• Tiada Hasil Ditemukan

Pengurusan Zakat di Malaysia:

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Share "Pengurusan Zakat di Malaysia: "

Copied!
28
0
0

Tekspenuh

(1)
(2)

1

Pengurusan Zakat di Malaysia:

Satu Pendekatan Analisis Gelagat

Hairunnizam Wahid Mohd Ali Mohd Noor Adibah Abdul Wahab

Muhammad Tajuddin Abdul Rahim

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA BANGI • 2017

http://www.ukm.my/fep

(3)

Cetakan Pertama, 2017

Hak cipta Pusat Penyelidikan Ekonomi dan Kewangan Islam (EKONIS-UKM) Universiti Kebangsaan Malaysia, 2017

Hak cipta terpelihara. Tiada bahagian daripada terbitan ini boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau ditukarkan ke dalam sebarang bentuk atau dengan sebarang alat juga pun, sama ada dengan cara elektronik, gambar serta rakaman dan

sebagainya tanpa kebenaran bertulis daripada Penerbit terlebih dahulu.

Diterbitkan di Malaysia oleh

Pusat Penyelidikan Ekonomi dan Kewangan Islam (EKONIS-UKM), Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 UKM Bangi,

Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA http://www.ukm.my/ekonis e-mel:ekonis@ukm.edu.my

Dengan Kerjasama Lembaga Zakat Selangor (LZS)

3-01-1, Presint ALAMI, Pusat Perniagaan Worldwide 2, Persiaran Akuatik, Seksyen 13

40100 Shah Alam, Selangor, Darul Ehsan, MALAYSIA e-mel: khidmatpelanggan@zakatselangor.com.my

Unit Zakat UKM Pejabat Unit Zakat UKM Jabatan Bendahari, Aras 1, Masjid UKM 43600 Bangi, Selangor, Darul Ehsan, MALAYSIA

e-mel: infozakat@ukm.edu.my Dicetak di Malaysia oleh

UKM CETAK UKM Holdings Sdn. Bhd.

Aras Bawah, Bangunan Penerbit UKM UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA 43600 Bangi, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA

Perpustakan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan

Hairunnizam Wahid

Pengurusan Zakat Di Malaysia: Satu Pendekatan Analisis Gelagat / Hairunnizam Wahid, Mohd Ali Mohd Noor, Adibah Abdul Wahab, Muhammad Tajuddin Abdul Rahim

1. Zakat. 2. Islam—Charities. 3. Islamic Giving. I. Mohd Ali Mohd Nor, II.

Adibah Abdul Wahab, III. Muhammad Tajuddin. IV. Judul ISBN 978-983-3198-98-6

(4)

3

Kandungan

Kandungan …3 Kata Pengantar …6 Sekapur Sirih…7 Prakata …8 Senarai Penulis…9

Bab 1 Pengurusan Zakat Institusi Pengajian Tinggi: Pengalaman Unit Zakat Universiti Kebangsaan Malaysia

Muhammad Tajuddin Abdul Rahim & Wan Mohd Al Faizee Wan Ab Rahaman...11

Bab 2 Aplikasi SEM-PLS dalam Menentukan Faktor Pembayaran Zakat oleh Syarikat

Adibah Abdul Wahab …23

Bab 3 Kodifikasi Akta Zakat Nasional: Persepsi dan Implikasi

Mohd Suffian Mohamed Esa, Mohd Ali Mohd Noor & Hairunnizam Wahid ... 39

Bab 4 Prestasi Kutipan Serta Pematuhan Standard Prosedur Kutipan Zakat:

Kajian di Malaysia

Mohd Fisul Ismail, Hairunnizam Wahid & Mohd Ali Mohd Noor …65

Bab 5 Analisis Kecekapan Kutipan dan Agihan oleh Institusi Zakat: Satu Kajian Semula Terhadap Majlis Agama Islam Negeri

Ummi Amirah Alias, Hairunnizam Wahid & Azrina Abdullah Al-Hadi …83

Bab 6 Kesan Cukai Korporat dan Zakat Perniagaan Terhadap Prestasi Kewangan Industri Kecil dan Sederhana (IKS)

Sri Nooridayu Salleh, Rubayah Yakob & Aisyah Abdul Rahman…103

Bab 7 Pendanaan Awam (Crowdfunding) dan Zakat: Satu Tinjauan Awal Ke Atas Pendekatan yang Digunakan

Suhaili Alma’amun ... 125

Bab 8 Dana Zakat Untuk Pembiayaan Pendidikan: Tinjauan Kecenderungan Pemilihan Aliran Pendidikan dalam Kalangan Asnaf Mualaf di Malaysia Muhammad Haffiz Muhamad Isa & Hairunnizam Wahid …133

(5)

Bab 9 Pembangunan Harta Aqar Zakat: Kajian Terhadap Model Pembangunan Harta Aqar Majlis Agama Islam Negeri Johor

Mohd Azlan Bunasir & Hairunnizam Wahid …155

Bab 10 Kontrak Wakalah dalam Agihan Zakat: Kajian di Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan

Atiah Ahmad & Hairunnizam Wahid ...171

Bab 11 Kesedaran Masyarakat Islam Terhadap Penggunaan e-Fidyah dalam Urusan Pembayaran Fidyah di Majlis Agama Islam Johor: Kajian di Muar, Johor

Muhammad Shukri Ab Ghani, Hairunnizam Wahid &

Mohd Ali Mohd Noor …189

Bab 12 Pembayaran Zakat Pendapatan Melebihi Kadar Kewajipan Zakat:

Kajian dalam Kalangan Kakitangan Kerajaan di Wilayah Persekutuan, Putrajaya

‘Abdullah Khairi Mohd Asri & Hairunnizam Wahid …211

Bab 13 Persepsi Asnaf Zakat Al-Gharimin (Perubatan) Terhadap Kaedah Agihan Zakat oleh Lembaga Zakat Selangor: Kajian di Gombak, Selangor Nur Aliah Mohd Sukeri, Zulaikha Mohd Hanafiah & Hairunnizam Wahid ... 227

Bab 14 Keberkesanan Pelaksanaan Ceramah Zakat Terhadap Kefahaman Serta Amalan Membayar Zakat Perniagaan: Kajian di Sepang, Selangor

Siti Umairah Kamaruddin, Hairunnizam Wahid, Mohd Ali Mohd Noor & Abdul Halim Abu Bakar …245

Bab 15 Pembayaran Zakat Pendapatan dan Tekanan Kos Sara Hidup: Kajian dalam Kalangan Pensyarah di Kolej Poly-Tech Mara (KPTM)

Sharifah Nor Nadiah Syed Aluwi, Hairunnizam Wahid &

Mohd Ali Mohd Noor …269

Bab 16 Persepsi Masyarakat Islam Terhadap Agihan Zakat oleh Tabung Baitulmal Sarawak (TBS) dan Peranan Medium Promosi: Kajian di Bintulu, Sarawak

Abdul Hayy Haziq Mohamad & Hairunnizam Wahid …287

(6)

5

Bab 17 Hubungan Antara Uruf, Amalan Adat Perpatih Terhadap Pembayaran Zakat Pendapatan: Kajian di Rembau, Negeri Sembilan

Mohamad Nurul Azwan Mohamad Taib & Hairunnizam Wahid …305

Bab 18 Kesedaran Membayar Zakat Pendapatan dalam Kalangan Kakitangan Kolej Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah

Nur Liana ‘Aqilah Derus & Mohd Ali Mohd Noor …319

Bab 19 Penentuan Had Kifayah Zakat: Satu Cadangan Dimensi Penentuan yang Baru

Siti Norhidayah Hamzah & Hairunnizam Wahid …331

Bab 20 Keberkesanan Bantuan Modal Zakat Daripada Perspektif Penerima:

Kajian di Daerah Kuala Terengganu dan Kuala Nerus, Terengganu Solehuddin Zulkifli, Nurmaizura Marzuki &

Hairunnizam Wahid …353

Bab 21 Zakat, Tekanan Kewangan dan Pembiayaan Hutang bagi Institusi Kewangan di Malaysia

Aisyah Abdul-Rahman & Muhammad Haziq Abdullah …373

Bab 22 Kecekapan Pengurusan Agihan Zakat oleh Lembaga Amil Zakat Swadaya Ummah (LAZSU): Satu Kajian di Pekanbaru Riau, Indonesia

Sri Hartati, Hairunnizam Wahid, Mohd Ali Mohd Noor & Febri Arahman ...393

(7)

Kata Pengantar

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Bersyukur saya ke hadrat Allah SWT yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang atas limpahan rahmat dan kasih sayang-Nya. Selawat dan salam atas junjungan mulia Nabi Muhammad SAW.

