• Tiada Hasil Ditemukan

(1)PENGARUH MODENISASI TERHADAP PERSEMBAHAN TARIAN IGAL-IGAL DI PANTAI TIMUR, SABAH

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Share "(1)PENGARUH MODENISASI TERHADAP PERSEMBAHAN TARIAN IGAL-IGAL DI PANTAI TIMUR, SABAH"

Copied!
56
0
0

Tekspenuh

(1)PENGARUH MODENISASI TERHADAP PERSEMBAHAN TARIAN IGAL-IGAL DI PANTAI TIMUR, SABAH. SRIMANDARWATI BINTI BUDI. IJAZAH SARJANA MUDA PENGAJIAN WARISAN DENGAN KEPUJIAN UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN. 2022. FYP FTKW. IGAL:.

(2) FYP FTKW IGAL: PENGARUH MODENISASI TERHADAP PERSEMBAHAN TARIAN IGAL-IGAL DI PANTAI TIMUR, SABAH. oleh. SRIMANDARWATI BINTI BUDI C18A0429. Laporan projek penyelidikan diserahkan untuk memenuhi keperluan bagi Ijazah Sarjana Muda Pengajian Warisan dengan Kepujian 2022.

(3) Saya dengan ini mengesahkan bahawa kerja yang terkandung dalam tesis ini adalah hasil penyelidikan yang asli dan tidak pernah dikemukakan untuk ijazah tinggi kepada mana-mana Universiti atau institusi.. ✔. TERBUKA. SEKATAN. Saya bersetuju bahawa tesis boleh didapati sebagai naskhah keras atau akses terbuka dalam talian (teks penuh) Saya bersetuju bahawa tesis boleh didapati sebagai naskhah keras atau dalam teks (teks penuh) bagi tempoh yang diluluskan oleh Jawatankuasa Pengajian Siswazah Dari tarikh _____ sehingga ______. SULIT. (Mengandungi maklumat sulit di bawah Akta Rahsia Rasmi 1972). TERHAD. (Mengandungi maklumat terhad yang ditetapkan oleh organisasi di mana penyelidikan dijalankan). Saya mengakui bahawa Universiti Malaysia Kelantan mempunyai hak berikut. Tesis adalah milik Universiti Malaysia Kelantan. Perpustakaan Universiti Malaysia Kelantan mempunyai hak untuk membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian.. Sri Tandatangan Penyelia. Tandatangan 980817125104 No. Kad Pengenalan Tarikh : 20 Februari 2022. Nama Penyelia : PM KHAIRIL ANWAR DEAN Tarikh : 22 Februari 2022. i. FYP FTKW. PERAKUAN TESIS.

(4) Pertama sekali, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kaseh kepada Puan Nur Athmar binti Hashim selaku penyelaras bagi subjek Projek Penyelidikan 1 (CFT 3124) kerana memberi taklimat penerangan tentang projek penyelidikan semasa permulaan sem 6. Sejuta penghargaan juga kepada penyelia saya iaitu Prof Madya Khairil Anwar Dean bin Hj. Kamarudin kerana beliau memberi tunjuk ajar kepada saya semasa saya menjalankan penyelidikan ini. Tidak lupa juga kepada pihak institusi, Fakulti Teknologi Kratif dan Warisan (FTKW) Universiti Malaysia Kelantan kerana memberi peluang kepada saya menjalankan kajian ini dari segi prosedur dalam penyelidikan. Selain itu, ucapan terima kasih juga ditujukan kepada kedua-dua ibu bapa kerana sentiasa memberi sokongan moral dan galakan sepanjang saya melakukan penyelidikan ini sehingga selesai. Ucapan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada informan saya yang sudi meluangkan masa dan memberikan kerjasama dalam penyelidikan ini. Ribuan terima kasih juga diberikan kepada rakan-rakan saya, iaitu Siti Zahira bt Sulong@Zakaria, Siti Nadhirah bt Zulkifli dan Siti Nadzirah bt Yusoff yang sudi membantu saya semasa saya membuat penyelidikan. Begitu juga ucapan terima kasih kepada rakan-rakan sekelas yang turut bersama-sama membantu saya dalam berkongsi maklumat antara satu sama lain dalam penyelidikan ini. Akhir sekali, ucapan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam memeberikan idea dan bantuan untuk menyiapkan kajian ini. Semoga kajian ini dapat memberikan panduan yang berguna kepada masyarakat serta pengguna yang lain. ii. FYP FTKW. PENGHARGAAN.

(5) Konsep tarian Igal adalah sebuah tari tradisi bagi masyarakat di kawasan Pantai Timur, Sabah khasnya masyarakat Bajau. Keharmonian dan keseimbangan tarian Igal terhadap pengaruh modenisasi telah mencetuskan kreativiti dalam masyarakat ini. Sehubungan dengan itu, kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti teknik seni tarian Igal-Igal dan mengkaji kesan pengaruh modenisasi dalam seni tarian Igal-Igal dalam kalangan etnik Bajau Pantai Timur, Sabah terutama di kawasan daerah Semporna. Penyelidikan ini menggunakan kaedah kualitatif iaitu pengumpulan data berdasarkan kaedah temu bual, membuat kajian pustaka dan rujukan untuk mendapatkan maklumat dengan lebih terperinci. Melalui kerjasama daripada informan, dapat menghuraikan teknik pergerakan uatama atau asas tarian Igal dan kesan pengaruh yang dapat dilihat pada hari ini. Akhir sekali, tujuan kajian ini dijalankan adalah memberi pendedahan kepada masyarakat lain tentang keunikan warisan Tarian Igal yang popular bagi masyarakat Bajau di kawasan Pantai Timur, Sabah.. iii. FYP FTKW. ABSTRAK.

(6) The concept of Igal dance is a traditional for the community in the East Coast, Sabah, especially the Bajau community. The harmony and balance of Igal dance against the influence of modernization has sparked creativity in this society. This study aims to identify the techniques of Igal-Igal dance techniques and examine the effect of the influence of modernization with the Igal-Igal dance art of Bajau ethnic group of East Coast, Sabah, especially in Semporna. The research uses a qualitative method that is data collection based on interviews and literature review for information in more detail. Through the cooperation of the informantas can describe the main movement techniques or the basics of Igal dance and the effects of influence that can be seen today. Finally, the purpose of this study is to provide exposure to other communities about the uniqueness of the heritage Igal dance which is popular for the Bajau community in the East Coast, Sabah.. iv. FYP FTKW. ABSTRACT.

(7) BAB. 1. PERKARA. MUKA SURAT. SURAT PERAKUAN TESIS. i. PENGHARGAAN. ii. ABSTRAK. iii. ABSRTRACT. iv. SENARAI KANDUNGAN. v. PENDAHULUAN. 2. 1.0. Pengenalan. 1. 1.1. Latar belakang kajian. 2. 1.2. Permasalahan kajian. 4. 1.3. Persoalan kajian. 5. 1.4. Objektif kajian. 5. 1.5. Lokasi Kajian. 5. 1.6. Skop kajian. 6. 1.7. Kepentingan kajian. 6. 1.8. Rumusan bab. 7. SOROTAN KAJIAN 2.0 Pengenalan. 8. 2.1 Penjelasan Istilah. 8. v. FYP FTKW. SENARAI KANDUNGAN.

(8) 3. 8. 2.1.2. Persembahan igal-igal. 9. 2.1.3. Definisi igal-igal. 10. 2.1.4. Orang Bajau. 10. 2.1.5. Sabah. 11. 2.1.6. Kawasan pantai timur, sabah. 11. 2.2. Kajian Lampau berkenaan persembahan tarian Igal-Igal. 13. 2.3. Rumusan bab. 14. METODOLOGI KAJIAN 3.0. Pengenalan. 15. 3.1. Metodologi Kajian. 15. 3.2 Kedah Kualitatif. 16. 3.3 Pengumpulan data kajian. 17. 3.3.1 Kaedah temu bual. 17. 3.3.2 Kajian pustaka. 18. 3.3.3 Kaedah rujukan internet. 18. 3.4 Rumusan bab. 19. vi. FYP FTKW. 2.1.1 Definisis modenisasi.

(9) DAPATAN KAJIAN 4.0 Pengenalan. 20. 4.1 Tenik Seni Tarian Igal-Igal Etnik Bajau Pantai Timur, Sabah. 22. 4.2 Kesan Pengaruh Modenisasi Dalam Seni Tarian Igal-Igal Etnik Bajau Pantai Timur, Sabah. 5. 28. PERBINCANGAN, CADANGAN DAN KESIMPULAN 5.0 Pengenalan. 39. 5.1 Perbincangan. 39. 5.2 Cadangan. 42. 5.3 Kesimpulan. 44. RUJUKAN. 46. vii. FYP FTKW. 4.

(10) PENDAHULUAN 1.0. PENGENALAN Tujuan kajian ini untuk mengkaji tahap pelaksanaan kajian perkembangan seni tarian Igal-Igal yang dipengaruhi oleh arus kemodenan pada hari ini. Bab 1 ini membincangkan latar belakang kajian. Kemudian, sub topik seterusnya menjelaskan berkenaan permasalahan kajian, persoalan kajian, objektif kajian, skop kajian dan kepentingan kajian. Ianya memberi gambaran mengenai tujuan penyelidikan terhadap persembahan tarian Igal-Igal dijalankan. Bab ini diakhiri dengan rumusan bab.. 1. FYP FTKW. BAB 1.

