• Tiada Hasil Ditemukan

2.4 Pentadbiran Institusi Zakat

2.4.1 Prinsip Dan Tuntutan Membayar Kepada Amil

50

golongan asnaf daripada terus menerus berada di dalam kemiskinan.73 Selain itu, zakat juga turut membantu kecemerlangan umat Islam dalam konteks pendidikan khususnya pendidikan Islam. Zakat telah berjaya membangunkan modal insan di Sarawak dengan menambah kuantiti dan kualiti pelajar yang ditaja dan dengan dana zakat institusi pengajian tinggi di Sarawak.74

51

dirinya dan orang yang berhutang dan untuk (dibelanjakan pada) jalan Allah dan orang musafir (yang keputusan) dalam perjalanan. (Ketetapan hukum yang demikian itu ialah) sebagai ketetapan (yang datangnya) daripada Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.76

Berdasarkan kepada ayat di atas golongan ketiga yang mempunyai hak ke atas wang zakat adalah golongan amil yang mana tujuannya adalah supaya mereka boleh menumpukan tenaga kepada urusan yang berkenaan dan tidak perlu mencari sumber rezeki yang lain.77 Di dalam ayat lain turut dinyatakan tuntutan ibadah zakat ini hendaklah dilaksanakan di peringkat pemerintah iaitu:

Surah at-Taubah 9: 103 Terjemahan: Ambillah (sebahagian) daripada harta mereka sebagai zakat, supaya dengannya engkau membersihkan dan menyucikan mereka (daripada dosa dan akhlak yang buruk); serta doakanlah untuk mereka. (Ini kerana) sesungguhnya doa mu itu menjadi ketenteraman jiwa bagi mereka. (Ingatlah) Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.78

Di dalam ayat di atas Rasulullah SAW diarah untuk mengambil zakat daripada harta orang Islam dan walaupun ayat ini adalah ditujukan kepada Rasulullah SAW selaku pemerintah pada masa itu tetapi pada hakikatnya ia ditujukan kepada khalifah-khalifah Islam selepas baginda.79 Jika diaplikasikan dalam konteks semasa, “pemerintah” yang dimaksudkan adalah membayar zakat kepada amil-amil yang dilantik oleh pemerintah iaitu membayar kepada

76 Al-Quran Mushaf Malaysia dan Terjemahan,198.

77 Mahmood Zuhdi, Pengurusan Zakat, 492.

78 Al-Quran Mushaf Malaysia dan Terjemahan, 205.

79 Ibid.

University

of Malaya

52

amil individu atau juga kepada institusi zakat yang dilantik oleh Majlis Agama Islam Negeri-negeri. 80

Firman Allah SWT ini disokong oleh satu hadis yang dilafazkan oleh baginda Rasulullah SAW ketika mengutus Sadina Muaz r.a ke Yaman:

لاإ هلإ لا نأ اودهشي نأ ىلإ مهعداف مهتئج اذإف ,باتك لهأ اموق يتأتس كنإ نأو الله ,الله لوسر ادمحم

اوعاطأ مه نإف

نأ مهربخأف كلاذب كل دق الله

مهيلع ضرف يف تاولص سمخ

موي لك كل اوعاطأ مه نإف ,ةليلو

كلاذب

الله نأ مهربخأف

مهيلع ضرف دق

ةقدص ذخؤت

نم أ غ مهئاين درتف ىلع

,مهئارقف

اوعاطأ مه نإف

كل كلاذب كايإف

قتاو ,مهلاومأ مئاركو

ةوعد

.باجح الله نيبو اهنيب سيل هنإف مولظملا

Terjemahan: Sesungguhnya engkau akan mendatangi sesuatu kaum dari ahli kitab, maka jika tiba kepada mereka, serulah mereka kepada mengucap bahawasanya “Tiada Tuhan melainkan Allah, dan bahawasanya Muhammad itu adalah Rasulullah SAW, dan jika mereka mentaati mu dalam hal ini, barulah engkau memberitahu mereka bahawasanya Allah telah memfardukan ke atas mereka lima solat pada tiap siang dan malam, dan jika mereka mentaati mu dalam hal ini, barulah engkau memberitahu mereka bahawasanya Allah memfardukan ke atas mereka sedekah (zakat) yang akan diambil dari pada orang kaya mereka lalu diberikan kepada yang fakir mereka dan jika mereka semua mentaati mu dalam hal ini juga, maka awaslah engkau dari mengambil ternakan mereka yang bagus-bagus, dan takutilah Allah dari doa orang yang teraniaya kerana tiada dinding di antaranya dengan Allah. 81

