengatasi punca penurunan dengan mengamalkan strategi tersebut bagi memulihkan keadaan prestasi organisasi seperti sedia kala, dan bagaimana perniagaan masuk dan keluar dari jalan kegagalan perniagaan mereka dalam mencapai keadaan yang menguntungkan dan mampan dalam berdaya saing di pasaran global.

Pada masa kini, organisasi menghadapi banyak cabaran berkaitan kelangsungan mampu betahan dalam keadaan krisis ekonomi dan ketidakpastian seperti struktur kos yang tidak kompetitif, pulangan pelaburan yang tidak mencukupi, kedudukan kompetitif atau daya saing yang lemah dari segi sumber kewangan yang terhad akibat daripada kemelesetan ekonomi semasa pandemik COVID 19 (Bailey dan Breslin, 2021). Strategi Pemulihan membantu dalam prestasi organisasi dalam mengenal pasti faktor-faktor penting yang membantu pencapaian keputusan organisasi, ketika organisasi berhadapan dalam situasi krisis ekonomi disebabkan oleh pandemik COVID 19.

33 Konsep Strategi Pemulihan Organisasi

Menurut Mann dan Byun (2017) mentakrifkan Strategi Pemulihan sebagai satu proses yang boleh meningkatkan prestasi organisasi yang menurun ketika organisasi berhadapan situasi krisis kepada pertumbuhan yang lebih baik dan lebih mampan. Sesebuah organisasi dianggap merosot apabila mengalami keadaan kewangan yang tidak baik dan prestasi lemah dalam jangka masa panjang yang pada akhirnya boleh mengancam kegagalan operasi organisasi.

Keadaan Strategi Pemulihan adalah keadaan di mana organisasi mengenal pasti dan mengatasi punca penurunan dengan menggunakan strategi untuk memulihkan fungsinya dan keadaan prestasi organisasi. oleh itu, jika organisasi berjaya memanfaatkan sumber secara semaksimal dan mengamalkan pendekatan atau langkah dalam meminimunkan kos operasi organisasi terutamanya ketika organisasi dalam situasi krisis, secara tidak langsung organisasi akan terus mampu bertahan dalam keadaan krisis ekonomi (Tangpong et al., 2015). Strategi Pemulihan khususnya di peringkat awal ini mempunyai objektif utama iaitu demi kelangsungan organisasi bertahan dan pencapaian aliran tunai stabil atau positif melalui aktiviti pemberhentian kerja yang berkaitan dengan kos dan pengurangan aset seperti pembubaran, pelupusan, penghapusan produk dan penurunan.

Strategi pemulihan ini adalah salah satu strategi membina semula prestasi organisasi selepas mengalami kerugian akibat daripada krisis kewangan organisasi. Pendekatan Strategi pemulihan tersebut sesuai semasa organisasi yang mengalami penurunan prestasi organisasi secara mutlak, hal ini kerana organisasi memerlukan pihak pengurusan strategik organisasi bagi bertindak atau memulakan Strategi Pemulihan dengan jelas dan tepat pada masa yang sesuai. Sesebuah organisasi biasanya akan berhadapan dengan situasi tertentu yang dipanggil tekanan organisasi akibat daripada penurunan prestasi organisasi dalam situasi yang mengancam kecekapan kos teras dan kelangsungan organisasi akibat daripada kegawatan ekonomi global (Tangpong et al., 2015). Akhir sekali, Strategi pemulihan umumnya membincangkan bagaimana perniagaan masuk dan keluar dari jalan kegagalan perniagaan mereka dalam tempoh atau jangka masa tertentu, terutamanya semasa organisasi berhadapan dalam sesuatu krisis. Menurut Trahms et al., (2013) dan Santana et al., (2017) berhujah tempoh proses pemulihan organisasi merujuk kepada prestasi organisasi kembali kepada status sebelum kemelesetan kewangan, hal ini kerana, strategi tersebut mengambil tempoh 2 hingga 3 tahun bagi memulihkan prestasi organisasi seperti sedia kala.

