• Tiada Hasil Ditemukan

View of PENSEJARAHAN KRITIS NEGERI SANTUBONG: SEJARAH AWAL SARAWAK

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Share "View of PENSEJARAHAN KRITIS NEGERI SANTUBONG: SEJARAH AWAL SARAWAK"

Copied!
22
0
0

Tekspenuh

(1)

361

ULASAN BUKU:

PENSEJARAHAN KRITIS NEGERI

SANTUBONG: SEJARAH AWAL SARAWAK (CRITICAL HISTORY OF SANTUBONG STATE:

EARLY HISTORY OF SARAWAK) (300ESS -1647ES)

Azuan Bin Jemat

Bahagian Kebudayaan dan Penyelidikan, Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak,

Jalan Rodway, 93000 Kuching, Sarawak

Email: azzuanjematt@gmail.com

(Dihantar: 11 Oktober 2021; Diterima: 25 Disember 2021)

Abstrak

Perbincangan ini bertujuan untuk mengetengahkan dan memaparkan semula karya mutakhir mengenai penulisan sejarah di Negeri Sarawak. Penulisan sejarah di Sarawak masih dianggap ketandusan sumber rujukan dan bahan bacaan ekoran kurangnya penulisan berkaitan sejarah dan mereka yang pakar dalam bidang sejarah dikenali sejarawan masih kurang jumlah berbanding bidang disiplin ilmu yang lain.

Memang tidak dapat dinafikan penulisan sejarah Sarawak yang terawal banyak dipelopori oleh golongan pegawai inggeris sama ada di zaman pemerintahan Brooke mahupun zaman penjajahan kolonial British di Sarawak. Kesannya, penulisan sejarah Sarawak hanya dilihat dari kaca mata barat yang dianggap berat sebelah dalam memaparkan sejarah atau diistilahkan “Inggeris sentrik” mengikut konteks pensejarahan. Penerbitan buku Negeri Santubong- Sejarah Awal Sarawak 300ESS- 1647ES yang memperlihatkan perkembangan mutakhir ilmu sejarah Sarawak hasil dari penyelidikan ilmiah oleh Sanib Said yang merupakan seorang sejarawan negeri Sarawak yang banyak menulis buku sejarah khusus berkaitan dengan negeri Sarawak. Kajian ini akan menilai kerelevanan buku ini dalam konteks nilai pensejarahan Sarawak.

Kata kunci: Sejarah Sarawak, Melayu, Peradaban, Kerajaan, Kepulauan Nusantara, Borneo-Kalimantan

(2)

362 Abstract

This discussion aims to highlight and redisplay the latest work on historical writing in the State of Sarawak. Historical writing in Sarawak is still considered a shortage of reference sources and reading materials due to the lack of writing related to history and those who specialize in the field of history known as historians are still less in number compared to other disciplines. It is undeniable that the earliest writing of Sarawak's history was pioneered by British officials either during Brooke's reign or during the British colonial occupation in Sarawak. As a result, Sarawak's historical writing is only seen from a western perspective which is considered biased in displaying history or termed “English centric” according to the historical context.

Publication of the book Negeri Santubong- Sejarah Awal Sarawak 300ESS-1647ES which shows the latest development of Sarawak history as a result of scientific research by Sanib Said who is a historian of Sarawak who wrote many history books specifically related to the state of Sarawak. This study will assess the relevance of this book in the context of the historical value of Sarawak.

Keywords: Sarawak history, Malay, Civliization, State, Malay Archipelago, Borneo- Kalimantan

1.0 Pendahuluan

Buku Negeri Santubong – Sejarah Awal Sarawak (300ESS-1647ES)[2] yang dicetak oleh InfoGafik Press Sdn. Bhd, pada tahun 2021, mengandungi jumlah bab yang sangat mantap dalam penulisan seolah menyerupai sebuah penulisan tesis ilmiah.

Kandungan bab buku ini terdapat 11 bab utama terdiri daripada 250 halaman bercetak yang tidak termasuk bahagian prakata (hlm.ix – xvi, tetapi nombor halaman tidak dicetak dibahagian prakata hanya dicatatkan bermula dibahagian pengenalan.

Manakala terdapat bab yang paling ringkas ialah dua halaman (Bab 7 Keturunan Datu’

Marapati, sub bab Bangsawan Perabangan), bab yang paling panjang meliputi 38 halaman (Bab 2 Datu’ Marapati Menubuhkan Negeri Santubong). Terdapat juga jumlah halaman yang bertulis berbeza-beza jumlah halaman pada setia bab dalam buku ini[3]. Menepati tema buku ini iaitu penulisan buku sejarah, sudah semestinya dinyatakan juga jumlah buku dan artikel yang telah digunakan sebagai rujukan (Lihat Rujukan Utama) dengan sumber primer iaitu manuskrip Melayu seperti Syair Negeri

(3)

363

Santubong[4], Keturunan Keluarga Pembesar Melayu Sarawak[5] dan Silsilah Perabangan. Oleh sebab itu, buku ini turut memaparkan sumber rujukan yang sangat sinonim dalam disiplin bidang sejarah.

2.0 Kepengarangan

Siapakah penulis buku Negeri Santubong?,Sanib Said[6] merupakan seorang sejarawan negeri Sarawak yang banyak menulis buku sejarah khusus berkaitan dengan negeri Sarawak. Beliau merupakan seorang penulis prolifik, penulis dan meminati karya puisi-sastera dan kolumnis termuka dalam penulisan beberapa artikel, rencana, dalam pelbagai medium seperti penulisan jurnal, kertas kerja, prosidingan khusus berkaitan sejarah sejak dari tahun 1976.[7] Keilmuan dan keintelektualan beliau dapat dilihat dari buku yang beliau tulis yang belum pernah ditulis oleh mana- mana penulisan mahupan sejarawan yang dianggap “magnum opus” dan penulisan terawal. Penulisan karya buku Santubong merupakan “magnum opus” atau Mahakarya yang juga dikenali “karya besar” buat sejarah Negeri Sarawak selain beberapa penulisan terawal beliau yang lain yang disifat buku terawal (Pertama).

