• Tiada Hasil Ditemukan

12

(6.04%) majoriti Muslim, 515 syarikat (63.50%) mempunyai pemilikan muslim 1-29% dan 178 syarikat (21.95%) tiada langsung pemilikan Muslim sebagaimana yang diilustrasikan di dalam Rajah 1.2.

Rajah 1.2 Kedudukan Pemilikan Muslim Dalam PLC26

13

tanda aras terhadap anggaran potensi kutipan sebenar yang boleh dikutip. Oleh itu, satu kajian diperlukan untuk melihat potensi sebenar kutipan zakat seluruh negara untuk dijadikan penanda aras pencapaian sebenar kutipan zakat.

Sudut permasalahan kedua adalah faktor pembayaran zakat perniagaan oleh entiti perniagaan masih kabur. Tiada kajian mendalam dalam konteks entiti dan kajian berkaitan perkara ini amat diperlukan. Huraian kepada kedua sudut permasalahan kajian adalah sebagaimana yang akan diperincikan.

1.3.1 Kutipan Zakat Perniagaan Belum Optimum

Isu kutipan zakat perniagaan sering dibincangkan dalam pelbagai forum kerana kutipan zakat perniagaan memberi sumbangan yang signifikan kepada peningkatan kutipan zakat.

Menyedari impak dan kepentingan zakat perniagaan, pelbagai pihak terus berusaha bagi memaksimumkan potensi kutipan zakat dan zakat perniagaan agar dapat dipertingkatkan27 kerana potensi kutipan zakat masih luas dan perlu digarap lagi.28

Ramai yang menyedari bahawa kepatuhan membayar zakat perniagaan masih sangat rendah jika dibandingkan dengan potensi sebenar.29 Hal ini juga menunjukkan kutipan zakat perniagaan masih rendah walaupun terdapat peningkatan saban tahun.30 Dalam satu kenyataan di akhbar menyatakan bahawa hanya 20% syarikat perniagaan Muslim yang membayar zakat perniagaan.31

27 Konvensyen Zakat Kebangsaan 2009 diadakan pada 18-19 September 2001 di Putrajaya dan dirasmikan oleh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri menggunakan tema “Menjana Potensi Zakat Perniagaan dalam Era Ekonomi Baru".

28 Mohd. Rais Alias, “Kepatuhan Perlaksanaan Zakat Perniagaan di Malaysia: Satu Tinjauan Oleh Pusat Pungutan Zakat di Wilayah Persekutan” (makalah, Persidangan Zakat dan Cukai Kebangsaan Ke 5, Melaka: 14 – 16 Julai 2011).

29 Abdul Hakim Amir Osman, “Potensi Pembayar dan Kutipan Zakat di Malaysia (makalah, Persidangan Zakat dan Cukai Peringkat Kebangsaan 2007 Kuala Lumpur, 22-24 Mei 2007), 14-16.

30 Abdul Rahim Abdul Rahman, “Menangani Cabaran Semasa Institusi Zakat”, dalam Isu-isu Kontemporari Zakat di Malaysia, ed. Abdul Halim Mohd. Nor et al. (Melaka: Institut Kajian Zakat Malaysia, 2005), 122.

31 Mohd. Helmi Foad, “Hampir 80% Syarikat Islam Tidak Bayar Zakat”, laman sesawang Utusan Online, dicapai 31 November 2013, http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2002&dt

University

of Malaya

14

1.3.2 Gelagat Pembayaran Zakat Oleh Entiti Perniagaan Masih Kabur

Gelagat dan faktor sebenar yang mendorong pembayaran zakat perniagaan perlu diketahui dalam usaha memaksimumkan potensi kutipan. Literatur mengenai zakat dan zakat perniagaan adalah pelbagai. Hasil daripada kajian terhadap literatur daripada 27 penyelidikan yang memberi fokus berkaitan faktor pembayaran zakat hanya 2 sahaja kajian yang mengkaji gelagat entiti perniagaan sebagaimana dinyatakan di dalam Jadual 1.4. Namun begitu, kedua kajian ini memfokuskan kepada faktor dalaman syarikat iaitu peratusan pengarah Muslim, jenis industri, keuntungan syarikat dan saiz syarikat. Sehubungan itu kajian mengenai gelagat entiti perniagaan terhadap kepatuhan zakat perniagaan amat diperlukan dalam konteks yang lebih menyeluruh.

