• Tiada Hasil Ditemukan

Tuntutan Gantirugi Ke Atas Kerugian Atas Kegagalan Perlaksanaan Perkhidmatan Kontraktor Atau Kecuaian

In document DOKUMEN SEBUT HARGA BAGI (halaman 34-38)

BAHAGIAN H

3.21 Tuntutan Gantirugi Ke Atas Kerugian Atas Kegagalan Perlaksanaan Perkhidmatan Kontraktor Atau Kecuaian

3.21.1 Kontraktor akan membayar gantirugi kepada pihak MBSJ dikira berdasarkan kepada kos kerugian sekiranya ianya terbukti disebabkan oleh kontraktor yang gagal melaksanakan tanggungjawab kontrak ini atau atas sebab kecuaiannya.

3.21.2 Sekiranya pihak MBSJ terpaksa membuat sendiri atau memanggil kontraktor lain dalam melaksanakan perkhidmatan dalam kontrak ini, kos tersebut akan dituntut dari kontraktor dan kontraktor berkenaan mesti menanggungnya.

3.21.3 Kontraktor dikehendaki mengenalpasti sendiri lokasi-lokasi punca air tersebut untuk membuat perancangan sendiri bagaimana perkhidmatan penyelenggaraan akan dijalankan. Pihak MBSJ boleh memberikan kebenaran penggunaan air tanpa mengenakan sebarang bayaran tetapi tertakluk kepada syarat-syarat yang ditentukan.

PP 10

1.0 PERKHIDMATAN PEMBERSIHAN DEWAN SERBAGUNA MBSJ, SS 15/4, SUBANG JAYA - LUAR DAN DALAM BANGUNAN, GELANGGANG SUKAN, PENTAS UTAMA, BILIK SERBAGUNA, BILIK MESYUARAT, TANDAS, PENTAS LUAR, TEMPAT MELETAK KENDERAAN DAN PERSEKITARAN.

1.1 Memastikan keseluruhan ruang kemudahan sentiasa bersih dan tiada sampah bertaburan sepanjang masa dengan perkhidmatan penyapuan sampah dijalankan setiap hari atau setiap kali ternampak sampah.

1.2 Menjalankan perkhidmatan mencuci dah mengemop lantai di ruang kemudahan sebanyak dua (2) kali sehari kali ada kekotoran.

1.3 Mengelap keseluruhan peralatan perabot pejabat, kipas, lampu, pintu, tingkap, railing tangga dan yang berkaitan dengannya, satu (1) minggu sekali atau setiap kali ada kekotoran.

1.4 Membuang sawang dan sarang labah-labah dua (2) minggu sekali.

1.5 Membantu mengangkat dan mengemas segala peralatan atau lain-lain yang berkaitan dengan aktiviti MBSJ yang dijalankan. Perkhidmatan dijalankan sebelum dan selepas aktiviti diadakan.

1.6 Mencuci dan membasuh tandas lelaki dan perempuan serta memastikan lantai, dinding dan peralatan tandas sentiasa bersih, kering dan tidak berbau.

1.7 Perkhidmatan pembersihan di semua tempat hendaklah menggunakan bahan pencuci yang dibenarkan. Pencucian dan pembersihan hendaklah merangkumi perkara-perkara berikut : -

1.7.1 Menanggal, mencuci dan menyapu kotoran seperti debu, tanah, lumpur dan sebagainya (sampah sarap).

1.7.2 Menanggal, mencuci dan menyapu daki kotoran (external stains) di semua permukaan di mana-mana berkenaan.

1.7.3 Membersih pelbagai jenis permukaan supaya selamat digunakan, selesa dan sempurna.

1.7.4 Membersihkan dengan cara tidak merosakkan semua peralatan dan permukaan.

1.8 Perkhidmatan pembersihan di semua tempat hendaklah dilakukan tanpa sebarang gangguan kepada pengguna.

1.9 Menyediakan sabun pencucian tangan yang mencukupi serta memastikan mesin pengering tangan sentiasa berada dalam keadaan baik dan boleh digunakan.

1.10 Penyediaan bekas tisu dan tisu tandas di setiap tandas di Dewan Serbaguna.

PP 11

PENENTUAN PERKHIDMATAN

1.11 Membuang sawang labah-labah, sampah di dalam atau perkarangan tandas tersebut.

1.12 Menyediakan tong sampah secukupnya dan menggunakan karung plastik untuk pelupusan sampah.

1.13 Menanggal, mencuci dan menyapu kotoran seperti debu, tanah, lumpur dan sebagainya (sampah sarap).

1.14 Menanggal, mencuci dan menyapu kotoran seperti pelekat, debu, tanah, lumpur dan sebagainya (sampah sarap).

1.15 Menanggal, mencuci dan menyapu daki kotoran (external stains) di semua permukaan di mana-mana berkenaan.

1.16 Membersih pelbagai jenis permukaan supaya selamat digunakan, selesa dan sempurna.

1.17 Membersihkan dengan cara tidak merosakkan semua peralatan dan permukaan.

1.18 Mencuci longkang di sekeliling kawasan kemudahan sebanyak satu (1) kali setiap hari dan setiap kali ada kekotoran.

1.19 Mengangkat dan membuang sampah ke dalam tong sampah yang disediakan di tempat pembuangan sampah termasuk membasuh tempat pembuangan sampah dua (2) kali sehari atau setiap kali sampah diangkat oleh pihak kontraktor pembersihan yang di lantik oleh pihak MBSJ.

