• Tiada Hasil Ditemukan

View of ANALISIS KESALAHAN PENGGUNAAN KATA PEMERI IALAH DAN ADALAH DALAM KERJA KURSUS GURU PELATIH DI IPG KAMPUS IPOH

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Share "View of ANALISIS KESALAHAN PENGGUNAAN KATA PEMERI IALAH DAN ADALAH DALAM KERJA KURSUS GURU PELATIH DI IPG KAMPUS IPOH"

Copied!
25
0
0

Tekspenuh

(1)

100

ANALISIS KESALAHAN PENGGUNAAN KATA PEMERI IALAH DAN ADALAH DALAM KERJA KURSUS GURU PELATIH DI IPG KAMPUS IPOH

(ERROR ANALYSIS OF THE USAGE OF 'PEMERI' WORD 'IALAH'AND'ADALAH' IN TEACHER TRAINEES' COURSEWORK IN

IPG KAMPUS IPOH)

1Norainah Mohd. Saleh

2Lizarose Abdullah

3Hasnah Awang, Ed.D

1 Kolej Tingkatan Enam Perak

2Sekolah Menengah Perak

3Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh

1Corresponding author: ainanms64@gmail.com

ABSTRAK

Kajian ini dijalankan bertujuan mengenal pasti dan menganalisis penggunaan kata pemeri ialah dan adalah dalam kerja kursus pelajar Melayu di Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Ipoh dalam pembinaan ayat untuk menghasilkan kerja kursus. Kajian ini menggunakan kaedah analisis dokumen yang menggunakan kerja kursus bagi tujuan pengumpulan data. Dua buah kelas dipilih dari IPG Kampus Ipoh dan seramai 43 orang pelajar dijadikan sampel kajian. Pengkaji telah mengenal pasti seramai 10 orang pelajar Melayu melakukan kesilapan dalam penggunaan kata pemeri ialah dan adalah atau kesalahan penggunaan salah satu daripadanya, serta menganalisis kesalahan penggunaan kata pemeri tersebut dalam kerja kursus yang dihasilkan. Hasil kajian mendapati bahawa 10 daripada 43 sampel kajian telah melakukan kesilapan ketika menggunakan kata pemeri ialah (13.95%) dan kata pemeri adalah (11.62%), manakala 33 orang pelajar (76.74%) tiada kesilapan dalam penggunaan kata pemeri tersebut. Kesalahan yang diperoleh telah dihuraikan mengikut penggunaannya dan bilangan kesilapan penggunaan kata pemeri dianalisis dalam bentuk frekuensi dan peratusan. Dalam sesi soal jawab dengan sampel kajian selepas menganalisis kerja kursus pelajar, pengkaji mendapati kesilapan penggunaan kata pemeri adalah kerana kekeliruan penggunaan rumus tatabahasa yang tepat (23.3%)

(2)

101

berbanding sampel menunjukkan sikap sambil lewa (6.97%) ketika penulisan kerja kursus dan ketika mempelajari rumus-rumus tatabahasa Bahasa Melayu. Sehubungan dengan itu, bimbingan yang berterusan daripada para pensyarah yang mengajar bahasa Melayu amat diperlukan kerana hal tersebut sangat berkaitan dengan kemahiran dan kepakaran bakal guru sebagai pendukung dasar untuk memartabatkan bahasa Melayu di sekolah kelak.

Kata kunci: Kata pemeri ialah, kata pemeri adalah, sikap sambil lewa, kekeliruan, tatabahasa Bahasa Melayu.

ABSTRACT

This study was conducted to identify and analyse the use of the ‘Pemeri’ word ‘ialah’ and

‘adalah’ in the coursework of Malay students (teacher trainees at IPG Ipoh Campus) in the construction of sentences to produce (to complete the coursework). This study employed a document analysis method of the coursework for the purpose of data collection. Two classes were selected from IPG Ipoh Campus and a total of 43 students teacher trainees were sampled for the study. Researchers have identified a total of 10 Malay students who made mistakes in the use of the ‘Pemeri’ word ‘ialah’ and ‘adalah’ or misuse of one of them, as well as analysed the misuse of the 'Pemeri' word in the coursework produced. The results of the study found that 10 out of 43 samples of the study had made mistakes when using the

‘Pemeri’ word ‘ialah’ (13.95%) and ‘adalah’ (11.62%), while 33 students (76.74%) had no errors in using the ‘Pemeri’ word. The errors obtained were described according to their usage and the number of errors in the use of the ‘Pemeri’ word which was analysed in the form of percentage. In the question and answer session with the sample of study after analysing the coursework of students / teacher trainees, the researchers found that, the error in the use of ‘Pemeri’ word was due to confusion in the use of correct grammatical rules (23.3%) compared to the sample showing a ‘nonchalant attitude’ (6.97%) when writing coursework and when learning Malay grammatical rules. Accordingly, the continuous guidance of the lecturers who teach Malay, indispensable because it is so relevant to the skills and expertise of the teacher as a support base for upholding the Malay language in schools in the future.

(3)

102

Keywords: Pemeri word ‘ialah’, pemeri word ‘adalah’, nonchalant attitude, confusion, Malay grammar.

.

PENGENALAN

Pendahuluan

Penguasaan Bahasa Melayu amat penting dalam kalangan guru pelatih di Institut Pendidikan Guru. Institut Pendidikan Guru merupakan sebuah institusi yang melahirkan graduan guru untuk dilatih dan seterusnya mengajar di sekolah yang telah diarahkan. Oleh itu, penguasaan mata pelajaran Bahasa Melayu dalam semua aspek seperti penulisan, tatabahasa dan lisan harus dikuasai sepenuhnya oleh bakal guru di IPG.

Kesilapan tatabahasa dalam kalangan guru pelatih ini tidak boleh dipandang ringan kerana mereka akan mengajar murid-murid di sekolah rendah yang mula mengenali dan belajar tatabahasa Bahasa Melayu yang betul dengan ayat yang gramatis. Jika keadaan ini tidak diatasi kesilapan akan terus berlaku. Kelemahan menguasai kemahiran tatabahasa dalam penulisan kerja kursus tidak seharusnya berlaku dalam kalangan guru pelatih di Institut Pendidikan Guru. Kamus Dewan (2010) tatabahasa dalam Bahasa Melayu ditakrifkan sebagai satu pengetahuan atau pelajaran tentang pembentukan perkataan dan proses pembinaan ayat (penyusunan kata dalam ayat). Menurut Nik Safiah Karim et al.

(2014) dalam Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga mentakrifkan pembentukan ayat yang tidak terbilang jumlahnya merupakan asal pembentukan sesuatu bahasa, manakala ayat pula terhasil daripada pelbagai golongan perkataan yang membawa makna tersendiri. Perkataan yang digunakan dalam pembinaan ayat ini terhasil melalui penyatuan bunyi-bunyi dalam sesuatu bahasa yang mempunyai makna, digabungkan menjadi suku kata dan perkataan.

