• Tiada Hasil Ditemukan

PIAWAIAN LITERASI MAKLUMAT UNTUK PERINGKAT SEKOLAH

membina soalan-soalan untuk mencapai maklumat dan di mana maklumat tersebut;

b) Pelajar yang celik maklumat menilai maklumat secara kritikal dan kompiten.

Mereka menimbangkan maklumat dengan teliti bagi menentukan kualitinya;

c) Pelajar yang celik maklumat menggunakan maklumat secara tepat dan kreatif. Mereka mengurus maklumat secara mahir dan efektif dalam pelbagai konteks;

d) Pelajar yang belajar sendiri adalah celik maklumat dan membahaskan maklumat yang diminati. Mereka mengaplikasikan prinsip-prinsip LM ketika mengakses, menilai dan menggunakan maklumat tersebut;

e) Pelajar yang belajar sendiri adalah celik maklumat dan menghargai literatur dan kajian-kajian lain. Mereka mengaplikasikan prinsip-prinsip LM untuk mengakses, menilai, merasai, menghargai dan mencipta produk; dan

f) Pelajar yang belajar sendiri adalah celik maklumat dan berusaha mendapatkan kecemerlangan dalam pencarian maklumat dan salah silah ilmu pengetahuan. Mereka mengaplikasikan prinsip-prinsip LM untuk menilai dan menggunakan proses dan produk maklumatnya sendiri sebagaimana orang lain.

CAUL (Council of Australian University Librarians, 2001) menggubal piawaian LM yang boleh digunakan di peringkat sekolah dan pengajian tinggi. Piawaian tersebut menggariskan individu yang celik maklumat perlu:

a) sedar akan keperluan maklumat dan dapat menentukan lokasi maklumat yang diperlukan;

b) mengakses maklumat yang diperlukan secara efektif dan efisian;

c) menilai maklumat dan sumber-sumbernya secara kritikal dan menyepadukan maklumat yang dipilih dalam pengetahuan asasnya;

d) mengklas, menyimpan, mengguna dan melakar maklumat yang dikumpul;

e) Memperluaskan, membentuk kembali atau mencipta ilmu baru berdasarkan maklumat sedia ada dengan pemahaman baru secara individu atau dalam kumpulan;

f) memahami isu-isu persekitaran seperti budaya, ekonomi dan undang-undang dalam menggunakan maklumat, mengakses dan menggunakan mak;lumat secara beretika, sah dan bertanggungjawab; dan

g) sedar bahawa pembelajaran sepanjang hayat dan warganegara yang berperanan diperlukan dalam LM.

ANZILL (Australian and New Zealand Institute for Information Literacy, 2004) juga telah menghasilkan piawaian LM yang diadaptasi daripada piawaian LM ACRL (2000) dengan menambah dua ciri perilaku LM iaitu menghasilkan maklumat baru dan pembelajaran sepanjang hidup (Bundy, 2004a). Individu yang celik maklumat adalah:

a) sedar akan keperluan maklumat;

b) menentukan lokasi maklumat yang diperlukan;

c) mengakses maklumat secara efisien;

d) menilai maklumat dan sumber secara kritikal;

e) mengklasifikasi, menyimpan, memanipulasi dan melakarkan maklumat-maklimat yang diperolehi;

f) menyepadukan maklumat yang dipilih dalam pengetahuan sedia ada;

g) menggunakan maklumat secara efektif untuk dipelajari, menghasilkan ilmu baru dan membuat keputusan;

h) memahami isu-isu yang berkaitan ekonomi, undang-undang, sosial, politik dan budaya dalam menggunakan maklumat;

i) mengakses dan menggunakan maklumat secara beretika dan sah;

j) mengambil bahagian dalam menggunakan maklumat dan pengetahuan sebagai sebagai tanggung jawab sosial; dan

k) menjadikan LM sebagai sebahagian daripada pembelajaran kendiri dan pembelajaran sepanjang hayat.

Piawaian LM ANZIIL (2004) tidak membezakan penggunaan piawaian LM ke atas semua peringkat umur. Antara enam perkara yang dinyatakan dalam piawaian LM ANZIIL ialah pelajar yang celik maklumat :

a) Sedar akan keperluan maklumat dan dapat menentukan keaslian maklumat;

b) Boleh mencari maklumat secara efektif dan;

c) Boleh menilai maklumat dan proses pencarian maklumat secara kritikal;

d) Boleh menguruskan maklumat;

e) Boleh mengaplikasikan maklumat untuk membina konsep dan pemahaman baru; dan

f) Boleh menggunakan maklumat tertakluk dengan budaya, etika, ekonomi, undang-undang dan isu-isu sosial.

Piawaian ini telah diterangkan secara terperinci dalam Australian and New Zealand Information Literacy Framework: principles,standards and practice (Bundy 2004a). Dalam tulisan Willison & O’Regan (2005) bertajuk: “2020 Vision: An Information Literacy continuum for students primary school to post graduation” mereka telah berpandukan piawaian LM ACRL, ( Association of College and Research Libraries, 2000), CAUL, (Council of Australian University Librarians, 2001) dan ANZIIL (Australian and New Zealand Institute of Information Literacy, 2004) dalam menentukan piawaian LM untuk model LMnya.

Piawaian LM yang dibentuk ini adalah mengikut kehendak masyarakat bersesuaian dengan ciri-ciri LM yang sepatutnya dikuasai. Piawaian ini penting sebagai garispanduan menentukan tahap LM warganya dan bagi tujuan penyediaan modul pengajaran LM (Edzan

& Mohd Sharif, 2005; Siti Sumaizan, Imilia & Huzaimah, 2008).

