• Tiada Hasil Ditemukan

View of KEPERLUAN KHIDMAT BIMBINGAN DAN KAUNSELING DALAM KALANGAN PELAJAR SEKOLAH MENENGAH LUAR BANDAR: SATU KAJIAN KES

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Share "View of KEPERLUAN KHIDMAT BIMBINGAN DAN KAUNSELING DALAM KALANGAN PELAJAR SEKOLAH MENENGAH LUAR BANDAR: SATU KAJIAN KES"

Copied!
7
0
0

Tekspenuh

(1)

KEPERLUAN KHIDMAT BIMBINGAN DAN KAUNSELING DALAM KALANGAN PELAJAR SEKOLAH MENENGAH

LUAR BANDAR: SATU KAJIAN KES

(The Need for Advisory and Counselling Services among Rural Secondary School Students: A Case Study)

Shima Junn Willie1*, Abu Yazid Abu Bakar1

1Universiti Kebangsaan Malaysia

*Pengarang Koresponden: hypnosbabe@aol.com

Accepted: 1 May 2019 | Published: 15 May 2019

_________________________________________________________________________________________

Abstrak: Perkhidmatan kaunseling telah berkembang pesat sejajar dengan arus kehidupan yang moden dan membangun. Masyarakat boleh menerima dan memahami kepentingan perkhidmatan kaunseling terhadap proses pembangunan diri secara individu, keluarga, pasangan, kerjaya dan masyarakat sekeliling. Walau bagaimanapun, perkhidmatan bimbingan dan kaunseling tidak begitu popular dalam kalangan pelajar di sekolah luar bandar. Kajian ini dilaksanakan untuk mengenal pasti keperluan khidmat bimbingan dan kaunseling dalam kalangan pelajar di sekolah luar bandar di daerah Baram, Sarawak.

Seramai 151 orang pelajar dari 3 buah sekolah menengah di daerah Baram telah dipilh secara rawak sebagai sampel kajian. Alat kajian yang digunakan adalah soal selidik.. Data yang diperolehi dianalisis menggunakan perisian Statisic Package for Social Science (SPSS) versi 20. Dalam kajian ini, pelajar dikehendaki untuk mengenal pasti keperluan bimbingan dan kaunseling mereka dalam tiga domain iaitu, kerjaya, akademik, serta peribadi dan sosial. Dapatan kajian menunjukkan pelajar meletakkan domain kerjaya yang paling penting, diikuti dengan domain akademik dan seterusnya domain peribadi dan sosial. Di samping itu, pelajar perempuan dan pelajar lelaki masing-masing mencatatkan peratusan domain kerjaya yang tertinggi dalam keperluan kaunseling berbanding domain akademik dan domain peribadi dan sosial. Melalui hasil dapatan kajian ini, guru bimbingan dan kaunseling (GBK) sekolah diharapkan dapat merangka dan melaksanakan program dan perkhidmatan yang lebih berkesan mengikut kehendak dan kesesuaian demografik pada masa hadapan.

Kata kunci: bimbingan dan kaunseling, sekolah menengah, luar bandar

Abstract: Counseling services have grown rapidly in line with modern and developing living. Society can accept and understand the importance of counseling services to individual self development, family, spouse, career and community. However, advisory and counseling services are not very popular among students in rural schools. This study was conducted to identify the need for advisory and counseling among students in rural schools in the district of Baram, Sarawak. A total of 151 students from 3 secondary schools in Baram district were randomly selected as survey respondents. The instrument used is the questionnaire. The data obtained were analyzed using Statisic Package for Social Science (SPSS) version 20. In this study, students are required to identify their advisory and counseling needs in three domains namely, career, academic, and personal and social. The findings show that students place career as the most important domain, followed by academic domains and personal and social

(2)

domains. In addition, both female and male students record the higher percentage of career domains in counseling requirements compared to academic domains and personal and social domains. Through the findings of this study, the school advisory and counseling (GGK) teachers are expected to be able to devise and implement more effective programs and services according to demographic requirements and suitability in the future.