Untuk pengajaran Bahasa Melayu, setiap guru atau bakal guru perlu memikirkan cara dan kaedah yang lebih menarik agar murid-murid mudah memahami serta berminat untuk mempelajari tatabahasa tanpa sebarang tekanan. Menurut Zamri Mahamod (2010)

(4)

103

seringkali terdapat kegagalan guru untuk menerapkan pelbagai kemahiran yang diajar, terutamanya kemahiran abad ke-21. Bagi pembelajaran Bahasa Melayu, aspek tatabahasa harus dikuasai penggunaannya tanpa kesilapan dan kesalahan yang boleh mengubah maksud sesuatu perkataan atau frasa.

Oleh hal yang demikian, kurikulum KSSR terkini mengutamakan aspek tatabahasa agar diajar sekali seminggu iaitu setiap hari Jumaat mengikut sukatan dalam Rancangan Tahunan yang telah ditetapkan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia terutamanya bagi murid-murid sekolah rendah. Pengetahuan yang lebih meluas dalam bidang tatabahasa Bahasa Melayu, penting dalam sistem pendidikan Malaysia bermula dari sekolah rendah, menengah dan seterusnya di peringkat institut dan universiti.

Bahasa Melayu haruslah dikuasai dengan baik oleh bakal guru kerana ilmu itu dapat memahirkan mereka dalam pembinaan ayat dalam tugasan kerja kursus dan juga lisan serta menjadi penutur Bahasa Melayu yang baik setelah mereka menjadi seorang guru kelak.

Kesilapan penggunaan dan penguasaan ayat yang baik dalam penulisan kerja kursus dapat dikesan dengan wujudnya amalan membantu responden untuk menghasilkan ayat yang lebih gramatis dalam penulisan kerja kursus dengan penggunaan aspek tatabahasa yang baik.

Pernyataan Masalah

Di Malaysia kajian berkaitan kesalahan bahasa seringkali mendapat perhatian pengkaji bahasa.Kajian-kajian lepas berkaitan kesalahan bahasa boleh ditelusuri daripada buku-buku ilmiah, jurnal bahasa dan majalah bahasa. Mohammed Zin Nordin et al. (2003) menyatakan Laporan Jawatankuasa Mengkaji Penggunaan Bahasa Malaysia pada tahun 1981 mendapati bahawa penggunaan bahasa Melayu dalam sektor pentadbiran dan pengurusan, sektor media, di tempat awam dan juga di institusi pendidikan masih lagi banyak kesalahan bahasa.

Tokoh bahasa tempatan, Abdullah Hassan et al. (1989) telah mengumpulkan artikel-artikel berkaitan kesalahan penggunaan bahasa Melayu dalam buku yang bertajuk Kesalahan

(5)

104

Bahasa Dalam Bahasa Malaysia. Antara kesalahan bahasa umum yang dapat dikesan mengenai masalah bunyi, sebutan dan ejaan, kesalahan morfologi dan sintaksis.

Di Institut Pendidikan Guru, masalah berkaitan kesalahan bahasa dalam penulisan kerja kursus dalam kalangan guru pelatih juga tidak terkecuali. Melalui pemerhatian terhadap tugasan guru pelatih, masih berlaku kesilapan penggunaan kata pemeri ialah dan adalah. Melalui perbualan dan soal jawab dengan beberapa orang guru pelatih mereka masih keliru dan tidak faham dalam penggunaan kata pemeri tersebut. Kajian Abdullah Yusof (2009) menyatakan beliau melihat kekeliruan penggunaan kata pemeri dalam akhbar yang dipilih sebagai data korpus dan dibandingkan dengan Tatabahasa Dewan. Kajian ini jelas mendapati bahawa kata pemeri ialah bukan sahaja hadir di hadapan frasa nama, malah turut hadir dihadapan frasa kerja dan kata tanya. Hal ini bertentangan dengan penggunaannya mengikut Tatabahasa Dewan.

Kelemahan guru pelatih dalam penulisan kerja kursus juga mungkin faktor pengaruh bahasa ibunda atau dialek serta kurangnya aktiviti membaca bahan bacaan ilmiah dalam bahasa Melayu. Selain itu, kelemahan mereka dalam penguasaan terhadap penggunaan kata pemeri juga mungkin disebabkan faktor teknik pengajaran dan kaedah yang digunakan oleh guru yang tidak dapat memberikan pemahaman yang jelas dan tepat dalam penggunaan kata pemeri yang mematuhi rumus-rumus Tatabahasa Dewan. Nik Safiah Karim(1995) menyatakan bahawa terdapat pengguna yang keliru dengan penggunaan is dan was dalam bahasa Inggeris bagi menggantikan kata pemeri ialah dan adalah.

Kekeliruan yang seringkali terjadi dalam pembinaan ayat yang melibatkan kesalahan penggunaan kata pemeri seperti meletakkan adalah di tempat ialah, ialah ditempat adalah dan penggunaan kata adalah di hadapan kata kerja ataupun di permulaan ayat. Hal ini menarik perhatian pengkaji untuk melihat kesalahan bahasa tersebut dalam konteks penulisan kerja kursus guru pelatih di Institut Pendidikan Guru.

(6)

105

Objektif Kajian

i. Mengenal pasti kesilapan penggunaan kata pemeri ialah dan adalah dalam penulisan kerja kursus mata pelajaran Pengajaran Kemahiran Bahasa Melayu.

ii. Menganalisis kekerapan kesilapan kata pemeri ialah dan adalah yang terdapat dalam penulisan kerja kursus Bahasa Melayu.

iii. Mengenal pasti faktor-faktor kesilapan penggunaan kata pemeri ialah dan adalah dalam penulisan kerja kursus Bahasa Melayu.

Soalan Kajian

i. Apakah kesilapan penggunaan kata pemeri ialah dan adalah dalam penulisan kerja kursus mata pelajaran Pengajaran Kemahiran Bahasa Melayu ?.

ii. Berapakah kekerapan kesilapan kata pemeri ialah dan adalah yang terdapat dalam penulisan kerja kursus Bahasa Melayu ?.

iii. Apakah faktor-faktor kesilapan penggunaan kata pemeri ialah dan adalah dalam penulisan kerja kursus Bahasa Melayu ?.

Batasan Kajian

Kajian ini telah dijalankan berdasarkan penulisan kerja kursus mata pelajaran Pengajaran Kemahiran Bahasa Melayu yang telah dihasilkan oleh pelajar Melayu unit R1 dan Q1 sahaja. Kajian ini meninjau aspek tatabahasa dalam penulisan kerja kursus guru pelatih di Institut Pendidikan Guru. Aspek tatabahasa yang dikaji hanya dibataskan kepada kesalahan penggunaan kata pemeri ialah dan adalah.

TINJAUAN LITERATUR

Menurut Corder (1984) kesilapan yang ketara ialah kesilapan penggunaan dan digolongkan secara am kepada kesilapan rujukan. Hal yang demikian berlaku apabila penutur

(7)

106

menggunakan sesuatu konsep yang tidak sesuai untuk sesuatu objek. Kesilapan sosial pula berlaku apabila penutur memilih perkataan yang tidak sesuai dengan pandangannya.