(11) LATAR BELAKANG KAJIAN Kajian ini tertumpu kepada salah satu etnik di negeri Sabah iaitu etnik Bajau. Etnik Bajau yang majoritinya tinggal di kawasan Pantai Timur, Sabah yang tertumpu kepada penduduk di daerah Semporna. Sehubungan dengan itu, ia menjadikan pemilihan fokus kajian untuk mengenali dan memahami seni tarian etnik ini dengan lebih baik. Tambahan pula, ianya merupakan salah satu seni tari yang begitu terkenal di Sabah. Seni tarian sesebuah kaum amat penting bagi melambangkan sesuatu kaum tersebut. Bagi kaum Bajau, tarian Igal-Igal adalah suatu lambang kepada kaum mereka. Tarian igal-igal juga mula menjadi sebuah persembahan yang menarik bagi kaum-kaum lain untuk dipersembahkan. Pergerakan tarian yang dipersembahkan sangat unik dan memiliki keistimewaan tersendiri berbanding kaum-kaum lain. Akibat daripada perubahan zaman yang amat ketara sekitar adad ke-21 menjadikan adat ini berkembang dan terpancar luas dari segi pakaian, lagu, peralatan muzik dan gaya persembahan. Tarian ini juga diiringi bunyi-bunyi muzik yang dihasilkan daripada alat muzik tradisional seperti gong, tambul dan kulintangan. Namun, pada masa kini alat dan irama muzik telah diubah suai mengikut peredaran zaman. Tarian ini pum telah mendapat sentuhan moden dengan diiringi oleh alat muzik keyboard. Irama muzik iringan telah digubah daripada irama instrument tradisioanal kepada irama lagu-lagu Hindustan, dangdut dan lagu-lagu popular Barat yang berentak rancak. Globalisasi yang membuatkan masyarakat sentiasa terdedah kepada perkembangan yang berlaku dalam pelbagai aspek kehidupan. Pengaruh budaya. 2. FYP FTKW. 1.1.

(12) mengaplikasikan apa yang diperhatikan tersebut. Pengaruh budaya luar sangat mempengaruhi. pemikiran. generasi. muda. untuk. bertindak. dalam. mengaplikasikan sesuatu yang baharu. Oleh itu, satu kajian dijalankan untuk mengenalpasti teknik persembahan dan mengkaji kesan-kesan pengaruh modenisasi dalam seni warisan tarian Igal-Igal. Kajian ini penting untuk meninjau ke arah persediaan generasi kini dalam mempertahankan warisan persembahan tarian Igal-Igal ini.. 3. FYP FTKW. luar kuat mempengaruhi generasi muda dan akan cepat bertindak.

(13) PERMASALAHAN KAJIAN Permasalahan kajian ini dilakukan untuk mengetahui adat turun-temurun tarian Igal-Igal yang ditarikan oleh masyarakat Bajau di Pantai Timur, Sabah. Sorotan kajian lampau mendapati penyelidik memberi perhatian dalam mengkaji peranan dan amalan tarian Igal-Igal (Hanafi Husin, 2008; Hafzan Zannie, 2003; Humin Jusilin, et Al. 2017). Manakala kajian daripada Saidatul Norhanis (2018) mengkaji mengenai teknik mengalai dalam persembahan tarian Igal-Igal. Menurut Hafzan Zannie (2003), kemajuan penggunaan teknologi seperti televisyen, saluran astro dan telefon telah menjadi satu faktor perubahan terhadap etnik Bajau khusunya cara kehidupan mereka. Perkembangan teknologi juga membawa perubahan kepada gaya persembahan budaya mereka. Selain itu, cara pemakaian baju tradisional juga turut dipengaruhi oleh arus permodenan. Baju adat tradisi etnik Bajau pada asalnya hanya berwarna hitam namun hari ini terlihat begitu banyak jenis warna pada baju adat tradisi ini. Gaya persembahan tarian ini juga sering dikaitkan dengan aktiviti ritual keagamaan namun perubahan zaman dan pengaruh Islam menjadikan tarian Igal-Igal hanya dipersembahkan ketika majlis keramaian. Oleh itu, kajian ini juga dijalankan untuk meninjau sejauhmana perkembangan dan perubahan seni persembahan tarian Igal-Igal pada zaman dulu hingga sekarang kesan daripada pengaruh kemodenan.. 4. FYP FTKW. 1.2.

(14) Sehubungan dengan itu, dapat dirumuskan persoalan kajian seperti berikut: I.. Apakah teknik seni tarian Igal-Igal etnik Bajau Pantai Timur, Sabah?. II.. Apakah kesan pengaruh modenisasi dalam seni tarian Igal-Igal etnik Bajau Pantai Timur, Sabah?. 1.4 OBJEKTIF KAJIAN Setiap etnik atau komuniti sesebuah negara atau tempat. Berikut adalah merupakan beberapa objektif yang digariskan dan menjadi asas dalam memudahkan pelaksanaan kepada kajian ini: I.. Mengenalpasti teknik seni tarian Igal-Igal etnik Bajau Pantai Timur, Sabah.. II.. Mengkaji kesan pengaruh modenisasi dalam seni tarian Igal-Igal etnik Bajau Pantai Timur, Sabah.. 1.5 LOKASI KAJIAN Lokasi kajian di kawasan Pantai Timur, Sabah dan tertumpu kepada etnik Bajau di daerah Semporna.. Peta 1: Kawasan Daerah Semporna 5. FYP FTKW. 1.3 PERSOALAN KAJIAN.

(15) Sesuai dengan kajian ini, skop kajian tertumpu kepada suku kaum masyarakat Bajau di kawasan Pantai Timur, Sabah kerana tarian Igal-Igal merupakan salah satu tarian yang begitu popular bagi suku kaum mereka. Kajian juga dilakukan berdasarkan maklumat yang diberikan oleh responden. Perpustakaan Universiti Malaysia Kelantan menjadi rujukan dalam mencari dan menambah maklumat tambahan kajian seperti buku ilmiah, artikel dan sebagainya. Skop kajian juga menumpukan kepada beberapa aspek yang dikenalpasti daripada kesan pengaruh kemodenan dalam Tarian Igal-Igal ini. 1.7 KEPENTINGAN KAJIAN Kepentingan kajian yang dapat disimpulkan: i. Kajian ini diharapkan dapat diperkenalkan kepada umum tentang wujudnya tarian Igal-Igal yang menjadi salah satu seni tari yang terdapat di Malaysia di mana tarian ini hanya dipersembahkan oleh etnik Bajau. Khasnya generasi muda etnik Bajau juga diharapkan dapat mengekalkan seni tarian Igal-Igal yang merupakan tradisi warisan nenek moyang mereka. ii. Hasil daripada kajian ini juga membolehkan pihak-pihak berkuasa tempatan dapat mengambil kira dan melaksanakan polisi dalam memelihara salah satu warisan turun-temurun etnik Bajau agar kepupusan tarian tradisi ini dapat diminimumkan. iii. Menyediakan satu panduan atau rujukan kepada orang awam khasnya masyarakat Bajau dan pengkaji sosio-budaya dalam mengetahui realiti aspek modenisasi dalam persembahan Tarian Igal-Igal.. 6. FYP FTKW. 1.6 SKOP KAJIAN.

(16) Sebagai rumusan, kajian bab 1 meliputi pendahuluan kajian yang merangkumi pengenalan, latar belakang kajian, permasalahan kajian, persoalan kajian, objektif kajian, skop kajian dan kepentingan kajian. Segala penilaian maklumat yang berkaitan dengan perancangan kajian akan dimasukkan ke dalam kajian bab 1.. 7. FYP FTKW. 1.8 RUMUSAN BAB.

(17) 2.0. PENGENALAN Sorotan kajian merupakan kajian maklumat berdasarkan kajian-kajian lepas melalui buku ilmiah, artikel, perpustakan, kajian kes dan lain-lain. Kajian bab 2 ini merangkumi penjelasan dan pandangan daripada tokoh-tokoh tertentu dan kajian yang telah dilakukan oleh para sarjana. Ia meliputi konsep seni warisan tarian Igal-Igal yang menghadapi permasalahan dalam perkembangan arus modenisasi.. 2.1. PENJELASAN ISTILAH Penjelasan istilah ini menerangkan maksud-maksud yang ada di dalam tajuk yang dikaji dengan lebih jelas. Penjelasan istilah ini juga bertujuan untuk memahami kajian dengan persefektif yang berbeza seperti mana yang dikehendaki sesuatu kajian. Ia dapat membantu para pembaca memahami dengan jelas tentang segala persoalan yang dibincangkan. Dalam kajian ini, beberapa definisi digunakan. Berikut merupakan definisi kepada tajuk kajian yang dipilih ‘Pengaruh Modenisasi Terhadap Persembahan Tarian Iga-Igal di Kawasan Pantai Timur, Sabah’’. 2.1.1. Definisi Modenisasi Menurut. Budiarjo. (2003). pula,. modenisasi. merupakan. perubahan sosial yang menyeluruh terhadap semua aspek seperti perubahan daripada sudut ekonomi, politik dan idealogi. Proses ini mempunyai dua komponen iaitu modeniti sebagai asas material kepada modenisasi dan modernism iaitu gagasan idealogi yang mengiringi fenomena modenisasi. 8. FYP FTKW. BAB 2 - SOROTAN KAJIAN.