Jadual 1.4 Senarai Kajian Mengenai Kepatuhan Zakat Mengikut Fokus Kajian

Bil Tajuk Kajian Objek Kajian

Individu Entiti 1 Gelagat Kepatuhan Zakat Pendapatan Gaji Di Kalangan Kakitangan

Awam Persekutuan di Negeri Kedah32

2 Faktor Mempengaruhi Kesedaran Membayar Zakat Pendapatan di Kalangan Kakitangan Profesional Universiti Kebangsaan Malaysia33

3 Persepsi Agihan Zakat dan Kesannya Terhadap Pembayaran Zakat Melalui Institusi Formal.34

4 Internal and External Factors Influencing Individual’s Participation in Zakat: Preliminary Results35

5 Kajian Terhadap Faktor yang Mempengaruhi Pembayaran Zakat Perniagaan dalam kalangan Usahawan: Kes Kajian Terengganu

6 Kesedaran Membayar Zakat: Apakah Faktor Penentunya 7 Kesedaran Membayar Zakat Pendapatan di Malaysia36

=0504&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_05.htm. Berita ini memetik kenyataan oleh Dato Abdul Hamid Othman selaku Menteri Di Jabatan Perdana Menteri.

32 Kamil Md. Idris, “Gelagat Kepatuhan Zakat Pendapatan di Kalangan Kakitangan Awam Persekutuan di negeri Kedah” (Tesis kedoktoran, Universiti Utara Malaysia, 2002).

33Mohd. Ali Mohd. Nor, Hairunnizam Wahid dan Nor Ghani Md Nor, “Kesedaran Membayar Zakat Pendapatan Dalam Kalangan Kakitangan Profesional Universiti Kebangsaan Malaysia”, Islamiyyat 26, no.2 (2004), 62.

34 Sanep Ahmad dan Hairunnizam Wahid, “Persepsi Agihan Zakat dan Kesannya terhadap Pembayaran Zakat Melalui Institusi Formal”, Jurnal Ekonomi Malaysia 39 (2005), 53-69.

35 Muhammad Muda, Ainulashikin Marzuki and Amir Shaharuddin, “Internal and External Factors Influencing Individual’s Participation in Zakat: Preliminary Results”, Journal of Muamalat and Islamic Finance Research 2, no. 1 (2005), 77-92.

36 Hairunnizam Wahid, Sanep Ahmad dan Mohd. Ali Mohd. Noor, “Kesedaran Membayar Zakat Pendapatan di Malaysia”, Islamiyyat 2 (2007), 68.

University

of Malaya

15

Bil Tajuk Kajian Objek Kajian

Individu Entiti 8 The Role of Attitide and Subjective Norm on Intention to comply Zakat

on Employment Income37



9 Kesan Tahap Keagamaan Dan Akauntabiliti Peribadi Terhadap Niat Membayar Zakat Perniagaan Di Kalangan Kontraktor Perniagaan Tunggal Pulau Pinang38

10 Predicting Complience Intention on Zakah on Employment Income in Malaysia: An Application of Reasones Action Theory39

11 Peranan sikap, undang-undang dan penguatkuasaan zakat terhadap kepatuhan zakat perniagaan Peniaga di negeri Kedah40

12 Peraturan Pembayaran Zakat Kepada Institusi Zakat: Sikap Peniaga dan Kesannya Terhadap Gelagat Pembayaran Zakat Perniagaan41

13 Model Gelagat Pematuhan Dan Pengelakan Zakat: Satu Tinjauan Teori42 14 Mengkaji Gelagat Kepatuhan Zakat Perniagaan Para Peniaga Di Negeri

Kedah Darul Aman43

15 Faktor Yang Mempengaruhi Gelagat Kepatuhan Zakat Perniagaan44

16 Tax-Based Modeling of Zakat Compliance 45

17 Factors Influencing Company Towards Zakat Payment : An Explanatory Studies46

18 Mengkaji Kepatuhan Terhadap Zakat Perniagaan Dalam Kalangan Peniaga Pengusaha Stesen Minyak Di Pulau Pinang

19 Determinant Factors of Paying Zakat on Employment Income by Government Servants In Malaysia47

37 Zainol Bidin dan Kamil Md. Idris, “The Role of Attitude And Subjective Norm on Intention to Comply Zakat on Employment Income”, IKaZ International Journal of Zakat 1, no. 1. (2008) 113-134

38 Ahmad Radzuan Bin Ghazali, “Kesan Tahap Keagamaan Dan Akauntabiliti Peribadi Terhadap Niat Membayar Zakat Perniagaan Di Kalangan Kontraktor Perniagaan Tunggal Pulau Pinang” (Disertasi Sarjana Sastera, Universiti Sains Malaysia, 2009).

39 Zainol Bidin, Kamil Md. Idris dan Faridahwati Mohd. Shamsudin., “Predicting Compliance Intention on Zakah on Employment Income in Malaysia: An Application of Reasoned Action Theory” Jurnal Pengurusan, no. 28 (2009), 85-102.

40 Ram Al Jaffri Saad, Kamil Md. Idris dan Zainol Bidin, “Peranan Sikap, Moral, Undang-Undang Dan Penguatkuasaan Zakat Terhadap Gelagat Kepatuhan Zakat Perniagaan” (makalah, International Conference on Corporate Law (ICCL) 2009, 1-3 Jun 2009).

