• Tiada Hasil Ditemukan

KAJIAN LITERATUR

2.2 Aktiviti Keusahawanan Masjid dan Pengimarahan Masjid

2.2.2 Peranan Pengurusan Institusi Masjid

Dalam Perlembagaan Malaysia, Jadual Ke-9 senarai 2 butiran 1, dinyatakan bahawa hal-hal berkaitan dengan agama Islam adalah di bawah kuasa negeri-negeri kecuali Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Labuan. Oleh itu, masjid termasuk di

bawah kuasa Majlis Agama Islam Negeri seperti mana yang ditentukan oleh akta atau enakmen negeri masing-masing.

Pengurusan institusi masjid boleh dibahagikan kepada dua kumpulan. Kumpulan pertama melibatkan pegawai-pegawai masjid. Pegawai-pegawai masjid ini merupakan kakitangan masjid seperti imam, nazir, bilal dan siak yang juga merupakan lantikan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri. Bagi kumpulan kedua pula ialah mereka yang terdiri daripada ahli jawatankuasa masjid yang dilantik dalam kalangan ahli-ahli kariah masjid itu sendiri. Kumpulan inilah yang selalunya yang menjadi perancang utama program-program di masjid. Kumpulan ahli jawatankuasa masjid ini biasanya terdiri daripada sepuluh hingga lima belas orang.

Pengerusi masjid merupakan satu jawatan yang tertinggi di masjid yang biasanya dijawat oleh orang yang dikenali oleh ahli-ahli kariah masjid. Pengerusi masjid ini datang daripada pelbagai latar belakang. Jawatan ini amat penting dalam memimpin pasukan pengurusan masjid agar dapat menjalankan tugas dengan berkesan berdasarkan halatuju yang telah ditetapkan. Selain itu, pengerusi masjid juga mempunyai tanggungjawab dalam pengurusan aset dan pendanaan masjid secara menyeluruh.

Seterusnya, selepas jawatan pengerusi ianya disusuli dengan jawatan setiausaha masjid. Setiausaha masjid mempunyai tanggungjawab penting dalam mengelola dan membuat setiap pelaporan program-program yang dilaksanakan di masjid.

Selepas itu, dari sudut kewangan masjid ianya diselia oleh jawatan bendahari masjid.

Bendahari masjid terlibat dalam transaksi pembayaran dan penerimaan dana bagi institusi masjid. Walaubagaimanapun, bendahari tidak mempunyai autoriti mutlak secara perseorangan dalam menguruskan kewangan masjid tetapi ianya diputuskan oleh jawatankuasa masjid melalui mesyuarat yang dijalankan.

Penugasan khusus selalunya disepakati dan diberikan kepada ahli-ahli jawatankuasa yang lain dalam beberapa biro meliputi biro dakwah dan kebajikan, biro ekonomi, biro belia dan biro kebersihan masjid. (Maktab Kerjasama Malaysia,1991)

Pemegang amanah rumah Allah yang dimaksudkan adalah sama ada Nazir ataupun pengerusi masjid dan barisan jawatankuasanya yang bertugas secara langsung dalam pengimarahan masjid dan melicinkan perjalanan pentadbiran masjid baik di peringkat atasan, mahupun peringkat bawahan. Ia dibahagikan kepada dua perkara:

Pertama: Arahan

Antara yang sepatutnya dimiliki oleh seseorang yang diberi tanggungjawab dan amanah untuk mengurus tadbir masjid adalah seperti berikut:

Ia merupakan amanah Allah, justeru hendaklah ditunaikan dengan sepenuh hati dan penuh dengan profesional.

