• Tiada Hasil Ditemukan

BAB IV NASKHAH-NASKHAH BERKENAAN MN

4.2 Naskhah-naskhah Berkenaan MN Karya Ulama Minangkabau

4.2.1 Naskhah-naskhah MN Tulisan Tangan

Bagi tulisan tangan yang berkenaan dengan MN yang ditulis ulama-ulama Minangkabau ditemukan 14 buah naskhah. Naskhah-naskhah ini akan ditandai dengan kod huruf, seperti Salinan A, Salinan B, Salinan C dan seterusnya. Berikut ini akan senaraikan deskripsi masing-masing naskhah MN yang ditulis dan atau disalin oleh ulama-ulama Minangkabau. Deskripsi ini secara am meliputi pemerian naskhah (A, Salinan-B, Salinan-C dan seterusnya sampai kepada Salinan-N), kod naskhah (jika ada, disesuaikan pada katalog), deskripsi naskhah (meliputi tajuk dan fizik), penjelasan riwayat naskhah, tempat keberadaan naskhah, dan penulisnya.

A. Salinan-A: [MM. Katik Deram. 6]

Salinan-A ini terdaftar dalam katalog naskhah M. Yusuf (2006: 59) dan diberi tajuk Sarafal An’Nam. Ukuran naskhah 8 x 10,5 cm dengan tebal 208 halaman dan setiap muka surat rata-rata terdiri daripada lima baris tulisan dengan dakwat berwarna hitam.

Tulisan menggunakan aksara Arab dan bahasanya juga Arab. Pada halaman 1, 2, 201 sampai 208 tidak bertulis atau kosong. Naskhah ini bersampul kertas karton dengan motif bunga. Secara keseluruhan kondisi naskhah masih bagus dan tulisannya masih boleh dibaca dengan jelas.

Naskhah ini masih tergolong baru, kerana kolofon yang terletak di akhir naskhah menyebutkan: Ditulis oleh Katik Deram ditulis di Tandikat 15 Maret13 1976. Naskhah ini jelas salinan terhadap teks Sharaf al-Anam. Namun demikian, tidak diketahui sumber (naskhah atau tulisan) yang disalin. Salinan sejenis dalam bentuk fotokopi mudah ditemui pada kedai buku yang berjualan di sekitar makam Syeikh Burhanuddin Ulakan di Ulakan Padang Pariaman. Pembeli salinan fotokopi tersebut ialah penziarah yang berasal dari berbagai-bagai wilayah, sama ada dari Minangkabau mahupun dari luar Minangkabau. Mereka akan membaca salinan tersebut pada saat berziarah ke makam Syeikh Burhanuddin.

Hingga kini, naskhah Salinan-A ini disimpan oleh ahli waris H. Katik Deram (1916-1999)14 (lihat gambar 4.1), yang bertempat tinggal di Jorong Lubuk Aro, Nagari Tandikat, Kecamatan VII Koto, Padang Pariaman. Di tempat ini juga H. Katik Deram dilahirkan dan meninggal dunia. Di kampung inilah beliau mengabdikan hidupnya sebagai ulama yang mengajarkan berbagai-bagai pengetahuan agama, sama ada pengetahuan membaca al-Quran mahupun tasawuf. Sebutan “Katik” merupakan gelar

13Bahasa Melayu: “Mac”.

14Dunia kepenulisan H. Katik Deram (almarhum) dikaji secara sederhana dan ringkas oleh Ramzul, “H. Katik Deram: Dunia dan Karyanya”, Skripsi (Padang: Fakultas Sastra Universitas Andalas, 2005). Dalam kajian ini dihuraikan riwayat H. Katik Deram dan karya-karyanya. Beberapa karyanya juga digunakan sebagai sumber utama kajian Oman Fathurahman, Tarekat Syattariyah di

yang diberikan oleh kaumnya sebagai orang alim yang mendapat amanah menjadi khatib salat Jumaat dan hari raya di Masjid Mudik Padang.15 Masjid ini merupakan masjid utama yang terletak di Nagari Tandikat, Padang Pariaman.

Gambar 4.1: H. Katik Deram (1916-1999), koleksi ahli waris yang juga digunakan oleh Ramzul (2005)

Beliau ialah ulama dari golongan Kaum Tua yang menganut tarekat Syattariyah.

Karya-karya H. Katik Deram sebanyak sembilan buah naskhah, iaitu yang bertajuk Khutbah Jum’at,16 Khutbah Idul Fitri,17 Khutbah Idhul Adha,18 Doa-Doa 20 Macam,19 Bacaan Ratib,20 Alat Sembahyang,21 Muballiqul Islam,22 Pengajian Tarekat.23 Adapun satu naskhah ialah naskhah [MM. Katik Deram. 6] yang sedang dibicarakan ini.

