• Tiada Hasil Ditemukan

WARGA KAMPUS MERIAHKAN PELANCARAN #USMFIT

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Share "WARGA KAMPUS MERIAHKAN PELANCARAN #USMFIT"

Copied!
7
0
0

Tekspenuh

(1)

5/25/2018 USM News Portal - WARGA KAMPUS MERIAHKAN PELANCARAN #USMFIT

https://news.usm.my/index.php/berita-mutakhir/5768-warga-kampus-meriahkan-pelancaran-usmfit 1/7

USM, PULAU PINANG, 2 Mei 2018 – Naib Canselor Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Datuk Dr.

Asma Ismail pagi ini melancarkan Program #USMFIT peringkat Kampus Induk, Kampus Kejuruteraan dan Institut Perubatan dan Pergigian Termaju (IPPT) bagi mewujudkan warga kampus yang membudayakan aktiviti sukan dan pengamalan gaya hidup sihat.

Lebih 1,000 warga USM termasuk Pengurusan Tertinggi Universiti, staf dan pelajar dari ketiga-tiga kampus tersebut menyahut cabaran #USMFIT apabila turun padang memeriahkan program tersebut yang julung-julung kali diadakan di Stadium Olahraga USM.

(https://news.usm.my) Berita Mutakhir

search...

WARGA KAMPUS MERIAHKAN PELANCARAN #USMFIT

04 MAY

(2)

5/25/2018 USM News Portal - WARGA KAMPUS MERIAHKAN PELANCARAN #USMFIT

https://news.usm.my/index.php/berita-mutakhir/5768-warga-kampus-meriahkan-pelancaran-usmfit 2/7

Kehadiran Naib Canselor USM ternyata menaikkan semangat warga kampus untuk terus komited mengamalkan gaya hiduphidup sihat ke arah melahirkan individu yang cergas dan cerdas sekaligus mengamalkan budaya ‘work-life balance’.

Asma dalam ucapannya turut menyuarakan hasrat untuk melihat warga kampus membudayakan gaya hidup sihat seterusnya mewujudkan  rasa lebih gembira dan lebih produktif dalam kalangan staf.

“Kesihatan yang baik akan menaikkan happiness index warga kampus dan ia sekaligus akan dapat menyumbang kepada peningkatan produktiviti dan prestasi kerja staf serta peningkatan motivasi pelajar dalam aspek pembelajaran.

(3)

5/25/2018 USM News Portal - WARGA KAMPUS MERIAHKAN PELANCARAN #USMFIT

https://news.usm.my/index.php/berita-mutakhir/5768-warga-kampus-meriahkan-pelancaran-usmfit 3/7

“Selain itu, sukan juga mampu menyatupadukan warga USM, dan pastinya menjadi hasrat dan aspirasi pihak universiti untuk melihat warganya datang bersama sebagai satu keluarga besar yang bersatu hati mengambil bahagian dalam acara-acara sukan yang dipertandingkan,” kata Asma lagi, merujuk kepada Sukan Antara Jabatan (SUKJAP) Empat Penjuru yang melibatkan kempat-empat kampus USM yang sedang berlangsung.

(4)

5/25/2018 USM News Portal - WARGA KAMPUS MERIAHKAN PELANCARAN #USMFIT

https://news.usm.my/index.php/berita-mutakhir/5768-warga-kampus-meriahkan-pelancaran-usmfit 4/7

Sementara itu, Pengarah IPPT merangkap Pengerusi Program #USMFIT USM, Dr. Norehan Mokhtar berkata, beliau amat gembira kerana Program #USMFIT yang merupakan program flagship USM telah mendapat sokongan penuh dari semua pihak terutamanya Pengurusan Tertinggi Universiti, seperti yang dapat dilihat dari pelbagai inisiatif aktiviti fizikal dan sukan yang dilaksanakan secara berterusan oleh pihak Pusat Tanggungjawab.

“Selain menggalakkan setiap warga USM untuk memperkasakan diri dalam penjagaan kesihatan diri dan keluarga melalui aktiviti fizikal dan bersukan serta pemakanan sihat, amalan ini juga dapat mengurangkan risiko mendapat penyakit kronik, sekaligus mengurangkan kos perbelanjaan perubatan dan menjadikan warga USM lebih produktif,” katanya.

