• Tiada Hasil Ditemukan

PENGENALAN

1.2 Latar Belakang Kajian

1.2.3 Pembinaan Institusi Masjid

Apabila Rasulullah SAW tiba di Madinah bersama kaum Muhajirin, tindakan pertama yang dilakukan oleh Baginda SAW ialah membina masjid kerana masjid merupakan hub untuk memajukan aktiviti seharian penduduk setempat seperti aspek ibadat, ekonomi dan sosial.

Pada zaman Rasulullah SAW masjid berperanan sebagai :

Rajah 1. 2 Peranan Masjid Pada Zaman Rasulullah S.A.W.

Masjid pertama yang dibangunkan Baginda SAW adalah Masjid Quba’. Masjid ini dinamakan diatas nama sebuah kampung iaitu kampung Quba’. Masjid ini dibina ketika Baginda SAW hampir sampai ke Madinah.

Pada zaman Rasulullah SAW institudi masjid telah mempunyai pelbagai peranan penting. Justeru peranan institusi masjid pada zaman Baginda SAW perlu diteladani oleh institusi masjid era ini untuk mencapai kegemilangan yang dikehendaki.

Kini institusi masjid dianggap hanya sebagai tempat melakukan ibadah semata-mata namun sebenarnya institusi masjid ketika zaman kegemilangan tamadun Islam dijadikan tempat pentadbiran kerajaan Islam yang meliputi pelbagai aspek.

Sebaliknya, kini kebanyakan peranan institusi masjid telah diambil alih oleh pelbagai organisasi lain yang diwujudkan oleh kerajaan.(Fidlizan dan Mohd Yahya, 2009).

Justeru, kegemilangan institusi masjid pada masa kini wajar dikaji semula agar kegemilangan yang pernah dikecapi pada zaman Rasulullah SAW dahulu dapat dikembalikan dan menjadikan institusi masjid sebagai sebuah institusi yang sempurna dalam meninggikan martabat Islam.

Peranan Masjid Berdasarkan Al-Quran Dan Al-Sunnah

Sumber daripada Al-Quran dan Sunnah yang jelas telah menyenaraikan beberapa peranan masjid iaitu :

a. Masjid sebagai tempat meningkatkan nilai Taqwa dan menolak kemaksiatan

Perkara asas dalam pembentukan modal insan masyarakat baru oleh Rasulullah SAW apabila berpindah dari Makkah ke Madinah adalah dengan membangunkan Masjid Quba’ yang didirikan atas dasar ketaqwaan (S. M. Darsh et. al.,1996).

Ayat sembilan dalam surah Al-Taubah menyatakan bahawa masjid hendaklah dibina diatas nilai ketaqwaan kepada Allah SWT. Pembinaan masjid yang lari daripada jalan ketaqwaan dan keikhlasan sama sekali tidak diterima oleh ALLA SWT.

b. Masjid sebagai tempat menegakkan Syiar Islam

Masjid sebagai sebuah institusi yang menjunjung syiar agama Tauhid, maka masjid-masjid hendaklah bebas daripada kesyirikan. Allah SWT berfirman dalam surah Al-Baqarah ayat seratus dua puluh lima dengan memerintahkan Nabi Ibrahim AS dan anaknya Nabi Ismail AS agar membuang semua berhala yang disembah oleh kaum musyrikin di Baitullah.

c. Masjid sebagai sumber keamanan

Melalui ayat sembilan puluh enam dalam surah Ali Imran, Allah SWT menyatakan bahawa orang-orang yang mendapat keamanan adalah orang-orang yang memasuki Masjid al-Haram. Maka dengan ini dapat difahami bahawa masjid merupakan kawasan yang aman dan semestinya perlu dipertahankan oleh setiap umat Islam. Perkara-perkara yang tidak selari dengan etika Islam seharusnya dilarang di masjid (Abdullah Mat, 2003).

d. Masjid lambang perpaduan ummah.

Masjid adalah tempat yang mulia yang digunakan untuk menunaikan tanggungjawab manusia kepada khaliqnya, sama ada ibadah fardhi atau jama’i.

