• Tiada Hasil Ditemukan

DOKUMEN SEBUT HARGA

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Share " DOKUMEN SEBUT HARGA "

Copied!
23
0
0

Tekspenuh

(1)

DOKUMEN SEBUT HARGA

TARIKH BUKA : 7 DISEMBER 2018 (JUMAAT)

TARIKH TUTUP : 19 DISEMBER 2018 (RABU 12:00 TENGAHARI)

PEJABAT DAERAH DAN TANAH KLANG

Tajuk Sebut Harga :

SEBUTHARGA MEMBEKAL, MENGHANTAR, MEMASANG, MENGUJI DAN MENTAULIAH PERALATAN AUDIO CONFERENCE SYSTEM DI PEJABAT DAERAH/TANAH

KLANG

PEJABAT DAERAH / TANAH KLANG, JALAN KOTA,

41902 KLANG, SELANGOR DARUL EHSAN NO SEBUT HARGA: PDTK / KP / 01 / 2019

Kontraktor :

(Cop kontraktor)

BAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSAN

ARAS 1, PEJABAT DAERAH/ TANAH KLANG JALAN KOTA

41902 KLANG

www.selangor.gov.my/klang

(2)
(3)

(Kew.284-Pin. 2/94) LAMPIRAN Q Bila menjawab, sila nyatakan Nombor ini No. Sebut Harga : PDTK/KP/01/2019

KERAJAAN MALAYSIA

(ARAHAN PERBENDAHARAAN 170)

NEGERI SELANGOR

SEBUT HARGA UNTUK BEKALAN BARANG-BARANG/PERKHIDMATAN

Kepada (Nama Syarikat) Pelawaan Sebut harga dikeluarkan oleh Jabatan (Alamat Lengkap)

Bahagian Khidmat Pengurusan Pejabat Daerah/Tanah Klang Jalan Kota

41902 Klang

Selangor Darul Ehsan No. Telefon:

No. Pendaftaran dengan Kementerian Kewangan :

No. Telefon: 03- 33711963 Kod Bidang Pendaftaran yang relevan dengan Tarikh : 07 Disember 2018 pembelian ini

1. Sila beri sebut harga untuk bekalan barang-barang/perkhidmatan yang disenaraikan di bawah tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan:

1.1 Syarat Penyerahan/Penyempurnaan Akan dinyatakan dalam surat tawaran.

1.2 Tempoh Penyerahan/Penyempurnaan dikehendaki Akan dinyatakan dalam surat tawaran.

1.3 Alamat Pengiriman:

Pejabat Daerah/Tanah Klang, Bahagian Khidmat Pengurusan, Jalan Kota, 41902 Klang, Selangor

1.4 Sebut harga hendaklah dimasukkan ke dalam suatu sampul surat berlakri dan Bertanda : No. Sebut harga : PDTK/KP/01/2019

1.5 Sebut harga hendaklah dimasukkan ke dalam peti tawaran yang berkenaan di alamat di atas tidak lewat pada jam 5.00 petang 19 Disember 2018 1.6 Tempoh sah laku sebut harga hendaklah 90 hari selepas tarikh tutup.

Tarikh : ……….. Tandatangan : ………

Nama Pegawai

: ………

Jawatan : ………..

(4)

Bil Perihal bekalan/ perkhidmatan dan Syarat-Syarat Khas

Unit/

Kuantiti

Kadar Seunit (RM)

Jumlah Harga (RM)

Untuk Diisi Oleh Jabatan Untuk diisi Oleh Penyebutharga TAJUK: SEBUT HARGA MEMBEKAL, MENGHANTAR, MEMASANG, MENGUJI DAN MENTAULIAH PERALATAN AUDIO CONFERENCE SYSTEM DI PEJABAT DAERAH/TANAH KLANG

1 Central Control Unit 1 Unit

2 Chairman long Device 1 Unit

3 Delegate long Device 41 Unit

4 Extension Cable Assembly complete

with connector 1 Roll

5 Cable Security Clamp 42 Pcs

6 Kerja kerja Pemasangan Conference

Microfon 1 Lot

*Sila sertakan dokumen seperti yang dinyatakan dalam Senarai Semak Sebut harga

JUMLAH (RM)

(i) Harga yang ditawarkan adalah harga bersih.

(ii) Tempoh Penyerahan/Penyempurnaan adalah Dua (2) minggu setelah pesanan kerajaan dikeluarkan.

Saya/Kami dengan ini menawar untuk membekalkan barang-barang/perkhidmatan di atas dengan harga dan syarat-syarat yang ditunjukkan di atas dengan tertakluk kepada syarat- syarat di atas dan di belakang ini.

Tarikh : ………... Tandatangan

Penyebut harga : ...

