• Tiada Hasil Ditemukan

KOLOKIUM ANTARABANGSA SISWAZAH PENGAJIAN ISLAM

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Share "KOLOKIUM ANTARABANGSA SISWAZAH PENGAJIAN ISLAM "

Copied!
977
0
0

Tekspenuh

(1)
(2)

Prosiding

KOLOKIUM ANTARABANGSA SISWAZAH PENGAJIAN ISLAM

(KASPI2016)

Penyelidikan Berinovasi Pemacu Transformasi Ilmu Islami

Penyunting:

Nurbazla Ismail, Zamzuri Zakaria, Nozira Salleh, Hamdi Ishak, Mohamad Zulkifli Abdul Ghani, Nurul Islam mohd Isa, Muhammad Muzakir Abdullah, Syeidah Nusailah Mohd Haer,

Siti Maryam Hanis Hamzah, Nurul Muliani Mohd Isa, Bibi Nur Adila Zulkafli, Roslieza Rosli

FAKULTI PENGAJIAN ISLAM UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

BANGI 2016 http://www.ukm.my/fpi

(3)

Cetakan Pertama / First Printing, 2016

Hak cipta / Copyright Fakulti Pengajian Islam, UKM, 2016

Hak cipta terpelihara. Tiada bahagian daripada terbitan ini boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau ditukarkan ke dalam sebarang bentuk atau dengan sebarang alat juga pun, sama ada

dengan cara elektronik, gambar serta rakaman dan sebagainya tanpa kebenaran bertulis daripada Fakulti Pengajian Islam terlebih dahulu.

All rights reserved. No part of this publication may be reproduced or transmitted in any form or by any means, electronic or mechanical,

including photocopy, recording, or any information storage and retrieval system, without permission in writing from

the Faculty of Islamic Studies, UKM.

Diterbitkan di Malaysia oleh / Published in Malaysia by FAKULTI PENGAJIAN ISLAM

Universiti Kebangsaan Malaysia

43600 UKM Bangi, Selangor D.E., MALAYSIA Tel: +603 8921 3507/3543 Faks: +603 8921 3533

http://www.ukm.my/fpi/prosiding-persidangan/

Perpustakaan Negara Malaysia Data-Pengkatalogan-dalam-Penerbitan Cataloguing-in-Publication-Data

Nurbazla Ismail

Prosiding Kolokium Antarabangsa Siswazah Pengajian Islam 2016 ISBN 978-967-0913-36-0

1. Islamic Studies

(4)

Kata alu-aluan………...

Prakata...………...………...

Falsafah Dan Tasawwuf Dalam Pemikiran Ibn ’Arabi...1 Abd Rahman, Mohd Nasir & Faudzinaim

Gaya Penulisan Tafsir al-Quran dalam Majalah Pengasuh...16 Sekitar Tahun1960an

Abdullah Aqil Faqihi Che Mohd Rahim & Mazlan Ibrahim

Guru Agama Lulusan Timur Tengah Dalam Persepsi Masyarakat ...24 di Thepa Songkhla Selatan Thailand

Abdunkode Doloh & Wan Haslan Khairuddin

Garis Panduan Penentuan Kesahan Hibah...38 di Mahkamah Tinggi Syariah

Adilah Mohd Sa’afie & Mohd Zamro Muda

Nas-Nas Mutasyabihat Menurut Tafsiran Haji Abdullah Abbas...49 Nasution Dalam Karya Tafsir Harian al-Quran al-Karim

Ahmad Mustapa, Arif Yahya & Mazlan Ibrahim

Transaksi Akad Jual Beli Melalui Sistem Dropshipping ...57 Di Media Sosial Menurut Perspektif Syariah

Ahmad Nur Adib Mohammad Arsad & Mat Noor Mat Zain

Fakta-Fakta Kemunculan Bidaah Sayyi’ahdan Bahayanya...78 kepada akidah Umat Islam