15Ramzul, Ibid., hlm. 24.

16Ternyata, tidak semua karya H. Katik Deram terdaftar dalam Yusuf, M. (Penyunting), Katalogus Manuskrip dan Skriptorium Minangkabau, (Tokyo : Centre for Documentation and Area-Transcultural Studies, Tokyo University of Foreign Studies, 2006). Di antara sembilan karyanya, enam karya yang deskripsi nya boleh ditemui dalam katalog tersebut. Di dalam katalog naskhah, naskhah ini terdapat dalam hlm. 57 dengan kod naskhah [MM. 10. Katik Deram. 1].

17Ibid., kod naskhah: [MM. 10. Katik Deram. 2].

18Lihat dalam Ramzul, Op. Cit., hlm. 29.

19M. Yusuf, Op. Cit., hlm. 57, kod naskhah: [MM. 10. Katik Deram. 3].

20Ibid., hlm. 58, kod naskhah: [MM. 10. Katik Deram. 4].

21Ibid., kod naskhah: [MM. 10. Katik Deram. 5].

Dalam konteks perayaan MN di Padang Pariaman, H. Katik Deram dan karyanya (terutama Salinan-A) memiliki peranan yang khas. Beliau tidak hanya menyalin naskhah tersebut, tetapi sekali gus mengajarkan ke beberapa orang yang berminat belajar untuk menjadi tukang dikie.24 Oleh sebab ramai peminat naskhah tersebut, maka H. Katik Deram memperbanyak naskhah tersebut dengan memfotokopi.

Hasil fotokopi tersebut “dijual” ke pasar dan ke Ulakan temat ziarah makam Syeikh Burhanuddin Ulakan, terutamanya pada saat Basyafa.25 Hingga kini, fotokopi dari Salinan-A masih dijual oleh ahli warisnya (Ramzul, 2005: 41-42).

Praktik menjual hasil salinan dan atau fotokopi teks Sharaf al-Anam sebenarnya tidak hanya dilakukan oleh H. Katik Deram. Jauh sebelum Beliau, ramai juga ulama tempatan di Padang Pariaman yang memperbanyak Sharaf al-Anam untuk dijual. Salah seorang di antaranya bernama Labai Taluak menyalin teks Sharaf al-Anam untuk dijual.

Berbeza dengan H. Katik Deram, Labai Taluak memperbanyak teks Sharaf al-Anam hanya disalin, tidak dengan memfotokopi. Dari hasil penjualan kitab salinan tersebut, sampai-sampai Labai Taluak boleh membuat rumah.26 Anggapan ini terasa sangat berlebihan, hanya menjual salinan kitab Sharaf al-Anam boleh membangun rumah.

Akan tetapi, jika membaca temuan Ramzul (2005) yang menyebutkan bahawa H. Katik Deram boleh naik haji ke Makkah juga karena dari hasil menjual salinan kitab, maka anggapan itu boleh dibenarkan. Namun demikian, sesuatu yang dapat disimpulkan dari fenomena ini bahawa peminat kitab Sharaf al-Anam dalam kalangan penganut tarekat Syattariyah (terutamanya di Padang Pariaman) sangat ramai.

24Tukang Dikie ialah orang yang membacakan atau yang lebih tepat melagukan dikie (Saraf al-Anam) pada saat diadakan perayaan MN. Selalunya Tukang Dikie paling sedikit sepasang (dua orang). Secara lebih rinci dan dalam berkenaan dengan badikie dan Tukang Dikie dalam perayaan MN di Minangkabau akan dijelaskan pada Bab VII.

25Basafa merupakan tradisi atau ritual ziarah ke makam Syeikh Burhanuddin Ulakan, di Ulakan, Padang Pariaman yang dilakukan oleh ribuan penganut Tarekat Syattariyah dari berbagai-bagai wilayah di Indonesia setiap tanggal 10 bulan Safar setiap tahunnya.

Pada saat penyelenggaraan Basyafa ini ramai penziarah yang membaca zikir dan selawat kepada Nabi Muhammad. Adapun yang dibaca biasanya ialah kitab Saraf al-Anam. Oleh sebab itu pula dalam kalangan penziarah ritual zikir itu dinamai juga sebagai dikie sharafal anam (zikir dengan membaca kitab Saraf al-anam).