Nama dan K/P : ...

Alamat Syarikat : ...

...

...

(5)

SYARAT-SYARAT AM

Tertakluk kepada apa-apa syarat khas yang ditetapkan di tempat lain dalam pelawaan ini, syarat-syarat am yang berikut hendaklah dipakai, melainkan setakat mana syarat- syarat am itu ditolak atau diubah dengan khususnya oleh penyebut harga.

1. KEADAAN BARANG/PERKHIDMATAN

Semua barang hendaklah tulen, baru dan belum digunakan dan dapat berfungsi dengan baik.

2. HARGA

Harga yang ditawarkan hendaklah harga bersih termasuk semua diskaun dan kos tambahan yang berkaitan.

3. SEBUT HARGA SEBAHAGIAN

Sebut harga boleh ditawarkan bagi semua bilangan item atau sebahagian bilangan item.

4. BARANG-BARANG SETARA

Sebut harga boleh ditawarkan bagi barang-barang setara yang sesuai dengan syarat butir-butir penuh diberi.

5. PENYETUJUAN

(i) Kerajaan Negeri tidak terikat untuk menyetujui terima sebut harga yang terendah atau mana-mana sebut harga;

(ii) Tiap-tiap satu butiran akan ditimbangkan sebagai suatu sebut harga yang berasingan.

6. PEMERIKSAAN

(i) Kerajaan adalah sentiasa berhak menghendaki barang- barang/perkhidmatan itu diperiksa atau diuji oleh seseorang pegawai yang dilantik olehnya dalam masa pembuatan atau pada bila-bila masa lain sebelum penyerahan;

(ii) Penyebut harga hendaklah memberi kemudahan pemeriksaan atau pengujian apabila dikehendaki.

7. PERAKUAN MENYATAKAN PENENTUAN TELAH DIPATUHI

Penyebut harga dikehendaki memperakui bahawa Barang-barang yang dibekalkan oleh Perkhidmatan mereka adalah mengikut penentuan atau piawai (jika ada) yang dinyatakan di dalam pelawaan ini.

8. PENOLAKAN

(i) Barang-barang/perkhidmatan yang rendah mutunya atau yang berlainan daripada barang-barang yang telah dipersetujui sebut harganya boleh ditolak.

(ii) Apabila diminta penyebut harga hendaklah menyebabkan barang- barang/perkhidmatan yang ditolak itu dipindahkan atas tanggungan dan perbelanjaannya sendiri, dan ia hendaklah membayar balik kepada

(6)

Kerajaan segala perbelanjaan yang telah dilakukan mengenai barang- barang yang ditolak itu.

(iii) Fasal kecil (I) dan (ii) di atas ini tidaklah memudaratkan apa-apa hak Kerajaan untuk mendapatkan ganti rugi kerana kemungkiran kontrak.

9. PENGIKLANAN

Tiada apa-apa iklan mengenai persetujuan terhadap mana-mana sebut harga boleh disiarkan dalam mana-mana akhbar, majalah, atau lain-lain saluran iklan tanpa kelulusan Pegawai Kewangan Negeri terlebih dahulu.

10. TAFSIRAN

Sebut harga ini dan apa-apa kontrak yang timbul daripadanya hendaklah diertikan mengikut dan dikawal oleh undang-undang Malaysia dan penyebut harga bersetuju tertakluk hanya kepada bidang kuasa Mahkamah Malaysia sahaja dalam apa-apa pertikaian atau perselisihan jua pun yang mungkin timbul mengenai sebut harga ini atau apa-apa kontrak yang timbul daripadanya.

11. INSURAN

Tiada apa-apa insurans atas barang-barang/perkhidmatan dalam perjalanan daripada negeri pembekal atau dalam Malaysia dikehendaki dimasukkan ke dalam sebut harga.

BARANG-BARANG EK-STOK ATAU KELUARAN MALAYSIA 12. CUKAI

Harga yang ditawarkan adalah diertikan sebagai termasuk cukai jika berkenaan.

13. PEMBUNGKUSAN

(i) Harga yang ditawarkan adalah diertikan sebagai termasuk belanja bungkusan dan belanja pembungkusan.

(ii) Apa-apa kerugian atau kerosakan akibat bungkusan atau pembungkusan yang tidak mencukupi atau yang cacat hendaklah diganti oleh penjual.

14. PENGENALAN

Nama pembuat, jenama, nombor perniagaan atau nombor katalog dan negeri tempat asal

Barang-barang/perkhidmatan itu jika berkenaan hendaklah ditunjukkan.

BARANG-BARANG DIPESAN DARI LUAR MALAYSIA 15. CUKAI

Harga tawaran hendaklah diertikan sebagai termasuk semua cukai, unsur-unsur cukai adalah dikehendaki ditunjukkan berasingan.

