• Tiada Hasil Ditemukan

BAB IV NASKHAH-NASKHAH BERKENAAN MN

4.2 Naskhah-naskhah Berkenaan MN Karya Ulama Minangkabau

4.2.2 Naskhah-naskhah MN Salinan Cetakan

Setakat ini belum ada katalog naskhah salinan cetakan karya ulama-ulama Minangkabau.36 Namun demikian, melalui M. Sanusi Latief, et al. (1988), Apria Putera

& Chairullah Ahmad (2011), dan Pramono (2011) boleh ditemui beberapa karya ulama tempatan Minangkabau yang masih ditulis dengan Jawi berkenaan MN. Dalam bahagian ini, semua karya yang dimaksudkan akan disenaraikan seperti halnya naskhah salinan tangan di atas.

Dari inventarisasi yang dilakukan, ditemui naskhah salinan cetakan karya ulama Minangkabau dalam beberapa salinan, sama ada yang utuh satu kitab mahupun berupa tulisan-tulisan pendek. Semua ditemui dalam Jawi dan wujud dalam genre puisi (syair) dan prosa, sama ada berbentuk sastera ataupun bukan sastera. Penamaan naskhah-naskhah salinan cetakan akan melanjutkan penamaan naskhah-naskhah salinan tangan di atas, iaitu mulai Salinan-O, Salinan-P, Salinan-Q, dan seterusnya.

Deskripsi naskhah salinan cetakan ini meliputi isi secara am, penerbit, penulis, dan berbagai-bagai hal yang boleh menambah informasi terkait naskhah. Adapun yang menyangkut hubungan dengan teks lain belum dihadirkan dalam bahagian ini, kerana ia menjadi pembahasan dalam Bab VI. Berikut ini merupakan deskripsi naskhah-naskhah salinan cetakan karya ulama Minangkabau yang isinya berhubung kait dengan wacana MN.

36Contoh terbitan katalog kitab karya ulama (salinan cetakan) yang pernah ada ialah KAWASHIMA Midori (Ed.), A Provisional Catalogue of Southeast Asian Kitabs of Sophia University, (Tokyo: Institute of Asian Cultures-Center for Islamic Studies, Sophia University, 2010). Katalog ini berisi deskripsi 1.229 judul kitab (salinan cetakan), termasuk kitab-kitab yang ditulis oleh

ulama-O. Salinan-O: [Irshad al-awaam pada menyatakan mawlüd al-nabi alayhi al-salam]

Buku ini bertajuk Irshad al-awaam pada menyatakan mawlüd al-nabi alayhi al-salam, yang isinya syair satira yang menyerang praktik perayaan MN yang dilakukan oleh golongan ulama Kaum Tua di Minangkabau. Tidak diketahui penerbit buku ini, namun disebutkan tempat terbitnya, iaitu Padang Panjang pada tahun 1914. Tulisan Jawi yang rata-rata setiap halaman terdiri daripada 60 baris yang dibagi menjadi 2 kolum.

Maknanya, setiap halaman rata-rata terdiri daripada 15 bait syair. Bahagian pertama syair hanya terdiri daripada 16 baris (juga ditulis dua kolum), maknanya terdiri daripada 8 bait syair (lihat gambar 4.13).

Gambar 4.13: Bahagian pertama Syair Irshad al-awaam pada menyatakan mawlüd al-nabi alayhi al-salam. Bahagian ini terletak diberi nombor halaman 2.

Adapun nombor halaman 1 merupakan cover luar buku.

Pengarang buku ini ialah Abdul Karim Amrullah, seorang ulama Kaum Muda dan menjadi tokoh utama pembaharuan Islam di Minangkabau. Kemasyhuran

perjuangannya.37 Sumber utama yang sering atau bahkan selalu dirujuk untuk mengetahui riwayat beliau adalah biografi38 yang ditulis oleh anaknya, iaitu H. Abdul Malik Karim Amrullah atau yang lebih dikenal dengan sebutan Buya HAMKA. Tanpa bermaksud untuk mengulang berbagai-bagai perbincangan berkenaan riwayat Abdul Karim Amrullah, penulis juga akan tetap merujuk tulisan-tulisan yang ada, terutamanya yang berhubung kait dengan kepengarangan Beliau.

