• Tiada Hasil Ditemukan

View of Amalan Kepimpinan Lestari Guru Besar Dengan Kepuasan Kerja Guru Sekolah Amanah di Daerah Jeli: Kajian Awal

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Share "View of Amalan Kepimpinan Lestari Guru Besar Dengan Kepuasan Kerja Guru Sekolah Amanah di Daerah Jeli: Kajian Awal"

Copied!
16
0
0

Tekspenuh

(1)

Amalan Kepimpinan Lestari Guru Besar Dengan Kepuasan Kerja Guru Sekolah Amanah di Daerah Jeli: Kajian Awal

(Sustainable Leadership Practices Of Headmasters With Job Satisfaction Of Trust School Teachers In Jeli District: A Preliminary

Study)

Noor Syahida Abdullah1*, Muhammad Hussin1, Norasmah Mansor1

1 Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Malaysia

*Pengarang Koresponden: p106066@siswa.ukm.edu.my Accepted: 15 January 2022 | Published: 31 January 2022

DOI:https://doi.org/10.55057/jdpd.2022.3.4.25

_________________________________________________________________________________________

Abstrak: Kondisi pentadbiran sekolah pada masa kini dipengaruhi oleh amalan kepimpinan lestari dan kepuasan kerja guru. Tujuan kajian adalah untuk mengenal pasti tahap Amalan Kepimpinan Lestari Guru Besar dengan Kepuasan Kerja Guru Sekolah Amanah di Daerah Jeli, Kelantan. Pengkaji memilih kepimpinan lestari kerana kepimpinan ini telah diasaskan oleh sarjana kepimpinan pendidikan yang mana ianya tidak berasaskan dengan mana-mana teori kepimpinan yang lain. Ciri-ciri yang terdapat dalam diri seorang pemimpin akan mempengaruhi kepuasan kerja guru sesebuah organisasi dalam mencapai matlamat kerja.

Kajian ini merupakan satu kajian awal yang menggunakan pendekatan kuantitatif berasaskan reka bentuk tinjauan soal selidik. Borang soal selidik diedarkan secara atas talian kepada guru sekolah amanah di daerah Jeli. Data kajian dianalisis menggunakan frekuensi, peratus, min dan sisihan piawai. Sampel kajian terdiri daripada 28 orang guru dan mendapati amalan kepimpinan lestari guru besar menunjukkan berada pada tahap yang tinggi dan tahap tahap kepuasan kerja guru yang tinggi. Implikasi hasil kajian ini diharapkan dapat memberi panduan dan pedoman yang secukupnya kepada PPD, JPN dan KPM dalam memberi latihan untuk memperhebatkan amalan kepimpinan lestari dan menghasilkan guru besar yang cemerlang.

Kesimpulannya, guru besar sekolah amanah di daerah Jeli telah mengamalkan tahap kepimpinan lestari yang tinggi dan telah memberi impak yang tinggi kepada kepuasan kerja guru.

Kata kunci: Kepimpinan Lestari, Kepuasan Kerja Guru, Sekolah Amanah

Abstract: The state of school administration today is influenced by sustainable leadership practices and teacher job satisfaction. The purpose of the study was to identify the level of Sustainable Leadership Practices of Headmasters with Job Satisfaction of Trust School Teachers in Jeli District, Kelantan. Researchers choose sustainable leadership because this leadership was founded by educational leadership scholars which is not based on any other leadership theory. The characteristics found in a leader will affect the job satisfaction of teachers of an organization in achieving work goals. This study is a preliminary study that uses a quantitative approach based on the design of a survey questionnaire. Questionnaires were distributed online to trust school teachers in Jeli district. Study data were analysed using frequency, percentage, mean and standard deviation. The study sample consisted of 28 teachers and found that the sustainable leadership practices of headmasters showed a high

(2)

adequate guidance and guidance to PPD, JPN and KPM in providing training to strengthen sustainable leadership practices and produce excellent headmasters. In conclusion, the headmasters of the trust schools in Jeli district have practiced a high level of sustainable leadership and have had a high impact on the job satisfaction of the teachers.

Keywords: Sustainable Leadership, Teacher Job Satisfaction, Trust School

___________________________________________________________________________

1. Pengenalan

Keupayaan dan keperluan pemimpin sekolah dalam mengharungi ujian masa hadapan seringkali dibincangkan oleh pengkaji pendidikan. Kementerian Pendidikan Malaysia sering menekankan aspek keperkasaan dan kecemerlangan kepimpinan sekolah dalam agenda utamanya. Pemimpin sekolah adalah penggerak dan pemacu dalam menguruskan pentadbiran sekolah. Ia juga hendaklah bijak mentadbir sekolah dengan berkesan (Azlin Norhaini et al.

2017).

Teori Kepimpinan Lestari merupakan salah satu teori yang tidak berasaskan dengan mana- mana teori kepimpinan universal yang lain. Ini kerana kepimpinan diasaskan oleh sarjana kepimpinan pendidikan. Kepimpinan Lestari merupakan satu tanggungjawab yang dikongsi bersama dalam sesebuah organisasi (Hargreave & Finn, 2003). Pembentukkan kepimpinan lestari yang berkualiti penting dalam kesinambungan pertumbuhan berterusan bagi sesebuah sekolah (Owens & Valesky, 2011). Pencapaian sesebuah sekolah amat dipengaruhi oleh kepimpinan guru besar (Norashikin & Foo, 2015). Sehubungan itu, sekolah yang hendak mencapai kecemerlangan hendaklah dipimpin oleh guru besar yang mengamalkan kepimpinan yang berkesan. Guru besar tersebut selalunya sering melakukan proses perubahan. Komitmen organisasi akan meningkat dengan adanya gaya kepimpinan yang baik dan seterusnya produktiviti dan keberkesanan dalam kerja juga akan meningkat secara tidak langsung.

(Shabita & Azlin, 2015).

Sekolah merupakan tempat untuk membina insan yang berkebolehan dan berketerampilan untuk menggantikan pemimpin negara pada masa hadapan. Guru besar adalah seorang pemimpin yang bertanggungjawab dalam merancang dan melaksana pengetahuan, berkemahiran, berkeupayaan, mengurus sekolah dengan cekap dan berkesan serta mempunyai kepakaran dalam mentadbir dan (Fawziah, 2008). Tambahan pula, sekolah adalah sebuah organisasi terancang serta dapat memberikan perkhidmatan pendidikan yang berkualiti kepada masyarakat setempat (Abdul Rahim, 2003). Ini bermakna pemimpin utama sekolah merupakan penentu kepada keupayaan sekolah memainkan peranan dalam mendepani segala cabaran bagi melestarikan kecemerlangan pendidikan negara tanpa meminggirkan kerjasama yang erat dengan semua kakitangan.

