• Tiada Hasil Ditemukan

HMT 507 – Isu Semasa Bahasa Melayu

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Share "HMT 507 – Isu Semasa Bahasa Melayu "

Copied!
4
0
0

Tekspenuh

(1)

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

Peperiksaan Semester Kedua Sidang Akademik 2003/2004

Februari/Mac 2004

HMT 507 – Isu Semasa Bahasa Melayu

Masa : 3 jam

Sila pastikan bahawa kertas peperiksaan ini mengandungi LAPAN soalan di dalam EMPAT muka surat yang bercetak sebelum anda memulakan peperiksaan ini.

Kertas soalan ini mempunyai 3 Bahagian: A, B dan C.

Jawab LIMA soalan sahaja.

Jawab satu soalan daripada setiap bahagian dan DUA soalan lagi daripada mana-mana bahagian.

Setiap soalan memberi nilai markah yang sama.

…2/-

(2)

- 2 - [HMT 507]

Bahagian A

1. Jawab mana-mana DUA soalan daripada tajuk-tajuk yang diberi di bawah:

[a] Terangkan mengapa ada disebut bahawa bahasa Melayu mempunyai DUA sistem morfofonemik.

[b] Apakah ada isu-isu utama dalam sebutan bahasa Melayu?

[c] Mantapkah proses morfologi bahasa Melayu?

[d] Apakah pandangan anda tentang pendapat bahawa ayat-ayat simpleks bahasa Melayu terdiri daripada “subjek dan predikat”?

[20 markah]

2. Dalam Tatabahasa Dewan Jilid I (1989), dinyatakan bahawa dalam bahasa Melayu terdapat empat pola ayat-ayat dasar. Apakah isu-isu yang timbul daripada pernyataaan tersebut?

[20 markah]

3. Jawab DUA soalan sahaja daripada [a], [b] dan [c].

[a] Kata kerja ada dapat berfungsi dalam berbagai-bagai ayat.

Mengapakah ia dianggap sebagai isu sintaksis dan morfologi?

[b] Bilangan kelas kata bahasa Melayu berbeza-beza mengikut ahli bahasa yang berbeza sehingga kewujudan 'adverba' pun masih dipertikaikan. Dalam bahasa Melayu apakah antara isu-isu yang utama pengkelasan kata bahasa Melayu?

[c] Apakah pendapat anda tentang morfem -kan dan -i sebagai penanda kausatif dalam bahasa Melayu terutamanya apabila berhadapan dengan bentuk-bentuk seperti

memperolehi/memperoleh, mempengerusi(i)/mempengerusikan, mempertinggikan/mempertinggi, mengandung/mengandungi?

[20 markah]

…3/-

(3)

- 3 - [HMT 507]

Bahagian B

Jawab [a] hingga [c].

4. Bahasa Melayu telah melalui satu evolusi hasil daripada penggunaannya dalam dunia siber atau internet dan dalam Pesanan Ringkas (Short Message Service atau secara ringkasnya SMS) dalam telefon bimbit.

[a] Terangkan ciri-ciri bahasa ‘chatting’ dan bahasa SMS.

[5 markah]

[b] Apakah perbezaan dan persamaan kedua-dua bahasa dalam media di atas? Bentuk satu ciri umum bahasa Melayu dalam bidang maklumat, komunikasi dan teknologi (ICT).

[10 markah]

[c] Pada pendapat anda, adakah penggunaan bahasa dalam kedua-dua media di atas akan mempengaruhi hala tuju bahasa Melayu pada masa hadapan?

[5 markah]

Jawab [a] hingga [c].

5. Sila teliti istilah di bawah dan jawab soalan-soalan yang disediakan:

divert call server code call waiting welcome note deactivated reload undo surfing cache

[a] Terjemahkan ayat-ayat di bawah ke dalam bahasa Melayu dengan menghadkan jumlah huruf dalam bahasa sumber (Bahasa Inggeris).