B. Salinan-B: [EAP 205_EMWSCSB_PRBAI_1]

Dalam hal isi, Salinan-B sama dengan Salinan-A, iaitu sama-sama mengandung teks Saraf al-Anam. Deskripsi naskhah Salinan-B terdapat dalam Katkova & Pramono (2009), iaitu ukuran 8 x 11 cm dengan tebal 102 halaman dan tidak memiliki sampul.

Rata-rata setiap muka surat terdiri daripada sepuluh baris tulisan dan ditulis dengan aksara dan bahasa Arab dengan dakwat hitam dan merah. Kondisi fizik naskhah masih bagus dan tulisannya masih boleh dibaca dengan jelas.

Naskhah ini tersimpan di rumah penulisnya, Syeikh Haji Ali Imran Hasan (88 tahun), di lingkungan Pondok Pesanten Nurul Yaqin Ringan-Ringan Nagari Pakandangan Kecamatan Enam Lingkung, Padang Pariaman. Pesantren ini merupakan pesantren dengan sistem pengajaran tradisional dan beraliran Tarekat Syattariyah yang didirikan Syeikh Ali Imran Tuanku Qadhi atau juga dikenal dengan sebutan Tuanku Ringan-Ringan. Pengaruh beliau tidak hanya di sekitar Padang Pariaman sahaja, tetapi juga sampai ke Pasaman dan Lubuk Basung. Di kedua daerah ini juga didirikan cabang pesantren Nurul Yaqin (Duski Samad, 2003: 308)

Pengaruh Tuanku Ringan-Ringan telah menjadi ‘magnet’ orang-orang dari berbagai-bagai daerah bagi belajar di pesantren yang beliau dirikan itu. Sehingga wajar, ketika perayaan Maulid Nabi di pesantren ini, pelaksanaannya sangat meriah. Ramai alumni dari berbagai-bagai daerah datang untuk ikut memeriahkan perayaan Maulid Nabi yang diadakan setahun sekali. Bermacam-macam bentuk ekspresi tempatan boleh dilihat dalam perayaan MN di tempat ini. Jika di tempat lain tukang dikie yang dijemput untuk membacakan Sharaf al-Anam 2 sampai 6 pasang, maka di tempat ini boleh sampai 12 pasang tukang dikie. Selain itu, kemeriahan perayaannya biasanya

diramaikan dengan persembahan kesenian Selawat Dulang. Berkenaan dengan berbagai-bagai kemeriahan perayaan MN, sama ada yang berlaku di tempat tersebut atau pun tempat-tempat lain di wilayah Minangkabau akan dijelaskan pada Bab VII.

Sebagai tempat yang setiap tahunnya menyelenggarakan perayaan MNdalam kalangan penganut Tarekat Syattariyah, mudah ditafsirkan peran Salinan-B dalam konteks ini. Hingga kini, naskhah salinan Beliau masih dibacakan, sama ada pada perayaan MN ataupun dalam perayaan keagamaan yang lainnya. Selain naskhah Salinan-B, di tempat ini juga tersimpan tiga naskhah yang lainnya, iaitu Tafsir Jalalain, Tasawuf, dan Khutbah Jumaat. Semua naskhah dirawat dengan baik dan disimpan dalam sebuah lemari buku. Penulisnya sendiri masih hidup, namun beliau sudah tua dan mengalami kebutaan (lihat gambar 4.2). Dalam mengelola pesantren Beliau dibantu oleh beberapa guru-guru muda yang hampir semuanya juga alumni dari pesantren tersebut.

(

(a) (b)

Gambar 4.2: (a) Syeikh Haji Ali Imran Hasan (88 tahun)

berada di dalam bilik peribadi; (b) muridnya (Ungku Mudo) memperlihatkan beberapa naskhah karya Syeikh Haji Ali Imran Hasan.

C. Salinan-C: [EAP352_ EMWSPJCSB_ST _1]

Dalam Katkova & Pramono (2011), naskhah Salinan-E diberi tajuk Kitab Maulid Nabi.

Tajuk ini berdasarkan tulisan yang terdapat pada awal naskhah: “Ini Kitab Maulid Nabi”

(lihat gambar 4.3). Deskripsi fizik naskhah ini dirujuk dari hasil penelitian tersebut.

Adapun ukuran naskhah 10 x 17 cm, dengan tebal 136 halaman. Setiap muka surat terdiri daripada rata-rata tujuh baris tulisan yang ditulis dengan aksara Jawi dan Arab;

bahasa Melayu dan Arab. Dakwat berwarna hitam dan merah, tetapi tintanya mengembang dan beberapa menembus kertas. Naskhah masih bagus dan tulisan masih boleh dibaca dengan mudah.