Menurutnya lagi, kesilapan bahasa dapat menunjukkan pengetahuan pelajar tentang bahasa kedua itu dan cara pembelajarannya. Keadaan ini akan memberi maklumat penting tentang strategi-strategi pembelajaran bahasa kedua pelajar. Corder (1984) menyatakan bahawa kesilapan bahasa berlaku bukanlah disebabkan penutur jati tidak cekap atau berpengetahuan dalam bahasanya.

Penggunaan bahasa yang menyimpang daripada peraturan yang telah ditetapkan dapat dibahagikan kepada tiga kategori iaitu kesilapan, kesalahan dan lupaan sementara (Juriah Long et al., 1989). Menurut Bell (1981), kesilapan dimaksudkan kepada bentuk-bentuk penuturan yang menyalahi tatabahasa atau struktur sesuatu bahasa dan kesilapan ini timbul akibat daripada ketidaksempurnaan penguasaan penutur terhadap sistem bahasa itu. Maksud kesalahan pula adalah penggunaan bentuk-bentuk bahasa yang tidak sesuai dengan konteks sosial yang telah ditentukan oleh masyarakat penutur atau bentuk-bentuk penggunaan bahasa yang menyalahi ciri-ciri ketatasusilaan bahasa yang telah ditetapkan secara konvensional oleh masyarakat penutur sesuatu bahasa itu. Ketidakcekapan penutur menggunakan laras-laras bahasa yang sesuai dalam konteks yang tertentu merupakan salah satu daripada punca kesalahan jenis ini, manakala lupaan sementara pula lebih merupakan kesilapan yang tidak disengajakan kerana berpunca daripada gangguan emosi seperti lupa, marah, takut dan sebagainya. Dalam keadaan biasa, penutur akan dapat mengesan dan memperbetulkan kesilapannya berdasarkan pengetahuan bahasa yang ada padanya (Juriah Long et al., 1989).

Secara umumnya Corder (1984) mendefinisikan kesilapan bahasa sebagai bentuk-bentuk pertuturan yang menyimpang atau menyalahi bentuk-bentuk pertuturan penutur jati. Tegasnya, kesilapan bahasa adalah sesuatu bentuk penggunaan bahasa yang menyimpang daripada sistem bahasa yang diterima sebagai baku oleh penutur jati yang terpelajar dan kesilapan itu meliputi semua aspek seperti tatabahasa, ejaan, penggunaan perkataan, istilah dan sebagainya.

(8)

107

Banyak kajian telah dilakukan yang mengungkapkan penguasaan bahasa Melayu dalam kalangan rakyat Malaysia terutamanya penguasaan bahasa Melayu remaja dan pelajar sekolah. Junaidi Kasdan (2010) mendapati hasil kajian yang dilakukan kepada remaja Malaysia seramai 1,523 menunjukkan 29.7% (452) remaja gagal menguasai bahasa Melayu dengan baik atau berada di bawah tahap lulus, 31.7% (483) remaja berada pada tahap sederhana, 28.0% (427) remaja berada pada tahap baik dan 6.4% (97) remaja kategorikan sebagai cemerlang. Kajian juga berjaya membuktikan bahwa sosiokognitif yang melatari remaja mempunyai hubungan langsung dengan tahap penguasaan bahasa Melayu mereka.

Kelemahan penguasaan bahasa Melayu remaja pula diperlihatkan melalui kegagalan mereka mematuhi aturan atau nahu pegangan tatabahasa.

Melalui kajian penguasaan bahasa Melayu remaja Sabah dan Sarawak, Nor Hashimah Jalaludin dan Zecquline Melai (2013) mendapati bahawa penguasaan bahasa Melayu, khususnya di Sabah dan Sarawak sangat membimbangkan. Kajian menunjukkan 70.0% remaja tidak dapat mengeja dengan betul dan 9.0% tidak menguasai imbuhan dalam bahasa Melayu. Pengkaji mendapati bahawa hal tersebut berlaku disebabkan pelajar terkeliru antara nahu preskriptif yang diajar di sekolah dengan nahu praktis yang diamalkan di luar sekolah.

Selain itu, kajian tahap penguasaan bahasa Melayu dalam kalangan orang dewasa iaitu guru-guru yang sedang mengajar mata pelajaran bahasa Melayu di Tingkatan 6 yang dilakukan oleh Abdul Rashid Daing Melebek (2010). Penyelidikan tersebut mendapati bahawa semua responden menghadapi masalah dan masih keliru dalam semua aspek tatabahasa yang dikemukakan dalam ujian. Aspek tatabahasa yang kesalahannya melebihi 50% ialah kata pemeri 82%, klausa 74% predikat 58%, morfologi 53%, kata penguat 52%, golongan kata 75% dan tanda baca 81%. Kesalahan aspek tatabahasa yang dilakukan oleh para guru yang sangat ketara ialah kata pemeri, klausa dan tanda baca, manakala aspek predikat, morfologi, kata penguat adalah pada sekitar 50% kesalahan. Para guru juga bermasalah dalam aspek kata hubung, ayat majmuk, semantik, imbuhan, sintaksis, frasa, subjek, kata majmuk, kata ganda dan ayat aktif. Senario ini boleh memberikan kesan kepada

(9)

108

calon Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM). Kajian ini tentunya sangat menarik kerana dapat memberikan gambaran masa depan bahasa Melayu itu sendiri sekiranya hal tersebut terus dibiarkan begitu sahaja. Jika dalam kalangan guru bahasa Melayu yang telah terlatih pun masih berlaku kelemahan penguasaan bahasa Melayu, bagaimana pula penguasaan bahasa Melayu dalam kalangan bakal guru. Dalam hal ini, kajian selanjutnya perlu dilaksanakan untuk mengenal pasti strategi dan inisiatif yang perlu dilaksanakan bagi memastikan bahasa Melayu dikuasai dengan baik oleh seluruh rakyat Malaysia.

Dapatan kajian Nursidah Abd. Hamid et al. (2010) pula mendapati sembilan aspek kesalahan morfologi telah dikenal pasti seperti kesalahan penggunaan imbuhan, kata tugas, ganti nama diri, kosa kata dan ejaan serta kesalahan dari segi struktur ayat dalam penulisan karangan pelajar. Antara faktor yang menyebabkan berlakunya kelemahan tatabahasa tersebut kerana pengaruh bahasa ibunda, faktor persekitaran dan faktor kekeliruan dengan bunyi sebutan imbuhan awalan serta tidak menguasai aspek makna imbuhan dan tidak memahami fungsi imbuhan tersebut. Pengkaji-pengkaji tempatan yang terlibat dengan usaha menganalisis kesalahan bahasa Melayu termasuklah (Ab Halim Mohamad, 2002; Azman &

Goh, 2010; Md Daud Taha, 1992; Mohammad Salehudin Aman, 1993; Mohd Shahril Rajain,1996;) dan lain-lain lagi hingga ke hari ini. Mereka menjalankan analisis kesalahan tatabahasa dalam kalangan pelajar dari pelbagai golongan, aspek dan situasi.