Keywords: advisory and counseling, secondary school, rural

_________________________________________________________________________

1. Pendahuluan

Remaja merupakan golongan yang berusia di antara 11 hingga 21 tahun yang merupakan transisi antara zaman kanak-kanak dengan zaman dewasa yang melibatkan perubahan biologi, psikologi, sosil dan ekonomi serta melibatkan perubahan peringkat tidak matang ke peringkat matang (Azizi et al., 2005). Zaman rremaja dikatakan bermula dari akil baligh dan berakhir apabila memasuki alam dewasa. Ia merupakan satu tempoh peralihan dalam pusingan hidup yang melibatkan banyak perubahan berlaku, sama ada dari segi perkembangan fizikal, emosi dan kognitif. Hall (1976) menyatakan bahawa zaman remaja sebagai tempoh ‘stress and strain, storm and stiff’. Kehidupan masyarakat moden begitu kompleks di mana menjadikan tempoh zaman remaja lebih berbahaya. Ciri-ciri asas remaja pada zaman moden adalah seperti peningkatan ketidakstabilan emosi, bersikap kepalsuan, dilema moral, perubahan fizikal dan biologi yang drastik, ketidakseimbangan sementara sistem endokrin, kecenderungan kepada tingkah laku antisosial, penyalahgunaan dadah, seks dan beberapa ciri-ciri unik yang lain. Jelas bahawa pelajar remaja memerlukan sokongan kaunseling apabila berhadapan dengan isu-isu peribadi, sosial, keluarga dan pendidikan.

Maka, penyelidikan menjurus ke arah mengenal pasti keperluan kaunseling yang diperlukan oleh pelajar sekolah menengah dilaksanakan.

Keperluan adalah kekurangan atau defisit daripada sesuatu dalam diri seseorang, sama ada yang diperoleh atau fisiologi yang akan memenuhi dan meningkatkan kebajikan individu tersebut. Keperluan kaunseling merupakan keperluan yang diperlukan oleh pelajar untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi diri mereka setiap hari dan juga penting dalam peningkatan keperibadian diri (Biswas & Aggarwal, 1971). Semua manusia mempunyai keinginan yang kuat untuk mencapai impian dan matlamat masing-masing. Kepuasan dalam mencapai matlamat menjadi motivasi kepada diri untuk melangkah lebih jauh. Maka itu, keperluan ini menjadi penggerak yang boleh digunakan untuk menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.

Kanak-kanak yang sedang berkembang dari segi kapasiti intelektual mempunyai keinginan dalam mencari pengetahuan yang baru. Keinginan dalam mencari ilmu pengetahuan yang baru hendaklah dibimbing dengan kaedah yang betul. Pelajar remaja pula mempunyai keinginan yang kuat untuk melakukan perkara secara bebas. Mereka mula berfikir mengenai kerjaya mereka di masa depan. Mereka memerlukan bimbingan vokasional. Keperluan untuk diterima adalah salah satu keperluan psikologi yang paling asas. Ini termasuk keperluan untuk mempunyai rakan, keperluan untuk disayangi dan diterima oleh orang lain, keperluan untuk menjalinkan perhubungan dan penerimaan dalam sesuatu kumpulan sosial. Setiap individu mempunyai perasaan ingin diterima. Pada tempoh waktu usia kanak-kanak dan remaja, perasaan ingin diterima adalah sangat tinggi. Kebebasan pula adalah satu keperluan penting yang perlu dipenuhi.

(3)

Keperluan untuk mendapatkan kebebasan, mengelak untuk dikongkong, meluahkan perasaan secara terbuka dan kebebasan untuk memilih juga merupakan keperluan yang penting pada peringkat ini. Setiap individu juga ingin berasa selamat. Jaminan keselamatan yang diperlukan adalah jaminan keselamatan kewangan dan perhubungan. Ketidakstabilan emosi merupakan suatu keadaan yang menyebabkab kelakuan tidak wajar yang mengganggu keupayaan individu untuk berfungsi dalam keadaan yang normal dan rasional. Masalah yang sering dihadapi dari ketidakstabilan emosi seperti kebimbingan, kemurungan, masalah pembelajaran dan hilang keyakinan diri. Pelajar pada usia ini mempunyai kecenderungan untuk menyimpang dari cara dan corak norma masyarakat dan tidak memenuhi kehendak individu sekelilingnya. Tingkah laku yang negatif menjejaskan kesejahteraan diri, keluarga dan masyarakat. Tingkah laku negatif ini menyumbang kepada masalah tingkah laku seperti mencuri, penagihan dadah, gangguan seksual dan juga buli.

