• Tiada Hasil Ditemukan

Peranan Syarikat Tersenarai Awam Terhadap Masyarakat

98

Kajian mengenai jurang cukai ini memberi panduan bagi membangunkan jurang kutipan zakat. Pengalaman dari dua negara yang menghasilkan laporan jurang cukai menunjukkan bahawa usaha ini bukan merupakan sesuatu yang mudah di mana IRS menyatakan “Tax gap estimates take years to produce”.178 Pengalaman ini memberikan dua petunjuk kepada kajian ini iaitu jurang cukai memberikan maklumat yang sangat penting yang perlu diperoleh bagi merangka pungutan cukai yang efektif. Petunjuk kedua adalah kajian jurang cukai ini bukan sesuatu yang mudah tetapi tidak mustahil untuk dihasilkan.

Oleh itu, kajian ini akan menghasilkan jurang kutipan zakat yang khusus dalam konteks kajian zakat perniagaan oleh PLC di Malaysia. Metodologi jurang kutipan zakat ini akan diperincikan di dalam Bab Metodologi Kajian.

99

of Corporate Governance. Ia dinyatakan di dalam Prinsip 1 iaitu “Mewujudkan Peranan dan Tanggungjawab yang Jelas” iaitu “The responsibilities of the board, which should be set out in a board charter, include management oversight, setting strategic direction premised on sustainability and promoting ethical conduct in business dealings”.180

Prinsip ini menjelaskan bahawa syarikat hendaklah menerapkan elemen beretika di dalam operasi perniagaan dan etika ini dijelaskan sebagai bukan sahaja integriti di peringkat individu tetapi juga oleh organisasi melalui sikap ambil berat bukan sahaja kepada pemegang saham tetapi juga kepada masyarakat.181 Seterusnya di dalam tanggungjawab syarikat terhadap sosial sejagat dijelaskan melalui frasa berikut:

“The board should formalise the company’s strategies on promoting sustainability. Attention should be given to environmental, social and governance (ESG) aspects of business which underpin sustainability.

Balancing ESG aspects with the interests of various stakeholders is essential to enhancing investor perception and public trust. The board should ensure the company discloses these policies and their implementation in the annual report and the corporate website.”182

Bagi memantapkan pelan transformasi negara, CSR menjadi salah satu agenda negara dan kerajaan telah melancarkan The Silver Book bagi tujuan menggalakkan pelaksanaannya oleh syarikat milik kerajaan183 dan turut diterapkan kepada syarikat tersenarai awam. The Silver Book menyediakan kerangka kerja CSR dengan memperincikannya dalam bentuk garis panduan. Ia juga termasuk memberi kuasa pengurusan memastikan syarikat mematuhi garis panduan yang ditetapkan.184 Usaha ini diterapkan oleh Bursa Malaysia terhadap PLC mulai

180 Suruhanjaya Sekuriti Malaysia, Malaysian Code of Corporate Governance 2012, 1-3.

181 Cheah Foo Seong dan Lee Leok Soon, Corporate Governance in Malaysia: Principles and Practices (Kuala Lumpur: August Publishing Sdn Bhd, 2009), 14.

182 Suruhanjaya Sekuriti Malaysia, Malaysian Code of Corporate Governance 2012, 1-4

183 Ringkasan Buku Panduan Tranformasi, 23.

184 The Silver Book, Achieving Value Social Responsibility (Putrajaya Committee on GLG High Performance, 2006).

University

of Malaya

100

tahun September 2006 dengan melancarkan kerangka tanggungjawab sosial bagi syarikat awam di Malaysia.

Kerangka ini bertujuan untuk menyediakan garis panduan kepada syarikat korporat di Malaysia dalam melaksanakan tanggungjawab sosial dan empat indikator yang menjadi fokus utama telah dikenal pasti iaitu tanggungjawab kepada alam sekitar, lokasi kerja, komuniti dan lokasi pasaran185 dan semua PLC dituntut untuk melaksanakan aktiviti CSR ini dan melaporkannya. Penekanan terhadap CSR yang dibuat oleh Bursa Malaysia adalah dalam bentuk galakan dan bukan sesuatu yang diwajibkan.186

Jadual 2.18 Indikator Kerangka Tanggungjawab Sosial Korporat di Malaysia Alam Sekitar Komuniti Lokasi kerja Lokasi Pasaran

