• Tiada Hasil Ditemukan

Pengenalan Kepentingan Penglibatan Ahli Kariah dalam Aktiviti Keusahawanan Sosial Institusi Masjid

SEBERANG PERAI UTARA DALAM MEMBANGUN MODAL INSAN 2014-2019

5.1 Pengenalan Kepentingan Penglibatan Ahli Kariah dalam Aktiviti Keusahawanan Sosial Institusi Masjid

Responden 4 (Ahli Kariah Masjid At-Taqwa)

‘Saya selaku salah seorang ahli kariah Masjid ini merasakan masjid At Taqwa merupakan sebuah masjid yang aktif dan responsif terhadap isu-isu setempat terutamanya di kawasan Taman Bertam Indah ini. Berdasarkan pemerhatian dan pengalaman menyertai pelbagai aktiviti yang dianjurkan oleh pihak masjid,saya yakin untuk menyatakan bahawa 85% aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh pihak masjid diterima baik oleh ahli-ahli kariah disini.

Aktiviti yang dianjurkan oleh pihak masjid sangat baik kerana mensasarkan pelbagai golongan umur ahli kariah. Kepelbagaian aktiviti yang dianjurkan ini memberi peluang kepada semua lapisan umur ahli-ahli kariah dapat bersama-sama dalam pengimarahan masjid yang kita sayangi ini.’

Responden 5 (Ahli Kariah Masjid Abdullah Fahim)

‘Pada pandangan saya, pelaksanaan aktiviti-aktiviti keusahawanan sosial masjid di Masjid Abdullah Fahim secara pemerhatian menunjukkan ahli-ahli kariah memberi sambutan setiap aktiviti yang dianjurkan oleh pihak masjid. Penerimaan positif ini dapat dilihat dengan kehadiran yang sangat ramai ketika program-program berbentuk keusahawanan dan perniagaan Islam yang dianjurkan di perkarangan masjid seperti Islami Bike Fest. Namun pada sisi yang lain, penganjuran aktiviti

Responden 6 (Ahli Kariah Masjid Jamiul Jalal Pajak Song)

‘Pada saya aktiviti-aktiviti berbentuk keusahawanan sosial di masjid ini mendapat sokongan daripada belia di kawasan ini.

Setiap program yang diadakan mendapat perhatian dan

penglibatan yang positif bukan sahaja daripada ahli kariah tetapi terdapat penyertaan daripada luar dari kawasan kariah.’

Responden 7 (Ahli Kariah Masjid At Taqwa)

‘Pandangan saya selaku kariah masjid ini, sejujurnya merasakan bahawa masjid ini adalah masjid yang sangat unik kerana pengisian-pengisian program yang dilaksanakan masjid ini adalah pelbagai. Kepelbagaian aktiviti-aktiviti ini lah yang membuatkan para ahli kariah tidak jemu ke masjid dan merasakan masjid dekat di hati.

Program-program yang dianjurkan tidak hanya tertumpu kepada aktiviti berbentuk kuliah agama semata-mata tetapi pelbagai bentuk program yang dapat membantu serta menyelesaikan kekangan ahli kariah.

Menurut Dr Yusuf al-Qaradhawi, memakmurkan masjid bermaksud mendirikan solat di dalamnya, berdoa, berzikir dan menegakkan syiar-syiarnya. Takrif ini menggambarkan bahawa masjid bukan sekadar tempat untuk melaksanakan ibadat, tetapi juga untuk menyampaikan dakwah Islam.

Di samping itu, aktiviti pengajian agama perlu diadakan di masjid-masjid untuk lebih mendekati masyarakat. Masjid adalah madrasah dakwah. Masjid merupakan tempat diadakan pengajian mau'izah dan kuliah harian, mingguan dan biasa. Perbincangan kumpulan fokus dengan responden ini menunjukkan bahawa masjid berperanan dalam menyampaikan ilmu kepada orang yang jahil, membantu orang miskin, hal

ehwal kesihatan dan kemasyarakatan, menyebarkan berita penting kepada dunia, tempat pertemuan mubaligh dan wakil keamanan, dan banyak lagi.

Memakmurkan masjid juga adalah ialah dengan selalu menghidupkan jemaahnya, memelihara dan membersihkannya dan memperbaiki jika berlaku kerosakan.

Mencukupkan mana yang kurang dan menziarahinya untuk ibadat. Dalam ayat ini ditegaskan hanya orang yang hidupnya telah dibentuk oleh satu bentuk pemikiran yang memang telah terikat hatinya dengan masjid.

Pengimarahan masjid mengandungi dua aspek iaitu membinanya dan melaziminya.