Penyataan masalah

Perkhidmatan bimbingan dan kaunseling merupakan satu perkhidmatan menolong di antara seorang professional terhadap seorang atau lebih klien (Corey, 2012). Perkhidmatan bimbingan dan kaunseling mula berkembang di institusi dan sekolah-sekolah di Malaysia.

Perkhidmatan ini menyentuh tiga perkara iaitu pemulihan, perkembangan dan pencegahan pelajar atau klien termasuk mengurus salah laku (Maznah Baba & Zainal Madon, 2007).

Selain itu, perkhidmatan ini juga diberikan kepada klien untuk mereka mengenali diri mereka ke arah yang membangun dan positif (Mohammad Aziz Shah et.al 2009). Walaupun perkhidmatan bimbingan dan kaunseling telah lama wujud di negara ini, namun perkhidmatan bimbingan dan kaunseling kurang menyerlah terutamanya di kawasan luar bandar. Perkhidmatan bimbingan dan kaunseling yang diberikan di setiap sekolah di seluruh Malaysia adalah sama. Malah, Kementerian Pendidikan Malaysia telah membekalkan Buku Panduan Pelaksanaan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling (1984) yang telah menyenaraikan 10 jenis perkhidmatan bimbingan dan kaunseling yang perlu dilaksanakan di sekolah. Malangnya, perkhidmatan ini masih kurang menyeluruh dan tidak memuaskan, terutamanya di sekolah luar bandar. Di sini wujud keperluan untuk mengenal pasti jenis perkhidmatan bimbingan dan kaunseling yang diperlukan di sekolah luar bandar.

Tujuan Kajian

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti keperluan kaunseling pelajar sekolah menengah di sekolah luar bandar daerah Baram. Di samping itu, objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti jenis-jenis perkhidmatan dan bimbingan yang diperlukan oleh pelajar sekolah menengah di luar bandar. Objektif seterusnya adalah untuk mengenal pasti perbezaan keperluan kaunseling berdasarkan jantina.

Persoalan Kajian

Terdapat beberapa persoalan yang diketengahkan dalam kajian yang dijalankan. Persoalan yang dibangkitkan adalah:

1. Apakah keperluan pelajar di sekolah menengah luar bandar di daerah Baram, Sarawak?

2. Apakah terdapat perbezaan keperluan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling antara pelajar lelaki dan pelajar perempuan?

2. Kajian Literatur

Moore, Henfield dan Owens (2008) mengkaji persepsi pelajar Afrika-Amerika pendidikan khas terhadap guru bimbingan dan kaunseling mereka telah mendapati tiga dinamik persepsi dalam pandangan pelajar terhadap guru bimbingan dan kaunseling mereka. Dinamik tersebut

(4)

adalah peranan guru bimbingan dan kaunseling, pengalaman guru b&k bersama mereka dan tahap keselesaan mereka bersama guru b&k. Pertamanya, pelajar percaya bahawa peranan utama guru b&k adalah untuk meberi sokongankepada pelajar yang mempunyai isu-isu peribadi atau sosial di rumah, dengan rakan-rakan. Bagaimanapun, pelajar menyatakan pengalaman mereka berjumpa guru b&k adalah kebanyakkannya berkaitan dengan akademik.

Pengkaji mendapati majoriti pelajar menyatakan mereka tidak begitu selesa berkomunikasi dengan guru b&k mereka. Walaupun kajian ini memberi tumpuan kepada kumpulan plajar tertentu, jelas menunjukkan betapa pentingnya mengetahui keperluan pelajar dalam memastikan ekuiti dan keselesaan dalam sekolah.