Perbuatan makmum yang mengikuti imam ketika solat berjamaah, melambangkan kepada kita satu hubungan yang erat antara kelompok yang memimpin dan dipimpin. Demikian itulah inti ajaran Islam yang sentiasa dikumandangkan melalui mimbar-mimbar masjid, menyeru dan mengajak umat Islam supaya menghayati erti perpaduan.

e. Masjid Memartabat Modal Insan

Setiap masyarakat beranggapan bahawa masjid merupakan gedung ilmu yang terbuka luas bagi mereka yang ingin memanfaatkan setiap ilmu di masjid.

Menurut Nasoha Saabin, (2001) Masjid Nabawi sentiasa penuh dengan amalan.

Para Sahabat r.a. secara purata berada di Masjid Nabawi selama lapan hingga dua belas jam setiap hari. Sebahagian daripada waktu siang dibahagikan untuk bekerja di kebun atau berniaga, dan sebahagiannya lagi diperuntukkan bagi memakmurkan masjid. Demikian juga pada waktu malam, mereka

membahagikan sebahagian untuk ahli keluarga dan sebahagian untuk memakmurkan Masjid Nabawi.

f. Masjid menyuburkan penghayatan amal jama’i dan amal ijtima’i.

Dalam konteks kehidupan bermasyarakat, amal jama’i dan amal ijtima’i adalah menjadi sebahagian daripada kegiatan yang tidak dapat dipisahkan. Konsep pengurusan masjid yang bersifat sukarela, telah menjadikan masjid pencetus amal jama’i dan amal ijtima’i di kalangan anggota masyarakat. Sifat kesukarelawanan ini adalah selari dengan semangat keusahawanan sosial.

Seperti firman Allah SWT dalam surah Al Maidah ayat dua menganjurkan umat Islam yang bersaudara saling tolong menolong dalam perkara yang baik dan meninggalkan perkara yang buruk. Oleh itu jika tolong menolong dan persaudaraan kita diarah kepada aktiviti masjid maka ia akan menjadi lebih baik dan bermanfaat.

g. Masjid Menguatkan Ekonomi Umat Islam dan Menyuruh Berbuat Kebajikan. (Keusahawanan Sosial)

Menurut Muslim Kelana, (2008) suku kaum Quraisy tahan lasak, mereka suka mengembara, baik dalam musim dingin mahupun musim panas. Kegiatan mengeksport barangan dilakukan oleh suku Quraisy pada musim panas, manakala mereka berdagang ke Yaman pada musim dingin.

Ayat di atas mengaitkan sifat suka mengembara dan berniaga kaum Quraisy dengan suruhan Allah S.W.T untuk menyembah Allah pemilik rumah ini iaitu Kaabah. Oleh

itu, Allah mengaitkan rahmat yang diberikan kepada kaum Quraisy Kaabah yang berada di dalamnya Masjid al-Haram.

Seterusnya dalam banyak ayat yang lain Allah S.W.T telah menggandingkan perkataan solat dan diikuti dengan zakat. Contohnya “…Dirikanlah solat dan tunaikan zakat…”. Ini menunjukkan bahawa solat yang biasa didirikan di dalam masjid mempunyai kaitan yang amat dekat dengan ibadah menunaikan zakat atau pun sedekah. Dengan kata lain, selepas menunaikan solat kita disuruh untuk menyucikan hidup kita dengan menghulurkan sedekah kepada orang yang memerlukan.

Menurut Muslim Kelana, (2008) Nabi Muhammad S.A.W memberikan panduan berniaga kerana perniagaan adalah jalan bagi memperjuangkan kekayaan. Namun dalam perniagaan juga terdapat hal-hal yang dapat menggelincirkan seseorang ke dalam dosa.

Dalam hal ini Rasulullah SAW memberi peringatan dalam sabdanya:

“Tempat yang dicintai Allah dalam satu negeri adalah masjidnya dan tempat yang tidak disukai Allah dalam satu negeri adalah pasarnya” (Riwayat Muslim).

Walau pun semua peranan yang telah dinyatakan di atas belum mencukupi dan menyeluruh sifatnya, namun diharapkan semua peranan tersebut boleh mewakili peranan-peranan asas bagi sesebuah masjid.