Terdapat pelbagai karya dan penulisan yang telah diterbitkan oleh pengkaji terdahulu berkaitan Ibnu Taymiyyah dan Muḥammad bin ‘Abd al-Wahhāb antaranya;

1.7.1. Ibnu Taymiyyah

Mohd Farid Mohd Sharif (2017) dalam Jurnal yang berjudul; “Perayaan Maulid Menurut Ibnu Taymiyyah Dalam Iqtiḍā’”, beliau telah membincangkan pandangan Ibnu Taymiyyah tentang Maulid dalam Iqtiḍā’, sebuah karya yang menjadi polemik berhubung penyertaan orang Islam dalam perayaan-perayaan orang bukan Islam.

Daripada satu sudut, Ibnu Taymiyyah berpendapat bahawa perayaan Maulid ialah amalan bid‘ah. Sambutan perayaan itu tidak diharuskan kerana golongan Salaf tidak menyambut perayaan itu dan tidak terdapat sumber tekstual yang mengharuskan amalan tersebut. Daripada sudut yang lain pula, Ibnu Taymiyyah juga menyebut tentang beberapa motif kebaikan di sebalik sambutan perayaan Maulid, namun telah disalahfaham oleh Ukeles melalui penelitiannya terhadap orang Islam dan keperluan-keperluan rohaniah mereka. Ibnu Taymiyyah tetap berpendapat bahawa orang yang menyambut perayaan Maulid tidak diberikan ganjaran kerana ia merupakan amalan bid‘ah dan status asal sambutan Maulid tidak berubah walaupun dikatakan terdapat tujuan yang murni di sebaliknya.

Amal Fathullah Zarkasyi (2014) telah menulis sebuah buku yang berjudul

“Akidah Tauhid Ibn Taymiyyah”. Buku ini membincangkan tentang ikhtiar Sheikhul Islam Ibnu Taymiyyah dalam meletakkan manhaj (konsep) baharu akidah Islam yang

15

merupakan salah satu ikhtiar pembaharuan untuk memperkukuhkan projek besar sistem pembangunan Islam; sebuah projek besar yang dibangunkan atas dasar prinsip-prinsip tajdid dan ishlah (reformasi) multi aspek. Dalam situasi pemikiran dunia Islam yang dikuasai oleh para Falasifah dan Mutakallimun dengan konsep tauhidnya yang lebih bersifat falsafah daripada pandangan, Ibn Taymiyyah bangkit dengan mengkritik konsep mereka dan menganjurkan konsep tauhid baru yang sememangnya berbeza daripada konsep mereka yang selalu berorientasikan kepada ajaran al-Quran dan al-Hadith.

Mohd Farid Mohd Sharif (2012) dalam bukunya yang berjudul; “Ibnu Taymiyyah On Jihad And Baghy” telah membentang penyelidikan ilmiah terhadap dua konsep yang sangat kontroversial dan tersebar luas di dunia kontemporari iaitu jihād dan baghy (pemberontakan). Beliau mendekati topik ini melalui perspektif salah seorang tokoh pemikiran Islam yang paling berpengaruh iaitu Ibn Taymiyyah. Ibn Taymiyyah, merupakan seorang guru dan juga pejuang agama yang berjihad dengan mengangkat senjata pada zamannya, perjuangannya turut memberi kesan dan pengaruh kepada pergerakan Islam sehingga ke hari ini. Beliau telah memperjelaskan idea-idea ahli politik zaman pertengahan ini di luar wacana polemik zaman ini, sambil memperhatikan tema-tema penting dalam pemikirannya yang mempunyai kepentingan khusus dalam keadaan pergolakan dunia yang tidak menentu. Dari awal, beliau telah membahas berkenaan tanggapan yang salah terhadap jihad samada dalam bentuk ketenteraan ataupun bukan tentera, sebaliknya menjelaskan tentang bagaimana ulama klasik, termasuk Ibn Taymiyyah melihat jihad sebagai gabungan kedua-duanya. Begitu juga, banyak yang sering disalah tafsir tentang apa yang dikatakan dan bagaimana kita harus memahami status kedudukan mereka yang telah melaksanakannya. Buku ini membantu memperjelaskan perkara-perkara penting ini dan menjadikannya sumbangan

16

penting kepada kesusasteraan sedia ada mengenai pemikiran Islam zaman pertengahan.