Menelusuri kajian lepas bidang morfologi juga, mendapati banyak kekeliruan yang timbul berkaitan kata pemeri ialah dan adalah. Siti Baidura Kasiran dan Nurul Jamilah Rosly (2003) mengkaji kesalahan penggunaaan kata pemeri dalam kajiannya mendapati terdapat penggunaan ialah yang menyalahi struktur ayat Bahasa Melayu kerana kata adjektif disusuli oleh kata pemeri ialah atau adalah dan terdapat juga kesalahan kata pemeri adalah yang hadir di hadapan kata nama. Penggunaan ini ternyata menyalahi hukum penggunaan kata pemeri yang betul. Oleh itu, penguasaan penggunaan Bahasa Melayu yang tepat perlu dimantapkan seperti yang digariskan dalam Bahasa Pendidikan Negara.

(10)

109

Berdasarkan sorotan kajian di atas, pengkaji membuat kesimpulan bahawa analisis kesilapan memberi sesuatu hasil yang boleh dipercayai untuk menyediakan bahan-bahan bagi pengajaran Bahasa Melayu. Kekerapan kesilapan yang diperoleh membolehkan guru-guru Bahasa Melayu menekankan pengajaran kepada aspek-aspek yang merumitkan pelajar dan hal ini bergantung pada bentuk kesilapan yang menjadi punca kekerapan yang paling tinggi. Kesilapan boleh berlaku contohnya kesilapan dari segi perbendaharaan kata berpunca daripada kelemahan pelajar yang kurang memahami makna perkataan, pengaruh terjemahan, pengaruh bahasa lisan dan dialek daerah dan tidak dapat mengingati sepenuhnya akan ready made utterences. Oleh itu, kesilapan tatabahasa yang tidak dapat dielakkan pasti berlaku dan kesilapan ini menunjukkan gambaran yang natural dalam peringkat penguasaan struktur bahasa seseorang dalam mempelajari sesuatu bahasa.

METODOLOGI KAJIAN

Reka Bentuk Kajian

Reka bentuk kajian ialah kaedah analisis teks yang menggunakan pendekatan gabungan iaitu kuantitatif dan kualitatif. Bagi data kuantitatif analisis yang digunakan ialah frekuensi dan peratusan untuk menyatakan bilangan pelajar yang bermasalah dalam penggunaan kata pemeri, manakala bagi kualitatif menggunakan analisis deskriptif yang menghuraikan kesalahan yang dilakukan dan sebab kesalahan itu berlaku. Kajian kualitatif merupakan satu kaedah yang memberi pemahaman yang lebih mendalam terhadap fenomena yang dikaji (Cresswell, 2007). Kajian kualitatif ini bertujuan untuk mengenal pasti kesalahan tatabahasa dan mengenal pasti kesalahan penggunaan kata pemeri ialah dan adalah dalam penulisan kerja kursus pelajar. Oleh itu, reka bentuk kajian kualitatif merupakan reka bentuk kajian yang terbaik untuk meneroka jawapan dan menjelaskan sesuatu persoalan kajian penyelidik dengan lebih mendalam.

Pengkaji juga mengenal pasti kekerapan kesalahan penggunaan kata pemeri ialah dan adalah oleh pelajar serta menganalisis kesilapan penggunaan kata pemeri tersebut.

(11)

110

Analisis kelemahan tersebut hanya melihat kelemahan pembinaan dari sudut sintaksis dan memfokuskan penggunaan kata pemeri ialah dan adalah. Sampel ayat yang mengandungi kelemahan penggunaan kata pemeri dikumpulkan untuk mengkaji kelemahan tersebut dari sudut; penggunaan “adalah” di tempat “ialah” dan penggunaan “ialah” di tempat “adalah".

Akhirnya, pengkaji akan memberikan cadangan-cadangan yang boleh dilakukan untuk memastikan kesilapan tidak akan berlaku lagi pada masa akan datang.

Sampel Kajian

Sampel seramai 23 orang pelajar dari Unit R1 dan 20 orang pelajar dari Unit Q1 di Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh. Dalam kalangan 43 orang pelajar Melayu tersebut seramai 10 orang telah dipilih sebagai sampel kajian untuk sesi soal jawab setelah kerja kursus mata pelajaran Pengajaran Kemahiran Bahasa Melayu yang diberikan disemak dan didapati sampel menghadapi masalah dalam penggunaan kata pemeri ialah dan adalah.

Prosedur Pengumpulan Data

Data Kajian diperoleh menggunakan beberapa instrumen seperti penulisan kerja kursus pelajar, dan sesi soal jawab secara tidak formal dengan sampel kajian. Kerja kursus adalah satu data bertulis untuk melihat kemampuan pelajar menyampaikan mesej dalam bahasa Melayu dengan menggunakan tatabahasa yang betul.

Penulisan kerja kursus yang telah diberi akan diambil sebagai bahan bukti, kemudian dianalisis untuk mengenal pasti kesalahan tatabahasa. Kajian ini hanya mengehadkan dapatan data tentang kesalahan penggunaan kata pemeri ialah dan adalah dalam kerja kursus yang dihasilkan oleh pelajar. Penyelidik menggunakan Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga oleh Nik Safiah Karim et al. (2014) yang diiktiraf sebagai pegangan utama dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu bagi membuat penentuan yang betul atau salah tentang aspek kesalahan tatabahasa yang dikaji.

(12)

111

Analisis Data

Data yang diperoleh dianalisis untuk melihat kesalahan yang dilakukan oleh pelajar. Sesi soal jawab ringkas dan tidak formal telah dilakukan terhadap 10 orang yang telah melakukan kesilapan dalam penggunaan kata pemeri ialah dan adalah. Penyemakan semula kerja kursus sampel kajian oleh penolong ketua jabatan dilakukan untuk mendapatkan kesahan dan kebolehpercayaan.

DAPATAN KAJIAN

Kesalahan Penggunaan Kata Pemeri Ialah dan Adalah dalam Kerja Kursus Pelajar

Kajian ini telah menggunakan instrumen kerja kursus pelajar untuk mendapatkan data kajian. Setelah pelajar yang dikenal pasti bermasalah dalam kesalahan penggunaan kata pemeri ialah dan adalah, kerja kursus sampel kajian telah dianalisis untuk mengenal pasti masalah yang wujud dalam sampel pengkaji. Kerja kursus adalah satu data bertulis untuk melihat kemampuan pelajar menyampaikan mesej dalam bahasa Melayu dengan menggunakan tatabahasa yang betul.

Sebanyak 10 daripada 43 sampel kajian telah dikenal pasti melakukan kesalahan penggunaan kata pemeri ialah dan adalah dalam penulisan kerja kursus mereka. Iaitu sebanyak 23.3% sampel telah melakukan kesilapan tatabahasa tersebut. Dapatan kajian menunjukkan dalam kerja kursus sampel kajian telah melakukan kesalahan penggunaan kata pemeri ialah dan adalah yang menunjukkan sampel kajian tidak menguasai sepenuhnya penggunaan yang betul kata pemeri tersebut.