Bagi pihak Lembaga Zakat Selangor (LZS), saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada semua yang terlibat khususnya kepada sidang penyunting dalam menghasilkan buku bertajuk Pengurusan Zakat di Malaysia: Satu Pendekatan Analisis Gelagat.

Usaha murni semua pihak yang terlibat menghasilkan buku ini memperlihatkan komitmen yang tinggi ke arah perkongsian ilmu dan pendedahan kajian-kajian kotemporari berkaitan gelagat penerima juga pembayar zakat semasa.

Peranan zakat terhadap agama dan sosioekonomi masyarakat tidak harus dipandang kecil. Pembayaran zakat bukan sahaja dapat menyucikan harta, jiwa dan sifat tamak pembayar zakat, bahkan ia juga dapat menyucikan sifat mazmumah seperti sifat hasad dengki penerima zakat terhadap mereka yang berharta yang akhirnya secara tidak langsung dapat melahirkan ukhuwwah dalam kalangan masyarakat. Hanya dengan pengamalan akhlak yang murni dan sifat mahmudah dalam masyarakat secara holistik dapat membantu hasrat negara membangunkan ekonomi ummah ke arah agenda futuristik iaitu Transformasi Nasional 2050. Kefahaman masyarakat mengenai perkara ini amat penting untuk menggalakkan umat Islam menunaikan tanggungjawab berzakat dan pihak institusi pengurusan zakat dapat mengagihkan harta zakat kepada asnaf dengan efisien dan sempurna mengikut kerangka syariah yang akhirnya akan memastikan pertumbuhan ekonomi negara yang lestari dan inklusif.

Saya yakin buku ini dapat dijadikan sumber rujukan kepada para karyawan zakat, institusi zakat, Majlis Agama Islam Negeri, institusi perbankan dan kewangan, ahli akademik, para ilmuan dan masyarakat dalam mengetahui isu-isu terkini khususnya yang berkaitan dengan gelagat agen ekonomi dalam sistem fiskal Islam yang berkaitan zakat. Buku ini diharapkan dapat menambahkan idea para pengkaji dan menjadi panduan dalam memperkasa pengurusan institusi zakat khususnya di Malaysia dan di dunia amnya. Semoga usaha ini mendapat keberkatan dan ganjaran daripada Allah SWT.

Amin ya rabbal alamin.

HAJI HUSSIN MOHD ALI Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Zakat Selangor Majlis Agama Islam Selangor

(8)

7

Sekapur Sirih

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Alhamdulillah. Bersyukur saya ke hadrat Allah SWT atas limpahan nikmat dan rahmat-Nya.

Unit Zakat UKM sentiasa mengambil langkah proaktif bagi memperkukuhkan dan memperkasakan pendidikan mahasiswa UKM. Antara saranan Unit Zakat UKM adalah dengan menggalakkan para mahasiswa UKM untuk menyertai pelbagai konvensyen akademik yang dianjurkan di peringkat universiti, yang berpotensi untuk memangkin kecemerlangan akademik dan inovasi dalam pembelajaran. Sejarah Islam jelas membuktikan bahawa zakat telah memberi sumbangan besar dalam dunia pendidikan dan telah melahirkan jutaan cendikiawan.

Usaha memperkasakan ilmu dalam kalangan mahasiswa sangat diambil berat oleh pihak kami walupun berdepan dengan pelbagai cabaran.

Usaha ini menuntut kepada tindakan dan kerjasama yang serius daripada semua pihak agar benar-benar mencapai matlamat dalam memberikan kebajikan khususnya kepada para mahasiswa. Dengan cabaran ketirisan ilmu dalam kalangan mahasiswa, inisiatif Fakulti Ekonomi dan Pengurusan UKM dalam mengadakan Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia Ke-12 2017 (PERKEM 2017) adalah satu langkah yang tepat pada masanya dan wajar disertai oleh setiap mahasiswa. Unit Zakat UKM sentiasa mengalu-alukan program seperti ini supaya dapat membudayakan keilmuan dalam kalangan mahasiswa dan seterusnya menjana keintelektualan untuk melahirkan graduan beraspirasi kebangsaan, berkompeten, berdaya saing dan inovatif.

Akhir kata, Unit Zakat UKM ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah kepada penerbitan buku ini bersempena Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia Ke-12 2017 (PERKEM 2017) sebagai salah satu usaha memperkasakan kecemerlangan mahasiswa. Koloberasi ini amat baik dan bertepatan dengan maqasid zakat yang telah dianjurkan dalam Islam.

Semoga PERKEM 2017 menghasilkan impak yang tinggi dalam merealisasikan seruan kerajaan untuk memperkasakan pendidikan tinggi di Malaysia.

Salam Hormat

MUHAMMAD TAJUDDIN ABDUL RAHIM Unit Zakat UKM

(9)

Prakata

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Dengan nama Allah SWT yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Segala pujian untuk Allah SWT serta selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW.

Perkembangan ilmu dalam pengkajian zakat telah berkembang luas dengan begitu pesat di serata dunia. Gabungan kekuatan ilmu asas dan ilmu alat dalam menganalisis sesuatu fenomena gelagat manusia berkaitan zakat serta hasil dapatan dan penemuan kajian secara empirikal merupakan satu keperluan yang mainstream pada masa kini. Maka sudah pastilah segala dapatan yang bersifat empirik tersebut memerlukan kepada metodologi yang bersifat saintifik dan sistematik yang bertujuan untuk memperkukuhkan lagi sesuatu teori serta meyakinkan para penggubal dasar dengan penemuan yang diperolehi.

Buku ini merupakan kompilasi artikel berkaitan zakat di Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia (PERKEM) ke 12 2017. Sebahagian besar artikel ini adalah disumbangkan oleh para pelajar dalam Program Sarjana Ekonomi Islam di Pusat Pengajian Ekonomi, UKM tahun 2017. Fokus kajian zakat dalam buku ini adalah kajian yang berkaitan dengan gelagat manusia dalam sistem pengurusan zakat yang terdiri daripada amil, asnaf serta pembayar zakat di Malaysia. Hanya terdapat satu artikel yang mengkaji aspek pengurusan zakat di Riau, Indonesia.

Sekalung penghargaan dan terima kasih kami kepada penyumbang utama dana bagi penerbitan buku ini iaitu Unit Zakat UKM. Penghargaan juga kepada pihak Lembaga Zakat Selangor (LZS) yang bersama-sama menjayakan penerbitan buku ini. Tidak dilupakan kepada semua pelajar program Sarjana Ekonomi Islam yang bertungkus-lumus menyiapkan artikel ini untuk dibentangkan di PERKEM 2017 dan bakal berkonvokesyen tahun 2017.

Penghargaan juga kepada pihak CRIM-UKM selaku penyumbang geran kepada beberapa penyelidikan dalam menghasilkan bab dalam buku ini iaitu Geran DPP-2014-005, DPP-2015-FEP, GGP-2014-008 dan GUP-2016-001.

Akhir kata, diharapkan buku ini dapat memberi manfaat kepada semua pihak pemegang taruh dalam pengurusan zakat. Harapan kami penerbitan buku ini dapat meningkatkan dan memperkukuhkan lagi ilmu dalam korpus bidang ekonomi Islam terutamanya dalam bidang kajian zakat. Kami mohon maaf jika terdapat sebarang kekurangan dalam penulisan buku ini.

Sekian, terima kasih.