(18) modenisasi adalah pembangunan rancangan yang distrukturkan dengan pendekatan. kepada. ekonomi. tertentu. dan. dibezakan. dengan. pembangunan yang tidak dirancang yang disinonimkan dengan pembaratan. 2.1.2. Persembahan tarian Igal-Igal Persembahan Igal-Igal pada asalnya merupakan ritual mengalai yang menjadi satu amalan tradisi perubatan bagi masyarakat Bajau. Ritual ngalai adalah satu kaedah rawatan untuk merawat penyakit yang berpunca daripada gangguan makhluk halus atau kuasa ghaib. Memandangkan zaman dahulu tiada doktor moden yang mengubati penyakit tersebut maka bomoh yang dipercayai akan menyembuhkan penyakit ini dan digelar ‘doktor’. Kaedah mengalai menggunakan komunikasi antara bomoh dengan makhluk halus dan persembahan tarian dalah satu langkah dalam proses penyembuhan ini. (Saidatul Norhanis, 2018) Pada masa kini, tarian Igal-Igal hanya dipersembahkan ketika majlis perkahwinan sebagai hiburan kepada tetamu yang hadir. Tarian Igal-Igal yang ditarikan semasa perkahwinan akan dijadikan sebagai satu pertandingan. Pertandingan tersebut mewakili dari setiap kampung yang berlainan sebagai simbol kehadiran orang kampung tersebut. Wakilwakil ini digelar pengalai yang akan diberikan sagu hati berbentuk wang yang akan diselitkan di jari-jemari penari Igal-Igal. Pemberian wang. 9. FYP FTKW. Menurut Shamsul Amri Baharuddin (2007), mengatakan.

(19) terhibur dengan persembahan pengalai tersebut. (Fisabella John, 2015) Menurut Hafzan Zannie (2018) Tarian Igal-Igal memiliki pelbagai jenis nama mengikut etnik Bajau seperti Igal Limbai atau Limbayan yang berasal daripada Bahasa Suluk, Igal Tabawan daripada Bahasa Bajau Ubian, dan Igal Lellang yang dipercayai satu tarian daripada proses ritual Panangsang. 2.1.3. Definisi Igal-Igal Menurut kamus Bahasa Melayu, Igal iaitu mengigal bermaksud menegakkan dan mengembangkan bulu ekor. Sejarah perkataan Igal diambil daripada “eagle” iaitu helang dan gerak tari Igal-Igal juga menyerupai gerakan helang yang terbang. Tarian ini juga dikenali sebagai tarian ‘helang laut’. Gerak tari yang anggun meniru gerakan helang yang menjadi simbolik orang Bajau Semporna. Pada zaman dahulu, igal-igal dipanggil ‘Asik’ namun apabila berlakunya peredaran zaman maka tarian ini dikenali dengan nama ‘Pengalai’ bagi masyarakat Suluk dan ‘Igal’ bagi masyarakat Bajau di Pantai Timur Sabah.. 2.1.4. Orang Bajau Orang Bajau merupakan kaum bumiputera asal yang kedua terbesar di Sabah. Mereka merupakan suku kaum yang terkenal dengan khazanah budaya dan juga warisan. Orang Bajau dapat diklasifikasikan kepada dua kelompok utama, iaitu etnik Bajau di pantai timur Sabah yang kebanyakan menduduki kawasan sekitar daerah Kudat, Sandakan, Lahad Datu, Kunak, Tawau dan Semporna, manakala etnik Bajau pantai 10. FYP FTKW. tersebut tidak tetap jumlahnya dan bergantung kepada penonton yang.

(20) Kota Belud. Dua lokasi penempatan yang telah menjadi tumpuan utama kepada etnik Bajau di Sabah ialah Semporna (pantai timur) dan Kota Belud (pantai barat) (Saidatul Nornis, Halina Sendera, Mohammad Shauki & Mohd Rizal, 2012). Dari segi taburan lokasi, petempatan komuniti Bajau dapat dibahagikan kepada dua bahagian iaitu di Pantai Barat Sabah khususnya di Kudat, Tuaran, Kota Kinabalu dan Papar, manakala di Pantai Timur pula, komuniti ini tertumpu di Lahad Datu, Semporna dan Tawau (Saidatul et al., 2012). Menurut statistik Jabatan Perangkaan (2010), terdapat lebih daripada 3,206,742 orang penduduk di negeri Sabah. Komuniti Bajau mewakili 14% daripada keseluruhan jumlah penduduk di Sabah. Ini menunjukkan komuniti Bajau adalah etnik kedua terbesar selepas suku kaum Kadazan (Shalawati et al., 2014). 2.1.5. Sabah Sabah mempunyai keluasan 73,620 km persegi dan dinamakan Borneo Utara pada zaman penjajahan. Dibahagikan kepada 5 bahagian pentadbiran iaitu Tawau, Sandakan, Kudat, Pantai Barat dan pendalaman di Kota Kinabalu. Bandar utama di Sabah ialah Tawau, Semporna, Lahad Datu, Sandakan, Ranau, Kudat, Kota Marudu, Kota Belut, Tuaran, Keningau, Beufort dan Sipitang. Istilah ‘Sabah’ sudah wujud sebelum Borneo Utara ditubuhkan dan memiliki asal ususl yang berkaitan dengan hubungan masyarakat 11. FYP FTKW. barat menduduki kawasan di sekitar daerah Putatan, Tuaran, Papar dan.

(21) peristiwa bersejarah yang telah memeberi impak dalam sejarah Sabah. Sultan Abdul Mumin, pemerintah Brunei tahun 1877 telah menabalkan Baron Gustove von Overbeck dengan gelaran ‘Maharaja Sabak’. Bunyi ‘Sabak’ terhasil daripada tulisan jawi namun ejaannya ialah ‘Sabah’ oleh pihak Inggeris semasa pelantikan rasminya iaitu ‘Maharaja of Sabah’. (Namri Sidek,2020) 2.1.6. Kawasan Pantai Timur, Sabah Kawasan Pantai Timur, Sabah meliputi kawasan Semporna, Kunak, Tawau dan Lahad Datu. Masyarakat yang kebanyakan mendiami kawasan tersebut adalah masyarakat Bajau Laut. Suku kaum ini diberikan nama ‘Badjau’ oleh Marco Polo sebagai kaum yang mahir dalam kehidupan laut dan tinggal dalam perahu. (Fisabella John, 2015). 12. FYP FTKW. mereka dengan Kesultanan Melayu Brunei. Terdapat salah satu.

(22) KAJIAN LAMPAU BERKENAAN PERSEMBAHAN TARIAN IGAL-. IGAL Hasil daripada sorotan kajian yang telah dijalankan mendapati banyak kajian lampau yang membri perhatian kepada topik berkaitan amalan dan peranan tarian Igal-Igal. Antara kajian lampau berkenaan persembahan tarian Igal-Igal melalui amalan dan peranan dalam rawatan penyembuhan (Hanafi Husin, 2008; Humin Jusilin et.al 2017; Saidatul Norhanis 2018). Terdapat juga kajian berkenaan persembahan tradisional di daerah Semporna (Hafzan Zanni Hamza, 2003); kajian berkenaan tarian Igal dalam adat istiadat perkahwinan Bajau Laut (Fisabella John, 2015). Kajian lampau mendapati masyarakat Bajau Laut mempunyai pelbagai amalan ritual termasuklah ritual perawatan yang menjadi pegangan generasi ke genarasi masyarakat mereka. Contohnya Humin Jusilin et. Al, (2017) mengkaji elemen persembahan tarian yang menjadi penghubung antara dunia realiti dengan dunia ghaib dengan menumpukan persembahan Panangsang dalam ritual. yang. dilakukan.. Manakala. Syamsul. Azizul. et.. Al,. (2020). mendokumentasikan ritual perawatan tradisional etnik Bajau di Sabah dengan tuntutan syariat Islam yang tertumpu kepada ritual ngalai. Ini menjelaskan bahawa kebanyankan persembahan tarian Igal-Igal pada asalnya sebuah ritual perawatan bagi masyarakat Bajau Laut dan telah menjadikan maklumat yang ada lengkap dan lebih terperinci. Selain itu, terdapat juga kajian lampau yang membincangkan berkenaan tarian Igal-Igal ditarikan semasa majlis keramaian khasnya majlis perkahwinan. Antaranya menerangkankan berkenaan tarian Igal-Igal dipersembahkan sebagai. 13. FYP FTKW. 2.2.