16. MATAWANG

Sebut harga hendaklah dinyatakan dalam Ringgit Malaysia (RM).

(7)

ARAHAN KEPADA PENYEBUT HARGA

1. PERIHAL SEBUT HARGA

Sebut harga ini adalah bagi perkhidmatan ‘Pembekalan, Pemasangan, Pengujian dan Pentauliahan Peralatan “Conference System” di Pejabat Daerah / Tanah Klang

2. HAK KERAJAAN UNTUK MENERIMA/ MENOLAK SEBUT HARGA

Kerajaan adalah tidak terikat untuk menerima sebut harga yang terendah/tertinggi atau mana-mana sebut harga atau memberi apa-apa sebab di atas penolakan sesuatu sebut harga. Keputusan Jawatankuasa Sebut Harga adalah muktamad.

3. CARA-CARA MELENGKAPKAN DOKUMEN SEBUT HARGA Penyediaan Sebut Harga

3.1 Penyebut harga hendaklah membaca arahan-arahan dan syarat-syarat dalam dokumen sebut harga serta menyemak kandungan dokumen sebut harga dengan teliti sebelum mengisi borang-borang sebut harga. Satu resit pembelian sebut harga hanya dibenarkan bagi satu dokumen sebut harga sahaja dan setiap syarikat yang menyertai hanya boleh mengemukakan satu dokumen sebut harga dengan satu tawaran harga sahaja. Sekiranya terdapat lebih daripada satu dokumen sebut harga dikemukakan maka hanya dokumen yang terawal dibuka oleh Jawatankuasa Pembuka Peti Sebut Harga diterima untuk penilaian selanjutnya. Penyebut Harga diminta mengemukakan hanya satu tawaran harga sebut harga sahaja.

3.2 Borang sebut harga hendaklah diisi dengan lengkap dan jelas

mengikut ruangan-ruangan yang disediakan. Borang-borang tersebut hendaklah seboleh-bolehnya ditaip. Jika ditulis tangan, tulisan hendaklah jelas dan boleh dibaca.

4. BORANG MAKLUMAT DIRI PEMILIK SYARIKAT

Penyebut Harga adalah dikehendaki mengisi dan menandatangani borang ini. Sekiranya borang ini tidak diisi dan ditandatangani tawaran penyebut harga menjadi tidak sah dan dengan sendirinya tertolak.

5. BORANG SEBUT HARGA LAMPIRAN Q

Borang ini perlu ditandatangani dan dicop oleh pemilik syarikat sebagai penyebut harga. Borang yang tidak bertandatangan dan bercop adalah tidak sah dan akan ditolak.

6. PEMBETULAN DAN PINDAAN KESILAPAN

6.1 Semua pembetulan/pindaan ke atas kesilapan-kesilapan yang dibuat terutamanya dalam Jadual Harga hendaklah ditandatangani ringkas oleh orang yang menandatangani dokumen sebut harga serta dicopkan dengan cop penyebut harga (syarikat). Tandatangan ringkas ini hendaklah dibuat

(8)

setentang dengan kesilapan yang dibetulkan/dipinda. Pembetulan/pindaan hendaklah dibuat dengan jelas supaya mudah dibaca.

7. PENGHANTARAN DOKUMEN SEBUT HARGA

7.1 Penyebut Harga adalah dikehendaki mengembalikan dokumen sebut harga yang telah diisi dengan lengkap dan ditandatangani oleh pemilik syarikat. Senarai dokumen perlu dikembalikan iaitu :

7.1.1 Borang Maklumat Diri Pemilik Syarikat 7.1.2 Kedudukan Kewangan Pemilik Syarikat 7.1.3 Borang Sebut Harga Lampiran Q

7.1.4 Senarai Perkhidmatan Yang Sedang Dilaksanakan 7.1.5 Surat Akaun Pembida

7.1.6 Salinan Sijil Kementerian Kewangan dan Sijil Pendaftaran Syarikat.

7.1.7 Penyata Akaun Bank terkini Syarikat (3 bulan berturut-turut) bagi bulan September, Oktober dan November 2018 yang disahkan oleh bank.

7.1.8 Salinan profail syarikat yang lengkap yang menunjukkan pengalaman, jumlah pekerja dan kepakaran berkaitan dengan tawaran sebut harga.

8. PENYERAHAN DOKUMEN SEBUT HARGA

8.1 Dokumen sebut harga yang lengkap dengan perkara–perkara di 7.1 hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat berlakri dan Bertanda : No. Sebut harga PDTK / KP / 01 / 2019

8.2 Sebut Harga yang dihantar dengan tangan hendaklah dimasukkan sendiri oleh penyebut harga ke dalam peti sebut harga yang disediakan di

Bahagian Khidmat Pengurusan,

Tingkat 1, Pejabat Daerah / Tanah Klang, Jalan Kota 41902 Klang

SELANGOR

pada waktu pejabat tidak lewat daripada tarikh dan masa yang telah ditetapkan.

