• Tiada Hasil Ditemukan

Peringkat 6 dan 7 SSM: Perubahan yang Diingini dan Boleh Dicapai serta Tindakan untuk Menambah Baik Situasi Bermasalah

4.4. PERMASALAHAN DARIPADA ANALISIS KANDUNGAN KERJA KURSUS KAJIAN SEJARAH TEMPATAN (KST) PELAJAR

4.4.8. Ulasan dan Kesimpulan

Hasil analisis kandungan kerja kursus KST apabila dibandingkan dengan Kerangka Literasi Maklumat Penyelidik (KLMP) adalah seperti Jadual 4.25 berikut:

Jadual 4.25: Hasil Analisis Kerja Kursus KST

Tahap LM Ciri-Ciri LM Hasil Analisis Kerja Kursus KST

LM Tahap 1:

Orang yang celik maklumat

menyedari keadaan yang memerlukan maklumat dan dapat menjurus kepada keperluan tersebut.

i. Mereka faham dan minat terhadap keperluan maklumat;

ii. Mereka faham tentang tujuan, kepentingan dan skop keperluan maklumat;

iii. Mereka dapat menentukan bentuk dan batasan/had sesuatu maklumat yang diperlukan dan

a. Pelajar telah dapat menentukan topik kajian, isi kandungan dan penghargaan dengan jelas.

b. Pelajar tidak dapat menulis objektif kajian dengan tepat.

c. Objektif kajian tidak boleh diukur, terlalu umum dan tidak jelas

d. Ojektif kajian yang tidak dilaporkan dalam teks.

e. Pelajar tidak menggunakan kaedah

iv. Mereka mempunyai kaedah yang sesuai untuk mencari maklumat.

kajian yang sesuai.

f. Kaedah kajian tidak dilaporkan dalam teks.

g. Pelajar keliru dengan konsep dan penggunaan kaedah kajian.

h. Pelajar tidak menyatakan persoalan, kepentingan dan batasan kajian (tidak termasuk dalam format penghasilan bahan LPM).

LM Tahap 2:

Orang yang celik maklumat akan mengakses maklumat yang diperlukan secara efektif dan efisiyen.

i. Mereka membina dan melaksanakan strategi pencarian yang efektif;

ii. Mereka berusaha mencapai kecemerlangan dalam pencarian maklumat dan iii. Mereka sentiasa

menggunakan pelbagai sumber maklumat, teknologi maklumat dan perkakasan (peranti) untuk mengakses maklumat.

a. Sumber rujukan pelajar adalah terhad. Ia hanya tertumpu kepada buku, majalah, surat khabar dan Internet.

b. Pelajar menjadikan buku teks dan buku rujukan PMR sebagai sumber rujukannya.

c. Pelajar salah tafsir sumber maklumat. Contoh melawat muzium sebagai melawat tempat kajian sedangkan kajiannya berkaitan peristiwa 13 Mei.

LM Tahap 3:

Orang yang celik maklumat dapat menilai maklumat dan proses pencarian maklumat secara kritikal dan cekap.

i. Mereka dapat menentukan keaslian maklumat;

ii. Mereka boleh menilai sama ada maklumat yang diperolehi berguna, relevan dan sahih;

iii. Mereka mempunyai kriteria tersendiri untuk menilai maklumat dan

iv. Mereka bertindak balas dan menyemak semula strategi pencarian sekiranya perlu.

a. Pelajar mengambil sumber maklumat di Internet tanpa menilai kesahihannya. Contoh pelajar mengambil bahan dari blogsport dan geocities.

b. Terdapat sumber maklumat yang tidak berkaitan dengan tajuk dikepilkan bersama

LM Tahap 4:

Orang yang celik

i. Mereka merekod maklumat berserta sumbernya;

a. Pelajar tidak merekodkan sumber asalnya pada maklumat yang

maklumat akan mengurus maklumat yang telah dikumpul.

ii. Mereka menyusun, mengklas dan menyimpan maklumat dan

iii. Mereka mudah untuk mendapat kembali maklumat.

diperolehi.

b. Pelajar tidak cuba mendapatkan sumber asal. Contoh pelajar menyatakan sumber maklumat yang diperolehi dari Arkib Negara.

c. Pelajar kurang menyenaraikan sumber maklumat yang diperolehi.