Nik Safiah Karim et al. (2014) dalam Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, menyatakan kata pemeri ialah unsur yang menjadi pemerihal atau perangkai antara subjek dengan frasa-frasa utama dalam predikat. Penggunaan kata pemeri ialah hadir di hadapan frasa

(13)

112

nama (FN), manakala kata pemeri adalah pula hadir di hadapan frasa adjektif (FA) dan frasa sendi nama (FSN) seperti yang terdapat dalam ayat-ayat berikut:

Contoh penggunaan Kata Pemeri ialah:

(FN)

i. Antara perkara yang dibicarakan dalam buku itu ialah masalah moral negara.

Contoh Penggunaan Kata Pemeri Adalah:

(FSN)

i. Sumbangan besar beliau adalah dari segi peningkatan ekonomi rakyat luar bandar.

(FA)

ii. Makanan seimbang adalah baik untuk kesihatan badan.

FN : Frasa Nama FSN : Frasa Sendi Nama FA : Frasa Adjektif

(14)

113

Kesalahan Penggunaan Kata Pemeri Ialah + Kata Nama / Frasa Nama

Jadual 1

Kesalahan Penggunaan Kata Pemeri Ialah dalam Penulisan Kerja Kursus Sampel Kajian Bil Pelajar Kesalahan Penggunaan Kata Ialah dalam Ayat

1 Pelajar 2 Salah satu proses pengajaran ialah melalui pedagogi Bahasa Melayu berbantukan ICT

2 Pelajar 4 Pengajaran yang dimaksudkan ialah segala aktiviti seseorang untuk

menghasilkan perubahan tingkah laku yang agak kekal dalam diri seseorang yang lain

3 Pelajar 5 Antaranya ialah membolehkan murid memberikan tindak balas yang wajar dan tepat dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran

4 Pelajar 11 Yang pertama ialah perlunya laman web khusus yang dapat menemukan pelajar dan pengajar dalam suatu situasi yang sesuai untuk proses

pengajaran dan pembelajaran berlangsung dengan jayanya

5 Pelajar 12 Teknik seterusnya pula ialah yang memerlukan kerjasama antara murid

untuk memberikan sebarang pandangan dan pendapat mereka mengenai sesuatu topik

6 Pelajar 13 Demonstrasi ialah satu kaedah untuk melatih murid memerhati dan melakukan sesuatu aktiviti mengikut prosedur-prosedur yang tertentu

Jadual 1 menunjukkan dengan jelas bahawa terdapat penggunaan kata pemeri ialah yang sememangnya menyimpang daripada rumus atau peraturan tatabahasa seperti yang ditetapkan dalam buku nahu pegangan Tatabahasa Dewan. Kata Pemeri ialah hadir di hadapan frasa nama. Seramai 6 orang pelajar melakukan kesalahan dalam penggunaan kata pemeri tersebut manakala seramai 37 orang dapat menggunakan kata pemeri tersebut dengan tepat.

(15)

114

Kesalahan Penggunaan Kata Pemeri Adalah + Frasa Adjektif / Frasa Sendi Nama

Jadual 2

Kesalahan Penggunaan Kata Pemeri adalah dalam Penulisan Kerja Kursus Sampel Kajian.

Bil Contoh Kesalahan Penggunaan Kata Adalah Dalam Ayat

1 Pelajar 3 Berdasarkan peringkat di atas, dapat disimpulkan bahawa penghasilan rekod pengajaran harian adalah berpandukan format tertentu

2 Pelajar 5 Oleh itu, adalah guru perlu menggabungkan elemen TMK ini dengan kaedah dan teknik pengajaran yang akan dilaksanakan.

3 Pelajar 8 Kaedah kedua adalah kaedah fonetik atau linguistik

4 Pelajar 9 Akhir sekali, kekuatan teknik latih tubi dan hafazan adalah murid dapat menguasai kemahiran lisan di samping menjamin ketekalanya 5 Pelajar 10 Antaranya adalah teknik perbincangan

Jadual 2 menunjukkan dengan jelas bahawa terdapat penggunaan kata pemeri adalah yang sememangnya menyimpang daripada rumus atau peraturan tatabahasa seperti yang ditetapkan dalam buku nahu pegangan Tatabahasa Dewan. Kata Pemeri adalah pula hadir dihadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama. Dalam hal ini Nik Safiah Karim et al. (2014) mengingatkan bahawa kata pemeri adalah tidak boleh hadir di hadapan frasa kerja atau kata kerja. Seramai 5 orang pelajar melakukan kesilapan dalam penggunaan kata pemeri adalah, manakala seramai 38 orang dapat menggunakan kata pemeri tersebut dengan tepat.

(16)

115

Kekerapan Kesilapan Kata Pemeri Ialah dan Adalah yang Terdapat dalam Penulisan Kerja Kursus Bahasa Melayu

Jadual 3

Kesalahan Penggunaan Kata Pemeri Ialah dan Adalah

Bil. Kod Pelajar Kesilapan

Kata Pemeri Ialah

Kesilapan Kata Pemeri Adalah

Kesilapan Kedua-dua Kata Pemeri

1 Pelajar 2 /

2 Pelajar 3 /

3 Pelajar 4 /

4 Pelajar 5 / / /

5 Pelajar 8 /

6 Pelajar 9 /

7 Pelajar 10 /

8 Pelajar 11 /

9 Pelajar 12 /

10 Pelajar 13 /

Jumlah 6 5 1

Peratus 13.95% 11.62% 2.33%

Merujuk kepada Jadual 3 di atas, sebanyak 6 (13.95%) pelajar telah melakukan kesalahan penggunaan kata pemeri ialah, berbanding hanya 5 (11.62%) pelajar membuat kesalahan dalam penggunaan kata pemeri adalah, manakala hanya seorang pelajar (2.33%) yang telah melakukan kesalahan dalam kedua-dua penggunaan kata pemeri ialah dan adalah. Seramai 33 (76.74%) pelajar pula tiada kesalahan dalam penggunaan kata pemeri ialah dan adalah.

