• Tiada Hasil Ditemukan

SOSIAL DALAM KALANGAN REMAJA

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Share "SOSIAL DALAM KALANGAN REMAJA "

Copied!
195
0
0

Tekspenuh

(1)

Hakcipta © tesis ini adalah milik pengarang dan/atau pemilik hakcipta lain. Salinan boleh dimuat turun untuk kegunaan penyelidikan bukan komersil ataupun pembelajaran individu tanpa kebenaran terlebih dahulu ataupun caj. Tesis ini tidak boleh dihasilkan semula ataupun dipetik secara menyeluruh tanpa memperolehi kebenaran bertulis daripada pemilik hakcipta. Kandungannya tidak boleh diubah dalam format lain tanpa kebenaran rasmi pemilik hakcipta.

(2)

PENGARUH GAYA KEIBUBAPAAN, RAKAN SEBAYA, GURU DAN PEGANGAN AGAMA TERHADAP PENGGUNAAN MEDIA

SOSIAL DALAM KALANGAN REMAJA

MOHD FIKRI BIN YAZAN

DOKTOR FALSAFAH

UNIVERSITI UTARA MALAYSIA

2021

(3)

PENGARUH GAYA KEIBUBAPAAN, RAKAN SEBAYA, GURU DAN PEGANGAN AGAMA TERHADAP PENGGUNAAN MEDIA

SOSIAL DALAM KALANGAN REMAJA

oleh

MOHD FIKRI BIN YAZAN

Tesis dikemukakan kepada Kolej Sastera dan Sains,

Universiti Utara Malaysia sebagai memenuhi syarat pengijazahan Doktor Falsafah

(4)
(5)

Kebenaran Mengguna

Dalam membentangkan tesis ini bagi memenuhi syarat sepenuhnya untuk ijazah Doktor Falsafah (PhD) Universiti Utara Malaysia, saya bersetuju bahawa perpustakaan Universiti boleh secara bebas membenarkan kepada sesiapa saja untuk memeriksa tesis ini. Saya juga bersetuju bahawa penyelia saya atau jika ketiadaan beliau, Dekan Kolej Sastera dan Sains, diberikan kebenaran untuk membuat salinan tesis ini dalam sebarang bentuk, sama ada secara keseluruhannya atau sebahagiannya, bagi tujuan kesarjanaan. Dimaklumkan juga bahawa sebarang penyalinan atau penerbitan atau kegunaan tesis ini sama ada secara sepenuhnya atau sebahagiannya bagi tujuan keuntungan kewangan tidak dibenarkan kecuali setelah mendapat kebenaran bertulis. Selain itu dimaklumkan bahawa pengiktirafan harus diberikan kepada saya dan Universiti Utara Malaysia atas kegunaan kesarjanaan terhadap sebarang petikan daripada tesis saya ini.

Sebarang permohonan untuk menyalin atau mengguna mana-mana bahan dalam tesis ini, sama ada secara sepenuhnya atau sebahagiannya hendaklah dialamatkan kepada:

Dean of Awang Had Salleh Graduate School of Arts and Sciences UUM College of Arts and Sciences

Universiti Utara Malaysia 06010 UUM Sintok

(6)

ABSTRAK

Dunia tanpa sempadan yang terhasil daripada perkembangan Internet telah memberi kesan yang membimbangkan terutama kepada pelajar sekolah dan remaja. Walau bagaimanapun, remaja yang perjalanan hidupnya sentiasa dalam pemantauan dan bimbingan ibu bapa akan membentuk jati diri yang kukuh. Penggunaan media sosial oleh remaja adalah terbentuk dari didikan dan asuhan ibu bapa dalam sesebuah keluarga. Rakan sebaya, guru dan pegangan agama turut mempengaruhi penggunaan media sosial dalam kalangan remaja. Model Penerimaan Teknologi (TAM) yang dijalankan sebelum ini juga didapati tidak mengambil kira faktor yang mempengaruhi remaja menggunakan media sosial termasuk gaya keibubapaan, rakan sebaya, guru dan pegangan agama. Oleh itu, tujuan kajian ini adalah untuk mengenal pasti tahap penggunaan media sosial dalam kalangan remaja dengan menumpukan kepada pemboleh ubah gaya keibubapaan, rakan sebaya, guru dan pegangan agama. Kajian ini menggunakan kaedah keratan rentas melibatkan 313 orang pelajar sekolah menengah kebangsaan di daerah Kota Setar dan Kuala Muda, Kedah. Analisis regresi digunakan untuk mengenal pasti faktor-faktor yang mempengaruhi remaja menggunakan media sosial berdasarkan gaya keibubapaan, rakan sebaya, guru dan pegangan agama. Secara keseluruhannya, rakan sebaya, guru dan pegangan agama didapati mempengaruhi remaja dalam penggunaan media sosial.

Dapatan juga menunjukkan penggunaan media sosial dalam kalangan remaja adalah rendah. Ini dapat dilihat berdasarkan nilai Tanggapan Media Sosial Berguna (TMSB) dan Tanggapan Media Sosial Mudah Diguna (TMSMD) yang rendah. Bagi gaya asuhan pula, didapati ibu bapa lebih mengamalkan gaya keibubapaan permisif. Gaya asuhan ini didapati berkait dengan faktor lain iaitu tahap pendidikan, jenis pekerjaan dan pendapatan yang diperoleh. Faktor masa menunjukkan ibu bapa tidak dapat meluangkan masa yang berkualiti untuk anak-anak kerana mereka perlu memperuntukkan masa yang lebih untuk mencari nafkah dan ini sekaligus menyebabkan pengabaian terhadap anak-anak. Oleh yang demikian, kajian ini dapat menyediakan cadangan yang komprehensif kepada pembuat polisi terutamanya Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) dalam merangka program dan modul berkaitan kemahiran keibubapaan. Faktor- faktor yang dikenal pasti ini mampu dijadikan panduan kepada pembuat polisi atau pihak berkepentingan merangka program yang lebih komprehensif dan merangkumi ruang lingkup kehidupan seorang remaja.

Kata kunci: Gaya Keibubapaan, Media sosial, Rakan sebaya, Guru, Pegangan agama.

(7)

ABSTRACT

The borderless world resulting from the emergence of the Internet has had a worrying effect especially on school students and adolescents. However, adolescents whose life journey is always under the monitoring and guidance of parents will form a strong identity.

The use of social media by adolescents is formed from the education and upbringing of parents in a family. Peers, teachers and religious beliefs also influence the use of social media among adolescents. The Technology Acceptance Model (TAM) conducted earlier was also found not to take into account the factors that influence adolescents in using social media including parenting style, peers, teachers and religious beliefs. Therefore, the purpose of this study is to identify the level of use of social media among adolescents by focusing on variables of parenting style, peers, teachers and religious beliefs. This study uses a cross-sectional approach involving 313 secondary school students in the districts of Kota Setar and Kuala Muda, Kedah. Regression analysis was used to identify the factors influencing adolescents in using social media based on parenting style, peers, teachers, and religious beliefs. Overall, peers, teachers and religious beliefs was found to influence adolescents in the use of social media. Findings also show that the use of social media among adolescents is low. This can be seen based on the low value of Perceived Usefulness of Social Media (PU) and Perceived Ease of Use of Social Media (PEOU). As for the parenting style, it was found that parents are more likely to adopt a permissive parenting style. This parenting style was found to be related to other factors, namely the level of education, type of employment and income earned. The time factor shows that parents could not spend quality time for children because they need to allocate more time to earn a living and this in turn leads to neglect of children. Therefore, this study can provide comprehensive recommendations to policy makers, especially the National Population and Family Development Board (LPPKN) in designing programs and modules related to parenting skills. These identified factors can be used as a guide for policy makers or stakeholders to design a more comprehensive program and cover the scope of a teenager's life.

Keywords: Parenting Styles, Social Media, Peers, Teachers, Religious Beliefs.

(8)

Penghargaan

Alhamdulillah, segala puji-pujian dan kesyukuran ke hadrat Allah SWT, selawat dan salam ke atas junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w., ahli keluarga dan para sahabat baginda yang soleh dan pejuang hingga akhir hayat. Syukur kepada Allah kerana dengan kasih sayang dan limpah kurniaNya penulisan tesis ini dapat disempurnakan. Saya ingin merakamkan jutaan penghargaan dan terima kasih yang tidak terhingga kepada Prof.

Madya Dr. Norsiah Abdul Hamid dan Prof. Madya Dr. Norhafezah Yusof, selaku penyelia atas bantuan, bimbingan, teguran, idea dan nasihat yang tidak ternilai sepanjang tempoh kajian ini. Semoga Allah SWT memberkati kalian untuk terus mencurahkan ilmu dan khidmat bakti kepada agama dan negara.

Ucapan terima kasih juga saya tujukan kepada Dekan dan semua pensyarah dari Pusat Pengajian Teknologi Multimedia dan Komunikasi, Universiti Utara Malaysia (UUM) yang turut memberi nasihat dan komen tentang tesis saya. Pada masa yang sama saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) dan Jabatan Pendidikan Negeri Kedah Darul Aman dan sekolah-sekolah kajian kerana telah memberikan kebenaran kepada saya untuk melaksanakan kajian ini.

Setinggi-tinggi sanjungan dan penghargaan saya tujukan kepada ayahanda (Haji Yazan Haji Ahmad), bonda (Hajah Ku Rokiah Haji Ku Bahadon). Tidak lupa juga ucapan penghargaan dan terima kasih kepada kakak (Farizah), abang-abang (Fahmiddin dan Fatahan), adik-adik (Faisal dan Mohd Fuad) yang telah banyak memberi bantuan serta sokongan moral semasa saya berdepan dengan cabaran.