(23) diberikan akan diberikan sagu hati daripada tetamu yang terhibur dengan persembahan tarian mereka. (Fisabella John, 2015). Manakala Hafzan Zanni (2018), menjelaskan persembahan tarian Igal-Igal bagi etnik Bajau merupakan sebuah adat tradisi turun-temurun bagi masyarakat mereka. Kesimpulannya, terdapat banyak sorotan kajian lampau membincangkan persembahan tarian Igal-Igal dalam pelbagai konteks seperti amalan ritual perawatan, sebagai hiburan ketika majlis keramaian dan sebagai adat tradisi masyarakat Bajau. Namun begitu, masih kurang penyelidikan lampau yang cuba mengkaji terhadap pengaruh modenisasi dalam persembahan tarian Igal-Igal ini.. 2.3. RUMUSAN BAB Dalam bab 2, dapat dirumuskan tentang definisi modenisasi, latar belakang persembahan tarian Igal-Igal, definisi Igal-Igal dan taburan penduduk khasnya masyarakat Bajau di kawasan pantai Timur, Sabah. Dalam kajiankajian yang dilakukan oleh para sarjana didapati sejarah dan makna persembahan tarian Igal-Igal mempunyai banyak andaian. Oleh itu, setiap pendapat ini dianalisis untuk memberikan pendapat yang tepat mengenainya.. 14. FYP FTKW. satu pertandingan untuk memeriahkan majlis tersebut. Para pengalai juga akan.

(24) METODOLOGI KAJIAN 3.0. PENGENALAN Kaedah pengumpulan data berfokus pada sumber data. Sumber data yang diperolehi dalam kajian ini menggunakan kaedah temu bual, kajian pustaka dan kaedah rujukan internet. Bab ini diakhiri dengan rumusan bab.. 3.1. METODOLOGI KAJIAN Metodologi dapat didefinisikan sebagai reka bentuk kajian bersistematik yang membantu penyelidik merungkai persoalan kajian. Motodologi ialah langkah-langkah yang diambil untuk menjawab persoalan kajian dan objektif kajian. Pemilihan metodologo sangat penting kerana kaedah pengumpulan maklumat yang dijalankan mesti bersesuaian dengan persoalan dan objektif kajain. Pemilihan metodologi akan memeberi kesan kepada kualiti penyelidikan. (Creswell. 2009) Kajian ini dilakukan melalui kaedah kualitatif yang menunjukkan kebolehpercayaan dan pengesahan bagi setiap data. Setiap proses pengumpulan data dalam penyelidikan ini diperoleh melalui kaedah temu bual. Kaedah utama yang digunakan dalam penyelidikan ini ialah data diambil melalui hasil temu bual informan yang berpengalaman mengenai tarian Igal-Igal kemudian segala jawapan yang diberikan akan dianalis.. 15. FYP FTKW. BAB 3.

(25) KAEDAH KUALITATIF Kaedah kajian kualitatif adalah kaedah kajian yang dipilih untuk penyelidikan ini. Penyelidikan kualitatif mempunyai bentuk data yang tersendiri yang berbeza dengan penyelidikan kuantitatif. Data kualitatif ialah dalam bentuk temubual, pemerhatian, dan analisis dokumen. Nota lapangan dan diari pengkaji merupakan penyokong utama dalam mengesahkan kerja-kerja lapangan yang dijalankan dalam kajian kualitatif. (Kamarul Azmi, 2012) Data kualitatif berbentuk deskriptif, berupa kata-kata lisan atau tulisan tentang tingkah laku manusia yang dapat diamati (Taylor dan Bogdan, 1984). Data kualitatif terhasil daripada tiga jenis data sebagaibagai mana berikut (Patton, 1990): (1) Hasil pemerhatian: Huraian terperinci tentang situasi, kejadian, interaksi, dan tingkah laku yang diperhatikan di lapangan. (2) Hasil pembicaraan: kutipan langsung dari pernyataan orang tentang pengalaman, sikap, keyakinan, dan pemikiran mereka dalam kesempatan temu bual mendalam (3) Bahan tertulis: petikan atau keseluruhan dokumen, surat-menyurat, rakaman, dan kes sejarah. Sumber data primer bagi penyelidikan ini adalah informan. Informan merupakan sumber data yang berkaitan dengan pihak ketiga. Taiada halangan jumlah dan bentuk informan yang pasti dalam sifat keluasan reka bentuk kajian kualitatif. Pemilihan informan bergantung kepada kajian yang hendak dikumpulkan. Informan bole didapati berdasarkan: a. Bertanyakan kepada teman, keluarga atau kontak peribadi 16. FYP FTKW. 3.2.

(26) c. Menanyakan kepada badan berorganisasi Melalui cara ini, keseluruhan informan yang hendak dikaji dapat membantu dalam meningkatakn hasil penyelidikan ini. 3.3. PENGUMPULAN DATA KAJIAN Kaedah pengumpulan data berfokus pada sumber data. Sumber data yang diperolehi dalam kajian ini terbahagi kepada dua sumber iaitu data primer dan matlamat sekunder. 3.3.1. Kaedah Temu bual. Temubual terhadap beberapa orang yang mempunyai maklumat tentang kajian yang meliputi aspek-aspek yang ingin dikaji. Informan yang dipilih berdasarkan pengalaman yang mendalam tentang tarian Igal-Igal. Kaedah kajian ini juga dapat dijadikan sebagai sumber utama dalam kajian ini kerana maklumat yang akan diperolehi bukan sekadar berpandukan kepada rujukan semata-mata tetapi melibatkan maklumat temubual daripada golongan informan tersebut. Kaedah ini menggunakan temu bual yang terperinci berdasarkan garis panduan yang ditetapkan. Apa yang disebut oleh informan merupakan data penting kajian. Data yang relevean akan dicatatkan kata demi kata. Melalui kaedah ini seseorang pengkaji memperoleh kefahaman yang lebih meluas dan sempurna mengenaik topik yang dibincangkan. Pendekana kaedah kajian ini unik atas sebab: d. Responden yang kecil digunakan. 17. FYP FTKW. b. Terlibat bersama dengan masyarakat yang ingin dipelajari.

(27) jawapan informan dengan lebih terperinci. f. Dapat menjalankan pemerhatian terhadap respon yang diberikan. 3.3.2. Kajian Pustaka Data ini merupakan sumber maklumat yang amat penting kerana. diperlukan bagi menjelaskan tajuk kajian, mendapatkan fakta dan hasil penemuan yang telah dibuat daripada kajian yang lampau. Dalam kaedah pustaka, kaedah dokumentasi akan diaplikasikan dengan mendapatkan maklumat dan data melalui sumber sekunder dari e-perpustakaan. Kajian dilakukan dengan menyelidik ke atas dokumen kemudian menganalisis dan rekod. Kaedah ini dapat dikelaskan seperti berikut: Sumber data diperoleh daripada bahan-bahan bacaan seperti ensklopedia, bibliografi, buku, jurnal, dan majalah. Data sekunder adalah data sokongan dan berperanan sebagai memahami dengan lebih terperinci mengenai kajian yang dijalankan. 3.3.3. Kaedah Rujukan Internet . Kajian ini dibuat dengan menggunakan rujukan internet bagi mendapatkan makalumat kajian ini. Rujukan daripada sumber internet dapat membantu pengkaji untuk mengakses maklumat dengan lebih luas. Segala maklumat. yang. diperoleh. akan. dimasukkan ke dalam penyelidikan ini.. 18. dikumpul. dan. FYP FTKW. e. Pengkaji dapat memberikan keterangan maklumat disebalik.

(28) RUMUSAN BAB Sebagai rumusan, kaedah yang digunakan dalam membuat penyelidikan ini ialah kaedah temu bual dan kajian pustaka. Temu bual dilakukan dengan informan yang terpilih berdasarkan pengalaman tentang persembahan Igal-Igal. Kajian pustaka pula meliputi analisis terhadap teks, buku ilmiah dan rujukan internet.. 19. FYP FTKW. 3.4.

(29) DAPATAN KAJIAN 4.0 PENGENALAN Dalam bab ini, pengkaji akan mengemukakan segala dapatan dan analisis kajian dengan lebih terperinci. Dalam bab ini, setiap dapatan kajian dilakukan berdasarkan susunan objektif kajian iaitu: III.. Mengenalpasti teknik seni tarian Igal-Igal etnik Bajau Pantai Timur, Sabah.. IV.. Mengkaji kesan pengaruh modenisasi dalam seni tarian Igal-Igal etnik Bajau Pantai Timur, Sabah. Semasa menjalankan kajian ini, terdapat beberapa objektif yang tidak. dapat dijalankan melalui kaedah pemerhatian disebabkan beberapa faktor. Objektif yang dimaksudkan ialah objektif yang pertama iaitu mengenalpasti teknik seni tarian Igal-Igal etnik Bajau Pantai Timur, Sabah. Faktor ini disebabkan oleh bencana Covid-19 yang melanda di Malaysia membuatkan persembahan Igal-Igal tidak dapat dijalankan secara langsung. Bagi mengatasi masalah-masalah tersebut, pengkaji mendapatkan maklumat berkaitan objektif pertama melalui kajian lampau dan laporan daripada hasil temu bual bersama responden. Bagi objektif yang kedua, pengkaji menggunakan kaedah yang sama iaitu kaedah temu bual untuk mengetahui sejauhmana pengaruh terhadap tarian Igal-Igal ini berdasarkan pandangan reponden. Maklumat yang diperoleh daripada hasil temu bual dengan responden secara atas talian yng telah menambah pengetahuan yang berkaitan beberapa teknik asas tarian Igal, tradisi persembahan ritual bagi suku kaum Bajau 20. FYP FTKW. BAB 4.

