• Tiada Hasil Ditemukan

Sejarah Kemunculan Teori Intertekstualiti

BAB 2: TEORI INTERTEKSTUALITI

2.2 Teori Intertekstualiti

2.2.1 Sejarah Kemunculan Teori Intertekstualiti

Teori Intertekstualiti dikembangkan oleh Julia Kristeva hasil daripada perbincangan awal konsep dialogik oleh Mikhail Bakhtin pada tahun 1926. Mikhail Bakhtin telah dilahirkan di Orel, Rusia pada 17 November 1895. Menyebut nama Baktin, maka perkara pertama yang akan dihubungkan dengan beliau ialah Teori Dialogismenya. Teori sastera ini telah mendapat tempat di dunia pascamoden kerana pengaruhnya yang besar dalam dunia penciptaan karya sastera dan juga kritikan.

Konsep dialogik yang dikemukakan oleh Bakhtin ini pada umumunya dipengaruhi latar

bahasa kerana mengikut ayahnya yang sering berpindah dari satu daerah ke daerah yang lain atas tuntutan kerjayanya sebagai eksekutif kewangan. Hasil pengalaman menuntut di pusat pengajian tinggi, beliau banyak membaca banyak tulisan ahli falsafah Jerman.

Manakala persahabatan beliau dengan ahli falsafah Matvei Isaveich Kagan yang merupakan aliran falsafah yang dominan di Jerman telah menghasilkan sebuah kumpulan perbincangan yang diberi gelaran ‘Neo-Kantian.’ Ia merujuk fahaman Immanuel Kant yang membahaskan peranan pemikiran dan tuntutan interaksi yang ditanggap Baktin sebagai dialog.

Malah Bakhtin turut dikaitkan dengan ahli formalis Rusia kerana banyak melibatkan diri dalam bidang kesusasteraan. Justeru, teori dialogisme yang berkembang pada akhir abad ke-19 di Rusia juga dilahirkan berasaskan pandangan beberapa orang penulis Rusia yang terkenal seperti Mayakovsky, Khlebnikov dan Andrei Bely (Julia Kristeva, 1980:71). Asas ini juga telah digunakan oleh Bakhtin untuk memahami karya sastera dan membina teori dialogiknya. Istilah dialogik ini turut mengaitkan adanya hubungan setiap pengucapan dengan pengucupan yang lain. Genre prosa dianggap sebagai multisuara apabila wujud suara, wacana, pertembungan perspekstif sosial dan sudut pandangan yang berbeza sama ada dari teks sebelum ini atau teks kesusasteraan.

Dialogik juga dikatakan bersifat realisme oleh sebab tanggapan yang berada dalam pemikiran setiap penutur. Bakhtin berpendapat semua karya sastera yang dihasilkan berdasarkan berdasarkan dialog antara sebuah teks dengan teks-teks yang lain.

Melalui teori ini Bakhtin telah memfokuskan konsep dialog dengan tanggapan bahawa bahasa sentiasa merupakan dialog atau unsur pembinaan dalam bahasa. Petikan di bawah menjelaskan pernyataan berikut:

Bakhtin was one of the first to replace the static hewing out of texts with a model where literary structure does not simply exist but it is generated in relation to another structure. What allows a dynamic dimension to structuralism is his conception of the ‘literary world’ as an intersection of textual surfaces rather that a point ( a fixed meaning), as a dialogue among several writings: that of the writer, the addressee (or the character) and the contemporary or earlier cultural context.

(Moi, 1986:36)

Asas teori dialog Bakhtin ialah pengucapan yang lampau mempengaruhi pengucapan hari ini atau tiada pengucapan tanpa hubungan dengan pengucapan lain.