Menurut penyelidik, kebanyakan perilaku LM yang ditentukan dalam piawaian LM pelbagai negara dan pelbagai peringkat adalah menyamai di antara satu sama lain tetapi diungkapkan menggunakan istilah dan perkataan yang berbeza. Secara keseluruhan perilaku LM yang dimaksudkan ialah:

a) Sedar akan keperluan maklumat;

b) Mencari maklumat secara efektif, kreatif dan efisien;

c) Menilai kerelevanan, keesahan dan kekinian maklumat;

d) Mengurus maklumat yang telah diperolehi;

e) Mengguna dan mempersembahkan maklumat secara beretika; dan f) Mengaplikasikan maklumat menjadi ilmu pengetahuan yang baru.

IFLA (2006) juga membentuk piawaian LM berpandukan kepada AASL, ACRL, SCONUL dan ANZILL. Piawaian LM IFLA dikelompokkan di bawah tiga komponen asas LM iaitu akses, penilaian dan penggunaan.

Akses: Pengguna mengakses maklumat dengan cekap dan berkesan.

a) Definisi dan pernyataan keperluan maklumat

Mendefinisi atau mengenalpasti keperluan maklumat Memutuskan untuk berbuat sesuatu bagi mencari maklumat Menyatakan dan mendefinisi keperluan maklumat

Memulakan proses pencarian b) Pengesanan maklumat

Mengenalpasti dan menilai sumber-sumber maklumat berpotensi Menghasilkan strategi pencarian

Mengakses sumber-sumber maklumat terpilih

Memilih dan mendapatkan semula maklumat yang dikesan

Penilaian: Pengguna menilai maklumat dengan cekap dan kritis.

a) Pentaksiran maklumat

Menganalisis, memeriksa, dan mengekstrak maklumat Membuat tanggapan umum dan mentafsir maklumat Memilih dan mensintesis maklumat

Menilai ketepatan dan kerelevanan maklumat yang didapatkan semula b) Penyusunan maklumat

Menyusun dan mengkategorikan maklumat

Mengelompokkan dan menyusun maklumat yang didapatkan semula Menentukan maklumat mana yang terbaik dan paling berguna

Penggunaan: Pengguna mengaplikasikan/menggunakan maklumat dengan tepat dan kreatif a) Penggunaan maklumat

Mencari cara-cara baru untuk berkomunikasi, mempersembah dan menggunakan maklumat

Menggunakan maklumat yang didapatkan semula

Mempelajari atau mendalami maklumat sebagai pengetahuan peribadi Mempersembah produk maklumat

b) Komunikasi dan penggunaan beretika maklumat Memahami penggunaan beretika maklumat

Menghormati perundangan berkaitan penggunaan maklumat

Memperkatakan tentang produk pembelajaran dengan mengiktiraf harta intelek Menggunakan piawaian gaya pengiktirafan yang relevan

Persatuan Pustakawan Malaysia Kumpulan Sarawak (PPMKSAR) juga mulai tahun 2006 lagi telah berusaha untuk menghasilkan piawaian LM untuk kegunaan seluruh perpustakaan di Sarawak termasuk perpustakaan akademik, perpustakaan sekolah dan perpustakaan awam (Siti Sumaizan, Imilia & Huzaimah, 2008). Projek dikendalikan oleh sekumpulan pakar yang terdiri daripada pustakawan dan para profesional maklumat telah meneliti setiap aspek LM yang sesuai dengan 3 jenis perpustakaan yang dimaksudkan. Draf piawaian LM yang terhasil juga diadaptasikan daripada piawaian ACRL/AECT/AASL/ANZIL dan ia masih berbentuk kerangka.

Begitu juga Yusuf & Razmah (2002) dalam kajian bertajuk “Peranan Baru Pusat Sumber Pendidikan dalan zaman teknologi maklumat dan komunikasi turut menyebut bahawa

piawaian LM AASL/AECT (1998) boleh dijadikan penunjuk bagi mengukur standard LM bagi sesuatu program sumber pendidikan.

Menurut panelitian penyelidik, kebanyakan negara-negara yang masih belum, sedang atau ingin menggubal piawaian LM masing-masing akan merujuk kepada piawaian LM AASL (1998), ACRL (2000), CAUL (2001) dan ANZIIL (2004). Namun piawaian LM yang sesuai digunakan di peringkat sekolah menengah ialah AASL, CAUL, dan ANZIIL.

Mokhtar, Majid & Foo (2008b) juga turut merujuk piawaian LM AASL dan ANZIIL ketika menggubal satu cadangan program LM untuk peringkat sekolah rendah dan menengah di Singapore.

Disebabkan Malaysia masih belum mempunyai piawaian LM kebangsaan (Yaacob &

Samsuri, 2003; Edzan & Mohd Sharif, 2005) dan piawaian LM ini perlu sebagai alat untuk menstandardkan program-program LM di Malaysia (Yushiana, 2003; Mohd Sharif, Nor Edzan and Zainab, 2005) maka penyelidik dalam kajian ini telah merangka satu kerangka literasi maklumat penyelidik (KLMP) untuk dijadikan penanda aras tahap LM pelajar dalam kajian ini. KLMP yang terhasil adalah adaptasi daripada piawaian LM AASL (1998) dan ANZIIL (2004).