• Tiada Hasil Ditemukan

BA JET 2016: MASIH ADA RUANG UNTUK PENAMBAHBAIKAN – AHLI AKDEMIK USM

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Share "BA JET 2016: MASIH ADA RUANG UNTUK PENAMBAHBAIKAN – AHLI AKDEMIK USM"

Copied!
2
0
0

Tekspenuh

(1)

DSC8035fh

PULAU PINANG, 3 Nov. 2015 – Pembentangan bajet oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini telah mendapat pelbagai reaksi masyarakat, termasuk daripada pakar-pakar ekonomi dan ahli akademik institusi pengajian tinggi negara.

Akademia Universiti Sains Malaysia (USM) yang berkepakaran luas dalam bidang ekonomi sektor awam, Profesor Suresh Narayanan berpendapat, masih banyak ruang untuk penambahbaikan masa hadapan khususnya dalam isu-isu penting yang disifatkan mencabar ekonomi negara.

Beliau berkata, antara yang perlu diberi perhatian lebih terperinci adalah dalam menangani kelemahan ringgit yang menjejaskan eksport negara (kerana kandungan import yang tinggi) dan menjejaskan kuasa beli rakyat.

“Saya juga melihat tiada langkah untuk menangani kelembapan sektor pembuatan yang masih terperangkap dalam aktiviti tambah nilai yang rendah dan tindakan terhadap isu pembaziran dan rasuah,’’ katanya.

Pun begtu katanya, berkemungkinan besar perkara-yang dinyatakan tidak diberi perhatian khusus disebabkan tumpuan pemimpin negara kini lebih menjurus kepada beberapa isu hangat yang memberi kesan langsung kepada masyarakat.

Katanya, rakyat kini terbeban dengan kenaikan kos sara hidup dan perasaan tak puas hati terhadap pengimplimentasian cukai barangan dan perkhidmatan (GST).

“Daripada perspektif ini, bajet 2016 telah mengambil beberapa tindakan simbolik untuk mengurangkan beban rakyat seperti menambahkan bayaran BRIM, menaikkan pelepasan kepada pembayar cukai pendapatan dan sebagainya.

“Ini semua adalah langkah-langkah jangka pendek yang mungkin beri kesan baik serta-merta kepada rakyat, tetapi tidak berkesan untuk menatasi masalah asas yang dialami oleh ekonomi kita,’’ ujarnya.

Beliau turut bersetuju dengan pemberian status ‘kadar sifar” kepada banyak lagi jenis ubat-ubatan dan berpendapat ia akan dapat mengurangkan beban rakyat terhadap GST.

(https://news.usm.my) Berita Mutakhir

search...

BA JET 2016: MASIH ADA RUANG UNTUK PENAMBAHBAIKAN – AHLI AKDEMIK USM

03 NOV

(2)

Mengulas berhubung kesan kepada USM dalam pengurangan peruntukan tahunannya, beliau berkata, perkara itu akan menggalakkan semua pihak untuk mengkaji semula bagaimana wang dibelanjakan dengan objektif mengurangkan pembaziran.

“Jika penilaian semula ini berlaku, ini boleh dianggap sebagai satu perkara yang cukup baik. Sebagai contoh, peruntukan untuk penyelidikan dan biasiswa adalah baik.

“Tetapi adakah peruntukan untuk perkara ini dibelanjakan dengan bijak? Mungkin ada wang yang dibelanjakan untuk projek-projek yang tidak membawa sebarang hasil atau faedah,’’ katanya yang juga pakar dalam bidang ekonomi buruh dan pembangunan.

Suresh juga berkata, jika pemotongan peruntukan berkenaan memaksa semua universiti awam untuk meminimumkan pembaziran perbelanjaan, ia dianggap sebagai satu langkah yang tepat dan perkembangan itu bukan sebagai satu perkara yang negatif.

Teks: Marziana Mohamed Alias

Share This

Pusat Media dan Perhubungan Awam / Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800 USM, Pulau Pinang Malaysia Tel : +604-653 3888 | Fax : +604-658 9666 | Email : pro@usm.my (mailto:pro@usm.my)

Laman Web Rasmi / Official Website : Universiti Sains Malaysia (http://www.usm.my)

Client Feedback / Comments (http://web.usm.my/smbp/maklumbalas.asp) | USM News Portal. Hakcipta Terpelihara USM 2015

Rujukan

DOKUMEN BERKAITAN

USM, PULAU PINANG, 26 April 2016 – Sejajar usaha Universiti Sains Malaysia (USM) dalam merealisasikan Universiti Global melalui Penerbitan Penyelidikan Universiti

USM, PULAU PINANG, 28 Ogos 2016 - Lebih 3,600 pelajar baharu meraikan detik manis bergelar warga Universiti Malaysia Sains (USM) apabila mendaftar untuk sesi kemasukan 2016/2017

PULAU PINANG, 21 Disember 2016 – Mantan ahli-ahli Lembaga Gabenor Universiti (LGU) Universiti Sains Malaysia (USM) yang telah tamat perkhidmatan pada tahun 2016

USM, PULAU PINANG, 8 Mac 2016 - Penyertaan masih dibuka kepada pasukan-pasukan yang berminat untuk menyertai Kejohanan Pesta Bola Jaring USM Penang International ke-25 yang

USM, PULAU PINANG, 7 September 2016 - Pusat Pemindahan Ilmu Universiti Sains Malaysia (USM) menyediakan Dewan Seminar dengan kadar sewaan yang kompetitif untuk

USM, PULAU PINANG, 12 Mei 2016 – Keazaman untuk membantu keluarga serta status Universiti Sains Malaysia (USM) menjadi pendorong kepada pelajar Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia

USM, PULAU PINANG, 28 Ogos 2016 - Universiti Sains Malaysia (USM) dalam rangka untuk melahirkan pelajar yang mempunyai pemikiran global (global mindset) dalam meningkat nilai

USM PULAU PINANG, 12 Oktober 2016 – Untuk pertama kalinya, pemilihan ahli-ahli Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Sains Malaysia (USM) Sidang 2016/2017 akan menggunakan