Aimi Amalina Haji Abdullah & Ahmad Munawar Ismail

Tadbir Urus Ar Rahnu Menggunakan Pendekatan Tadbir Urus Polisentrik………...97 (Polycentric Governance)

Asiah Alkharib Shah & Salmy Edawati Yaacob

Kedudukan dan Hak Isteri Selepas Perceraian Menurut Hukum Syarak………. 110 Asmak Ibrahim & Nurbazla Ismail

Pengaruh Kerajaan Islam Serantau Terhadap Perkembangan Islam………...127 di Pantai Timur Sabah: Satu Tinjauan Literatur

Faizulnizan wahid & Izziah Suryani Mat Resad @ Arshad

Manfaat Pendidikan Solat Terhadap Pembangunan JERI: ………...……134 Satu Sorotan Literatur

Hafizah Mohd Nor & Ahamad Asmadi Sakat

(5)

Penghayatan Etika Komunikasi Islam: Satu Tinjauan Literatur...157 Irham Salaeh & Zul’Azmi Yaakob

Trait Personaliti Pendakwah Muslim: Satu Sorotan Literatur...165 Izzaty Ulya Munirah Abd Aziz & Zainab Ismail

Konsep Yaqazah Tarekat Ahmadiyyah Idrisiyyah...180 dan Kedudukannya Dalam Tasawuf Islam

Khairul Azwad Ibrahim, Faudzinaim Badaruddin, Zakaria Stapa, Abdul Rahman Mahmood, Muhammad Khairi Mahyudin & Norzira Salleh

Tinjauan Literatur: Faktor-Faktor Yang Menentukan Hukum………...……... 188 Talak Tiga Sekali Lafaz di Mahkamah Syariah

Mahfuzah Binti Abdul Shukor & Zaini Bin Nasohah

Unsur Dakwah Dalam Novel Popular: Satu Tinjauan Literatur………...…… 208 Mashita Azuwan & Fariza Md. Sham

Kuasa Sultan di Dalam Kehakiman Islam: Satu Sorotan Literatur………216 Mashitoh Mohamad Hashim & Mohd Al Adib Samuri

Individu Dengan Kecelaruan Spektrum Autisme dan Jenayah: ...231 Satu Tinjauan Literatur

Mastura Md Sharif & Wafaa’ Binti Yusof

Pendekatan Pendidikan Seksual Kepada Anak-Anak Dalam Surah al-Nur: …………..…... 246 Satu Sorotan Literatur

Masyitah Aqilah Zainudin & Hamdi Ishak

Kesalahan Menghina Agama Menurut Perspektif Fuqaha: ...254 Satu Sorotan Literatur

Mohamad Azri Kharal Anuar & Mohd Al Adib Samuri

Jual Beli Emas Secara Pelan Multi-Level Marketing (MLM)………...267 Menurut Perspektif Islam: Satu Sorotan Literatur

Mohamad Syahir Mohamad & Salmy Edawati Yaacob

Pelaksanaan Pendidikan Islam Sepanjang Hayat Di JAIS...288 Mohd Asyraf As’ad Zainuddin & Nurbazla Ismail

Penilaian Garis Panduan Siaran Televisyen...304 Jabatan Penyiaran, Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia Mengikut

Acuan Maslahah Al-Mursalah

Mohd Huefiros Efizi Husain, Mohd Nasir Abd Majid & Muneer Ali Abdul Rab

(6)

Aplikasi Pemberian Rebat Pembiayaan Jangka Panjang……… 328 Oleh Perbankan Islam: Satu Tinjauan

Muhamad Zuhaili bin Saiman, Ahmad Dahlan Salleh & Shoffian Ahmad

Pengukuhan Akidah Islam Melalui Kefahaman Terhadap………..341 Elemen-elemen Akidah dalam Bacaan Asas Solat.