Seseorang hanya dikatakan mengimarahkan masjid sekiranya dia kerap berulang alik ke masjid. (Lihat al-Tafsir al-Kabir, 5/9) Imam al-Qurtubi di dalam tafsirnya al-Jami’

li Ahkam al-Quran (8/90) menyatakan terdapat golongan salaf menyatakan,

“Sekiranya kamu melihat seseorang mengimarahkan masjid maka perelokkanlan prasangkamu kepadanya.” Ini seperti mana hadis Nabi SAW daripada Abi Said Al-Khudri R.A bahawa Rasullullah SAW bersabda:

اَذِإ ُِمُتْيَأ َر َِلُج َرلا ُِداَتْعَي َِد ِجْسَمْلا اوُدَهْشاَف ُِهَل ِِناَميِ ْلإاِب

Maksud: “Bila kamu sekalian melihat seseorang yang sentiasa pergi ke masjid maka persaksikanlah keimanan untuknya.”

Maksud memakmurkan masjid adalah dengan menetapinya untuk melaksanakan ibadah di dalamnya dalam rangka meraih keredhaan-Nya. Antaranya seperti melakukan solat, berzikir kepada Allah SWT dan mempelajari ilmu agama. Juga termasuk maknanya adalah dengan membangunkan masjid, menjaga dan memeliharanya. (Lihat Aisar al-Tafasir li Kalam al-‘Aliy al-Kabir, 2/66)

Ibn al-Jauzi menyebut, yang dimaksudkan dengan memakmurkan masjid (dalam ayat di atas), ada dua pendapat:

a. Selalu datang ke masjid dan duduk di dalamnya (untuk beribadah kepada Allah SWT).

b. Membangunkan masjid dan memperbaikinya. (Lihat Zad Masir fi ‘Ilm al-Tafsir, 3/408).

Syeikh al-Tantawi dalam menafsirkan ayat ini menjelaskan di dalam kitabnya “Orang yang mengimarahkan masjid merupakan mukmin yang benar-benar beriman kepada Allah SWT dengan apa yang disuruh dan apa yang dilarang dengan petunjuk daripada Baginda SAW dengan hati yang penuh dengan keikhlasan.” (Lihat Tafsir al-Wasit, 6/228)

Buya Hamka berkata:

“Di sini terdapat kalimat (امنا) yang dalam bahasa arab disebut (ةادا رصح) yang membawa maksud ‘alat pembatas’. Kita maksudkan di sini (hanya), maka terbataslah orang-orang yang boleh meramaikan dan memakmurkan masjid-masjid Allah, iaitu hanya orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, yang solat dan berzakat, dan tidak ada tempat takutnya melainkan Allah. Di luar orang-orang yang mempunyai syarat selengkapnya, tidaklah boleh meramaikan dan memakmurkan masjid.” (Lihat Tafsir al-Azhar, 10/164)

Memakmurkan masjid juga adalah ialah dengan selalu menghidupkan jemaahnya, memelihara dan membersihkannya dan memperbaiki jika berlaku kerosakan.

Mencukupkan mana yang kurang dan menziarahinya untuk ibadat. Dalam ayat ini ditegaskan hanya orang yang hidupnya telah dibentuk oleh satu bentuk pemikiran yang memang telah terikat hatinya dengan masjid.

Orang yang tidak beriman kepada Allah dan hari akhirat, tidak akan tergetar hatinya untuk meramaikan masjid begitu juga yang tidak solat, tidak suka untuk mendekati masjid. Mereka yang bakhil daripada berzakat amat takut ke masjid kerana bimbang bertemu orang yang miskin dan yang berhak menerima zakat. Ini kerana masjid untuk semua lapisan masyarakat yang mungkin kita temuinya.

Sayyid Qutub menyatakan di dalam tafsir Fi Zilalil Qur’an:

“Ayat ini hanya menyebut “takut kepada Allah” selepas menyebut dua syarat keimanan dalaman dan amalan luaran. Dan ini bukanklah beerti “takut kepada Allah” suatu pernyataan lebihan, kerana yang dipastikan di sini ialah keikhlasan kepada Allah dan menjauhkan diri dari segala bayangan syirik sama ada di dalam perasaan atau perilaku. Ketakutan seseorang kepada yang lain dari Allah itu merupakan sejenis syirik khafi yang sengaja diperingatkan al-Quran di sini supaya I’tiqad dan amalan seseorang itu hanya untuk Allah semata-mata. Di waktu ini sahaja para mukminin berhak mengimarahkan masjid-masjid Allah dan mengharapkan hidayat dari Allah.” (Lihat Fi Zilal al-Quran, 7/230)

5.2 Temubual Penglibatan Ahli Kariah dalam aktiviti keusahawanan Sosial