Naskhah ini merupakan koleksi Surau Gadang Tandikek atau sekarang dinamakan dengan Masjid Raya Mudiak Padang yang beralamat di Nagari Tandikek, Kecamatan Patamuan, Kabupaten Padang Pariaman. Surau ini sampai sekarang masih menjadi pusat kegiatan keagamaan dan sosial-budaya masyarakat Tandikek. Surau ini juga dijadikan pusat untuk penyelesaian masalah agama dan adat yang terjadi di wilayah itu. Dalam konteks perayaan MN, surau ini selalu menjadi pusat perayaan bagi masyarakat Nagari Tandikek. Adapun koleksi naskhah di surau ini berjumlah tujuh buah naskhah.

Di dalam Salinan-E tidak terdapat kolofon, tetapi dilihat dari bahan alas naskhah (kertas) boleh dikesan bahawa naskhah ini masih baru. Kertas yang digunakan ialah kertas bergaris. Menurut Imam Najam (59 tahun), penyalin naskhah ini ialah H. Katik Deram. Beliau menulis naskhah ini untuk dibacakan pada perayaan MN di surau

tersebut27. Informasi ini boleh dibenarkan jika dilihat dari karakter tulisannya, yang memang mirip atau bahkan sama dengan tulisan dalam naskhah-naskhah yang ditulis oleh H. Katik Deram. Informasi ini diperkuat dengan posisi “katik” (Melayu: “khatib”) yang pernah disandang oleh beliau di Surau Tandikek

Gambar 4.3: Halaman pertama naskhah Salinan-E, di bahagian atas tertulis “Ini Kitab Maulid Nabi”

D. Salinan-D: [16]

Naskhah yang disebut dengan Salinan-D ini masih berkenaan dengan puji-pujian kepada Nabi Muhammad dan masih berada di daerah Padang Pariaman. Salinan-D bertajuk Sharaf al-Anam yang deskripsi fizik naskhahnya telah dibuat oleh Yusri Akhimuddin (2007) dengan nombor urutan naskhah [16]. Deskripsi yang dibuat sangat

singkat hanya berkenaan dengan ukuran, kondisi dan isi naskhah secara am. Naskhah ini merupakan salah satu di antara 35 buah naskhah yang dibuat deskripsi oleh pengkajinya.

Yusri Akhimuddin (2007: 9) menyebutkan bahawa ukuran Salinan-D ialah 10,5 x 7 cm dan tebalnya 176 halaman. Adapun tulisan yang digunakan ialah aksara Arab dan Jawi, maknanya bahasa yang digunakan ialah bahasa Arab dan Melayu. Pada setiap halaman terdiri daripada rata-rata tujuh baris tulisan yang ditulis dengan dakwat berwarna hitam dan merah. Di dalamnya tidak terdapat informasi siapa dan bila naskhah tersebut disalin. Namun demikian tertulis tempat penyalinan naskhah: “Ambung Kapur, Sungai Sariak, VII Koto”. Tempat yang disebutkan ini merupakan salah satu tempat yang juga berada di Padang Pariaman. Kondisi fizik naskhah masih bagus dan tulisan masih boleh dibaca dengan mudah.

Naskhah tersebut merupakan koleksi peribadi pengkajinya, iaitu Yusri Akhimuddin yang beralamat di Korong Pasar Pauh Kambar, Nagari Pauh Kambar, Kecamatan Nan Sabaris, Padang Pariaman. Naskhah ini tidak lagi dibaca untuk perayaan keagamaan, sama ada perayaan MN ataupun perayaan yang lainnya.

Maknanya, ianya hanya disimpan menjadi barang koleksi sahaja. Namun demikian, mestilah pada masanya naskhah ini disalin bagi tujuan tertentu, salah satunya untuk dibacakan pada perayaan MN. Perkiraan ini didasarkan atas beberapa naskhah yang mengandungi teks yang serupa.

E. Salinan-E: [MM. 03. Batang Kabung. 04]

Tajuk naskhah ini (Salinan-E) ialah “Kitab Fadilatu al-Syuhur: Menerangkan Sejarah Maulidnya Nabi Muhammad Salallahu ‘Alaihi Wassalam Sampai Hijrah ke Negeri Madinah” (selanjutnya ditulis KFSMSMN). Ukuran fizik naskhah 14 x 21,5 cm dan tebalnya 228 halaman. Tulisan menggunakan dakwat hitam dan setiap halamannya terdiri rata-rata 19 baris tulisan. Naskhah KFSMSMN ditulis dengan aksara Jawi dan Arab. Dengan demikian bahasa yang digunakan ialah bahasa Melayu dan Arab. Bahasa Arab digunakan terutamanya untuk kutipan ayat al-Quran dan Hadis serta kutipan yang bersumber dari kitab-kitab berbahasa Arab. Namun demikian, hampir seluruh kutipan berbahasa Arab disertakan terjemahan dalam bahasa Melayu oleh penulisnya.