(30) keagamaan dan sosial. Igal merupakan elemen penting dalam ritual dengan iringan muzik ensemble tagunggu. Dalam konteks asal persembahan Igal berkait rapat dengan kepercayaan rohani dan sosial masyarakat Bajau. Ritual persembahan Igal tidak lagi diamalkan secara meluas kerana mereka nampak bertentangan dengan ajaran Islam namun masih terdapat sebilangan kecil penduduk mengamalkan persembahan ritual Igal. Igal juga dilihat semkin berkembang dengan pergerakan baharu dan inovasi tatpi masih dapat dilihat bentuk-bentuk tarian asal.. 21. FYP FTKW. terdahulu dan aktiviti yang membentuk seni persembahan dalam konteks.

(31) SABAH. Dalam bahagian ini, pengkaji akan menerangkan teknik-teknik yang terdapat dalam tarian Igal. Diawal bahagian ini, pengkaji akan menerangkan beberapa pergerakan asas dalam tarian Igal. Seterusnya, pengkaji juga menerangkan teknikteknik gerakan tarian Igal-Igal. Memandangkan faktor pendemik Covid-19, pengkaji tidak dapat ikut serta untuk melihat sendiri cara pergerakan dalam tarian Igal. Bagi mengatasi masalah ini, pengkaji telah memilih beberapa keping gambar yang berkaitan dengan kajian dan maklumat yang lebih jelas mengenai teknik tarian Igal daripada responden. Seni tari merupakan gerakan berirama yang mengikuti alunan muzik dan irama tertentu. Gerakan merupakan unsur yang paling utama dalam seni tari. Gerakan perlu mengandung nilai estetika yang mampu mengekspreasikan perasaan, emosi dan ekpreasi jiwa. (Rizal Yogaswara, 2019) Teknik pergerakan Igal terbahagi kepada tiga yang utama iaitu bahu, kaki dan lengan. Ketiga-tiga bahagian badan ini sangat berkepentingan untuk menonjolkan keunikan tarian Igal ini. Bahu digerak-gerakkan untuk membantu penari melakukan sesebuah gaya tarian. Pergerakan lengan pula agak kompleks kerana gerak lembut lengan mempengaruhi keunikan dalam mengalai dan dianggap paling utama untuk melakukan tarian Igal-Igal. Tangan pula perlu dilentikkan untuk menimbulkan aksi lemah gemalai si penari. Tarian Igal memerlukan pergerakan bebas namun perlu mengekalkan kedudukan tubuh badan yang tegak. Sepanjang menari Igal, lutut akan dibengkokkan sedikit dan pinggul bergerak ke tepi sambil mengikut rentak pergerakan kaki.. 22. FYP FTKW. 4.1 TEKNIK SENI TARIAN IGAL-IGAL ETNIK BAJAU PANTAI TIMUR,.

(32) ketika menari. Bahu akan digerak-gerakkan dengan lemah-lembut mengikut rentak muzik. Pergerakan ini akan membezakan penari yang baik dengan penari lemah. Pergerakan bahu yang ditinggalkan sekali-sekala tidak membuatkan tarian Igal itu ‘salah’ atau ‘berbeza’ teknik ketika mengalai. Pergerakan bahu, tubuh badan, pinggul dan kedudukan lutut boleh dianggap sebagai gaya dan bukan sebahagian daripada struktur tarian Igal. Hal ini akan meningkatkan nilai estetika dalam tarian Igal ini. (Hafzan Zannie, 2014) Pergerakan Igal memiliki hubungan yang sedikit persamaan dengan tarian Tausug. Persamaan yang paling jelas ialah keadaan jari melengkung dan flexing namun dapat dikesan perbezaannya jika memahami estetika tarian. Ciri persamaan dalam sesebuah gaya tarian Igal dan tarian Tausung mencerminkan berlakunya persilangan budaya dan identiti serantau seni tradisonal.. Gambar 1 : Pergerakan tangan mengalai. 23. FYP FTKW. Pergerakan bahu sangat penting kerana penari akan menambah pelbagai gaya.

(33) FYP FTKW Gambar 2: Gambar pergerakan bahu Posisi kaki juga memerlukan perhatian utama. Penari akan mengengkekngengkek kaki sambil menjaga jarak kedua-dua kaki agar sentiasa dekat satu sama lain. Teknik gerakan mengengkek kaki bermula dengan kedudukan tumit bersama-sama jarijari kaki. Terdapat juga variasi pergerakan kaki selain mengengkek iaitu penari akan meletakkan kedudukan kaki kanan selari di hadapan kaki kiri secara mengiring. Penari juga akan mengengkek kaki sambil berputar-putar pada paksi sendiri. Lutut akan dibengkokkan manakala badan direndahkan untuk menampakkan lagi keayuan si penari. Pergerakan ini dianggap sebagai pergerakan yang paling asas untuk bergerak ke hadapan, ke belakang atau ke kiri dan kanan semasa mengalai. (Hafzan Zannie, 2014) Menurut Cik Nurshimah (ditemubual secara atas talian pada 3 Februari) penari tidak akan memakai apa-apa alas kaki ketika menari. Ketika menari, setiap langkah mesti berseret bagi menimbulkan gerakan yang cantik dan memberi keselesaan kepada penari ketika menari.. 24.

(34) FYP FTKW Gambar 3: Pergerakan kaki kanan mengengkek. Gambar 4: Pergerakan kaki kiri mengengkek Dalam tarian Igal, paling utama pada bahagian tubuh badan ialah lengan. Pergerakan lengan dapat dilihat apabila satu lengan dibengkokkan kearah tubuh badan manakala sebelah lengan lain ditinggikan kearah sisi badan. Pergelangan tanagn digerak-gerakkan dalam bentuk putaran ke dalam dan jari-jemari agak lentur sedikit.. 25.

(35) FYP FTKW Gambar 5: Pergerakan kedua-dua lengan. Gambar 6: Tubuh badan, bahu dan lengan digerakkan. Gambar 7: Telapak tangan berputar dan jari-jemari melentik. 26.

(36) yang lain untuk menambah nilai estetik dalam tarian Igal. Telapak tangan digerakkan dengan cara melambai-lambai perlahan dari sisi rendah ke sisi tinggi dan jari-jari perlu kekal lentur. Gerakan selain lengan ialah pada gerakan tapak tangan yang berputar sambil jari-jemari diletikkan. Istilah teknik gerakan tarian ini adalah bebas namun bagi masyarakat Bajau Laut hanya menganggap gerakan ini sebagai igalan atau teknik asas untuk menari Igal. Pergerakan lengan dan kaki merupakan teknik biasa yang mewakili urutan budaya pergerakan. Teknik ini digabungkan kemudian dipersembahkan secara serentak serta berurutan dan membentuk satu koreografi pergerakan tarian Igal-Igal. Koreografi Igal dalam persekitaran kampung kebiasannya spontan walau telah ditetapkan semasa persembahan. Tarian igal ketika majlis perkahwinan atau majlis tertentu, pergerakan tarian penari Igal terdiri daripada gerakan lengan dan kaki. Persembahan pentas festival Regatta Lepa pula, kumpulan tarian masuk ke pentas mengikut koreografer masingmasing.. 27. FYP FTKW. Kedua-dua telapak tangan akan berputar seiring dengan gerakan anggota tubuh.

(37) ETNIK BAJAU PANTAI TIMUR, SABAH. Dalam bahagian ini, pengkaji akan menjelaskan beberapa kesan yang dikenalpasti merupakan pengaruh modenisasi terhadap seni tarian Igal-Igal. Di awal bahagian ini, pengkaji akan menunjukkan ciri-ciri yang mengalami perubahan seiring dengan kehendak masyarkat setempat dan zaman. Hasil penerangan daripada responden berkenaan kesan pengaruh modenisasi terhadap seni tarian Igal-Igal. Menurut beliau, tarian Igal-Igal mengalami beberapa perubahan yang amat ketara seiring pengembangan teknologi terutama media baharu. Pengembangan teknologi dan media mengubah teknik berfikir masyarakat dan budaya setempat. Zaman berubah, kini persembahan tarian Igal yang wujud pada hari ini telah mengalami perubahan bukan sahaja aspek pemakaian kostum, mainan alat muzik tradisional, ia juga melibatkan gaya dan fungsi persembahan tarian tersebut. Menurut Puan Dayang Hasimah (ditumbual secara atas talian pada 12 Disember 2021) dan Rosnah binti Arani (ditemubual secara atas talian pada 31 Januari 2022), pemilihan kostum untuk persembahan tarian Igal sememangnya jelas perubahannya. Pada zaman dahulu, pakaian penari Igal terkenal dengan warna hitam manakala hiasan kostum ialah manik-manik yang berkilau. Sejarah pembuatan baju tradisi ini hanya berwarna hitam kerana pada masa itu kebanyakan kain yang dipakai berwarna hitam malah masyarakat Bajau juga belum mahir dalam meletakkan warna pada kain. Warna hitam dianggap sebagai lambang warna keaslian suku Bajau manakala warna kuning hanya dipakai bagi golongan atasan. Pemakaian kostum penari Igal-Igal terbahagi kepada 2 mengikut jantina pakaian penari Igal dikenali sebagai ‘Baju Ala Bimbang’.. 28. FYP FTKW. 4.2 KESAN PENGARUH MODENISASI DALAM SENI TARIAN IGAL-IGAL.