Seterusnya penghargaan teristimewa buat isteri tercinta, Fairus Abdullah yang telah banyak berkorban dan sentiasa memberi sokongan tanpa jemu sehingga tesis ini dapat disiapkan. Akhirnya buat anak-anak tersayang (Fatin Irdina Balqis, Ahmad Faaez Imtiyaz, Fatin Aina Balqis, Ahmad Farez Imtiyaz dan Ahmad Fawwaz Imtiyaz) yang turut mendoakan, memberi sokongan secara langsung atau tidak sepanjang tempoh pengajian ini, semoga Allah SWT merahmati, memberkati dan memberikan ganjaran yang setimpal

(9)

langsung dalam menghasilkan kajian ini, saya mendoakan agar semua jasa baik dibalas oleh Allah SWT dengan sebaik-baik balasan.

Terima kasih. Terima kasih. Terima kasih.

#KenapaPerluTakutUntukBerubah

(10)

Isi Kandungan

PENGARUH GAYA KEIBUBAPAAN, RAKAN SEBAYA, GURU DAN

PEGANGAN AGAMA TERHADAP PENGGUNAAN MEDIA SOSIAL DALAM

KALANGAN REMAJA ... i

PENGARUH GAYA KEIBUBAPAAN, RAKAN SEBAYA, GURU DAN PEGANGAN AGAMA TERHADAP PENGGUNAAN MEDIA SOSIAL DALAM KALANGAN REMAJA ... ii

Kebenaran Mengguna ... iii

Penghargaan ... vi

Isi Kandungan ... viii

Senarai Jadual... xii

Senarai Rajah ... xiii

Senarai Singkatan ... xiv

BAB SATU ... 1

PENGENALAN ... 1

1.1 Pendahuluan ... 1

1.2 Internet dan Media Sosial... 3

1.3 Pernyataan Masalah ... 6

1.4 Persoalan Kajian... 8

1.5 Objektif Kajian ... 9

1.6 Hipotesis Kajian...9

1.7 Sumbangan Kajian ... 9

1.8 Definisi Konsep...10

(11)

1.8.1 Gaya Keibubapaan ... 10

1.8.2 Rakan Sebaya ... 11

1.8.3 Guru ... 11

1.8.4 Pegangan Agama... 12

1.8.5 Tanggapan Media Sosial Berguna (PU)... 12

1.8.6 Tanggapan Media Sosial Mudah Diguna (PEOU) ... 13

1.9 Rumusan Bab ... 13

BAB DUA ... 14

SOROTAN KARYA ... 14

2.1 Pengenalan ... 14

2.2 Model Penerimaan Teknologi (Technology Acceptance Model) (TAM) ... 14

2.3 Kerangka Kajian... 21

2.4 Media Sosial ... 22

2.4.1 Remaja dan Media Sosial ... 28

2.4.2 Remaja dan Teknologi ... 31

2.4.3 Komunikasi Remaja - Ibu Bapa dengan Media Sosial dan Teknologi ... 34

2.4.4 Dampak Positif Media Sosial Terhadap Remaja ... 38

2.4.5 Dampak Negatif Media Sosial Terhadap Remaja... 41

2.5 Gaya Keibubapaan ... 45

2.5.1 Gaya Keibubapaan Autoritatif ... 49

2.5.2 Gaya Keibubapaan Autoritarian ... 52

2.5.3 Gaya Keibubapaan Permisif ... 54

2.6 Rakan Sebaya ... 63

2.7 Guru ... 67

2.8 Pegangan Agama... 76

2.9 Rumusan Bab ... 88

(12)

BAB TIGA ... 90

METODOLOGI KAJIAN ... 90

3.1 Pengenalan ... 90

3.2 Populasi dan Persampelan ... 90

3.3 Instrumen Kajian ... 92

3.4 Kajian Rintis ... 96

3.5 Analisis Data ... 97

3.5.1 Analisis Regresi ... 97

3.5.1.1 Pemboleh Ubah bagi Analisis Regresi... 98

3.6 Rumusan Bab ... 101

BAB EMPAT ... 102

DAPATAN KAJIAN ... 102

4.1 Pengenalan...102

4.2 Analisis Deskriptif ... 102

4.2.1 Demografi ... 102

4.2.2 Media Sosial ... 105

4.3 Penggunaan Media Sosial ... 107

4.4 Rumusan ... 111

BAB LIMA ... 112

PERBINCANGAN DAN KESIMPULAN ... 112

5.1 Pengenalan ... 112

5.2 Rumusan Dapatan Kajian ... 112

5.3 Implikasi dan Cadangan ... 123

5.4 Kajian akan Datang ... 129

(13)

5.5 Rumusan Bab ... 130 RUJUKAN ... 131 LAMPIRAN ... 152

(14)

Senarai Jadual

Jadual 1.1 Peratusan Kes Jenayah Remaja Mengikut Etnik 2015………..…….2

Jadual 1.2 Pengguna Internet Seluruh Dunia………..….4

Jadual 1.3 Pengguna Internet Mengikut Benua………..…….4

Jadual 1.4 Pengguna Media Sosial………..………5

Jadual 1.5 Tujuan Penggunaan Internet 2015………..……6

Jadual 3.1 Agihan Sampel Pelajar bagi Setiap Sekolah……….…...91

Jadual 3.2 Struktur Ringkas Soal Selidik……….…….96

Jadual 3.3 Kategori Nilai Alpha (Kebolehpercayaan)………..…….97

Jadual 3.4 Definisi Pemboleh Ubah Keibubapaan...………..…….98

Jadual 3.5 Definisi Pemboleh Ubah bagi Rakan Sebaya………..…….99

Jadual 3.6 Definisi Pemboleh Ubah bagi Guru………...100

Jadual 3.7 Definisi Pemboleh Ubah bagi Pegangan Agama………....101

Jadual 4.1 Sekolah………...103

Jadual 4.2 Demografi Responden………104

Jadual 4.3 Media Sosial………...106

Jadual 4.4 Interpretasi Skor Purata ke dalam 5 Tahap (Skala likert 5)…………....107

Jadual 4.5 Penggunaan Media Sosial dalam Kalangan Pelajar………...107

Jadual 4.6 Sikap Remaja untuk Menggunakan Media Sosial…………...108

Jadual 4.7 Niat Remaja untuk Menggunakan Media Sosial…………...108

Jadual 4.8 Pengaruh Keibubapaan………...109

Jadual 4.9 Pengaruh Rakan Sebaya...………...110

Jadual 4.10 Pengaruh Guru...………...110

Jadual 4.11 Pengaruh Pegangan Agama...………...111

Jadual 5.1 Pengaruh Gaya Keibubapaan bagi Penggunaan Media Sosial...113

Jadual 5.2 Nilai Min bagi Pendidikan, Pekerjaan dan Pendapatan Ibu Bapa...117

(15)

Senarai Rajah

Rajah 2. 1 Model Penerimaan Teknologi (Davis, 1989)………...………16

Rajah 2.2 Kerangka Kajian………...21

Rajah 3.1 Rekabentuk Persampelan Berstrata………..92

(16)

Senarai Singkatan

JKM Jabatan Kebajikan Masyarakat

ICT Teknologi Maklumat dan Komunikasi

SKMM Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia

KPWKM Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat TAM Model Penerimaan Teknologi

TRA Teori Tindakan Beralasan

LPPKN Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara IPTA Institusi Pengajian Tinggi Awam

IPTS Institusi Pengajian Tinggi Swasta

KSSM Kurikulum Standard Sekolah Menengah KPM Kementerian Pelajaran Malaysia

SMK Sekolah Menengah Kebangsaan SPM Sijil Pelajaran Malaysia

KPM Kementerian Pendidikan Malaysia PAQ Parental Authority Questionnaire PMS Penerimaan Media Sosial

PU Tanggapan Media Sosial Berguna PEOU Tanggapan Media Sosial Mudah Diguna

KPWKM Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat SKMM Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia

P&P Pengajaran dan Pembelajaran

KUIS Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor

(17)

BAB SATU PENGENALAN

1.1 Pendahuluan

Dalam era globalisasi ini, teknologi sudah semakin maju dan penggunaannya semakin meluas tidak kira dalam kehidupan seharian, dalam kegiatan sosialisasi, perniagaan, pendidikan dan sebagainya. Semakin maju penggunaan teknologi Internet dan telefon pintar, maka semakin berkembang juga penggunaan media sosial dalam kehidupan seharian.

Media sosial merupakan platform utama yang digunakan untuk berkomunikasi. Media sosial mengajak sesiapa sahaja yang berminat untuk mengikuti dan memberi maklum balas secara terbuka, memberi kritikan serta memberi maklumat dalam suatu jangka masa yang singkat dan tidak terbatas. Tiada batasan yang wujud dalam media sosial untuk bersosialisasi. Tiada batasan ruang waktu dan pengguna media sosial mampu berkomunikasi di mana sahaja berada. Tidak dapat dinafikan bahawa media sosial mempunyai pengaruh yang besar dalam kehidupan seseorang. Ini menunjukkan bahawa penggunaan media sosial khususnya dan Internet umumnya mampu mempengaruhi diri sendiri, masyarakat dan negara (Mohammad Aziz et al, 2013).

Dalam era masa kini, masyarakat seringkali terdedah kepada pelbagai teknologi yang menjurus kepada penggunaan Internet terutamanya media sosial yang boleh digunakan untuk pelbagai tujuan seperti mendapatkan maklumat, bertukar-tukar maklumat dengan rakan-rakan kenalan, menghubungkan kembali perhubungan yang sudah lama terputus dalam kalangan rakan-rakan dan sebagainya. Melalui media sosial juga hubungan antara

(18)

keluarga lebih terjalin dan mesra, mampu mengembalikan jalinan hubungan kekeluargaan yang sudah lama terputus, bertukar-tukar pendapat dan pandangan sesama kenalan dan sebagainya. Selain itu, pembelajaran melalui Internet lebih berkesan berbanding kaedah tradisional. Guru pula berpeluang untuk memotivasikan murid yang bermasalah dengan menggunakan aplikasi Internet seperti Twitter dan Facebook (Shaharuddin & Zaidatun, 2011).