Naskhah KFSMSMN ini merupakan satu daripada 22 karya Imam Maulana Abdul Manaf Amin al-Khatib (1922-2006). Akan tetapi, (Yusuf, 2006) hanya mendaftar 20 karya Beliau. Adapun dua karya yang tidak didaftar ialah naskhah yang bertajuk

“Sejarah Batang Kabung” dan “Menjemput Guru”. Semua karya Beliau berhubung kait dengan faham keislaman yang diyakini oleh golongan Tarekat Syattariyah. Dan banyak karyanya ditulis bagi menampik serangan yang ditudingkan oleh ulama golongan Kaum Muda kepada faham dan praktik keagamaan Kaum Tua di Minangkabau.

Secara am, isi naskhah KFSMSMN sebenarnya berkisah tentang riwayat Nabi Muhammad, tetapi pada bahagian tertentu—dan bahkan berulang-ulang—berisi apologetik tentang pembenaran perayaan MN. Di beberapa bahagian, di dalam naskhah ini penulisnya mengutip beberapa kisah keberkatan merayakan MN. Hal ini bertujuan bagi meyakinkan penganut Tarekat Syattariyah bahawa merayakan MN akan mendatangkan keberkatan, sama ada di dunia mahupun di akhirat.

Salinan-E tersimpan di Surau Nurul Huda yang terletak di Batang Kabung, Koto Tangah, Tabing, Padang (lihat gambar 4.4). Surau ini sekali gus menjadi tempat tinggal Imam Maulana Abdul Manaf Abdul Manaf Amin al-Khatib semasa hidupnya. Di surau ini pula, sebahagian besar karya Beliau tulis. Maknanya, surau ini telah menjadi skriptorium. Selain 22 buah naskhah, di surau ini juga tersimpan 2 buah naskhah karya orang lain.28

(a)

(b)

(c)

Gambar 4.4: (a) Surau Nurul Huda, skriptorium dan tempat tinggal;

(b) Imam Maulana Abdul Manaf Amin al-Khatib (1922-2006) dan beberapa karyanya;

(c) dua halaman terakhir naskhah KFSMSMN.

Seluruh naskhah karya Imam Maulana Abdul Manaf Amin al-Khatib sudah dibuat digitalnya oleh Badan Perpustakaan dan Kearsipan Provinsi Sumatera Barat (BPKPSB) pada tahun 2008. Dengan demikian, para pengkaji boleh memanfaatkannya

28Dua naskhah yang dimaksudkan bertajuk “Pengobatan Tradisional Minangkabau” dan “Kitab Fikih dan Tasawuf”. Deskripsi

untuk kajian, sama ada sebagai bahan kajian mahupun sumber rujukan. Selain daripada itu, naskhah-naskhah karya Beliau banyak difotokopi oleh ramai orang, sama ada ulama mahupun masyarakat biasa. Hal ini kerana beberapa naskhah beliau masih dibacakan untuk berbagai-bagai kegiatan keagamaan, termasuk perayaan MN.

F. Salinan-F: [PHSN_IKDN_ DIPAUNAND_2009_NKM_TP_KLK_I_Selawat]

Kod naskhah Salinan-F di atas merupakan penamaan file digital naskhah yang dilakukan oleh Pramono (2009) yang juga menyertakan deskripsi naskhahnya.

Disebutkan oleh Pramono (2009: 77) bahawa naskhah ini berukuran 32,5 x 22,5 cm dan tebalnya 82 halaman. Tulisan menggunakan aksara Arab dan bahasa yang digunakan juga Arab dengan dakwat hitam dan merah. Dalam setiap halaman terdiri daripada rata-rata sembilan baris tulisan. Alas naskhah kertas Eropah dengan kondisi yang masih bagus, tulisannya dengan ukuran besar dan mudah untuk dibaca (lihat gambar 4.5).

Salinan ini awalnya tersimpan di Tabek Panjang, Kabupaten Lima Puluh Kota dan merupakan koleksi Helmi Sutan Marajo (62 tahun). Akan tetapi, saat ini naskhah tersebut tidak lagi berada di tempat itu; sudah berpindah tempat entah di mana. Naskhah ini merupakan salah satu naskhah “barang dagangan” 29 dan sudah terjual pada tahun 2010. Menurut pemiliknya (pengumpul barang antik tepatnya), naskhah ini diperolehnya dari salah satu surau yang terdapat di Payakumbuh. Sayangnya, tidak secara pasti disebutkan nama suraunya. Naskhah ini sangat mungkin hanya salah satu di antara koleksi naskhah-naskhah lain yang dimiliki oleh surau asalnya.