Sidang Penyunting

(10)

9

Senarai Penulis

‘Abdullah Khairi Mohd Asri, Pelajar Sarjana Ekonomi Islam, Fakulti Ekonomi

& Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia

Abdul Halim Abu Bakar, Eksekutif, Divisyen Dakwah dan Syariah Lembaga Zakat Selangor

Abdul Hayy Haziq Mohamad, Pelajar Sarjana Ekonomi Islam, Fakulti Ekonomi & Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia

Adibah Abdul Wahab, PhD. Ketua Divisyen Dakwah dan Syariah, Lembaga Zakat Selangor

Mohd Suffian Mohamed Esa, Pelajar Sarjana Ekonomi Islam, Fakulti Ekonomi

& Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia

Aisyah Abdul Rahman, PhD. Profesor Madya, Pusat Pengajian Pengurusan, Fakulti Ekonomi & Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia Atiah Ahmad, Pelajar Sarjana Ekonomi Islam, Fakulti Ekonomi & Pengurusan,

Universiti Kebangsaan Malaysia

Azrina Abdullah Al-Hadi, PhD. Pensyarah Kanan, Pusat Pengajian Ekonomi, Fakulti Ekonomi & Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia Febri Arahman, Kakitangan Lembaga Amil Zakat Swadaya Ummah (LAZSU),

Riau, Indonesia

Hairunnizam Wahid, PhD. Pensyarah Kanan, Pusat Pengajian Ekonomi, Fakulti Ekonomi & Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia Mohamad Nurul Azwan Mohamad Taib, Pelajar Sarjana Ekonomi, Fakulti

Ekonomi & Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia

Mohd Ali Mohd Noor, PhD. Pensyarah Kanan, Pusat Pengajian Ekonomi, Fakulti Ekonomi & Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia Mohd Azlan Bunasir, Pelajar Sarjana Ekonomi Islam, Fakulti Ekonomi &

Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia

Mohd Fisul Ismail, Pelajar Sarjana Ekonomi Islam, Fakulti Ekonomi &

Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia

Muhammad Haffiz Muhamad Isa, Pelajar Sarjana Ekonomi Islam, Fakulti Ekonomi & Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia

Muhammad Haziq Abdullah, Pelajar Sarjanamuda Pengurusan Perniagaan, Fakulti Ekonomi & Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Muhammad Shukri Ab Ghani, Pelajar Sarjana Ekonomi Islam, Fakulti Ekonomi & Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia

Muhammad Tajuddin Abdul Rahim, Ketua Unit Zakat, Jabatan Bendahari, Universiti Kebangsaan Malaysia

Nur Aliah Mohd Sukeri, Pelajar Sarjana Ekonomi Islam, Fakulti Ekonomi &

Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia

Nur Liana ‘Aqilah Derus, Pelajar Sarjana Ekonomi Islam, Fakulti Ekonomi &

Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia

Nurmaizura Marzuki, Pelajar Sarjana Ekonomi Islam, Fakulti Ekonomi &

Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia

(11)

Rubayah Yakob, PhD. Profesor Madya, Pusat Pengajian Pengurusan, Fakulti Ekonomi & Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia

Sharifah Nor Nadiah Syed Aluwi, Pelajar Sarjana Ekonomi, Fakulti Ekonomi

& Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia

Siti Norhidayah Hamzah, Pelajar Sarjana Ekonomi Islam, Fakulti Ekonomi &

Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia

Siti Umairah Kamaruddin, Pelajar Sarjana Ekonomi Islam, Fakulti Ekonomi &

Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia

Solehuddin Zulkifli, Pelajar Sarjana Ekonomi Islam, Fakulti Ekonomi &

Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia

Sri Hartati, Pelajar Sarjana Ekonomi Islam, Fakulti Ekonomi & Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia

Sri Nooridayu Salleh, Pelajar Sarjana Ekonomi Islam, Fakulti Ekonomi &

Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia

Suhaili Alma’amun, PhD. Pensyarah Kanan, Pusat Pengajian Ekonomi, Fakulti Ekonomi & Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia

Ummi Amirah Alias, Pelajar Sarjana Ekonomi Islam, Fakulti Ekonomi &

Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia

Wan Mohd Al Faizee Wan Ab Rahaman, Pensyarah, Institut Profesional Baitulmal, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan

Zulaikha Mohd Hanafiah, Pelajar Sarjana Ekonomi Islam, Fakulti Ekonomi &

Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia

(12)

Prestasi Kutipan Serta Pematuhan Standard Prosedur Kutipan Zakat: Kajian Di Malaysia /67

Bab 4

Prestasi Kutipan Serta Pematuhan Standard Prosedur Kutipan Zakat: Kajian Di Malaysia

Mohd Fisul Ismail Hairunnizam Wahid Mohd Ali Mohd Noor

Pengenalan

Zakat merupakan ibadah yang diwajibkan oleh Allah SWT ke atas umat Islam yang mukallaf serta telah memenuhi syarat-syarat bagi mengeluarkan sebahagian dari hartanya untuk diagihkan kepada golongan yang berhak menerimanya. Istilah zakat selepas solat sebanyak 27 kali dalam Al Quran menggambarkan signifikan pelaksanaannya oleh umat Islam (Qaradhawi, 2000). Sebagaimana diketahui umum, zakat adalah salah satu daripada rukun Islam yang lima . Dalam hadis-hadis Rasulullah saw disebutkan ia adalah rukun Islam ketiga selepas syahadat dan sembahyang iaitu sebelum puasa dan haji. Rukun bererti tonggah atau asas utama pembinaan sesuatu. Ini bererti tanpa mengeluarkan zakat seperti juga tanpa sembahyang, puasa dan sebagainya, keislaman seseorang itu tidak boleh tegak dengan baik atau tidak tertegak langsung (Mahmood Zuhdi, 2002.

Menurut Mahmood Zuhdi (2003), Zakat merupakan suatu ibadat dan suatu sistem sosial yang perlu diurus oleh pihak pemerintah dalam sesuatu negara bagi mencapai keredhaan Allah SWT di dunia dan diakhirat. Bagi memenuhi tanggungjawab ini, pemerintah perlu mengambil langkah tertentu untuk menjamin sistem kutipan dan agihan berjalan lancar. Surtahman (2013) menyatakan pada 27 Mac 2004, Perdana Menteri YAB Dato Seri’ Abdullah Ahmad Badawi telah mengumumkan penubuhan Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji yang bertujuan memastikan pentadbiran harta wakaf, zakat dan urusan haji di seluruh negara lebih tersusun, sistematik dan berkesan. Jabatan ini merupakan pelengkap kepada Majlis Agama Islam, Pusat Pungutan Zakat dan Lembaga Tabung Haji dan juga berperanan memulih dan meningkatkan reputasi Institusi Islam.

Zakat di Malaysia adalah termasuk di bawah Perkara 74 (2) Perlembagaan Persekutuan Malaysia iaitu di bawah bidang kuasa Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri. Berdasarkan peruntukan yang diberikan tersebut, setiap negeri bebas membentuk struktur pentadbiran hal ehwal Islam

(13)

termasuk pentadbiran zakat mengikut kesesuaian masing-masing. Secara umumnya, Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) telah ditubuhkan di setiap negeri bagi mengendalikan urusan berkaitan agama Islam. Antara tanggungjawab MAIN ialah menguruskan pentadbiran zakat dan menguatkuasakan peraturan-peraturan tertentu bagi pihak Sultan (iaitu bagi negeri-negeri yang mempunyai Raja atau Sultan) dan bagi pihak Yang di- Pertuan Agong (iaitu bagi negeri-negeri yang tidak mempunyai Raja atau Sultan). Negeri Kedah adalah sebuah negeri yang mempunyai model pengurusan zakat yang amat unik dan berbeza dengan negeri-negeri lain di Malaysia kerana ia diurus oleh Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) yang ditubuhkan di bawah enakmen khas berkaitan pengurusan zakat yang tidak bernaung di bawah Majlis Agama Islam Negeri Kedah (MAINK), sebaliknya ia terus melapor Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah . Pengurusan zakat di negeri Selangor diurus sepenuhnya meliputi kutipan dan agihan zakat secara korporat oleh sebuah institusi yang dinamakan Lembaga Zakat Selangor (LZS) yang ditubuhkan oleh Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) pada tahun 1994. Manakala pengurusan zakat di Terengganu pula segala kutipan dan agihan zakat dijalankan oleh Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM)(Ahmad Shahir et al, 2016).

Di Malaysia, Sultan atau Raja atau pemerintah melantik amil atau pengurus atau kakitangan zakat bagi menjalankan urusan berkaitan zakat sebagai suatu amanah dan tanggunjawab yang besar. Mereka berperanan untuk mengutip dan mengagih hasil zakat kepada asnaf yang layak. Tugas ini bukanlah suatu perkara mudah kerana ia menuntut komitmen dan kesungguhan daripada amil dalam memastikan tanggungjawab tersebut dapat dilaksanakan dengan sempurna. Peningkatan kutipan dan keberkesanan dalam agihan zakat dapat membantu pembangunan sosio ekonomi ummah (Azizi Hashim et al, 2011). Ibnu Qudamah (2004) mentakrifkan amil sebagai golongan yang diutus Imam untuk mengambil zakat daripada pemiliknya, mengumpulnya, menjaganya dan memindah-mindahkannya. AlBahutiyy (1982) pula mengatakan bahawa amil itu ialah pengutip, penulis, pembahagi dan pengumpul zakat. Dia ialah wakil kepada imam tetapi bukan kadi atau wali.

Menurut Qaradhawi (2000), amil ialah setiap mereka yang bekerja di bahagian pentadbiran zakat daripada pengutip yang mendapatkan zakat, pengawal yang menjaga dan menyimpan harta zakat, penulis, pengira dan pembahagi zakat kepada asnaf yang layak. Malah definasi amil juga meliputi sebuah organisasi atau institusi yang dibentuk bagi tujuan mengelola zakat seperti baitul mal dan pusat urus zakat.