Media sosial mendapat sambutan baik dalam kalangan remaja. Remaja yang menggunakan media sosial adalah golongan yang mudah terdedah kepada penggunaan teknologi maklumat sehingga boleh mendorong kepada perkongsian maya secara positif (Graham & Sherman, 2012). Media sosial juga mampu membantu pelajar untuk berkomunikasi dengan lebih mudah dari segi pembelajaran bahasa dan mendapatkan maklumat yang bermanfaat dalam pelbagai format seperti gambar, animasi dan video.

Walau bagaimanapun, penggunaan media sosial tanpa kawalan akan memberi kesan negatif kepada pengguna terutamanya golongan remaja (Alejandro & Magdalena, 2016).

Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) (2015) melaporkan sebanyak 4,669 kes jenayah melibatkan golongan remaja dan peratusan tertinggi disumbangkan oleh remaja Melayu iaitu sebanyak 70.4 peratus (Jadual 1.1).

Jadual 1.1

Peratusan Kes Jenayah Remaja Mengikut Etnik 2015

Etnik Peratus

Melayu 70.4

Cina 7.3

India 8.8

Lain-lain 13.5

Sumber: Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)

(19)

Oleh itu, peranan ibu bapa melalui institusi kekeluargaan adalah penting dalam memastikan anak-anak tidak terjebak di dalam penyalahgunaan Internet. Ibu dan bapa merupakan elemen yang penting dalam pembentukan sebuah keluarga. Gaya keibubapaan akan terlahir setelah wujudnya anak dan gaya keibubapaan adalah berbeza dalam menguruskan tingkah laku anak-anak. Gaya ini wujud berdasarkan sama ada idea ibu bapa sendiri, pengalaman dari semasa kecil, pengaruh sosial, sikap asas ibu bapa terhadap anak-anak dan sebagai tugas untuk membesarkan anak (Azizi, Mohd Najib, Jamaludin, Yusof & Adibah, 2010). Tetapi tujuan utama gaya ini adalah untuk mengekalkan keutuhan serta keharmonian keluarga. Selain itu, rakan sebaya, guru dan pegangan agama juga memainkan peranan penting dalam golongan remaja bagi aspek penerimaan media sosial.

1.2 Internet dan Media Sosial

Pembangunan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) pada hari ini telah membawa Internet melalui proses transformasi dalam memasuki fasa baharu dan telah menarik minat pelbagai lapisan masyarakat untuk mendapatkan maklumat dengan mudah dan cepat. Ini dapat dilihat melalui Jadual 1.2 yang menunjukkan jumlah pengguna Internet yang terus meningkat dari tahun ke tahun. Malah pada tahun 2016, (Jadual 1.2), berdasarkan statistik yang diperoleh daripada Internet World Stat, pengguna Internet paling ramai adalah daripada benua Asia, termasuk Malaysia. Penggunaan Internet terus meningkat seiring dengan proses transformasi yang menggerakkannya daripada medium pelayaran kepada medium transaksi yang membolehkan penggunanya melakukan pelbagai aktiviti secara atas talian.

(20)

Jadual 1.2

Pengguna Internet Seluruh Dunia

Tahun Pengguna Internet (Orang)

2008 1,575,067,520

2009 1,766,403,814

2010 2,023,202,974

2011 2,231,957,359

2012 2,494,736,248

2013 2,728,428,107

2014 2,956,385,569

2015 3,185,996,155

2016 3,739,689,500

2017 4,208,571,287

Sumber: World Bank (2017)

Jadual 1.3

Pengguna Internet Mengikut Benua

Benua Pengguna Internet (%)

Afrika 9.4

Asia 50.1

Eropah 17.0

Amerika 21.8

Oceania 0.7

Amerika Latin 10.3

Amerika Utara 8.6

Timur Tengah 3.8

Sumber: Internet World Stat (2017)

Ltifi (2014) berpendapat terdapat lima peranan penting Internet iaitu komunikasi, promosi, pengagihan produk, pengurusan dan penyelidikan. Proses transformasi Internet terus berlaku dari semasa ke semasa sehingga ia bergerak daripada medium transaksi kepada medium sosial yang menawarkan komunikasi dua hala. Generasi baharu Internet ini dikenali sebagai media sosial. Kemunculan media sosial didapati telah mengubah pengetahuan, keperluan dan jangkaan pengguna dari sudut carian maklumat, perkongsian maklumat dan proses membuat keputusan. Berdasarkan Jadual 1.4, pengguna media sosial didapati meningkat dari semasa ke semasa. Malah dijangkakan terus meningkat kepada 2.95 bilion pengguna pada tahun 2020. Ini menunjukkan pengguna media sosial turut meningkat seiring dengan peningkatan penggunaan internet.

(21)

Selain Facebook, media sosial seperti Twitter, Linkedln, Google+ dan Pinterest adalah antara yang paling popular di dunia (Alexa, 2011). Sejarah media sosial bermula dengan wujudnya Facebook yang diasaskan oleh Mark Zuckerberg yang pada dasarnya adalah sebagai medium komunikasi dan berkongsi maklumat antara pelajar-pelajar universiti Harvard. Twitter pula pada asasnya hanya diwujudkan sebagai aplikasi dalam pekerjaan dan komunikasi dalam kumpulan yang kecil (Maktab Koperasi Malaysia, 2012). Namun kini Twitter yang diasaskan oleh Jack Dorsey pada 2004 telah menjadi salah satu microblogging perkongsian maklumat terbesar di dunia. Oleh yang demikian, media sosial telah membawa masyarakat ke arah penyertaan secara atas talian. Walau bagaimanapun, penyertaan masyarakat secara atas talian lebih didominasi oleh golongan muda. Selain itu, media sosial juga merupakan medium bagi mendapatkan maklumat secara cepat dan mudah berkaitan isu semasa, teknologi, sukan, politik, ekonomi dan sebagainya.

Jadual 1.4

Pengguna Media Sosial

Tahun Pengguna Media Sosial (Bilion Orang)

2010 0.97

2011 1.22

2012 1.4

2013 1.59

2014 1.91

2015 2.14

2016 2.34

2017 2.51

2018 2.69

2019 2.82

2020* 2.95

Nota: * jangkaan

Sumber: www.statista.com

Selain Facebook dan Twitter, terdapat 15 rangkaian media sosial lain yang kerap digunakan oleh pengguna Internet. Antaranya QQ, Qzone, Whatsapp, Facebook Mesengger, Wechat, Google+, Skype, Instagram, Tumblr, Viber, Baidu Tieba, Line, Sina

(22)

Wiebo, Vkontakte dan Snapchat. Walau bagaimanapun, Facebook merupakan rangkaian media sosial paling berpengaruh di dunia (Maina, 2016). Hal ini kerana, seramai 1,366 juta pengguna lebih memilih Facebook sebagai rangkaian media sosial berbanding media sosial yang lain. Namun, platform media sosial yang paling ramai digunakan oleh rakyat Malaysia adalah Whatsapp berbanding Facebook (wearesosial.com, 2017).

Laporan daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) pada tahun 2015 mendapati 77.6 peratus rakyat Malaysia menggunakan Internet. Jadual 1.5 menunjukkan pengguna Internet di Malaysia mengakses Internet untuk tujuan menghantar pesanan, mencari maklumat, sosial media, mengisi masa lapang, e-kerajaan, perbankan atas talian (online banking) dan pembelian atas talian (online shopping). Selain itu, golongan pelajar sekolah didapati paling banyak mengakses Internet. Secara purata, pelajar sekolah didapati mengakses Internet selama 21 jam dalam tempoh seminggu atau tiga jam sehari.

Jadual 1.5

Tujuan Penggunaan Internet 2015

Tujuan Peratus

Menghantar Pesanan 92.7

Mencari Maklumat 90.1

Sosial Media 80.0

Masa Lapang 70.9

E-kerajaan 59.0

Perbankan Internet 36.2

Online Shopping 35.3

Sumber: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malasysia (SKMM)

1.3 Pernyataan Masalah

Dunia tanpa sempadan iaitu melalui penggunaan Internet yang berleluasa kini, memberi kesan atau ketagihan yang membimbangkan terutama kepada pelajar sekolah. Seperti

(23)

mana yang dilaporkan oleh KPWKM (2017), 90.0 peratus daripada remaja atau pelajar sekolah yang mengakses Internet berhadapan dengan gejala negatif dunia siber. Lebih membimbangkan, ibu bapa beranggapan anak-anak hanya mengakses Internet 11 jam seminggu. Sebaliknya, laporan daripada Norton Online Family Report (2015) menyatakan remaja di Malaysia meluangkan masa secara purata 19 jam seminggu. Selain itu, hanya 40 peratus sahaja ibu bapa yang mengetahui laman sesawang yang dilayari oleh anak-anak. Ini menunjukkan ibu bapa tidak mengambil berat apa yang dilakukan oleh anak-anak dalam penggunaan media sosial. Pengabaian ini secara tidak langsung memberi kesan kepada institusi kekeluargaan, terutamanya dalam aspek keibubapaan.

Kebanyakan kajian berkaitan keibubapaan lebih menjurus kepada penglibatan pelajar dalam penagihan dadah (Fauziah & Ezarina, 2014; Rosnah, 2013), kesan melayari pornografi di Internet (Nur Anisah, 2016; Astrid & Nur Aini, 2016) dan kesan Facebook terhadap pembentukan interpersonal dalam kalangan pelajar sekolah (Liu, Yin & Huang, 2013; Ryan, 2011).