41 Ram Al-Jaffri, Kamil Idris dan Zainal Bidin, “Peraturan Pembayaran Zakat Kepada Institusi Zakat: Sikap Peniaga Dan Kesannya Terhadap Gelagat Pembayaran Zakat Perniagaan”, Jurnal Syariah 17, no. 3 (2009), 607-630.

42 Sanep Ahmad dan Zulkifli, “Model Gelagat Pematuhan Dan Pengelakan Zakat: Satu Tinjauan Teori”

(Prosiding Seminar Seventh International Conference – The Tawhidi Epitemology: Zakat and Waqf Economy, Bangi 2010), 501-516.

43 Ram Al Jaffri, Mengkaji Gelagat Kepatuhan Zakat Perniagaan Para Peniaga Di Negeri Kedah Darul Aman (Tesis Kedoktoran, Universiti Utara Malaysia, 2010).

44Ram Al Jaffri Saad et al.“Faktor Yang Mempengaruhi Gelagat Kepatuhan Zakat Perniagaan”, Jurnal Pengurusan, no. 30 (2010), 49-61.

45Senep Ahmad, Nor Ghani Md Nor dan Zulkifli Daud, “Tax-Based Modeling of Zakat Compliance”, Jurnal Ekonomi Malaysia, no. 45 (2011), 101-108.

46 Halizah Md Arif, Kasumalinda Alwi dan Agoos Munalis Tahir., “Factors Influence Company Towards Zakat Payment: An Explanatory Studies” (makalah, 2nd International Conference on Business and Economic Research (2nd ICBER) Langkawi: 13-14 Mac 2011).

47Shahiszan Ismail, Jumaelya Jogeran dan Abd. Halim Mohd. Noor “Determinant Factors of Paying Zakat On Employment Income By Government Servants In Malaysia” (makalah, International Conference on Islamic Economy and Business, 29 Jun – 1 Julai 2012).

University

of Malaya

16

Bil Tajuk Kajian Objek Kajian

Individu Entiti 20 Faktor Mempengaruhi Tahap Keyakinan Agihan Zakat: Kajian terhadap

Masyarakat Islam di Selangor48

21 The Analysis of Attitude, Subjective Norms and Behavioral Control on Muzakki’s Intention to Pay Zakah49

22 Tinjauan Teori Model Kepatuhan Zakat Perniagaan Economic Exposition50



23 Antecedents of Zakat Payers’trust In An Emerging Zakat Sektor: An Exploratory Study51

24 Factors Influencing A Business Towards Zakat Payment In Malaysia52 25 An Analysis of the Factors Determining Compliance Behavior on

Business Zakat Among Owners of SME’s in Selangor53

Sumber: Analisis Penyelidik

Walaupun majoriti kajian adalah fokus kepada mengkaji kepatuhan zakat dalam konteks individu tetapi semua dapatan ini merupakan input bernilai untuk menjadi asas kepada kajian ini untuk memahami topik mengenai kepatuhan zakat dengan mendalam dan ia menjadi asas kepada pembangunan kerangka konseptual kajian ini. Semua kajian lalu ini adalah sangat relevan untuk mengenal pasti faktor pembayaran zakat oleh entiti perniagaan kerana skopnya adalah sangat berkaitan dengan skop kajian.

48 Sanep Ahmad et al., “Faktor Mempengaruhi Tahap Keyakinan Agihan Zakat: Kajian terhadap Masyarakat Islam di Selangor”(makalah, The World Universities 1st Zakat Conference 2011 anjuran IKAZ, 22-24 November 2011).

49Nurul Huda, Nova Rini, Yosi Mardoni dan Purnama Putra, “The Analysis of Attitude, Subjective Norms and Behavioral Control on Muzakki’s Intention to Pay Zakah”, International Journal of Business and Social Science 3, no. 22 (2012), 271-279.

50 Rahim Kamis et al, “Compliance Behavior of Business Zakat Payment in Malaysia: A Theoretical Economic Exposition” (Kertas Seminar 8th International Conference on Islamic Economics and Finance, Doha Qatar, 19 – 21 Disember 2011).

51 Murtala Oladimeji Abioye Mustafa, Muslim Har Sani Mohamad dan Muhammad Akhyar Adnan,

“Antecedents of Zakat Payers’ Trust In An Emerging Zakat Sektor: An Exploratory Study”, Journal of Islamic Accounting and Business Research 4, no. 1 (2013), 4-25.

52 Mohd. Rizuan Abdul Kadir et al., “Factors Influencing a Business Towards Zakat Payment in Malaysia”

International Journal of Science Commerce and Humanities 2, no. 3 (2014), 147-156.

53 Mohd. Rahim Kamis, “An Analysis of the Factors Determining Compliance Behavior on Business Zakat Among Owners of SME’s in Selangor” (tesis kedoktoran, Universiti Institut Teknologi MARA (UiTM), 2014).

University

of Malaya

17