• Tiada Hasil Ditemukan

Pembangunan Kerangka Literasi Maklumat Penyelidik (KLMP)

Peringkat 6 dan 7 SSM: Perubahan yang Diingini dan Boleh Dicapai serta Tindakan untuk Menambah Baik Situasi Bermasalah

4.2 PERMASALAHAN YANG DIKENALPASTI DARIPADA SOROTAN LITERATUR

4.2.1 Pembangunan Kerangka Literasi Maklumat Penyelidik (KLMP)

Bagi memenuhi objektif pertama kajian iaitu membangunkan kerangka literasi maklumat penyelidik (KLMP) yang boleh digunakan sebagai penanda aras tahap LM pelajar berdasarkan piawaian-piawaian LM antarabangsa, penyelidik telah membuat sorotan literatur berkaitan piawaian-piawaian LM antarabangsa. KLMP ini akan digunakan ketika:

1) menganalisis soal selidik, naskah laporan KST dan skima pemarkahan KST, dan 2) membangunkan modul panduan pembelajaran kendiri literasi maklumat (MPPKLM).

Daripada sorotan literatur yang dilakukan, kebanyakan piawaian LM dibentuk berdasarkan perilaku-perilaku LM yang dikehendaki oleh sesebuah negara (Siti, Imilia & Huzaimah, 2008) dan kebanyakan perilaku LM ini walaupun diungkapkan menggunakan istilah dan perkataan yang berbeza, namun ia tetap menyamai satu sama lain. Kebanyakannya bersandarkan kepada definisi LM yang dikemukakan oleh ALA (1989) iaitu meliputi 6 aspek di bawah:

1) Sedar akan keperluan maklumat;

2) Mencari maklumat secara efektif, kreatif dan efisien;

3) Menilai kerelevanan, keesahan dan kekinian maklumat;

4) Mengurus maklumat yang telah diperolehi;

5) Mengguna dan mempersembahkan maklumat secara beretika; dan 6) Mengaplikasikan maklumat menjadi ilmu pengetahuan yang baru

Oleh itu, penyelidik juga telah memperincikan KLMP dengan merujuk kepada enam aspek tersebut dan berpandukan kepada piawaian LM AASL (1998) (Lampiran E) serta piawaian LM ANZIIL (2004) (Lampiran D). Piawaian AASL dan ANZIIL juga turut rujuk oleh Mokhtar, Majid & Foo (2008b) ketika menggubal satu cadangan program LM untuk peringkat sekolah rendah dan menengah di Singapore. Perincian piawaian LM AASL adalah seperti Jadual 4.1 dan ANZIIL (2004) adalah seperti di Jadual 3.2 lepas.

Jadual 4.1: Perincian Piawaian LM AASL (1998)

Bil Piawaian LM Huraian

1 Pelajar yang celik maklumat mengakses maklumat secara cekap dan berkesan..

a. Menyedari keperluan maklumat:

b. Menyedari maklumat yang tepat dan menyeluruh adalah asas untuk membuat keputusan yang cerdik.

c. Membentuk soalan-soalan berdasarkan keperluan maklumat

d. Mengenalpasti kepelbagaian sumber maklumat yang

berpotensi.

e. Memperkembangkan & menggunakan strategi-strategi yang baik dapat mengesan maklumat.

2 Pelajar yang celik maklumat menilai maklumat secara kritikal dan kompeten.

a. Menentukan ketepatan, kerelevenan dan keseluruhan.

b. Membezakan antara fakta, pandangan dan pendapat.

c. Mengenalpasti maklumat yang tidak tepat dan yang mengelirukan.

d. Memilih maklumat bersesuaian bagi masalah atau persoalan yang timbul.

3 Pelajar yang celik maklumat menggunakan maklumat secara tepat dan kreatif.

a. Menyusun maklumat untuk penggunaan yang praktikal b. Menyepadukan maklumat baru ke dalam pengetahuan

persendirian

c. Menggunakan maklumat dalam pemikiran kritikal dan penyelesaian masalah.

d. Menghasilkan dan membentangkan maklumat dan idea dalam format yang bersesuaian

4 Pelajar yang belajar secara berdikari adalah celik maklumat dan mencari maklumat yang berkaitan dengan minat peribadi

a. Mencari maklumat yang berkaitan dengan pelbagai dimensi kesejahteraan peribadi seperti minat kerjaya, penglibatan dengan komuniti, kesihatan dan rekreasi.

b. Merekabentuk, membangun dan menilai produk dan penyelesaian yang berkaitan dengan minat peribadi 5 Pelajar yang belajar

secara berdikari adalah celik maklumat dan menghargai sastera dan lain-lain bentuk

maklumat yang

dihasilkan secara kreatif.

a. Seorang pembaca yang kompeten dan bermotivasi kendiri.

b. Memperolehi maksud daripada maklumat yang dipersembahkan secara kreatif dalam pelbagai format.

c. Membangunkan produk kreatif dalam pelbagai format

6 Pelajar yang belajar secara berdikari adalah celik maklumat dan berusaha ke arah kecemerlangan dalam pencarian maklumat dan penghasilan

pengetahuan.

a. Menilai kualiti proses dan produk dalam pencarian maklumat peribadi.

b. Membina strategi untuk menyemak, memperbaiki dan mengemaskini pengetahuan yang dihasilkan sendiri.