Lebih-lebih lagi, memandangkan buku ini menempatkan Ibnu Taymiyyah dalam konteks sejarahnya dan membincangkan isu-isu penting dalam zaman semasa, hal ini bukan sahaja merupakan sumber penting untuk pengajian Islam tetapi juga untuk sosiologi dan antropologi pengetahuan.

Mohamad Kamil Hj. Ab. Majid, Mat Zain Ab. Ghani dan Hasan Jali (2010) dalam buku yang berjudul “Biografi Tokoh Dakwah: Ibnu Taimiyyah - Perjuangan Dan Pemikirannya Memurnikan Islam”, terbitan Dewan Bahasa Dan Pustaka telah menjelaskan tentang ketokohan Ibnu Taymiyyah. Ibnu Taymiyyah merupakan di antara imam yang memberikan petunjuknya kepada umat manusia dan memiliki tonggak yang kuat dalam memahami keutamaan fahaman perbandingan yang kemudian diikuti oleh muridnya al-Muhaqqiq al-Imam Ibnu al-Qayyim (m. 751 H.). Buku ini juga menjelaskan tentang manhaj Ibnu Taymiyyah berkaitan akidah dan perbandingannya di antara ulama-ulama sezaman dengannya. Menurut pengarang, Ibnu Taymiyyah mempunyai pendekatan yang tersendiri dalam menangani isu-isu akidah yang banyak berlaku pada zamannya.

Abd. Rasyid bin Idris @ Adir (2007) dalam tesis Ijazah Sarjananya yang bertajuk; “Ibnu Taymiyyah Dan Pandangannya Terhadap Konsep Kenabian Aliran Falsafah Islam Al-Masya‘iyyah”, menjelaskan tentang Ibnu Taymiyyah dan pandangannya terhadap konsep kenabian yang menjadi perbincangan golongan Falsafah Islam aliran Al-Masya‘iyyah (pengikut aliran Falsafah Aristotle). Beliau telah merumuskan bahawa pertentangan di antara Ibnu Taymiyyah dan golongan Falsafah Islam Al-Masya‘iyyah adalah berasaskan perbezaan pendekatan dalam mentafsir nas syarak. Sarjana Falsafah sangat mengagungkan doktrin falsafah yang berasal dari

17

Yunani lalu menyelaraskannya dengan nas-nas agama, sebaliknya Ibnu Taymiyyah berpendapat bahawa itulah punca kesalahan dalam mentafsirkan nas-nas tersebut.

Amal Fathullah Zarkasyi (2005) telah menulis tesis; “Konsep Tauhid Ibn Taymiyyah Dan Pengaruhnya Di Indonesia: Kajian Kes Terhadap Penggubalan Kurikulum Pengajian Akidah Di Pondok Modern Darussalam Gontor Ponorogo Indonesia”. Disertasi ini telah dikemukakan bagi memenuhi keperluan Ijazah Doktor Falsafah Usuluddin di Jabatan Akidah dan Pemikiran Islam Universiti Malaya. Kajian ini membicarakan tentang keperibadian Ibn Taymiyyah dan akidahnya. Kajian ini lebih bersifat kajian lapangan yang banyak menggunakan pensampelan dan hanya memfokuskan pondok Modern Darussalam Gontor Ponorogo Indonesia.

Noorazah bte Zakaria (2003) dalam tesis Sarjana Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia yang bertajuk; “Ilmu Kalam Dalam Persepsi Ibn Taymiyyah”, dalam kajiannya ini hanya menyentuh personaliti Ibn Taymiyyah dan pemikiran beliau dalam ilmu kalam. Perbahasan yang berkaitan ayat-ayat sifat tidaklah dibuat secara mendalam dan beliau juga tidak banyak memfokuskan kepada karya-karya lain yang ditulis oleh Ibnu Taymiyyah.

Al-Nadwī, Abū Al-Ḥasan ‘Ali Al-Ḥasanī (1993) telah menulis buku; “Silsilah Rijāl Al-Fikr Wa Al-Da‘wah: Al-Ḥafiz Aḥmad Bin Taymiyyah (Siri Tokoh-Tokoh Pemikiran Dan Dakwah: Al-Ḥafiz Aḥmad Bin Taymiyyah)”. Cetakan Dār Al-Qalam, Kuwait. Buku yang menarik ini mengetengahkan kesarjanaan Ibnu Taymiyyah dalam pelbagai disiplin ilmu di samping membuktikan betapa Ibnu Taymiyyah merupakan tokoh umat yang menafkahkan seluruh hidupnya untuk Islam.