Niat yang ikhlas yang sentiasa ingin mencari keredhaan Allah apatah lagi dalam menguruskan pentadbiran Rumah Allah. Firman Allah SWT:

اَم َو اوُرِمُأ ِِإَِلّ اوُدُبْعَيِل َِهـَللا َِني ِصِلْخُم ُِهَل َِنيِِّدلا

Maksudnya: Pada hal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah dengan mengikhlaskan ibadat kepadaNya, lagi tetap teguh di atas tauhid.(Surah al-Bayyinah: 5)

Majlis Ilmu yang aktif diadakan di masjid merupakan universiti pertama dalam Islam. Rasulullah SAW menyampaikan risalahnya di masjid dan menjadi murabi ummah. Bagi mengetahui tentang fungsi sebenar masjid sebagai tempat penyuburan rohani. Justeru, galakan ibadah jemaah seperti solat, zikir, tilawah al-Quran sentiasa digerakkan dari semasa ke semasa.

Bagi menunjukkan keberkesanan perpaduan Ummah, masjid merupakan tempat berkumpul umat Islam untuk menunaikan solat dan aktiviti lain. Ini sudah pasti menjadikan masjid sebagai penghubung antara hablum minnallah (hubungan dengan Allah) dan hablum minannas (hubungan sesama manusia). Menzahirkan kehebatan masjid sehingga menjadikannya cukup unggul pada hati umat Islam dengan cara memuliakannya dan memahami fungsi sebenar masjid itu.

Seterusnya bagi menjadikan masjid sebagai tempat yang benar-benar suci bagi semua masyarakat Islam kerana ia adalah rumah Allah yang akhirnya melahirkan persamaan, kasih sayang, persefahaman, hormat-menghormati, tolong-menolong, dan akhirnya masyarakat yang unggul.

Kedua: Larangan

Mereka yang diamanahkan sebagai pengurusan masjid, daripada ahli jawatankuasa yang biasa sehinggalah kepada pengurusan tertinggi masjid, perlu untuk mentadbir

dan mengaktifkan aktiviti masjid mengikut garis panduan sedia ada dengan mengamalkan knsep musyawarah.. Sehubungan dengan itu, masjid perlu mengelakkan menjadi tempat fitnah kerana akibatnya buruk untuk umat Islam.

Budaya ini jika dibiarkan boleh menjadikan masjid suram, ahli jemaah masjid merosot dan kelihatan seolah-olah terasing dan terbiar.

Masjid dan pengurusannya perlu professional dan tidak boleh mengamalkan sikap mengutuk yang membawa kepada keadaan masjid yang tidak maju, yang sentiasa berada pada tahap lama. Jangan menjadikan masjid sebagai tempat bersumpah menegakkan kebenaran atau menghina orang lain. Hal ini akan menjejaskan institusi masjid. Masjid tidak boleh dibiarkan dengan unsur ceramah atau pengajaran yang tidak menghormati adab masjid dan juga celaan kepada mana-mana individu dengan sewenang-wenangnya.

Pihak pentadbir yang diamanahkan dalam urusan masjid hendaklah sentiasa mencari jalan untuk memperkasakan masjid, agar masjid benar-benar dapat merasakan hakikat masjid sebagai rumah Allah agar dimuliakan. Semua pihak harus mengambil kira perkara ini termasuk jemaah sendiri

Menurut Dato Seri Dr. Zulkifli Mantan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Agama Islam) terdapat beberapa cadangan dalam memperkasakan masjid, antaranya:

Jadikan masjid mesra masyarakat dan jemaah, sehingga hati dan fikiran masyarakat begitu bergantung kepada masjid. Melaksanakan kempen Jom Ke Masjid dari semasa ke semasa. Galakan, pujukan dan rayuan kepada masyarakat untuk ke masjid

adalah amat penting bukan menghukum mencela dan menghina kepada yang tidak ke masjid.

