• Tiada Hasil Ditemukan

Prestasi alat ujian Kecenderungan Seksual Ana (KSA)

BAB 3 METODOLOGI

3.10 Prestasi alat ujian Kecenderungan Seksual Ana (KSA)

Soal selidik KSA telah ditadbir pada responden untuk mendapatkan data kajian. Oleh itu laporan terhadap prestasi alat ujian ini dilaporkan seperti di bawah.

3.10.1 Fasa pembinaan item ujian

Membina soal selidik bukanlah suatu perkara mudah. Soal selidik yang dirasakan jelas dan tepat pada pengkaji boleh jadi mengelirukan dan kabur kepada responden

128

(Thomas, Nelson,& Silverman, 2011). Semasa membina soal selidik KSA ini suatu perkara yang menjadi panduan kepada pengkaji ialah apakah objektif utama yang hendak diukur dan dicapai dalam kajian ini. Kemudian bagaimana hendak dianalisa soal selidik tersebut. Oleh itu setiap item tersebut telah diuji bagi mengenalpasti maklum balas, pemahaman, perasaan, yang menyumbang kepada objektif kajian.

Dalam kajian ini skala likert digunakan untuk menunjukkan kekuatan ke atas persetujuan dan tidak bersetuju terhadap item yang dikemukakan. Jadual 3.16 menunjukkan Skala likert tersebut:

Jadual 3.16: Skala likert yang digunakan dalam kajian

Skala penerangan

5 sangat setuju

4 setuju

3 tidak pasti

2 tidak setuju

1 sangat tidak setuju

Perbezaan antara ‘sangat setuju” dan “setuju’ adalah seimbang dengan ‘skala

“tidak setuju” dan “sangat tidak setuju”. Skala ini dipilih kerana memberi darjah pilihan kesesuaian yang lebih kepada responden. Pengkaji telah membina Item-item jelas dengan ayat-ayat yang pendek. Ini kerana pemahaman responden amat penting dalam menjawab soal selidik Gall, Gall dan Borg (2006).

Dalam proses membina item-item dalam konstruk perasaan keintiman dan seks sukarela beberapa perkara penting telah diulang dan dsemak dengan teliti. Ini kerana, pada mulanya item-item yang dibina bernada sangat sensitif. Komen daripada pakar bahasa telah diterima, namun begitu pakar psikologi mendapati jika sekadar bertanyakan hal-hal berkaitan luaran atau superficial sahaja tanpa mengemukakan soalan yang menyentuh intuitif adalah sama kesannya sepertimana cadangan

129

menggunakan kaedah pertama iaitu temubual yang hasilnya adalah negatif. Maklumat berkenaan fakta, perasaan, kehendak, keinginan, dorongan, naluri, perasaan keintiman, perubahan tubuh badan kesan daripada orgasm telah berjaya dibina bagi menguji aspek-aspek berkaitan peranan sistem dalaman tubuh, fisiologi dan keinginan nafsu seks.

Dalam konstruk kesan emosi dan kognitif, item-item yang dibina adalah berdasarkan model Four Branch Ability. Empat cabang dalam teori tersebut iaitu mempersepsi, menggunakan, memahami dan mengurus emosi menjadi antara konsep-konsep yang menjadi teras item-item soal selidik yang dibina. Antaranya kebolehan mengenalpasti dan menjelaskan emosi sendiri serta kesan emosi tersebut kepada diri sendiri dan orang lain. Semua item-item tersebut dikaitkan dengan aspek yang menyebabkan kecenderungan seksual pelajar perempuan boleh berlaku.

Hasilnya, daripada lima konstruk pada awalnya telah disusun semula menjadi empat konstruk dengan 86 item soal selidik KSA dengan setiap konstruk berupaya menepati aspek yang ingin diukur. Konstruk-konstruk tersebut ialah, kesan senaman (26 item), emosi dan kognitif (22 item), perasaan keintiman dan seks sukarela (27 item) serta kecenderungan seksual (13 item). Konstruk-konstruk dibina berdasarkan model serta teori-teori yang menjadi asas kajian. Konstruk kesan bersukan dihasilkan daripada konsep-konsep dalam model Health Related Fitness. Antaranya bersukan telah dibuktikan meningkatkan mood, mengurangkan tension, depresi, keupayaan berfikir, kekeliruan, kecergasan emosi dan kogintif, pelbagai konsep kendiri, kegembiraan, kawalan diri, kecantikan tubuh badan, kaitan hormon dan meningkatkan kesihatan seksual. Maka, item-item dibina meliputi aspek-aspek ini.