(17)

116

Faktor-faktor Kesilapan Penggunaan Kata Pemeri Ialah dan Adalah dalam Penulisan Kerja Kursus Bahasa Melayu

Jadual 4

Faktor-faktor Kesalahan Penggunaan Kata Pemeri Dalam Ayat

Bil. Kod pelajar Kesalahan

Kerana Keliru Rumus Tatabahasa

Kesalahan Kerana Sikap Sambil Lewa

Kesalahan Kedua-dua Faktor

1 Pelajar 2 /

2 Pelajar 3 / / /

3 Pelajar 4 /

4 Pelajar 5 /

5 Pelajar 8 / / /

6 Pelajar 9 / / /

7 Pelajar 10 /

8 Pelajar 11 /

9 Pelajar 12 /

10 Pelajar 13 /

Jumlah 10 3 3

Peratus 23.3% 6.97% 6.97%

Jadual 4 menunjukkan hasil temu bual secara tidak formal (10 orang pelajar temu bual peribadi, 6 Mei 2019) didapati bahawa sebanyak 10 (23.3%) pelajar melakukan kesalahan dalam penggunaan kata pemeri kerana keliru dengan rumus-rumus tatabahasa berbanding hanya 3 (6.97%) pelajar yang melakukan kesilapan kerana sikap sambil lewa dalam penulisan kerja kursus serta sikap sambil lewa ketika mempelajari rumus-rumus tatabahasa Bahasa Melayu, manakala 3 (6.97%) pelajar melakukan kedua-dua faktor kesalahan tersebut. Sebanyak 33 (76.74%) pula tidak terlibat dengan faktor kekeliruan dalam penggunaan rumus tatabahasa ataupun kerana sikap sambil lewa, semasa penulisan kerja kursus Bahasa Melayu mereka.

PERBINCANGAN DAN CADANGAN

Hasil kajian ini menunjukkan bahawa punca utama kesilapan penggunaan kedua-dua kata pemeri tersebut atau salah satu daripadanya adalah kerana kekeliruan yang timbul ketika menggunakan rumus tatabahasa yang tepat. Kekeliruan yang sering kali terjadi dalam

(18)

117

pembinaan ayat yang melibatkan penggunaan kata pemeri, meletakkan kata pemeri adalah di tempat kata pemeri ialah, kata pemeri ialah di tempat kata pemeri adalah. Dapatan ini selari dengan pendapat Nik Safiah Karim (1995) yang menyatakan bahawa; Since many sentences in Malay do not require verbs, many users of the Malay language mistakenly use ialah and adalah as a translation of the English verbs wheres the presence of a verb is not essential in a Malay sentence. Dalam hal ini, Zaharani Ahmad dan Nor Hashimah Jalaluddin (2010) pula menyatakan bahawa kekeliruan dalam penggunaan bahasa berpunca daripada percanggahan antara nahu pegangan yang bersifat preskriptif yang diajarkan di sekolah dengan nahu praktis yang diperoleh melalui pengalaman dan pengetahuan penutur sendiri.

Sehubungan dengan itu, hasil dapatan kajian juga menyatakan pelajar masih keliru dengan penggunaan kata pemeri ialah dan adalah kerana berlakunya kecelaruan penggunaan rumus tatabahasa yang tepat bagi kata pemeri tersebut di sekolah, berbanding penggunaan di persekitaran mereka di rumah. Hal ini selaras dengan kajian yang dijalankan oleh Nor Hashimah Jalaludin dan Juliana Nopiah (2011) iaitu tahap penguasaan pragmatik bahasa Melayu di Negeri Sembilan, Kedah dan Kelantan yang masih lemah kerana penggunaan bahasa Melayu yang kurang mendukung di persekitaran mereka.

Hasil dapatan kajian juga menunjukkan sikap sambil lewa dalam penulisan dan sambil lewa mempelajari rumus-rumus tatabahasa merupakan faktor berlakunya kesalahan dalam penulisan kata pemeri. Bagi mereka yang melakukan kesalahan penggunaan kata pemeri dalam penulisan kerja kursus, berpendapat tugasan yang diberi hanya merupakan satu tugas yang wajib dilaksanakan dan diusahakan untuk memenuhi permintaan pensyarah, bukannya kualiti penghasilannya. Dapatan ini selari dengan kajian Goh dan Ng (2004) mendapati bahawa sikap merupakan faktor terpenting terhadap kegagalan atau kejayaan pelajar dalam pembelajaran bahasa. Menurut Marzalina Mansor (2004) dalam kajiannya menjelaskan bahawa pelajar tidak dapat menguasai bahasa dengan baik kerana mereka mempunyai sikap seperti gemar bercakap semasa pensyarah mengajar dan tidak menumpukan perhatian terhadap pembelajaran bahasa terutamanya ketika mempelajari

(19)

118

rumus-rumus tatabahasa yang betul. Mereka memandang remeh terhadap penggunaan tatabahasa yang betul dalam penulisan sehingga menunjukkan sikap tidak ingin mengambil tahu dan tidak berminat untuk belajar cara penulisan yang tepat. Pembelajaran bahasa sukar untuk dikuasai jika pelajar tidak berminat, tiada kemahuan dan motivasi (Jyh, 2005)

Penguasaan tatabahasa merupakan aspek yang penting bagi seseorang guru pelatih untuk menghasilkan penulisan kerja kursus yang baik dan mantap. Oleh itu penguasaan kata pemeri ialah dan adalah wajar dikuasai oleh bakal guru kerana mereka akan menjadi tenaga pengajar di sekolah. Guru pelatih IPG perlu menjalani latihan perguruan selama lima tahun setengah secara formal dalam major Bahasa Melayu. Maka, mereka seharusnya telah mempunyai asas yang kukuh dalam pembelajaran dan penggunaan tatabahasa bahasa Melayu. Namun begitu, daripada dapatan kajian pengkaji, sampel kajian masih melakukan kesilapan dan kesalahan tatabahasa dalam penulisan kerja kursus mereka. Oleh itu, guru pelatih perlu diberikan peluang mengikuti pelbagai kursus tambah nilai pemantapan pengetahuan tatabahasa sama ada anjuran Institut Pendidikan Guru ataupun usaha sama dengan pihak luar.

Selain itu, guru pelatih juga perlu didedahkan dengan aktiviti-aktiviti seperti seminar-seminar, bengkel-bengkel berkaitan dengan tatabahasa Bahasa Melayu, semasa cuti semester bersama dengan agensi kerajaan seperti Dewan Bahasa dan Pustaka, pihak NGO dan badan-badan swasta untuk meningkatkan pengetahuan, sikap, minat, kemahiran dan komitmen dalam memantapkan kemahiran bahasa merentas kurikulum sama ada secara formal mahupun non-formal di sekolah.

Memang tidak dapat dinafikan bahawa sebagai bakal guru, seharusnya menguasai bida ng Tatabahasa dengan baik dan mantap selaras dengan peranan mereka sebagai bakal pendidik di sekolah rendah kelak. Penekanan terhadap penulisan kata pemeri yang betul merupakan aspek penting dalam kemahiran menulis untuk menghasilkan ayat yang bermakna dan gramatis. Oleh hal yang demikian, bakal guru harus diberi latihan yang secukupnya berkaitan dengan Tatabahasa. Selain itu, bimbingan dan teguran para pensyarah

(20)

119

atas kesilapan dan kesalahan tatabahasa yang mereka lakukan dalam penulisan kerja kursus haruslah diberi penekanan untuk dibuat pembetulan semula. Hal ini secara tidak langsung memberi pembelajaran kepada guru pelatih untuk mendapat ilmu tatabahasa melalui kesilapan yang dilakukan.