2. Penyataan Masalah

Kepimpinan sekolah masa kini perlu berubah atau diperbaharui untuk memastikan sekolah mengalami perubahan yang berterusan. Menurut Azlin Norhaini (2006): Foo Say Fooi (2003) dan Daresh (2001), model pengurusan klasik masih diamalkan dan digunakan oleh kebanyakan pemimpin di mana ianya memberi impak kepada guru. Beberapa prinsip dalam kepimpinan lestari perlu diamalkan oleh seorang pemimpin untuk menyempurnakan diri menjadi pemimpin lestari iaitu menggalakkan pembelajaran berterusan mewujudkan pemimpin pelapis di sekolah, pencerapan budaya perkongsian pembelajaran dalam kalangan guru, menggalakkan

(3)

perkongsian dengan rakan atau organisasi di luar sekolah, kepelbagaian dan pemeliharaan (Supian & Khadijah, 2012).

Sehingga 2020, terdapat sebanyak 94 buah sekolah Program Sekolah Amanah (PSA) di seluruh Malaysia. Mula diperkenalkan pada tahun 2010, PSA telah diwujudkan yang bermatlamat untuk melonjakkan prestasi sekolah dan meningkatkan keberkesanan pengurusan sekolah. PSA merupakan usahasama antara pihak swasta Yayasan Amir dengn Kementerian Pelajaran Malaysia. Perkara ini menjadikan guru-guru di bawah PSA menjadi lebih banyak kerja pengurusan berbanding sekolah biasa. Bebanan tugas guru juga dilihat apabila guru terpaksa melaksanakan tugas-tugas bukan akademik demi meningkatkan kompetensi diri mereka (Mohamad Firdaus & Mohamed Yusof, 2017).

Sehingga 2016, jumlah guru besar cemerlang masih berada di tahap yang rendah iaitu dalam lingkungan 10.5% daripada jumlah keseluruhan guru besar. Masih terdapat guru besar yang tidak memberi peluang kepada guru-guru untuk mengutarakan idea dan pendapat dengan bertindak mengasingkan kuasa guru. Ini menyebabkan terdapat jurang persefahaman antara pemimpin dengan guru-guru terutama sekali semasa guru ingin melontarkan idea dan pendapat baharu (Aziah & Abdul Ghani, 2014). Sehubungan itu, guru besar hendaklah berkebolehan mewujudkan persekitaran sekolah yang sesuai dengan gabungan tenaga semua guru untuk melahirkan sekolah yang cemerlang. Berdasarkan semua isu dan masalah yang dibincangkan maka objektif seperti di bawah telah dibina:

i. Mengenal pasti tahap amalan kepimpinan lestari guru besar sekolah amanah di daerah Jeli.

ii. Mengenal pasti tahap kepuasan kerja guru sekolah amanah di daerah Jeli.

3. Kajian Literatur

Beberapa kajian literatur menunjukkan bahawa amalan kepimpinan lestari telah membawa kepada perubahan yang positif dan menunjukkan keberkesanannya kepada sekolah. Kebolehan kepemimpinan dan kepuasan kerja guru sangat besar kesannya terhadap organisasi pendidikan.

Kelestarian dalam kepemimpinan bertujuan untuk mewujudkan sekolah yang mantap untuk bakal pemimpin yang akan memindahkan pengurusan sekolah dari generasi ke generasi seterusnya. Ini juga membawa kelebihan daya saing kepada sekolah lain untuk membantu mengembangkan kaedah meningkatkan prestasi sekolah secara berterusan (McCann & Holt, 2010)

Hasil kajian Somprach dan Popoonsak (2017) menyebut bahawa hubungan gaya kepimpinan pentadbir sekolah adalah penting untuk merangsang penglibatan guru dalam amalan kemasyarakatan dan pembelajaran profesional di sekolah rendah di Thailand. Daripada kajian tersebut, data yang diperolehi menunjukkan kepimpinan lestari adalah gaya kepimpinan kedua yang paling tinggi diamalkan oleh pengetua sekolah dengan skor min 4.41. Oleh itu, kepimpinan lestari merupakan satu amalan kepimpinan untuk meningkatkan pengetahuan, kemahiran serta kepakaran dalam mentadbir dan mengurus sekolah dengan cekap dan berkesan selari dengan situasi semasa (Tay, 2016).

Amalan kepimpinan lestari guru besar dan tahap kepuasan kerja guru di Sekolah Kebangsaan Padang Jawa Shah Alam menunjukkan tahap tinggi (Nurmunira & Yusoff, 2021). Dapatan ini selari dengan kajian yang dijalankan oleh Syed Ishak (2015) di Sekolah Menengah Agama

(4)

Bahagian Kuching menunjukkan keseluruhan dimensi amalan kepimpinan lestari pengetua di sekolah yang dikaji berada pada tahap yang tinggi. Manakala dapatan kajian yang dijalankan oleh Supian dan Khadijah (2012) menunjukkan bahawa amalan kepimpinan lestari guru besar di daerah Segamat berada pada tahap sederhana tinggi. Ini menunjukkan bahawa kepimpinan lestari yang diamalkan mampu untuk membantu meningkatkan kepuasan kerja guru. Ini bermakna guru besar mengamalkan kepimpinan lestari dengan kadar yang kerap sama ada secara sedar atau sebaliknya.

4. Metodologi

Kajian ini adalah satu kajian awal terhadap sekolah amanah di daerah Jeli, Kelantan dengan menggunakan pendekatan kuantitatif. Ia juga dilaksanakan secara kaedah tinjauan. Seramai 28 orang dilibatkan dalam kajian ini.

Instrumen yang digunakan bagi pengumpulan data adalah soal selidik. Soal selidik ini terbahagi kepada tiga bahagian iaitu Bahagian A, B dan C. Bahagian A merupakan bahagian demografi responden yang terdiri daripada 3 item. Manakala bahagian B pula terdiri daripada 43 item yang bertujuan untuk menilai amalan kepimpinan lestari guru besar. Seterusnya bahagian C pula terdiri daripada 25 item yang bertujuan untuk mengukur tahap kepuasan kerja guru.

Instrumen kajian ini yang di adaptasi daripada instrumen Tay (2016) dan Smith, Kendall dan Hulin (1969). Kedua-dua bahagian B dan C ini dinilai berdasarkan skala Likert lima mata bermula dari skala 1 (Sangat Tidak Setuju), hingga Skala 5 (Sangat Setuju) (Likert, 1932).

Skala ini telah diintrepretasikan kepada empat tahap bersama skor purata seperti Jadual 1 di bawah.