Vela-Gulde, Cavazos Jr, Fielding, Johnson, Cavazos, Campos, dan Rodriguez (2009) telah mengkaji persepsi pelajar Latin terhadap guru kaunselor mereka. Pengkaji mendapati terdapat lima persamaan tema dikalangan pelajar apabila berbincang tentang guru kaunselor mereka.

Pelajar melaporkan mereka tidak menerima maklumat yang mencukupi tentang kemasukan ke kolej dan perancangan akademik, kekurangan penglibatan guru kaunselor mereka, kurang perhatian secara individu, dan kurang teknik kaunseling. Secara keseluruhan,

pelajar bersetuju bahawa ketidakberadaan guru kaunselor mereka tidak membantu dalam menyediakan keperluan dan sokongan yang dikehendaki. Terdapat beberapa faktor yang boleh menyumbang kepada persepsi pelajar ini tetapi, sorotan kajian ini sekali lagi menjelaskan kepentingan mengetahui keperluan kaunseling yang diperlukan agar setiap rangka program atau perkhidmatan bimbingan dan kaunseling memenuhi keperluan pelbagai jenis kumpulan pelajar.

Owens, Simmons, Bryant dan Henfield (2011) mengkaji persepsi lelaki Afrika-Amerika terhadap perkhidmatan bimbingan dan kaunseling. Secara keseluruhannya, responden dilaporkan berperasaan positif terhadap guru kaunselor mereka. Pelajar menyatakan guru kaunselor mereka seorang yang menarik, membantu dan memberi bantuan dan sokongan yang diperlukan. Walau bagaimanapun, pelajar lelaki Afrika-Amerika ini menyatakan mereka memerlukan maklumat lanjut mengenai persedia akademik dan lepasan menengah dan perhatian khusus berurusan dengan kebimbingan akademik dan masalah peribadi. Tidak seperti dua kajian yang telah dibincangkan, pelajar-pelajar ini mempunyai persepsi yang positif terhadap perkhidmatan bimbingan dan kaunseling yang diberikan oleh guru kaunselor mereka tetapi perkhidmatan bimbingan dan kaunseling perlu dipertingkatkan untuk memenuhi keperluan pelajar.

Abu Yazid (2015) telah menjalankan kajian mengenai pola isu, persepsi, serta pengalaman perkhidmatan bimbingan dan kaunseling dalam kalangan pelajar pintar dan berbakat.

Dapatan kajian menunjukkan pola isu pelajar pintar dan berbakat lazimnya berkisar kepada dimensi-dimensi kerjaya, akademik dan psikososial. Secara keseluruhannya, kajian ini membuktikan bahawa isu-isu berkenaan kerjaya, akademik dan psikososial merupakan isu yang biasa dialami oleh pelajar yang memerlukan mereka mendapatkan perkhidmatan b&k.

Menurut Rasul et al. (2013), McKenziea et al. (2011) dan Catherine (2012), banyak kajian telah dijalankan untuk mengkaji faktor-faktor yang mendorong remaja kearah mencari perkhidmatan kaunseling di sekolah. Kajian berkenaan menolong kaunselor dalam menyesuaikan perkhidmatan b&k dengan keperluan pelajar sekolah. Ia juga mencari serta memastikan halangan-halangan yang menghalang pelajar dalam menerima perkhidmatan ini.

Dapatan menunjukkan bahawa walaupun demikian, perkhidmatan kaunseling sekolah di Britain masih gagal dalam menyediakan perkhidmatan yang baik dan sistematik kepada pelajar sekolah.

(5)

Banyak kajian mengenai keperluan kaunseling pelajar remaja telah dijalankan di seluruh dunia. Namun, sangat sedikit kajian telah dijalankan dalam konteks luar bandar di Malaysia terhadap keperluan kaunseling pelajar sekolah menengah.