1.20 Kontraktor dikehendaki membersih dan menyapu keseluruhan kawasan tempat letak kereta, koridor dan lain-lain kawasan lain sebanyak dua (2) kali sehari termasuk mengutip dan mengangkat sampah sarap seperti plastik, kertas, kaca, batu, tin minuman, daun kering, najis, bangkai binatang dan lain-lain. Sampah ini hendaklah dibuang di tempat pembuangan sampah.

1.21 Petender dikehendaki menyediakan tenaga buruh seperti berikut bagi melaksanakan perkhidmatan pembersihan di lokasi ini :

PEKERJA JUMLAH

PEKERJA HARI WAKTU / MASA

Buruh Am 2 Isnin – Ahad 8.00 pagi – 6.00 petang 1.22 Tanggungjawab petender di dalam melaksanakan perkhidmatan pembersihan adalah

seperti berikut :

1.22.1 Tenaga pekerja yang disediakan hendaklah berusia tidak melebihi 60 tahun, disahkan sihat, mampu dan berupaya untuk bekerja setiap hari (30) hari termasuk hari Sabtu dan Ahad dan cuti Umum/Am.

1.22.2 Petender dikehendaki mengadakan dan menyediakan dengan secukupnya keperluan peralatan perkhidmatan tiap-tiap hari bekerja iaitu penyediaan peralatan pembersihan seperti mopping equipment, tong sampah kecil dalam tandas, pengelap cermin dan lain-lain peralatan yang berkaitan.

PP 12

1.23 Petender dikehendaki menjalankan perkhidmatan pembersihan adalah seperti berikut;

1.23.1 Mencuci dan mengemop lantai dan keseluruhan gelanggang sukan, bilik serbaguna, bilik mesyuarat dan tandas sebanyak minima 3 kali sehari atau setiap kali terdapat kotoran.

1.23.2 Membuang sawang labah-labah.

1.23.3 Membersih segala peralatan seperti kipas, cermin kaca,pintu, tingkap, lampu, papan tanda dan lain-lain 1 kali dalam seminggu.

1.23.4 Mencuci dan membasuh longkang kecil di sekeliling bangunan sekurang-kurangnya 2 kali sehari dan memungut sampah di dalam longkang setiap kali terdapat sampah.

1.23.5 Mengangkat dan membuang sampah ke dalam tong sampah yang disediakan di tempat pembuangan sampah termasuk membasuh tempat pembuangan sampah – 2 kali sehari dan setiap kali tong sampah penuh.

1.24 Petender dikehendaki menjalankan perkhidmatan pembersihan kawasan di sekitar dan sekeliling kawasan tiap-tiap hari. Ini termasuklah mengutip segala sampah-sarap yang tidak diingini seperti kertas, plastik, kaca batu, tin minuman dan lain-lain. Segala dahan, pelepah, daun, ranting kering yang gugur mesti dibersihkan dan dimasukkan ke dalam plastik berwarna biru dan dibuang ke tempat pelupusan sampah yang dibenarkan oleh pihak MBSJ pada hari itu juga.

1.25 Pemotongan RM50.00 akan dilaksanakan sekiranya sampah tidak diangkat.

1.26 Petender juga dikehendaki membuang batu pada rumput dan membersihkan tumbuhan asing (jika ada).

1.27 Petender dikehendaki mengeringkan atau menolak takungan air di gelanggang atau padang yang sediada jika berlaku hujan lebat yang menyebabkan takungan air.

1.28 Membuang apa jua jenis rumpai dan tumbuhan liar yang tumbuh di sepanjang pagar sekeliling kawasan Dewan Serbaguna.

1.29 Menyusun dan memasang penutup longkang agar sentiasa kemas dan teratur.

1.30 Penyediaan peralatan seperti selipar, pelapik kasut, gelung ‘hose’ getah di tempat-tempat seperti Tandas, Bilik Persalinan dan Tempat Mengambil Wuduk.

1.31 Menyusun dan mengemas semula peralatan yang digunakan di dalam Dewan Serbaguna seperti memasang tiang badminton, membuka net badminton,menyusun kerusi/meja dan lain-lain peralatan yang berkaitan.

1.32 Menyapu, mengelap peralatan setiap kali ada penggunaan dan menyusun semula peralatan di tempat yang disediakan.

1.33 Papan Tanda Informasi Kerja hendaklah di pasang di tempat yang senang dilihat. Sila berhubung dengan Pengawai Penguasa atau wakilnya sebelum perkhidmatan pemasangan dilakukan.

1.34 Lain-lain perkhidmatan pembersihan yang diarahkan oleh Pegawai Penguasa atau wakilnya mengikut keadaan semasa.

PP 13

In document DOKUMEN SEBUT HARGA BAGI (halaman 34-38)