Sebut harga yang lewat tidak akan diterima.

9. PENJELASAN LANJUT

Sekiranya terdapat maklumat dalam Dokumen Sebut Harga yang tidak jelas atau bercanggah, Penyebut Harga boleh menghubungi Pegawai Inden untuk penjelasan lanjut.

10. PERINGATAN MENGENAI RASUAH

Selaras dengan usaha kerajaan untuk mencegah dan membendung erlakuan rasuah, berikut disenaraikan peringatan mengenai kesalahan rasuah :

10.1 Sebarang perbuatan atau percubaan rasuah untuk menawar atau memberi, meminta atau menerima apa-apa suapan secara rasuah kepada dan daripada mana-mana orang berkaitan perolehan ini merupakan suatu

(9)

kesalahan jenayah di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694).

10.2 Sekiranya mana-mana pihak ada menawar atau memberi apa-apa suapan kepada mana-mana anggota perkhidmatan awam, maka pihak yang ditawar atau diberi suapan dikehendaki membuat aduan dengan segera ke pejabat Badan Pencegah Rasuah atau balai polis yang berhampiran. Kegagalan berbuat demikian adalah merupakan suatu kesalahan di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694).

10.3 Tanpa prejudis kepada tindakan-tindakan lain, tindakan tatatertib terhadap anggota perkhidmatan awam dan menyenaraihitamkan kontraktor atau pembekal boleh diambil sekiranya pihak-pihak terlibat dengan kesalahan rasuah di bawah Akta Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694).

10.4 Mana-mana kontraktor atau pembekal yang membuat tuntutan bayaran berkaitan perolehan ini walaupun tiada kerja dibuat atau tiada barangan dibekal mengikut spesifikasi yang ditetapkan atau tiada perkhidmatan diberi dan mana-mana anggota perkhidmatan awam yang mengesahkan tuntutan berkenaan adalah melakukan kesalahan di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694).

11. PELAKSANAAN INTEGRITI PACT

11.1 Kesemua penyebut harga yang menghantar dokumen sebut harga hendaklah menandatangani Surat Akuan Pembida bahawa ia tidak akan menawar atau memberi rasuah sebagai sogokan untuk mendapatkan kontrak.

PTJ hendaklah memastikan Surat Akuan Pembida juga dijadikan sebagai dokumen wajib yang perlu disertakan bersama dokumen tawaran penyebut harga. Surat Akuan Pembida dan Surat Perwakilan Kuasa adalah dokumen wajib yang perlu disertakan bersama dokumen tawaran penyebut harga.

11.2 Penyebut harga yang berjaya menandatangani Surat Akuan Pembida Berjaya bahawa ia tidak akan memberi rasuah sebagai ganjaran kerana mendapatkan kontrak. PTJ hendaklah memastikan Surat Akuan Pembida Berjaya juga dijadikan sebagai dokumen wajib yang perlu disertakan bersama Surat Setuju Terima/Pesanan Tempatan.

12. TEMPOH SAH SEBUT HARGA

Sebut harga ini sah selama sembilan puluh (90) hari dari tarikh tutup sebut harga.

Penyebut harga tidak boleh menarik balik sebut harganya sebelum tamat tempoh sah sebut harga. Tindakan akan diambil sekiranya penyebut harga menarik balik sebut harganya sebelum tamat tempoh sah sebut harga.

(10)

SYARAT-SYARAT SEBUTHARGA

1. TEKNIKAL DAN RUJUKAN

Berdasarkan kepada maklumat yang dibekalkan, penyebutharga dikehendaki menyerahkan satu (1) set dokumen asal yang lengkap mengikut turutan seperti di bawah dan dibahagikan antara satu perkara dengan satu perkara menggunakan kertas berwarna (separator) di dalam satu (1) sampul berlakri:

1. **Borang Sebutharga (Lampiran Q) 2. **Jadual Spesifikasi Teknikal 3. **Surat Akuan Penyebutharga 4. **Pengalaman Pembekal 5. **Profil Penyebutharga 6. **Keterangan Kerja

7. **Surat pengesahan lantikan dan jaminan daripada prinsipal 8. **Bukti pengesahan pendaftaran dengan UPEN

9. **Salinan Sijil Pendaftaran Syarikat dan Kementerian Kewangan (MOF) beserta kod bidang

10. **Penyata Bank 3 Bulan Terakhir (September, Oktober dan November 2018) yang disahkan oleh bank