Muhammad Faliq Abdul Rahman & Ahmad Munawar Ismail

Kadar Mas Kahwin Di Johor Satu Sorotan Sejarah...353 Muhammad Najib Abd Wakil & Che Maryam Ahmad

Asas-Asas Falsafah Pengurusan dan Pentadbiran dalam Islam...370 Satu Penghayatan Semula

Muhammad Syahir Abu Bakar, Wan Fariza Wan Alyati Wan Zakaria & Kamaruddin Salleh Kepentingan Nilai dan Integriti dalam Kalangan Pegawai Penguat Kuasa...384 di Malaysia

Muhammad Syahir Abu Bakar, Wan Fariza Wan Alyati Wan Zakaria & Kamaruddin Salleh Pengurusan dan Pentadbiran Islam Menurut al-Mawardi...399 Muhammad Syahir Abu Bakar, Wan Fariza Wan Alyati Wan Zakaria & Kamaruddin Salleh Perkembangan dan Kekangan Terhadap Perlaksanaan Sistem Pengurusan... 415 dan Pentadbiran Hisbah di Malaysia pada Masa Kini

Muhammad Syahir Abu Bakar, Wan Fariza Wan Alyati Wan Zakaria & Kamaruddin Salleh Isu-isu Semasa dalam Permasalahan Haid dalam ᶜIddah: Satu Kajian Literatur... 431 Nabihah Hasinah Abd Halim & Che Maryam Ahmad

Pendekatan Tazkiyah Al-Nafs Dalam Kalangan Wanita Postpartum………443 Menghadapi Kemurungan: Satu Analisis Literatur

Nadiea Ismail & Prof Madya Salasiah Hanin Hamjah

Persepsi Remaja di Putrajaya dalam Menilai Vlog Dakwah Melalui YouTube...453 Noor Hafizah Jujaji & Faisal Ashaari

Kajian Biografi dan Metode Buku Tafsir Al-Fathu al-Nawa………. 465 Noor Hanisah Abdul Halim & Wan Nasyrudin Wan Abdullah

Konsep Negara Zikir Di Brunei Darussalam...471 Noorintan Kamis & Abdull Rahman Mahmood

Analisis Literatur Berhubung Tuntutan Harta Sepencarian Dalam Poligami... 482 Nor Faizah Zakaria & Md.Yazid Ahmad

Amalan Lokalisasi Pengagihan Zakat Kepada Asnaf Di Malaysia…...493 Nor Farhana Mohd Fadzil & Shofian Ahmad

(7)

Perbandingan Tafsiran Ayat Sifat antara al-ᶜUthaymin dan al-Tabari...521 Norasimah Haji Omar & Mazlan Ibrahim

Aplikasi al-Hiyal Dalam Penstrukturan Sukuk Ijarah: Satu Sorotan Literatur………...542 Norharini Binti Idris & Nik Abdul Rahim bin Nik Abdul Ghani

Sejarah Latarbelakang Golongan Habib...554 Nur Adilah Amiruddin & Fadlan Bin Mohd Othman

Pembinaan Institusi Wakaf Kesihatan di Istanbul……… 564 Pada Tahun 1470M (Hospital Fatih)

Nur Ainul Basyirah Alias & Ermy Azziaty Rozali

Konsep Amalan Euthanasia dan Pendekatan Islam terhadap Kesucian Hidup: ………..…. 581 Tinjauan Literatur

Nur Fatin Alimuddin & Wafaa Yusof

Pelaksanaan Peraturan Tauliah Di Selangor Dan Negeri Sembilan: ………. 595 Isu Dan Cabaran

Nur Hazirah Zainal Abidin & Zaini Nasohah

Menangani Krisis Alam Sekitar Menurut Maqāsid al-Sharī’ah: ……….. 605 Satu Sorotan Literatur

Nurul Afifah Syed Ahmad Shah & Mohd Izhar Ariff Mohd Kashim

Ikhtilat; Definisi dan Hukumnya……….…. 619 Nurul Ain Mazelan & Najah Nadiah Amran

Analisis Literatur ke Arah Penubuhan Mahkamah Pusaka di Malaysia………...………628 Nurul Awatif Fasihah & Md. Yazid Ahmad