d. Pelajar tidak menyusun maklumat mengikut kategori tertentu (pendahuluan, isi, penutup)

LM Tahap 5:

Orang yang celik maklumat akan menganalisa, mengolah dan mengaplikasikan maklumat untuk membina konsep-konsep dan pemahaman baru seterusnya menjadikannya ilmu pengetahuan baru.

i. Mereka menggunakan maklumat secara efektif dan kreatif;

ii. Mereka mengulas (termasuk mengkritik) pengetahuan dan pemahaman yang baru secara efektif;

iii. Mereka menggabung jalin dan mengaplikasikan maklumat untuk membina konsep dan pemahaman baru;

iv. Mereka menghargai dan meminati jenis-jenis kesusasteraan lain;

v. Mereka menyedari kepentingan maklumat dalam masyarakat demokratik;

vi. Mereka bekerjasama dengan pelbagai pihak bagi mengenalpasti permasalahan maklumat dan mencari penyelesaianya dan

vii. Mereka mengambil bahagian

a. Pelajar hanya menggunakan garis

panduan LPM dalam

pengembangan teks masing-masing.

b. Garis panduan LPM ditulis sebagai topik-topik kecil tanpa dikaitkan dengan tajuk

c. Terdapat pelajar yang “cut and paste” atikel di Internet ke dalam tulisannya.

d. Terdapat pelajar yang meniru hasil kajian rakan.

e. Pelajar menulis kembali perkataan, ayat dan perenggan dari sumber asal tanpa menggunakan ayat sendiri atau membuat petikan di dalam teksnya.

f. Terdapat pelajar yang membuat petikan tetapi tidak lengkap.

g. Terdapat pelajar yang tidak membuat pendahuluan dan penutup dalam penulisan teksnya Kurang pelajar yang menggunakan graf, carta, jadual, rajah dalam mempersembahkan kerja kursus.

yang efektif dalam sesebuah kumpulan untuk tujuan mencari dan menjana maklumat.

h. Pelajar tidak memasukkan gambar, peta, lambang dalam teks wlaupun bahan mencukupi. (Arahan LPM supaya menjadikan gambar, peta, lambang sebagai lampiran sahaja) i. Pelajar gagal merumus hasil

penulisannya dengan baik

j. Pelajar tidak memberikan cadangan-cadangan dan pendapat dalam kajiannya (tidak termasuk dalam format penghasilan bahan LPM).

k. Pelajar tidak menggunakan idea hasil kajiannya ketika mengarang esei.

l. Kebanyakan esei yang dihasilkan pelajar adalah sama.

LM Tahap 6:

Orang yang celik maklumat mengamalkan tingkah laku yang beretika terhadap maklumat dan teknologi maklumat.

i. Mereka membuat rujukan kepada bahan-bahan maklumat yang diguna;

ii. Mereka memaparkan kenyataan rujukan dalam teks laporan;

iii. Mereka menghindari amalan plagiat serta peniruan dan iv. Mereka mengakses,

memperolehi, menyimpan dan menyebarkan serta menggunakan maklumat berupa teks, data, imej dan bunyi secara sah.

a. Ada gambar, lambang dan peta yang dimasukkan dalam teks tetapi tidak mempunyai kapsyen.

b. Terdapat pelajar yang tidak menyenaraikan sumber maklumat yang digunakan dalam senarai rujukan kajiannya.

c. Pelajar menulis senarai rujukan dengan gaya penulisan yang pelbagai.

d. Pelajar menulis senarai rujukan dengan gaya penulisan yang salah dan tidak lengkap.

e. Pelajar menulis senarai rujukan daripada sumber maklumat sebagai senarai rujukannya.

f. Senarai rujukan pelajar berbeza dengan sumber maklumat yang

disimpan.

g. Sumber rujukan pelajar tidak di catat di dalam teks.

Daripada jadual 4.25 jelas memperlihatkan bahawa KKS yang dihasilkan oleh pelajar belum mempamerkan tahap LM yang dikehendaki. Dapatan ini menunjukkan bahawa kebanyakan pelajar masih belum menguasai keseluruhan tahap LM yang dinyatakan. Tahap LM yang mereka kuasai hanya di tahap menentukan topik, menulis isi kandungan dan penghargaan sahaja iaitu tahap LM paling asas. Mereka masih memerlukan pendedahan dan bimbingan yang menyeluruh bagi menguasai keseluruhan tahap-tahap LM. Ini adalah bagi memastikan KKS yang dihasilkan adalah bercirikan LM sepenuhnya.