** : WAJIB diisi dan disertakan oleh penyebutharga. Kegagalan berbuat demikian boleh menyebabkan sebutharga DITOLAK.

2. HAK-HAK KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Kerajaan Negeri Selangor tidak akan terikat untuk menerima sebarang Sebutharga yang terendah dan tidak terikat untuk memberi sebarang sebab atas penolakan tersebut. Kerajaan Negeri Selangor juga mempunyai hak untuk menerima semua tawaran seperti yang terdapat dalam keseluruhan 'schedule' kombinasi kepada 'schedule' atau beberapa item mengikut budi bicaranya sendiri dan juga akan memesan kuantiti yang lebih besar atau lebih kecil jika diperlukan, kecuali harta tertentu yang telah dinyatakan/ditentukan oleh penyebutharga.

3. JADUAL PEMBAYARAN

Pembayaran akan dibuat kepada penyebutharga selepas kerja-kerja pemasangan selesai mengikut tempoh masa yang ditetapkan oleh Pejabat Daerah/Tanah Klang.

4. DENDA LEWAT BEKALAN DAN PERKHIDMATAN

(11)

Pembekal yang berjaya hendaklah menyempurnakan kerja-kerja dalam tempoh yang telah ditetapkan dalam borang sebutharga.

Jika penyebutharga yang berjaya, gagal membekal dan menghantar barang-barang atau perkhidmatan yang dipesan di dalam tempoh yang ditetapkan, maka denda sebanyak 0.5% daripada nilai barang atau perkhidmatan yang belum di bekal akan dikenakan bagi tiap-tiap minggu atau sebahagian minggu yang lewat di mana satu minggu bersamaan lima (5) hari bekerja.

5. LAIN-LAIN

Pihak Pejabat Daerah/Tanah Klang tidak akan tertakluk kepada kandungan kontrak yang disediakan dan boleh meminda mana-mana dokumen yang tidak akan memberikan kepentingan kepada Kerajaan Negeri Selangor.

6. RINGKASAN SEBUTHARGA

Ringkasan Sebutharga hendaklah menjadi sebahagian daripada Lampiran Q ini dan hendaklah menjadi asas Jumlah Tawaran Harga.

Harga-harga dalam Ringkasan Sebutharga hendaklah mengambil kira semua kos termasuk kos pengangkutan, cukai, bayaran dan caj-caj lain yang perlu dan berkaitan bagi menyiapkan kerja dengan sempurna.

Tiada sebarang tuntutan akan dilayan bagi pelarasan harga akibat daripada perubahan kos buruh, bahan-bahan dan semua duti dan cukai kerajaan samada dalam tempoh sah sebutharga atau dalam tempoh kontrak.

7. PEGAWAI YANG DIHUBUNGI

Sebarang maklumat tambahan dan pertanyaan lanjut, pegawai berikut boleh dihubungi :

a. Puan Siti Rohaya binti Mat Hasan Penolong Pegawai Teknologi Maklumat Bahagian Khidmat Pengurusan

rohayahasan@selangor.gov.my Tel : 03-3371 1963 samb.206 Faks : 03-3373 2766

b. Encik Mohd Helmi bin Mohd Yusof Penolong Jurutera

Bahagian Pembangunan helmiyusof@selangor.gov.my Tel : 03-3371 1963 samb.335 Faks : 03-3373 2766

(12)

JADUAL SPESIFIKASI TEKNIKAL

SEBUT HARGA MEMBEKAL, MENGHANTAR, MEMASANG, MENGUJI DAN MENTAULIAH PERALATAN AUDIO CONFERENCE SYSTEM DI PEJABAT DAERAH/TANAH KLANG

BIL KETERANGAN PEMATUHAN

(Y / T) CATATAN

DIGITAL CONFERENCE SYSTEM (sila nyatakan model yang dicadangkan)

1

CENTRAL CONTROL UNIT WITH ACOUSTIC FEEDBACK SUPPPRESOR.

The Control Unit (CURD) shall be the main component of the system. It shall have:

Simultaneous activation of loudspeaker and microphone for enabling face-to-face meeting feel.

 Able to Manage meeting Via IPAD device to control CCSD

Finger touch-buttons on the front panel for easy configuration and operation purposes.

Built in digital recorder up to 4000hrs.

Rack mountable on AV rack

Automatic camera control for delegate assignment.

 System control for up to 245 Discussion Devices.

 Supply DC power direct to all Discussion Devices connected to the system

 Web browser control – it shall be possible to use a web browser application to view and manage system settings.