Teori Strategi Pemulihan

Teori strategi pemulihan adalah strategi terdiri daripada 3 aspek secara ringkas, iaitu strategi pengurangan kos, strategi penjimatan kos dan strategi penjanaan hasil. Strategi Pemulihan (Turnaround Strategy) digunakan oleh sesebuah organisasi bagi memahami dengan jelas, punca penurunan dan tujuannya adalah untuk meningkatkan prestasi organisasi dengan menggunakan beberapa pendekatan atau elemen dalam Strategi Pemulihan (Sahay, 2015).

Terdapat faktor-faktor yang boleh membawa kepada penurunan prestasi organisasi semasa situasi pandemik COVID 19. Terdapat beberapa punca atau faktor yang membawa kepada penurunan prestasi organisasi, antaranya, faktor luaran dan faktor dalaman organisasi.

Antaranya terdapat beberapa faktor luaran utama yang membawa kepada penurunan adalah seperti bentuk organisasi baru, teknologi dominan baru, model atau sistem perniagaan yang baru, dasar daripada pihak pemerintah yang sering berubah-ubah, situasi permintaan, perubahan keperluan dan keutamaan pelanggan, dan kemunculan produk gantian. Manakala, faktor yang membawa kepada penurunan dalaman kepada organisasi (Santana dan Galan,

34 2017). Tambahan itu, terdapat beberapa faktor dalaman utama yang membawa kepada penurunan adalah seperti, pengurusan tertinggi yang tidak berkesan, strategi yang tidak sesuai, rintangan berterusan terhadap perubahan yang dikenakan secara kekal, kualiti phak pengurusan fungsian yang lemah, reka bentuk organisasi yang salah, aset berlebihan, kos yang tinggi, jualan dan pemasaran yang tidak berkesan, dan pembangunan produk baru yang tidak produktif (Abebe dan Tangpong, 2018).

Seterusnya dalam Strategi pemulihan, terdapat tiga elemen iaitu strategi penjanaan hasil, strategi penjimatan kos dan strategi pengurangan aset adalah merujuk kepada pengurangan kos-kos operasi seperti kos buruh atau pekerja diikuti apabila sesebuah organisasi mengurangkan skop aktivitinya dengan ketara. Strategi Pemulihan ini dilakukan untuk mengetahui masalah dan menganalisis punca masalah (Abebe dan Tangpong, 2018). Langkah seterusnya diambil untuk menyelesaikan masalah. Langkah-langkah ini menghasilkan tindakan iaitu strategi pengurangan pekerja berdasarkan tindak balas kepada penurunan prestasi dalam industri dan pasaran global. Misalnya, kos buruh langsung yang tinggi, perbelanjaan tetap tinggi, manakala sumber kewangan yang terhad, maka pemotong kos perlu dilakukan, hal ini kerana pemotongan kos merupakan salah satu dalam elemen strategi pengurangan aset demi mengelak daripada kegagalan prestasi organisasi. Maka itu, berlakunya pengurangan tenaga kerja di organisasi tersebut kerana ia dapat menjimatkan sumber kewangan organisasi yang terhad semasa krisis, Akhirnya, organisasi mampu menstabilkan semula kedudukan kewangan, hal ini organisasi melaksanakan Strategi Pemulihan dimana berlakunya pengurangan aset, terutamanya jika perniagaan itu hampir muflis (Santana dan Galan, 2017).

Dalam tempoh pemulihan ini, tindakan khusus diambil untuk meningkatkan kestabilan organisasi yang membawa perubahan kepada bentuk tingkah laku organisasi yang baru.