Manakala, kajian-kajian yang dilakukan dengan menggunakan Model Penerimaan Teknologi (TAM) lebih menjurus kepada media sosial (Rupak, Greg, Jei & Ben, 2014), automasi (Ghazizadeh, Lee & Boyle, 2012), sistem teknologi maklumat (Zeinab et al., 2015), e-perbankan (Aboelmaged & Gebba, 2013), sistem maklumat kesihatan (Tsai, 2014; Gagnon, Orruño, Asua, Abdeljelil & Emparanza, 2012), aplikasi MyKad (Han, Paul, Uchenna & Huck, 2012) dan e-pembelajaran (Adewole-Odeshi, 2014; Ernst, Wedel

& Rothlauf, 2014; Punnoose, 2012; Hassan, 2010).

(24)

Model Penerimaan Teknologi (TAM) yang dijalankan sebelum ini didapati tidak mengambilkira elemen-elemen lain dalam mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi gaya keibubapaan, malah faktor-faktor lain seperti pengaruh rakan sebaya (Abdullah, 2017), guru (Nor Saleha, 2015) dan pegangan agama (Ab. Halim & Nur Hanani, 2017). Hal ini kerana faktor keibubapaan, pengaruh rakan sebaya, guru dan pegangan agama merupakan persekitaran yang paling rapat bagi golongan pelajar dalam proses sosialisasi bagi membentuk jati diri yang kukuh (Hamidah, Zawawi & Rorlinda, 2013).

Ditambah pula dengan perkembangan ICT terutama penggunaan media sosial yang semakin menular dan menjadi trend masa kini, memerlukan ibu bapa agar melengkapkan diri dengan kemahiran ilmu keibubapaan agar dapat membentuk sebuah institusi kekeluargaan yang lebih sejahtera. Oleh yang demikian, kajian ini memberi tumpuan yang lebih menyeluruh dalam mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi penggunaan media sosial dalam kalangan remaja berdasarkan pengaruh gaya keibubapaan, rakan sebaya, guru dan pengangan agama.

1.4 Persoalan Kajian

Dalam kajian ini, terdapat tiga persoalan penting digariskan sebagai panduan kajian iaitu:

a) Apakah tahap sebenar penggunaan media sosial dalam kalangan remaja?

b) Adakah keibubapaan, rakan sebaya, guru dan agama mempengaruhi sikap dan niat remaja untuk menggunakan media sosial?

c) Apakah faktor-faktor yang mempengaruhi keibubapaan, rakan sebaya, guru dan pengaruh agama terhadap penggunaan media sosial dalam kalangan remaja?

(25)

1.5 Objektif Kajian

a) Mengenalpasti tahap penggunaan media sosial dalam kalangan remaja.

b) Menganalisis sikap remaja terhadap penggunaan media sosial.

c) Mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi remaja terhadap penggunaan media sosial.

1.6 Hipotesis Kajian

Hipotesis bagi kajian ini adalah seperti berikut:

H1: Tahap penggunaan media sosial dalam kalangan remaja berada pada tahap yang rendah atau sederhana.

H2: Terdapat hubungan antara sikap remaja dengan penggunaan media sosial.

H3: Terdapat faktor-faktor yang mempengaruhi remaja terhadap penggunaan media sosial.

1.7 Sumbangan Kajian

Kajian-kajian lepas kebanyakannya memberi tumpuan kepada aspek keibubapaan tanpa melihat pengaruh luar seperti pengaruh guru, rakan sebaya dan pegangan agama. Oleh itu, kajian ini dapat menyediakan gambaran yang lebih komprehensif atau menyeluruh dalam menyediakan cadangan kepada pembuat polisi terutamanya pihak Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) agar dapat mengambil tindakan dengan memperbanyakkan program dan modul yang berkaitan dengan kemahiran gaya keibubapaan dan pelajar. Modul-modul terkini bukan sekadar diperkenalkan kepada ibu bapa yang berkerjaya di sektor awam atau swasta semata-mata, tetapi perlu diberi pendedahan kepada pelajar-pelajar di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan

(26)

Dengan faktor-faktor gaya keibubapaan yang mempengaruhi penggunaan media sosial yang telah dikenal pasti melalui kajian ini dapat membuka mata ibu bapa untuk memberikan pendedahan awal kepada anak-anak mereka berkenaan pentingnya kemahiran gaya keibubapaan pada masa kini. Ibu bapa boleh membantu anak-anak untuk menjadi individu yang mempunyai jati diri yang tinggi dalam membentuk sebuah keluarga yang sejahtera.

Bagi aspek teori pula, kajian ini dapat menambah kerangka teoritikal dalam mengembangkan suatu model. Melalui kerangka tersebut dapat menjelaskan faktor yang mempengaruhi penerimaan media sosial dalam kalangan pelajar sekolah. Kajian ini juga menganggarkan dan mengembangkan TAM dalam konteks media sosial melalui gaya keibubapaan. Kajian ini menjelaskan butiran-butiran apa sahaja yang boleh digunakan dalam TAM yang merangkumi tanggapan kebergunaan, tanggapan mudah diguna, sikap terhadap penggunaan teknologi, niat untuk menggunakan teknologi dan penggunaan sebenar melalui media sosial. Seterusnya, dalam aspek metodologi, analisis regresi digunakan bertujuan untuk menganalisis kesepadanan model yang digunakan dengan hipotesis-hipotesis yang telah dibentuk.

1.8 Definisi Konsep

1.8.1 Gaya Keibubapaan

Gaya Keibubapaan merupakan satu konsep yang membantu dan membentuk kendiri yang positif dan akan memberi kesan dan pengaruh kepada perkembangan mentaliti, sifat, minat, kecenderungan serta sikap anak-anak (Schober, 2010). Definisi gaya membawa maksud cara menyusun atau mengkombinasikan elemen-elemen di dalam seni, sastera, bentuk dan seni bina sehingga menghasilkan sebuah komposisi yang bermakna. Hal ini

(27)

bermaksud, keibubapaan adalah sifat yang wujud dalam seseorang yang bergelar ibu dan bapa. Menurut LPPKN (2011), ibu bapa ialah yang terdiri daripada sepasang suami isteri yang dihubungkan dengan ikatan perkahwinan yang sah dari segi agama, adat resam dan undang-undang. Bagi kajian ini, faktor keibubapaan digunakan bagi melihat sejauhmanakah ibu bapa memainkan peranan dalam memantau atau mengawal penggunaan media sosial dalam kalangan remaja.

1.8.2 Rakan Sebaya

Noor Erma dan Leong (2014), menyatakan bahawa rakan sebaya merupakan sumber utama untuk mendapatkan bentuk sokongan yang diperlukan. Pengaruh rakan sebaya seringkali mengatasi pengaruh ibu bapa. Nursuhaili (2010), menyatakan bahawa rakan sebaya memainkan peranan yang sangat penting dalam mengembangkan kebolehan dan kognisi sosial, rakan juga turut mempengaruhi sikap dan tingkah laku seseorang individu.

Manakala Zakaria, Ahmad Munawar dan Noranizah (2012) menekankan kepentingan peranan rakan sebaya adalah sangat positif dalam mempengaruhi perkembangan sosial, bahasa dan pendidikan seseorang individu. Pemboleh ubah rakan sebaya digunakan bagi melihat sejauhmanakah rakan sebaya mempengaruhi kehidupan seharian remaja dalam aspek penggunaan media sosial.

1.8.3 Guru

Guru merupakan tenaga profesional yang bertanggungjawab melaksanakan pembelajaran, penilaian pembelajaran, membimbing dan melahirkan pelajar yang memenuhi hasrat negara. Guru dianggap golongan kedua selepas ibu bapa yang penting dalam membentuk keperibadian pelajar. Tugas guru bukan hanya menyampaikan ilmu berdasarkan sukatan pelajaran semata-mata, bahkan guru turut mengambil peranan ibu

(28)

bapa untuk mendidik pelajar. Guru juga perlu memberikan contoh yang baik kerana ia adalah contoh teladan yang diikuti oleh pelajar dan segala tindak tanduk guru akan diikuti oleh pelajar (Melvina & Jamaludin, 2010). Pemboleh ubah guru dilihat bagaimana ianya mempengaruhi proses pembelajaran dan pengajaran di sekolah dan sejauhmanakah media sosial ini memberi kesan kepada remaja dalam akademik.

1.8.4 Pegangan Agama

Tahap keagamaan merupakan antara faktor yang dapat menentukan pencarian maklumat melalui media sosial secara positif atau sebaliknya, dan adakah semakin tinggi tahap keagamaan seseorang, maka semakin pasif dia mencari maklumat melalui media sosial?

Adakah gaya keibubapaan juga memainkan peranan yang penting dalam menentukan tahap keaktifan seseorang dalam pencarian maklumat melalui media sosial? Nooraini dan Salasiah (2013) menjelaskan bahawa tahap komitmen seseorang individu mempengaruhi pembuatan keputusan peribadi mereka dan menegaskan bahawa individu yang kuat pegangan agama memiliki perbezaan nilai dengan orang yang sederhana tahap agamanya.

Tahap keagamaan adalah untuk melihat sejauh mana individu komited terhadap agamanya yang seterusnya memberi gambaran tentang sikap dan perlakuan mereka.

Faktor pegangan agama pula adalah bagi melihat sejauhmanakah remaja menggunakan media sosial dalam meningkatkan pengetahuan berkaitan agama.

1.8.5 Tanggapan Media Sosial Berguna (PU)

Tanggapan Media Sosial Berguna (TMSB) (Perceived Usefulness - PU) ditakrifkan sebagai tanggapan yang dibuat oleh pengguna media sosial sebagai medium penyebaran dan perkongsian maklumat. Konsep ini dioperasionalkan berdasarkan pemboleh ubah PU yang merupakan salah satu pemboleh ubah utama dalam TAM (Davis, 1989).

(29)

1.8.6 Tanggapan Media Sosial Mudah Diguna (PEOU)

Tanggapan Media Sosial Mudah Diguna (TMSMD) (Perceived Ease of Use – PEOU) ditakrifkan sebagai tanggapan pengguna bahawa media sosial mudah digunakan untuk mencari dan mendapatkan maklumat. Pemboleh ubah ini dioperasionalkan berdasarkan pemboleh ubah PEOU iaitu salah satu daripada pemboleh ubah utama dalam TAM (Davis, 1989).