Perkara 106 dan 107 Perlembagaan Persekutuan dan Akta Audit 1957 menghendaki Ketua Audit Negara mengikut apa-apa cara yang difikirkannya patut, memeriksa, menyiasat dan mengaudit Penyata Kewangan dan mengemukakan Laporan mengenainya kepada Seri Paduka Baginda Yang di- Pertuan Agong dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Kedah, Selangor dan Terengganu. Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong akan menitahkan supaya Laporan itu dibentangkan di Parlimen, manakala Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Kedah, Selangor dan Terengganu menitahkan

(14)

Prestasi Kutipan Serta Pematuhan Standard Prosedur Kutipan Zakat: Kajian Di Malaysia /69 untuk dibentangkan di Dewan Undangan Negeri masing-masing. Bagi memenuhi fungsi dan tanggungjawab ini, Jabatan Audit Negara telah menjalankan 2 jenis pengauditan iaitu pengauditan Penyata Kewangan dan Pengauditan Pengurusan Kewangan. Pengauditan Penyata Kewangan berpandukan kepada Piawaian Perakaunan Kerajaan bertujuan untuk memberi pendapat sama ada Penyata Kewangan Institusi Zakat bagi tahun berkenaan menggambarkan kedudukan yang benar dan saksama serta rekod perakaunan mengenainya telah diselenggarakan dengan teratur dan kemas kini.

Pengauditan Pengurusan Kewangan pula bertujuan untuk menilai sama ada pengurusan kewangan di Institusi Zakat dilaksanakan mengikut undang- undang dan peraturan kewangan. Jabatan Audit Negara telah memperkenalkan Indeks Akauntabiliti (AI) pada tahun 2007. AI diwujudkan bertujuan untuk membuat penilaian secara objektif terhadap pengurusan kewangan Jabatan atau Agensi Negeri bagi mengukur dan menambah baik pengurusan kewangan sehingga mencapai tahap cemerlang. Penarafan AI diberi berdasarkan kepada tahap pematuhan terhadap peraturan-peraturan kewangan berhubung dengan kawalan pengurusan, bajet, terimaan, perbelanjaan, kumpulan wang amanah atau akaun amanah atau deposit, aset dan stor, pinjaman, pelaburan dan penyediaan Penyata Kewangan. Dengan pelaksanaan AI ini, ia dapat membantu mewujudkan budaya kerja berasaskan amalan terbaik seperti

“Cepat, Tepat dan Berintegriti” (Swaibatul et al, 2015).

Kebelakangan ini, beberapa isu dan kontroversi dilihat telah menimpa institusi zakat. Satu daripada isu tersebut adalah keyakinan masyarakat Islam yang rendah terhadap institusi zakat. Setiap tahun aduan terhadap institusi zakat dilaporkan dalam media terutamanya yang berkaitan dengan pengagihan zakat (Mohd Harzrul, 2010). Beberapa penyelidik zakat juga telah menekankan tentang isu ini contohnya (Patmawati, 2008; Sanep & Hairunnizam, 2005;

Sanep, Hairunnizam & Adnan, 2006). Sanep et al. (2006) mendapati bahawa majoriti daripada responden tidak berpuas hati dengan pengurusan institusi zakat walaupun mereka membayar zakat kepada institusi tersebut. Sikap tidak yakin terhadap institusi zakat adalah penyebab seseorang individu membayar zakat kepada saluran yang tidak formal (Hairunnizam et al, 2009). Patmawati (2008) juga bercakap dalam nada yang sama apabila mencadangkan kepercayaan dan keyakinan pembayar zakat perlu dibaiki.Ini menunjukkan isu keyakinan yang rendah terhadap institusi zakat adalah serius.Faktor utama yang dipercayai berkait dengan keyakinan awam yang rendah adalah tadbir urus institusi zakat yang dikatakan tidak cekap (Azman, Mohammad & Syed Mohd Najib, 2012). Di samping itu, isu rasuah dan penyelewengan yang dilakukan oleh pegawai zakat turut menyebabkan institusi zakat tercemar (Radiah, 2011)

Kajian mengenai prestasi kutipan serta pematuhan standard prosedur kutipan zakat adalah untuk menilai status prestasi institusi zakat berdasarkan indeks akauntabiliti Jabatan Audit Negara, menilai pematuhan amil terhadap standard prosedur kutipan zakat berdasarkan pemeriksaan mengejut dan menganalis hubungan antara prestasi kutipan dengan pematuhan standard prosedur kutipan zakat. Kajian ini akan menfokus kepada 3 Institusi zakat iaitu

(15)

LZNK, MAIS dan MAIDAM. Setakat ini, kajian mengenai pematuhan terhadap prosedur kutipan oleh institusi zakat tidak dijalankan secara mendalam dan ini memberi ruang untuk memenuhi jurang kajian yang ada.

Hasil kajian ini juga diharap dapat meningkatkan keyakinan orang ramai untuk terus menyokong institusi ini kerana masyarakat telah mendapat maklumat yang tidak dapat dipastikan kebenarannya terutamanya melalui media massa.

Pandangan ini adalah tidak adil kerana masyarakat sebenarnya tidak mengetahui tanggungjawab amil secara lebih dekat, terutamanya aspek prosedur kerja serta tugas yang digalas oleh institusi zakat amnya dan amil khususnya dalam menguruskan amanah dana zakat. Justeru kajian ini akan (1) menganalisis tahap pematuhan standard prosedur kutipan zakat di pejabat amil negeri (2) mengkaji hubungan antara pematuhan standard prosedur dengan prestasi kutipan zakat oleh negeri. Hasil kajian ini amat signifikan untuk menunjukkan prestasi pengurusan zakat oleh institusi zakat daripada aspek pematuhan standard prosedur serta perkaitannya dengan prestasi kutipan zakat setiap tahun. Hasil kajian ini diharapkan dapat meningkatkan lagi keyakinan pembayar zakat untuk terus membayar kepada institusi zakat negeri.

Kajian Lepas

Aspek kecekapan pengurusan kewangan adalah sangat penting dalam operasi sesebuah firma, syarikat atau jabatan. Pada akhir kurun ke 18 dan awal kurun ke 19 beberapa negara maju mula mengalihkan perhatian ke arah reformasi awam melalui pelbagai inisiatif reformasi pengurusan kewangan sektor awam.

Antara tujuan utama perubahan tersebut adalah wujud keperluan untuk cekap, efisian, efektif dan ekonomi yang menfokus kepada pengurusan operasi dan kewangan sektor awam (Monir et al, 2013). Di Sektor awam Malaysia, Penilaian Penarafan Bintang (SSR) mula dilaksanakan pada tahun 2008 dan kini memasuki fasa baharu pada tahun 2015 berikutan pengenalan model baharu penarafan iaitu Indeks penarafan Bintang. Antara objektif penilaian SSR adalah untuk menilai dan mengukur prestasi sektor awam berfokuskan keberhasilan, berorientasikan pelanggan dan berdasarkan aspirasi stakeholders (MAMPU, 2015).

Kajian oleh Norazlina dan Abdul Rahim (2011) mengenai kecekapan institusi zakat telah menemukan beberapa faktor sebagai penentunya. Mereka mendapati bahawa kecekapan institusi zakat di Malaysia secara signifikan ditentukan oleh sistem pembayaran zakat, sistem zakat berkomputer, saiz lembaga dan jawatankuasa audit. Kajian ini tidak menfokus kepada pematuhan terhadap prosedur kutipan dan pengurusan kewangan. Zakat memainkan peranan yang sangat besar di dalam masyarakat Islam sebagai penyucian diri, harta dan masyarakat. Objektif zakat adalah untuk menegakkan keadilan ekonomi dan sosial iaitu menyumbang kepada pembasmiaan kemiskinan dan penyelesaian kepada masalah sosial (Patmawati, 2008). Bagi mencapai objektif ini, Institusi zakat bertanggungjawab untuk mengutip dan mengagih zakat secara cekap serta menjadi perantara antara pembayar dan penerima (Syawal &

Hassan, 2007) .

(16)

Prestasi Kutipan Serta Pematuhan Standard Prosedur Kutipan Zakat: Kajian Di Malaysia /71 Nor Azmi Musa ( 2006) dalam kajian Koleksi dan Pengurusan Kutipan Zakat di Negeri Sembilan menyatakan penelitian yang dijalankan oleh Pusat Zakat Negeri Sembilan mendapati antara sebab mengapa pembayar zakat suka membayar zakat melalui saluran tak rasmi adalah kerana mereka tidak mengetahui bahawa tindakan itu bersalahan dengan peraturan, ketidakyakinan kepada ketelusan agihan zakat yang dibuat oleh pusat zakat, fahaman politik yang berbeza, ketidakcekapan pengurusan zakat dan sebahagian pembayar zakat tidak memerlukan resit bagi tujuan rebet pendapatan. Aidid Ghazali (1988) juga memaparkan masalah-masalah lain yang turut timbul seperti pembaziran potensi zakat, perancangan tidak cekap, kempen penerangan dan penyerahan kutipan yang tidak berkesan serta data atau maklumat yang kekurangan.