Jadual 1: Interpretasi Skor Min Kepimpinan Lestari

Skor Min Tahap

1.00 – 2.00 Rendah

2.01 – 3.00 Sederhana Rendah

3.01 – 4.00 Sederhana Tinggi

4.01 – 5.00 Tinggi

Sumber: Ahmad Munawwar (2009)

Sebelum soal selidik digunakan, kesahan instrumen oleh dua orang pakar telah dibuat dan penambahbaikkan telah dilakukan sebelum diedarkan. Kajian rintis juga dibuat bagi menguji nilai kesahan dan kebolehpercayaan (Alpha Cronbach). Hasil analisis data kesahan adalah 0.99 bagi dimensi kepimpinan lestari dan 0.95 bagi kepuasan kerja guru di mana tahap kebolehpercayaan berada pada sangat baik dan efektif dengan tahap konsisten yang tinggi iaitu 0.99. Instrumen yang baik dan relevan adalah instrument yang mempunyai nilai alfa yang sama atau melebihi 0.80 (Taber, 2018).

4.1.Profil Demografi Responden

Seramai 28 orang guru telah menjawab soal selidik melalui aplikasi Google Form yang dihantar melalui aplikasi Whatsapp. Responden telah dimonopoli oleh guru perempuan iaitu seramai 23 orang (82.1%) berbanding lelaki 5 orang (17.9%). Dari segi taburan umur, guru yang berusia 41 hingga 45 tahun yang paling ramai menjawab soal selidik ini iaitu seramai 9 orang (32.1%), 30 hingga 35 tahun seramai 3 orang (10.7%), 36 hingga 40 tahun seramai 7 orang (25.0%), 46 hingga 50 tahun seramai 6 orang (21.4%) dan 50 tahun ke atas seramai 3 orang (10.7%). Rata-rata responden merupakan guru yang baru berkhidmat di sekolah amanah ini, iaitu seramai 14 orang (50.0%) telah berkhidmat kurang dari 5 tahun. Manakala seramai 8

(5)

orang (28.6%) telah berkhidmat dari 6 hingga 10 tahun. Dan masing-masing seramai 2 orang (7.1%) yang berkhidmat selama 11 hingga 15 tahun, 16 hingga 20 tahun dan 21 tahun ke atas.

Jadual 2: Analisis frekuensi dan peratus demografi guru

5. Dapatan Kajian

Skop yang diukur pada bahagian ini ialah berkenaan tahap amalan kepimpinan lestari guru besar dan tahap kepuasan kerja guru di sekolah amanah daerah Jeli. Pengkaji telah mengemukakan 43 item bagi mendapatkan respon tentang amalan kepimpinan lestari guru besar dan 25 item bagi mendapatkan respon tentang kepuasan kerja guru, Responden menjawab item berbentuk skala likert lima mata dari skala 1 untuk sangat tidak setuju hingga sangat setuju pada skala 5. Berikut adalah dapatan data yang diperoleh daripada responden menerusi instrumen yang dijalankan

5.1. Amalan Kepimpinan Lestari Guru Besar

A. Menggalakkan Pembelajaran Berterusan

Dapatan menunjukkan bahawa secara keseluruhannya, guru besar memiliki tahap amalan menggalakkan pembelajaran berterusan yang tinggi. Seterusnya, item 3 merekodkan peratusan tertinggi sangat setuju iaitu sebanyak 18 orang (64.3%). Ini bermakna, guru besar sentiasa sentiasa mengutamakan pembelajaran semasa di sekolah. Manakala item 2 merekodkan peratusan terendah sangat setuju, iaitu sebanyak 10 orang (35.7%).

Jadual 3: Menggalakkan Pembelajaran Berterusan

Item

Skala Likert Lima Mata STS

(1)

TS (2)

KS (3)

S (4)

SS (5) 1. Guru besar sentiasa memberi

sokongan kepada pembelajaran sepanjang hayat.

0 (0%)

1 (3.6%)

2 (7.1%)

9 (32.1%)

16 (57.1%) 2. Guru besar sentiasa memberi

keutamaan kepada penguasaan ilmu.

0 (0%)

1 (3.6%)

3 (10.7%)

14 (50.0%)

10 (35.7%)

Profil Responden Kekerapan Peratus (%)

Jantina Lelaki 5 17.9

Perempuan 23 82.1

Umur

Kurang 29 tahun 0 0

30 hingga 35 tahun 3 10.7

36 hingga 40 tahun 7 25.0

41 hingga 45 tahun 46 hingga 50 tahun 50 tahun ke atas

9 6 3

32.1 21.4 10.7 Tempoh Berkhidmat

di sekolah ini

0 hingga 5 tahun 6 hingga 10 tahun 11 hingga 15 tahun 16 hingga 20 tahun 21 tahun ke atas

14 8 2 2 2

50.0 28.6 7.1 7.1 7.1

(6)

3. Guru besar sentiasa

mengutamakan pembelajaran semasa di sekolah.

0 (0%)

2 (7.1%)

1 (3.6%)

7 (25.0%)

18 (64.3%) 4. Guru besar merupakan

pemimpin yang mengambil berat akan aspek pembelajaran.

0 (0%)

2 (7.1%)

2 (7.1%)

11 (39.3%)

13 (46.4%) 5. Guru besar sentiasa memberi

tunjuk ajar kepada murid walaupun di luar pembelajaran.

0 (0%)

2 (7.1%)

4 (14.3%)

11 (39.3%)

11 (39.3%) 6. Guru besar sentiasa memberi

galakkan kepada perkembangan emosi murid terhadap

pembelajaran berkesan.

0 (0%)

1 (3.6%)

3 (10.7%)

10 (35.7%)

14 (50.0%) B. Mewujudkan Pemimpin Pelapis Di Sekolah

Dapatan menunjukkan bahawa secara keseluruhannya, guru besar memiliki tahap kecenderungan mewujudkan pemimpin pelapis di sekolah yang sederhana tinggi. Seterusnya item 13 merekodkan peratusan tertinggi sebanyak 15 orang (53.6%) sangat setuju. Ini bermaksud, guru besar mendorong guru supaya percaya kepada kepimpinan beliau. Manakala item 11 merekodkan peratusan terendah sangat setuju iaitu sebanyak 7 orang (25%).

Jadual 4: Mewujudkan Pemimpin Pelapis Di Sekolah

Item

Skala Likert Lima Mata STS

(1)

TS (2)

KS (3)

S (4)

SS (5) 7. Guru besar sentiasa

membahagikan tugasan kepimpinan kepada guru lain secara sama rata.

0 (0%)

1 (3.6%)

2 (7.1%)

15 (53.6%)

10 (35.7%) 8. Guru besar sentiasa berkongsi

ilmu pengurusan dalam kalangan guru.

0 (0%)

1 (3.6%)

1 (3.6%)

13 (46.4%)

13 (46.4%) 9. Guru besar sentiasa

membudayakan amalan kepimpinan yang dikongsi bersama antara guru.

0 (0%)

1 (3.6%)

2 (7.1%)

15 (53.6%)

10 (35.7%) 10. Guru besar sentiasa memberi

latihan yang berkaitan

kepimpinan untuk menerapkan kemahiran kepimpinan guru.