1.9 Rumusan Bab

Secara keseluruhannya, bab ini telah membincangkan permasalahan kajian yang mempengaruhi gaya keibubapaan, rakan sebaya, guru dan faktor pegangan agama terhadap penggunaan media sosial dalam kalangan pelajar sekolah. Selain itu, skop peranan ibu dan bapa yang begitu luas seperti mendidik, mengasuh, mendisiplin, penjagaan, pengawasan dan sebagainya juga telah dibincangkan dengan terperinci.

Dalam kajian ini, remaja dipilih untuk dijadikan sebagai responden memandangkan remaja masa kini mudah terdedah kepada penggunaan media sosial. Justeru, remaja adalah signifikan untuk dilibatkan dalam kajian ini.

Keluarga merupakan institusi asas yang penting kepada pembentukan masyarakat dan negara. Institusi kekeluargaan yang kukuh akan mempengaruhi kestabilan masyarakat dan negara. Pengukuhan institusi keluarga adalah satu faktor penting dalam mencapai kebahagiaan. Bagi membentuk sebuah keluarga yang bahagia dan harmoni, interaksi antara ahli keluarga perlu diutamakan. Di samping itu, ibu bapa perlu memperuntukkan masa yang berkualiti bersama anak bagi mengeratkan hubungan. Seterusnya mereka harus peka kepada cabaran semasa dan memperbanyakkan pengetahuan berhubung kemahiran keibubapaan (parenting skills).

(30)

BAB DUA SOROTAN KARYA

2.1 Pengenalan

Bab ini terbahagi kepada tiga bahagian iaitu teori yang digunakan, kerangka kajian dan kajian empirikal. Teori yang digunakan adalah Model Penerimaan Teknologi (Technology Acceptence Model) (TAM). Rangka kerja kajian dibangunkan melalui teori dan pemboleh ubah-pemboleh ubah yang digunakan. Seterusnya, kajian empirikal pula memberi penekanan kepada kajian-kajian lepas terutamanya berkaitan faktor-faktor yang mempengaruhi penerimaan media sosial.

2.2 Model Penerimaan Teknologi (Technology Acceptance Model) (TAM)

Teori yang diaplikasikan di dalam kajian ini adalah TAM yang telah diperkenalkan oleh Davis pada tahun 1989. TAM wujud daripada adaptasi TRA. Selain itu, TAM juga lebih memberi tumpuan kepada niat seseorang individu terhadap penggunaan dan penerimaan teknologi maklumat melalui penggunaan sesuatu sistem. TAM menekankan kepada tanggapan kebergunaan (perceived usefulness) (PU), tanggapan mudah diguna (perceived ease to use) (PEU) dan penggunaan sebenar (actual use).

Selain itu, TAM juga digunakan untuk mengenalpasti faktor-faktor utama yang mempengaruhi penerimaan teknologi maklumat iaitu berdasarkan tingkah laku atau perilaku pengguna teknologi maklumat. Hal ini kerana kewujudan TAM adalah bagi mengkaji penerimaan teknologi komputer dalam kalangan pengguna. Disebabkan itu, TAM digunakan secara meluas dan dijadikan model utama dalam menjelaskan dan

(31)

meramal tingkah laku atau perilaku pengguna terhadap penerimaan sistem maklumat dalam sesebuah organisasi (Abdullah & Ward, 2016).

Sehubungan itu, Lindsay, Jackson dan Cooke (2013) mendefinisikan penerimaan teknologi oleh pengguna sebagai sekumpulan pengguna yang bersedia untuk menggunakan teknologi maklumat bagi tujuan-tujuan tertentu. Oleh itu, persepsi atau pandangan setiap pengguna atau individu terhadap penggunaan teknologi maklumat secara tidak langsung akan dipengaruhi oleh kriteria atau ciri-ciri objektif teknologi dan maklum balas serta interaksi dengan pengguna teknologi maklumat yang lain. Jadi, pengguna teknologi maklumat disarankan atau dinasihatkan supaya lebih bersikap atau berfikiran positif terhadap penggunaan teknologi maklumat. Dengan bersikap dan berfikiran positif, pengguna akan melihat teknologi sebagai sesuatu yang bermanfaat dan mudah untuk digunakan. Ini secara tidak langsung meningkatkan tahap penerimaaan teknologi dalam kalangan pengguna (Miltgen, Popovič & Oliveira, 2013).

Berdasarkan Rajah 2.1, niat merupakan penentu utama bagi TAM iaitu bagi mengukur dan meramal tingkah laku pengguna teknologi iaitu diukur dan diramal melalui sikap terhadap penggunaan teknologi. PU merujuk kepada manfaat yang diperoleh apabila sesuatu teknologi tersebut dapat digunakan dengan sebaik-baiknya.

Manakala EOU didapati dipengaruhi oleh sikap atau tingkah laku (attitude; A), di mana, sikap atau tingkah laku tersebut dikenalpasti melalui dua elemen iaitu keberkesanan dan perantaraan. Ini menjelaskan bahawa semakin mudah penggunaan sesuatu teknologi tersebut digunakan, semakin positif kesannya kepada pengguna teknologi tersebut.

Menurut Holden dan Karsh (2010), sikap adalah berkait rapat dengan perasaan dan

(32)

didapati daripada penilaian setiap individu terhadap penggunaan sesuatu perkara. Selain itu, sikap juga dapat dilihat dalam bentuk positif atau negatif dan melibatkan kognitif dan emosi. Sikap positif atau negatif adalah kecenderungan menggunakan sesuatu perkara secara konsisten terhadap sesuatu objek atau keadaan (situasi).

Rajah 2. 1. Model Penerimaan Teknologi (Davis, 1989)

Melalui TAM, EOU didapati secara tidak langsung mempengaruhi PU. Pemboleh ubah luaran bagi TAM didapati mewujudkan perkaitan antara kepercayaan dalaman (EOU, PU), niat (I) dan sikap (A) dengan pelbagai aspek iaitu seperti individu, situasi, sistem, organisasi dan sebagainya yang mampu memberi kesan kepada tingkah laku. Secara tidak langsung, TAM dapat digunakan sebagai asas dalam mengenalpasti faktor-faktor luaran, sikap, niat dan kepercayaan dalaman yang mempengaruhi penggunaan sebenar sesuatu teknologi (Davis, 1989).

Kajian berkaitan TAM dan media sosial mendapati bahawa PU adalah faktor yang lebih dominan yang mempengaruhi pengguna muda untuk melibatkan diri dalam pembelian secara atas talian di media sosial dan diikuti oleh faktor EOU dan seterusnya norma subjektif. Ini menunjukkan PU lebih dominan dan mampu memberi manfaat tidak kira

Pemboleh Ubah Luaran

Tanggapan kebergunaan

Tanggapan mudah diguna

Sikap terhadap penggunaan

teknologi

Niat untuk menggunakan

teknologi

Penggunaan sebenar

(33)

sama ada kepada pengguna itu sendiri atau kepada organisasi yang terlibat. Kajian tersebut telah dijalankan oleh Zhu, Lin, dan Hsu (2012) bagi mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi rakyat Malaysia terutamanya pengguna muda yang melibatkan diri dalam pembelian secara on-line melalui media sosial. Pemboleh ubah bagi kajian tersebut terdiri daripada EOU, PU dan norma subjektif.

Berdasarkan kajian oleh See, Khalil dan Ameen (2012), TAM didapati bukan sahaja digunakan untuk kajian yang melibatkan sistem teknologi maklumat semata-mata, tetapi merangkumi pelbagai lapangan. Kebanyakan pengkaji menyokong model TAM dan model ini terbukti dan sesuai untuk diaplikasi khususnya dalam e-commerce atau e- dagang (Fayad & Paper, 2015; Säntti, 2011).

Kajian berkaitan TAM di United Kingdom (UK) dan Jordan (Dajani & Yaseen, 2016) mendapati persepsi terhadap kualiti laman sesawang adalah paling berpengaruh dalam menentukan tingkah laku penggunaan teknologi. Pada masa yang sama juga, kajian oleh (Dajani & Yaseen, 2016) juga mendapati pengaruh sosial tidak mempunyai kesan terhadap tingkah laku bagi kedua-dua model yang digunapakai iaitu Model TAM dan Model Unified Theory of Acceptance and Use of Technology (UTAUT) di mana ianya adalah bertepatan dengan kajian tingkah laku penggunaan teknologi yang telah dijalankan sebelum ini. Ini menunjukkan jangkaan bagi pencapaian kajian yang melibatkan Model TAM telah disokong oleh Model UTAUT. Hasil penyelidikan menunjukkan bahawa walaupun kedua-dua model negara adalah hampir sama penentuan hasil kajian, namun kajian menunjukkan model negara UK lebih berkuasa dan berpengaruh berbanding model negara Jordan terhadap tingkah laku penggunaan teknologi.

(34)

Dengan menggunakan model UTAUT, Martin dan Herrero (2012) telah menjalankan kajian dalam bidang pelancongan dengan menggunakan kedua-dua model tersebut.

Objektif kajian adalah bagi mengkaji proses bagaimana penduduk luar bandar yang ingin mendapatkan maklumat tentang tempat pelancongan yang ingin dilawati dengan menggunakan teknologi baru dan seterusnya membuat tempahan atas talian. Kajian ini telah menggunakan UTAUT kerana pengkaji menganggap teori ini kukuh dan secara tidak langsung pengkaji telah membentuk lima pemboleh ubah berkaitan pembelian secara atas talian. Lima pemboleh ubah tersebut ialah performance expectancy, effort expectancy, social influence, facilitating conditions, dan innovativeness.