Aspek kecekapan dalam kutipan dan agihan zakat merupakan perkara yang penting bagi institusi zakat malah masyarakat Islam seluruhnya. Dana zakat mampu memberi impak dalam pembasmian kemiskinan masyarakat dan pembangunan ekonomi negara sekiranya aspek pengagihan zakat dititikberatkan (Mannan, 2003). Justeru, penerimaan masyarakat terhadap kecekapan dan keadilan dalam pengurusan dana zakat oleh institusi zakat sangat kritikal untuk dibincangkan. Ini kerana keadaan ini boleh mempengaruhi prestasi kutipan dan agihan zakat secara jangka panjang. Isu keyakinan masyarakat Islam yang rendah terhadap institusi zakat dan tadbir urus zakat yang tidak telus didakwa menjadi punca kepada permasalahan tersebut (Md Hairi, Kamil & Ram, 2012). Ini disokong oleh kajian Ahmad Hidayat & Saidatul (2014) bahawa wujud rungutan terhadap institusi zakat dalam pelaksanaan kutipan dan agihan zakat yang mengakibatkan keyakinan masyarakat kepada MAIN dan institusi zakat terjejas seterusnya enggan membayar zakat.

Metodologi Kajian

Metodologi kajian adalah salah satu aspek terpenting untuk menghasilkan kajian yang baik dan berkualiti dimana terdapat pelbagai metodologi yang boleh digunakan. Penggunaan metodologi yang sesuai bertujuan supaya kajian yang dijalankan dilaksanakan secara terancang, sistematik dan dapat memastikan objektif kajian dapat dicapai. Mengikut Cohen, Manion &

Morrison (2007), metodologi sebagai pendekatan dalam penyelidikan akademik untuk mengumpul maklumat dan merupakan satu prosedur sistematik yang menggabungkan penyesuaian berkaitan pendekatan serta analisis data bagi mencapai objektif kajian yang telah ditetapkan.

Kaedah pengumpulan data bagi sesuatu penyelidikan merupakan suatu proses berkaitan dengan perancangan dan pelaksanaan kutipan data bagi memastikan sesebuah penyelidikan dapat menyelesaikan permasalahan kajian dan mencapai objektifnya. Sumber data sekunder seperti data berkaitan pematuhan prosedur kutipan zakat dan penarafan indek akauntabiliti Institusi zakat bagi negeri Kedah, Selangor dan Terengganu diperolehi dari Laporan Ketua Audit Negara. Di samping itu, sumber rujukan yang berkaitan diperolehi

(17)

daripada Perputakaan Tun Sri Lanang dan Pusat Sumber Fakulti Ekonomi dan Pengurusan. Bahan-bahan rujukan tersebut adalah seperti Laporan Ketua Audit Negara, buku teks, artikel jurnal, kertas pembentangan prosiding dan seminar dan akhbar tempatan. Maklumat tambahan berkaitan juga diperolehi melalui lawan sesawang.

Institusi pengurusan zakat di Malaysia wujud di bawah pentadbiran 13 buah negeri dan wilayah persekutuan yang mempunyai struktur pengurusan berbeza. Pemilihan sampel bagi 3 negeri iaitu negeri Kedah, Selangor dan Terengganu berdasarkan kategori pengurusan iaitu Kedah: Kutipan dan agihan zakat diuruskan oleh Lembaga Zakat Negeri Kedah dan tidak bernaung di bawah Majlis Agama Islam Negeri Kedah, Selangor: Pengkorporatan kutipan dan agihan zakat dan Terengganu : Tiada pengkopratan institusi zakat.

Pemilihan Pejabat Amil zakat di UTC, Daerah Kubang Pasu dan Kuala Muda di Kedah, Pejabat Amil Cawangan Bandar Baru Bangi, Bandar Baru Salak Tinggi, Sungai Besar di Selangor dan Daerah Besut, Daerah Kemaman dan Daerah Setiu di Terengganu bagi tujuan mengetahui pematuhan terhadap prosedur kutipan adalah berdasarkan kepada pejabat tersebut telah dijalankan pengauditan oleh Jabatan Audit Negara. Kaedah analisis kandungan digunakan dalam kajian ini terhadap Laporan Ketua Audit Negara bagi Negeri Kedah, Selangor dan Terengganu untuk membuat analisis prestasi pengurusan kewangan Institusi zakat berdasarkan Indeks Akauntabiliti dari tahun 2007 hingga 2015. Secara ringkasnya penilaian prestasi pengurusan kewangan Institusi Zakat, Jabatan audit Negara akan menfokuskan kepada 9 elemen iaitu Pengurusan Organisasi, Pengurusan Bajet, Pengurusan Terimaan, Pegurusan Perbelanjaan, Pegurusan Kumpulan Wang Amanah dan Deposit, Pengurusan Aset, Pengurusan Pelaburan, Pengurusan Pinjaman dan Penyata Kewangan.

Berdasarkan penilaian ini, Institusi Zakat akan mengetahui status pengurusan kewangannya sama ada berada pada tahap cemerlang, baik, memuaskan, kurang memuaskan dan tidak memuaskan.

Hasil Kajian

Analisis telah dijalankan terdapat Laporan Ketua Audit Negara bagi Negeri Kedah, Selangor dan Terengganu mengenai pematuhan standard prosedur kutipan zakat yang melibatkan 20 peraturan yang perlu dipatuhi. Berdasarkan Jadual 1, Pejabat amil di UTC, Daerah Kubang Pasu dan Daerah Kuala Muda bagi Negeri Kedah telah mematuhi prosedur kutipan masing-masing 90 peratus, 80 peratus dan 95 peratus. Pejabat Amil di Negeri Selangor di Cawangan Bandar Baru Bangi, Cawangan Bandar Baru Salak Tinggi dan Cawangan Sungai Besar telah mematuhi 100 peratus prosedur kutipan. Bagi Negeri Terengganu Pejabat amil di Pusat Urus Zakat Daerah Besut, Daerah Kemaman dan Daerah Setiu masing-masing mematuhi prosedur kutipan 85 peratus, 90 peratus dan 100 peratus.

Prestasi pematuhan terhadap prosedur kutipan dikategorikan kepada lima iaitu Cemerlang (90-100%), Baik (80-89.90%), Memuaskan (70-79.90%), Kurang Memuaskan (60-69.90%) dan Tidak Memuaskan (59.90% ke bawah).

(18)

Prestasi Kutipan Serta Pematuhan Standard Prosedur Kutipan Zakat: Kajian Di Malaysia /73 Merujuk kepada Jadual 1, secara puratanya pematuhan terhadap prosedur kutipan bagi Institusi Zakat di Negeri Kedah, Selangor dan Terengganu berada di tahap baik dan cemerlang. Semua kutipan zakat bagi Negeri Kedah, Selangor dan Terengganu telah menunjukkan peningkatan sejak tahun 2007 hingga tahun 2015. Walau bagaimanapun hanya kutipan di negeri Kedah sahaja yang mengalami penurunan iaitu pada tahun 2012. Secara keseluruhannya, pematuhan terhadap prosedur kutipan di Institusi zakat yang berada ditahap baik dan cemerlang telah dapat meningkatkan kutipan zakat dan juga berpunca dari faktor lain seperti peningkatan jumlah pembayar zakat dan juga jumlah pendapatan (Nor Ghani Md Nor et. Al, 2001)

Aspek utama penilaian pengurusan kewangan berdasarkan indeks akauntabiliti adalah Pengurusan Organisasi, Pengurusan Bajet, Pengurusan Terimaan, Pengurusan Perbelanjaan, Pengurusan Kumpulan Wang Amanah dan Deposit, Pengurusan Aset, Pengurusan Pelaburan, Pengurusan Pinjaman dan Penyata Kewangan. Selepas 9 aspek utama ini dinilai, setiap Institusi Zakat akan diberikan markah. Prestasi institusi zakat berdasarkan indeks akauntabiliti bagi Negeri Kedah diterangkan pada Jadual 2. Sejak mula diperkenalkan oleh Jabatan Audit, sebanyak 5 kali penarafan telah dibuat dari tahun 2008 hinga 2015. Markah yang diperolehi adalah antara 77.03 peratus hingga 96.17 peratus. Pada tahun 2012 dan 2015 pengurusan kewangan LZNK berada di tahap cemerlang. Jadual 2 juga menunjukkan Jabatan Audit Negara telah melakukan pengauditan sebanyak 7 kali terhadap Majlis Agama Islam Selangor dari tahun 2007 hingga 2014. Dalam tempoh tersebut, markah yang diperolehi antara 85.52 peratus hingga 94.84 peratus. Pada tahun 2008, 2009, 2011 dan 2014 pengurusan kewangan MAINS berada di tahap cemerlang.