Dimensi dalam Strategi Pemulihan

Strategi Pengurangan Kos

Strategi pemberhentian pekerja termasuk dalam strategi pengurangan kos dan pemberhentian aset. Strategi pengurangan kos merujuk kepada mengurangkan perbelanjaan yang tidak perlu dalam aktiviti harian, seperti perbelanjaan perjalanan, yuran pengiklanan, pemotongan kadar upah, elaun, bonus dan kos buruh. Syarikat-syarikat dalam keadaan bermasalah mesti mempertimbangkan untuk mengawal kos (Trahms et al., 2013; Bundy et al., 2017; Williams et al., 2017). Apabila aliran tunai bersih rendah, pemberhentian kos dapat menyelamatkan sumber, menyokong pengeluaran, mengendalikan aktiviti harian dan meningkatkan kecekapan organisasi. Tambahan itu, Strategi pengurangan kos boleh meningkatkan prestasi dengan melepaskan sumber dengan serta-merta, menggalakkan perolehan modal dan mencapai sumber yang stabil (Trahms et al., 2013). strategi pemberhentian pekerja dapat meningkatkan keyakinan pihak berkepentingan luar dan meningkatkan keupayaan organisasi untuk mendapatkan sokongan luar daripada pasaran modal, pihak pemerintah dan pelanggan, sekaligus memberikan jaminan yang boleh dipercayai untuk pemulihan organisasi (Trahms et al., 2013).

Strategi Penjimatan Kos

Strategi Penjimatan Kos adalah proses mengenal pasti, mengumpul, mengukur, menganalisis, mentafsirkan, dan melaporkan maklumat kos yang berguna kepada kumpulan dalaman dan luaran yang berkaitan dengan cara organisasi menggunakan sumber sedia ada dalam memenuhi objektifnya. Pengurusan strategi kos adalah penerapan teknik pengurusan kos supaya mereka

35 pada masa yang sama meningkatkan strategik organisasi dan mengurangkan kos. Hal ini kerana strategi tersebut juga dijalankan untuk menangani masalah insolvensi operasi organisasi yang bermasalah biasanya bertujuan untuk meningkatkan prestasi jangka pendek yang memberi tumpuan kepada langkah-langkah operasi dalam usaha untuk mendapatkan kecekapan dan meningkatkan margin dengan mengurangkan kos dan overhed (Mann dan Byun, 2017).

Strategi ini biasanya melibatkan tindakan strategi oleh pihak pengurusan organisasi bagi menstabilkan semula kedudukan aliran tunai semasa krisis dan memulihkan keuntungan selepas mengalami kegagalan organisasi akibat daripada krisis ekonomi.

Strategi Penjanaan Hasil

Menurut kajian yang dijalankan oleh Ondimu (2015) mengatakan bahawa strategi pemberhentian pekerja juga dicirikan oleh penjanaan hasil, penjanaan semula produk/pasaran atau pemotongan kos dan aktiviti pengurangan aset. Walaupun pemotongan kos, pengurangan aset dan produk/ pasaran utama mudah untuk menggambarkan, idea penjanaan pendapatan adalah strategi yang terbaik. Strategi penjanaan hasil operasi merujuk kepada percubaan untuk merangsang atau meningkatkan hasil daripada barisan produk sedia ada melalui gabungan perubahan harga, diskaun, peningkatan perbelanjaan pemasaran, peningkatan usaha jualan, dan waktu operasi lanjutan (Gotteiner et al., 2019). Penjanaan pendapatan melalui pengukuhan semula produk, peningkatan usaha pengiklanan dan penjualan, dan harga yang lebih rendah mewakili pengubahsuaian dalam strategi sedia ada boleh diklasifikasikan sebagai Strategi Pemulihan inovatif. Dalam erti kata lain, Strategi Pemulihan inovatif melibatkan aktiviti berasaskan produk atau pasaran manakala strategi kecekapan memberi tumpuan kepada sistem pengeluaran dan pengurusan kos yang rendah dalam organisasi.