Namun demikian, penulis berhasil mendapati berbagai-bagai sumber, sama ada hasil temu bual dengan keluarga Abdul Karim Amrullah mahupun manuskrip39 yang tidak pernah dibincangkan oleh pengkaji sebelumnya, termasuk oleh Buya HAMKA sendiri. Sumber-sumber ini juga digunakan untuk memperkaya penjelasan tentang Beliau.

Beliau memiliki nama lengkap Syeikh Dr. H. Abdul Karim Amrullah Al-Danawiy (1879 – 1945).40 Gelar Dr yang terdapat pada nama beliau merupakan anugerah doktor honoris causa (doktor fid-Dien) dari Universitas Al-Azhar41 Kairo,

37 Beberapa di antara kajian terkait ketokohan dan pemikiran serta karya-karya Abdul karim Amrullah, misalnya disertasi magister yang ditulis oleh Murni Djamal, “Dr. H. Abdul Karim Amrullah: His Influence in the Islamic Reform Movement in Minangkabau in the Early Twentieth Century (Montreal : Institute of Islamic Studies, McGill University, 1975). Disertasi ini selanjutnya diterjemahkan dan diterbitkan dengan judul DR. H. Abdul Karim Amrullah: Pengaruhnya dalam Gerakan Pembaruan Islam di Minangkabau pada Awal Abad Ke-20 (Penerjemah: Theresia Slamet), (Jakarta : INIS, 2002). Lihat juga buku Dr. Zulmuqim, M.A., Pembaharuan Pemikiran Islam di Indonesia pada Abad XX: Refleksi Pemikiran Abdul Karim Amrullah, (Padang : Baitul Hikmah Press, 2002); Tamrin Kamil, Purifikasi Ajaran Islam pada Masyarakat Minangkabau: Konsep Pembaharuan H. Abdul Karim Amrullah Awal Abad Ke-20, (Padang : Angkasa Raya, 2005).Kajian yang terfokus pada karya-karya beliau dapat dibaca dalam Jakarta. M. Sanusi Latief, et al., “Studi tentang Karya Tulis Dr. H. Abdul Karim Amrullah”, Laporan Penelitian the Tokyo Foundation, Tokyo, Jepang, (Padang : IAIN Imam Bonjol, 1988).

38 Hamka, Ayahku: Riwayat Hidup Dr. Abdul Karim Amrullah dan Perjuangan Kaum Agama di Sumatera (cetakan keempat), (Jakarta : Umminda, 1982). Buku ini diterbit kali pertama pada 1950 oleh penerbit Fa. Wijaya di Jakarta dan masih menggunakan ejaan Bahasa Indonesia lama.

39 Penulis menemukan beberapa manuskrip di Kutubkhanah di Muara Pauh, Sungai Batang, Maninjau. Kutubkhanah ini merupakan peninggalan Abdul Karim Amrullah yang dahulunya juga digunakan sama ada bagi pejabat Muhammadiyah mahupun tempat menulis dan memberi pengajian. Manuskrip yang ditemui berisi teks surat peribadi, catatan mesyuarat, diari, syair dan seumpamanya.

40 Tarikh lahir beliau pada 17 Safar 1296 (9 atau 10 Februari 1879) di Sungai Batang, Maninjau. Ayahnya bernama Muhammad Amrullah gelar Tuanku Kisai dan ibunya Siti Tarwasa. Beliau meninggal dunia 2 Jun 1945 di Jakarta.

41Abdul Karim Amrullah tidak sendiri ke Mesir, melainkan bersama dengan Syeikh Abdullah Ahmad untuk mengikuti “Konferensi Khalifah” di Cairo sebagai utusan Persatuan Guru-Guru Islam (PGAl). Keduanya pergi ke Mesir pada 1926, iaitu beberapa bulan sebelum gempa bumi menghancurkan kota Padang Panjang. Keduanya diberi anugerah doktor honoris causa pada bidang agama dari Hai'at Jam'iyyat Kubbar al-Ulama (Organisasi Masyarakat Ulama Utama) di Timur Tengah. Sekembalinya dari Mesir, Abdul

Mesir pada 1926. Gelar inilah yang membuat Abdul Karim Amrullah lebih dikenal oleh penduduk Maninjau dengan sebutan Inyiak42 De Er atau juga Inyiak Dotor.