Justeru pada tahun 1981, melalui bukunya The Dialogic Imagination, beliau telah mengaplikasikan konsep dialogik lantas membolehkan teori ini berkembang pada akhir abad ke-19 di Rusia. Penelitian awal Bakhtin pada tahun-tahun 1920-an, tertumpu kepada teori dan aplikasi doktrin Marxis. Namun begitu Bakhtin sering dikaitkan dengan aliran Formalistik Rusia yang dikatakan pemula kepada Kritikan Baharu.

Melalui teori dialogisme ini juga Bakhtin telah merungkaikan banyak permasalahan dari aspek pemahaman dan pentafsiran karya-karya terutama yang dihasilkan oleh Dostoevsky dalam bukunya yang bertajuk Problems of Dostoevsky’s Poetics (1973) yang menggunakan pendekatan formalistik. Bagi Bakhtin, formalism telah gagal menganalisis teks bagi menimbulkan kekuatan sesebuah karya dan gagal menunjukkan sastera sebagai satu wadah pertembungan ideologi. Bakhtin juga melihat

memberi makna karya Problems of Dostoevsky’s Poetics ini. Berikut merupakan pernyataan yang dikemukakan oleh Bakhtin dalam kajian yang dilakukan terhadap penulisan Dostoevsky:

...the utterly incompatible elements comprising Dostoevsky’s material are distributed among several worlds and several autonomous consciousnesses, they are presented not within a single field of vision but within several fields of vision, each full and of equal worth; and it is not the material directly but these worlds, their consciousnesses with their individual fields of vision that combine in a higher unity...

(Bakhtin, 1984:16)

Oleh itu sewaktu beliau menganalisis karya tersebut, Baktin telah menekankan unsur-unsur dalaman dan hubungannya dengan teks luaran sepertimana yang terdapat dalam karya Dostoevsky. Dengan pengalaman yang luas dalam pengajaran kesusasteraan dan estetika, pada tahun 1929 Bakhtin telah menerbitkan The Problems of Dostoevsky’s Work. Melalui perbahasan tentang dialogik dengan monologik, Bakhtin berpendapat bahawa karya Dostoevsky dikatakan bersifat dialogik/polifonik, iaitu membenarkan watak-watak bersuara sebebasnya tanpa campur tangan pengarang tetapi sebaliknya dalam karya Tolstoy melalui karyanya Author and Hero ini Aesthetic Activity dan Toward a Philosophy of the Deed, menjurus kepada fahaman dialogik iaitu pengarang tidak bekerja seorang diri, sebaliknya mengadunkan kreativiti mereka dengan teks yang lain.

Bakhtin turut melihat bahawa dalam sesebuah karya itu terdapat banyak suara terutamanya dalam novel, iaitu narrtor tidak akan hanya berpusat pada suatu penceritaan sahaja sebaliknya narator wujud saling bersilangan. Berdasarkan kajian yang dilakukan

oleh Bakhtin terhadap genre sastera ini terutama novel dikatakan menjadi puncak kejayaannya kerana novel Dostoevsky bukan sahaja menjadi bahan buku Bakhtin yang diterbitkan malah ikut menjadi sumber ilhamnya yang berterusan. Sebab itulah gambaran Bakhtin tentang novel menjadi satu bentuk antropologi dan teori kesusasteraan dikatakan telah melampaui batasnya disebabkan kejayaannya. Bagi beliau manusia itu sendiri merupakan unsur yang tidak terhuraikan, manusia yang wujud hanya di dalam dialog yang didalamnya orang akan menemui orang lain. (Asiah Ahmad,1994:xi). Malah Bahtin dalam bukunya yang bertajuk Problems of Dostoevsky’s Poetics turut menegaskan bahawa:

It is fully understandable that at the center of Dostoevsky’s artistic world must lie dialogue, and the dialogue not as a means but as an end in itself. Dialogue here is not the threshold to action, it is the action already ready-ready made chapter of a person; no, in the dialogue a person not only shows himself outwardly, but he becomes for the first time that which he is – and we repent, not only for others but for himself as well. To be means to communicate dialogically. When dialogue ends, everything ends.

(Bahtin, 1984: 252)