Antaranya seperti buku Malay Politik in Sarawak, 1946-1966, terbitan Oxford University pada tahun 1978,[8] dan buku Yang Dikehendaki, Biografi Di-Pertua Negeri Sarawak Tun Datuk Patinggi Hj. Ahmad Zaidi Adruce Mohd Noor, terbitan Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Sarawak pada tahun 1991.[9]

Rangka kerja untuk menyiapkan buku ini bukan sesuatu yang mudah dan banyak yang berlaku diluar jangkaan. Beliau hanya mengambil masa selama 3 bulan penuh untuk fokus menulis semasa tahun 2020 iaitu bermula bulan Mac ketika negara dan seluruh dunia dilanda wabak pandemik convid 19. Ketika musim pandemik beliau mempunyai banyak masa yang diluangkan untuk berkarya dan memperolehi ilham

(4)

364

penulisan. Namun demkian, penulis telah meneliti, memikirkan dan mengkaji tentang Datu Marapati dan sejarah Santubong sejak tahun 1980-an yang telah memakan tempoh jangka waktu 30 tahun lamanya.[10] Pada awalnya, beliau juga mengakui bahawa peringkat awal beliau dibelenggu oleh minda terpenjara. Ketika mengamati teks manuskrip Hikayat Datuk Merpati beliau terbelenggu oleh beberapa istilah kata seperti Merpati. Adakah istilah Merpati ini berkaitan dengan Burung Merpati. Pada masa yang sama juga Negeri Sarawak mempunyai jata negeri yang diambil bersempena dengan burung iaitu “Burung Kenyalang”. Adakah ini juga satu kebetulan atau terdapat makna yang tersirat di sebaliknya.

Minda terpenjara yang telah membelenggui beliau juga turut menghalang pemikiran untuk melihat kehebatan sejarah Negeri Santubong yang sebenarnya.[11]

Santubong pada awalnya hanya ditafsirkan sebagai sebuah pelabuhan-bandaraya

“Entrepot” yang pesat dalam urusan perdagangan antara benua barat dan timur yang diwakili oleh pedagangan dari tamudun Hindia dan tamadun cina. Jelas, minda terpenjara ini hanya membelenggu dan harus dilepaskan agar dapat memperlihatkan disebaliknya dan tersirat. Ironinya, sudah pasti sebuah pelabuhan yang wujud terdapat orang yang mentadbir dan orang mentadbir sudah pasti ada pemerintahan.

Jika terdapat pemerintahan, sudah pasti ada raja yang memerintah dan raja yang memerintah ada negerinya. Kesemua ini merupakan rantaian sejarah yang saling berpautan dan mengikat antara satu fakta kepada fakta sejarah yang lain.

Mutakhir ini, pada tahun 2016, beliau mula mengkaji semula setelah tempoh 30 tahun mencari sejarah awal Santubong dan Datu Marapati.[12] Minda terpenjara beliau juga dapat dipecahkan setelah beliau menjumpai sebuah manuskrip Melayu yang berkisarkan tentang Negeri Santubong. Manakala istilah Datu Marapati, “berbuat negeri”[13] juga menjadi kata kunci utama. “berbuat negeri” merupakan anatosi yang

(5)

365

membawa banyak gambaran makna dan maksud yang tersirat. Berbuat negeri jelas menggambarkan sudah ada kewujudan sebuah ketamadunan di Santubong yang jelas dibuktikan dengan kewujudan sebuah negeri dan negeri tersebut pasti ada raja yang memerintahnya.[14] Dalam ketamadunan Melayu berbuat negeri adalah bukti sejarah yang berkonsepkan literasi kerana untuk berbuat negeri banyak aspek keakrifan ilmuwan tempatan dan ilmu pengatahuan yang mendominasi seiring dengan berbuat negeri.

Antaranya, berbuat negeri harus mempunyai raja, berbuat negeri mesti mempunyai tatacara pemerintah, berbuat negeri harus memiliki perundangan yang menjadi peraturan dan mengatur keamaan rakyat jelata dan berbuat negeri jelas memperlihatkan kebudaayaan dan sosial seperti sistem hierarki sosial dan stratafikasi masyarakatnya. Jelaslah, penulis telah berjaya membawa gagasan legasi sejarah yang melingkari dalam penulisan buku ini.

3.0 Pengamatan Awal

Sepanjang membaca karya ini, Sanib Said telah menzahirkan komitmen yang sangat tinggi dalam dunia akademi khususnya dalam bidang ilmu sejarah Sarawak. Buku ini merupakan usaha serius beliau untuk mengangkat martabat sejarah di Sarawak ke peringkat tradisi ilmuwan. Selain itu, usaha berterusan beliau ini telah berjaya membongkar kisah sebenar di Santubong yang hanya dikenali ramai sebagai sebuah penempatan orang Melayu iaitu Kampung Santubong yang terletak di kaki gunung Santubong. Sebuah gunung memainkan peranan penting dalam menyatakan gambaran sebenar peradaban di Santubong kerana gah berdiri disebut-sebut dalam sumber catatan pengembara dari seluruh dunia seperti sumber jawa (Prapanca Negarakartagama), pada tahun 1347 dalam abad ke-14, Sumber cina (I-Ching), pada

(6)

366

tahun 635-713, abad ke-8, Sumber Barat (Valentyn), pada tahun 1609, abad ke-17 dan Sumber tempatan (Syair Negeri Santubong Datu Marapati dan Naskhah Hikayat Datu Merpati), pada tahun 1885 daam abad ke-19 serta sumber arkeologi yang banyak menjelaskan Santubong telah wujud seawal 300 tahun sebelum masihi.[15]