Gambar 4.5: Halaman pertama Salinan-F

G. Salinan-G: [PHSN_IKDN_ DIPAUNAND_2009_NKM_SB_KP_V_Selawat]

Naskhah Salinan-G merupakan naskhah yang tersimpan di Surau (atau sekarang berganti dengan masjid) Syeikh Said Bonjol. Deskripsi naskhah ini tidak ditemui dalam katalog naskhah yang disusun oleh Ahmad Taufik Hidayat, et al. (2011), meskipun katalog ini merupakan katalog naskhah yang memuat deskripsi naskhah-naskhah koleksi Masjid Syeikh Said Bonjol. Agaknya ada beberapa naskhah yang tersimpan di masjid tersebut yang tidak terdaftar dalam katalog naskhah itu.30

30Hal ini sangat dimungkinkan pada waktu deskripsi naskhah dikerjakan, naskhah-naskhah lain masih belum dikeluarkan atau diizinkan oleh pemiliknya untuk diteliti Kenyataan ini berlaku untuk naskhah-naskhah koleksi peribadi di Minangkabau. Peneliti naskhah harus selalu melakukan pendekatan berulang kali, sampai tumbuh kepercayaan pemilik naskhah kepada peneliti.

Pengalaman ini selalu dialami dalam penelitian naskhah di berbagai-bagai wilayah di Minangkabau. Pada saat datang pertama kali, ada kemungkinan pemilik naskhah masih ragu menunjukkan naskhah yang mereka miliki. Kalaupun dikeluarkan, pastilah tidak semua koleksi yang diperlihatkan. Namun demikian, jika pemilik naskhah telah percaya bahawa pekerjaan yang dilakukan

semata-Naskhah ini berukuran 14 x 20 dengan tebal 200 halaman. Tulisan menggunakan aksara Arab dan bahasa Arab dengan dakwat hitam dan merah. Dalam setiap halaman terdiri rata-rata sembilan baris tulisan dengan bingkai dua buah garis halus. Pada muka surat pertama dan kedua terdapat iluminasi di bahagian atas berupa ukiran khas Minangkabau dengan warna merah. Iluminasi ini sekali gus menunjukkan bahawa naskhah ini dibuat atau disalin oleh ulama tempatan. Hal ini juga berlaku untuk banyak naskhah yang tersimpan di beberapa surau Tarekat yang lainnya di Minangkabau.

Tidak diketahui penulis dan tarikh penulisan naskhah Salinan-H. Kondisi fizik naskhah ini sendiri sangatlah teruk. Beberapa lembaran naskhah terlepas dari jilidan dan kertas berlubang. Kondisi seperti ini menyebabkan banyak halaman yang tulisannya tidak boleh dibaca. Tidak hanya itu, kertas naskhah lembap dan mudah sobek. Hal ini disebabkan oleh cara penyimpanan yang salah. Naskhah disimpan di almari dan disimpan di dalam plastik serta tertumpuk dengan benda-benda lain (lihat gambar 4.6).

Naskhah Salinan-G dan beberapa naskhah yang lain yang tersimpan di Masjid Syeikh Said Bonjol tidak lagi dipergunakan (dibaca).

(a) (b)

Gambar 4.6: (a) Buya Rasyidin (72 tahun) sedang mengambil puluhan naskhah Masjid Syeikh H. Muhammad Said Bonjol;

(b) Bahagian pertama Salinan-G.

Syeikh H. Muhammad Said Bonjol (1888-1979) ialah ulama Tarekat

Naskhah-naskhah dengan beragam isi yang ditinggalkan Beliau ialah salah satu buktinya. Sebagaimana surau Tarekat yang lain, di masjid ini juga selalu diselenggarakan perayaan MN. Selain pembacaan kisah Nabi Muhammad, dalam perayaan MN juga diselingi pembacaan salasilah guru-berguru Syeikh H. Muhammad Said Bonjol.

H. Salinan-H: [028]

Kod naskhah [028] dalam Ahmad Taufik Hidayat, et al. (2011: 64) merujuk pada naskhah yang diberi nama [Silsilah Tarekat Naqsabandiyah dan Tarikh Kehidupan Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi wassalam], dan untuk seterusnya disebut sebagai Sailnan-H. Tajuk Salinan-H ini diambil dari isi dari naskhah, iaitu berisi dua teks tersebut. Adapun teks berkenaan MN, ditulis dengan bahasa Melayu dan tidak lengkap.