Gambarkan kepada mereka kelebihan golongan yang sentiasa menuju kepada masjid seperti hadis Nabi SAW. Rasulullah SAW bersabda:

ِِرِِّشَب َِنيِئاَشَمْلا يِف ِِمَلُّظلا ىَلِإ ِِد ِجاَسَمْلا ِِروُّنلاِب ِِِّماَتلا َِم ْوَي ِِةَماَيِقْلا

Maksudnya: “Beri berita gembiralah kepada yang berjalan kaki membelah kegelapan malam menuju ke masjid-masjid dengan cahaya yang sempurna pada hari kiamat.” Riwayat Abu Daud (561)

Begitu juga, Rasulullah SAW bersabda:

ِْنَم اَدَغ ىَلِإ ِِد ِجْسَمْلا ِْوَأ َِحا َر َِدَعَأ َُِاللّ ُِهَل يِف ِِةَنَجْلا ِالُّزُن اَمَلُك اَدَغ ِْوَأ َِحا َر

Maksudnya: “Sesiapa yang pergi ke masjid atau pulang, Allah akan sediakan baginya tempat dalam syurga sepertimana pergi dan pulang.”Riwayat Muslim (669)

Dalam hadis lain, Rasulullah SAW bersabda:

اَذِإ ُِمُتْيَأ َر َِلُج َرلا ُِدَهاَعَتَي َِد ِجْسَمْلا اوُدَهْشاَف ُِهَل ِِناَميِلإاِب

Maksudnya: “Apabila kamu melihat seorang lelaki sentiasa dan rajin menuju ke masjid-masjid, maka saksikanlah baginya dengan iman.”Riwayat al-Tirmizi (2617)

Masjid perlu dijadikan tempat yang suci dan bersih. Institusi masjid menjadi tempat yang sentiasa dinilai oleh masyarakat. Hendaklah masjid dilihat sebagai tempat yang paling bersih. Ini penting terutamanya aspek yang sentiasa dinilai oleh masyarakat seperti:

i. Tandas perlulah sentiasa dicuci dan dalam keadaan bersih. Tandas masjid juga berada dalam keadaan yang baik.

ii. Keadaan dewan solat masjid dipastikan tiada najis dan perlu dibersihkan dari semasa ke semasa.

iii. Pperkarangan dan laman masjid perlu diselenggara dari segi lanskap agar kelihatan cantik dan indah.

Jadikan masjid kelihatan indah dan menarik bagi pandangan masyarakat di samping mesra jemaah sama ada yang tua atau muda. Antara yang mungkin boleh dilakukan ialah:

1. Pemilihan warna dan cat masjid.

2. Mewujudkan tempat parking yang mudah dan wuduk serta tandas yang mesra jemaah.

3. Adanya laman yang menarik seperti taman kecil dan pohon kayu yang sentiasa dipelihara oleh siak.

4. Memberi prihatin yang sungguh terhadap golongan OKU dan orang-orang yang tua dari aspek kemudahannya agar ia bersifat mesra untuk golongan ini.

5. Selain itu, mewujudkan kepelbagaian aktiviti yang boleh menarik minat semua lapisan masyarakat untuk mengunjungi masjid sebagai contoh, boleh diadakan pelbagai bentuk seminar, wacana dan juga konvensyen bagi masyarakat:

6. Kem motivasi solat.

7. Kem pembelajaran yang berkesan.

8. Menyelesaikan isu rumah tangga.

9. Isu cinta remaja mengikut perspektif Islam.

10. Isu penyelesaian hutang.

11. Membina keluarga bahagia.

12. Membentuk generasi soleh.

13. Isu pembersihan dari sebarang bentuk pemikiran yang merosakkan seseorang Muslim sejati.

Pengurusan masjid dapat mewujudkan perpustakaan atau anjung ilmu untuk kegunaan masyarakat untuk menambah ilmu dan maklumat serta menjadi platform untuk menyebarkan idea. Buku-buku akademik, cerita-cerita Islam dan majalah-majalah yang berunsurkan Islam disediakan agar masjid turut memberi ilmu kepada pengunjung.

Menurut Dato Seri Dr.Zulkifli Mantan Menteri Jabatan Perdana Menteri (2020) adalah penting untuk melibatkan orang muda dalam ahli Jawatankuasa masjid.