Sesungguhnya, nama kecil yang diberikan ayah beliau ialah Muhammad Rasul.

Sekembalinya dari ibadah haji dan menuntut ilmu di Makkah, namanya juga disebut sebagai Haji Rasul. Beberapa sumber juga menuliskan akronim namanya saja, iaitu HAKA, yang berlaku sama dengan penulisan nama anaknya Hamka. Adapun “Al-Danawiy” ialah gelar yang melekat kerana kampung beliau terletak di tepi danau, iaitu Danau Maninjau. Untuk menjaga konsistensi dalam tulisan ini, untuk selanjutnya nama Syeikh Dr. H. Abdul Karim Amrullah Al-Danawiy akan ditulis HAKA saja.43 HAKA dianggap sebagai tokoh utama dalam pergerakan pembaharuan keislaman di Minangkabau di antara ulama Kaum Muda yang ternama lainnya, seperti Zainoeddin Labay El-Joenoesy, Syekh Muhammad Thaher Djalaloeddin, Syekh Muhammad Djamil Djambek, H. Abdullah Ahmad dan Abdul Madjid Karim (lihat gambar 4.14).

Beliau merupakan sosok ulama pembaharu yang paling aktif menuangkan pemikirannya dalam bentuk tulisan dibandingkan dengan rakan-rakannya. Tulisannya sentiasa menjadi bahan rujukan untuk proses pembaharuan kesilaman di Minangkabau.

Wacana pembaharuan sering kali muncul dan bermula dari tulisan-tulisannya yang kritis. Oleh sebab diperlukan oleh orang ramai, maka tulisan beliau dicetak dan disebarkan kepada kalangan ulama dan masyarakat.

42 Hamka, Ayahku … op. cit., hlm. 36 : #*, menyebutkan bahawa sapaan “Inyik” (Inyiak, pen.) digunakan untuk panggilan orang-orang alim di wilayah darek Minangkabau, terutama wilayah Luhak Agam. Ramai ulama yang berasal dari wilayah darek disebut dengan sapaan “Inyik”, seperti Inyik Parabek, Inyik Jaho, Inyik Tanjung dan Inyik Candung. Di wilayah rantau Minangkabau, seperti di Pariaman, sapaan kepada orang-orang alim disebut sebagai “Ungku”. Sehingga kini, sapaan seperti itu masih dipakai oleh masyarakat Minangkabau.

43 Selain nama-nama tersebut, Abdul Kadir Amrullah juga diberi gelar Syeikh Tuanku Nan Mudo. Pemberian gelar ini melalui

Gambar 4.14 Secara berurutan dari kiri Zainoeddin Labay El-Joenoesy, Abdul Karim Amrullah (HAKA), Syekh Muhammad Thaher Djalaloeddin, Syekh Muhammad Djamil Djambek, H. Abdullah Ahmad dan Abdul Madjid Karim.

(Gambar direproduksi dari koleksi khutubkhannah, Sungai Batang, Maninjau)

Selain buku ini, HAKA menulis buku lain yang isinya juga berkenaan dengan ketidaksetujuan Beliau terhadap praktik perayaan MN di Minangkabau yang banyak menyalahi ajaran Islam. Buku tersebut ialah kitab yang bertajuk Iqhazun Niyami fi Amril Qiyami. Kitab ini dicetak pada tahun 1912 pada percetakan Snel-Press Drukkerij al-Moenir, Padang. Tulisannya menggunakan Jawi dan Arab, dengan demikian bahasa yang digunakan ialah bahasa Melayu dan Arab. Namun demikian, ramai juga ditemukan kata bahasa Minangkabau yang digunakan dalam kitab ini. Kitab ini bukanlah karya sastera, ianya huraian pendapat yang didukung dengan dalil-dalil untuk membantah pendapat ulama Kaum Tua yang berpendapat bahawa “berdiri maulid” hukumnya sunah. Penolakan beliau dengan menyertakan delapan dalil yang digunakan sebagai

dasar untuk menyatakan bahawa ramai praktik yang berlaku dalam perayaan MN tidak benar, tidak sesuai dengan al-Quran dan Hadis.44