Konsep Prestasi Organisasi

Tafsiran yang betul mengenai prestasi adalah penting dan tidak boleh disalah tafsir dalam konteks penggunaannya. Selalunya prestasi dikenal pasti atau disamakan dengan keberkesanan dan kecekapan (Taouab dan Issor, 2019). Prestasi organisasi merujuk kepada output atau hasil sebenar sesebuah organisasi seperti pengukuran terhadap output, matlamat dan objektif yang dimaksudkan (Taouab dan Issor, 2019). Elemen prestasi organisasi mengandungi produktiviti buruh, kepuasan pelanggan, dan kualiti perkhidmatan produk. Hasil perakaunan kewangan merangkumi tiga langkah seperti pulangan ke atas aset, pulangan ke atas ekuiti dan keuntungan.

Hasil pasaran modal mencerminkan bagaimana pasaran menilai sesebuah organisasi yang terdiri daripada tiga petunjuk iaitu harga saham, kadar pertumbuhan harga saham dan pulangan pasaran (Cappelli et al., 2016).

Pengurusan prestasi ditakrifkan sebagai suatu proses yang sistematik dalam meningkatkan prestasi organisasi dengan membangunkan prestasi individu dan pasukan yang bekerjasama dengan sesebuah organisasi. Ia adalah satu cara untuk mendapatkan hasil yang lebih baik daripada organisasi, pasukan dan individu dengan memahami dan menguruskan prestasi mereka dalam rangka matlamat yang dirancang, piawaian dan keperluan kecekapan.

Dalam erti kata lain, pengurusan prestasi adalah proses menguruskan dan mengawala sumber yang ada dalam meningkatkan tahap pencapaian ke arah matlamat organisasi yang dikehendaki, Ini adalah bagaimana strategi-strategi tersebut mampu memberikan hasil yang diperlukan dalam matlamat atau objektif organisasi (Cappelli et al., 2016).

36 Dimensi-dimensi dalam Prestasi Organisasi

Pengurus sumber manusia merupakan pihak yang bertanggungjawab dalam menganalisis atau mengkaji bagi mengenal pasti dalam menilai semula aspek sistem pengurusan prestasi organisasi untuk bertindak balas dengan lebih baik terhadap konteks semasa organisasi mereka semasa pandemik COVID 19. Selain itu, pihak majikan menjalankan pengurusan prestasi dalam rangka kerja yang diselaraskan dengan teliti bagi mewujudkan kestabilan di organisasi mahupun dalam kalangan pekerja, mengukuhkan persepsi bahawa proses dan hasil yang adil, dan memudahkan pengurus atau ketua dalam memberikan maklum balas yang jelas. Dalam prestasi organisasi ini terdiri daripada 3 dimensi iaitu: kepimpinan, komunikasi dan produktiviti (Charoensukmongkol, 2021).

Komunikasi

Menurut Andersson dan Zbirenko, (2014) berhujah pengurusan prestasi adalah proses komunikasi yang berterusan antara pengurus dan pekerja yang berlaku sepanjang tahun, untuk menyokong mencapai objektif strategik organisasi. Proses komunikasi termasuk menjelaskan jangkaan, menetapkan objektif, mengenal pasti matlamat, memberikan maklum balas, dan menyemak keputusan komunikasi memainkan peranan sebagai suatu medium untuk menyampaikan dan menjelaskan kepada para pekerja tentang langkah-langkah dan tindakan yang perlu dilakukan untuk mencapai matlamat di samping disuntik elemen motivasi dalam penyampaian tersebut. Elemen komunikasi yang jelas dan positif tersebut berfungsi sebagai pemangkin meningkatkan semangat dan nilai-nilai positif dalam organisasi mahupun seorang pekerja.

Produktiviti Organisasi

Produktiviti secara amnya dianggap sebagai penggunaan sumber organisasi yang cekap pada tahap yang kukuh, produktiviti adalah ukuran keupayaan organisasi untuk menggunakan kepakaran pengurus sumber manusia dan mengoptimumkan sumber inputnya untuk membuat output yang sebaik mungkin (sumber yang ada dapat mengelak daripada kegagalan operasi organisasi untuk terus bertahan dalam krisis-krisis tertentu. Ini adalah menjadi akal bahawa organisasi perlu ada hubungan antara prestasi organisasi dan produktiviti (Solaja et al., 2016).