0 (0%)

1 (3.6%)

4 (14.3%)

13 (46.4%)

10 (35.7%) 11. Guru besar sentiasa memberi

latihan kepada guru supaya mereka bersedia menjadi pemimpin kelak.

0 (0%)

1 (3.6%)

4 (14.3%)

16 (57.1%)

7 (25.0%) 12. Guru besar sentiasa menjadi

sumber inspirasi kepada guru yang ingin menjadi pemimpin.

1 (3.6%)

0 (0%)

2 (7.1%)

12 (42.9%)

13 (46.4%)

(7)

13. Guru besar mendorong guru supaya percaya kepada kepimpinan beliau

0 (0%)

1 (3.6%)

3 (10.7%)

9 (32.1%)

15 (53.6%) 14. Guru besar berhasrat

penggantinya menjadi pemimpin yang lebih baik dari beliau.

0 (0%)

1 (3.6%)

4 (14.3%)

11 (39.3%)

12 (42.9%) 15. Guru besar sentiasa memastikan

penggantinya berkemampuan memikul tugas pemimpin

0 (0%)

1 (3.6%)

3 (10.7%)

14 (50.0%)

10 (35.7%) C. Pencerapan Budaya Perkongsian Pembelajaran Dalam Kalangan Guru

Dapatan menunjukkan bahawa secara keseluruhannya, guru besar memiliki tahap amalan pencerapan budaya perkongsian pembelajaran dalam kalangan guru yang tinggi. Seterusnya, item 22 merekodkan peratusan tertinggi sangat setuju iaitu sebanyak 17 orang (60.7%). Ini disebabkan guru besar sentiasa menggalakkan guru untuk bekerja secara berpasukan.

Manakala item 21 merekodkan peratusan terendah sangat setuju, iaitu sebanyak 12 orang (42.9%).

Jadual 5: Penerapan Budaya Perkongsian Pembelajaran Dalam Kalangan Guru

Item

Skala Likert Lima Mata STS

(1)

TS (2)

KS (3)

S (4)

SS (5) 16. Guru besar sentiasa

menggalakkan guru untuk belajar daripada guru yang lain.

0 (0%)

0 (0%)

2 (7.1%)

10 (35.7%)

16 (57.1%) 17. Guru besar sentiasa

menggalakkan guru untuk berkongsi maklumat dan

informasi mengenai

pembelajaran.

0 (0%)

1 (3.6%)

1 (3.6%)

12 (42.9%)

14 (50.0%) 18. Guru besar mewujudkan program

mentor-mentee kepada guru.

0 (0%)

1 (3.6%)

4 (14.3%)

7 (25.0%)

16 (57.1%) 19. Guru besar sentiasa mengadakan

latihan dalaman untuk guru.

0 (0%)

0 (0%)

2 (7.1%)

13 (46.4%)

13 (46.4%) 20. Guru besar sentiasa prihatin

tentang kompetensi guru.

0 (0%)

1 (3.6%)

2 (7.1%)

9 (32.1%)

16 (57.1%) 21. Guru besar sentiasa

menggalakkan guru untuk bekerjasama.

0 (0%)

1 (3.6%)

2 (7.1%)

13 (46.4%)

12 (42.9%) 22. Guru besar sentiasa

menggalakkan guru untuk bekerja secara berpasukan.

0 (0%)

1 (3.6%)

2 (7.1%)

8 (28.6%)

17 (60.7%) D. Menggalakkan Perkongsian Dengan Rakan atau Organisasi di Luar Sekolah

Dapatan menunjukkan bahawa secara keseluruhannya, guru besar menggalakkan perkongsian dengan rakan atau organisasi di luar sekolah yang tinggi. Seterusnya, item 27 merekodkan peratusan tertinggi sangat setuju iaitu sebanyak 16 orang (57.1%). Amalan ini sangat penting bagi seorang pemimpin untuk berkolaborasi dengan sekolah lain bagi sama-sama mencapai

(8)

kejayaan. Manakala item 24 merekodkan peratusan terendah sangat setuju, iaitu sebanyak 11 orang (39.3%).

Jadual 6: Menggalakkan Perkongsian Dengan Rakan atau Organisasi di Luar Sekolah

Item

Skala Likert Lima Mata STS

(1)

TS (2)

KS (3)

S (4)

SS (5) 23. Guru besar membantu

pemimpin sekolah lain yang menghadapi kesulitan.

0 (0%)

0 (0%)

2 (7.1%)

11 (39.3%)

15 (53.6%) 24. Guru besar akan meminta

kepakaran pemimpin sekolah lain yang mempunyai masalah.

0 (0%)

1 (3.6%)

3 (10.7%)

13 (46.4%)

11 (39.3%) 25. Guru besar akan berkolaborasi

dengan sekolah lain untuk mencapai kecemerlangan sekolah.

0 (0%)

0 (0%)

3 (10.7%)

11 (39.3%)

14 (50.0%) 26. Guru besar akan berkolaborasi

dengan sekolah lain untuk menyumbang tenaga dan idea bagi sekolah yang bermasalah.

0 (0%)

1 (3.6%)

2 (7.1%)

11 (39.3%)

14 (50.0%) 27. Guru besar akan berkolaborasi

dengan sekolah lain untuk sama-sama mencapai kejayaan.

0 (0%)

1 (3.6%)

2 (7.1%)

9 (32.1%)

16 (57.1%) 28. Guru besar sanggup berkongsi

kemahiran sekolahnya untuk peningkatan prestasi ke peringkat seterusnya.

0 (0%)

1 (3.6%)

2 (7.1%)

10 (35.7%)

15 (53.6%) 29. Guru besar merasa

bertanggungjawab untuk membantu sekolah lain yang menghadapi masalah daalam aspek pengurusan

0 (0%)

1 (3.6%)

2 (7.1%)

11 (39.3%)

14 (50.0%)

E. Kepelbagaian

Dapatan menunjukkan bahawa secara keseluruhannya, guru besar memiliki tahap amalan kepelbagaian yang tinggi. Seterusnya, item 30 merekodkan peratusan tertinggi sangat setuju iaitu sebanyak 17 orang (60.7%). Ini menjelaskan bahawa guru besar sentiasa mewujudkan landasan kerja untuk mencapai matlamat sekolah. Manakala item 34 dan item 35 merekodkan peratusan terendah sangat setuju, iaitu sebanyak 12 orang (42.9%).

Jadual 7: Kepelbagaian

Item

Skala Likert Lima Mata STS

(1)

TS (2)

KS (3)

S (4)

SS (5) 30. Guru besar sentiasa

mewujudkan landasan kerja untuk mencapai matlamat sekolah.

0 (0%)

0 (0%)

4 (14.3%)

7 (25.0%)

17 (60.7%)

(9)

31. Guru besar menggalakkan guru mempelbagaikan kepakaran kendiri.

0 (0%)

0 (0%)

2 (7.1%)

12 (42.9%)

14 (50.0%) 32. Guru besar sentiasa bersikap

terbuka dengan setiap pandangan guru.