Naskhah ini berukuran 10,5 x 15,5 cm dengan tebal 63 halaman. Tulisannya beraksara Jawi dan Arab (bahasa Melayu dan Arab) dan terdiri rata-rata 15 baris tulisan setiap muka surat. Tulisan menggunakan dakwat hitam dan merah.

Salinan-H tersimpan di salah satu surau Tarekat Naqsabandiyah di Pasaman Barat, iaitu Surau Lubuk Landur. Surau ini didirikan oleh Syeikh Muhammad Bashir (1800-1922), seorang ulama Tarekat Naqsabandiyah yang tersohor di wilayah Minangkabau pada masanya. Salinan-H merupakan salah satu dari 101 buah naskhah yang tersimpan di surau tersebut. Namun demikian, di dalam katalog naskhah yang disusun oleh Ahmad Taufik Hidayat, et al. (2011) hanya terdapat deskripsi naskhah sebanyak 40 buah naskhah sahaja.

Adapun deskripsi 61 buah naskhah lainnya boleh dilihat dalam laporan kajian tim Kelompok Kajian Poetika bekerjasama dengan Tokyo University of Foreign Studies (TUFS) (2012). Selain berisi teks keagamaan, koleksi naskhah di surau ini juga ramai yang mengandung isi pengetahuan tempatan, seperti kitab tib, ijazah, syair, dan lain-lainnya. Selain sudah dibuat deskripsi yang menggambarkan informasi am tentang fizik naskhah, seluruh koleksi tersebut juga sudah dibuat digitalnya. Namun demikian, fizik naskhah koleksi surau ini masih terancam musnah jika masih disimpan dan dipulihara dengan cara yang seadanya sahaja.

Surau ini masih ramai dikunjungi oleh orang untuk malapeh niek,31 ziarah, dan meminta ubat kepada Syeikh Mustafa Kamal Lubuk Landur, iaitu syeikh yang memimpin surau saat ini. Selain itu, di surau ini hingga kini masih digunakan bagi melakukan ritual suluak atau suluk (lihat gambar 4.7). Adapun yang bersuluk tidak hanya berasal dari Minangkabau sahaja, tetapi dari berbagai-bagai daerah, misalnya Sumatera Utara, Riau, Jambi, dan lainnya.

(a) (b)

Gambar 4.7: (a) Bangunan Surau Lubuk Landur, di Pasaman Barat;

(b) Orang-orang yang datang ke surau untuk malapeh niek dan atau meminta ubat kepada Syeikh Mustafa Kemal Lubuk Landur

31Malapeh niek (Bahasa Melayu: melepas niat) merupakan tradisi atau ritual yang dilakukan oleh seseorang yang sebelumnya bernazar akan minta dimandikan di sumur dekat Surau Lubuk Landur”, kenduri dan didoakan oleh syeik di surau tersebut, dan lainnya, jika anak dan atau keluarganya sihat dari sakit, diterima sebagai pegawai kerajaan (pemerintah) dan lain sebagainya.

I. Salinan-I: EAP144_DMMCS_P_10

Deskripsi Salinan-I terdapat dalam Zuriati, dkk. (2008), iaitu ukuran naskhah 10,5 x 17 cm dengan tebal 177 halaman. Tulisan menggunakan aksara Jawi dan Arab, dengan demikian bahasanya Melayu dan Arab. Dalam setiap halaman terdiri rata-rata 11 baris tulisan yang ditulis dengan dakwat hitam dan merah.

Naskhah ini ditulis oleh Imam Kapalo Bandaro Anas (nan menyurat saya Imam Kapalo Bandaro Anas), pada 1333 H/1914 M (tamatlah surat Nabi Bercukur 6 Rajab pada hari Jum’at 1333 pada tahun Ba). Secara am, naskhah ini mengandungi 2 teks, iaitu kisah Israk Mikraj Nabi Muhammad dan kisah Nabi Bercukur. Kondisi naskhah ini masih bagus dan tulisannya masih boleh dibaca dengan jelas.

Salinan-I merupakan salah satu dari 33 buah naskhah yang tersimpan di Surau Parak Laweh atau Surau Pariangan, Nagari Pariangan, Tanahdatar. Akan tetapi, seluruh naskhah ini tidak lagi dibaca dan digunakan sebagai bahan bacaan atau pengajaran.

Semua hanya disimpan dan dikhuatirkan akan rosak dan hilanglah kandungan isinya.