Hal ini kerana, produktiviti boleh dikatakan bagaimana cara mengawal dan meningkatkan sesuatu hasil itu diperolehi kerana produktiviti lebih fokus kepada perjalanan aktiviti atau tindakan yang dilakukan berbanding hasil yang diperolehi. Hal ini menunjukkan sistem pengurusan adalah penting untuk memperolehi tahap produktiviti yang tinggi di samping output yang berkualiti. Oleh itu persekitaran pekerjaan yang bebas bersuara pekerja dapat menggalakkan mereka berkongsi pendapat dengan organisasi seterusnya mewujudkan persekitaran dalaman organisasi yang cemerlang.

Kepimpinan

Dalam melaksanakan Strategi Pemulihan, pemimpin perlu memberikan peluang dan tunjuk ajar kepada mereka dalam melakukan perubahan termasuk sistem, budaya, dan sikap pekerja (Panuwatwanich dan Nguyen, 2017). Pihak tertinggi perlu melaksanakan strategi pengurusan pemulihan sebagai tindak balas kepada krisis COVID 19, dari perspektif pengurus barisan hadapan. Perlaksanaan kualiti pemimpin menggunakan pendekatan pasukan kerja pengurusan kendiri atau dengan bahasa mudahnya penyatuan pasukan kerja. Menerusi pendekatan tersebut, ahli pasukan saling membantu antara satu-sama lain akan memantapkan prestasi kerja seterusnya meningkatkan produktiviti organisasi secara keseluruhannya. Oleh itu, semua

37 perubahan tersebut perlu dibuat dengan langkah betul oleh setiap jabatan dalam organisasi, justeru ia dapat membina kepercayaan terhadap pemimpin dan hasil pemulihan yang tepat pada masanya ia menghasilkan prestasi organisasi yang positif selepas organisasi berhadapan dalam situasi yang kritikal (Katsaros et al., 2020).

Kerangka Kajian yang menilai impak Strategi Pemulihan terhadap Prestasi Organisasi

Sumber: (Abebe dan Tangpong, 2018)

Kajian mengenai impak Strategi Pemulihan yang kukuh dan prestasi organisasi (Abebe dan Tangpong, 2018). Strategi Pemulihan secara amnya mentakrifkan sebagai proses mengubah syarikat yang rugi menjadi syarikat yang stabil dan mampu membuat keuntungan. Manakala, Anastasia (2015) menyatakan bahawa syarikat boleh melaksanakan strategi ini dalam kes-kes seperti ketika perniagaan mengalami peristiwa kemelesetan ekonomi organisasi. Strategi ini adalah kaedah ke arah pembaharuan korporat yang bertujuan untuk menyelamatkan syarikat-syarikat yang bermasalah dan mengalami kemerosotan prestasi organisasi dan memerlukan pemulihan korporat demi kestabilan prestasi organisasi, terutamanya dalam situasi krisis ekonomi. Oleh itu, Strategi Pemulihan (Turnaround Strategy) adalah pelan komprehensif yang menyediakan asas bagi usaha-usaha yang diselaraskan dan mampan untuk pencapaian prestasi organisasi dalam objektif dalam korporat jangka panjang.

Strategi Pemulihan diguna pakai oleh organisasi dalam situasi kritikal dengan melaksanakan elemannya seperti strategi penjimatan kos yang memberi tumpuan kepada sumber kewangan organisasi pada pertumbuhan yang menguntungkan, strategi penjanaan hasil yang melibatkan penjualan produk masa kini di pasaran baru dan strategi pengurangan aset yang memberikan tumpuan kepada pengurangan tenaga kerja yang tidak diperlukan semasa organisasi berhadapan dalam situasi yang kritikal secara tidak langsung ia dapat mengurangkan beban kewangan mahupun kelangsungan organisasi untuk bertahan dalam situasi yang kritikal (Ung et al., 2018).