3. Metodologi

Kajian ini dijalankan menggunakan kaedah soal selidik yang bertujuan untuk mengkaji dan mengenal pasti keperluan kaunseling pelajar sekolah menengah di luar bandanr. Oleh itu, analisis deskriptif seperti min dan frekuensi digunakan untuk mengenal pasti jumlah keseluruhan dan min bagi setiap soalan dan juga mengasingkan data berdasarkan jantina.

Data jantina akan dibandingkan dengan menggunakan peratusan kekerapan.

Kajian ini dijalankan di 3 buah sekolah menengah luar bandar di daerah Baram, Sarawak.

Seramai 151 pelajar yang terlibat dalam kajian ini. Pelajar dikehendaki melengkapkan 38 item soal selidik berdasarkan tiga domain ASCA National Model iaitu akademik, peribadi dan sosial dan kerjaya. Skala likert telah digunakan untuk menentukan tahap keperluan pelajar bagi setiap topik kajian. Data yang diperolehi dianalisis menggunakan program Statistical Package for the Social Sciences atau SPSS.

4. Dapatan Kajian

Soal selidik telah dianalisis menggunakan kekerapan dan min. Kaedah ini digunakan untuk menentukan topik-topik yang paling dikehendaki dan kurang dikehendaki daripada guru bimbingan dan kaunseling mereka. Hasil soal selidik telah dianalisis menggunakan ujian-t untuk menentukan min bagi setiap item. Min adalah hasil daripada skala likert yang digunakan dalam soal selidik. Julat min ialah 1.37 hingga 3.03. Lima item yang mempunyai min yang tertinggi adalah mendapatkan maklumat mengenai kolej dan sekolah teknik (3.03), mengetahui keperluan pendidikan untuk pekerjaan tertentu (2.94), perkaitan dengan minat dan kebolehan untuk kerjaya di masa hadapan (2.80), mendapatkan maklumat mengenai bantuan kewangan (2.55), dan pemahaman skor ujian standard (2.48).

Manakala, lima item yang mempunyai nilai min yang terendah adalah menangani isu bunuh diri (1.37), mendapatkan maklumat atau bantuan menghadapi masalah alcohol dan penyalahgunaan dadah (1.41), membincangkan isu perceraian (1.43), membincangkan isu penderaan fizikal atau pelbagai jenis penderaan (1.44), dan bercakap tentang orientasi seksual dan jantina (1.47). Item yang lain memberikan jumlah min 2 ke atas menunjukkan item tersebut merupakan keperluan yang sederhana. Item yang menunjukkan min 2 ke atas disenaraikan dalam jadual di bawah.

(6)

Jadual 1: Item Yang Menunjukkan Min 2 Ke Atas

Item Min

Merancang perjalanan peribadi saya ke arah pengijazahan 2.47

Mengetahui syarat-syarat pengijazahan 2.44

Mudah untuk mendapat perkhidmatan kaunseling 2.44

Mengenal pasti minat dan kebolehan diri 2.38

Memperbaiki kelemahan akademik 2.33

Meningkatkan kemahiran teknik menjawab soalan 2.24

Mempelajari cara menguruskan masa 2.18

Mengetahui perkhidmatan kaunseling 2.09

Mempelajari kemahiran belajar 2.08

Mempelajari tentang masyarakat 2.08

Memahami keseimbangan antara sekolah, kerja dan masa lapang 2.02 Memahami dan menerima kekuatan dan kelemahan diri 2.02

Dari soal selidik ini, tiga item yang tertinggi dalam keperluan yang sangat perlu untuk pelajar perempuan adalah mengetahui keperluan pendidikan untuk pekerjaan tertentu (36%), mendapatkan maklumat mengenai kolej dan sekolah teknik (28%) dan perkaitan dengan minat dan kebolehan untuk kerjaya di masa hadapan (24%). Manakala untuk pelajar lelaki pula, tiga item yang tertinggi adalah mendapatkan maklumat mengenai kolej dan sekolah teknik (45%), perkaitan dengan minat dan kebolehan untuk kerjaya di masa hadapan (37%) dan mengetahui keperluan pendidikan untuk pekerjaan tertentu (34%). Jelas bahawa pelajar lelaki dan perempuan menunjukkan item mendapatkan maklumat mengenai kolej dan sekolah teknik, mengetahui keperluan pendidikan untuk pekerjaan tertentu dan perkaitan dengan minat dan kebolehan untuk kerjaya di masa hadapan merupakan keperluan yang tertinggi dalam perkhidmatan kaunseling.