0 (0%)

1 (3.6%)

2 (7.1%)

10 (35.7%)

15 (53.6%) 33. Guru besar sentiasa bersikap

terbuka terhadap perubahan yang berlaku mengikut kesesuaian sekolah.

0 (0%)

1 (3.6%)

1 (3.6%)

10 (35.7%)

16 (57.1%) 34. Guru besar sentiasa bersikap

tegas dengan sebarang jenis tekanan.

0 (0%)

1 (3.6%)

2 (7.1%)

13 (46.4%)

12 (42.9%) 35. Guru besar sentiasa menghargai

kerjasama dan bantuan guru.

1 (3.6%)

0 (0%)

3 (10.7%)

12 (42.9%)

12 (42.9%) F. Pemeliharaan

Dapatan menunjukkan bahawa secara keseluruhannya, tahap dimensi pemeliharaan guru adalah tinggi. Seterusnya, item 37 dan item 38 merekodkan peratusan tertinggi sangat setuju iaitu sebanyak 16 orang (57.1%). Ini menunjukkan bahawa guru besar sentiasa mengaplikasi pengalamannya sebagai pemimpin di sekolah sebelumnya dan menjadikan masalah di sekolah yang lama sebagai panduan supaya lebih efektif. Manakala item 43 merekodkan peratusan terendah sangat setuju, iaitu sebanyak 11 orang (39.3%).

Jadual 8: Pemeliharaan

Item

Skala Likert Lima Mata STS

(1)

TS (2)

KS (3)

S (4)

SS (5) 36. Guru besar sentiasa bertenang

jika guru tidak menyebelahinya.

1 (3.6%)

0 (0%)

2 (7.1%)

13 (46.4%)

12 (42.9%) 37. Guru besar mengaplikasi

pengalamannya sebagai pemimpin di sekolah sebelumnya.

0 (0%)

0 (0%)

2 (7.1%)

10 (35.7%)

16 (57.1%) 38. Guru besar menjadikan masalah

di sekolah yang lama sebagai panduan supaya lebih efektif.

0 (0%)

0 (0%)

1 (3.6%)

11 (39.3%)

16 (57.1%) 39. Guru besar sentiasa membuat

keputusan berdasarkan kutipan data analisis sekolah.

0 (0%)

1 (3.6%)

1 (3.6%)

12 (42.9%)

14 (50.0%) 40. Guru besar tidak akan meniru

program sekolah lain yang tidak berjaya.

0 (0%)

1 (3.6%)

1 (3.6%)

14 (50.0%)

12 (42.9%) 41. Guru besar cuba untuk

memperbaiki visi sekolah jika tidak berjaya untuk dicapai mengikut kesesuaian.

0 (0%)

0 (0%)

3 (10.7%)

12 (42.9%)

13 (46.4%)

(10)

42. Guru besar menggalakkan budaya pembelajaran berterusan.

0 (0%)

0 (0%)

3 (10.7%)

10 (35.7%)

14 (50.0%) 43. Guru besar tidak akan teragak-

agak untuk menukar tugas guru yang tidak melaksanakan tugas yang diberikan.

0 (0%)

1 (3.6%)

7 (25.0%)

9 (32.1%)

11 (39.3%)

Jadual 9 menunjukkan dapatan tahap amalan kepimpinan lestari guru besar sekolah amanah di daerah Jeli adalah tertinggi pada dimensi pencerapan budaya perkongsian pembelajaran dalam kalangan guru (min = 4.40; s.p =0.692). Manakala dimensi yang paling rendah tahap iaitu mencapai tahap sederhana tinggi ialah mewujudkan pemimpin pelapis sekolah (min=3.75;

s.p=0.619). Secara keseluruhannya menunjukkan skor tahap amalan kepimpinan lestari berada pada tahap tinggi (min = 4.26; s.p = 0.641). Jelas menunjukkan pencerapan budaya perkongsian pembelajaran dalam kalangan guru yang banyak diserapkan dalam ciri kepimpinan guru besar sekolah amanah.

Jadual 9: Amalan Kepimpinan Lestari Guru Besar

Dimensi Min Sisihan Piawai Tahap

Menggalakkan Pembelajaran Berterusan 4.29 0.761 Tinggi Mewujudkan Pemimpin Pelapis Di Sekolah 3.75 0.619 Sederhana Tinggi Pencerapan Budaya Perkongsian

Pembelajaran Dalam Kalangan Guru

4.40 0.692 Tinggi

Menggalakkan Perkongsian Dengan Rakan atau Organisasi di Luar Sekolah

4.37 0.696 Tinggi

Kepelbagaian 4.37 0.687 Tinggi

Pemeliharaan 4.34 0.577 Tinggi

Kepimpinan Lestari 4.26 0.641 Tinggi

5.2.Tahap Kepuasan Kerja Guru

A. Pekerjaan

Dapatan menunjukkan bahawa secara keseluruhannya, kepuasan kerja guru dalam dimensi pekerjaan mempunyai tahap yang tinggi. Seterusnya, item 3 dan item 5 merekodkan peratusan tertinggi sangat setuju iaitu sebanyak 18 orang (64.3%). Ini bermaksud, guru sentaisa berpuas hati dengan bilangan murid di dalam kelas dan dan kerja mereka. Manakala item 4 merekodkan peratusan terendah sangat setuju, iaitu sebanyak 32.1%.

Jadual 10: Pekerjaan

Item

Skala Likert Lima Mata STS

(1)

TS (2)

KS (3)

S (4)

SS (5) 1. Saya suka melakukan kerja

cara yang berbeza mengikut ksesuaian.

0 (0%)

0 (0%)

4 (14.3%)

14 (50.0%)

10 (35.7%) 2. Saya suka membuat kerja

untuk kepuasan hati sendiri.

1 (3.6%)

0 (0%)

1 (3.6%)

14 (50.0%)

14 (50.0%)

(11)

3. Saya berpuas hati dengan bilangan murid di dalam kelas saya

0 (0%)

0 (0%)

0 (0%)

7 (25.0%)

18 (64.3%) 4. Saya sentiasa membawa

pulang kerja untuk disiapkan di rumah.

0 (0%)

1 (3.6%)

2 (7.1%)

16 (57.1%)

9 (32.1%) 5. Saya berasa gembira terhadap

kerja yang saya sempurnakan

0 (0%)

0 (0%)

0 (0%)

10 (35.7%)

18 (64.3%) B. Gaji

Dapatan menunjukkan bahawa secara keseluruhannya, kepuasan kerja guru dalam dimensi gaji mempunyai tahap yang tinggi. Seterusnya, item 6 merekodkan peratusan tertinggi sangat setuju iaitu sebanyak 15 orang (53.6%). Ini menunjukkan guru berpuas hati dengan gaji yang diterima. Manakala item 9 merekodkan peratusan terendah sangat setuju, iaitu sebanyak 10 orang (35.7%).