Puteh Ishak (1993) dalam bukunya; “Ibnu Taymiyyah: Sejarah Hidup dan Tasawuf”, terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur telah menghuraikan

18

kajian beliau berkaitan dengan keperibadian, latar belakang kehidupan dan keilmuan Ibnu Taymiyyah. Ia menyentuh tentang pendirian beliau berkaitan tasawuf serta pertentangan-pertentangan di antaranya dengan golongan Sufi.

Abū Zuhrah, Muḥammad22 (1991) telah menulis buku yang berjudul; “Ibnu Taymiyyah: Hayatuhu wa ‘Asruhu – Ara‘uhu wa Fiqhuhu (Ibnu Taymiyyah:

Kehidupannya Dan Zamannya – Pandangan-Pandangannya Dan Pegangan Fiqhnya)”. Diterbitkan oleh Dār al-Fikr al-Arabiy, Kaherah. Kandungan buku ini telah dijelaskan oleh tajuknya. Ia memaparkan kehidupan dan pendirian intelektual Ibnu Taymiyyah. Bagaimanapun penulis telah melakukan kritikan terhadap beberapa pendirian Ibnu Taymiyyah sama ada dalam urusan akidah mahupun dalam urusan hukum-hakam.

Hilmi, Mustafa Muḥammad (1982). Telah menulis sebuah buku bertajuk; “Ibnu Taymiyyah Wa Tasawwuf (Ibnu Taymiyyah Dan Tasawuf)”, terbitan Dār Al-Dakwah, Iskandariyyah. Tulisan ini adalah berkenaan pandangan-pandangan Ibnu Taymiyyah terhadap tasawuf dan amalan-amalan hati. Ia menjelaskan betapa Ibnu Taymiyyah tidak memusuhi tasawuf sebagaimana yang disalah anggap oleh segelintir manusia apabila ia bertepatan dengan syarak.

1.7.2. Muḥammad Bin ‘Abd Al-Wahhāb

Zakaria @ Mahmod Daud (2014) telah menulis buku yang berjudul “Muhammad Ibn

‘Abd Al-Wahhab”, terbitan Dewan Bahasa Dan Pustaka. Beliau telah mengemukakan persoalan tentang ajaran Muḥammad bin ‘Abd al-Wahhāb atau lebih dikenali dengan ajaran Wahhabi yang sering ditimbulkan dalam kalangan masyarakat sejak dahulu

22 Abū Zuhrah Muḥammad, Ibnu Taymiyyah: Ḥayātuhu Wa ‘Ashruhu, Ara’uhu Wa Fiqhuhu (Kaherah:

Dār Al-Fikr Al-‘Arabī, 1991).

19

hingga kini. Ada yang menganggap bahawa ajaran Wahhabi ini tidak menyeleweng daripada ajaran Ahl al-Sunnah wa al-Jama‘ah, sebaliknya ada juga yang berpendapat ajarannya terkeluar daripada ajaran Ahl al-Sunnah wa al-Jama‘ah. Melalui buku Muḥammad bin ‘Abd al-Wahhāb ini, beliau berjaya mengupas persoalan tentang pemikiran tokoh ini, antaranya tentang tauhid Uluhiyyah, Rubuiyyah, Asma’ wa al-Sifat, tawasul, dan syafaat. Beliau juga mengemukakan pandangan ulama dan sarjana Barat terhadap pemikiran Muḥammad bin ‘Abd al-Wahhāb. Beliau juga menegaskan bahawa ajaran Wahhabi ini tidak terpesong daripada ajaran Islam berdasarkan fakta dan hujah ilmiah yang disokong oleh nas al-Quran dan hadis.