Buku ini merupakan sebuah genre buku karya ilmiah yang disesuaikan menjadi bacaan umum untuk khalayak ramai tanpa dibebani penulisan nota kaki oleh kerana sumber yang dirujuk. Hal ini kerana jika diperhalusi buku ini banyak menghimpunkan kajian penyelidikan terkini dan yang telah dibuat berkaitan dengan Santubong yang digarapkan dalam penulisan. Penyelidikan intensif telah menjadikan buku ini setanding menyerupai sebuah penulisan tesis. Persoalannya, mungkin ada yang menyedari bahawa buku ini seolah-olah berasal dari sebuah penulisan disertasi tesis kajian akademik sama ada diperingkat sarjana mahupun doktor falsafah di universiti, yang kemudian diterbitkan menjadi buku. Kesemua ini menampakkan buku ini memang sebuah karya ilmiah yang sarat dengan muatan ilmu pengetahuan tentang sejarah Sarawak di negeri Sarawak. Selain itu buku ini juga mempunyai kekuatan dari segi sumber yang digunakan antaranya sumber sejarah yang tercatat dalam manuskrip Melayu Jawi dalam memaparkan pensejarahan. Kekuatan inilah yang menjadi identiti kepada buku ini yang tidak hanya berkisar kepada sejarah yang terkandung di dalamnya.

4.0 PENTARIKHAN

Judul buku Negeri Santubong, Sejarah Awal Sarawak, 300ESS-1647ES. Pentarikhan yang menggunakan istilah dan terma Era Sebelum Sekarang(ESS) atau Era Sekarang(ES) yang juga diistilahkan sebagai Masihi merupakan bukti terkini berdasarkan sumber dan bidang ilmiah selari dengan beberapa ketamadun awal

(7)

367

dalam sejarah Malaysia seperti Sungai Batu yang lebih awal dan tua dari Lembah Bujang Kedah pada tahun 788 masihi. Sanib memperkenalkan penggunaan istilah ESS dan ES dalam pentarikhan sejarah yang dimuatkan dalam penulisan buku ini dan menyatakan bahawa sejarah barat telah lama memperbaharui dan membahaskan tentang penggunaan istilah “masihi” yang seolah-olah memperlihatkan pensejarahan yang sentrik kepada agama.[16]

Pemaparan istilah yang dilontarkan oleh penulis dalam buku ini memperlihatkan satu perkembangan kemajuan dalam bidang ilmu sejarah Sarawak di Negeri Sarawak.

Bagi menerangkan kewujudan awal Negeri Santubong, pentarikhan ini sangat signifiken dalam mengangkat martabat sebagai yang pertama di Sarawak (Peringkat Negeri) dan kedua tertua dalam sejarah Malaysia (Peringkat Kebangsaan). Hasil dapatan ini dikongsikan dalam buku ini tentang beberapa pentarikhan relatif tentang kewujudan Santubong sehingga skop masa berakhir 1647ES. Konsep dan idea tercetus yang dizahirkan ilustrasi muka buku ini membawa pengertian mendalam falsafah batu bergambar sebenar bukti pertuanan orang Melayu di Santubong bukan makam hindu yang disalah erti dalam anggapan segelintir masyarakat yang membaca sejarah bangsanya.

5.0 TAMADUN SCRIPTORIUM

Penemuan manuskrip Syair Negeri Santubong[17] yang bertarikh pada tahun 1885 mencatatkan kewujudan Datu Marapati raja Negeri Melayu Santubong yang dikukuhkan fakta akeologi kewujudan Santubong pada 300 tahun era sebelum sekarang, merupakan sumber kukuh yang membuktikan bahawa Santubong sebuah ketamadun scriptorium yang kedua tertua di dunia bagi negeri Melayu selepas Kedah di Sungai Batu pada 500 tahun era sebelum sekarang. Tamadun bertulis ini

(8)

368

merupakan inspirasi harapan dan mesej yang hendak disampaikan dalam penulisan buku Negeri Santubong, Sejarah Awal Sarawak, 300ESS-1647ES. Ketamadunan Melayu yang tinggi di Santubong, Scriptorium tamadun bertulis dengan penulisan manuskrip Syair Negeri Santubong memberi gambaran ketinggian kebudayaan Melayu Sarawak.

Sumber catatan atau manuskrip yang memaparkan tentang pengkisahan Negeri Santubong banyak disokong oleh sumber artifak hasil penyelidikan cari gali arkeologi dan sumber laporan cina. Memang tidak dinafikan terdapat juga rakaman tradisi lisan tentang Datu’ Marapati dan kisah pensejarahan Negeri Melayu Santubong.[18] Fakta dan penafsiran yang dimuatkan dalam buku ini daripada dua sumber asal Melayu Sarawak yang berbentuk manuskrip dan hasil kajian arkeologi yang telah diterbitkan.

Antara catatan scriptorium yang dipaparkan dalam buku ini juga ialah, manuskrip Pembesar Datuk dan Keluarga Melayu Sarawak; Keturunan Raja Jarum Datu’

Marapati (PDKMS)[19] dan Naskhah manuskrip Hikayat Datu Merpati (HDM)[20].

6.0 SISTEM PEMERINTAHAN

Negeri Santubong, apakah bentuk dan sistem Kerajaan, siapakah raja dan bagaimana pemerintahan. Istilah kata “berbuat negeri”, dari Pelabuhan interpot kepada Negeri yang memiliki sebuah pusat kota pemerintahan. Santubong di perintahan oleh Raja yang berdaulat iaitu Datu Marapati. Pemerintahan dari Tanjung Datu ke Muara Bukit Maras Santubong sehingga ke Sungai Sarawak sehingga ke hulu Samarahan merupakan kawasan jajahan takluk Negeri Santubong.[21] Negeri Santubong mempunyai beberapa ibu kota pemerintahan seperti di Kota Batu Buaya dan dikelilingi beberapa penempatan penting seperti Bongkisam dan Sungai Joang.