Walaupun demikian, seluruh naskhah sudah dibuat salinan digitalnya oleh Zuriati, et al.

(2008) dan boleh diakses di Laboratorium Filologi, Fakultas Ilmu Budaya, Universitas Andalas.

Di sekitaran surau tersebut, iaitu di Nagari Pariangan sebahagian besar ialah penganut Tarekat Syattariyah. Dalam setiap tahun, di nagari ini selalu diadakan perayaan MN yang meriah. Kemeriahan ini ditunjukkan dengan adanya penyembelihan binatang untuk kenduri yang jumlahnya mencapai 40 ekor sapi. Dalam kenduri itu juga diadakan pembacaan dikie yang berisi puji-pujian kepada Nabi.

J. Salinan-J: [EAP144_DMMCS_MN_05]

Sama halnya dengan Salinan-I, deskripsi Salinan-J juga terdapat dalam Zuriati, et al.

(2008). Adapun judul Salinan-J ialah Sharaf al-Anam yang ukurannya 10,8 x 16,3 cm dan tebal naskhahnya 22 halaman. Tulisan menggunakan aksara Arab (bahasa Arab) dan ditulis dengan dakwat hitam dan merah. Setiap muka surat terdiri daripada rata-rata 20 baris tulisan. Naskhah ini masih lengkap, hanya beberapa lembar kertasnya terlepas dari jilidan. Tulisan rapi dan masih boleh dibaca dengan jelas.

Naskhah ini merupakan koleksi Nurman yang beralamat di Nagari Malalo, Kecamatan Batipuh Selatan, Kabupaten Tanahdatar. Nagari Malalo merupakan wilayah yang penduduknya ramai yang menganut Tarekat Syattariyah. Adapun naskhah-naskhah yang ditemui di Malalo merupakan kesan tradisi intelektual ulama-ulama Tarekat Syattariyah dahulunya di tempat itu (lihat gambar 4.8). Oleh sebab itu, banyak naskhah mengandungi teks yang berkenaan dengan faham keislaman yang dipercayai oleh Tarekat Syattariyah, termasuk di dalamnya ialah teks Sharaf al-Anam.

Gambar 4.8: Kumpulan koleksi naskhah Nurman,

di Nagari Malalo, Kecamatan Batipuh Selatan, Kabupaten Tanahdatar.

K. Salinan-K: [MM. 03. Parak Pisang. 05]

Salinan-K dalam katalog naskhah (Yusuf, 2006: 185-186) diberi tajuk Kitab Zikir Maulud. Naskhah ini berukuran 11 x 17 cm dengan tebal 120 halaman. Setiap muka surat terdiri daripada rata-rata tujuh baris setiap halaman dan dilingkari (blok teks) dengan garis berwarna merah. Naskhah ini masih lengkap dan kondisi fiziknya masih cukup bagus, sehingga tulisannya masih boleh dibaca.

Naskhah ini tersimpan di Surau Parak Pisang yang terletak di Jalan Lintas Sumatera-Jawa, Nagari Sumani, Kecamatan X Koto Singkarak, Solok. Pada masanya, surau ini pernah tersohor kerana Syeikh Jamaluddin yang menjadi “guru” di surau ini merupakan ulama yang alim dan terkenal dalam bidang Tarekat (tasawuf). Oleh sebab itu, surau ini menjadi tujuan orang-orang yang akan belajar kitab dari berbagai-bagai wilayah, sama ada dari Sumatera Barat (Minangkabau) mahupun daerah di lain di luar wilayah tersebut. Dengan demikian wajar kiranya di surau ini “pernah” memiliki koleksi naskhah dengan jumlah yang sangat ramai. Akan tetapi, kini naskhah-naskhah itu tinggal kenangan, hanya tinggal dua puluhan sahaja jumlahnya.

Sama halnya dengan surau-surau Tarekat Syattariyah yang lain di Minangkabau, di surau Parak Pisang juga selalu diadakan perayaan MN setiap tahunnya. Namun demikian, di surau ini pernah berlaku bentuk perayaan yang tidak boleh ditemui pada surau-surau yang lain, iaitu pembacaan Hikayat Amir Hamzah untuk memeriahkan MN.

Dari keterangan nara sumber yang bernama Amiruddin gelar Malin Sutan (78 tahun), Adriyetti Amir, et al. (2006: 91) mencatat bahawa di Desa Sumani, Solok (tepatnya di Surau Parak Pisang, pen.)–setidak-tidaknya hingga masa 1950—pernah ada kesenian yang membacakan Hikayat Amir Hamzah. Pembacaan hikayat tersebut dilakukan di