Jadual 2 menunjukkan Jabatan Audit Negara telah melakukan pengauditan sebanyak 7 kali terhadap MAIDAM dari tahun 2007 hingga 2013. Dalam tempoh tersebut, markah yang diperolehi antara 70.2 peratus hingga 96.98 peratus. Pada tahun 2009, 2010, 2011, 2012 dan 2013 pengurusan kewangan Majlis Agama Islam Terengganu berada di tahap cemerlang bagi 5 tahun berturut-turut.

Hubungan antara kutipan zakat tahunan dan pematuhan standard prosedur kutipan dapat dilihat pada Jadual 2. Kajian mendapati jumlah keseluruhan kutipan zakat bagi 3 negeri iaitu Kedah, Selangor dan Terengganu bagi tahun 2007 berjumlah RM 293.82 juta telah meningkat menjadi RM894.25 juta bagi tahun 2015. Dalam tempoh berkenaan menunjukkan peningkatan kutipan zakat telah berlaku setiap tahun. Dalam tempoh yang sama pematuhan standard prosedur kutipan juga menunjukkan peningkatan iaitu purata keseluruhan pematuhan bagi tahun 2007 bernilai 78.6 peratus dan meningkat menjadi 96.17 peratus pada tahun 2015. Secara keseluruhan jumlah pematuhan purata bagi tempoh 2007 hinnga 2015 bagi 3 negeri yang dikaji adalah 90.11 peratus. Ini memberi gambaran pematuhan standard prosedur kutipan yang semakin meningkat telah melicinkan urusan kutipan zakat dan telah memberi keyakinan kepada masyarakat dengan meningkatnya kutipan zakat setiap tahun.

(19)

Perbincangan dan Implikasi Dasar

Penarafan penilaian pengurusan kewangan Indek Akauntabiliti (IA) adalah untuk mengukur akauntabiliti dan integriti Ketua Pegawai Eksekutif Institusi Zakat dalam menguruskan kewangan Institusi dari segi pematuhan terhadap prosedur kewangan yang berkuatkusa. Penarafan Indeks Akauntabiliti kini telah menjadi salah satu Key Performance Indicator KPI) bagi menilai prestasi pengurusan kewangan sesebuah Kementerian, Jabatan dan agensi Kerajaan.

Hasil daripada penarafan ini, Ketua Pegawai Eksekutif boleh mengetahui status pengurusan kewangannya sama ada berada pada tahap cemerlang (5 bintang), baik (4 bintang) memuaskan (3 bintang), kurang memuaskan (2 bintang) dan tidak memuaskan (1 bintang) (Swaibatul et al, 2015).

Pada keseluruhannya, prestasi kewangan berdasarkan Indeks akauntabiliti di tiga Institusi Zakat berada ditahap baik (80-89.90%) dan (cemerlang 90-100%). Sepanjang tempoh penilaian oleh Jabatan Audit dari tahun 2008 hingga 2015 Institusi zakat di negeri Kedah, Selangor dan Terengganu berada ditahap cermerlang masing-masing sebanyak 2, 4 dan 5 kali. Berdasarkan Laporan Ketua Audit Negara bagi Negeri Kedah tahun 2015, sebanyak 16 Jabatan/Agensi Kerajaan telah dibuat penilaian. LZNK telah memperolehi markah 96.17 peratus dan merupakan agensi yang berada di kedudukan pertama daripada 16 Jabatan/agensi yang dibuat penarafan dan merupakan pencapaian tertinggi yang pernah sepanjang tempoh penilaian. Pada tahun 2014, MAINS telah memperolehi 94.84 peratus markah dan menduduki tempat kedua daripada 15 Jabatan/agensi yang diaudit. Bagi MAIDAM pula pada tahun 2013 berada di kedudukan 4 dengan markah 95.81 peratus daripada 16 Jabatan yang dijalankan pengauditan.

Prosedur Kutipan merupakan tatacara yang diwujudkan bagi memastikan semua pungutan diurus dan dikendalikan mengikut peraturan kewangan yang ditetapkan serta diperakaunkan dengan sempurna (Swaibatul et al, 2015). Hasil kajian juga menunjukkan tiga pejabat amil di Kedah telah mematuhi standard prosedur kutipan semasa pengauditan mengejut dijalankan oleh Jabatan Audit. Pejabat tersebut iaitu Pejabat Amil UTC, Pejabat Amil Daerah Kubang Pasu dan Pejabat Amil Daerah Kuala Muda telah mematuhi prosedur kutipan masing-masing 90 peratus, 80 peratus dan 95 peratus daripada 20 prosedur yang perlu dipatuhi bagi sistem kutipan. Bagi pejabat amil di Selangor pula iaitu Pejabat Amil Cawangan Bandar Baru Bangi, Pejabat Amil Cawangan Bandar Baru Salak Tinggi dan Pejabat Amil Cawangan Sungai Besar telah mematuhi 100 peratus prosedur kutipan.

Sementara itu, pejabat amil di Terengganu iaitu Pejabat Amil Daerah Besut, Pejabat Amil Daerah Kemaman dan Pejabat Amil Daerah Setiu masing- masing mematuhi 85 peratus, 90 peratus dan 100 peratus prosedur kutipan.

(20)

Prestasi Kutipan Serta Pematuhan Standard Prosedur Kutipan Zakat: Kajian Di Malaysia /75 Jadual 2 : Hubungan Antara Kutipan zakat dengan Pematuhan Standard Prosedur Kutipan Zakat

Negeri Kedah2 Selangor3 Terengganu4

Tahun Pematuhan

Prosedur (%)

Kutipan Zakat (RM Juta)

Pematuhan Prosedur

(%)

Kutipan Zakat (RM Juta)

Pematuhan Prosedur

(%)

Kutipan Zakat (RM Juta)

Purata Keseluruhan Pematuhan (%)

Jumlah Keseluruhan Kutipan1 (RM Juta)

2007 Tp 40.29 87.00 202.09 70.20 51.44 78.60 293.82

2008 83.30 57.51

(42.74)

90.10 (3.56)

244.47 (20.97)

80.50 (14.67)

66.20 (28.69)

84.63 368.18

2009 77.03

(-7.53)

70.90 (23.28)

91.90 (1.99)

283.65 (16.03)

92.30 (14.66)

73.56 (11.12)

87.08 428.11

2010 87.42

(13.49)

80.78 (13.94)

85.52 (-6.94)

336.93 (-18.78)

93.20 (0.98)

76.44 (3.92)

88.71 494.15

2011 Tp 106.90

(32.33)

93.58 (9.42)

394.10 (16.97)

96.98 (4.06)

88.30 (15.52)

95.28 589.30

2012 91.15 105.80

(-1.03)

Tp 451.32

(14.52)

96.24 (-0.76)

107.08 (21.27)

93.70 664.20

2013 Tp 123.10

(16.35)

88.17 517.30

(14.62)

95.81 (-0.45)

120.88 12.89)

91.99 761.28

2014 Tp 134.18

(9.0)

94.84 (7.56)

582.26 (12.56)

Tp 120.12

(-0.63)

94.84 839.56

2015 96.17 140.39

(4.63)

tp 627.22

(7.72)

Tp 126.64

(5.43)

96.17 894.25

Purata 87.01

(2.98)

102.45 (17.66)

90.69 (3.12)

429.66 (15.27)

92.51 (5.53)

97.40 (12.27)

90.11 (3.88) Nota: 1Jumlah kutipan zakat ketiga-tiga negeri yang dikaji

2LZNK yang ditubuhkan di bawah enakmen khas berkaitan pengurusan zakat yang tidak bernaung di bawah Majlis Agama Islam Negeri 3LZS: pengkorporatan kutipan dan agihan zakat

4MAIDAM: tiada pengkorporatan kutipan dan agihan zakat

tp = Pada tahun berkenaan penilaian tidak dibuat oleh Jabatan Audit Negara ( ) adalah peratusan perubahan tahunan

Sumber : Laporan Ketua Audit Negara bagi Negeri Kedah (2008, 2009,2010, 2012 dan 2015), Selangor (2007, 2008, 2009, 2010, 2011, 2013 dan 2014) dan Terengganu (2007, 2008, 2009, 2010, 2011, 2012, 2013 dan 2014) Laporan Tahunan Institusi Zakat Kedah, Selangor dan Terengganu bagi Tahun 2007-2015

(21)

Pemeriksaan mengejut bermaksud pejabat amil akan dibuat pemeriksaan oleh Jabatan Audit Negara tanpa dimaklumkan terlebih dahulu tarikh sebenarnya lawatan dibuat bertujuan untuk mempastikan sama ada hasil zakat, wang awam yang lain, harta institusi, barang berharga dibawah jagaan amil sentiasa teratur, dikawal dan disimpan dengan selamat (Swaibatul et al, 2012).

