• Tiada Hasil Ditemukan

Peringkat 6 dan 7 SSM: Perubahan yang Diingini dan Boleh Dicapai serta Tindakan untuk Menambah Baik Situasi Bermasalah

4.3. PERMASALAHAN DARIPADA ANALISIS SOAL SELIDIK

4.3.4. Ulasan dan Kesimpulan

risalah, brosur, pamplet, indek, soal selidik, melawat tapak kajian, kamus, jurnal, dairi dan abstrak.

LM Tahap 3:

Orang yang celik maklumat dapat menilai maklumat dan proses pencarian maklumat secara kritikal dan cekap.

i. Mereka dapat menentukan keaslian maklumat;

ii. Mereka boleh menilai maklumat yang diperolehi berguna, relevan dan sahih;

iii. Mereka mempunyai kriteria tersendiri untuk menilai maklumat dan

iv. Mereka bertindak balas dan menyemak semula strategi pencarian sekiranya perlu.

Pelajar telah dapat

membandingkan maklumat daripada sumber yang berbeza.

a. Untuk menilai sesuatu maklumat, pelajar akan mendapatkan maklumat daripada sumber yang pelbagai tetapi cenderung kepada bahan cetak . b. Pelajar kurang melihat

keautoiritian pengarang untuk menilai kesahihan sesuatu maklumat dan

c. Terdapat pelajar yang menyatakan mereka tidak pasti sama ada maklumat itu sahih atau tidak.

LM Tahap 4:

Orang yang celik maklumat akan mengurus maklumat yang telah dikumpul.

i. Mereka merekod maklumat berserta sumbernya;

ii. Mereka menyusun, mengklas dan menyimpan maklumat dan

iii. Mereka mudah untuk mendapat kembali maklumat.

a. Pelajar telah menyusun maklumat mengikut kategori pendahuluan, isi dan penutup.

b. Pelajar kurang merekodkan petikan yang diambil dan c. Pelajar kurang menyimpan

sumber-sumber maklumat yang diperolehi.

LM Tahap 5:

Orang yang celik maklumat akan menganalisa,

i. Mereka menggunakan maklumat secara efektif dan kreatif;

ii. Mereka mengulas (termasuk

a. Pelajar telah merumus maklumat yang diperolehi dengan isu-isu semasa dan dengan menggunakan ayat

mengolah dan mengaplikasikan maklumat untuk membina konsep-konsep dan pemahaman baru seterusnya

menjadikannya ilmu pengetahuan baru.

mengkritik) pengetahuan dan pemahaman yang baru secara efektif;

iii. Mereka menggabung jalin dan mengaplikasikan maklumat untuk membina konsep dan pemahaman baru;

iv. Mereka menghargai dan meminati jenis-jenis kesusasteraan lain;

v. Mereka menyedari kepentingan maklumat dalam masyarakat demokratik;

vi. Mereka bekerjasama dengan pelbagai pihak bagi mengenalpasti permasalahan maklumat dan mencari penyelesaianya dan

vii. Mereka mengambil bahagian yang efektif dalam sesebuah kumpulan untuk tujuan mencari dan menjana maklumat.

sendiri.

b. Pelajar telah merujuk kamus bagi mendapatkan istilah yang sebenar.

c. Pelajar kurang mengkritik maklumat yang tidak sahih berdasarkan maklumat yang benar.

d. Pelajar kurang menghasilkan maklumat baru bagi

membetulkan maklumat yang tidak sahih dan

e. Tidak ramai pelajar yang mencari maklumat untuk memasuki peraduan menulis atau syarahan.

LM Tahap 6:

Orang yang celik maklumat mengamalkan tingkah laku yang beretika terhadap maklumat dan teknologi maklumat.

i. Mereka membuat rujukan kepada bahan-bahan maklumat yang diguna;

ii. Mereka memaparkan kenyataan rujukan dalam teks laporan;

iii. Mereka menghindari amalan plagiat serta peniruan dan iv. Mereka mengakses,

memperolehi, menyimpan dan menyebarkan serta menggunakan maklumat

a. Pelajar kurang untuk menulis rujukan/bibliografi terhadap sumber-sumber yang

digunakan.

b. Pelajar kurang membuat petikan dalam teks.

c. Terdapat pelajar menyalin sahaja maklumat yang diperolehi tanpa mengubah sedikit pun dan

d. Pelajar keliru untuk

menentukan cara penulisan

berupa teks, data, imej dan bunyi secara sah.

petikan dan rujukan yang betul.