130

Rangsangan terhadap soalan yang dikemukakan dalam soal selidik mendapat maklumbalas yang menyokong kajian ini. Tafsiran pengkaji pada mulanya terhadap keempat-empat konstruk dalam mempengaruhi kecenderungan seksual adalah bercampur baur. Perasaan kebimbangan yang amat sangat berlaku kerana jika keempat-empat konstruk langsung tidak menyumbang kepada kecenderungan seksual. Malahan bimbang jika gagal dibuktikan secara data saintifik dengan nilai alpha Cronbach dan korelasi antara item yang rendah. Namun begitu, nilai AC bagi ketiga-tiga konstruk adalah tinggi dan mencapai piawai yang membolehkan soal selidik ini digunapakai dalam kajian ini. Keputusan statistik ujian regresi pelbagai yang dilakukan setelah data diperolehi adalah positif dantelah memantapkan instrumen yang dibina dan menjawab soalan kajian ini.

3.10.2 Pengujian soal selidik KSA

Semasa membina dan menguji soal selidik KSA ini, perkara pertama yang membantu pengkaji sehingga membolehkan soal selidik KSA ini mantap dan berkesan ialah kemudahan mendapatkan sampel semasa ujian rintis dilakukan. Disebabkan hubungan yang baik dengan komuniti guru di kawasan setempat, maka item-item yang diubah suai dapat diuji kembali dengan cepat kerana bukan sahaja data dapat dikutip dengan segera malahan maklum balas secara lisan diperolehi terus dari sampel kajian yang terdiri dari pelajar-pelajar berumur 17 tahun di sekolah ujian rintis dilakukan.

Hasilnya, daripada lima konstruk pada awalnya telah disusun semula menjadi empat konstruk dengan 88 item soal selidik KSA dengan setiap konstruk berupaya menepati aspek yang ingin diukur. Konstruk-konstruk tersebut ialah, kesan senaman (26 item), emosi dan kognitif (22 item), perasaan keintiman dan seks sukarela (27

131

item) serta kecenderungan salah laku seksual (13 item). Konstruk-konstruk dibina berdasarkan intipati isu yang mewakili model berkenaan. Manakala Item-item soal selidik pula dipilih menjurus kepada bertanyakan soalan berkaitan simptom-simptom psikologikal atau kesan yang mendasari model dan teori berkenaan.

Dalam konstruk kesan emosi dan kognitif, item-item yang dibina adalah berdasarkan model Four Branch Ability oleh (Mayer, Salovey dan Caruso 1997).

Empat cabang dalam teori tersebut iaitu mempersepsi, menggunakan, memahami dan mengurus emosi menjadi konsep-konsep teras item-item terhadap soal selidik yang dibina. Antaranya kebolehan mengenalpasti dan menjelaskan emosi sendiri serta kesan emosi tersebut kepada diri sendiri dan orang lain. Semua item-item tersebut dikaitkan dengan aspek yang menyebabkan kecenderungan seksual pelajar perempuan boleh berlaku.

Konstruk kesan bersukan dihasilkan daripada konsep-konsep dalam model Health Related Fitness. Item-item soal selidik yang dibina menjurus kepada bertanyakan soalan kesan bersukan ke atas simptom-simptom psikologikal. Antaranya bersukan telah dibuktikan meningkatkan mood, mengurangkan tekanan, depresi, keupayaan berfikir, kekeliruan, kecergasan emosi dan kognitif, pelbagai konsep kendiri, kegembiraan, kawalan diri, kecantikan tubuh badan, kaitan hormon dan meningkatkan kesihatan seksual. Maka, item-item dibina meliputi aspek-aspek ini.

132

3.10.3 Mentadbir soal selidik KSA

Dalam mentadbir soal selidik ini kepada sampel yang sebenarnya, masalah-masalah yang dihadapi lebih kepada pengurusan pihak sekolah. Responden kelihatan memberi tumpuan dan menjawab dengan penuh semangat sehingga habis.