• Tiada Hasil Ditemukan

SAYANGI NEGARA DAN JAGA KEHARMONIAN MASYARAKAT

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Share "SAYANGI NEGARA DAN JAGA KEHARMONIAN MASYARAKAT"

Copied!
6
0
0

Tekspenuh

(1)

Pulau Pinang, 12 November 2015 - Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Negeri Pulau Pinang (MTPng), Datuk Seri Zainal Abidin Osman hari ini menyeru para pelajar untuk berusaha bersungguh- sungguh mencapai kejayaan pada masa hadapan.

"Para pelajar perlu sentiasa berusaha dan bekerja keras untuk berjaya dalam dunia yang pesat berkembang dan penuh cabaran ini kerana hanya mereka yang terbaik akan berpeluang untuk dipilih memasuki sektor pekerjaan nanti," katanya dalam majlis penyampaian sumbangan kepada 26 orang pelajar USM dari Pulau Pinang yang dikategorikan sebagai golongan B40 anjuran Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri, Pejabat Pembangunan Persekutuan Pulau Pinang di Bilik Seminar, Bangunan Toray, USM Pulau Pinang.

(https://news.usm.my) Berita Mutakhir

search...

SAYANGI NEGARA DAN JAGA KEHARMONIAN MASYARAKAT

12 NOV

(2)

Tambah beliau, mencapai kejayaan juga adalah sebahagian dari semangat cintakan negara dan patriotik apatah lagi dasar pendidikan sedia ada terbukti membuahkan kejayaan dengan mengeluarkan anak-anak di luar bandar untuk mencapai kejayaan.

"Kita perlu menjaga keharmonian masyarakat dan tidak mudah mempercayai pelbagai maklumat yabg diterima tanpa mendapat kepastian kebenarannya," tambah beliau.

Pada majlis yang sama beliau turut mengumumkan sumbangan sebanyak RM5,000 kepada MPPUSM untuk menjalankan program-program sehingga hujung tahun ini.

(3)

"Saya berharap agar dapat berpeluang bertemu lagi dengan MPPUSM dan pelajar pada masa hadapan," katanya.

Sementara itu, Yang Di-Pertua Majlis Perwakilan Pelajar USM, Mohd Hazim Abd Manaf berkata, pihaknya berterima kasih dengan sumbangan yang diberi.

"MPPUSM akan terus mengadakan program bersifat outreach dan juga memberi bantuan tertentu kepada pelajar-pelajar sebagai contoh melalui program Kami Prihatin "KAMPRI" yang memfokuskan bantuan kepada golongan B40.

(4)

"Majlis hari ini berimpak tinggi untuk pelajar USM dan saya dan rakan-rakan mengucapkan setinggi- tinggi terima kasih kepada pihak ICU yang memberi bantuan kepada 26 orang pelajar tahun 1 sidang kali ini," katanya lagi.

Tambahnya, pihak MPP USM sentiasa memberi fokus dengan apa yang diperkatakan oleh Naib Canselor USM untuk melahirkan pelajar yang merupakan global player dan juga memberi fokus pada 3R iaitu untuk menjadi "Relevant, Referred, Recpected" seperti mana hasrat Naib Canselor.

(5)

Yang hadir sama di majlis ini ialah Timbalan Naib Canselor Jaringan Industri dan Masyarakat Profesor Dr. Abdul Rahman Mohamed, Pegawai Kemajuan Negeri Pulau Pinang ICU Syed Shaari Syed Abdullah dan Pengarah Libatsama Komuniti dan Industri USM Syed Yusof Syed Kechik.

Teks : Mohamad Abdullah, Nor Rafizah Md Zain, Hafiz Meah Ghouse Meah Foto : Mohd Fairus Md Isa

 

Share This

(6)

Pusat Media dan Perhubungan Awam / Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800 USM, Pulau Pinang Malaysia Tel : +604-653 3888 | Fax : +604-658 9666 | Email : pro@usm.my (mailto:pro@usm.my)

Laman Web Rasmi / Official Website : Universiti Sains Malaysia (http://www.usm.my)

Client Feedback / Comments (http://web.usm.my/smbp/maklumbalas.asp) | USM News Portal. Hakcipta Terpelihara USM 2015

Rujukan

DOKUMEN BERKAITAN

“Saya akan terus berusaha mengulangkaji dan membuat latihan bagi menghadapi pertandingan peringkat antarabangsa dan saya berjanji akan memberikan yang terbaik semasa

“Jika kita ingin membina sebuah negara yang berjaya, kualiti kesihatan dan kejururawatan harus kita jaga dan tingkatkan, bukan bermakna kita harus mempunyai ramai jururawat tetapi

“Kita perlu berubah dan merealisasikan semua usaha yang dirancang dalam konteks negara dan dunia, menjadi pemimpin yang terbaik yang melibatkan seluruh warga dan sentiasa

Pelajar kita perlu disemaikan semangat untuk berjaya berasaskan ilmu dan pengetahuan yang tinggi supaya mereka dapat menghasilkan barangan dan perkhidmatan yang boleh diterima

Manakala model Empowering 8 (Wijetunge, 2005) pula merupakan model LM terkini yang dibina berdasarkan tahap- tahap kemahiran kognitif dalam Teksonomi Bloom (Pemadasa, 2006).. c)

Walaubagaimanapun terdapat juga segelintir masyarakat mereka yang telah berjaya untuk membangunkan ekonomi mereka dalam penghasilan seni ukiran ini dan seharusnya pihak-pihak

Berdasarkan kepada kajian penulis, tidak ada tindakan diambil oleh institusi Islam di Sabah. Reaksi dari gerakan Kristianisasi ini hanya dapat dilihat dari ganda usaha dalam

Para hedonis sentiasa berusaha memperbaiki cara hidup masing- masing untuk memaksimumkan prinsip kegembiraan dan keseronokan dalam kehidupan mereka (Fariza Md. Sham, Sulaiman