Perbincangan

Dapatan kajian ini menunjukkan pelajar sekolah menengah luar bandar mahukan lebih banyak bantuan dengan akademik dan kerjaya daripada keperluan peribadi dan sosial daripada guru bimbingan dan kaunseling mereka. Keperluan kaunseling pelajar sekolah menengah adalah berbeza mengikut populasi dan demografik. Oleh yang demikian, pelajar sekolah menengah luar bandar di daerah Baram, Sarawak menunjukkan mereka lebih memerlukan keperluan kaunseling berkaitan dengan kerjaya dan akademik. Mereka memerlukan maklumat mengenai kolej atau universiti, maklumat mengenai minat dan kebolehan mereka untuk kerjaya yang sesuai dan juga keperluan tentang kemahiran pekerjaan. Dapatan kajian ini juga menunjukkan bahawa pelajar lelaki dan perempuan secara umumnya memperlihatkan tiga keperluan kaunseling tertinggi yang sama.

5. Kesimpulan

Perkhidmatan bimbingan dan kaunseling merupakan perkhidmatan yang penting kerana perkhidmatan ini membantu pelajar yang menghadapi konflik. Sesungguhnya perkhidmatan ini dapat diperbaiki dengan menangani setiap keperluan yang dinyatakan khusus oleh pelajar dan menyesuaikan program-program mengikut perkembangan semasa demografik dan melalui tindak balas pelajar.

(7)

Rujukan

Abu Yazid Abu Bakar. (2015). Pola isu, persepsi, serta pengalaman perkhidmatan bimbingan dan kaunseling dalam kalangan pelajar pintar dan berbakat. Jurnal Pendidikan Malaysia, Vol. 40(2), 167-173.

Azizi et al. (2005). Psikologi Sosial Alam Remaja. Bentong: PTS Publication & Distributors.

Biswas, A. & Aggarwal, J.C. (1971). Encyclopaedic Dictionary and Dictionary of Education.

Catherine, J. (2012). What do young people want? Therapy Today, 23(2), 4-7.

Corey, G. (2012). Theory and practice of counseling and psychotherapy. (9th ed). Belmont, CA: Cengage Learning.

Hall, E.T. (1976). Beyond Culture. Garden City, N.Y: Anchor Press.

Maznah Baba & Zainal Madon. (2007). Kaunseling Individu. Bentong : PTS Publication &

Distributor.

McKenziea, K., Murrayb, G.C., Priorc, S. & Stark, L. (2011). An evaluation of a school counselling service with direct links to Child and Adolescent Mental Health (CAMH) services. British Journal of Guidance & Counselling, 39(1): 67-82.

Mohammad Aziz Shah, Mohammad Nasir Bistaman, Ahmas Jazimin Jusoh, Syed Sofian Syed Salim, & Md. Noor Saper. (2009). Kemahiran Bimbingan dan Kaunseling.

Kuala Lumpur: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.

Moore, I.L., Henfield, M.S., & Owens, D. (2008). African American Males in Special Education: Their Attitudes and Perceptions Toward High School Counselors and School Counseling Services. American Behavioral Scientist, 51(7), 907-927.

Owens, D., Simmons, R.W., Bryant, R.M., & Henfield, M. (2011). Urban African American Males’ Perceptions of School Counseling Services. Urban Education, 46(2), 165-177.

doi:10.1177/0042085910377430

Vela-Gude, L., Cavazos Jr., J., Johnson, M.S., Fielding, C., Cavazos, A.G., Campos, L., &

Rodriguez, I. (2009). "My Counselors Were Never There": Perceptions from Latino College Students. Professional School Counseling, 12(4), 272-279.

Rujukan

DOKUMEN BERKAITAN