(9)

369

Namun demikian, tinggalan sejarah Santubong yang ada pada masa kini telah diwarisi dengan pemaparan sejarah di Lidah Tanah[22] Kuching setelah berlaku pergerakan perpindahan orang Melayu Sarawak dari Santubong ke Lidah Tanah.

Kewujudan Negeri Santubong tetap terus wujud yang berpindah ke Lidah Tanah hanyalah ibu kotanya.[23] Perpindahan ini disifatkan sebagai perubahan ketamadunan Santubong yang dapat disusur asal sejarah Negeri Santubong yang lebih dikenali dengan nama Kuching menjelang abad ke-14 seperti ditafsirkan oleh prapanca Negarakertagama sebagai “Sawaku”.

Sistem pemerintahan ini di negeri Santubong yang diperintah oleh Raja Datu Marapati telah membentuk satu hieraki pemerintahan berkerajaan. Antaranya seperti hieraki tertinggi bermula dari “Datu Patinggi”, “Datu Temenggung Pahlawan” dan

“Datu Syahbandar”.[24] Kesemua gelaran jawatan dalam sejarah Negeri Santubong ini diteruskan sehingga perpindahan kerajaan ini ke Lidah Tanah dan semasa pemerintahan Sultan Tengah telah dilakukan perubahan sistem pemerintahan Kerajaan Negeri Santubong.[25] Terdapat dua gelaran jawatan tersebut kemudian ditambah dengan gelar jawatan lain seperti Datu Imam dan Datu Hakim yang diwarisi oleh masyarakat Melayu Sarawak sehingga abad ke-19 dan ke-20.[26]

7.0 RAJA MEMERINTAH

Anotasi perkataan “Merpati” bukan nama burung semata-mata yang disifatkan satu pemahaman yang salah.[27] “Merpati” juga memperjelaskan seorang tokoh raja yang memerintah di Santubong bernama Datu Marapati yang menjadi intipati utama dalam penulisan ini.Manakala istilah “Marapati” hanya tercatat dalam manuskrip Syair Negeri Santubong[28] berbanding istilah “Merpati” yang tercatat dalam Hikayat Datu Merpati[29], Kisah Datuk Merpati.[30] Jika merujuk kepada catatan manuskrip Syair

(10)

370

Negeri Santubong jelas ejaan tepat diejaa “Marapati”.[31] Secara filologinya, Marapati ialah m-a-ra-pa-t-i mengikut huruf yang dicatat dalam manuskrip. Perbahasan istilah Datu Merpati kepada Datu Marapati turut dimuatkan dalam buku ini.

Persamaan ketiga sumber manuskrip ini ialah menyatakan asal usu Datuk Marapati berasal dari Jawa. Datu Marapati yang berkahwin dengan Datu Permaisuri anak Raja Jarum telah melahirkan jurai keturunan perabangan di Kuching Sarawak melalui Merpati Jepang dengan Dayang Mordiah. Syair Negeri Santubong dikukuhkan Kepada Pembesar Datu’ dan Keluarga Melayu Sarawak: Keturunan Raja Jarum Datu Marpati.[32] Legasi Datu Marapati telah menjadi keturunan pemerintah di Sarawak sejak dari zaman berzaman yang kemudian mengabsahkan gelaran Datu Patinggi.[33]

8.0 INDUSTRI BESI

Industri besi merupakan intipati major penulisan buku yang telah membahaskan penemuan terpenting kepandaian Melayu Sarawak (Santubong) memiliki keakrifan ilmuwan tempatan atau pandang dunia Melayu (Malay World View). Kearifan tersebut ialah ilmu melebur besi dan hasil besi yang bermutu. Dapatan dalam buku ini memaparkan kawasan taburan besi yang terdapat di beberapa tempat seperti di Teluk Melano (Tanjung Datu), Sematan di Tanah Hitam, Pulau Tembakul di Terombol Telaga Air, Tanjung Kubur di Pasir Pandak, Tanjung Tegok di Santubong, Pulau Kera, Bako dan Sungai Jaong serta Bongkissam di Santubong.[34] Persoalan yang melingkari impresi penulis adalah dari mana datangnya sumber biji besi di Santubong ekoran belum lagi dijumpai lombong besi.[35] Adakah berlakunya teori batu bintang dari langit yang jelas paparkan dalam penulisan Bab 4 Ibu Kota Batu Buaya dan Industri Besi.[36]

(11)

371

Kajian awal yang dilaporkan oleh Tom Harrison yang telah melakukn beberapa siri penyelidikan arkeologi mendapati bahawa jumpaan tahi besi yang banyak di Santubong.[37] Tom Harrisson mendapati jumlah tahi besi atau batu bintang di Santubong dianggarkan 500,000 tan.[38] Selain itu, menjelang tahun 600ES atau lebih awal, industri besi telah tersebar di seluruh dunia termasuk santubong. Manakala Sungai Batu Kedah juga merupakan tamadun Melayu terawal di dunia sekita 500ESS dengan jumpaan relau pembakar bijih besi. Besi merupakan bahan utama komoditi dunia yang dimiliki oleh kebanyakkan tamadun awal dalam menghasilkan produk berasaskan besi seperti dalam menghasilkan senjata untuk peperangan seperti, pedang, parang dan keris dalam tamadun Melayu.