Jadual 11: Gaji

Item

Skala Likert Lima Mata STS

(1)

TS (2)

KS (3)

S (4)

SS (5) 6. Gaji yang diterima memadai

dengan pekerjaan saya

0 (0%)

0 (0%)

0 (0%)

13 (46.4%)

15 (53.6%) 7. Gaji yang diterima cukup

memuaskan.

0 (0%)

0 (0%)

0 (0%)

15 (53.6%)

13 (46.4%) 8. Gaji yang diterima dapat

memberi kemewahan kepada saya.

0 (0%)

1 (3.6%)

7

(25.0%) 9 (32.1%)

11 (39.3%) 9. Gaji yang diterima terlalu

tinggi untuk saya.

1 (3.6%)

4 (14.3%)

6 (21.4%)

7 (25.0%)

10 (35.7%) 10. Gaji yang diterima setimpal

dengan pekerjaan saya.

0 (0%)

0 (0%)

2 (7.1%)

12 (42.9%)

14 (50.0%) C. Peluang Naik Pangkat

Dapatan menunjukkan bahawa secara keseluruhannya, tahap dimensi peluang naik pangkat adalah tinggi. Seterusnya, item 13 merekodkan peratusan tertinggi sangat setuju iaitu sebanyak 14 orang (50%). Ini kerana guru yang ingin untuk naik pangkat akan sentiasa menunjukkan prestasi yang terbaik. Manakala item 12 merekodkan peratusan terendah sangat setuju, iaitu sebanyak 11 orang (39.3%).

Jadual 12: Peluang Naik Pangkat

Item

Skala Likert Lima Mata STS

(1)

TS (2)

KS (3)

S (4)

SS (5) 11. Peluang untuk saya naik

pangkat sangat terbuka luas

0 (0%)

0 (0%)

3 (10.7%)

12 (42.9%)

13 (46.4%) 12. Peluang untuk saya naik

pangkat tidak terhad

0 (0%)

0 (0%)

5 (17.9%)

12 (42.9%)

11 (39.3%)

(12)

13. Peluang untuk saya naik pangkat bergantung kepada kebolehan diri saya.

0 (0%)

0 (0%)

2 (7.1%)

12 (42.9%)

14 (50.0%) 14. Terdapat banyak peluang

untuk saya dinaikkan pangkat

0 (0%)

0 (0%)

3 (10.7%)

13 (46.4%)

12 (42.9%) 15. Dasar kenaikan pangkat yang

adil

0 (0%)

1 (3.6%)

7 (25.0%)

9 (32.1%)

11 (39.3%) D. Penyeliaan

Dapatan menunjukkan bahawa secara keseluruhannya, kepuasan kerja guru dalam dimensi penyeliaan mempunyai tahap yang tinggi. Seterusnya, item 19 merekodkan peratusan tertinggi sangat setuju iaitu sebanyak 15 orang (53.6%). Amalan kepimpinan lestari guru besar yang diterapkan membuatkan guru besar sangat terbuka semasa menerima pandangan guru sekiranya sesuai dan logik. Manakala item 17 merekodkan peratusan terendah sangat setuju, iaitu sebanyak 12 orang (42.9%).

Jadual 13: Penyeliaan

Item

Skala Likert Lima Mata STS

(1)

TS (2)

KS (3)

S (4)

SS (5) 16. Guru besar mempunyai

hubungan yang baik dengan saya.

0 (0%)

0 (0%)

2 (7.1%)

12 (42.9%)

14 (50.0%) 17. Guru besar sangat berdedikasi

semasa mentadbir dalam semua aspek.

0 (0%)

0 (0%)

2 (7.1%)

14 (50.0%)

12 (42.9%) 18. Guru besar tidak menghalang

guru untuk melaksanakan sesuatu aktiviti selagi tidak menghalang sesi

pembelajaran.

0 (0%)

1 (3.6%)

2 (7.1%)

11 (39.3%)

14 (50.0%) 19. Guru besar sangat terbuka

semasa menerima pandangan guru sekiranya sesuai dan logik.

1 (3.6%)

1 (3.6%)

11 (39.3%)

11 (39.3%)

15 (53.6%) 20. Guru besar sentiasa

menghargai guru yang memberi perkhidmatan yang terbaik.

1 (3.6%)

0 (0%)

3 (10.7%)

11 (39.3%)

13 (46.4%) E. Rakan Kerja

Dapatan menunjukkan bahawa secara keseluruhannya, tahap dimensi rakan kerja adalah tinggi.

Seterusnya, item 21 merekodkan peratusan tertinggi sangat setuju iaitu sebanyak 16 orang (57.1%). Hal ini menunjukkan rakan sekerja banyak membantu guru dalam urusan kerja yang menyebabkan kepuasan dalam kerja guru. Manakala item 22 dan item 24 merekodkan peratusan terendah sangat setuju, iaitu sebanyak 14 orang (50%).

(13)

Jadual 14: Rakan Kerja

Item

Skala Likert Lima Mata STS

(1)

TS (2)

KS (3)

S (4)

SS (5) 21. Rakan sekerja banyak

membantu dalam urusan kerja

0 (0%)

0 (0%)

0 (0%)

12 (42.9%)

16 (57.1%) 22. Rakan sekerja boleh

berkongsi pendapat jika diminta.

0 (0%)

0 (0%)

0 (0%)

14 (50.0%)

14 (50.0%) 23. Saya mempunyai rakan

sekerja yang bertanggungjawab

0 (0%)

0 (0%)

0 (0%)

13 (46.4%)

15 (53.6%) 24. Saya mempunyai rakan

sekerja yang bercita-cita tinggi

0 (0%)

0 (0%)

1 (3.6%)

13 (46.4%)

14 (50.0%) 25. Saya mempunyai rakan

sekerja yang selalu memberi motivasi kerja kepada saya.

0 (0%)

0 (0%)

1 (3.6%)

12 (42.9%)

15 (53.6%) Jadual 15 menunjukkan dapatan tahap kepuasan kerja guru sekolah amanah di daerah Jeli adalah tertinggi pada dimensi rakan kerja (min = 4.51; s.p =0.473) seterusnya dimensi pekerjaan (min = 4.36; s.p =0.459) dan penyeliaan (min = 4.36; s.p = 0.676). Dan peluang naik pangkat (min=4.28; s.p=0.624) serta gaji (min=4.25; s.p=0.576). Jelas menunjukkan tahap kepuasan kerja guru sekolah amanah di daerah Jeli adalah pada dimensi rakan kerja.