Buku ini ditulis dua tahun sebelum syair satira (Irshad al-awaam pada menyatakan mawlüd al-nabi alayhi al-salam) beliau karang. Dalam konteks ini, menarik kemudian kenapa beliau perlu menulis kembali “serangan” terhadap berbagai-bagai praktik perayaan MN di Minangkabau? Kenapa untuk tulisan yang kedua beliau memilih bentuk syair bagi menyampaikan kritikannya? Jawapan atas pertanyaan ini akan menjadi pembahasan dalam Bab VI. Fenomena yang menunjukkan ulama tempatan Minangkabau juga mahir dalam penulisan syair (memilih syair) untuk menyampaikan mesej dan pendapat yang diyakini benar.

P. Salinan-P: [Thamaru ’l-Iḥsān fī Wilādati Sayyidi ’l-Insān]

Kitab atau Salinan-P ini merupakan karya apologetik Syeikh Sulaiman ar-Rasuli (1871-1970), seorang ulama dari golongan Kaum Tua, atas serangan Kaum Muda (terutama HAKA), terutama berkenaan perayaan MN. Tulisan ini wujud dalam bentuk syair dengan tajuk Thamaratul Ihsan fi Wiladati Sayyidil Insan yang diterbitkan di Bukittinggi oleh penerbit Direkij Agam pada tahun 1923 (lihat gambar 4.15). Aksara yang digunakan ialah Jawi dan Arab; bahasanya Melayu (juga terdapat bahasa Minangkabau) dan Arab.

Pada bahagian akhir, terdapat tambahan syair yang diberi tajuk “Syair Perdirian Maulid”. Makna kata “perdirian” sangat jelas berkenaan dengan polemik “berdiri maulid”, iaitu majlis berdiri pada waktu pembacaan kisah Nabi Muhammad sampai

44Op. Cit., M. Sanusi Latief, et al., hlm. 55-56. Lihat juga Apria Putera dan Chairullah Ahmad, Bibliografi Karya Ulama

pada kisah kelahiran Beliau. Syair ini berisi pembelaan terhadap serangan ulama Kaum Muda yang menghukum bidaah dalalah terdapat praktik “berdiri maulid”.

Gambar 4.15: Bahagian awal Kitab Thamaru ’l-Iḥsān fī Wilādati Sayyidi ’l-Insān, karya Syeikh Sulaiman ar-Rasuli (1871-1970).

Syair ini terdiri daripada 846 bait, cukup panjang kerana isinya tidak hanya pembelaan ulama Kaum Tua terhadap serangan ulama Kaum Muda berkenaan perayaan MN, melainkan juga berisi kisah panjang riwayat Nabi Muhammad. Kisah riwayat Nabi yang dimaksudkan ialah peristiwa kelahiran hingga wafatnya Rasulullah. Syair ini dimulai dengan pembukaan dan dilanjutkan dengan kelebihan merayakan MN.

Pemilihan cerita berkenaan kelebihan merayakan MN bertujuan agar pembaca (pendengar) terpancing untuk mengetahui kisah-kisah selanjutnya, seperti kutipan dua buah bait syair (bait ke 15 dan 16) berikut ini.

15

Sebelum cerita penulis karang / faedahnya dulu diberi terang / supaya birahi hatinya orang / mendengar membaca hatinya girang

16

Atau beralat menjamu-jamu / memanggil orang tidaknya jemu / segala pekakas suka meramu / memuliakan Nabi maksud pertamu

Secara am, di dalam kitab Thamaru ’l-Iḥsān fī Wilādati Sayyidi ’l-Insān terdiri daripada beberapa buah subtajuk yang saling berkaitan antara satu dengan yang lainnya.

Masing-masing subtajuk berisi kisah dan jumlah bait yang berbeza. Untuk lebih ringkasnya, berikut ini (dalam Jadual 4.3) disenaraikan subtajuk dan jumlah bait.

Jadual 4.3: Pembahagian kisah-kisah yang terdapat dalam Kitab Thamaru ’l-Iḥsān fī Wilādati Sayyidi ’l-Insān,

karya Syeikh Sulaiman ar-Rasuli (1870-1971).

