• Tiada Hasil Ditemukan

Variasi Tema dan Kreativiti

In document NOVEL-NOVEL TERPILIH AZIZI HAJI ABDULLAH: (halaman 96-103)

BAB 3: PENGARANG DAN KEPENGARANGAN AZIZI HAJI ABDULLAH

3.5 Variasi Tema dan Kreativiti

Selain tema keagamaan yang diangkat dalam karyanya, Azizi juga turut mengupas tema dan persoalan derita anak yatim dengan ibunya yang lumpuh. Melalui cerpen Beruk, Azizi berjaya melukis perwatakan Alias seorang anak yatim yang memelihara beruk untuk menolongnya mengambil upah memanjat pokok kelapa orang kampung bagi menampung sara hidup bersama ibunya yang lumpuh. Disebabkan kedaifan keluarganya maka Alias sering ponteng sekolah dan tanpa usul periksa gurunya amat marah dan telah menampar Alias dan tamparan tersebut mengena telinga Alias dan akibatnya telinga Alias terasa amat bengang sekali. Alias tidak ke sekolah dan hal ini memaksa Cikgu Sunan menziarahi Alias ke rumahnya lantaran perasaan kesal yang menyelubungi dirinya. Ketika Cikgu Sunan ingin melihat bengkak dan nanah yang keluar dari telinga Alias, beruknya menyangka bahawa cikgu Sunan mahu memukul tuannya lalu bertindak mengiggit tangan Cikgu Sunan. Puas Alias memujuk agar beruknya itu melepaskan tangan cikgu Sunan tetapi tidak berjaya. Akhirnya Alias terpaksa mebunuh beruknya kesayangannya demi menyelamatkan gurunya itu. Di sini Azizi berjaya meninggalkan kesan keharuan dalam kalangan pembaca setelah selesai membaca cerpen ini. Hal ini demikian kerana sifat hormat Alias kepada gurunya walaupun pada masa yang sama beruk yang banyak berjasa kepada keluarganya menjadi korban. Azizi berjaya memaparkan fenomena hidup masyarakat yang mahu menuntut ilmu tetapi pada masa yang sama terpaksa berusaha mencari nafkah buat keluarga demi mengisi perut.

Selain memerihalkan kehidupan keluarga, Azizi juga turut mengisahkan tentang kehidupan manusia dengan haiwan. Melalui cerpen “Kucing”, Utusan Zaman, 6 November 1966, Azizi menggarap perihal sebuah keluarga yang menderita akibat

keluarganya apatah lagi keadaan suami yang lumpuh menyebabkan Misah terpaksa menanggung tanggungjawab sebagai ketua keluarga hinggakan beliau mengambil keputusan untuk menyerahkan Zaki yang merupakan anak lelakinya yang masih menyusu kepada Hj Dahlan bagi mendapatkan wang untuk membayar yuran peperiksaan anaknya Fatimah. Namun peristiwa Misah membuang ketiga-tiga ekor anak kucing dari rumahnya ekoran ketiadaan makanan menyebabkan Misah insaf lantaran melihat ibu kucing yang tidak berhenti-henti mengiau siang dan malam mencari anak-anaknya. Akhirnya secara psikologi Misah sedar bahawa kasih sayang antara ibu dan anak kandungnya memang tidak boleh dipisahkan sama sekali. Azizi mengakhiri cerpen ini dengan peristiwa Misah berjumpa kembali dengan Haji Dahlan untuk meminta kembali anaknya itu kerana tidak sanggup berpisah kasih dengan anaknya sendiri.

Pada saat kerajaan begitu lantang dengan slogan 1 Malaysia yang melihat peripentingnya kehidupan masyarakat yang berbilang kaum agar hidup aman dan harmoni di negara kita ini, Azizi ternyata telah terlebih dahulu mengungkapkan isu perpaduan ini melalaui cerpennya “Gelong”, Dewan Sastera, Jun 1999. Azizi telah mengemukakan satu semangat perpaduan yang erat yang diwakili oleh Morty yang merupakan bekas buruh di Jabatan Saliran dan anak-anaknya yang berbangsa India berjiran dengan karim yang merupakan seorang bekas askar. Mereka hidup dengan aman dan harmoni dan mereka sama-sama mengusahakan kebun sayur. Moas yang merupakan anak Karim berkawan baik dengan Billy anak Morty. Kedua-dua mereka mempunyai sikap yang sama iaitu malas untuk ke sekolah sekiranya hujan turun. Bagi Karim dan Morty pula hujan yang turun berterusan itu menyebabkan mereka tidak dapat ke kebun dan bimbang akan kebun mereka yang akan dinaiki air. Semangat kerjasama