Kajian ini membuktikan pajabat amil sentiasa berada dalam kedudukan yang baik dan cemerlang terhadap pematuhan standard prosedur sistem kutipan.

Peraturan berkaitan pengurusan Instusi Zakat yang diwujudkan amat penting bagi memastikan perjalanan operasi sentiasa berada ditahap yang cemerlang. Pada 17 Disember 2015, LZNK telah meminda Enakmen Zakat Tahun 1955 dan kini dikenali sebagai Enakmen Lembaga Zakat Kedah Darul Aman tahun 2015. Antara perkara penting dalam Enakmen baru untuk meningkat keberkesanan pengurusan zakat ialah mengenai perlantikan agen termasuk amil, peguam, bank dan mana-mana orang untuk menjalankan aktiviti berkaitan zakat, boleh mewujudkan tatacara pemungutan dan pengagihan zakat/fitrah dan boleh meminta maklumat daripada mana-mana pihak bagi maksud melaksanakan urusan berkaitan zakat. MAINS menggunakan Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 dan MAIDAM menggunakan Enakmen Pentadbiran Hal Ehwal Agama Islam (Terengganu) 2001 berkaitan pengurusan zakat. LZNK dan MAIDAM menggunakan Pekeliling Perbendaharaan manakala Majlis Agama Islam Selangor menggunakan Amalan Terbaik Pengurusan Kewangan Majlis Agama Islam Selangor 2011 sebagai tatacara pengurusan kutipan dan zakat di negeri masing-masing.

Melalui perbincangan dengan Pengurus Kewangan LZNK, terdapat banyak faktor yang membantu Institusi zakat untuk mengekalkan kecermerlangan dalam pengurusan kewangan seperti pengurusan atasan mempunyai pemikiran yang strategik dan dapat memastikan tatacara kutipan dan agihan zakat cekap dan berkesan, mempunyai budaya kerja yang cemerlang di semua peringkat pekerja, gabungan pekerja yang berlatarbelakang pengajian agama dan kewangan yang mengurus urusan berkaitan zakat, peranan yang berkesan yang dimainkan oleh Jawatankuasa Kewangan Dan Akaun dan Jawatankuasa Audit, peranan Unit Audit Dalam menentukan keberkesanan semua proses kawalan dan tadbir urus zakat dan peranan Audit Negara yang sentiasa membuat pemantauan iaitu menjalankan pengauditan pengurusan kewangan sekurang-kurangnya tiga tahun sekali.

Hasil kajian juga mendapati pematuhan standard prosedur kutipan zakat dan pengurusan kewangan bagi LZNK, MAINS dan MAIDAM berada ditahap baik dan cemerlang. Kajian ini juga disokong oleh kajian yang dibuat oleh Mohammad, Hairunnizam dan Mohd Ali (2016) yang menjelaskan bahawa prestasi pengurusan kewangan MAIDAM yang berada ditahap memberansangkan. Kajian ini adalah penting untuk membuktikan kepada masyarakat khususnya pembayar zakat bahawa institusi zakat mempunyai tahap pengurusan zakat yang cemerlang dan mereka tidak perlu meragui mengenai kecekapan dan keberkesanan pengurusan kutipan dan agihan zakat kepada asnaf yang berkelayakan.

(22)

Prestasi Kutipan Serta Pematuhan Standard Prosedur Kutipan Zakat: Kajian Di Malaysia /77

Kesimpulan

Kecermerlangan pengurusan kewangan dan Pematuhan Standard Prosedur Kutipan Zakat merupakan sesuatu yang dipandang penting oleh masyarakat.

Pengurusan kewangan dan pematuhan terhadap prosedur kutipan akan mempengaruhi kutipan zakat. Berdasarkan kajian yang dijalankan pematuhan standard prosedur kutipan zakat di Pejabat Amil dan pengurusan kewangan bagi LZNK, MAINS dan MAIDAM berada ditahap cemerlang. Prestasi yang cemerlang ini mengambarkan wujudnya profesionalisme dalam urusan kutipan dan agihan zakat. Prestasi pengurusan kewangan dan pematuhan terhadap prosedur kutipan yang baik cemerlang bukan sahaja dapat digunakan untuk membuat perancangan kutipan dan agihan yang baik, malah akan dapat memberi perspektif yang baik kepada pembayar zakat. Namun begitu setiap kakitangan yang terlibat dalam urusan zakat perlu sentiasa memastikan urusan kutipan dan agihan berada ditahap cemerlang. Kajian lanjutan boleh dilakukan bagi mengenal pasti faktor-faktor yang boleh menyebabkan berlaku ketirisan dan rasuah dalam urusan kutipan dan agihan zakat walaupun prestasi pengurusan kewangan berada ditahap cemerlang.

Rujukan

Ahmad Hidayat & Saidatul. 2014. Pentadbiran Zakat Dan Kesedaran Masyarakat Islam Membayar Zakat di Daerah Kota Belut, Sabah.Jurnal Sains Hamunika.2(1):

125-134

Ahmad Shahir Makhtar, Shafian Ahmad, Mat Noor Mat Zain & Zaini Nasobah. 2016.

Tranformasi Pengurusan Zakat Dan Model Pelaksanannya Di Malaysia. Kertas Kerja Persidangan Antarabangsa Perundangan Islam pada 29 Oktober 2016, bertempat di Krabi Front Resort, Krabi Thailand.

Aidit Ghazali. 1988. Zakat: Satu Tinjauan. Petaling Jaya: IBS Buku Sdn. Bhd.

Al-Bahutiyy, Mansur Yunus. 1982. Kashshaf Al-Qina An Matn al-Iqna. Beirut: Dar Al- Fikr.

Azizi @ Hamizi Hashim, Ram Al Jaffri, Md Hairi Md Hussain.2011. Kod etika amil zakat: Satu cadangan. In: The World Universities 1st Zakat Conference 2011 (WU1ZC 2011), 22-24 November 2011, Putra World Trade Centre (PWTC), Kuala Lumpur.

Azman, A. R., Mohammad, H. A., & Syed Mohd Najib, S. O. (2012). Zakat institution in Malaysia: Problems and issues. Global Journal Al-Thaqafah, 2(1), 35-41.

Cohen, L., Manion, L. & Morrison, K. 2007. Research Methods in Education. Journal Education, hlm. Vol. 55

Dewan Undangan Negeri Kedah. 2015. Enakmen Lembaga Zakat Kedah Darul Aman 2015.

Dewan Undangan Negeri Selangor. 2003. Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Selangor 2003

Dewan Undangan Negeri Terengganu. 2001. Enakmen Pentadbiran Hal Ehwal Agama Islam Terengganu 2001

Hairunnizam Wahid, Sanep Ahmad & Radiah Abdul Kader. 2009. Pengagihan Zakat Oleh Institusi Zakat di Malaysia : Mengapa Masyarakat Islam Tidak Berpuashati? Jurnal Syariah.17(1) 2009 : 89-112

Ibnu Qudamah, Abdullah al-Maqdisiyy. 2004. Al Mughniyy. Kaherah: Dar al-Hadith

(23)

Mahmood Zuhdi Hj. Ab. Majid. 2003. Pengurusan Zakat. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Mahmood Zuhdi Hj. Ab. Majid. 2002. Peranan Zakat Dalam Pembangunan Ummah.

Ekonomi Islam Dan Pelaksanaannya Di Malaysia. Kuala Lumpur. Institut Kefahaman Islam Malaysia.

Malaysia. 1957. Perlembagaan Persekutuan Malaysia.

Malaysia. 1957. Akta Audit 1957

MAMPU . 2015. Laporan Indeks Penarafan Bintang 2015.

Mohammad, Hairunnizam dan Mohd Ali. 2016. Prestasi Kecekapan Pengurusan Kewangan Dan Pengurusan Agihan Zakat : Kajian Di Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Terengganu. Prosiding Seminar Pengajian Islam (SEPIS) 2016, hlm. 257-265.