No. Sub Tajuk Bait Ke- Halaman

I II III IV

1. Pembukaan (tidak dinyatakan sebagai subtajuk)

1-7 1-2

2. Kelebihan Maulud 18-50 2-5

3. Asal Makhluk 51-59 5-10

4. Aminah Kahwin dengan Abdullah 60-93 10-13

5. Mimpi Aminah Sembilan Bulan 94-110 13-14

6. Khabar Abdullah 111-127 14-16

7. Khabar Asiah dengan Maryam 128-151 16-18

8. Ajaib Nabi Zahir 152-179 18-20

9. Nan Manjawat45 Nabi dan Ajaibnya 180-207 20-23

10. Kota Parsi dan Kantur Iraq 208-229 23-25

11. Nama Tempat Nabi Zahir 230-244 25-26

12. Pada Hari Nabi Ketujuh 245-276 26-29

13. Nan Menyusukan Nabi 277-297 29-30

14. Nabi Lekas Gadang 298-309 31-32

15. Nabi Bermadah 310-321 32-33

16. Cerita Halimah 322-346 33-35

17. Batu dan Lainnya Memberi Salam Kepada Nabi

347-377 35-38

18. Aminah ke Kota Medina 378-404 38-39

19. Wasiat Abdul Mutalib 405-415 40-41

20. Fasal ke Kota Syam 416-468 41-44

21. Fasal ke Tanah Syam 469-480 44-45

I II III IV

22. Fasal Nabi Berniaga 481-537 45-50

23. Fasal Kaabah Rosak 538-559 50-51

24. Fasal Menerima Wahyu 560-600 52-55

25. Fasal Orang Mula Beriman 601-613 55-56

26. Fasal Nabi Sembahyang Malam 614-619 56-57

27. Fasal Mati Abi Thalib 620-651 57-59

28. Fasal Nabi Mikraj 652-662 60

29. Fasal Nabi Mendakwakan Jadi Rasul 663-729 61-66

30. Nabi ke Medina 730-750 66-68

31. Fasal Kafir Makah Memanggil Suraqah 751-764 68-69

32. Fasal Khabar Medina 765-811 69-73

33. Fasal Nabi Sakit 812-846 73-76

Selain kitab tersebut di atas, Syeikh Sulaiman ar-Rasuli atau yang juga dikenal dengan Inyiak Canduang juga ramai menulis berkaitan dengan Islam dan adat Minangkabau. Beliau juga dikenal sebagai ulama yang sasterawan kerana tidak sedikit karya berbentuk sastera yang ditulis, sama ada dalam genre puisi mahupun prosa.

Hingga kini, belum semua karya Beliau yang sudah dibuat transliterasi. Di antara yang belum ialah syair Thamaru ’l-Iḥsān fī Wilādati Sayyidi ’l-Insān. Dengan beberapa alasan tertentu, transliterasi syair ini akan dihadirkan di dalam lampiran. Alasan kenapa syair ini tidak terpilih untuk disunting dan masuk ke dalam bahagian utama sebuah bab akan dijelaskan dalam Bab V.

Q. Salinan-Q: [Al-Taragghub ilaa Rahmatillah]

Salinan-Q ini ditulis oleh Syeikh Muhammad Dalil bin Muhammad Fatawi (1864-1923) atau yang juga dikenal dengan Syeikh Bayang.46 Kitab Al-Taragghub ilaa Rahmatillah yang disertai dengan syair nasihat yang diberi tajuk "Thalabus Shalat"

diterbitkan oleh Druckerij Datuk Maharaja Padang pada tahun 1916. Kitab ini tidak

46Penyebutan Syeikh Bayang kerana kampung halaman Syeikh Muhammad Dalil bin Muhammad Fatawi ialah di Bayang, Pesisir Selatan, Sumatera Barat. Di Bayang inilah Beliau lahir dan dibesarkan hingga akhirnya menjadi ulama dalam golongan Kaum Tua yang cukup terkenal. Ulama karismatik ini meninggal di Padang dan kuburnya terletak di depan mihrab Masjid Ganting, Padang.

seluruhnya berkenaan dengan MN di Minangkabau. Di dalamnya terkandung juga perihal pendapatnya yang membenarkan pembacaan usalli sebelum salat dan bantahan terhadap Syeikh Ahmad Khatib yang menyatakan Tarekat Naqsabandiyah sebagai bidaah. Adapun yang berkenaan dengan MN adalah berkenaan pendapat Beliau tentang

“berdiri maulid” sebagai pekerjaan yang baik dan tidak melanggar akidah Islam47.