Untuk itu juga, pihak Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) perlu mengambil kira beberapa perkara-perkara berkaitan persoalan, kepentingan dan batasan kajian serta cadangan-cadangan untuk kajian akan datang untuk dimasukkan dalam format penghasilan KKS. Ini kerana perkara-perkara tersebut merupakan sebahagian daripada kaedah penghasilan KKS yang bercirikan LM.

Berdasarkan Jadual 4.26, dapatan analisis laporan KST juga telah dikategorikan kepada tiga iaitu tinggi, sederhana dan rendah. Kategori tinggi bermaksud penampilan LM pelajar sangat baik. Kategori sederhana bermaksud pelajar ada menampilkan LM tetapi tidak menyeluruh manakala kategori rendah pula bermaksud pelajar sangat sedikit menampilkan LM atau langsung tidak menampilkan LM. Oleh itu Jadul 4.26 jelas menunjukkan bahawa tahap LM yang diterapkan dalam penghasilan kerja kursus KST adalah di tahap rendah.

Jadual 4.26: Tahap LM dalam Penghasilan Kerja Kursus KST

Tahap LM

Ciri-Ciri LM Hasil Kajian

Rendah Sederhana Tinggi LM Tahap 1

i. Mereka faham dan minat terhadap keperluan maklumat;

ii. Mereka faham tentang tujuan, kepentingan dan skop keperluan maklumat;

iii. Mereka dapat menentukan bentuk dan batasan/had sesuatu maklumat yang diperlukan dan

iv. Mereka mempunyai kaedah yang sesuai untuk mencari maklumat.

LM Tahap 2

i. Mereka membina dan melaksanakan strategi pencarian yang efektif;

ii. Mereka berusaha mencapai kecemerlangan dalam pencarian maklumat dan

iii. Mereka sentiasa menggunakan pelbagai sumber maklumat, teknologi maklumat dan perkakasan (peranti) untuk mengakses maklumat.

LM Tahap 3

i. Mereka dapat menentukan keaslian maklumat;

ii. Mereka boleh menilai sama ada maklumat yang diperolehi berguna, relevan dan sahih;

iii. Mereka mempunyai kriteria tersendiri untuk menilai maklumat dan

iv. Mereka bertindak balas dan menyemak strategi pencarian sekiranya perlu.

LM Tahap 4

i. Mereka merekodkan maklumat tersebut berserta sumbernya;

ii. Mereka menyusun, mengklas dan menyimpan maklumat dan

iii. Mereka mudah untuk mendapat kembali maklumat.

LM Tahap 5

i. Mereka menggunakan maklumat secara efektif dan kreatif;

ii. Mereka mengulas (termasuk mengkritik) pengetahuan dan pemahaman yang baru itu secara efektif;

iii. Mereka menggabung jalin dan mengaplikasikan maklumat untuk membina konsep dan pemahaman baru;

iv. Mereka menghargai dan meminati jenis-jenis kesusasteraan lain;

v. Mereka menyedari kepentingan maklumat dalam masyarakat demokratik;

vi. Mereka bekerjasama dengan pelbagai pihak bagi mengenalpasti permasalahan maklumat dan mencari penyelesaianya dan

vii. Mereka mengambil bahagian yang efektif dalam sesebuah kumpulan untuk tujuan mencari dan menjana maklumat.

LM Tahap 6

i. Mereka membuat rujukan kepada bahan-bahan maklumat yang diguna;

ii. Mereka memaparkan kenyataan rujukan dalam teks laporan;

iii. Mereka menghindari amalan plagiat serta peniruan dan

iv. Mereka mengakses, memperolehi, menyimpan dan menyebarkan serta menggunakan maklumat berupa teks, data, imej dan bunyi secara sah.

√ Tinggi = penampilan LM pelajar sangat baik.

Sederhana = pelajar ada menampilkan LM tetapi tidak menyeluruh

Rendah = pelajar sangat sedikit menampilkan LM atau langsung tidak menampilkan LM

4.5. PERMASALAHAN DARIPADA ANALISIS DOKUMEN SKIMA