Di samping itu, menurut Nyagiloh dan Kilika (2020) mengatakan bahawa penerimaan dan penggunaan strategi pemulihan mempunyai matlamat jelas dalam menangani penurunan prestasi sesebuah organisasi semasa organisasi berhadapan dalam krisis ekonomi. Pembinaan semula prestasi adalah perkara utama pertimbangan yang membawa kepada penggunaan Strategi Pemulihan pada kekuatan bahawa trend prestasi yang berpengalaman boleh diterbalikkan untuk trend menaik. Peranan terpenting prestasi korporat dalam bidang pengurusan strategik melibatkan konsep dan pengukuran perniagaan yang kritikal (Tangpong, 2015). Justeru itu, prestasi organisasi itu khususnya yang mampan membentuk salah satu objektif kritikal semua organisasi agar mencapai KPI yang dijangkakan oleh pihak pengurusan organisasi.

STRATEGI PEMULIHAN (TURNAROUND STRATEGY)

Strategi Pengurangan kos Strategi Penjimatan Kos Strategi Penjanaan Hasil

PRESTASI ORGANISASI Kepimpinan Produktiviti Komunikasi

38 Metodologi Kajian

Dalam kajian ini pengkaji menggunakan pendekatan metodologi kualitatif. Hal ini kerana, kualitatif mempunyai bentuk data yang tersendiri. Pengkaji menggunakan teknik persampelan bertujuan bagi mendapatkan data-data yang diperlukan daripada informan kajian dalam kajian ini. Pendekatan kualitatif digunakan oleh pengkaji dengan menemubual dua (2) orang pihak Pengurus Sumber Manusia dalam sektor perhotelan di sekitar Kota Kinabalu, Sabah. Setelah itu, pengkaji telah mengatur sesi temubual face to face yang dijalankan berdasarkan keselesaan dan kesesuaian lokasi dan masa informan dan juga penyelidik. Di mana temu bual bersemuka dilakukan oleh pengkaji bersama-sama informan kajian, kaedah pengumpulan data yang lebih baik kerana ia mengambil masa yang lama, serta dapat meluangkan masa untuk beramah mesra dengan infoman kajian. Temubual berstruktur adalah kaedah yang terbaik bagi soalan terbuka dan mendapatkan maklumat responden secara terperinci. Informan juga akan diingatkan supaya berfikiran terbuka dan ikhlas dalam memberikan pandangan dan pendapat kepada penyelidik. Pendekatan tersebut cukup dekat dengan informan kajian dalam situasi yang dikaji, sehingga memungkinkan pemahaman yang mendalam dan tentang hal yang sedang berlangsung.

Dapatan Kajian

Latar belakang informan

Jadual 1: Latar Belakang Informan Kajian

Nama Hotel Jawatan Tahun

Perkhidmatan

Informan 1 Hotel A Pengurus Sumber

Manusia

6 Tahun

Informan 2 Hotel B Talent and Culture

(HR) Manager

8 Tahun

Merujuk Jadual 1 di atas, menunjukkan bahawa latar belakang mengenai informan kajian, Informan dipilih berdasarkan penglibatan mereka dalam mewakili pihak majikan dalam menentukan dan melaksanakan strategi-strategi tertentu dalam menstabilkan prestasi organisasi ketika organisasi berhadapan dalam situasi pandemik COVID 19. Identiti informan juga akan dirahsiakan dengan menggunakan nama samaran. Latar belakang Hotel A telah ditubuhkan pada tahun 2003 sehingga kini, Manakala, Hotel B, ditubuhkan sejak 2013, dan hotel tersebut mempunyai 4 cawangan di seluruh Malaysia, seterusnya, Hotel A, tidak mempunyai cawangan. Selanjutnya, Hotel A, terdiri daripada 304 orang pekerja sebelum berlakunya pandemik COVID 19 dan terdapat 135 orang pekerja sebelum tempoh (PKP) di Hotel B. Akhir sekali Hotel A dan B tidak mempunyai kesatuan sekerja.