[5 markah]

[b] Kenal pasti dan huraikan masalah-masalah yang anda hadapi dalam proses di atas dan apakah langkah-langkah yang anda ambil untuk menyelesaikan masalah-masalah tersebut?

[10 markah]

[c] Apakah pendapat anda tentang masa depan bahasa Melayu dalam bidang telekomunikasi?

[ 5 markah]

…4/-

(4)

- 4 - [HMT 507]

Bahagian C

6. Senaraikan berserta contoh-contoh penyelidikan yang lazim di jalankan dalam bidang Patologi Bahasa Pertuturan di Malaysia. Apakah perbezaan dan persamaan (sekiranya ada) antara penyelidikan yang dijalankan dalam bidang Patologi Bahasa Pertuturan di luar negara dengan di Malaysia?

[20 markah]

Jawab [a] DAN [b].

7. Terdapat pendapat yang menyatakan bahawa kemahiran membaca berdasarkan huruf menimbulkan masalah dan melambatkan proses penguasaan kemahiran membaca di kalangan kanak-kanak.

Perhatikan pernyataan di bawah:

‘...proses membunyikan abjad-abjad dan mengaitkan bunyi-bunyi abjad dengan bunyi output suku kata itu adalah tidak berkaitan dan merupakan dua bentuk strata bunyi (input dan output) yang berbeza di antara satu sama lain.’

Tajul Aripin et. al (2003)

[a] Berdasarkan masalah-masalah yang anda kenal pasti, jelaskan mengapa kemahiran membaca berdasarkan huruf itu menimbulkan masalah terhadap proses penguasaan kemahiran membaca kanak-kanak?

[10 markah]

[b] Dengan menyatakan satu kaedah yang sesuai, huraikan cara- cara dan langkah-langkah mengatasi permasalahan di atas.

[10 markah]

Jawab [a] DAN [b].

8. Berdasarkan perspektif fonologi, huraikan permasalahan yang timbul bagi pernyataan-pernyataan di bawah.

a) Status hentian glotis dalam bahasa Melayu.

[10 markah]

b) Proses asimilasi pada sempadan imbuhan awalan dan sempadan imbuhan akhiran.

[10 markah]

- ooo 0 ooo -

Rujukan

DOKUMEN BERKAITAN

Pihak perunding perhubungan awam pula didapati lebih selesa menggunakan bahasa Inggeris dalam penulisan bahan perhubungan media bagi pihak klien mereka iaitu sebanyak 54

Mendapat sekurang-kurangnya Gred B pada peringkat SPM dalam lima (5) matapelajaran termasuk matapelajaran Bahasa Inggeris dan Bahasa

Ia disyaki bahasa Melayu dengan mengunjurkan mutu rendah pada profesor kita adalah kerana bahasa Melayu yang digunakan sebagai bahasa ilmu tinggi. Unjuran ini dibuat berdasarkan

Berdasarkan kedua-dua data ini, bincangkan zaman bahasa Melayu ini digunakan, pengaruh luar yang mempengaruhi bahasa Melayu pada waktu itu, jenis bahasa Melayu yang digunakan, jenis

Berdasarkan sistem bacaan huruf dan sistem bacaan fonik yang digunakan pada peringkat prasekolah di Malaysia, bincangkan masalah yang timbul dalam usaha menangani

Maka suatu hari bahasa Melayu SMS ini akan menjadi dominan, malah mengatasi bahasa rojak yang masih menggunakan campuran penuh tata- bahasa Melayu-Inggeris. Bahasa Melayu

Penjodoh bilangan merupakan salah satu golongan kata yang umum terdapat dalam bahasa Cina dan juga bahasa Melayu walaupun kedua-dua bahasa ini berasal daripada rumpun bahasa

Poster propaganda dalam bahasa Melayu di atas telah dipaparkan pada muka depan majalah Semangat Asia bilangan 1 pada bulan Januari 1943. Pelukis poster ini telah