9.0 MANUSKRIP MELAYU JAWI

Penggunaan sumber manuskrip telah menjadi kekuatan utama dalam penulisan buku ini. Sumber manuskrip ini merupakan rujukan primer yang ditafsir oleh sejarawan sebagai sumber asal yang terkuat untuk dijadikan fakta hujah. Sumber primer ini juga adalah bahan yang belum diterbitkan apatah lagi dilakukan kajian. Rangka penulisan buku ini banyak disokong kukuh dengan dapatan yang diambil dari manuskrip Syair Negeri Santubong yang secara keseluruhan telah diamati secara teliti dan impresi ilmiah. Memandang teks ini belum lagi pernah dikaji oleh mana-mana penyelidik setelah dijumpai manuskrip ini pada tahun 2018. Selain itu, terdapat dua lagi manuskrip yang menjadi rujukan utama untuk dimuatkan dalam buku ini iaitu teks naskhah Keturunan Keluarga Pembesar Melayu Sarawak dan teks manuskrip Silsilah Perabangan (dalam bentuk gambar rajah).[39]

Keistimewaan yang menjadi menariknya buku ini turut memaparkan beberapa salasilah keturunan khusus keturunan perabangan di kuching yang berakar umbi dari

(12)

372

jalur keturunan Datu Marapati. Kesemua salasilah ini ditulis dalam tulisan jawi dan tercatat dalam nakhah manuskrip dimana dapatan dalam buku ini dibahaskan oleh penulis secara tuntas berlunaskan rujukan sumber manuskrip juga memaparkan beberapa salasilah keturunan Datu Marapati yang menjadi susur galur golongan bangsawan perabangan di Sarawak pada masa kini. Antara silsilah yang dilampirkan sekali dalam buku ini ialah Silsilah Perabangan dalam Syair Negeri Santubong, Silsilah Raden Parbita Sari – Abang Undi, Raja Jarum Johor, Silsilah dari Raden Parbita Sari/Jawa dan Raja Jarom/Johor, Silsilah Perabangan Jalur Minangkabau dan Silsilah Perabangan (Baring-Gould, 1909) yang dipetik dari penulisan dalam buku ditulis Baring-Gould.

10.0 KISAH LAGENDA

Terkandung dalam buku ini juga memaparkan mengenai kisah serangan Pigo dan Puteri Santubong dan Zaman Sultan Tengah. Kisah Lagenda ini masih tetap menjadi ingatan dan turun temurun disampaikan seperti kisah serangan pigo dan Puteri Sarawak.[40] Manakala Zaman Sultan Tengah sebagai “Sultan Pertama dan Terakhir Sarawak” turut dipaparkan juga untuk menghubungkaitkan ketokohan dan legasi pemerintahannya dengan golongan bangsawan yang menerajui sejarah Sarawak.

Kisah Serangan Pigo yang dipaparkan dalam buku ini merujukan kepada catatan dalam Hikayat Datu Merpati.[41] Pemaparan ini memberi melengkapkan lagi kisah Datu Merpati dan peristiwa yang berlaku di susur galukan. Namun demikian analisa terhadap Bab Kisah Serangan Pigo ini turut menyentuh persoalan siapakah Pigo yang menyerang Negeri Santubong ketika Datu Merpati dan anaknya Merpati Jepang pergi memupu di hulu sungai Samarahan.[42] Turut dikaitkan kisah Pigo ini dengan peristiwa lanun di Samarahan dan mengaitkan Pigo adalah Orang Melayu Samarahan

(13)

373

seperti yang dilaporkan oleh Ling Roth dalam bukunya dan disokong oleh Grant yang mendakwa orang Pigo merupakan suku kaum Bidayuh di Sadong. Terdapat juga dapatan yang diperolehi juga menyatakan Pigo ini adalah lanun dari Pegu yang berasal dari Burma.[43]

Manakala pemaparan Kisah Puteri Santubong merupakan lagenda bangsa Melayu Sarawak yang terkenal sejak zaman-berzaman. Kehebatan Puteri Santubong menenun songket dan Puteri Sejinjang menumbuk padi adalah intipati estetika budaya yang ditonjolkan oleh lagenda ini. Kemasyhuran lagenda puteri Santubong sangat digemari seluruh lapisan masyarakat di Sarawak sehingga didendangkan dalam sebuah lagu dalam dialek Melayu Sarawak. Kisah Puteri Santubong turut dimasukkan dalam buku ini bertujuan untuk mengangkat martabat puteri Santubong yang sangat akrab dengan Gunung Santubong serta Kampung Santubong. Buku ini juga membahaskan istilah nama Santubong yang banyak disalah ertikan dan ditafsir dengan pelbagai makna yang jelas satu pemahaman menyimpang dan menyeleweng.

Buku ini diberupaya membetulkan pemahaman tepat tentang Puteri Santubong yang selaras dengan fakta ilmiah yang dikemukakan.

Silsilah Raja-Raja Berunai (SRB) yang juga dimuatkan dalam buku ini menjadi dasar yang menjadi intipati dalam pensejarahan Sultan Tengah yang dipaparkan dalam Bab 9 Zaman Kesultanan Brunei. Pemaparan fakta ini sangat penting untuk menjelaskan sejarah bagaimana berlakunya pengaruh zaman kekuasaan kesultanan Brunei di Sarawak. Pada tahun abad ke-16, sekitar tahun 1599 Raja Tengah dinobatkan sebagai sultan pertama di Sarawak dengan gelaran Sultan Ibrahim Omar Syah Ibni Almarhum Sultan Muhammad Hassan. Namun demikian, catatan terawal hubungan kerabat diraja Berunai dengan Sarawak telah berlaku sejak zaman Santubong.[44] Puteri Datu Marapati iaitu Dayang Sri Bulan telah berkahwin dengan

(14)

374

anak raja Berunai, ketika kapal yang dinaiki beliau bersama bondanya iaitu Datu Permaisuri dihanyutkan sampai ke Berunai setelah berjaya menewaskan lanun pigo di perairan muara sungai Samarahan.