39 Perbandingan Strategi Pemulihan

Jadual 2: Strategi Pemulihan Yang Di Gunakan Oleh Organisasi Tersebut Strategi

Pemulihan

Hotel

Strategi Pemotongan kos

Strategi Penjimatan Kos

Strategi Penjanaan Hasil

Hotel A Strategi pemulihan hasil yang dilakukan oleh organisasi, terutamanya semasa PKP fasa 1.

Peringkat pertama organisasi

melakukan pemotongan kos seperti memotong bonus, faedah insurans dan lain-lain lagi.

Seterusnya, semasa awal tempoh (PKP) .

fasa 2, organisasi memotong kadar upah, setelah melakukan strategi pemotongan kos tidak berkesan di organisasi hotel.

Organisasi kami melaksanakan pemberhentian pekerja, berdasarkan proses Last In-First Out (LIFO) secara berperingkat dan 260 pekerja kami terlibat dalam

strategi pengurangan tenaga kerja.

Akhir sekali, jalan terakhir yang terpaksa melakukan demi kelangsungan organisasi untuk bertahan dengan melakukan strategi pengurangan tenaga

Strategi penjanaan hasil yang dilakukan oleh organisasi sepanjang tempoh (PKP) dilaksanakan.

Dimana strategi penjimatan kos adalah seperti organisasi

melakukan kempen save energy atau utility saving, kurang penggunaan pendingin hawa, air, lampu dan lain-lain lagi.

Tindakan organisasi yang melaksanakan strategi penjanaan hasil.

Strategi tersebut merupakan strategi yang terakhir dilaksanakan organisasi,hal ini kerana pihak pemerintah telah memberikan kebenaran kepada pengusaha restoran untuk beroperasi pada tempoh (PKP) fasa 2, dimana organisasi

mengambil peluang dalam menyediakan perkhidmatan penjualan dan penghantaran produk makanan mereka kepada pelanggan secara atas talian, dengan mengguna pakai aplikasi food delivery seperti Grab Food dan Foodpanda.

Sehingga tempoh pada hari ini, organisasi hotel tersebut

melaksanakan strategi tersebut,

40 kerja secara

berperingkat.

Hotel B Strategi

pengurangan kos yang dilaksanakan oleh organisasi.

Fasa 1, organisasi telah melaksanakan strategi pemotongan kos, seperti

pemotongan gaji, elaun, bonus, dan sebagainya.

Fasa 2, organisasi telah mengambil pendekatan pemotongan kos yang drastik, dimana hampir 70 pekerja terlibat dalam

strategi pengurangan tenaga kerja selepas melaksanakan semua pemotongan kos, jalan terakhir organisasi adalah dengan mengecilkan tenaga kerja dan memotong kos-kos buruh, terpaksa melepaskan kos buruh kerana tempoh (PKP) yang begitu panjang dan organisasi tidak tahu sampai bila boleh beroperasi seperti sedia-kala.

Semenjak (PKP) fasa 1, lagi organisasi telah melaksanakan strategi penjimatan kos-kos operasi, dimana organisasi mengambil pendekatan yang sama seperti organisasi hotel-hotel yang lain.

Antaranya,

mengurangkan dan mengawal

penggunaan pendingin-hawa, chiller , freezer dan lain-lain lagi.

Penggunaan alatan elektronik perlu buka secara berkala walaupun organisasi tidak dibenarkan beroperasi, bagi tujuan mengelak daripada kerosakan.

Fasa 1: Industri

In document E-Prosiding PERSEP II 2022 (halaman 40-49)