Teori Retorik Dalam Pengucapan Dakwah Nik Abdul Aziz Nik Mat... 637 Nurul Nadiah Zamri & Zulkefli Bin Aini

Kefahaman Dan Amalan Pemakanan Halal Dalam Kalangan………. 649 Pelajar Sekolah Menengah Di Negara Brunei Darussalam

Pg Hjh Norwidayawati Pg Hj Metusin, Gamal Abdul Nasir Zakaria & Shamsinar Hj Husain Pengenalan Terhadap Biografi Dan Tarekat Syeikh………... 666 Muhammad Waly Al-Khalidy (1917-1961 M)

Rahmoy Alaspi Agara & Wan Haslan Khairuddin

Peranan NGO Islam Dalam Menangani Fahaman Radikal: Satu Tinjauan Literatur……. 684 Ratna Safitri Purnomo & Zul’azmi Yaakob

(8)

Amalan Puasa Dan Kecerdasan Akal: Sumbangan Terhadap ……….. 698 Kesejahteraan Hidup

Salmiah Abdul Lateh & Puan Farhana Abdul Rahman

Aspek Tarikan Dalam Pengiklanan Program Masjid ... 711 Sarah Abdul Razak & Rosmawati Mohamad Rasit

Prospek Hibah Bersyarat Sebagai InstrumenPembiayaan Peribadi Islam... 716 Shahinaz Zakaria & Amir Fazlim Jusoh @ Yusoff

Identiti Sikh Dalam Kajian Tinjauan Literatur... 726 Siti Aishah Osman, Jaffary Awang & Zaizul Ab Rahman

Pengaruh Pemikiran Tasawuf Al- Muhasibi Terhadap Al- Ghazali………. 738 Dalam Kitab Ihya’ CUlum Al-Din

Siti Hajar Mohamad & Nozira Salleh

Pendekatan Pengajian Tafsir Nur al-Ihsan di Madrasah al-Rahmaniah... 751 Siti Khodijah Binti Mat Lazim & Haziyah Hussin

Penggunaan Plasenta dalam Produk Kecantikan: Sorotan Literatur……….. 759 Siti Maryam Abdullah & Che Maryam Ahmad

Analisis Literatur Terhadap Pelaksanaan Dokumentasi……… 772 Hibah Dalam Industri Perancangan Harta Di Malaysia

Siti Maryam Sahrin & Md Yazid Ahmad

Perbandingan antara Wasiat dan Hibah dalam Merancang Harta Pusaka... 783 Menurut Islam

Siti Noor Farahin Binti M. Fariddudin & Muhammad Adib Samsudin

Metode Fiqh al-Hadith Kitab Bahjat Al-Nazirin Sharh Riyad al-Salihin Karya... 791 Sheikh Salim Bin CId al-Hilali: Analisis Kitab al-Umur al-Manhi Canha

Siti Nor Nazariah Khamis & Ahamad Asmadi Sakat

Analisis Tahap Kesediaan Berkomunikasi Bahasa Arab Dan……… 806 Hubungannya Dengan Personaliti, Harga Diri, Keyakinan Berbahasa Serta Ketarasedar:

Satu Tinjauan Literatur

Siti Rahmah Borham, Kaseh Abu Bakar & Hakim Zainal

Analisis Literatur Terhadap Keperluan Agensi Pemantauan dan Pengawasan………. 819 Produk Hibah di Malaysi

Siti Wahidah Zakaria & Md Yazid Ahmad

Tanggungjawab Antara Suami Isteri Asas dalam Kesejahteraan Keluarga Islam………….831 Suhaibah Binti Adenan & Dr. Fadlan Bin Mohd Othman

(9)