(38) pinggang atau ‘kambut’ manakala si penari Igal wanita pula akan mengenakan mahkota atau dipanggil ‘jabang/gandik/bungkah’ atau gelang berwarna keemasan selain perhiasan manik bulat pada baju. Turut menjadi adat resam untuk penari wanita Bajau, mereka perlu memakai sarung kuku atau ‘salung/janggai’ dan di bahagian hujung kuku palsu yang diletakkan manik-manik bagi menonjolkan lemah gemalai penari Igal-Igal ini. Perhiasan di jemari penari terdapat dua jenis. Bagi penari wanita muda lebih menyukai sarung kuku jenis tajam dan melentik manakala penari yang agak berusia memakai sarung kuku yang diperbuat daripada kayu. Kedaan zaman yang semakin kemodenan menjadikan pakaian tradisional tersebut menjadikan masyarakat Bajau menyediakan pelbagai warna bagi melambangkan kasta masyarakat namun masih mengekalkan coraknya.. Gambar 8: Janggai / Sarung kuku. 29. FYP FTKW. Bagi penari Igal lelaki, pakaian tradisional tarian Igal-Igal ialah tanjak dan tali.

(39) FYP FTKW Gambar 9: Gandik / Mahkota. Gambar 10: Bahagian depan baju Ala Bimbang penari wanita. 30.

(40) FYP FTKW Gambar 11: Gambar pakaian penari lelaki Selain itu, penggunaan alat muzik dan irama lagu telah diubah suai mengikut zaman. Pada zaman dahulu, semasa ritual penyembuhan dilakukan sesetengah jin perlu diadakan upacara Tagungguk. Upacara Tagungguk merupakan sejenis irama muzik tradisional. Tagunggu dipersembahkan oleh etnik Bajau Pantai Timur, Sabah menggunakan alat muzik tradisional yang terdiri daripada tambul, kulintangan dan gong. Tambul dalam seni muzik diklasifikasikan sebagai alat muzik membranofon. Kulintangan dan gong pula diklasifikasikan sebagai alat muzik idiofon. Alat muzik kulintangan merupakan sejenis alat perkusi daripada keluarga gong yang berbusut beruluran kecil. Kulintangan ini diperbuat daripada tembaga ataupun perunggu. Pekataan “Kulintangan” wujud akibat gabungan daripada perkataan kuli + tangan dan terhasil perkataan kulintangan disebabkan oleh cara sebutan itu sendiri. Masyarakat dahulu menciptakan kulintangan sebagai alat hiburan sahaja. Bentuknya hampir menyerupai Gong namun kulintangan ini lebih kecil saiznya berbanding dengan Gong. Kulintangan ini hanya diketuk mengikut saiznya yang terdiri daripada lapan 31.

(41) yang berbeza. Kulintangan ini akan diletakkan di atas sebuah rangka kayu yang rendah. Pemain Kulintangan ini akan duduk di lantai berhadapan dengan alat muzik. Bagi memukul Kulintangan ini kebiasaannya terdapat dua pemain yang mengunakan dua pemukul kayu.. Gambar 12: Kulintangan Gong/Agung merupakan sebuah alat muzik yang dipercayai berasal dari Kudat, Sabah. Gong terdiri daripada keluarga iodin dan diperbuat daripada gangsa ataupun besi. Gong ini berbentuk bulat dan mempunyai busut di tengah-tengah permukaan gong tersebut. Permukaan berbusut akan dipukul bagi menghasilkan bunyi gong.. Gambar 13: Gong/Agung Gendang/Tambul merupakan salah satu alat membranofon. Gendang diperbuat daripada kayu nangka ataupun kayu Merbau pada bahagian badan manakala bahagian 32. FYP FTKW. hingga sembilan kulintangan yang digunakan. Kulintangan ini mempunyai pic dan ton.

(42) memainkan peranan yang penting dalam alunan muzik mengalai ini. Fungsinya adalah untuk menyerikan lagi muzik itu sendiri.. Gambar 14: Gendang Keyboard adalah alat muzik yang biasanya digunakan untuk mengganti alat muzik tradisonal. Pada masa kini, seiring dengan kemajuan teknologi juga menjadikan tarian Igal-Igal diiringi oleh alunan alat muzik keyboard atau organ. Apabila penari berkenaan daripada golongan remaja, mereka lebih memilih alat muzik moden berbanding alat muzik tradisional. Golongan remaja lebih gemar memainkan muzik daripada Keyboard kerana alaunan yang agak rancak malah menarik minat anak-anak muda menari Igal berbanding alat muzik tradisonal. Alat muzik tradisnal semakin kurang dimainkan kerana kebanyakan melodi daripada alat muzik tradisional ini akan dikasetkan atau dimasukkan ke dalam Youtube dan dimainkan melalui aplikasi gajet sahaja. Terdapat juga kumpulan pemuzik cuba mengharmonikan irama tradisional dengan moden seperti irama Hindustan dan Barat. Irama yang agak popular dimainkan dalam kalangan masyarakat Bajau ialah Lampa-Lampa Pisang, Lolai dan Jenes.. 33. FYP FTKW. penghujung alat gendang diregangkan kulit kambing. Gendang ini sebenarnya tidaklah.

(43) FYP FTKW Gambar 15: Keyboard Di samping itu, zaman dahulu tarian Igal dipercayai terbahagi kepada beberapa jenis dan yang paling dikenali oleh masyarakat Bajau Laut iaitu Igal Limbayan dan Igal Tabawan. Tarian Igal-Igal ini paling kerap ditarikan dalam ritual Panangsang untuk berusaha memanggil semangat kuasa luar. Menurut Hanafi Hussin, 2012, perkataan Limbay berasal daripada Bahasa Suluk yang bermaksud melambaikan tangan. Dalam Bahasa Bajau bermaksud menguak tangan, siku dan keadaan baju seperti seekor burung yang terbang tinggi. Igal Tabawan merupakan gerakan yang menumpukan pergerakan tengkuk, pergelangan tangan, bahu, lengan, siku dan pergerkan kaki. Tarian Igal Tabawan ini hanya boleh ditarikan oleh wanita sahaja sebagai persembahan kepada Jin Randah. Perubahan zaman mempengaruhi cara persembahan tarian Igal. Cara persembahan tarian Igal-Igal biasanya dipersembahkan sama ada berkumpulan ataupun sendirian. Pergerakan tarian Igal-Igal ini tiada alat tambahan. Pergerakan tarian juga berbeza antara lelaki dan wanita. Pergerakan tarian bagi wanita adalah semua anggota badan seperti bahu, badan, pinggul dan kaki perlu digerak-gerakkan dengan lembut dan tangan pula harus dilentikkan bagi menimbulkan lemah gemalai si penari wanita. Penari lelaki pula cukup tangan, bahu dan kaki digerakkan semasa menari. Gerakan tari 34.

(44) menggerakkan tanggannya diikuti badan dan kaki. Ketika penyanyi mula bernyanyi maka si penari akan menaikkan tangannya separas dada dan mulalah mengalai. Tangan diluruskan kehadapan dan sebelahnya lagi berada di belakang kemudian tangan digerak-gerakkan secara berpusing dengan lembut. Ketika lagu sedang berdendang perlahan penari akan menari dengan gerakan badan yang agak lembut dan begitu juga sebaliknya. Persembahan tarian Igal-Igal kini lebih kepada hiburan untuk tetamu yang datang ke majlis-majlis tertentu seperti majlis perkahwinan. Persembahan Igal-Igal adalah terbuka kepada sesiapa sahaja. Terdapat elemen pertandingan dalam tarian ini. Pemenang dalam pertandingan itu ditetntukan kepada sesiapa yang mampu bertahan lama antara penyanyi dan penari. Penyanyi dikenali sebagai tukang Sangbay bagi masyarakat Suluk Bajau. Penyanyi dan penari akan menunjukkan kepakaran masingmasing. Sekiranya ada pihak yang berhenti sama ada penyanyi atau penari akan dianggap kalah oleh penonton. Alunan muzik tradisional akan mengiringi penari sama ada lelaki atau perempuan akan menari atau ‘mengalai’ di hadapan pelamin mempelai. Adakalanya. pengantin. lelaki. dan. pengantin. perempuan. akan. turut. serta. mempersembahkan tarian ini pada majlis persandingan mereka. Bagi penonton pula, mereka boleh menyelitkan wang pada setiap jari-jemari si penari. ‘Sabod’ merupakan gelaran kepada pemberian wang tersebut bagi masyarakat Bajau dan ‘Panji’ bagi masyarakat Suluk. Pemberian wang ini akan diberikan mengikut kemampuan dan keikhlasan penonton sebagai tanda hormat dan tanda terima kasih kepada penari yang telah menghiburkan para tetamu. Wang yang diberikan akan menjadi pemilik si penari dan boleh digunkan mengikut kehendak masing-masing.. 35. FYP FTKW. perlulah mengikut rentak lagu. Apabila muzik dimainkan si penari akan mula.