11.0 GAMBAR BERSEJARAH

Pemaparan gambar-gambar bersejarah, menjadikan satu kelebihan yang membuktikan lagi intipati penulisan yang terdapat dalam buku ini. Kebanyakkan gambar yang dipaparkan adalah gambar yang dibawah koleksi simpanan Jabatan Muzium Sarawak yang telah berusia sudah menjangkau lebih 50 tahun. Antara gambar tersebut ialah gambar penyelidikan cari gali arkeologi di Sungai Jaong 1955, gambar Tanjong Tegok dan Bukit Maras di Muara Santubong, gambar artifak di Bongkissam, gambar artifak serpihan pasu Tanah Melayu di Tanjong Kubur dan gambar makam-makam pusara lama di Santubong dan kawasan sekitar. Gambar baharu dan terkini juga turut dimuatkan dalam buku ini untuk memberi gambaran persamaan dan perubahan yang berlaku. Sebagai contoh, gambar bukit Maras yang diambil pada tahun 1955 dan gambar Bukit Maras yang diambil pada tahun 2020.

Selain itu, gambar penyelidikan mutakhir juga dimasukan dalam buku ini seperti gambar kajian di Tanjung Datu, Tanjung Kubor, Sungai Buah, Santubong, dan banyak lagi. Dipaparkan juga gambar penyelidikan di Jabatan Muzium Sarawak pada tahun 2020 dan kajian ekspedisi menjejaki sejarah yang hilang disekitar sungai Sarawak kiri dan kanan.

12.0 PENYELIDIKAN MUTAKHIR

Penyelidikan terawal yang pernah dibuat di Santubong telah dilakukan oleh Tom Harrison pada tahun 1955 yang hanya menfokuskan kepada penyelidikan cari gali arkeologi di Sungai Jaong. Walaupun mengetahui ketamadunan yang wujud di

(15)

375

Santubong, Tom Harrison seolah-olah menyembunyikan kewujudan sejarah. Dapatan penyelidikan mutakhir banyak menyingkap semula sejarah awal Santubong yang terpendam berabad lamanya. Lokasi yang terdapat jejak tinggalan awal atau purba buku sahaja di Santubong malahan disekitarnya turut diambil sebagai dapatan kajian.

Antaranya seperti Tanjung Kubur, Bukit Maras, Sungai Buah dan Tanjung Datu[45].

Hasil penyelidikan dilakukan semula di beberapa lokasi seperti Santubong, turut memaparkan gambar-gambar kajian lapangan di Santubong pada tahun 1955, Ekspedisi Tanjung Datu 2020, ekspedisi menjadi sejarah yang hilang tahun 2015, cari gali tinggalan industri besi, penempatan awal dan makam-makam utama seperti makam di Tanjung Datu. Kesemua ini menjadi aspek menarik yang disajikan kepada khalayak ramai untuk membaca buku ini sebagai wadah bacaan yang hanya bukan sahaja untuk orang akademik malah untuk orang awam (bacaan umum).

13.0 KESIMPULAN

Apabila mengimbas kembali akan perihal sejarah yang terkandung dalam buku ini akan tergambarlah kisah silam santubong yang terus ditenggelami peredaran masa.

Buku ini telah menyingkap tabir masa sehingga jelas kelihatan akan sejarah yang berlaku pada masa lampau di Santubong. Buktinya, berdasarkan hasil dapatan buku ini Negeri Santubong yang telah wujud pada tahun 300 lebih awal pada era sebelum sekarang. Ungkapan yang tetap dinobatkan ialah ketamadunan Santubong merupakan negeri Melayu kedua tertua di dunia selepas yang pertama ialah Kedah, iaitu pentarikhan terawal yang dicatat ialah 500 sebelum masihi di tapak ketamadunan Sungai Batu. Ternyata penerbitan buku ini telah memberi satu impak positif terhadap perkembangan kemajuan ilmu sejarah Sarawak di Negeri Sarawak.

(16)

376 Rujukan

[1] Penulis lulusan sarjana Sastera (Sejarah), Universiti Malaya; kini berkhidmat di Bahagian Kebudayaan dan Penyelidikan, Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak, Kuching, Sarawak. azzuanjematt@gmail.com

[2] Sanib Said, Negeri Santubong, Sejarah Awal Sarawak, 300ESS-1647ES, Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak, Kuching, 2021, hlm. 250.

[3] Bab 1 Pulau Borneo Dalam Kepulauan Melayu mempunyai 19 halaman, Bab 3 Sistem Kerajaan terdapat 25 halaman, Bab 4 Ibu Kota Batu Buaya dan Industri Besi, 18 halaman, Bab 5 Ekonomi terdapat 7 halaman, Bab 6 Budaya dan Agama, 9 halaman, Bab 8 Serangan Pigo dan Puteri Santubong, 8 halaman, Bab 9 Kesultanan Brunei mempunyai 19 halaman, Bab 10 Zaman Sultan Tengah terdapat 8 halaman dan Bab 11 Kesimpulan: Dari Negeri Santubong ke Negeri Sarawak terdapat 10 halaman.

[4] Merujuk kepada teks asal manuskrip Syair Negeri Santubong yang juga dikenali dengan nama Syair Datu Marapati. Pemilik asal manuskrip ini boleh disusur galurkan dari Encik Kaharudin bin Abdullah bin Mataha bin Umar bin Nek Lijah bi Mayah atau dikenali sebagai Kiyai Abdullah yang dijumpai di Kampung Samarang Kuching namun dinyatakan bahawa keluarga ini sebelumnya berasal dari Kampung Santubong. Syair ini diserahkan kepada Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak oleh Encik Kaharudin melalui Pengurus Besar AKYBMS, YBhg. Datu Dr. Sanib Bin Said pada 23 November 2016.

[5] Keturunan Keluarga Pembesar Melayu Sarawak, Bahan tidak diterbitkan.