Pengkaji mencadangkan agar kajian ini dapat diperluas untuk mendapatkan perbandingan bagi memperkukuh kebolehpercayaan dan kesahan tentang keberkesanan penggunaan teknik dan pengajaran tatabahasa guru yang boleh memberi kefahaman dan kemahiran rumus-rumus tatabahasa kepada pelajar. Oleh itu, kajian kesilapan dan kesalahan penggunaan kata pemeri ialah dan adalah dalam kerja kursus guru pelatih perlu diberi perhatian oleh semua pihak.Sehubungan dengan itu, kajian ini diharapkan dapat membetulkan penggunaan kata pemeri ialah dan adalah dalam kerja kursus Bahasa Melayu, bahkan juga dalam semua mata pelajaran yang lain.

Kajian selanjutnya perlu menggunakan lebih banyak sampel termasuklah dalam kalangan guru pelatih bukan Melayu, (dari beberapa buah IPG lain) untuk mendapatkan gambaran yang lebih luas mengenai pengetahuan dan kemahiran guru pelatih terutamanya major bahasa Melayu terhadap penggunaan kata pemeri ialah dan adalah dalam pembinaan ayat untuk penulisan kerja kursus.

Implikasi Kajian

Dapatan kajian yang dibincangkan di atas mempunyai implikasi tertentu terhadap guru pelatih, pensyarah, institusi pengajian tinggi dan Kementerian Pendidikan. Implikasi daripada dapatan kajian ini memberikan gambaran bahawa pembelajaran pada masa ini kian mencabar. Sebagai bakal guru dan seorang pendidik yang bertanggungjawab, guru pelatih perlu menguasai bidang tatabahasa bahasa Melayu dengan mantap. Mereka perlu menguasai bidang ini dengan baik sebelum menjadi tenaga pengajar di sekolah. Sehubungan dengan itu, semua pensyarah major bahasa Melayu, perlu peka terhadap kesalahan dan kesilapan tatabahasa yang ada ketika menilai dan menyemak kerja kursus guru pelatih.

(21)

120

Dapatan kajian ini sebenarnya memberikan implikasi yang menarik kepada perkembangan pendidikan. Penggunaan bahasa yang betul dalam penulisan kerja kursus penting untuk meningkatkan motivasi dan minat guru pelatih terhadap mata pelajaran yang mereka pelajari khususnya mata pelajaran Bahasa Melayu. Selain itu, mereka dapat meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu selaras dengan dasar yang telah ditetapkan oleh kerajaan iaitu memartabatkan bahasa Melayu dan memperkukuh bahasa Inggeris. Tegasnya, dapatan kajian mempunyai implikasi terhadap pendidikan khususnya dalam menghasilkan golongan guru generasi baharu yang berkaliber dan berkemahiran tinggi serta sanggup menghadapi cabaran untuk memartabatkan bahasa Melayu.

Kesimpulan

Penguasaan tatabahasa dalam bahasa Melayu bagi seseorang bakal guru amatlah penting untuk memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Namun begitu, dalam kajian ini menunjukkan sampel kajian memang kerap melakukan kesalahan kata pemeri ialah dan adalah dalam penulisan kerja kursus mereka. Masalah ini berlaku bukan sahaja disebabkan diri pelajar sendiri, tetapi para pensyarah bahasa Melayu juga perlu mengimbas kembali kaedah pengajaran dan pembelajaran yang digunakan sesuai atau perlu diubah suai untuk menghasilkan pembelajaran yang lebih efektif dan inovatif. Selain itu, guru pelatih juga perlu menunjukkan sikap dan motivasi yang tinggi dalam mempelajari setiap isi pelajaran khasnya rumus-rumus tatabahasa Bahasa Melayu. Hal ini dikatakan demikian kerana ilmu yang disampaikan oleh para pensyarah kepada bakal pendidik di IPG, bukan hanya ingin memenuhi syarat untuk lulus peperiksaan tetapi ilmu yang diperoleh perlu difahami dan diaplikasikan dalam lisan dan juga penulisan dengan jelas dan tepat.

(22)

121

RUJUKAN

Ab Halim Mohamad. (2002). Pembelajaran frasa bahasa Arab dalam kalangan pelajar Melayu: Satu analisis kesalahan [Tesis doktor falsafah yang tidak diterbitkan].

Universiti Malaya.

Abdullah Hassan, Hasnah Ibrahim & Mashudi Kader.(1989). Kesalahan bahasa dalam Bahasa Malaysia. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Abdul Rashid Daing Melebek. (2010). Penguasaan tatabahasa guru mata pelajaran Bahasa Melayu tingkatan 6. Jurnal Linguistik,11(12), 1-17.

Abdullah Yusof. (2009). Bahasa verbal dan bukan verbal II: Linguistik, sastera dan peradaban. Institut Terjemahan Negara Malaysia.

Ahmad Khair Mohd Nor, Raminah Sabran, Nawi Ismail & Ton Ibrahim.(2016).

Tatabahasa Asas (Edisi kedua). Pustaka Salam Sdn. Bhd.

Ahmad Khair Mohd. Nor. (2005). Menulis membina keterampilan berfikir. Pelita Bahasa, 18 (7), 12-14.

Ainon & Abdullah Hassan.(2008).Teori dan teknik terjemahan (Edisi khas).PTS Publications & Distributions Sdn. Bhd.

Asmah Omar.(2005).Alam dan penyebaran Bahasa Melayu.Dewan Bahasa dan Pustaka.

Azman Che Mat & Goh, Y. S. (2010). Situasi pembelajaran bahasa asing di Institut Pengajian Tinggi: Perbandingan antara Bahasa Arab, Bahasa Mandarin dan Bahasa Perancis. Asean Journal of Teaching and Learning in Higher Education, 2(2), 9-21.

Bell, R. T. (1981). An introduction to applied linguistics: Approached and methods in language training. Batsford Academic and Educational Ltd.

Corder. (1984). Error analysis: Perspectives on second language acquisition. Originally in International Review of Applied Linguistics, 5 (4), 19-27.

Creswel.J.W.(2012). Educational research, planning, conducting and evaluating quantitative and qualitative research. University of Nebraska. Pearson Press.

Goh,Y.S. & Ng, A. (2004). The bumiputera students attitude in learning Manderin at UITM Campus Terengganu [Paper presentation].The International Colloquium on Language, Attitudes and Education in Multilingual Cites.

(23)

122

Ismail Ahmad. (2004). Penulisan saintifik. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Junaini Kasdan. (2010). Sikap persepsi dan tahap penguasaan Bahasa Melayu remaja:

Analisis sosiokognitif [Tesis doktor falsafah yang tidak diterbitkan]. Universiti Kebangsaan Malaysia.

Juriah Long, Raminah Sabran & Sofiah Hamid. (1989). Analisis kesalahan bahasa dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa dalam perkaedahan pengajaran

Bahasa Malaysia. Fajar Bakti.

Juriah Long. (2001). Keperluan pendidikan Bahasa Melayu di institusi pendidikan tinggi swasta. Jurnal Pendidikan, 26, 21-36.