7 Pelajar yang

menyumbang secara positif kepada

pembelajaran komuniti dan masyarakat adalah celik maklumat dan sedar tentang kepentingan maklumat kepada masyarakat demokratik.

a. Mencari maklumat daripada pelbagai sumber, konteks, bidang dan budaya.

b. Menghormati prinsip akses yang sama rata kepada maklumat.

8 Pelajar yang

menyumbang secara

a. Menghormati prinsip-prinsip kebebasan intelek b. Menghormati hak harta intelek.

positif kepada

pembelajaran komuniti dan masyarakat dalah celik maklumat dan mengamalkan tingkah laku beretika terhadap maklumat dan teknologi maklumat

c. Menggunakan teknologi maklumat secara bertanggungjawab.

9 Pelajar yang

menyumbang secara positif kepada

pembelajaran komuniti dan masyarakat adalah celik maklumat dan mengambil bahagian secara efektif dalam kumpulan untuk mencari dan menjana maklumat.

a. Berkongsi pengetahuan dan maklumat dengan orang lain b. Menghormati idea dan latar belakang orang lain serta

mengiktiraf sumbangan mereka.

c. Bekerjasama dengan orang lain sama ada secara peribadi atau melalui teknologi untuk mengenalpasti permasalahan maklumat dan mencari penyelesaiannya.

d. Bekerjasama dengan orang lain sama ada secara peribadi atau melalui teknologi untuk merekabentuk, membangun, dan menilai produk serta penyelesaian maklumat.

Oleh itu, KLMP yang diringkaskan oleh penyelidik adalah seperti Jadual 4.2. Kerangka ini mengambil kira situasi yang dikaji iaitu penghasilan laporan KST di sekolah berasrama penuh (SBP).

Jadual 4.2: Kerangka Literasi Maklumat Penyelidik (KLMP).

Tahap LM (LM) Ciri-Ciri LM (LM)

LM Tahap 1:

Orang yang celik maklumat menyedari keadaan yang

memerlukan maklumat dan dapat menjurus kepada keperluan tersebut.

i. Mereka faham dan minat terhadap keperluan maklumat;

ii. Mereka faham tentang tujuan, kepentingan dan skop keperluan maklumat;

iii. Mereka dapat menentukan bentuk dan batasan/had sesuatu maklumat yang diperlukan dan

iv. Mereka mempunyai kaedah yang sesuai untuk mencari maklumat.

LM Tahap 2:

Orang yang celik maklumat akan mengakses maklumat

i. Mereka membina dan melaksanakan strategi pencarian yang efektif;

ii. Mereka berusaha mencapai kecemerlangan dalam pencarian maklumat dan

yang diperlukan secara efektif dan efisiyen.

iii. Mereka sentiasa menggunakan pelbagai sumber maklumat, teknologi maklumat dan perkakasan (peranti) untuk mengakses maklumat.

LM Tahap 3:

Orang yang celik maklumat dapat menilai maklumat dan proses pencarian maklumat secara kritikal dan cekap.

i. Mereka dapat menentukan keaslian maklumat;

ii. Mereka boleh menilai sama ada maklumat yang diperolehi berguna, relevan dan sahih;

iii. Mereka mempunyai kriteria tersendiri untuk menilai maklumat dan iv. Mereka bertindak balas dan menyemak semula strategi pencarian

sekiranya perlu.

LM Tahap 4:

Orang yang celik maklumat akan mengurus maklumat yang telah dikumpul.

i. Mereka merekodkan maklumat berserta sumbernya;

ii. Mereka menyusun, mengklas dan menyimpan maklumat.

iii. Mereka mudah untuk mendapat kembali maklumat.

LM Tahap 5:

Orang yang celik maklumat akan

menganalisa, mengolah dan mengaplikasikan maklumat untuk membina konsep-konsep dan pemahaman baru seterusnya

menjadikannya ilmu pengetahuan baru.

i. Mereka menggunakan maklumat secara efektif dan kreatif;

ii. Mereka mengulas (termasuk mengkritik) pengetahuan dan pemahaman yang baru itu secara efektif;

iii. Mereka menggabung jalin dan mengaplikasikan maklumat untuk membina konsep dan pemahaman baru;

iv. Mereka menghargai dan meminati jenis-jenis kesusasteraan lain;

v. Mereka menyedari kepentingan maklumat dalam masyarakat demokratik;

vi. Mereka bekerjasama dengan pelbagai pihak bagi mengenalpasti permasalahan maklumat dan mencari penyelesaianya dan vii. Mereka mengambil bahagian yang efektif dalam sesebuah kumpulan untuk tujuan mencari dan menjana maklumat.

LM Tahap 6:

Orang yang celik maklumat

mengamalkan tingkah laku yang beretika terhadap maklumat dan teknologi maklumat.

i. Mereka membuat rujukan kepada bahan-bahan maklumat yang diguna;

ii. Mereka memaparkan kenyataan rujukan dalam teks laporan;

iii. Mereka menghindari amalan plagiat serta peniruan dan

iv. Mereka mengakses, memperolehi, menyimpan dan menyebarkan serta menggunakan maklumat berupa teks, data, imej dan bunyi secara sah.