Mukhamad Syamsul Huda (2014) dalam tesis Ijazah Sarjananya di UIN SunanKalijaga yang bertajuk “Pengaruh Pemikiran Teologi Muḥammad Bin ‘Abd Al-Wahhāb Terhadap Pemerintahan Dinasti Saudi Arabia Ketiga”, telah menghuraikan tentang hubungan agama dan negara yang terbentuk melalui pengaruh pemikiran teologi Muḥammad bin ‘Abd al-Wahhāb terhadap pemerintahan Dinasti Saudi Arabia Ketiga. Hubungan tersebut wujud berdasarkan kepentingan agama yang dibawa oleh Muḥammad dan kepentingan politik Ibnu Sa‘ud. Muḥammad bin ‘Abd al-Wahhāb berusaha memurnikan syariat Islam daripada tindakan yang dianggap bid‘ah, khurafat dan tahayul, sementara Muḥammad bin Sa‘ud pula mempunyai kepentingan memperluaskan wilayah Jazirah Arab agar tunduk dalam kekuasaannya. Dalam kajian tersebut beliau telah merumuskan bahawa pemikiran teologi Muḥammad bin ‘Abd al-Wahhāb telah memberi pengaruh yang signifikan terhadap Dinasti Saudi Arabia Ketiga. Kitab-kitab yang ditulis oleh Muḥammad bin ‘Abd al-Wahhāb masih menjadi rujukan para ulama’ Arab Saudi sehingga ke hari ini. Pengaruh pemikiran teologi Muḥammad juga meliputi pelbagai bidang, antaranya budaya, tradisi, sistem politik, hukum, ekonomi dan pendidikan meskipun tahap pengaruhnya berbeza-beza.

20

Hersi Mohamad Hilole23 (2012) menulis buku yang bertajuk “Wahabi Sesatkah Mereka”, yang telah diadaptasi daripada tesis Ijazah Sarjana Pengajian Islam beliau.

Menurut beliau terdapat pelbagai pandangan masyarakat berkaitan dakwah yang dibawa oleh Muḥammad bin ‘Abd al-Wahhāb pada kurun ke-12 Hijrah. Ada yang mengatakan ia adalah dakwah Salafi Sunni, iaitu Salaf yang mengutamakan sunnah.

Sebahagiannya pula berpendapat gerakan Wahabi adalah gerakan bid‘ah. Menurut mereka, gerakan itu setaraf dengan Qadiani, Baha’i dan aliran-aliran al-Batini. Melalui kajian tersebut beliau telah berusaha mengenal pasti sumber asas yang wajar dirujuk oleh mereka yang ingin mengetahui hakikat dakwah Wahabi dan sikap lawan kepadanya. Beliau juga membuat penelitian tentang pemikiran Muḥammad bin ‘Abd al-Wahhāb daripada sudut agama, sosiopolitik dan kajian analisisnya. Seterusnya membuat perbandingan pendapat terhadap pihak yang tidak bersetuju dengan Wahabi dan penyokongnya. Hasil kajian tersebut beliau telah rumuskan bahawa konflik yang berpunca daripada tafsiran yang diperkenalkan oleh aliran Wahabi tidak hanya mencerminkan secara negatif hubungan sedia ada antara Wahabi dan puak-puak lain, malah ia mempengaruhi masyarakat Islam yang menjadikan dakwah Wahabi sebagai mangsa pertama kepada pengaruh negatif ini. Dari sudut sosiopolitik pula beliau menyatakan terdapat kesan baik dalam kehidupan masyarakat Islam di semenanjung Arab. Sedangkan sebelum diperintah oleh Dinasti Sa‘ud, ia adalah rantau yang terbiar.

Dakwah Wahabi berjaya menyatukan kawasan itu serta mewujudkan satu sistem politik yang kemas.

Zamihan Mat Zin al-Ghari24 (2011) telah menulis dalam buku yang bertajuk;

“Salafiyyah Wahabiyyah Suatu Penilaian”, beliau menjelaskan tentang kedudukan

23 Hersi Mohamad Hilole, Wahabi Sesatkah Mereka? (Selangor: PTS Millennia Sdn. Bhd., 2012).

24 Zamihan Mat Zin al-Ghari, Salafiyyah Wahhabiyah Suatu Penilaian (Kuala Lumpur, Cheras: Tera Jaya Enterprise, 2011).

21

sebenar fahaman Wahabi menurut kaca mata ulama’ yang muktabar. Beliau menyatakan bahawa manhaj yang diguna pakai dalam Akidah Wahabiyyah ialah Manhaj Mujassimah yang dipelopori oleh al-Harawiyin. Di dalam buku ini juga menyatakan tentang ulama’-ulama’ yang muktabar memerangi fahaman Wahabi ini.