 Selectable microphone mode button on the front panel of the CU.

i. Open mode

JADUAL 1

(13)

BIL KETERANGAN PEMATUHAN

(Y / T) CATATAN

ii. Override mode iii. Voice activation iv. Push to talk (PTT)

WARRANTY 3 YEARS

2

CHAIRMAN UNIT

The chairperson’s microphone shall be activated when the priority button is pressed and held in. All currently active participant microphones shall be muted, allowing the chairperson to take control of the meeting. A chime shall be sounded to announce that the chairperson is about to speak.

The device shall have the following features and benefits:

Simultaneous activation of loudspeaker and microphone on the device for enabling face-to-face meeting feel

 Plug-and-play functionality with CCSD-CURD.

Must be GSM immune, failing to this the equipment will be rejected.

Loudspeaker integrated into front of device.

 Active Volume level microphone is activated to prevent acoustic feedback from headphone to microphone.

 Must have connector with cable clamp.

 Configurable as a participant or chairperson’s device:

 Long fixed microphone with flexible stem 480mm.

 Built-in headphone socket with output level control.

(14)

BIL KETERANGAN PEMATUHAN

(Y / T) CATATAN

 Rotary thumbwheel on side of device for adjusting volume of connected headphones.

 Color-coded LED indicator above microphone button for showing the status of the device:

- White (‘Possible‑To‑Speak’)

- Green shall indicate that the participant has pressed the

microphone button and the request to speak has been added to the waiting list.

- Green flashing shall indicate that the participant is first in the waiting list, i.e. next in line to speak.

- Red shall indicate that the microphone is active.

WARRANTY 3 YEARS

3

DELEGATE UNIT

The Discussion Device shall enable participants to take part in a discussion by speaking into a microphone and listening to proceedings on a loudspeaker.

The device Must have the following features and benefits:

Simultaneous activation of loudspeaker and microphone on the device for enabling face-to-face meeting feel

 Plug-and-play functionality.

(15)

BIL KETERANGAN PEMATUHAN

(Y / T) CATATAN

Must be GSM immune, failing to this the equipment will be rejected.

 Automatic level reduction when microphone is activated to prevents acoustic feedback from headphone to microphone.

 Configurable as a participant or chairperson’s device:

 Long fixed microphone with flexible stem 480mm.

 Loudspeaker integrated into front of device.

 Built-in headphone socket with output level control.

 Rotary thumbwheel on side of device for adjusting volume of connected headphones.

 Color-coded LED indicator above microphone button for showing the status of the device:

- White (‘Possible‑To‑Speak’)

- Green shall indicate that the participant has pressed the

microphone button and the request to speak has been added to the waiting list.

WARRANTY 3 YEARS

(16)

BIL KETERANGAN PEMATUHAN

(Y / T) CATATAN

4

DCN INSTALLATION CABLE

The extension cable assembly shall consist of 100M of 6 mm (0.24 in) diameter cable complete with

DCN 6 PIN MALE AND FEMALE CONNECTORS

5

CABLE SECURITY CLAMP

The cables can be secured to the microphone delegate unit input using the cable clamp to prevent them from being pulled out accidentally and interupt meeting.

WARRANTY 3 YEARS

6

KERJA KERJA PEMASANGAN TERMASUK:

i. Membuka cabling berserta Conference System Sedia Ada

ii. Memasang kabel-kabel yang ditetapkan oleh jenama pengeluar yang berkualiti termasuk kerja-kerja “ hacking ”

iii. Memasang conference device ditempat-tempat yang ditetapkan oleh pegawai yang bertangung jawab

iv. Membuat terminasi dan perhubungan antara peralatan didalam sistem.

(17)

BIL KETERANGAN PEMATUHAN

(Y / T) CATATAN

v. Keseluruhan pendawaian disambung terus ke control unit yang diletakkan di dalam AV rack

vi. Menyediakan schematic diagram untuk rujukan akan datang vii. Membuat manual sistem untuk rujukan para pegawai yang akan

menggunakkan sistem tersebut.

viii. Hendaklah memberikan jaminan (minimum 1 tahun) untuk pemasangan.

(18)

SURAT AKUAN PENYEBUTHARGA

Pejabat Daerah/Tanah Klang

Bahagian Khidmat Pengurusan Jalan Kota, 41902 Klang Selangor

Tuan,

NOMBOR RUJUKAN SEBUT HARGA : PDTK/KP/01/2019

SEBUT HARGA MEMBEKAL, MENGHANTAR, MEMASANG, MENGUJI DAN MENTAULIAH PERALATAN AUDIO CONFERENCE SYSTEM DI PEJABAT DAERAH/TANAH KLANG

Bahawa saya yang bertandatangan di bawah ini memberi Sebut Harga seperti di atas bagi tempoh (maksima 2 minggu). Saya juga bersetuju terlibat dan tertakluk kepada syarat-syarat tawaran yang tersebut dan bersetuju bahawa harga-harga yang tersebut akan menjadi dasar untuk nilaian bayaran bagi barang-barang seperti itu dari semasa ke semasa seperti yang diarahkan.