Jadual 15: Kepuasan Kerja Guru

Dimensi Min Sisihan Piawai Tahap

Pekerjaan 4.36 0.459 Tinggi

Gaji 4.25 0.567 Tinggi

Peluang Naik Pangkat 4.28 0.624 Tinggi

Penyeliaan 4.36 0.676 Tinggi

Rakan Kerja 4.51 0.473 Tinggi

Kepuasan Kerja Guru 4.35 0.482 Tinggi

6. Perbincangan

6.1.Amalan Kepimpinan Lestari

Berdasarkan dapatan kajian, tahap amalan kepimpinan lestari guru besar sekolah amanah di daerah Jeli adalah tinggi di mana dimensi penerapan budaya perkongsian pembelajaran dalam kalangan guru adalah tertinggi (skor min = 4.40; s.p =0.692) berbanding dimensi lain. Ini menunjukkan guru besar sekolah amanah di daerah Jeli cenderung mengamalkan amalan kepimpinan lestari dalam membudayakan perkongsian pembelajaran dalam kalangan guru.

Tambahan pula, guru besar merupakan mereka yang berkeupayaan dalam mengamalkan konsep kelestarian dalam mengekalkan dan penambahbaikkan untuk manfaat seluruh warga pendidik sekolah amanah di daerah Jeli. Ini merupakan ciri-ciri pemimpin yang terkesan daripada dapatan kajian tersebut.

Dapatan kajian ini selari dengan kajian Nurmunira dan Yusoff (2021) apabila tahap amalan kepimpinan lestari di Sekolah Kebangsaan Padang Jawa adalah tinggi di mana dimensi

(14)

menggalakkan pembelajaran berterusan adalah tertinggi (skor min = 4.30; s.p = 0.600) berbanding dengan dimensi lain. Ini menunjukkan guru besar Sekolah Kebangsaan Padang Jawa cenderung mengamalkan amalan kepimpinan lestari dalam menggalakkan pembelajaran berterusan.

Seterusnya, tahap amalan ini disokong oleh kajian Syafiqa.et al (2020) ke atas amalan kepimpinan lestari pengetua sekolah daerah Pasir Puteh, Kelantan yang berjaya mencapai tahap tinggi (skor min = 4.05; s.p =0.766). Ini menunjukkan bahawa tahap amalan kepimpinan lestari sekolah daerah Pasir Puteh, Kelantan telah cenderung mengamalkan keutamaam matlamat jangka panjang, mewujudkan pemimpin pelapis di sekolah dan pengagihan kepimpinan.

Walau bagaimanapun, kajian ini menolak kajian Shabita dan Azlin (2019) ke atas amalan kepimpinan lestari pengetua yang di amalkan oleh pengetua SMK Kota Kemuning. Secara keseluruhan, kesemua dimensi berada pada tahap sederhana. Analisis keseluruhan skor min hanya menunjukkan nilai 3.63 berbanding 4.33 di sekolah amanah daerah Jeli.

6.2.Kepuasan Kerja Guru

Tahap kepuasan kerja guru sekolah amanah di daerah Jeli juga menunjukkan tahap yang tinggi di mana dimensi rakan kerja adalah tertinggi (skor min = 4.51; s.p =0.473). Ini menunjukkan guru-guru sekolah amanah di daerah Jeli memerlukan sokongan rakan sekerja untuk mendapat kepuasan dalam bekerja. Rata-rata guru di sekolah amanah menunjukkan 50% berkhidmat selama 0 hingga 5 tahun, manakala tugas yang bertambah menunjukkan bahawa guru-guru memang memerlukan sokongan yang padu dari rakan sekerja untuk memotivasikan diri dan menambahbaik hasil, mutu dan kualiti kerja. Interaksi yang lemah sesama rakan sekerja boleh mengakibatkan ketidakpuasan dalam bekerja. Hubungan yang baik boleh meningkatkan motivasi dan kepuasan kerja guru dalam sesebuah sekolah (Blum & Nylor, 1968)

Hasil kajian ini selari dengan kajian lepas yang dikaji oleh Xin Yuan dan Bity Salwana (2021) yang menunjukkan tahap kepuasan kerja guru di SJKC Hulu Perak adalah berada pada tahap yang tinggi (min= 4.19; s.p=0.499). Daripada kajian tersebut juga menunjukkan dimensi hubungan dengan rakan sekerja adalah sangat tinggi berbanding dengan dimensi lain. Ini menjelaskan bahawa hubungan rakan sekerja amat berkait rapat untuk meningkatkan hasil prestasi kerja guru.

Walau bagaimanapun, dapatan ini menolak kajian Vijian dan Jamalul Lail (2020) ke atas tahap kepuasan kerja guru dalam kalangan guru Sekolah-sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Zon Kajang secara keseluruhannya terletak pada tahap sederhana tinggi (skor min = 3.66; s.p; = 0.33).

7. Kesimpulan

Secara keseluruhan, hasil kajian menunjukkan bahawa amalan kepimpinan lestari guru besar berada pada tahap tinggi. Kajian ini juga mendapati bahawa guru-guru mempunyai tahap komitmen afektif, penerusan, dan normative yang tinggi.

Kejayaan atau kegagalan sesuatu teori bergantung kepada aspek pelaksanaan dan komitmen pihak pemimpin itu sendiri. Diharapkan kajian ini dapat memberi implikasi kepada pihak pentadbir sekolah, PPD, JPN dan KPM. Tujuannya adalah untuk diberikan latihan yang secukupnya kepada guru besar bagi meningkatkan amalan kepimpinan lestari dan menghasilkan guru besar yang cemerlang.

(15)

Kajian tentang amalan kepimpinan lestari guru besar dan hubungannya dengan kepuasan kerja guru masih baru lagi di Malaysia. Kajian ini juga hanya telah di kaji di beberapa sekolah tertentu dan negeri tertentu, oleh itu diharapkan diperluaskan lagi ke seluruh negara. Dalam pada itu, pengkaji menganggap kesesuaian metodologi boleh diperbaiki pada masa akan datang sekiranya terdapat sebarang kekurangan. Daripada dapatan kajian ini semoga menjadi panduan dan rujukan pengkaji seterusnya untuk menambahkan input pengetahuan dan kualiti kepimpinan. Oleh itu, pengkaji mencadangkan kajian lanjutan terhadap kepimpinan lestari dengan kepuasan kerja guru dapat dilakukan dengan kaedah kualitatif. Diharapkan, semoga sistem Pendidikan di negara kita dapat terus berkembang dan cemerlang apabila kajian dan tindakan di ambil setelah kajian-kajian seperti ini di jalankan.

Rujukan

Ahmad Munawar Ismail. (2009). Pengaruh akidah terhadap penghayatan akhlak pelajar-pelajar sekolah memengah kebangsaan di Malaysia. Tesis PhD Univerisiti Kebangsaan Malaysia. Tidak diterbitkan

Aziah Ismail & Abdul Ghani Kanesan. (2014). Amalan autonomi dan akauntabiliti di sekolah berautonomi dan impaknya terhadap kesediaan guru. Jurnal Kepimpinan Pendidikan.