(45) FYP FTKW Gambar 16: Tetamu memberikan ‘sabod’ kepada penari Igal Peredaran zaman menjadikan sesetengah persembahan tarian berkenaan akan diiringi rakaman alunan muzik Bajau dan penari akan menari mengikut rentak lagu tersebut. Tarian ini juga telah dikomersialkan dengan mengadakan pertandingan sekolah dan sambutan Ragetta Lepa di Semporna, Sabah. Dalam pertandingan tarian Igal ini, paling utama dinilai adalah keunikan dari segi tarian. Menurut Cik Nurshimah, tarian akan dinilai mengikut rentak tarian dan kelembutan pergerakan badan. Selain itu, dinilai juga dari segi corak dan bentuk pakaian seperti dalam adat bajau baju berpasangan dengan skirt manakala adat Suluk bajau akan berpasangan dengan seluar. Penari juga dinilai dari segi keyakianan dan keceriaan ketika mempersembahkan tariannya.. 36.

(46) Perbandingan antara Persembahan Tarian Igal sebelum dan selepas abad ke 21 Perkara. Sebelum abad ke-20. Abad ke-21 hingga kini. Kostum. -. Pemakaian penari yang serba. -. Pakaian. penari. FYP FTKW. Jadual 1. yang. hitam dan dihiasi manik-. divariasikan. dengan. manik berwarna kekuningan.. pelbagai corak dan warna.. Alat Muzik. -. Penggunaan. alat. muzik -Tarian Igal yang diiringi muzik. tradisional (Tangunggu) yang daripada kaset dan keyboard. mengiringi tarian Igal-Igal.. 37.

(47) dipersembahkan. -. Persembahan. ritual. Igal. Tarian. FYP FTKW. Cara. Igal. yang. dipersembahkan. sebagai. (Panangsang) sebagai ritual. satu bentuk hiburan atau. perawatan gangguan daripada. pertandingan.. makhluk halus.. 38.

(48) PERBINCANGAN, CADANGAN DAN KESIMPULAN 5.0. Pengenalan Bab ini pengkaji menghuraikan perbincangan, memaparkan beberapa cadangan yang dapat dilaksanakan pada masa hadapan dan rumusan kajian keseluruhan. Fokus kajian ini mengenai kesan pengaruh modenisasi terhadap persembahan tarian Igal-Igal. Perbincangan hasil kajian dibincang berdasarkan persoalan kajian. Kemudian bab ini akan memaparkan cadangan yang bersesuaian untuk kajian lanjutan pada masa hadapan dan bab ini diakhiri dengan kesimpulan.. 5.1. PERBINCANGAN Bagi sub topik ini, perbincangan mengenai hasil kajian dilakukan berdasarkan kepada persoalan kajian yang dinyatakan pada bab pertama. Setelah melihat semula penulisan para sarjana terdahulu, menemuramah responden dari suku kaum Bajau Persoalan Kajian 1: Apakah Teknik Seni Tarian Igal-Igal Etnik Bajau Pantai Timur, Sabah Hasil daripada analisis yang dijalankan, beberapa teknik pergerakan tarian Igal telah dikenalpasti. Hasil kajian mendapati bahawa pergerakan tarian Igal adalah tidak membawa makna secara bebas namun tetap melibatkan gerak tangan, bahagian lengan, bahu, postur badan dan kaki sebagai utama pergerakan Igal. Pergerakan lengan dan pergerakan bahu perlu seiring dengan alunan muzik. Tangan juga 39. FYP FTKW. BAB 5.

(49) Pergerakan kaki pula akan mengengkek dan kedudukan tubuh badan direndahkan sedikit bagi menonjolkan keayuan si penari Igal. Permulaan muzik yang dimainkan, kedudukan tangan masih rendah tetapi perlu digerak-gerakkan. Ketika penyanyi mula menyanyi, kedudukan tangan si penari akan perlahan-lahan naik ke atas sambil melambai-lambai. Persoalan Kajian 2: Apakah Kesan Pengaruh Modenisasi Dalam Seni Tarian Igal-Igal Etnik Bajau Pantai Timur, Sabah. Pemilihan kostum agak ketara perubahannya terutama dari segi warna dan aksesori. Warna pakaian baju adat asli masyarakat Bajau asalnya bewarna hitam namun dilihat pada masa kini begitu banyak warna dikenakan untuk pakaian penari Igal. Dari segi pemilihan alat muzik juga lebih kepada melodi. yang rancak dan berlaku. pengubahsuaian melodi tradisonal dan moden. Peralatan muzik tradisional juga kurang dimainkan kerana generasi muda lebih memilih keyboard atau organ sebagai penganti alat muzik tradisonal Tagungguk. Cara persembahan juga sememangnya begitu jelas apabila tarian Igal dipersembahkan sebagai bentuk hiburan kepada tetamu yang hadir. Tarian Igal juga kurang dipersembahkan oleh masyarakat Bajau sebagai ritual pemujaan jin pada masa kini. Persembahan tarian Igal-Igal kini lebih kepada hiburan terutama ketika Festival Regatta Lepa. Igal merupakan artifak budaya yang didakwa sebagai wakil nilai dan norma budaya Bajau Laut. Kerajaan Negeri Sabah menerima tarian Igal selagi mematuhi Dasar Kebudayaan. 40. FYP FTKW. dilentikkan untuk menimbulkan lagi aksi lemah-gemalai si penari..

(50) dalam menekankan ciri-ciri budaya Bajau Laut yang perlu diwakili dalam konteks Seni Persembahan Malaysia. Pematuhan prinsip NCP menjadikan unsur ritual yang membentuk kesucian Igal telahpun diabaikan.. 41. FYP FTKW. Kebangsaan Malaysia (NCP) yang merangkumi beberapa prinsip teras.

(51) CADANGAN Kebanyakan masyarakat masih belum mengetahui dengan lebih mendalam persembahan tarian Igal. Malah masyarakat luar juga kurang mengetahui adat dalam persembahan tarian Igal disebabkan kurangnya pendedahan mengenai tarian ini. Terdapat cadangan yang boleh dikemukakan pengkaji bagi membuka mata masyarakat untuk mengenali tarian Igal-Igal. 5.2.1. Mengumpul segala sumber mengenai tarian Igal Melalui maklumat yang teah diperoleh, kajian ini dapat dicadangkan sebagai satu panduan kepada pihak atau agensi yang bertanggungjawab mengumpul segala maklumat berkenaan tarian Igal. Terdapat kekurangan daripada sumber rujukan tempatan berkaitan persembahan tarian Igal ini. Proses pengumpulan maklumat perlu disimpan, direkodkan dan didokumentasikan ke dalam pelbagai bentuk seperti audio, rakaman video dan dokumen yang berkaitan. Antara kelebihan dalam menyimpan segala rekod maklumat, ianya dapat membantu para penyelidik atau agensi bertanggungjawab dalam menambahbaikan pengurusan warisan budaya tarian Igal-Igal dan mengenal pasti faktor yang mengakibatkan tarian Igal semakin berubah dari zaman ke zaman.. 5.3.2. Peranan Kerajaan dan Organisasi Bukan Kerajaan (NGO) Kerajaan Negeri bekerjasama dengan Organisasi Bukan Kerajaan dalam menganjurkan program atau Festival seperti Regatta Lepa yang kebiasaannya diadakan setiap tahun. Regatta Lepa merupakan sebuah acara yang melibatkan pertandingan antara puteri42. FYP FTKW. 5.2.

(52) berkumpulan. Ketika musim pendemik Covid-19, Festival Regatta Lepa telah diubah kepada pertandingan tarian Igal secara atas talian. Setiap peserta yang terlibat akan menghantar klip video mereka di Facebook, Youtube atau platform digital sebagai penyertaan dalam pertandingan. Festival ini bersiaran selama 3 hari di platform Fb rasmi untuk memudahkan masyarakat yang tidak dapat hadir namun masih boleh melihat siaran festival Regatta Lepa secara langsung. Kesannya, orang awam dan juga pelancong luar boleh mengetahui persembahan Igal dan juga. dapat. memberi. peluang. kepada. pengiat. seni tarian Igal-Igal untuk terus berkarya.. Gambar 17: Sijil Penyertaan / Piala Pertandingan Igal-Igal. 43. FYP FTKW. puteri Igal dan persembahan tarian Igal secara individu atau.

(53) KESIMPULAN Kajian ini dilakukan untuk mengkaji berkenaan kesan pengaruh modenisasi terhadap persembahan tarian Igal-Igal di Pantai Timur, Sabah. Kajian ini dilaksanakan berdasarkan dua objektif iaitu mengenalpasti teknik seni tarian Igal-Igal etnik Bajau Pantai Timur, Sabah dan mengkaji kesan pengaruh modenisasi dalam seni tarian Igal-Igal etnik Bajau Pantai Timur, Sabah. Bagi mencapai objektif yang pertama dalam kajian ini, temu bual dilakukan untuk mengetahui teknik-teknik pergerakan tarian Igal ini. Responden juga menunjukkan video pergerakan disamping mengajarkan setiap teknik pergerakan utama seperti bahu, lengan dan kaki. Hasil kajian bagi objektif kedua pula, didapati persembahan tarian IgalIgal mengalami perubahan sedikit demi sedikit mengikut kehendak masyarakat setempat. Teknik pergerakan tarian Igal adalah bebas namun perlu menitikberatkan pergerakan bahu, lengan dan kaki sebagai pergerakan asas ketika menari tarian tersebut. Dari segi cara persembahan, dapat dilihat tarian Igal tidak lagi ditarikan sebagai ritual penyembuhan dan pemujaan jin tetapi tarian ini telah dipersembahkan sebagai satu bentuk hiburan semata-mata ketika majlis tertentu seperti perkahwinan. Dari segi pemilihan muzik pula, alat muzik tradisional semakin kurang dimainkan ketika persembahan tarian Igal. Generasi muda kurang meminati untuk memainkan alat muzik tradisional tetapi alunan muzik tradisonal dikumpul kemudian dikasetkan serta dikongsikan ke dalam Youtube. Terdapat juga pemuzik tempatan mengharmonikan alunan musik tradisional dengan lagu-lagu Hindustan untuk membawa keunikan alunan melodi tarian Igal. 44. FYP FTKW. 5.3.