2. Saya bersetuju untuk menawarkan semua peralatan/perkhidmatan seperti yang telah ditetapkan di dalam Jadual Spesifikasi Teknikal dan juga Syarat-syarat Sebut Harga

dengan tawaran harga keseluruhan sebanyak

RM... (Ringgit Malaysia : ...), dengan tempoh penyerahan adalah selama ... minggu (Tempoh siap tidak boleh melebihi dua (2) minggu dari SST ditandatangani)

3. Telah difahami bahawa tuan mempunyai hak untuk menerima atau menolak Sebut Harga ini, sama ada harganya lebih rendah atau lebih tinggi daripada sebarang Sebut Harga lain atau sama. Saya bersetuju bahawa Sebut Harga ini akan seterusnya laku dan tidak ditarik balik dalam masa sembilan puluh (90) hari daripada tarikh penyerahan Sebut Harga. Saya mengesahkan dan memperakui bahawa semua helaian dokumen yang digunakan adalah salinan asal. Semua pembekalan akan disempurnakan dalam tempoh yang telah ditetapkan selepas Surat Setuju Terima (SST) ditandatangani oleh pihak saya.

4. Selanjutnya yang bertandatangan di bawah ini bersetuju pada penerimaan Sebut Harga dan syarat-syarat lain yang dinyatakan dalam Sebut Harga ini.

... ...

(Tandatangan Penyebut Harga) (Tandatangan Saksi) Nama :

No. Kad Pengenalan : Alamat :

Nama :

No. Kad Pengenalan : Alamat :

(19)

SURAT AKAUN PEMBIDA

BAGI

SEBUT HARGA MEMBEKAL, MENGHANTAR, MEMASANG, MENGUJI DAN MENTAULIAH PERALATAN AUDIO CONFERENCE SYSTEM DI PEJABAT

DAERAH/TANAH KLANG

NO. SEBUT HARGA: PDTK/KP/01/2019

Saya, ……….nombor K.P.………yang mewakili

………. nombor pendaftaran ………..

dengan ini mengisytiharkan bahawa saya atau mana-mana individu yang mewakili syarikat ini tidak akan menawar atau memberi rasuah kepada mana-mana individu dalam Pejabat Daerah/Tanah Klang (PDTK) atau mana-mana individu lain, sebagai sogokan untuk dipilih dalam sebut harga seperti di atas. Bersama-sama ini dilampirkan surat perwakilan Kuasa bagi saya mewakili syarikat seperti tercatat di atas untuk membuat pengisytiharan ini.

2. Sekiranya saya atau mana-mana individu yang mewakili syarikat ini didapati bersalah menawar atau memberi rasuah kepada mana-mana individu lain sebagai sogokan untuk dipilih dalam sebut harga seperti di atas, maka saya sebagai wakil syarikat bersetuju tindakan- tindakan berikut diambil :

2.1 penarikan balik tawaran kontrak bagi sebut harga di atas; atau 2.2 penamatan kontrak bagi sebut harga di atas; dan

2.3 lain-lain tindakan tatatertib mengikut peraturan perolehan Kerajaan.

3. Sekiranya terdapat mana-mana individu cuba meminta rasuah daripasa saya atau mana-mana individu yang berkaitan dengan syarikat in sebagai sogokan untuk dipilih dalam sebut harga seperti di atas, maka saya berjanji akan dengan segera melaporkan (SPRM) atau balai polis yang berhampiran.

Yang Benar,

……….

Nama:

No. KP:

Cop Syarikat:

*Catatan: Surat perwakilan kuasa hendaklah disertakan bersama dengan surat ini (Nama Wakil Syarikat)

(Nama Syarikat) (MOF/PKK/CIDB/ROS/ROC/ROB)

(20)

PROFIL PENYEBUT HARGA

No. Sebut Harga: PDTK/KP/01/2019

1. Borang ini hendaklah diisi dengan lengkap secara bertaip supaya memudahkan Lembaga

Perolehan menimbangkan sebut harga ini. Kegagalan penyebut harga melengkapkan borang ini dengan sempurna akan menjelaskan peluangnya di dalam sebut harga ini.

2. Jangan gunakan atau merujuk kepada lampiran lain, kecuali diminta di ruangan berkenaan. Walau bagaimanapun, jika ruangan tidak mencukupi, borang ini boleh dicetak semula berdasarkan format asalnya.