jelas dilihat dalam cerpen ini apabila Morty dan Karim sama-sama membina benteng di sepanjang kawasan kebun mereka untuk mengelakkan banjir memusnahkan hasil tanaman mereka itu. Moas dan Billy turut tidak ketinggalan membantu kerja-kerja pembinaan benteng itu dengan hati yang sangat seronok.

Sekali lagi, pengkaji melihat bahawa Azizi begitu bijak bermain dengan emosi pembaca lalu mengundang perasaan simpati yang amat kuat dalam cerpen ini apabila disebabkan hujan yang tidak berhenti-henti maka karim keluar untuk memeriksa benteng penahan banjir yang mereka bina dan didapati terdapat rekahan yang membolehkan benteng tersebut pecah dan Karim berusaha untuk menahan benteng tersebut daripada pecah. Morty pula ketika itu tidak dapat membantu kerana demam dan tugasnya diambil alih oleh Billy dalam membantu Karim menahan pintu gelong dari rempuhan air banjir. Malangnya, tenaga manusia tidak mampu untuk menahannya dan Karim pula tergelincir sewaktu cuba bertahan lalu beliau cedera. Dengan tenaga kanak-kanak, Billy tetap berusaha untuk menahan pintu gelong daripada pecah. Karim pula semakin lemah dan ketika Billy berjaya menahan pintu gelong daripada pecah ketika itu Karim pula sudah tidak bernyawa lagi. Ketika itu Moas terkejut apabila melihat Billy menangis di atas dada ayahnya yang sudah kaku.

Pengkaji juga mendapati kecenderungan Azizi ketika berkarya ialah beliau gemar sekali memerihalkan mengenai dunia orang tua yang dilihat sangat sinonim dengan jiwa beliau. Melalui novel Sangeetha membawa khalayak pembaca menelusuri tentang hubungan manusia tua dalam jalinan cinta yang luar biasa dan cinta yang

tidak dizahirkan seperti cinta muda mudi hari ini. Selepas kematian suaminya iaitu Viralal kehidupan Sanggetha begitu sepi sekali walaupun harta yang ditinggalkan oleh suaminya tidak habis dimakan oleh dirinya seorang. Namun demikian kehadiran Derus, mantan posmen sebagai seorang pembantu yang setia menyebabkan perhatian Sangeetha terarah dan tertarik kepada Derus. Cinta mereka dilahirkan melalui muzik, tabla, dalga dan gambus. Keunikan novel ini juga dapat digali melalui gambaran latar ceritanya yang merupakan sebuah rumah usang yang agak tua usianya, Sangeetha sendiri juga wanita India yang tua, Derus lelaki Melayu yang tua, watak-watak sampingannya juga tua seperti Meena adik Sangeetha, Mamat, Karim, Hussein juga yang tua, keadaan pintu pagar yang tua, sangkar burung yang tua jelas memperlihatkan dunia dan kehidupan tua yang sama sekali tidak menarik. Namun hasil ‘pertukangan’

Azizi yang arif bermain dengan jiwa dan perasaan telah berjaya memancing emosi pembaca untuk membaca novel ini hingga selesai.

Siti Hajar Che Man melalui kertas kerjanya semasa Seminar Pemikiran Azizi Hj Abdullah, telah berjaya membongkar rahsia Sangeetha yang antara lainnya menemui bahawa Sangeetha ialah sebuah persatuan yang tidak mementingkan keuntungan seperti Society for Indian Classical Music St. Loise, Missouri, USA. Sanggetha juga diasosiasikan kepada Tamil Actress Gallery atau Sangeetha Tamil Movie Songs. Pada dasarnya Sangeetha merupakan musik yang memberi gelaran “title awarded to an expert Carnatic Musician by the Music academy of Chennai. It is one of the highest honours a Carnatic Musician can received. Umpamanya Indrajit Benerjee yang menerima gelaran Sangeetha kerana beliau dinobatkan sebagai “A” grade artist of th All India radio, Ustaz Rashid Khan disebut sebagai “the young maestro, is one of the

leading torch-bearers of Indian classical music dan Unni Krishnan, beliau pula mahir membuat susunan muzik dari klasikal muzik kepada semi-classical.