Hasil kajian melibatkan 1,083 pelancong atau responden yang pernah melancong hasil daripada menggunakan laman sesawang mendapati niat untuk membuat tempahan melalui atas talian adalah positif. Ini adalah berpandukan kepada dua faktor iaitu tahap prestasi dan jangkaan usaha dalam membuat transaksi, dan tahap inovasi yang telah dilakukan oleh pengguna. Ini bermaksud, inovasi yang telah dibentuk mampu memberi kesan terhadap perhubungan antara jangkaan prestasi (performance expectancy) dan niat untuk membuat pembelian atas talian (online purchase intention). Selain itu, terdapat juga pengkaji-pengkaji lain yang menggunakan TAM dalam bidang pelancongan iaitu seperti Dieck dan Jung (2015).

Pengetahuan asas berkaitan teknologi maklumat adalah penting bagi menilai dan mengenal pasti tahap penerimaan teknologi. Ini kerana ia dapat memberi kepuasan kepada diri sendiri dalam usaha mengaplikasi teknologi. Kajian oleh Miltgen, Popovič, dan Oliveira (2013) bertujuan mengenal pasti penerimaan pengguna terhadap penggunaan teknik mengenal pasti identiti melalui sistem biometrik. Sistem ini adalah

(35)

untuk mengukur niat pengguna menerima teknologi yang diperkenalkan melalui pemboleh ubah yang telah dipilih. Gabungan tiga teori iaitu TAM, Diffusion of Innovations (DOI) dan UTAUT dengan menggunakan dua pendekatan iaitu secara teoritikal dan juga empirikal secara mendalam.

Menurut Barranis (2011), sikap terbahagi kepada lima konsep iaitu PU, PEU, faedah yang berkaitan, kesesuaian dan keboleh perhatian (observability). TAM membuktikan bahawa banyak lapangan kajian yang telah dijalankan berkaitan niat untuk menerima teknologi baru seperti syarikat-syarikat di Amerika Syarikat (Chen, Xu & Arpan, 2017), membeli belah dalam talian dalam kalangan pelajar sekolah (Ha, 2012), perbankan Internet (Yousafzai & Yani, 2012), e-perolehan (Aboelmaged, 2010), atau perkhidmatan kutipan tol secara elektronik (Chen et al., 2013).

Hasil kajian mendapati bahawa tiga elemen yang mempengaruhi penggunaan teknologi sistem biometrik ialah (i) mengesahkan bahawa pengaruh penerimaan pemboleh ubah- pemboleh ubah seperti keserasian (compatibility), PU dan kemudahan penggunaan (facilitating conditions) terhadap penerimaan teknologi dan cadangan lanjutan (ii) faktor

‘prior’ seperti kebimbangan bersendirian (concern for privacy), kepercayaan terhadap teknologi, dan inovatif juga memberi kesan kepada punca pengaruh penggunaan teknologi (iii) kepercayaan dan juga bersendirian (kepercayaan terhadap teknologi dan penerimaan risiko) yang membawa kepada penggunaan penerimaan biometrik, bukan disebabkan oleh penggunaan model-model tersebut (TAM, DOI, UTAUT).

(36)

Ini menunjukkan bahawa teknologi maklumat memerlukan satu sistem yang boleh menarik minat pengguna untuk menggunakan sistem tersebut. Bukan sekadar mampu menarik minat pengguna semata-mata, bahkan sistem tersebut mestilah mudah digunakan dan tidak membebankan pengguna semasa menggunakannya (Kanak & Sogukpinar, 2017).

Seterusnya, kajian oleh Owens, Behun, Manning dan Reid (2012) mendapati media sosial adalah medium utama yang digunakan untuk menyebarkan bahan-bahan berkaitan pornografi. Aktiviti ini menyebabkan pengguna media sosial cenderung melayari laman sesawang yang tidak sihat seperti laman web lucah, pornografi dan sebagainya akan memberi kesan ketagihan yang tinggi. Keadaan sedemikian memerlukan kawalan dalam diri dan kawalan persekitaran perlu dipertingkatkan bagi mengelakkan sebarang kemungkinan yang lebih padah berlaku terutamanya bagi golongan remaja.

Kajian oleh Owens, Behun, Manning dan Reid (2012) disokong oleh Daneback, Sevcikova, Månsson dan Ross (2013) yang berpendapat:

Personal inhibition levels, social controls, and the lack of willing partners and sexual scenes that may limit sexual activity in everyday contexts are obsolete in cyberspace. It is easy for latent desires to be realized in cyberspace. Internet sexuality may thus serve as a catalyst (ms. 34).

Tidak dapat dinafikan, penggunaan media sosial kini adalah universal dan sangat meluas.

Oleh itu, kajian oleh Ika dan Ali (2015) di Palembang, Indonesia bertujuan mengenal pasti penerimaan dan pengalaman pengguna dalam menggunakan media sosial. Kajian tersebut melibatkan 298 pelajar Ijazah Sarjana Muda dengan menggunakan TAM.

Dapatan kajian menunjukkan penerimaan media sosial dipengaruhi oleh beberapa faktor

(37)

iaitu tanggapan mudah diguna, faktor kaitan dan rangkaian antara peribadi dan sosial yang memberikan kesan signifikan ke atas penerimaan dan penggunaan. Faktor-faktor inilah yang menggalakkan pengguna Internet menggunakan media sosial dalam kehidupan seharian.

2.3 Kerangka Kajian

Rangka kerja kajian seperti mana yang ditunjukkan dalam Rajah 2.4. telah dibangunkan berdasarkan kajian lepas. Rajah 2.4 menunjukkan faktor-faktor yang didapati mempengaruhi penggunaan media sosial terdiri daripada gaya keibubapaan autoritatif, gaya keibubapaan autoritarian, gaya keibubapaan permisif, rakan sebaya, guru dan pegangan agama. Penentuan faktor-faktor penggunaan media sosial pula didapati dipengaruhi oleh sikap.

Rajah 2.2

Kerangka Kajian

Sumber: Diubahsuai daripada Davis (1989); Ajzen dan Fishbein (1980)

Penggunaan Media Sosial Gaya Keibubapaan Autoritatif

Gaya Keibubapaan Autoritarian Gaya Keibubapaan Permisif

Rakan sebaya Guru Pegangan agama

Sikap

(38)

2.4 Media Sosial

Kepelbagaian aplikasi berasaskan Internet menyebabkan teknologi maklumat dan komunikasi berkembang dengan pesat. Penggunaannya yang lebih mesra pengguna menyebabkan ‘perpustakaan maklumat’ ini dapat diakses dengan mudah dan global.

Teknologi kini bukan hanya sekadar berfungsi untuk emel dan melayari web semata- mata, malah kini dijadikan keperluan dalam kehidupan seharian manusia. Kemudahan menyebarkan maklumat berasakan teks, video dan grafik menjadikan media sosial lebih dekat dengan pengguna kerana keupayaannya untuk menyampaikan kandungan media dan berinteraksi antara pembaca dengan penulis (Hajli, 2013).

Faktor utama yang didapati mempengaruhi individu untuk menggunakan media sosial adalah teknologi. Ini kerana hampir semua pengguna Internet di seluruh dunia melayari Internet untuk tujuan atau aktiviti harian terutamanya untuk berkomunikasi melalui media sosial. Secara tidak langsung, ini menyebabkan penggunaan media sosial meningkat dari semasa ke semasa termasuk pengguna di Malaysia. Penggunaan media sosial membolehkan individu berkomunikasi dengan pelbagai kaedah atau cara. Ini kerana ia tidak hanya terhad kepada penggunaan blog sahaja, malah ia turut melibatkan aktiviti perkongsian foto dan video, mikroblog dan pelbagai interaksi lain yang lebih menarik dan mesra pengguna (Siti Ezaleila & Azizah, 2010).

Media sosial yang lebih menjurus kepada teknologi digital bersifat lebih interaktif dan menjadi tumpuan oleh segenap lapisan masyarakat terutamanya golongan muda atau remaja. Platform media sosial seperti Facebook (FB), Friendster, MySpace, Multiply, Twitter, Instagram, WhatsApp, WeChat, Viber, Tango dan sebagainya tidak lagi asing bagi oleh masyarakat kini. Penggunaan media sosial yang meluas terutama bagi

(39)

komunikasi membuktikan bahawa masyarakat di seluruh dunia kini amat bergantung kepada media sosial dalam kehidupan seharian (Madden et al., 2013).

Di Malaysia, platform utama media sosial yang digunakan adalah Facebook dan didapati pengguna media sosial di Malaysia menghabiskan masa 181.2 minit sehari untuk mengakses media sosial. Penggunaan media sosial di Malaysia juga adalah antara yang tertinggi di Asia Tenggara. Ini menunjukkan bahawa masyarakat Malaysia sedang mengalami perubahan atau transisi berbentuk komunikasi yang menjadikan masyarakat berhubung atau berkomunikasi melalui penggunaan media digital sebagai medium utama (Nuurrianti, 2016).

Media sosial yang wujud di Malaysia turut menawarkan ciri-ciri dan aplikasi yang hampir sama dengan pengguna di seluruh dunia. Disebabkan itu, Bucher (2015) berpendapat bahawa:

These three features―profiles, friends list, and comments―comprise the primary structure of all social network sites, although individual sites provide additional features for further engagement. While SNSes allow visitors to wander from Friend to Friend and communicate with anyone whohas a visible profile, the primary use pattern is driven by pre-existing friend groups. People join the sites with their friends and use the different messaging tools to hang out, share cultural artifacts and ideas, and communicate with one another (ms. 29).

Tanggapan media sosial mudah diguna (PEOU) merujuk kepada pengguna yang percaya bahawa teknologi adalah sukar untuk digunakan, di mana tahap penggunaan sesuatu teknologi itu bebas dari sebarang usaha (Davis, 1989). Sistem rangkaian teknologi secara atas talian dijangkakan akan dapat memberi kesan yang positif terhadap tanggapan media

(40)

berguna (Hajli, 2013) dan tanggapan media sosial mudah diguna diwujudkan bagi menentukan niat untuk menerima teknologi (Davis, 1989; Wu, 2012) yang diperkenalkan.