(54) sebaiknya mengikut objektif yang ditetapkan. Pengkaji juga mengunakan intensif lain iaitu berpandukan sorotan kajian untuk mencapai objektif tersebut. Kaedah kajian yang pelbagai juga membolehkan pengkaji mendapatkan maklumat mengenaik persembahan tarian Igal ini. Kajian ini juga menjadikan isu dan persoalan yang dinyatakan dapat diselesaikan dengan berkesan.. 45. FYP FTKW. Secara keseluruhannya, hasil bagi kajian ini dapat dilaksanakan dengan.

(55) Jurnal Online Hafzan Zannie Hamza (2003). The Traditional Performing Arts of the Bajau Laut In. Semporna, Sabah. Hanafi Hussin (2008). Diaspora Bajau Laut dan Pengekalan serta Penenrusan. Amalan Tradisi di Sabah, Borneo Research Journal, hlm. 149-163. Mohd Jirey et. Al (2015). Kearifan Tempatan Dan Potensinya Sebagai Tarikan Pelancongan Berasaskan Komuniti: Kajian Kes Komuniti Bajau Ubian Di Pulau Mantanani, Sabah. GEOGRAFIA OnlineTM Malaysian Journal of Society and Space. Unuversiti Malaysia Sabah, hlm. 112 – 128. Humin Jusilin et. Al (2017). Persembahan Tarian Panangsang Dalam Ritual Penyembuhan Masyarakat Bajau Laut. Gendang Alam, Jilid 7 Saidatul Norhanis (September 2018). Ngalai: Ritual Penyembuhan dalam Kalangan Orang Bajau Di Kota Belud, Sabah. Akedemik 88(3), hlm. 107. http://eprints.utm.my/id/eprint/6707/1/78159.pdf [diakses di Bachok, Kelantan: 23 Jun 2021] https://www.academia.edu/36019076/BAB_1_PENDAHULUAN [Diakses di Bachok, Kelantan: 23 Jun 2021]. Tesis Fisabella John (2015). Adat Istiadat Perkahwinan Kaum Bajau Di Sabah, Penulisan Akademik Untuk Sains Sosial. Yogaswara, Rizal (2019) Pedepokan Seni Tari Kabupaten Ciamis. Other thesis, Universitas Komputer Indonesia. https://elibrary.unikom.ac.id/id/eprint/2509/8/UNIKOM_Rizal%20Yogaswara_Bab% 20II.pdf. 46. FYP FTKW. RUJUKAN.

(56) Syamsul Azizul et. All (Jun 2020). Ritual Perubatan Tradisional Etnik Bajau di Sabah: Analisis dari persefektif hukum Islam. Universiti Malysia Sabah. Manu. Bil. 31(1), 73-95. Dokumen Online Ismail Ali. (2010). Pembudayaan Lepa dan Sambulayangan dalam Kalangan Suku Kaun Bajau di Semporna, Sabah, Malaysia: Satu Penelitian Semula. Sosiohumanika, 3(2). Kamarul Azmi (2012). Metodologi Pengumpulan Data dalam Penyelidikan Kualitatif. Universiti Teknologi Malaysia.. Temu Bual 1. Nurhasyimah binti Abd Lasan (2021, Disember) Teknik gerakan asas dalam tarian Igal-Igal. Videp persembahan Tarian Igal-Igal 2. Rosnah binti Arani (2021, Disember) Kesan pengaruh modenisasi terhadap persembahan tarian Igal-Igal 3. Nurul Asimah binti Armansah (2021, Disember) Kesan pengaruh modenisasi terhadap persembahan tarian Igal-Igal. 4. Munir Lumukas (2021, November) Video gerakan mengalai.. 47. FYP FTKW. Manuskrip.

(57)

Rujukan

DOKUMEN BERKAITAN

Oleh itu, penggunaan teori etnopedagogi dalam kajian ini dianggap bertepatan kerana melaluinya nilai sosial, nilai moral dan nilai etika yang telah diwarisi dari leluhur yang

Kajian yang dijalankan ini sedikit sebanyak mampu memberi pengenalan dan informasi lebih kepada masyarakat tentang asal usul tarian Mongigol Sumundai, jenis ragam pergerakan

Kajian ini dijalankan bertujuan mengupas pemahaman konsep stereotaip, prejudis dan diskriminasi dalam kalangan etnik utama (Kadazandusun, Bajau, Murut dan Cina) di Sabah

Menjelang 1949, Kerajaan British di Borneo Utara menahan 33 orang lanun yang kemudiannya semua mereka dijatuhkan hukuman penjara antara lima ke tujuh tahun (FO 371/84337). Perkara

Meskipun penggunaan sumber semula jadi di zon pesisir dalam meramal perubahan cuaca dan iklim dinafikan oleh sebahagian besar responden dalam kutipan data menggunakan borang

Permasalahan hak pemilikan ke atas wilayah pantai timur Sabah antara Malaysia dengan Filipina dapat disandarkan kepada tiga peristiwa penting iaitu Perang Chermin 10 antara

Permaianan watak dan perwatakan yang dipersembahkan oleh etnik Bajau Pantai Timur Sabah dalam ritual tradisional ini berpusatkan kepercayaan mereka kepada alam metafizik dan ruang

Kesimpulannya, terdapat tiga jenis asal usul tarian-tarian tradisional di Sabah telah ditemui dan dibincangkan dalam sorotan literatur ini, iaitu tarian-tarian tradisional

Kedua-dua konsep persembahan tarian Mongigol-Sumundai ini adalah berbeza berdasarkan kepada lima aspek penting dalam persembahan tarian seperti penari, ruang persembahan,

Saat Tanjung Kalang berkalang, Arung Salamiah akan mengubah rentak tariannya kepada persembahan tarian Igal Limbayan kerana roh dan semangat jin mulai mendampingi beliau dan

Penggunaan konsep Mundu ini diutarakan oleh Ramli Dollah (2004) sebagai penjelasan kepada segala aktiviti pelanunan, rompakan laut, dan penculikan yang dilakukan dengan

Kawasan Pantai Timur Semenanjung Malaysia mempunyai nilai sudut dongak yang hampir sama dengan kawasan Pantai Barat, namun jumlah hujan yang diterima adalah lebih tinggi, oleh itu

Selain itu, pengaruh media alternatif di kawasan Pantai Timur iatu pengaruh ceramah agama yang disampaikan oleh tokoh agama seperti Ustaz Azhar Idrus (UAI) yang menyelit unsur

Di samping mengekalkan fungsi utamanya sebagai perabot untuk meletakkan al-Quran yang hendak dibaca, rehal moden juga direka dengan ciri dwi-fungsi, antaranya boleh

Kesan perkembangan sejarah yang pernah dilalui oleh masyarakat Pantai Timur sejak zaman pra-Islam secara tidak langsung telah mempengaruhi para pengukir untuk menghasilkan bentuk

Kawasan perairan Pantai Timur Semenanjung Tanah Melayu telah menjadi sebuah kawasan perairan yang penting bagi kegiatan perkapalan sejak dari zaman awal perdagangan maritim di

Rajah 1: Pencapaian Bahasa Melayu bagi negeri-negeri di sebelah pantai timur Semenanjung Malaysia Pada tahun 2007, calon dari negeri Kelantan didapati paling ramai berada

Dari segi agama, penguasaan pengetahuan, sikap dan penerimaan serta sikap dan pandangan tentang kemampuan bahasa Melayu menunjukkan bahawa orang yang beragama Islam lebih

Apa yang menarik dalam pantun ini juga kerana keempat- empat baris pantun pembayang dan maksud telah menggunakan perulangan frasa “kalok” iaitu yang bermaksud “kalau.”

Selain senibina tradisi Melayu, penyelidik turut menjelaskan penggunaan atap singgora pada senibina Siam seperti wakaf Siam yang terdapat di Kelantan.. Perbincangan

Nik Faizal Nik Ahmad Pejabat Negeri Kelantan Tingkat 3 Wisma Perkeso, Jalan Kota Darul Naim, 15538 Kota Bharu Kelantan.. Driving Transformation, Powering Growth

Kajian ini adalah bagi mengkaji tahap keberkesanan bimbingan dan program yang dijalankan oleh SIPartners+ terhadap KS di Pantai Timur, Malaysia dan kaitannya

Kajian ini adalah bagi mengkaji tahap keberkesanan bimbingan dan program yang dijalankan oleh SIPartners+ terhadap KS di Pantai Timur, Malaysia dan kaitannya dengan transformasi