Md Hairi Md Hussain,Kamil Md Idris & Ram AlJeffri Saad. 2012. Ketelusan di Dalam Tadbir Urus Zakat. Prosiding Seminar Isu-isu Kontemporari Zakat di Malaysia.

Sintok : UUM.

Mannan M.A. 2003. Public Sector Management of Zakat dalam :Hannan S.A (eds.).

Zakat and Poverty Alleviation. Dhaka: Islamic Economics Research Bureau Mohd Harzrul. 2010. Institusi agama tercabar. Harian Metro, 4 Mac: 9

Monir & Wahyu .2013. Public Sector Financial Management reform : A case study of Local Government agencies in Indonesia. Australasian accounting, Business and Finance Journal 7(4): 97-117

Norazlina Abdul Wahab & Abdul Rahim. 2011. Kecekapan Institusi Zakat dan Penentuannya. Kertas kerja dibentangkan di 8 th International conference of Islamic Ecomomics and Finance. Doha. Qatar.

Nor Azmi Musa. 2006. “Koleksi dan Pengurusan Kutipan Zakat di Negeri Sembilan”

dlm. Abdul Ghafar Ismail dan Hailani Muji Tahir (ed.). Zakat: Persyariatan, Perekonomian dan Perundangan. Bangi: Penerbit UKM.

Nor Ghani Md Nor,Mariani Majid, Jaafar Ahmad dan Nahid Ismail .2001. Can Privatization Improve Performance ? Evidence From Zakat Collection Institutions. Kertas Kerja Bengkel Ekonomi Islam . Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Patmawati, H.. 2008. Pembangunan Ekonomi Melalui Agihan Zakat : Tinjauan Empirikel. Jurnal Syariah, 16(2), 223-224

Qaradhawi, Y. 2000. Fiqh Al-Zakah. Beirut: Muassasah Al-Risalah.

Radiah, S. 2011. Amil lesapkan wang zakat diburu. Kosmo, 28 Oktober: 2

Sanep, A., & Hairunnizam, W. 2005. Persepsi agihan zakat dan kesannya terhadap pembayaran zakat melalui institusi formal. Jurnal Ekonomi Malaysia, 39, 53- 69.

Sanep, A., Hairunnizam, W., & Adnan, M. 2006. Penswastaan institusi zakat dan kesannya terhadap pembayaran secara formal di Malaysia. International Journal of Management Studies, 13(2), 175-196.

Sarina Md Noor. 2017. Prestasi Cemerlang Pengurusan Kewangan LZNK, Alor Setar.Temubual, 8 Jun.

Surtahman Kastin Hasan. 2013. Sistem Ekonomi Di Malaysia. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Swaibatul Aslamiah binti Hj. Husain, Noor Azura binti Ahmad, Ahmad bin Seli Rosenani binti Ahmad .2015. Kecemerlangan Pengurusan Kewangan Dari Perspektif Jabatan Audit Negara (Edisi Kedua). Putrajaya. Jabatan Audit Negara

Syawal Kaslam & Hasan Bahrom. 2007. Amalan Korporat governan dalam Pengurusan Institusi Zakat Di Malaysia. Jurnal Pengurusan JAWHAR, 1(2), 53-70

(24)

Prestasi Kutipan Serta Pematuhan Standard Prosedur Kutipan Zakat: Kajian Di Malaysia /79 Jadual 1 : Pematuhan Standar d Prosedur Kutipan Zakat Berdasarkan Pemeriksaan Mengejut Di Pejabat Amil Negeri Kedah,

Selangor Dan Terengganu

Bil. Elemen Pematuhan Kedah Selangor Terengganu

Pejabat Amil UTC 2015

Pejabat Amil Daerah Kubang Pasu-

2014

Pejabat Amil Daerah

Kuala Muda- 2014

Pejabat Amil Cawangan

Bandar Baru Bangi- 2015

Pejabat Amil Cawangan

Bandar Baru Salak Tinggi- 2015

Pejabat Amil Cawangan

Sungai Besar-

2015

Pejabat Amil Daerah

Besut- 2014

Pejabat Amil Daerah Kemaman-

2014

Pejabat Amil Daerah

Setiu- 2014

1 Resit Rasmi dikeluarkan bagi setiap terimaan.

/ / / / / / / / /

2 Resit Rasmi dikeluarkan secara bersiri.

/ / / / / / / / /

3 Kutipan direkodkan ke dalam buku tunai dengan segera.

/ / / / / / / / /

4 Jumlah kutipan dibankkan segera.

/ / / / / / / / /

5 Semakan dibuat ke atas cetakan bank dislip bank/penyata pemungut.

/ / / / / / / / /

(25)

6 Kutipan yang tidak sempat dibankkan disimpan dalam peti besi.

/ / / / / / / / /

7 Daftar borang hasil diselenggarakan.

/ / / tb tb tb X / /

8 Perakuan resit rasmi dibuat dibelakang helaian pertama Salinan pejabat.

/ / / tb tb tb / / /

9 Baki stok hasil bersamaan dengan baki sebenar.

/ / / tb tb tb / / /

10 Semua stok resit rasmi yang belum digunakan disimpan dalam peti besi atau bilik kebal.

/ / / tb tb tb / / /

11 Notis

pemberitahuan awam untuk mendapatkan resit rasmi setelah wang dibayar ada dipamerkan.

/ / / / / / / / /

(26)

Prestasi Kutipan Serta Pematuhan Standard Prosedur Kutipan Zakat: Kajian Di Malaysia /81 12 Logo Kad kredit

dipapar bagi kutipan melalui kad kredit.

/ / / / / / / / /

13 Perwakilan kuasa secara bertulis diberikan kepada pegawai yang membuat kutipan zakat.

/ x / / / / / / /

14 Kad akses berada pada pegawai yang diberi kuasa.

/ / / / / / / / /

15 Kad

akses/katalaluan bagi pegawai yang bertukar/berhenti dibatalkan.

/ / / / / / / / /

16 Peti besi digunakan untuk menyimpan segala wang kutipan zakat.

/ / / / / / / / /

17 Peti besi

mempunyai anak kunci/kod kombinasi yang berasingan yang

/ x / / / / / / /

(27)

dipegang oleh dua pegawai yang diberi kuasa secara bertulis oleh Ketua Jabatan.

18 Peti besi dicantum ke rangka

bangunan jika bersesuaian.

/ / / / / / / / /

19 Ketua jabatan melakukan pemeriksaan mengejut tidak kurang sekali dalam tempoh 6 bulan.

X x / tb tb tb X x /

20 Hasil pemeriksaan mengejut yang dilakukan

direkodkan dengan lengkap.

X x X tb tb tb X x /

18/20 16/20 19/20 14/14 14/14 14/14 17/20 18/20 20/20

90% 80% 95% 100% 100% 100% 85% 90% 100%

Nota : (/) pematuhan terhadap kriteria yang diaudit. (x) Tidak Patuh terhadap kriteria yang diaudit. (tb) Tidak berkaitan

Sumber : Laporan Ketua Audit Negara Negeri Kedah Tahun 2014 dan 2015, Laporan Ketua Audit Negara Negeri Selangor Tahun 2015 dan Laporan Ketua Audit Negara Negeri Terengganu Tahun 2014

(28)

Rujukan

DOKUMEN BERKAITAN

Antara hikmah dan tujuan Allah SWT mensyariatkan zakat ialah mengagihkan sebahagian kecil kekayaan daripada golongan yang berada kepada golongan yang kurang

Kepentingan kajian ini adalah untuk memastikan pelaksanaan agihan zakat dapat diberikan kepada golongan sasaran fakir dan miskin yang tepat dengan mengambil

Satu Kajian Semula Terhadap Majlis Agama Islam Negeri /87 kecekapan institusi zakat yang dinilai bagi kajian ini meliputi beberapa institusi zakat di Malaysia iaitu melibatkan

Bagi responden dalam kelas membayar zakat pendapatan melebihi kadar kewajipan, nilai persepsi kelas ini terhadap kecekapan kutipan zakat, kemudahan akses maklumat

Peningkatan jumlah kutipan zakat melalui sistem potongan gaji ini konsisten dengan jumlah peningkatan kakitangan yang membuat pembayaran zakat melalui potongan gaji di

Institusi zakat negeri memainkan peranan penting dalam urusan kutipan dan pengagihan hasil zakat kepada golongan asnaf. Pengurusan hasil kutipan dan pengagihan yang

Maka faktor yang telah diberi nama akan dimasukkan ke dalam model regresi logistik sebagai pembolehubah bebas (independent variable) beserta faktor lain seperti jantina,

Latar belakang responden: Bagi menilai keberkesanan bantuan modal zakat ini, maka satu kajian telah dijalankan keatas penerima bantuan modal zakat. Maka seramai 80 penerima