 Pengaplikasian ISO 1400

 Tenaga: sumber baru, kecekapan tenaga

 pengurusan sisa

 program kitar semula

 Melindungi spesis terancam

 Biodiversiti

 Pekerja sukarelawan

 Pendidikan

 Pembangunan

 Remaja

 Golongan tersisih

 Skim pekerjaan graduan

 Kanak-kanak

 Penglibatan pekerja

 Isu gender

 Pembangunan

 modal insan

 Kualiti kehidupan

 Hak buruh

 Hak asasi

manusia

 Kesihatan dan Keselamatan di tempat kerja

 Produk hijau (green product)

 Penglibatan Yang

Berkepentingan

 Perolehan beretika

 Pengurusan pembekal

 Pembangunan vendor

 Penjenamaan sosial

 Urus tadbir korporat

Sumber: Corporate Governance in Malaysia: Principles and Practices187

Pelaksanaan CSR telah diamalkan sebelum wujudnya galakan oleh Bursa Malaysia.

Dalam sebuah kajian lain pada tahun 1984 mendapati sebanyak 29% PLC melaporkan

185 Bursa Malaysia, “Bursa Malaysia's CSR Framework”, laman sesawang Bursa Malaysia, dicapai 14

November 2013.

http://ablemen.com/sustainability/lock/frameworks_introduction.php?page=frameworks&index=1.

186 Sarmila MS et al., “Tanggungjawab Sosial Korporat Dan Pembangunan Ekonomi Komuniti: Kajian Kes Perspektif Komuniti Penerima” Malaysia Journal of Society and Space 8, no. 9 (2012), 1-12.

187 Cheah Foo Seong dan Lee Leok Soon, Corporate Governance in Malaysia: Principles and Practices), 17.

University

of Malaya

101

aktiviti CSR manakala bakinya sebanyak 71% tidak berbuat demikian. Kajian ini juga mendapati syarikat asing mempunyai kesedaran yang lebih berbanding syarikat yang ditubuhkan di Malaysia.188 Dalam kajian lain yang dibuat terhadap 117 PLC yang diambil sebagai sampel kajian mendapati sebanyak 23.1% syarikat melaporkan aktiviti CSR di dalam laporan tahunan mereka.189 Berdasarkan kepada kedua kajian ini impak sebenar galakan oleh Bursa Malaysia terhadap amalan CSR oleh PLC tidak dapat diukur. Namun begitu, usaha galakan oleh Bursa Malaysia adalah perkara yang baik untuk kesejahteraan rakyat Malaysia.

Pembayaran CSR ini boleh dikategorikan sebagai infak yang diberikan ganjaran pahala oleh Allah SWT namun jika pembayaran zakat tidak ditunaikan maka tanggungjawab sebenar PLC yang mempunyai pemilikan muslim masih belum tertunai.190 Ruhaya membuat kajian mengenai persepsi masyarakat terhadap syarikat yang menunaikan tanggungjawab sosial ini dan kajian beliau mendapati bahawa pelanggan atau pengguna mengharapkan syarikat-syarikat terlibat aktif di dalam aktiviti kebajikan (philanthropic activities). Oleh itu, syarikat disarankan supaya mewujudkan polisi dan strategi bagi melaksanakan CSR sebagai salah satu aktiviti syarikat bagi menyokong usaha ke arah meningkatkan tahap kualiti hidup masyarakat.191

188 Hai Yap Teoh and Greogry Thong, “Another Look at Corporate Social Responsibility and Reporting: An Empirical Study in a Developing Country.” Accounting, Organisations and Society 9 no.2 (1984), 189-206.

189 Chan Shirley et al., “Corporate Social Responsibility Reporting in Malaysia: An Analysis of Website Reporting of Second Board Companies Listed in Bursa Malaysia”, SEGI Review 2 no. 2 (2009), 95.

190 Selvik, Kjetil, “Business and Social Responsibility in the Arab World: the Zakat vs. CSR Models in Syria and Dubai”, Comparative Sociology 12, no. 1 (2013), 111 .

191 Ruhaya Atan dan Nurul Akmal Abdul Halim, “The Perception of Muslim Consumers Towards Corporate Social Responsibility”, British Journal of Economics, Finance And Management Sciences 4, no.2 (2012), 65-80.

University

of Malaya

102