(17)

377

[6] Dilahirkan pada 02 April 1953 di Lawas. Pendidikan awal di Malay Central School Lawas, Pendidikan Menengah di Sekolah Menengah Lawas dan Sekolah Menengah Limbang. Manakala menengah atas di Kolej Tanjong Lobang, Miri dari tahun 1966- 1972. Di peringkat pendidikan tinggi beliau memperolehi Ijazah Sarjana Muda di Universiti Malaya (1976), Sarjana –Sejarah di Universiti Malaya (1981) dan Doktor Falsafah (Sejarah) di Universiti Malaya (2014). Beliau pernah berkhidmat di pelbagai jawatan sebagai pensyarah muda di Universiti Malaya, Pegawai Arkib Negara Malaysia, Pensyarah di Universiti Teknologi Malaysia, Pensyarah di Universiti Berunai Darussalam, Setiausaha Majlis Pembangunan Sarawak, Pengarah Jabatan Muzium Sarawak, Pengarah (Felo Penyelidik Kanan) Institut Pengajian Asia Timur (UNIMAS) dan kini bertugas sebagai Pengurus Besar Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak (AKYBMS).

[7] Sanib Said, Negeri Santubong, Sejarah Awal Sarawak 300ESS-1647ES, lihat bahagian kulit luar belakang.

[8] Sanib Said, Malay Politic in Sarawak, 1946-1966, London: Oxford University Press, 1978. Kemudian buku ini diulang cetak dengan tajuk yang sama pada tahun 2010 dengan judul lengkap iaitu Sanib Said, Malay Politic in Sarawak, 1946-1966 yang diterbitkan oleh penerbitan Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS). Penerbitan terkini buku ini telah dialih bahasa ke dalam bahasa Melayu bagi menggalakkan lebih ramai pembaca yang menggemari buku bergenre sejarah. Buku alih bahasa ini diterbit dengan judul baharu iaitu, Politik Melayu Di Sarawak 1946 -1966, Bersatu ke Mercu Kuasa, oleh Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak pada tahun 2015.

(18)

378

[9] Sanib Said, Yang Dikehendaki; Biografi Di-Pertua Negeri Sarawak Tun Datuk Patinggi Hj. Ahmad Zaidi Adruce Mohd Noor, Kuala Lumpur: Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Sarawak, 1991.

[10] Sanib Said, Negeri Santubong, Sejarah Awal Sarawak 300ESS-1647ES, .. hlm.

2.

[11] Ibid., hlm 5.

[12] Ibid., hlm 3.

[13] Mohammad Tahir bin Abdul Ghani, Hikayat Datuk Merpati, Kuching: Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sarawak, 1989, hlm,

[14] Sanib Said, Negeri Santubong, Sejarah Awal Sarawak 300ESS-1647ES, … Ibid., hlm 7.

[15] Jumpaan serpihan pasu dan tembikar Melayu dari tanah Melayu di Tanjung Kubor, Pasir Pandak. Lakaran pasu tanah Melayu yang bulat buatan yang diperkirakan dalam tahun 300ESS.

[16] Penggunaan Era Sebelum Sekarang (ESS) dan Era Sekarang (ES) merupakan gagasan pemikiran Dr. Sanib Said yang disifatkan satu perkembangan kemajuan dalam bidang sejarah khususnya sejarah Sarawak. Beliau menerangkan penggunaan istilah masihi sudah tidak tepat lagi dan relevan kerana sejarawan barat pun menolak dan tidak gemar menggunapakai istilah “masihi” yang disifatkan sentrik kepada agama kristian. Pentarikhan “masihi” dalam bahasa Melayu juga dikenali sebagai “Before Christ” (BC) ataupun kemudian digantikan dengan penggunaan istilah “After Domino”

(AD). Para ilmuan bidang sejarah di barat telah menggantikan istilah BC di Eropah kepada istilah “Before Current Era” (BCE) dan istilah AD kepada istilah “Current Era”

(19)

379

(CE). Jika diterjemah dalam bahasa Melayu jelas istilah tepat yang dipaparkan dalam buku Negeri Santubong yang menggunakan istilah “Era Sebelum Sekarang” (ESS) dan “Era Sekarang” (ES).

[17] Syair Negeri Santubong, 1885, Bahan tidak diterbitkan.

[18] Sanib Said, Negeri Santubong, Sejarah Awal Sarawak, 300ESS-1647ES, hlm, 55.

[19] Manuskrip Pembesar Datuk dan Keluarga Melayu Sarawak; Keturunan Raja Jarum Datu’ Marapti (PDKMS) merupakan sumber rujukan asal Melayu Sarawak yang ditaip skrip Melayu-Rumi yang berasal dari tradisi lisan. Salinan taip skrip ini terdapat cap yang memaparkan maklumat seperti berikut: Abdul Latip Akip, Kampung Bintangor, Jalan Ajibah Abol, Kuching, Sarawak dan merupakan seorang penghulu yang bertarikh 1990 namun bermula dengan catatan dari cerita lisan yang bermula pada tahun 1885.

[20] Manuskrip ini merupakan teks Melayu-Jawi yang telah dikarang oleh Abdul Ghani bin Tahir dengan Hikayat Datuk Marapati (HDM) pada tahun 1939, yang menggandungi 200 halaman menggunakan buku latihan sekolah berukuran 15cm x 22cm dengan memuatkan 13 cetera yang kemudiannya diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sarawak pada tahun 1989.

[21] Sanib Said, Negeri Santubong, Sejarah Awal Sarawak 300ESS-1647ES, hlm. 40.

[22] Lidah Tanah merupakan satu kawasan penempatan awal di Kuching yang terletak di huku sungai Sarawak iaitu kira 60km dari bandaraya Kuching. Lidah Tanah mendapat nama sempena toponim mukabumi hujung tanjung seolah seperti lidah.

(20)

380

[23] Sanib Said, Negeri Santubong, Sejarah Awal Sarawak, 300ESS-1647ES, hlm.

136.

[24] Sistem pemerintahan ini telah berlangsung sehingga ke zaman sejarah moden di Sarawak. James Brooke telah menggunakan tradisi kerajaan awal ini dalam melantik pembesar yang berkuasa dalam pemerintahannya semasa beliau menjadi Tuan Besar Sarawak. James Brooke telah merujuk kepada adat undang-undang dan tugas raja serta pembesar Sarawak sejak turun-temurun sebagai peraturan yang telah diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris.