Kitab ini oleh Scrieke (1973: 82) disebut sebagai tulisan yang penuh moral.

Syeikh Bayang juga disebut sebagai ulama golongan Kaum Tua yang lunak. Berbagai-bagai tulisannya disampaikan dengan bahasa yang boleh diterima oleh masyarakat luas.

Beliau juga banyak menulis syair, sehingga Yulizal Yunus (1999: 73) menyebut Beliau sebagai pengarang dan sasterawan penyair. Beberapa syair yang Beliau karang seperti Majmu' Musta'mal, Miftah AI-Haq, Dar Al-Mawa'idzah, dan yang lainnya.

R. Salinan-R: [Berbagai-bagai]

Adapun yang termasuk Salinan-R ialah berbagai-bagai tulisan pendek yang ditulis ulama tempatan berkenaan polemik perayaan MN di Minangkabau. Berbagai-bagai tulisan tersebut wujud dalam Jawi dan diterbitkan dalam majalah-majalah tempatan.

Ulama dari golongan Kaum Muda lebih dominan dalam menghasilkan tulisan-tulisan jenis ini, salah satunya ialah Syeikh H. Abdullah Ahmad (1878-1933).48 Sebagai pengelola majalah al-Munir,49 Abdullah Ahmad memiliki peluang penuh dalam penyaluran gagasan dan wacana pembaharuan keislaman melalui majalah tersebut.

47Ibid., hlm. 59. Lihat juga dalam M. Sanusi Latief, Op. Cit., hlm. 586-588.

48Beliau merupakan kawan rapat Syeikh H. Abdul Karim Amrullah atau Haka (1879-1945), Syeikh Tahir Djalaluddin al-Azhari (1869-1956), Syeikh Muhammad Djamil lambek (1860-1947). Semua ulama ini, termasuk Abdullah Ahmad ialah murid Syeikh Ahmad Khatib al-Minangkabawi (1860-1916) di Makah. Sepulang dari Makkah keempat ulama ini menjadi pencetus pertama gagasan pembaharuan Islam. Lihat gerakan sepang terjang mereka dalam Murni Djamal, Op. Cit.; lihat juga M. Sanusi Latief, Ibid.

49Majalah al-Munir (Penyuluh) merupakan majalah yang diusahakan oleh Haji Abdullah Ahmad bekerjasama dengan HAKA dari tahun 1911 sampai dengan 1916. Majalah ini mengikut ideologi majalah al-Imam (Sang Pemimpin) yang dikelola oleh Syeikh Tahir

Pada tahun 1914, kali pertama Abdullah Ahmad menerbitkan tulisannya di majalah al-Munir (Jilid III, Juz 24, hlm. 383),50 yang berisi polemik berkenaan “berdiri maulid” MN (lihat gambar 4.16). Secara am, di dalam tulisannya ini Beliau mengatakan bahawa “berdiri maulid” merupakan sesuatu yang masih diperdebatkan dalam kalangan ulama di dunia Islam. Oleh sebab itu, sudah semestinya ulama-ulama Minangkabau tidak mengikut atau meninggalkan sesuatu yang masih diperdebatkan tersebut. Hal ini kerana menurut hukum fikah, sesuatu yang masih dipertentangkan antara sunnah dan bidaah haruslah ditinggalkan.

Gambar 4.16: Tulisan Syeikh Abdullah Ahmad dalam majalah al-Munir (Tahun 1914, Jilid III, Juz 24, hlm. 383) yang berisi polemik

“berdiri maulid” dalam perayaan MN di Minangkabau.