Nor Hafizi bin Yusof (2008) dalam tesis Ijazah Sarjananya yang berjudul

“Salafi Wahabi: Tinjauan Terhadap Persepsi Dan Pemahaman Golongan Agama Terengganu”, menjelaskan tentang fahaman Salafi Wahabi yang dikatakan bermula seawal abad ke-20 iaitu ketika berlakunya gerakan Islah di Mesir dan negara-negara di sekitarnya. Kesan daripada gerakan tersebut telah mempengaruhi ulama’ tanah air yang belajar di luar negara khususnya di Arab Saudi dan Mesir yang kemudiannya memperjuangkannya di tempat masing-masing. Melalui kajian tersebut beliau memperjelaskan tentang kemunculan dan perkembangan golongan Salafi Wahabi sehingga sampai ke Terengganu meliputi akidah dan ibadah yang menjadi isu utama punca pertelingkahan dikalangan para ulama’ dan golongan tersebut. Tinjauan dilakukan kepada golongan agama di Terengganu bagi menilai tahap pemahaman dan persepsi mereka terhadap fahaman Salafi Wahabi yang merangkumi latar belakang dan pegangan golongan tersebut. Hasil dapatan beliau menunjukkan, tahap golongan agama di Terengganu secara umumnya berada pada skala kurang faham. Persepsi mereka yang sederhana tidak bersetuju terhadap fahaman Salafi Wahabi ini berdasarkan perkaitan antara faktor demografi seperti tempat, jurusan dan tahap pengajian. Beliau mencadangkan pendirian wasaṭiyyah (sederhana) patut diambil oleh umat Islam dalam menangani permasalahan tersebut berdasarkan pandangan ulama’-ulama’ yang muktabar.

22

Menurut Mohd Aizam Mas‘od25 (2006) dalam tulisan jurnalnya yang bertajuk;

“Isu Wahabiyyah: Menanganinya Secara Realiti”, beliau menegaskan bahawa tidak semestinya penggerak fahaman ini mempunyai kaitan dengan Muḥammad bin ‘Abd al-Wahhāb ataupun menjadikan kitab-kitabnya sebagai rujukan tetapi memadai dengan memakai manhaj akidah dan fiqh yang sama. Tiada puak yang mahu mengakui mereka adalah Wahabi walaupun menyetujui dan membenarkan gerakan Muḥammad bin ‘Abd al-Wahhāb. Ini menimbulkan satu persoalan, kenapa gelaran “Wahabi” dipandang negatif oleh pengikut manhaj Muḥammad bin ‘Abd al-Wahhāb sendiri sedangkan mereka bermati-matian mempertahankan akidah dan syariat yang diperjuangkan beliau? Dari segi bahasa sendiri pun ia tidak membawa kepada makna yang negatif bahkan merujuk kepada salah satu nama Allah (al-Wahhāb). Mereka lebih selesa menggelar gerakan mereka sebagai Pejuang Sunnah, Salafi dan sebagainya. Ini makin menjadikan gelaran ‘Wahabi’ semakin dipandang negatif.

Muḥammad Fuad Kamaluddin al-Mālikī26 (2004) dalam bukunya yang bertajuk; “Wahabisme Dari Neraca Syarak”, telah menjelaskan sejarah yang agak terperinci tentang asal usul fahaman Wahabi ini serta keburukan-keburukan fahaman Wahabi yang bertentangan dengan al-Quran dan al-Sunnah. Begitu juga tentang isu bid‘ah membid‘ah yang dibangkitkan oleh golongan Wahabi pada kedudukan yang sebenar menurut kaca mata para Ulama’. Beliau juga menjelaskan tentang persamaan fahaman golongan Wahabi ini dengan golongan Ḳhawārij. Beliau juga mengetengahkan hujahan pembelaan terhadap amalan-amalan Sunnah yang dituduh

25 Mohd Aizam Mas’od, “Isu Wahabiyyah: Menangani Secara Realiti”, Jurnal Penyelidikan Islam JAKIM 19 (2006).

26 Muhammad Fuad Kamaluddin, Wahabisme Dari Neraca Syarak (Rembau: Madrasah al-Taufiqiah al- Husainiah, 2004).

23

sebagai amalan yang sesat mengikut acuan perbincangan berdasarkan kemunasabahan hadis dengan amalan-amalan tersebut.

Al-Marhum Sheikh Muḥammad Zaki Ibrahim27 (2003) dalam buku kecilnya yang bertajuk “Al-Salafiyyah Mu‘āṣarah Ila Aīna”, beliau menggambarkan fahaman Wahabi ini bukan berasal daripada Ahl al-Sunnah wa al-Jamā‘ah bahkan adalah salah satu firqah dalam Islam yang bertentangan dengan pegangan Jumhur Ulama’ dari zaman Salaf hingga ke zaman Khalaf. Beliau juga menjelaskan siapakah golongan Ahli Sunnah yang sebenar. Beliau telah menghuraikan dalam tulisan tersebut tentang persoalan, adakah benar golongan Wahabi ini mengikut Manhaj Salaf al-Ṣālih ataupun tersasar?