(5)

5/25/2018 USM News Portal - WARGA KAMPUS MERIAHKAN PELANCARAN #USMFIT

https://news.usm.my/index.php/berita-mutakhir/5768-warga-kampus-meriahkan-pelancaran-usmfit 5/7

Pada majlis tersebut juga, Naib Canselor menyampaikan watikah pelantikan kepada 21 Ketua Zon dari ketiga-tiga kampus untuk program #USMFIT.

Pengurusan tertinggi Universiti turut menyertai warga USM dalam pelbagai acara sukan dan rekreasi yang disediakan selepas majlis pelancaran program #USMFIT itu.

Antara yang mencuri perhatian adalah sesi memanaskan badan iaitu zumba dan tai chi;

senaman street work-out; acara tarik tali antara Ketua Jabatan dan Setiausaha selain cabaran untuk warga kampus menyertai permainan sukaneka seperti sepak bola ke gawang, woodball, hoki, bola jaring, petanque, sepak takraw dan sebagainya.

(6)

5/25/2018 USM News Portal - WARGA KAMPUS MERIAHKAN PELANCARAN #USMFIT

https://news.usm.my/index.php/berita-mutakhir/5768-warga-kampus-meriahkan-pelancaran-usmfit 6/7

Antara yang turut hadir ialah suami Naib Canselor, Profesor Dato’ Dr. Ahmad Zakaria; Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa, Profesor Dr. Ahmad Farhan Mohd Sadullah; Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pembangunan Pelajar dan Alumni, Profesor Dato’ Dr. Adnan Hussein; Pengarah Kampus Kejuruteraan merangkap Pengerusi Jawatankuasa Majlis Pelancaran Program #USMFIT di Kampus Induk dan Kejuruteraan, Profesor Dr. Nor Azazi Zakaria; Pendaftar Dr. Musa Ali; Pengarah Pusat Sukan dan Rekreasi, Muhamad Mohd Hanif; pegawai-pegawai utama universiti dan ketua-ketua jabatan.  

Teks: Marziana Mohamed Alias & Tan Ewe Hoe

Share This

Pusat Media dan Perhubungan Awam / Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800 USM, Pulau Pinang Malaysia Tel : +604-653 3888 | Fax : +604-658 9666 | Email : pro@usm.my (mailto:pro@usm.my)

(7)

5/25/2018 USM News Portal - WARGA KAMPUS MERIAHKAN PELANCARAN #USMFIT

https://news.usm.my/index.php/berita-mutakhir/5768-warga-kampus-meriahkan-pelancaran-usmfit 7/7 Laman Web Rasmi / Official Website : Universiti Sains Malaysia (http://www.usm.my)

Client Feedback / Comments (http://web.usm.my/smbp/maklumbalas.asp) | USM News Portal. Hakcipta Terpelihara USM 2015

Rujukan

DOKUMEN BERKAITAN

USM, KUBANG KERIAN, 22 Disember 2016 - "Warga Universiti Sains Malaysia (USM) dan orang ramai diseru untuk menyumbang kepada tabung kemanusiaan Rohingya bagi meringankan

USM, PULAU PINANG, 14 Disember 2016 - Seramai 160 orang pesara menerima Anugerah Jasamu Dikenang di atas perkhidmatan cemerlang yang telah disumbangkan sepanjang

Chew Hun Tiong atlet program warga sukan USM juga menepati ramalan dalam acara Kumite Karate untuk hari ketiga Karnival MASUM Fasa 2 apabila berjaya mendapat emas keempat

Adalah penting untuk universiti memenuhi sasaran menghasilkan bakat yang relevan dengan keperluan negara dan senario global masa hadapan, menyediakan program

Rekabentuk kampus baharu di Minden yang diubahsuai akan mempastikan pergerakan (mobiliti) yang licin untuk para pelajar dan staf di dalam kampus, termasuk mempastikan kawasan

Pihak pengurusan Universiti perlu mengambil langkah pro- aktif menyediakan kemudahan ruang niaga yang sesuai untuk disewakan kepada para pelajar atau kumpulan pelajar

Program ini juga dijalankan dengan tujuan untuk menggalakkan seluruh warga kampus memakai tag nama yang selaras dan seragam selain dapat membawa nama UiTM Cawangan

Faktor utama berlakunya kesalahan parkir di tempat larangan ini berpunca daripada warga kampus yang ingin menguruskan sesuatu hal sebentar di sesuatu tempat tetapi pada waktu yang