Bil 1, Isu 1, 41-52

Azlin Norhaini Mansor, Jamalul Lail Abdul Wahab & Muhammad Hisham Adnan. (2017).

Tahap kepuasan kerja guru: aspek bebanan kerja guru, pengiktirafan dan penglibatan dalam pengurusan. Jurnal Penyelidikan Pendidikan Jilid 18, 187-199.

Fawziah Kassim. (2008). Persepsi guru besar terhadap pelaksanaan penilaian prestasi guru- guru. Fakulti Pendidikan Teknikal. Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

Gobinathan Vijian, & Jamalul Lail Abdul Wahab. (2020). Amalan kepimpinan transformasional guru besar dan kepuasan kerja guru-guru di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Zon Kajang. International Journal Of Education And Pedagogy, 2(2), 18-31 Hargreaves, A & Fink, D. (2003). Sustaining leadership.phi delta kappan

https://www.leapedservices.com/wp-content/uploads/2020/12/LeapEd-Impact-Study-Press- Conference-Press-Release-BM.pdf

Jack Mccann & Roger A. Holt. (2010). Servant and sustainable leadership : An analysis in the manufacturing environment. International Journal of Management Practice 4 (2) : 34 – 148. DOI:10.1504/IJMP.200.033691

Kelly, J.A. & Linde, T.C. & Anderson, Gail. (2016). Kelly et al. 2008 Can Soc.

Likert, R. (1932). A technique for the measurement of attitedes. Archiver of Psychology, 22 140, 55.

Miller, H. G. (1969). Book Reviews : Milton L. Blum and James C. Naylor. Industrial Psychology: Its Theoretical and Social Foundations (3rd edition). New York: Harper and Row, 1968. Pp. xii + 633. $9.95. Educational and Psychological Measurement, 29(1), 208–211. https://doi.org/10.1177/001316446902900126

Mohamad Firdaus Mohamad Tai, & Mohamed Yusof Mohamed Nor. (2017), Prosiding Simposium Psikologi dan Kesihatan Sosial , Persepsi guru terhadap dasar penjenamaan semula tingkatan enam , 316-325

Mohamad Taufiq, & Aida Hanim. (2018). Amalan kepimpinan lestari guru besar dan hubungannya dengan kepuasan kerja guru di sekolah rendah berprestasi tinggi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Seminar Antarabangsa Isu-Isu Pendidikan (ISPEN), Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya

Mohd Izham Mohd Hamzah, Nur Syafiqa Alias & Bity Salwana. (2020). Amalan kepimpinan

(16)

profesionalisme. Jurnal Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan, 31 (1). ISSN 1511- 4147

Norashikin, Abu Bakar, Ramli Basri, & Foo Say Fooi. (2015). Hubungan kepimpinan guru dengan pencapaian akademik pelajar. Internationan Journal of Education and Training (InjET) 1(2) November 1-11

Owens, R. G., & Valesky, T. C. (2011). Organizational behavior in education: Leadership and school reform. Boston, MA: Pearson.

Raja Nurmunira, & Mohamed Yusoff. (2021). Amalan kepimpinan lestari guru besar dan kepuasan kerja guru di Sekolah Kebangsaan Padang Jawa Shah Alam. Jurnal Dunia Pendidikan, 3(1), 385-393.

Shabita, & Azlin. (2019). Amalan kepimpinan lestari dan hubungannya dengan komitmen guru Kolej Islam Sultan Ahmad Shah, Klang. Universiti Kebangsaan Malaysia.

Smith, P. C., Kendall, L., & Hulin, C. L. (1969). The measurement of satisfaction in work and retirement. Chicago, IL: Rand McNally

Somprach, K., Tang, K.N., & Popoonsak, P. (2017). The relationship between school leadership and professional learning communities in Thai basic education schools.

Educational Research for Policy and Practice, 16,157-165. doi: 10.1007/s10671-016- 9206-7.

Supian Hashim & Khadijah Daud. (2014). Amalan kepimpinan lestari guru besar dan hubungannya dengan prestasi kerja guru sekolah rendah yang menerima tawaran baru di daerah Segamat. Jurnal Sains Humanika, 2 (4): 18-32.

Supian Hashim. (2016). Amalan kepimpinan lestari dan hubungannya dengan prestasi kerja guru sekolah rendah yang menerima tawaran baru di Daerah Segamat. Tesis Yang Tidak Diterbitkan. Univesiti Teknologi Malaysia

Syed Ishak Syed Manan. (2015). Amalan kepimpinan lestari pengetua dan hubungannya dengan prestasi kerja guru di SMKA Bahagian Kuching.Tesis Sarjana Pendidikan.

Fakulti Pendidikan, Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Taber, K. T. (2018). The use of Cronbach’s alpha when developing and reporting research instruments in science education. Research in Science Education, 48, 1273-1296 Tay. L. P. (2016). Amalan kepimpinan lestari pengetua dan hubungannya dengan standard

kualiti sekolah berkesan di Negeri Melaka. Tesis Doktor Falsafah Pengurusan dan Pentadbiran Tidak Diterbitkan, Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia.

Tor Xin Yuan, & Bity Salwana Alias. (2021). Kepimpinan transformasi guru besar dan kepuasan kerja guru di SJKC Daerah Hulu Perak. Jurnal Dunia Pendidikan, 3(1), 134- 147

Rujukan

DOKUMEN BERKAITAN

Sesuatu kepimpinan yang efektif merupakan satu asas bagi kenaikan taraf sekolah secara berterusan, bersama kepimpinan transformasi guru besar akan memberi impak

Dapatan seperti dalam Jadual 5 menunjukkan Ujian Korelasi Pearson yang dijalankan dalam menentukan hubungan tahap amalan kepimpinan lestari guru besar dan tahap kepuasan kerja guru

Kajian ini bertujuan untuk membantu pihak pentadbir di sekolah melihat secara telus permasalahan yang dihadapi oleh guru dalam usaha mengoptimumkan integrasi kepimpinan

Kajian ini mendapati hubungan positif yang signifikan pada tahap tinggi antara amalan kepimpinan distributif pengetua dengan kepimpinan guru di sekolah

Data statistik deskriptif yang dibentangkan dalam jadual 3.11 adalah nilai purata yang menunjukkan hubungan yang baik antara hubungan antara gaya kepimpinan guru besar dengan

Malah dapatan kajian Abdul Rahim and Zahari (2018) menunjukkan nilai korelasi Pearson antara kepimpinan distributif guru besar dengan komitmen organisasi juga

Dapatan kajian mendapati tahap tingkah laku kepimpinan guru besar, beban kerja guru dan prestasi kerja guru di daerah Sarikei adalah sederhana manakala analisis

Objektif kajian ini adalah untuk mengenalpasti terdapat tahap amalan kepimpinan transformasional guru besar mengikut empat dimensi iaitu pengaruh yang ideal,