Jyh, W.S (2005). Evolusi dan evolusi semula bahasa. Dewan Bahasa.

Kamus Dewan Edisi Ke empat. (2010). Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2012). Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia.

http://www.moe.gov.my/userfiles/file/PPP/Preliminary-Blueprint-ExecSummary- Bm.pdf

Khairul Taufiq Abu Bakar & Nor Hashimah Jalaluddin. (2017). Kata pemeri ialah dan adalah : Analisis pargmatik. Jurnal Linguistik, 21(1), 14-28.

Marzalina Mansor. (2004) Stail pembelajaran Bahasa Melayu sebagai bahasa asing di kalangan pelajar luar negara [Tesis sarjana yang tidak diterbitkan]. Universiti Putra Malaysia.

Md. Daud Taha. (1992). Masalah penguasaan Bahasa Melayu di kalangan pelajar Melayu di tingkatan menengah atas di negara Brunei Darulsalam [Tesis sarjana yang tidak diterbitkan]. Universiti Putra Malaysia.

Mohammad Zin Nordin, Mohd Taib Ariffin & Khairul Azam Bahari. (2003). Analisis kesalahan penggunaan bahasa papan tanda perniagaan. UPSI.

Mohammed Salehudin Aman. (1993). Analisis kesalahan tatabahasa Bahasa Melayu di kalangan pelajar sekolah agama atas [Tesis sarjana yang tidak diterbitkan].

Universiti Putra Malaysia.

Mohd Shahril Rajain. (1996). Analisis kesalahan Bahasa Melayu di kalangan pelajar-pelajar tingkatan 6 di sekolah menengah.Satu kajian kes [Tesis sarjana yang tidak diterbitkan]. Universiti Putra Malaysia.

(24)

123

Marohaini Yusoff. (2004). Perlakuan dan proses menulis karangan Bahasa Melayu.

Penerbitan Universiti Malaya.

Nawi Ismail (2002). Permasalahan dalam penyampaian isi karangan. Pelita Bahasa, 14 (08), 44-45.

Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Musa & Abdul Hamid Mahmood. (2014).

Tatabahasa Dewan (Edisi ketiga). Dewan Bahasa dan Pustaka.

Nik Safiah Karim. (1995). Malay grammar for academic and professional. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Nik Safiah Karim. (2004). Bahasa Melayu sedekad yang lalu. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Nor Azizah Mohd Salleh. (1991). Kajian aktiviti-aktiviti pendidikan dewasa di Malaysia.

Pembangunan sumber manusia. Universiti Kebangsaan Malaysia.

Nor Hashimah Jalaluddin. (2010). Sosiokognitif dan penguasaan Bahasa Melayu remaja Malaysia: Kupasan ilmiah. Jurnal Linguistik, 10 (Edisi khas), 1-21.

Nor Hashimah Jalaluddin & Zecqualine Melai. (2013). Penguasaan Bahasa Melayu remaja Sabah dan Sarawak. Universiti Kebangsaan Malaysia.

Nor Hashimah Jalaluddin & Juliana Nopiah. (2011). Penguasaan tatabahasa remaja Malaysia. Analisis pragmatik. Jurnal Bahasa, 11(1), 63-82.

Norzahwarthy Kadir. (2006). Tinjauan kesilapan fonologi penutur natif. Jurnal Bahasa, 6(4), Disember 2006.

Norsimah Mat Awal. (2006). Memperkasakan pelajar pasca-siswazah Indonesia dalam penulisan akademik Bahasa Melayu. Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Nursidah Abd. Hamid, Fairose Sulaiman & Jamaludin Badusah. (2010). Kajian kelemahan tatabahasa pelajar Cina dalam kalangan. blogspot.com

Taringan, Henry Guntur. (1988). Pengajaran analisis berbahasa. Penerbit Angkasa.

Raminah Sabran, Nawi Ismail & Zulkarnain Farihin Abdullah. (2019). Pemantapan pemahaman tatabahasa Bahasa Melayu. Mutiara Suria Ilmu Resources.

Roselan Baki (2003).Pengajaran dan pembelajaran penulisan bahasa Melayu.

Karisma Publication Sdn. Bhd.

(25)

124

Sato Hirobumi @ Rahmat. (2014). Kata pemeri: Satu takrifan nahuan dalam kerangka ayat bahasa Melayu. Jurnal Bahasa. http://jurnalbahasa.dbp.my/

Siti Baidura Kasiran & Nurul Jamilah Rosly. (2003). Analisis kesalahan tatabahasa Bahasa Melayu dalam karangan pelajar asing di sebuah Institusi Pengajian Tinggi Awam.Universiti Islam Antarabangsa.

Siti Norsyahida Mohd A. Rashid, Nor Azuan Yaakob & Che Ibrahim Salleh. (2015).

Penggunaan bahasa dalam laman blog dari aspek morfologi. Penerbit UMT.

Zaharani Ahmad & Nor Hashimah Jalaluddin. (2010). Isu Imbuhan /di-i/ Bahasa Melayu:

Apitan atau gabungan ?. Jurnal Melayu, 5, 103-126

Zamri Mahamod (2010). Psikolinguistik dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Karisma Publication Sdn. Bhd.

http://www.moe.gov.my/userfiles/file/PPP/Preliminary-Blueprint-ExecSummary-Bm.pdf http://jurnalbahasa.dbp.my/

Rujukan

DOKUMEN BERKAITAN

Keputusan kajian menunjukkan bahawa purata untuk kefahaman Guru Pelatih ialah 3.53, 3.10 untuk purata tahap kesediaan dan 5.02 untuk purata keperluan Guru Pelatih

Tujuan kajian ini ialah untuk mengenal pasti sama ada terdapat hubungan yang signifikan antara nilai kerja dengan faktor demografi terpilih guru pelatih Universiti... Putra

Objektif kajian ini adalah untuk; (a) menjelaskan isu-isu yang menjadi fokus penulisan refleksi melalui jurnal praktikum dalam kalangan guru pelatih, (b)

Objektif kajian ini adalah untuk; (a) menjelaskan isu-isu yang menjadi fokus penulisan refleksi melalui jurnal praktikum dalam kalangan guru pelatih, (b) menjelaskan

Kajian ini dijalankan bagi mengenal pasti komitmen terhadap perlaksanaan penerapan PAS dalam pengajaran di bilik darjah dalam kalangan guru pelatih yang mengikuti

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji persepsi guru pelatih bukan ESL di Fakulti Pendidikan UiTM Shah Alam dan juga melihat kepada permasalahan yang wujud semasa

Kajian ini amat rasional dijalankan bagi memperoleh gambaran guru pelatih di IPG dari aspek pengajaran dan pembelajaran PnAS di bilik darjah semasa praktikum. Antara variabel

Kesimpulannya, berdasarkan kajian ini, peranan guru-guru pelatih dan ganti tidak sepatutnya diketepikan di dalam pelaksaan sesuatu polisi kerana mereka juga adalah