Di dalam hadis di atas Rasulullah SAW mengarahkan Muaz supaya memungut zakat daripada golongan yang kaya untuk diagihkan kepada golongan fakir. Ia tidak diserahkan kepada pembayar zakat untuk mengagih-agihkannya sendiri. Menurut Ibn Hajar pemerintah

80 Manual Pengurusan Agihan Zakat, Jabatan Waqaf, Zakat dan Haji (2007), 8.

81 Hadis riwayat al-Bukhari, Sahih Bukhari, Jilid 4. no. hadis 1490, Terj Syed Ahmad Semait (Kuala Lumpur:

Pustaka Nasional, 2006), 1802.

University

of Malaya

53

yang akan menguruskan pungutan dan pengagihan zakat dan mana-mana yang engkar zakat boleh dipungut secara paksa.82 Ketika zakat difardukan pada tahun kedua hijrah iaitu selepas 18 bulan nabi Muhammad SAW berhijrah ke Madinah, baginda telah menghantar amil untuk memungut dan mengagih zakat.83

Berdasarkan kepada perbincangan di atas adalah jelas bahawa pentadbiran zakat hendaklah dibuat di peringkat pemerintah dan orang awam dikehendaki membayar kepada amil sama ada untuk tujuan kutipan dan pengagihan zakat. Asnaf amil yang merupakan asnaf penerima zakat ketiga yang dinyatakan dalam al-Quran merupakan asnaf yang terpenting dalam sistem agihan zakat kerana sesungguhnya asnaf amil inilah yang menguruskan dua tanggungjawab asas iaitu kutipan dan agihan dana zakat. Asnaf amil dianggap sebagai terpenting kerana mereka yang terlibat ini adalah terdiri daripada pegawai yang dilantik dan berkhidmat untuk mengumpul dan mengagih dana zakat berbanding asnaf-asnaf lain yang semata-mata menerima agihan sahaja. Amil zakat boleh terdiri daripada sebuah institusi, yayasan, individu atau pembayar zakat itu sendiri yang mendapat keizinan Sultan atau pemerintah yang membantu untuk mengurus serta mentadbir kutipan dan agihan zakat kepada asnaf untuk pembangunan sosio ekonomi ummah.84

Gerak kerja bagi memastikan amil atau kakitangan institusi zakat perlu diuruskan dengan sebaiknya kerana peranan mereka dilihat semakin berat kerana mereka memainkan peranan yang penting bagi memperkasakan pengurusan zakat khususnya dari aspek kutipan

82 Mahmood Zuhdi, Pengurusan Zakat., 493.

83 Yusuf Qaradawi, Fiqh az-Zakah Jilid 2 (Beirut: Muassasat Ar-Risalah, 1977), 633-634.

84 Mohd. Tamyes Abd. Wahid (Dato’ Setia Hj / Dato’ Seri Utama Diraja Mufti Selangor)”, Tanggungjawab Amil Dalam Pengurusan Zakat Negeri Selangor” Makalah, Seminar Pemantapan Integriti dan Akauntabiliti Dalam Pengurusan Zakat Negeri Selangor, Shah Alam, 27 Ogos 2008.

University

of Malaya

54

dan agihan. Bagi mencapai matlamat tersebut pemilihan amil adalah amat penting supaya bertepatan dengan syarak dan keperluan sebenar tugasan yang diberikan.85

Yusuf al-Qaradawi mengemukakan pelbagai pandangan fuqaha di dalam bukunya Fiqh az-Zakah dan beliau telah merumuskan bahawa sungguhpun ulama pelbagai mazhab berselisih pendapat dalam perkara ini tetapi mereka sependapat dalam dua perkara asas iaitu:

a. Pemerintah mempunyai hak untuk meminta rakyatnya mengeluarkan zakat sama ada kepada harta zahir (harta yang bersifat fizikal seperti ternakan dan hasil pertanian) atau harta batin (harta-harta yang dalam bentuk emas, perak dan perniagaan dianggap sebagai harta-harta batin dan terpulang kepada kesedaran seseorang muslim menunaikan zakatnya), terutama apabila diketahui keadaan rakyat yang tidak mengambil berat dan mempermudahkan tuntutan pembayaran zakat.

b. Apabila urusan zakat tidak diambil berat oleh pemerintah seperti tidak menyediakan mekanisme kutipan zakat maka perintah berzakat tidak gugur atas pemilik-pemilik harta, mereka tetap wajib mengeluarkannya tetapi dilaksanakan sendiri kepada penerima yang layak.