[25] Sanib Said, Negeri Santubong, Sejarah Awal Sarawak, 300ESS-1647ES, hlm, 99.

[26] Ibid,. hlm 106.

[27] Ibid., hlm. 76.

[28] Ibid., hlm, 77.

[29] Judul lengkap, Mohammad Tahir Bin Abdul Ghani, Hikayat Datuk Merpati, Kuching, Dewan Bahasa Dan Pustaka Cawangan Sarawak, 1989.

[30] Judul lengkap, Abang Abdul Razak Abang Medaan, Kisah Datuk Merpati, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka Cawangan Sarawak, 1986.

[31] “Marapati” atau “Marapatih” yang mengandungi dua perkataan sanskrit “mara”

dan “pati”. Perkataan “mara” ialah perkataan Sanskrit bererti “kematian” dan perkataan “pati” bererti “raja” dalam Kamus Besar Indonesia. Boleh dirumuskan pengertian “marapati” iaitu seorang raja yang mampu membunuh musuh dalam peperangan dan membawa kejayaan. Dalam sumber jawa, “Narapati” bererti “raja lelaki” yang dicatatkan dalam Syair Nagara Kretagama.

(21)

381

[32] Kepada Pembesar Datu’ dan Keluarga Melayu Sarawak: Keturunan Raja Jarum Datu Marpati, Bahan tidak diterbitkan.

[33] Sanib Said, Negeri Santubong, Kerajaan Awal Sarawak 300ESS-1647ES, hlm, 184.

[34] Ibid., 39.

[35] Ibid,. hlm, 134.

[36] Ibid,. hlm, 115.

[37] Tom Harrisson telah melakukan 3 siri pnyelidikan cari gali arkeologi di Santubong.

Antaranya dilakukan pada tahun 1947,1955 dan kajian terakhir dilakukan pada tahun 1966 di tapak Bongkissam, Bukit Maras, Tanjung Tegok dan Sungai Jaong, Santubong.

[38] Sanib Said, Negeri Santubong, Sejarah Awal Sarawak, 300ESS-1647ES, hlm, 123.

[39] Ibid,. hlm, 246-256.

[40] Ibid,. hlm, 225.

[41] Ibid,. hlm. 187.

[42] Ibid,. hlm, 188.

[43] Ling Roth juga mengambil petikan penulisan Grant yang mengabsahkan kenyataan bahawa Pigo ini adalah lanun dari Pegu maka Pigo berasal dari Burma yang sekarang dikenali sebagai Myamar, bukan berasal dari hulu Batang Sadong.

Mengikut sejarah Burma awal menegaskan bahawa Pegu ialah nama sebuah ibu kota

(22)

382

kerajaan kaum Mons dan mereka bukan lanun seperti yang gempar gemburkan oleh penulis barat.

[44] Rujuk kepada pencerita dalam teks naskhah manuskrip Syair Negeri Santubong, Hikayat Datu Merpati dan Kisah Datuk Merpati yang mengisahkan cerita yang sama.

[45] Penyelidikan Tanjung Datu telah dibuat pada 20, 21 dan 22 Julai 2020. Kajian ini telah diketuai oleh YBhg. Datu Dr. Haji Sanib Bin Haji Said, Pengurus Besar AKYBMS, dibantu oleh Azuan Bin Jemat, Ketua Bahagian Kebudayaan dan Penyelidikan serta beberapa kakitangan AKYBMS iaitu Encik Khalid Bin Chek dan Saudara Mohammad Heidil Bin Maria. Kajian ini juga turut melibatkan kakitangan Jabatan Perhutanan Sarawak yang diketuai oleh Pegawai Warden Taman Negara Tanjung Datu, Encik Muhammad Azizi.

Maklumat Buku

Pengarang: Sanib Said

Judul: Negeri Santubong – Sejarah Awal Sarawak (300ESS-1647ES) Jumlah Halaman: 250 Halaman

Tahun Terbit: 2021

Penerbit: Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak Pencetak: InfoGrafik Press Sdn. Bhd

Rujukan

DOKUMEN BERKAITAN

Konsonan Awal Bahasa Cina Vokal Bahasa Cina Empat Nada Bahasa Cina Nada Sandhi Perkataan ―Satu‖ Nada Sandhi Perkataan ―Satu‖ yang Wujud di antara Dua Perkataan yang Sama Nada

Borang soal selidik yang digunakan ialah Borang Senarai Perkataan Pertama Dalam Bahasa Melayu (Dialek Kelantan) yang telah diadaptasi daripada Senarai Perkembangan

Untuk mengekalkan perasaan sifat keduaniaan yang lain yang diserapkan ke dalam tempat itu, kaca tersebut telah diwarnai dengan sedikit warna, burung merpati yang

Jika sesuatu hujah yang bercorak silogisme itu VALID dan kedua-dua premisnya tidak benar, maka kesimpulannya semestinya tidak benar..C.

b. Serangan Burung yang terjadi pada atau di sekitar bandar udara disusun berdasarkan abjad nama bandar udara diikuti dengan serangan burung yang terjadi dari bandara. Serangan

Bermula dengan pandangan pelukis dan penulis linguistik sendiri terhadap komik, penulis berpendapat bukan komik yang boleh dikatakan mempunyai bahasa visual tetapi

Dalam erti kata lain sumbangan dakwah oleh tokoh ini menjadi fondasi kukuh bagi perkembangan dakwah dan umat Islam di Sarawak sekarang.. Ketiga : Sebagaimana disebut sebelum ini

Dalam kesimpulan ini juga penulis membentangkan sejarah ringkas Negeri Sarawak dan sejarah BINA bagi menghubungkan di antara realiti yang berlaku pada umat Islam ketika