Begitulah kehebatan dan kebijaksanaa Azizi menggarap Sangeetha dalam novel Sangeetha. Beliau berjaya menterjemahkan karakter Sangeetha seolah-olah beliau memahami erti Sangeetha, just ini turut dipersetujui oleh ru penceritaannya selari dengan erti Sangeetha dalam konteks global dan fahaman masyarakat India.

Konklusinya, Sangeetha is actually all about music or music of love yang sangat harmoni. Hanya pengarang yang berfikir sahaja berjaya untuk mengajak masyarakat untuk sama-sama berfikir akan susur galur kehidupan masyarakat orang tua ini.

Melalui novel Daerah Beta, pengkaji melihat kemampuan Azizi berkarya sangat universal kerana melalui tema yang diangkat dalam novel ini ternyata beliau bukan omong-omong kosong malah banyak penyelidikan yang dilakukan terlebih dahulu sebelum menghasilkan novel yang hebat ini. Tema novel ini jelas sekali memerihalkan alam sekitar yang merupakan isu semasa yang boleh diicarakan oleh mana-mana pengarang sekalipun. Uniknya di sini apabila dalam novel ini isu alam sekitarnya tertumpu kepada sebuah kilang dan kilangnya pula bukan kilang-kilang biasa seperti kilang papan, kilang ubat, kilang biskut tetapi sebuah kilang memproses sisa kimia yang sangat berbahaya dalam kehidupan manusia.

Penonjolan watak yang gigih, kuat dan penuh iltizam dalam memperjuangkan

lain di seluruh negara. Watak May yang digambarkan sebagai wanita yang sarat mengandung, lemah namun sanggup mengetuai orang kampung berarak ke makhamah.

Tragisnya pengakhiran novel ini apabila May akhirnya mati ketika pembedahan dilakukan keatasnya manakala anaknya pula selamat. Namun akibat sisa radioaktif yang sudah bersarang dalam badan May menyebabkan anaknya cacat dan tidak dapat dipegang seperti bayi normal yang lain. Lalu anaknya yang diberi nama Muhammad Beta terpaksa ditinggalkan di hospital untuk terus menerima rawatan.

Sekali lagi pengarang telah dengan suksesnya membicarakan tentang sisa radioaktif secara terperinci dengan istilah kimia yang dikemukakan dengan baik seolah-olah penulisnya seorang ahli sains yang begitu lama belajar tentang ilmu sains nukleur.

Hal ini jelas sekali memperlihatkan daya kreatif Azizi yang tinggi walaupun beliau hanya mempunyai latar belakang pendidikan agama namun mampu menerokai dunia sains dan menerapkan dalam novelnya dengan baik dan sangat menyakinkan pembaca.

Proses kreatif yang dilalui oleh Azizi Hj Abdullah menjelaskan kepada khalayak bahawa beliau merupakan seorang penulis yang sering merujuk kepada penyelidikan dan pemerhatian terhadap alam sekitar serta pengalaman diri untuk menghasilkan genre seperti cerpen, novel dan drama. Hal ini turut diakui oleh pandangan daripada para sarjana, pengkaji dan pengkritik sastera tanah air terhadap hasil karya Azizi Hj Abdullah ini. Menurut Shahnon Ahmad, (dipetik daripada Maharam mamat dan Mashitoh Yaacob, 2002:1) berpendapat bahawa Azizi Hj Abdullah berupaya menghidupkan unsur alam sekitar lalu memberi ilham kepada sasterwan yang gemar memperluas asosiasi persekitaran dan kemanusiaan dalam karya. Maka tidak

mustahillah novel Seorang Tua di Kaki Gunung yang dihasilkan oleh Azizi ini berjaya meraih hadiah kedua Sayembara menulis Novel anjuran Sabah-GAPENA pada 1981.

In document NOVEL-NOVEL TERPILIH AZIZI HAJI ABDULLAH: (halaman 96-103)