Seterusnya beliau membuat kesimpulan bahawa pemerintah atau kerajaan Islam tidak perlu membezakan antara harta zahir dan batin dan pemerintah wajib menguruskan zakat dari semua segi sama ada kutipan atau agihan.86 Namun begitu, beliau menyarankan supaya sebahagian daripada zakat diuruskan sendiri oleh pembayar dengan mengagihkan sebahagiannya kepada golongan yang terhampir yang memerlukan.87

85 Azman Ab. Rahman dan Siti Martiah Anwar, “Pengurusan Institusi Zakat Dalam Konteks Presedur Pemilihan dan Perlantikan Amil Zakat di Malaysia” (makalah, International Convention on Islamic Management, Universiti Malaya, 27-28 November 2013).

86 Yusuf Qaradawi, Fiqh az-Zakah, 633-634.

87 Ibid., 762.

University

of Malaya

55

Mesyuarat Panel Kajian Syariah, JAKIM kali ke 56 yang bersidang pada 18-20 September 2006 telah membincangkan perkara ini dan mengambil keputusan agihan sebahagian jumlah zakat yang ditunaikan oleh individu atau syarikat secara persendirian adalah sah. Walau bagaimanapun, sebahagian besar jumlah zakat adalah digalakkan untuk dibayar kepada pihak pemerintah88.

Perkara ini turut dibincangkan di peringkat Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Ke-76 yang bersidang pada 21 - 23 November 2006 telah membuat keputusan berikut:

Dari segi siasah dan maslahat, zakat merupakan pemangkin kepada ekonomi umat Islam. Peraturan dan undang-undang yang telah ditetapkan oleh pemerintah atau Ulil Amri adalah demi menjaga hak dan kepentingan zakat tersebut. Walaupun dari segi syarak, mengagihkan zakat secara persendirian tanpa melalui pemerintah adalah sah sekiranya diagihkan kepada asnaf yang layak, tetapi perbuatan melanggar peraturan dan undang-undang pemerintah dalam perkara kebaikan adalah berdosa, kerana di dalam Islam patuh dan taat kepada pemerintah atau Ulil Amri dalam perkara kebaikan adalah wajib.89

Berdasarkan kepada perbincangan di atas adalah jelas bahawa PLC dituntut untuk membuat pembayaran zakat melalui institusi zakat yang ada di Malaysia yang disediakan oleh pemerintah. Institusi zakat di Malaysia telah memberikan pelbagai kemudahan kepada para pembayar zakatselain pengagihan zakat yang dibuat dengan baik dan memuaskan90. Peranan amil di Malaysia dalam memperkasa pengurusan kutipan dan agihan terbukti berkesan kerana dalam banyak kajian mendapati institusi zakat berjaya memainkan peranan mereka

88 Minit Mesyuarat Panel Kajian Syariah, JAKIM kali ke 56 yang bersidang pada 18-20 September 2006.

89 e-fatwa, “Hukum Mengagihkan Zakat Secara Persendirian Dan Qada Zakat” laman sesawang e-fatwa, dicapai11 Disember 2013, http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/hukum-mengagihkan-zakat-secara-persendirian-dan-qada-zakat.

90 Abdul Halim Mohamad Nor et al., “Prestasi Pengagihan Dana Zakat di Malaysia” di dalam Isu Kontemporari Zakat di Malaysia Jilid 1 (Melaka, Institusi Kajian Zakat Malaysia, 2005), 237.

University

of Malaya

56

dengan baik.91 Institusi zakat juga sentiasa memperkemaskan pengurusan mereka dengan memastikan mereka menepati piawaian antarabangsa seperti MS ISO 9002.92

Institusi zakat juga didapati berjaya memainkan peranan sebagaimana yang dituntut oleh syarak sama ada dalam konteks kutipan dan agihan zakat. Ia juga dilihat memenuhi fungsi amil yang sebenar sebagaimana yang pernah dilaksanakan di zaman Rasulullah.

Perkembangan institusi zakat terus pesat dengan penambahan operasi dan kemudahan yang ditawarkan kepada orang ramai selain institusi zakat turut mengadaptasi pengurusan moden tanpa mengesampingkan keperluan syarak dan ini bertepatan dengan Maqasid Syari’yyah dalam memelihara daruriyyat, hajiyat dan tahsiniyyat umat Islam.93