Bukti secara empirikal menunjukkan bahawa TMSMD mempunyai kesan terhadap niat untuk menerima dan akan tetapi penerimaan tersebut bukan secara terus kepada niat tetapi melalui TMSB (Ananya & Sraboni, 2016).

TMSB adalah persepsi terhadap penggunaan teknologi yang dapat membantu pengguna dalam mencapai matlamat dan sesuatu urusan pekerjaan. Dalam konteks penggunaan teknologi yang baru di tempat kerja, Hamedi dan Samira (2015) telah membuktikan bahawa betapa pentingnya penggunaan teknologi baharu yang mampu mempengaruhi sikap pekerja ke arah yang lebih positif. Menurutnya lagi, peningkatan sebanyak 30 hingga 35 peratus kesan dari penggunaan teknologi dapat membantu sikap pekerja dalam membantu mencapai matlamat dalam sesebuah organisasi. Pernyataan ini telah menunjukkan bahawa media sosial adalah teknologi yang banyak membantu mempermudahkan pengguna dalam menjalankan aktiviti atau kerja seharian.

Keibubapaan merangkumi kesemua aspek dalam kehidupan. Ini kerana keibubapaan bukan hanya mendidik dan membesarkan anak semata-mata. Ini termasuklah cara ibu bapa bertindak seperti bertutur, menegur, menghukum dan bertindak balas dalam semua keadaan atau situasi. Perbuatan atau tingkah laku ibu bapa akan diikuti atau dicontohi oleh anak-anak.

Ini kerana anak-anak akan mengamati, melihat, mengamal dan memproses maklumat yang diperolehi oleh akal iaitu memproses tingkah laku ibu bapa untuk diikuti. Oleh itu, adalah penting setiap tingkah laku dan perbuatan yang dilakukan oleh ibu bapa untuk

(41)

ditunjukkan oleh anak-anak dalam sesebuah keluarrga. Perbuatan ibu bapa akan diikuti dan diteladani oleh anak-anak.

Walau bagaimanapun, tingkah laku dan perbuatan anak-anak bukan hanya dipengaruhi oleh gaya keibubapaan sahaja, malah turut dipeengaruhi oleh perubahan sosial yang berlaku kesan daripada industrialisasi, mobilisasi, pendidikan liberal dan globalisasi di mana secara tidak langsung memberi cabaran besar kepada sistem kekeluargaan pada masa kini (Izzah & Salasiah, 2016).

Pemesatan teknologi dan perubahan masa yang pantas secara tidak langsung memberi kesan yang positif dan negatif kepada anak-anak. Hal ini kerana melalui media sosial, masyarakat kini telah menggantikan hubungan kekeluargaan seperti ibu bapa, sanak saudara, jiran dan sebagainya dengan teknologi maklumat iaitu dengan penggunaan media sosial (Sweetser & Kelleher, 2011).

Kewujudan media sosial dan penggunaan yang berleluasa oleh setiap lapisan masyarakat telah mengakibatkan anak-anak lebih banyak atau suka menghabiskan masa dengan media sosial berbanding meluangkan masa bersama-sama keluarga. Disebabkan inilah wujudnya jurang komunikasi dalam sistem kekeluargaan terutamanya komunikasi antara ibu bapa dengan anak-anak (Pumper, Yaeger & Moreno, 2013). Oleh itu, struktur keluarga adalah penting kerana ianya mampu memberi kesan atau mempengaruhi corak atau gaya keibubapaan (Selkie, Benson & Moreno, 2011).

Definisi didikan merujuk kepada cara atau kaedah mendidik dan yang dididik (diajar atau dilatih). Maka, gaya didikan merangkumi cara dan bagaimana seseorang individu atau

(42)

Gaya didikan ibu bapa menggabungkan sikap, kebiasaan dan ekspresi secara bukan lisan yang dapat menggambarkan interaksi di antara ibu bapa dengan anak-anak dalam pelbagai situasi (Noor Azmira, 2015).

Oleh itu, gaya didikan bagi kajian ini merujuk kepada bagaimana stail atau gaya ibu bapa mewujudkan perhubungan dengan anak-anak mereka dalam usaha membimbing, memberi tunjuk ajar, mendidik dan berkomunikasi secara lisan atau bukan lisan.

Selain itu, gaya didikan juga merujuk kepada gabungan sikap, kebiasaan dan ekspresi secara bukan lisan yang dapat menggambarkan interaksi di antara ibu bapa dengan anak- anak (Feldman, Masalha & Derdikman-Eiron, 2010). Gaya keibubapaan telah menjadi fokus utama penyelidik sejak awal abad ke-21. Ini adalah kerana gaya keibubapaan merupakan aspek penting kepada masyarakat kerana gaya keibubapaan memainkan peranan utama kepada pembangunan kanak-kanak dan remaja untuk masa hadapan yang lebih terjamin. Amalan keibubapaan yang baik boleh memberi kesan postif kepada perkembangan kanak-kanak dan remaja (Maria & Shazia, 2016).

Kini, perubahan teknologi lebih sinonim dengan Revolusi Industri 4.0 (RI 4.0). Pada tahun 2011 bermulanya kemunculan Revolusi Industri 4.0 dengan penemuan pelbagai teknologi baharu (Schwab, 2016; Ilias & Ladin, 2018) yang telah dibangunkan oleh warga Jerman iaitu Klaus Schwab yang merupakan pengasas dan pengerusi esekutif Forum Ekonomi Dunia (Schwab, 2016). Menurut Kagermann, Wahlster, dan Helbig (2013) istilah revolusi industri keempat adalah sebagai salah satu inisiatif utama strategi berteknologi tinggi untuk tahun 2020. Revolusi Industri 4.0 juga telah diperkenalkan

(43)

sebagai trend ke arah pendigitalan dan automasi dalam senario industri global (Oesterreich & Teuteberg, 2016).

Kemunculan IR 4.0 juga merupakan satu paradigme di mana mesin-mesin kini dapat menyesuaikan diri dan menyelaraskan tugas secara automatik bagi memenenuhi keperluan manusia yang boleh dicapai melalui beberapa sistem. Antara sistem yang boleh dicapai ialah Sistem Fizikal Siber (CPS), Program Pengurusan Lanjutan, Internet of Thing (IoT) atau Internet Industri (Rifkin, 2014), automasi, analisis dan big data, simulasi, integrasi sistem, dan cloud (Schwab, 2016).

Perubahan ini juga turut memberi impak yang besar kepada dunia pendidikan sesuai dengan kecenderungan pelajar pada hari ini yang lebih tertarik dengan pembelajaran menggunakan kaedah paragogy dan cybergogy (Ismail et al., 2019), blended learning (Ahmad, 2018), Whatsapp (Chear, 2017), kepelbagaian fungsi gadjet dan peralatan aplikasi moden (Shatto, & Erwin 2016), pembelajaran melalui gamification (Ding, 2017), skype, face-time dan hang out, serta pembelajaran menggunakan kaedah heutagogy (Hase, & Kenyon, 2001).

Keselarasan antara kehendak dan keperluan semasa sangat diperlukan dalam dunia pendidikan era teknologi maklumat pada hari ini (Yusoff, Jamaludin & Abda, 2015).

Bahkan proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) dalam pendidikan dilihat sebagai aspek yang terkesan akibat daripada ledakan gelombang teknologi maklumat (Jenal, 2017). Kemodenan ICT dan kemunculan IR 4.0 membuka peluang kepada para pelajar untuk meneroka informasi secara mudah, sehingga berupaya memberi kesan penting dalam proses pembelajaran di peringkat sekolah (Yusof & Tahir, 2017).

(44)

Selain itu, ICT telah mendorong minat para pelajar untuk menguasai ilmu pengetahuan dengan hanya mengakses bahan-bahan pembelajaran yang diperlukan secara atas talian dengan lebih mudah dan pantas (Yusof & Tahir, 2017). Pelajar-pelajar pada hari ini juga lebih tertarik kepada pembelajaran secara interaktif. Sesuai dengan pandangan Jenal (2017) yang menyatakan bahawa pembelajaran secara interaktif dapat menarik minat dan perhatian pelajar serta menimbulkan rasa ingin tahu dalam diri pelajar.

Pelajar juga sering menggunakan kemudahan ICT dalam aktiviti menggabungkan maklumat-maklumat, taging, menyimpan maklumat, berkolaborasi dan mengawas proses untuk menyelesaikan masalah secara khusus (Batchelder, 2010). Justeru, ICT boleh dianggap sebagai suatu medium berkesan bagi menyokong pembelajaran dan pengajaran (PdP) pada hari ini (Deore, 2012; Wong, et al., 2017).

2.4.1 Remaja dan Media Sosial

Remaja merupakan kumpulan pengguna terbesar media sosial. Mereka adalah pengguna terpenting dalam pembentukan media sosial seperti rangkaian sosial, blog dan perkongsian foto dan video (Subrahmanyam & Greenfield, 2018). Remaja hari ini lahir disaat penggunaan media sosial sedang pesat berkembang dan menjadi salah satu punca mereka mengalami kesukaran untuk memisahkan diri mereka dari media. Carr (2019) menggelar remaja hari ini sebagai ‘pengguna digital’, yang mewujudkan jurang di antara remaja dengan ibu bapa mereka. Ini kerana, usia remaja adalah satu tempoh masa untuk bebas daripada kawalan ibu dan bapa. Malah pada usia remaja, mereka tidak mahu berasa terasing dan dipinggirkan sebaya sekiranya mereka ketinggalan dan tidak mengikuti perkembangan semasa (Richards, McGee, Williams, Welch & Hancox, 2020).