Pengurusan masjid hendaklah mengembangkan aktiviti mesra belia di dalam atau di sekitar masjid agar perasaan cinta kepada masjid sentiasa subur. Diskusi khas untuk golongan muda menjawab masalah dan penyelesaian yang berkaitan dengan kehidupan yang mereka hadapi. Contohnya isu cinta mengikut perspektif Islam sebenarnya, isu membina keluarga bahagia, isu membayar hutang dan lain-lain.

Masjid juga dapat menawarkan bahan bacaan yang memenuhi keperluan golongan muda di perpustakaan masjid.

Pengurusan masjid juga dapat menyediakan kemudahan komputer dan akses Internet terus untuk maklumat berkaitan Islam. Selain itu mengadakan majlis makan malam atau berbual santai dengan anak muda dalam gaya dakwah yang harmoni tanpa gangguan. Mengikut minat orang muda, pasukan memasak belia, pasukan penyelidik sejarah, pasukan perbincangan pemikiran semasa, pasukan jahitan, pasukan sukan, dan pasukan motosikal dibentuk. Bagi menarik perhatian golongan muda, disediakan tempat yang serasi dan selesa untuk golongan muda, seperti sudut kopi, dengan kemudahan rangkaian tanpa wayar yang sentiasa membimbing dan membawa kepada kebaikan. Sebuah perpustakaan mini majalah Islam moden atau berfokuskan maklumat, serta buku-buku yang berkaitan dengan cerita dan naratif yang menarik, penuh dengan pengajaran juga bleh diletakkan di sudut masjid.

.

Institusi masjid dapat mewujudkan tapak mesra masyarakat, terutamanya untuk golongan muda, sebagai sudut terapi, kolam ikan, sentiasa bersih dan menyenangkan mata. Ganjaran diberikan kepada golongan muda yang biasa dengan masjid dan aktif dalam masyarakat di bawah naungan masjid. Selain itu masjid juga dapat mewujudkan tarikan seperti perkhidmatan membaiki motosikal, seperti penukaran minyak hitam motosikal percuma untuk orang ramai yang berkumpul ketika solat Subuh. Begitu juga perkhidmatan lain seperti menukar penapis minyak, palam pencucuh, saluran brek, minyak gear dan lain-lain, kerana kebanyakan minat anak muda tertumpu kepada industri motosikal.

Oleh itu, ahli jawatankuasa masjid harus memainkan peranan dalam menarik minat golongan muda dan memahami apa yang menarik minat mereka. Ini termasuk meningkatkan minat mereka dalam aktiviti seperti penganjuran aktiviti sukan dan riadah. Di samping itu, masjid boleh menyediakan infrastruktur yang diperlukan oleh umat Islam dan anak muda, seperti kemudahan teknologi, pusat kemudahan riadah dan pusat pendidikan, untuk melibatkan masyarakat dan mengaktifkan masjid.

Begitu juga, jadikan masjid sebagai pusat rujukan dan khidmat masyarakat dengan menganjurkan kelas praperkahwinan dan kelas tambahan secara percuma.

Contohnya, Masjid Bandar Putera Bangi, Hulu Langat berdekatan dengan institusi pengajian tinggi (IPT) seperti Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Institut Pendidikan Guru (IPG). Oleh itu, kebanyakan ahli jawatankuasa masjid adalah golongan terpelajar. Masjid ini telah ditauliahkan oleh SUHAKAM sebagai masjid mesra OKU. Untuk mempertingkatkan lagi majlis ilmu yang diadakan, pihak pengurusan telah menilai keberkesanan dengan mengedarkan soal selidik melalui Borang Google. Konsep untuk menghidupkan masjid ini telah siap sepenuhnya. Pengurusan Majlis Pembangunan dan Ilmu Sukan telah diperluaskan melalui program masjid sokongan yang terletak di kawasan terpencil dan agak kurang membangun. Masjid angkat menerima bantuan kewangan RM1,000 sebulan, serta majlis ilmu daripada penceramah terkenal untuk melibatkan masyarakat.