Al-Marhum Sayyid Muḥammad ‘Alawi al-Mālikī28 (1995) telah menulis sebuah buku yang bertajuk “Mafaāhiim Yajib Ān Tuṣoḥḥiḥ”, beliau telah membicarakan tentang pemikiran serta pemahaman-pemahaman yang terpesong daripada Ahl al-Sunnah wa al-Jamā‘ah antaranya adalah fahaman al-Wahabiyyah. Beliau telah menjelaskan tentang kesalahan yang wujud dalam fahaman al-Wahabiyyah dari sudut akidah. Beliau juga membincangkan dan menghuraikan asas-asas pegangan al-Wahabiyyah yang mencanggahi ijmak. Lantaran itu, beliau menyeru serta menasihati para pengikut Wahabi agar kembali berpegang dengan al-Quran dan al-Sunnah yang sebenar secara total.

Abū Zuhrah, Muḥammad29 (1987) menyebut dalam bukunya; “Tārīkh Al-Maḏhāhib Al-Islāmiyyah”, tentang beberapa kesilapan metodologi dakwah yang

27 Muḥammad Zaki Ibrāhim, Al-Salafiyyah Mu‘āṣarah Ila Aīna (Kaherah: Maktabah 'Ihya Al-Thuras, 2003).

28 Muhammad ‘Alwi Mālikī, Mafaāhiim Yajib Ān Tuṣoḥḥiḥ (Dubai: Dairat Auqaf wa Šyuun al-Islāmiyyah, 1995).

29 Abū Zuhrah, Tārīkh al-Madhāhib al-Islāmiyyah.

24

disebar oleh gerakan Wahabiyyah, antaranya beliau mengatakan: “Mereka (Wahabiyyah) bukan hanya menjadikan konsep ibadat sebagaimana yang digariskan oleh Islam berdasarkan al-Quran dan al-Sunnah serta (pandangan) Ibnu Taymiyyah, bahkan juga mengehendaki adat hendaklah tidak terkeluar daripada lingkaran Islam (iaitu menganggap adat seumpama ibadat) lalu mereka mewajibkan (orang lain) apa yang mereka wajibkan ke atas diri mereka, kerana itu mereka mengharamkan rokok, bahkan bertegas dalam pengharamannya, sehingga golongan awam di kalangan mereka menganggap perokok adalah seumpama orang musyrik, maka mereka seumpama Khawārij yang (satu ketika dahulu) mengkafirkan pelaku dosa besar”. Muḥammad Abū Zuhrah seterusnya memberi kesimpulan bahawa punca kesilapan mereka adalah kerana keterlaluan dalam berpegang kepada pandangan Ibnu Taymiyyah, tambahan pula mereka telah melebarkan lagi mafhum bid‘ah sehingga menganggap perkara yang langsung tiada hubung kaitnya dengan ibadat juga termasuk ke dalam erti kata bid‘ah.

Sedangkan bid‘ah sebenarnya adalah perkara-perkara ibadat yang dilakukan oleh seseorang hamba untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT tanpa mempunyai asas dalil agama.

Husain bin Gannam30 (1985) telah menulis buku yang bertajuk; “Tārīkh Najd”

dan disunting oleh Nāṣir al-Dīn al-Asad, dicetak oleh Dār al-Syuruk, cetakan ketiga tahun 1985. Buku ini antara buku-buku terpenting berkaitan sejarah peristiwa dan hal ehwal dakwah Muḥammad bin ‘Abd al-Wahhāb. Beliau mencatatkan kebanyakan peristiwa yang berlaku pada zamannya khususnya yang berkaitan dakwah Muḥammad.

Beliau turut memuatkan dalam buku tersebut beberapa risalah Muḥammad bin ‘Abd Wahhāb dan ceramah-ceramahnya berkaitan ilmu tafsir. Penyunting (Nāṣir Dīn

al-30 Ḥusain bin Ghannam Ibnu Ghannam, Tārīkh Najd Tahqiq: Naṣr al-dīn al-Asad (Saudia Arabia:

Riyadh,1982).

In document PEMIKIRAN AKIDAH IBNU TAYMIYYAH DAN MUḤAMMAD BIN ‘ABD AL-WAHHĀB DALAM (halaman 30-40)

DOKUMEN BERKAITAN