• Tiada Hasil Ditemukan

“TAK SABAR NAK MASUK USM!”

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Share "“TAK SABAR NAK MASUK USM!”"

Copied!
2
0
0

Tekspenuh

(1)

4/23/2018 USM News Portal - “TAK SABAR NAK MASUK USM!”

https://news.usm.my/index.php/berita-mutakhir/5146-tak-sabar-nak-masuk-usm 1/2

PULAU PINANG, 14 Ogos 2017 – Seramai 222 orang pelajar pra-universiti daripada Kolej MARA Kulim membuat lawatan sehari ke kampus induk Universiti Sains Malaysia (USM) hari ini.

Lawatan yang dikelolakan oleh Bahagian Pengurusan Akademik, Jabatan Pendaftar USM ini merupakan sebahagian daripada pengisian di bawah Program Lestari Pelajar Pra-Universiti USM bagi sidang akademik 2017/2018.

Danial Syakirin Zainal, 18, salah seorang daripada pelajar pra-universiti USM berkata dia begitu teruja dan tidak salah untuk menyambung pelajarannya di USM. Dorongan daripada ibunya yang juga merupakan alumni USM membakar semangatnya untuk memilih USM sebagai pilihan utama.

“USM is the best! Saya tidak sabar hendak melanjutkan pelajaran di USM. Program yang ditawarkan di universiti ini menduduki dalam lingkungan kedudukan yang terbaik dalam QS World University Ranking bagi tahun 2017,” katanya apabila ditemuramah.

Nur Athirah Mohd Azman, 18, pula berkata dia memilih pra-universiti USM kerana tempoh masa pengajian yang singkat iaitu hanya setahun di samping suasana USM yang kondusif amat sesuai untuk pembelajaran. Gadis yang berasal dari Kuala Lumpur itu amat tertarik dengan prasarana USM yang begitu canggih dan juga kehijauan kampus USM.

“Dorongan daripada keluarga tercinta menambahkan lagi semangat saya untuk melanjutkan pelajaran di pra-universiti USM,” kata Muhammad Ikmal Ismail, 18, apabila ditemui. Anak jati Kuala Lumpur ini berkata status USM yang bertaraf APEX membuat dia rasakan USM ialah universiti yang terbaik untuk dia melanjutkan pelajarannya.

Pendapat yang sama diutarakan oleh Nurulain Afrizal, 18. Dia amat mengagumi USM atas kecanggihan fasilitinya dan suasana kampus yang kondusif.

Sebanyak enam buah bas digunakan untuk membawa para pelajar melawat sekitar kampus induk USM termasuk Perpustakaan Hamzah Sendut I dan Muzium & Galeri Tuanku Fauziah.

Pelajar juga berpeluang menyertai sesi Pengembangan Ilmu/Kembara Ilmu di beberapa PTJ seperti Pusat Pengajian Sains Kimia, Pusat Pengajian Sains Fizik, Pusat Pengajian Sains Farmasi, Pusat Pengajian Sains Biologi, Pusat Pengajian Sains Matematik, Pusat Pengajian Sains Komputer dan Pusat Pengajian Teknologi Industri.

Teks: Mohd Musa Adivijaya (Pelajar intern MPRC)/Suntingan: Tan Ewe Hoe (https://news.usm.my)

Berita Mutakhir

search...

“TAK SABAR NAK MASUK USM!”

17 AUG

(2)

4/23/2018 USM News Portal - “TAK SABAR NAK MASUK USM!”

https://news.usm.my/index.php/berita-mutakhir/5146-tak-sabar-nak-masuk-usm 2/2

Share This

Pusat Media dan Perhubungan Awam / Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800 USM, Pulau Pinang Malaysia Tel : +604-653 3888 | Fax : +604-658 9666 | Email : pro@usm.my (mailto:pro@usm.my)

Laman Web Rasmi / Official Website : Universiti Sains Malaysia (http://www.usm.my)

Client Feedback / Comments (http://web.usm.my/smbp/maklumbalas.asp) | USM News Portal. Hakcipta Terpelihara USM 2015

Rujukan

DOKUMEN BERKAITAN

USM, PULAU PINANG, 1 Mei 2018 – Universiti Sains Malaysia (USM) melalui Pusat Pengajian Sains Kimia (PPSK) dengan Institut Penyelidikan Hidraulik Kebangsaan

PULAU PINANG, 20 Julai 2017 - Pelajar Pusat Pengajian Sains Kajihayat Universiti Sains Malaysia (USM), Shahid Dzayuddin bertuah kerana terpilih ke program

USM, PULAU PINANG, 18 Julai 2017 – Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan (PPIK) Universiti Sains Malaysia (USM) terus mengukuhkan kolaborasi antarabangsa dalam bidang

USM PULAU PINANG, 20 April 2016 - Pusat Pengajian Sains Kesihatan (PPSK), Universiti Sains Malaysia (USM) ingin menjemput para pelajar yang menjalankan projek tahun akhir,

“Walaupun ini bukanlah pertama kali penyelidik dari pusat Pengajian Sains Kajihayat USM menyertai ekspedisi ke Antartika tetapi ini merupakan ekspedisi kali keenam disertai

PULAU PINANG, 16 Oktober 2016 – Universiti Sains Malaysia (USM) menerusi Pengajian Penterjemahan dan Interpretasi yang ditawarkan di Pusat Pengajian Ilmu

PULAU PINANG, 11 November 2016 - Sekumpulan pelajar Universiti Sains Malaysia (USM) jurusan Senibina dari Pusat Pengajian Perumahan, Bangunan dan Perancangan

PULAU PINANG, 13 Oktober 2015 – Universiti Sains Malaysia (USM) membantu meringankan beban pelajar tahun tiga Kursus Rekabentuk Dalaman, Pusat Pengajian Perumahan, Bangunan