BIL PERKARA BUTIRAN

1. Nama Syarikat

2. Jenis Syarikat Persendirian / Perkongsian / Koperasi / Sdn Bhd (*) 3. Taraf Penyebutharga

(Sertakan salinan sijil )

Bumiputra / Bukan Bumiputra (*)

4. Alamat

5. Pegawai untuk Dihubungi Nama : No. Telefon : Email : 6. Maklumat Pendaftaran

Penyebutharga

No. SSM : No. MOF :

Tempoh Sah MOF : 7. Bilangan Pekerja Sekarang _________ Orang 8. Bilangan Pekerja Teknikal

(Cadangan bagi

melaksanakan Kontrak, jika berjaya kelak)

_________ Orang

9. Modal Berbayar RM

KOD PENYEBUT HARGA

(21)

BIL PERKARA BUTIRAN

10. Modal Dibenarkan RM 11. Kedudukan Kewangan

Semasa

11.1 Harta (Aset) Syarikat (Senaraikan 5 aset yang terbesar)

Contoh : 1. Rumah Kedai – 1 unit 1.

2.

3.

4.

5.

11.2 Peralatan

(Nyatakan nilai dan senaraikan 5 sahaja peralatan yang berkaitan dengan tender ini.)

Contoh : Kereta Perdana V6 (2002) – RM40,000.00 1.

2.

3.

4.

5.

11.3 Tanggungan / Liabilities

RM

11.4 Baki wang dalam Bank (lampirkan

penyata bank 3 bulan terakhir)

RM

* Potong Yang mana tidak Berkenaan

(22)

JADUAL PENGALAMAN PEMBEKAL

Nota: Sila kemukakan pengalaman bagi kerja yang berkaitan dengan sebutharga ini sahaja Bil Perihal Kontrak Nama Agensi/Syarikat yang

Menawarkan Kontrak dan Alamat

Harga & Tempoh Kontrak (RM)

Tarikh Mula Kontrak

Tarikh Tamat Kontrak

JADUAL 2

(23)

SENARAI SEMAK

( BEKALAN / PERKHIDMATAN ) NO. SEBUTHARGA : PDTK/KP/01/2019 Sila tandakan Bagi Dokumen-dokumen Yang Disertakan.

Bil. Perkara/Dokumen Untuk Ditanda Oleh Jawatankuasa

Penilaian

Untuk Di tanda Oleh Penyenbut

harga

1. Borang Sebut Harga (Lampiran Q)

2. Jadual Spesifikasi Teknikal

3. Surat Akuan Penyebutharga

4. Profil Syarikat

5. Pengalaman Syarikat

6. Surat Akuan Pembida

7.

Salinan diakui sah Sijil Pendaftaran dengan Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) dalam kod bidang seperti di atas dan Sijil Taraf Bumiputera (jika bertaraf Bumiputera) (DOKUMEN WAJIB)

8.

Salinan Diakui Sah Sijil Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) / Borang 9 / Borang 13 (DOKUMEN WAJIB)

9.

Salinan diakui sah Penyata Bulanan Akaun Bank syarikat bagi tiga (3) bulan terakhir (SEPTEMBER, OKTOBER DAN

NOVEMBER 2018) yang TELAH disahkan oleh Pihak bank. (DOKUMEN WAJIB)

/

Rujukan

DOKUMEN BERKAITAN

……….(MOF/PKK/CIDB/ROS/ROC/ROB) dengan ini mengisytiharkan bahawa saya atau mana-mana individu yang mewakili syarikat ini tidak akan menawarkan atau memberi rasuah

dengan ini mengisytiharkan bahawa saya atau mana- mana individu yang mewakili syarikat ini tidak akan menawar atau memberi rasuah kepada mana-mana individu dalam Majlis

dengan ini mengisytiharkan bahawa saya atau mana- mana individu yang mewakili syarikat ini tidak akan menawar atau memberi rasuah kepada mana-mana individu dalam

Kerajaan adalah tidak terikat untuk menerima sebutharga yang terendah atau mana-mana sebutharga atau memberi apa-apa sebab di atas penolakan sesuatu sebut

nombor Pendaftaran…….……….………dengan ini mengisytiharkan bahawa saya atau mana-mana individu yang mewakili syarikat ini tidak akan menawar atau memberi rasuah kepada

Membersihkan kawasan seperti dinyatakan di atas dari sebarang kotoran seperti lumut dan lain-lain menggunakan bahan kimia dan peralatan yang telah ditetapkan

dengan ini mengisytiharkan bahawa saya atau mana-mana individu yang mewakili syarikat ini tidak akan menawar atau memberi rasuah kepada mana-mana individu dalam Pejabat

Sekiranya terdapat mana-mana individu cuba meminta rasuah daripada saya atau mana-mana individu yang berkaitan dengan syarikat ini sebagai sogokan untuk dipilih dalam