Sepuluh tahun berikutnya, pada tahun 1924, terbit pula tulisan Abdullah Ahmad pada Majalah al-Ittifaq al-Iftiraq51 yang juga berisi serangannya terhadap praktik

50M. Sanusi Latief, Op. Cit., hlm. 593 #69 disebutkan bahawa tulisan pertama Abdullah Ahmad mengenai perbantahan tentang

“berdiri maulid” terdapat pada Majalah al-Munir, Padang, Jilid V, Juz 24, halaman 383. Apabila dilihat dalam majalah al-Munir pada tarikh yang disebutkan ternyata isinya berkenaan dengan perdebatan tentang waktu gerhana. Besar kemungkinan M. Sanusi Latief khilaf menaip Jilid III tertaip menjadi jilid V.

51Majalah ini juga didirikan oleh Abdullah Ahmad bersama rakan-rakan ulama pembaharu lainnya. Majalah ini diterbitkan pada tahun 1913, termasuk juga pada tahun yang sama juga diterbitkan Majalah Al-Akbar. Abdullah Ahmad memang pencinta majalah pembaharu. Beliau juga menjadi “perwakilan atau agen” untuk majalah-majalah pembaharuan yang terbit di Singapura dan Cairo.

“berdiri maulid” dalam perayaan MN. Dalam tulisan ini, secara khusus beliau mengkritik dalil-dalil yang digunakan Kaum Tua untuk membenarkan praktik “berdiri maulid” dalam perayaan MN. Namun demikian, Abdullah Ahmad juga mengkritik seorang ulama Arab yang menghukum “berdiri maulid” sebagai perbuatan bidaah dalalah tanpa merinci secara jelas alasan pemberian hukum seperti itu. Menurut beliau, semestinya ulama tersebut mengatakan bahawa urusan ini (berdiri maulid) hanyalah permasalahan khilafiah, sehingga yang perlu dikemukakan ialah perbezaan pendapat yang berhubung kait dengan tema itu. Dengan demikian umat mengetahui perbezaan faham yang terjadi, tidak malah menyebarkan fitnah.52

Selain Abdullah Ahmad yang rajin mewacanakan pertentangannya terhadap praktik “berdiri maulid”, dikenal pula ulama Kaum Muda yang lain yang juga rajin menulis tentang tema polemik tersebut, iaitu Ustaz Zainuddin Labay el-Yunusi. Pada tahun 1920, Zainuddin Labay menerbitkan tulisannya yang berjudul “Tarikh Perhelatan Maulid Nabi dan Hukumnya dalam Syari’at” dalam majalah al-Munir al-Manar.53 Tulisan pada amnya merupakan terjemahan dari makalah Sayyid Muhammad Rasyid Ridha yang pernah diterbitkan di Majalah al-Manar di Mesir. Namun demikian, ada beberapa dalil-dalil yang digunakan oleh beliau untuk menyerang praktik “berdiri maulid”. Menurut Beliau, jika berdiri untuk pada saat membacakan kisah MN dan menganggap Nabi Muhammad hadir di tengah-tengah majlis merupakan tidak benar.

Namun demikian, beliau mengatakan bahawa jika berdiri untuk sukacita dan tidak atas dasar untuk mengagungkan Nabi Muhammad, maka ia merupakan perbuatan yang mubah, boleh-boleh sahaja.54

52Baca lebih jauh dalam M. Sanusi Latief, Op. Cit., hlm. 594-598.

53Majalah al-Munir al-Mannar (Cahaya Penyuluh) merupakan majalah yang didirikan dan dipimpin oleh Ustaz Zainuddin Labay el-Yunusi pada tahun 1916 (Murni Djamal, Op. Cit., hlm. 66). Majalah ini sebagai “lanjutan” dari Majalah al-Munir yang tidak lagi

Masih banyak tulisan-tulisan yang termasuk dalam kumpulan “berbagai-bagai”

ini, tetapi tidak semua ditampilkan dalam bahagian ini. Namun demikian, semua tulisan dalam kumpulan ini dijadikan sumber pengayaan analisis teks yang (dipilih untuk) disunting. Tulisan dalam kumpulan ini juga akan menjadi pelengkap dalam analisis teks dari sudut sejarah. Oleh sebab penekanan dari sudut sejarah, teks merupakan bahagian yang penting dalam CDA. Tentu sahaja, semua ini menjadi huraian dan penjelasan penting dalam Bab VI.