Dapatan ini menunjukkan bahawa kebanyakan pelajar telah mempunyai asas LM iaitu mereka telah memiliki komputer (88.6%) dan pernah menggunakan Internet (89.4) (Jadual 4.5). Menurut Tengku Mohd Azman (1997), komputer akan membantu individu mengenalpasti keperluan, memberi arahan atau pengajaran yang sesuai mengikut peringkat masing-masing, memantau dan melaporkan kemajuan, menjadi alat untuk menganalisis data, menulis laporan dan melayari internet untuk mendapatkan maklumat bagi meningkatkan pengetahuan. Mereka juga telah menunjukkan perilaku LM tahap 1, 2, 3, 4 dan 5, namun perilaku LM ini adalah di tahap rendah. Berdasarkan cara-cara pengumpulan maklumat pelajar di Jadual 4.9 dan permasalahan yang dikemukakan oleh pelajar di Jadual 4.15 jelas menunjukkan bahawa mereka masih belum mempunyai kemahiran untuk mengesan maklumat yang diperlukan. Dalam membuat penilaian maklumat, mereka masih memerlukan pendedahan yang betul berkaitan kaedah penilaian maklumat yang sebenar (Jadual 4.17 dan 4.18). Mereka juga masih belum berkemahiran untuk menyusun, menulis dan mempersembahkan maklumat secara efektif, (Jadual 4.10, 4.11 dan 4.12). Mereka juga kurang menghasilkan idea-idea baru untuk dikongsi bersama (Jadual 4.16). Mereka hanya berupaya menyampaikan semula apa yang telah dinyatakan dalam bahan yang mereka gunakan.

Hasil analisis soal selidik ini juga telah mendapati bahawa pelajar belum menguasai perilaku LM tahap 6. Kebanyakan mereka kurang mengamalkan etika dalam mengguna dan mempersembahkan maklumat. Berdasarkan Jadual 4.22, dapatan soal selidik telah dikategorikan kepada tiga iaitu tinggi, sederhana dan rendah. Kategori tinggi bermaksud

penampilan LM pelajar sangat baik. Kategori sederhana bermaksud pelajar ada menampilkan LM tetapi tidak menyeluruh manakala kategori rendah pula bermaksud pelajar sangat sedikit menampilkan LM atau langsung tidak menampilkan LM. Oleh itu Jadul 4.22 jelas memperlihatkan perincian tahap LM pelajar di tahap yang rendah.

Jadual 4.22: Tahap LM Pelajar Sekolah Menengah.

Tahap LM Ciri-Ciri LM Hasil Kajian

Rendah Sederhana Tinggi LM Tahap 1

i. Mereka faham dan minat terhadap keperluan maklumat;

ii. Mereka faham tentang tujuan, kepentingan dan skop keperluan maklumat;

iii. Mereka dapat menentukan bentuk dan batasan/had sesuatu maklumat yang diperlukan dan

iv. Mereka mempunyai kaedah yang sesuai

untuk mencari maklumat.

LM Tahap 2

i. Mereka membina dan melaksanakan strategi pencarian yang efektif;

ii. Mereka berusaha mencapai kecemerlangan dalam pencarian maklumat dan

iii. Mereka sentiasa menggunakan pelbagai sumber maklumat, teknologi maklumat dan perkakasan (peranti) untuk mengakses maklumat.

LM Tahap 3

i. Mereka dapat menentukan keaslian maklumat;

ii. Mereka boleh menilai sama ada maklumat yang diperolehi berguna, relevan dan sahih;

iii. Mereka mempunyai kriteria tersendiri untuk menilai maklumat dan

iv. Mereka bertindak balas dan menyemak strategi pencarian sekiranya perlu.

LM Tahap 4

i. Mereka merekodkan maklumat tersebut berserta sumbernya;

ii. Mereka menyusun, mengklas dan menyimpan maklumat dan

iii. Mereka mudah untuk mendapat kembali maklumat.

LM Tahap 5

i. Mereka menggunakan maklumat secara efektif dan kreatif;

ii. Mereka mengulas (termasuk mengkritik)

pengetahuan dan pemahaman yang baru itu secara efektif;

iii. Mereka menggabung jalin dan mengaplikasikan maklumat untuk membina konsep dan pemahaman baru;

iv. Mereka menghargai dan meminati jenis-jenis kesusasteraan lain;

v. Mereka menyedari kepentingan maklumat dalam masyarakat demokratik;

vi. Mereka bekerjasama dengan pelbagai pihak bagi mengenalpasti permasalahan maklumat dan mencari penyelesaianya dan

vii. Mereka mengambil bahagian yang efektif dalam sesebuah kumpulan untuk tujuan mencari dan menjana maklumat.

LM Tahap 6

i. Mereka membuat rujukan kepada bahan-bahan maklumat yang diguna;

ii. Mereka memaparkan kenyataan rujukan dalam teks laporan;

iii. Mereka menghindari amalan plagiat serta peniruan dan

iv. Mereka mengakses, memperolehi, menyimpan dan menyebarkan serta menggunakan maklumat berupa teks, data, imej dan bunyi secara sah.

Tinggi = penampilan LM pelajar sangat baik.

Sederhana = pelajar ada menampilkan LM tetapi tidak menyeluruh

Rendah = pelajar sangat sedikit menampilkan LM atau langsung tidak menampilkan LM

4.4. PERMASALAHAN DARIPADA ANALISIS KANDUNGAN KERJA KURSUS