• Tiada Hasil Ditemukan

HKN 207 – FIKSYEN DAN DRAMA MELAYU DAN INDONESIA MODEN

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Share "HKN 207 – FIKSYEN DAN DRAMA MELAYU DAN INDONESIA MODEN "

Copied!
3
0
0

Tekspenuh

(1)

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

Peperiksaan Semester Kedua Sidang Akademik 2006/2007

April 2007

HKN 207 – FIKSYEN DAN DRAMA MELAYU DAN INDONESIA MODEN

Masa : 3 jam

Sila pastikan bahawa kertas peperiksaan ini mengandungi TIGA muka surat yang bercetak sebelum anda memulakan peperiksaan ini.

Jawab EMPAT soalan sahaja. Sekurang-kurangnya SATU soalan daripada setiap bahagian.

…2/-

(2)

[HKN 207]

- 2 -

Bahagian A: Cerpen

1. Bincangkan konsep cinta abadi sebagaimana yang diungkapkan oleh S.M. Zakir dalam cerpen “Si Penggaru Kalbu” dan oleh Danarto dalam cerpen “Setangkai Melati di Sayap Jibril.” Sejauhmanakah penampilan konsep cinta abadi dalam cerpen-cerpen tersebut memberi kesan kepada anda sebagai pembaca?

2. Bincangkan sikap dan peranan kanak-kanak sebagai anggota keluarga dan masyarakat berdasarkan watak Jarah dalam cerpen

“Nasinya Tumpah” karya Fatimah Busu dan watak Buyung dalam cerpen “Dilarang Mencintai Bunga-Bunga” karya Kuntowijoyo.

Sekiranya watak-watak ini berpeluang menjadi dewasa, apakah senario kehidupan mereka?

3. Bandingkan pengolahan plot yang dibuat oleh Keris Mas dalam cerpen “Keras Hati” dengan pengolahan plot oleh A.A. Navis dalam cerpen “Robohnya Surau Kami.” Bincangkan juga kritikan sosial yang disampaikan oleh kedua-dua penulis tersebut dalam cerpen-cerpen berkenaan.

Bahagian B: Novel

4. Bincangkan bentuk-bentuk bencana alam yang dihadapi oleh golongan petani di Kampung Banggul Derdap yang tergambar dalam novel Ranjau Sepanjang Jalan karya Shahnon Ahmad. Sekiranya anda menjadi Pegawai Daerah Sik, kemukakan satu perancangan yang berkesan untuk mengatasi bencana alam itu.

5. Bincangkan dengan kritis permasalahan yang dilontarkan oleh Kuntowijoyo dalam novel Mantra Pejinak Ular. Sejauhmanakah permasalahan itu benar berdasarkan pengetahuan anda tentang masyarakat Jawa?

6. Karya sastera merupakan dokumen sosial sesebuah masyarakat.

Bincangkan pernyataan itu berdasarkan novel Percikan karya Zakaria Ali dan novel Azab dan Sengsara karya Merari Siregar.

…3/-

(3)

[HKN 207]

- 3 -

Bahagian C: Drama

7. Bincangkan kekuatan drama Matinya Seorang Pahlawan - Jebat oleh Usman Awang sebagai karya yang memperjuangkan keadilan dan bahaskan kewajaran perjuangan itu dalam konteks zamannya.

8. Drama Malam Jahanam karya Motinggo Busye mempersoalkan sikap dan perlakuan manusia yang jahanam kerana pentingkan nafsu lawamah sehingga memporakperandakan keluarga dan masyarakat.

Bincangkan.

- ooo0ooo -

Rujukan

DOKUMEN BERKAITAN

Kursus ini disasarkan kepada semua lapisan masyarakat yang berminat untuk menulis cerpen, novel dan drama pentas.. Tiada

Bincangkan bentuk-bentuk bencana alam yang dihadapi oleh golongan petani di Kampung Banggul Derdap yang tergambar dalam novel Ranjau Sepanjang Jalan karya Shahnon Ahmad7.

“Hidup mati susah senang di tangan Allah.” Sejauhmanakah ungkapan itu menjadi pegangan hidup watak Lahuma dalam novel Ranjau Sepanjang Jalan karya Shahnon Ahmad..

Oleh itu, ciri-ciri umum diaspora yang dinyatakan oleh Cohen ini dapat disimpulkan bahawa golongan ini terpisah dari tanah asal, sentiasa berada dalam keadaan trauma dan

Dengan latar seperti yang dibayangkan di atas, makalah ini akan memberi tumpuan kepada cerpen-cerpen terpilih Isma Ae Mohamad dalam menganalisis permasalahan

Sayembara menulis cerpen itu bertujuan dan memberi fokus dalam mengasah dan mencungkil bakat penulisan dalam kalangan pelajar universiti, sekali gus sebagai pelapis kepada

Bincangkan tema tradisi dan perubahan silang budaya dalam masyarakat moden negara China seperti yang dilakarkan dalam cerpen terpilih dalam A Thousand Years of Good Prayers,

Dalam terjemahan ini ada kira-kira 28 buah cerpen hantu dan siluman termasuk cerpen 'Lien Hsiang (Lian Xiang) yang benar-benar dari koleksi Liaozhai Zhiyi.. Selain dari itu