(45)

Akibatnya, kebanyakan masa mereka dihabiskan dengan media sosial yang akhirnya mempengaruhi kehidupan mereka. Hal ini akan memberikan kesan kepada pelarasan psikologi dan membawa kepada tingkah laku masalah seperti tingkah laku yang menyimpang dan kemurungan. Kemunculan media sosial jelas memberi impak yang amat besar terhadap kehidupan manusia terutamanya bagi golongan remaja yang secara langsung telah mengubah pola kehidupan masyarakat, budaya, cara berfikir dan hampir segala aspek dalam kehidupan. Bagi generasi Y, mereka telah bergantung sepenuhnya pada media sosial dan media baru ini berjaya mempengaruhi cara hidup mereka (Bolton et al, 2018).

Di Malaysia, kajian berkaitan dengan remaja dan media sosial ini telah banyak dilakukan oleh sarjana tempatan dalam pelbagai aspek. Antaranya kajian yang telah dilakukan oleh Norazlah Mat Il dan Normaliza Abd Rahim, iaitu “Tahap Penggunaan Instagram dalam Kalangan Pelajar di Universiti Putra Malaysia” (2017). Kajian ini memfokuskan tahap penggunaan Instagram dalam kalangan pelajar Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia (UPM). Objektif kajian adalah untuk mengenalpasti dan menghuraikan tahap penggunaan Instagram terhadap akaun sendiri, ruangan komen dan akaun pengguna lain dalam kalangan 100 orang pelajar dari pelbagai kaum dan tahun pengajian yang mengikuti program sarjana muda di UPM. Instrumen kajian ini terdiri daripada borang soal selidik yang mengandungi 15 item dan juga kaedah temu bual. Hasil dapatan kajian ini menunjukkan bahawa penggunaan Instagram terhadap akaun sendiri adalah tidak menggalakkan kerana kebanyakkan pelajar tidak sempat mengemas kini akaun disebabkan faktor kesibukkan dengan kuliah. Oleh yang demikian, golongan pelajar ini hanya melayari internet untuk melihat akaun pengguna lain, membaca serta membalas komen yang terdapat di dalam akaun sendiri.

(46)

Kajian yang dilakukan oleh Siti Ezaleila Mustafa dari Universiti Malaya (2016) dengan tajuk kajiannya, “Penggunaan Laman Sosial dan Impaknya Terhadap Hubungan Persahabatan dalam Talian”. Borang soal selidik telah diedarkan kepada 400 orang responden yang terdiri daripada pengguna aktif laman sosial. Seramai 213 orang terdiri daripada responden perempuan dan 46.8 peratus lagi terdiri daripada responden lelaki. Kebanyakan responden dalam kajian ini terdiri daripada umur antara 18 tahun hingga 25 tahun yang boleh dikategorikan sebagai golongan remaja. Hasil kajian mendapati lebih 50% responden bersetuju bahawa rangkaian sosial dapat mengembangkan talian persahabatan mereka dengan rakan-rakan baru. Walaubagaimanapun, dapatan kajian ini mendapati bahawa mereka yang menjalinkan persahabatan dalam talian akan mengakhiri persahabatan tersebut dengan mengeluarkan rakan lama itu dari senarai sahabat atas sebab-sebab yang tertentu.

Seterusnya, kajian mengenai remaja dan media sosial turut dilakukan oleh Ika Destiana, Ali Salman dan Mohd Helmi Abd. Rahim dengan kajian mereka bertajuk “Penerimaan Media Sosial: Kajian Dalam Kalangan Pelajar Universiti di Palembang” dalam Jurnal Komunikasi (2013). Objektif kajian ini ialah untuk mengenal pasti faktor-faktor yang memberikan kesan signifikan terhadap penerimaan dan penggunaan media sosial. Borang soal selidik telah diedarkan kepada 298 orang pelajar ijazah sarjana muda di Palembang, Indonesia yang berusia antara 17 tahun hingga 25 tahun. Hasil kajian mendapati penerimaan media sosial ini telah dipengaruhi oleh beberapa faktor seperti faktor kaitan dan rangkaian antara peribadi dan sosial yang memberikan kesan signifikan ke atas penerimaan dan penggunaan media sosial.

Namun kajian ini dilakukan di Indonesia, kemungkinan berbeza hasilnya jika dilakukan di Malaysia terutamanya dari aspek generalisasi remaja secara keseluruhannya.

(47)

2.4.2 Remaja dan Teknologi

Kemajuan teknologi yang sedang berkembang pada hari ini mengubah wajah sistem komunikasi di negara dunia ketiga. Teknologi bukan sahaja memudahkan perhubungan remaja dengan persekitarannya seperti melalui panggilan telefon, menghantar teks dengan aplikasi WhatsApps, memeriksa dan membalas email, mendengar muzik, membaca dan menonton berita malah dapat menjauhkan komunikasi sosial secara bersemuka di dalam keluarga. Ini kerana bentuk komunikasi lisan telah berubah menjadi komunikasi tanpa lisan.

Menurut Liu dan Peng (2019), walaupun hubungan kekeluargaan boleh terbentuk dengan perkongsian teknologi seperti penggunaan telefon bimbit, menonton televisyen dan bermain permainan video, teknologi ini juga boleh mengganggu dan menjejaskan masa bersama ibu bapa dan anak-anak. Blair dan Fletcher (2014) mendapati penggunaan teknologi bimbit telah menyebabkan anak-anak lebih rapat dengan rakan-rakan mereka.

Hasil kajian turut mendapati, 70.7 peratus remaja melaporkan mereka meluangkan masa kurang daripada dua hingga empat jam sehari dengan bermain permainan video. 34.5 peratus dilaporkan meluangkan masa kurang dari satu jam atau langsung tidak ada masa dengan ibu bapa mereka. Namun kajian tersebut hanya melihat kaitan antara tempoh penggunaan telefon bimbit dalam kalangan anak-anak dan hubungannya dengan ibu bapa.

Satu lagi kajian telah dijalankan oleh Lenhart, Ling, Campbell dan Purchell (2010). Hasil kajian mereka mendapati hampir 75.0 peratus remaja berusia antara 12-17 tahun memiliki telefon bimbit sendiri pada tahun 2010, berbanding dengan 45.0 peratus pada tahun 2004.

Ini bermakna, lebih separuh daripada pengguna telefon bimbit adalah remaja dalam lingkungan usia 15 hingga 20 tahun. Mereka menghantar atau menerima sekurang-

(48)

kurangnya 11 mesej berbentuk teks setiap hari, manakala kira-kira satu perlima daripada mereka menulis mesej 21 kali sehari atau lebih. Kekerapan mereka menghantar mesej dilihat sebagai salah satu gaya komunikasi remaja dengan rakan-rakannya. Malah mereka banyak menghabiskan masa bermain permainan video.

Malah peningkatan jumlah remaja yang lebih banyak menghabiskan masa mengadap telefon pintar, komputer, dan pelbagai jenis permainan video, menyebabkan perhatian mereka seolah-olah telah ‘diserap’ oleh teknologi ini. Penggunaan applikasi WhatsApps adalah salah satu punca paling ketara perubahan tingkah laku yang mengurangkan interaksi sosial secara dua hala. Dianggarkan purata remaja memeriksa telefon pintar mereka sebanyak 80 kali sehari (Park, 2005). Dengan peningkatan teknologi ini, tidak mustahil kesejahteraan hidup anak-anak akan terjejas. Mereka mula menjauhkan diri daripada ibu bapa dan ibu bapa sukar memantau apa-apa aktiviti yang dilakukan oleh mereka di media sosial.

Kajian mengenai remaja dan teknologi juga telah banyak dilakukan di Malaysia.

Misalnya kajian yang telah dilakukan oleh Naquiah Nahar, Sahrunizam Sangi, Dharsigah A/P Baniear Salvam, Nurhidayu Rosli dan Abdul Hafiz Abdullah (2018), bertajuk

“Impak Negatif Teknologi Moden dalam Kehidupan dan Perkembangan Kanak-kanak Hingga Usia Remaja”. Tujuan utama kajian ini adalah untuk mengenal pasti kesan negatif penggunaan teknologi moden terhadap perkembangan fizikal, interaksi dan perkembangan sosial serta perkembangan akademik golongan kanak-kanak hinggalah kepada golongan remaja. Hasil dapatan kajian jelas menunjukkan bahawa penggunaan teknologi secara berlebihan atau tidak terkawal akan menyebabkan kesan negatif kepada

Rujukan

DOKUMEN BERKAITAN

Ujian khi kuasa dua atau eksas Fisher juga digunakan untuk membandingkan kumpulan jantina dan etnik dalam kalangan pelajar Tingkatan Lima bagi keempat-empat faktor

Secara khusus, objektif kajian ini adalah untuk: Mengenal pasti faktor sosial (rakan sebaya, keluarga, persekitaran, motivasi dan sikap) yang mempengaruhi pembelajaran

Dapatan kajian ini jelas menunjukkan bahawa faktor risiko persekitaran seperti mudah mendapat bahan atau dadah adalah penyumbang kepada tingkah laku salah guna

Remaja berisiko ialah remaja yang mempunyai potensi untuk terlibat dalam masalah sosial kerana pelbagai faktor seperti faktor persekitaran, keluarga, sosio-ekonomi dan peribadi.

Dengan demikian dapat dikatakan bahawa faktor rangkaian antara peribadi dan sosial memberikan pengaruh yang positif terhadap penerimaan media sosial dalam kalangan pelajar

(iii) Adakah faktor peribadi (kepercayaan agama, sifat altruisme dan perasaan belas kasihan), faktor sosial (pengaruh ibu bapa dan keluarga, pengaruh rakan sebaya

Keagresifan dalam kalangan remaja merupakan antara isu penting yang perlu difahami dalam konteks pengaruh luar dan dalaman. Oleh itu , kajian ini berfokus kepada sekumpulan remaja

Keagresifan dalam kalangan remaja merupakan antara isu penting yang perlu difahami dalam konteks pengaruh luar dan dalaman. Oleh itu , kajian ini berfokus kepada sekumpulan remaja