Persepsi Masyarakat Terhadap Keperluan Perkhidmatan Kaunseling Spiritual...855 The Society’s Perception towards the need of Spiritual Counselling Service

Suhaya Deraman, Salasiah Hanin Hamjah, Ahmad Irdha Mokhtar & Mohamad Izzat Emir Ghazali

Aplikasi Teori Tindakan Beralasan Dan Teori Gelagat Terancang Dalam ………870 Perbankan Islam: Satu Tinjauan Literatur

Syahrul Anuar Ali, Salmy Edawati Yaacob & Muhammad Hakimi Mohd. Shafiai

Prinsip Penentuan Hukum Plasma Darah dalam Makanan ...891 Wan Maslukma Wan Zaharudin & Mohd Izhar Ariff Mohd Kashim

Metodologi Sheikh Husayn al-Dhahabi dalam Karya al-Isra’iliyyat Fi al-Tafsir Wa ...902 al-Hadith: Satu Analisis

Zahidah Zainal Abidin & Ahmad Yunus Mohd Noor

Polisi Pan-Islamisme Semasa Pemerintahan Sultan cAbd al-Hamīd II...915 (1876-1909M)

Zulhelman Roslan & Ermy Azziaty Rozali

935 ...

...

. ...

...

...

ءارسلإا ةروس يف نآرقلا نع نآرقلا ثيدح ةيعوضوم ةسارد

يسوبلحلا يدامح ةعمج يفاش ،رون دمحم سنوي دمحا

953 ...

...

...

هباتك يف تايهللإا يف ينلاطسقلا ماملإا جهنم يراسلا داشرإ

حرشل

يراخبلا حيحص

يليمجلا يبيلص ديمحلا دبع دمحم

، دومحم نمحرلادبع.د

&

هط رابص دمحم

(10)

Bidang Pengajian Islam adalah satu bidang penting untuk pembangunan sebuah negara. Bidang ini berfungsi menstabilkan proses pembangunan bagi menghasilkan kelestarian sesebuah negara tersebut. Dalam konteks Malaysia, pengajian Islam menjadi lebih penting sejajar dengan perlembagaan Malaysia yang menyatakan Islam sebagai agama rasmi Negara.

Sehubungan dengan itu, bidang pengajian Islam menjadi fokus rujukan masyarakat khususnya masyarakat Islam di Malaysia. Hasrat Fakulti Pengajian Islam (FPI), Universiti Kebangsaan Malaysia untuk menjadi fakulti terpilih yang memartabatkan pengajian Islam dan memperluaskan ilmu keislaman di persada antarabangsa. Oleh itu, aspek-aspek kurikulum diluaskan melalui pengolahan ilmu-ilmu Islam secara ilmiah dengan menggunakan platform yang pelbagai seperti wacana penulisan ilmu merangkumi seminar, kolokium dan sebagainya bagi memartabatkan kesarjanaan dalam bidang penyelidikan pengajian Islam.

Berdasarkan asas dan latar tersebut, Urus Setia Program Pengajian Siswazah, FPI menganjurkan Kolokium Pengajian Siswazah Peringkat Antarabangsa sebagai salah satu usaha memanfaatkan kegiatan ilmiah calon Siswazah FPI. Dalam kolokium ini, calon Siswazah akan memperoleh maklumat tambahan melalui hasil kajian yang melibatkan calon Siswazah FPI sama ada di peringkat Sarjana mahupun Doktor Falsafah. Kesemua kajian ini bersifat multi-disiplin yang meliputi bidang Syariah, Usuluddin dan Falsafah, Dakwah dan Kepimpinan, Pengajian Arab dan Tamadun Islam, dan Pengajian al-Quran dan al-Sunnah.

Pada kesempatan ini juga, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan terima kasih kepada Urus Setia Program Pengajian Siswazah, Persatuan Pelajar Siswazah FPI UKM serta semua pihak terlibat yang telah berusaha bagi menjayakan penganjuran Kolokium Antarabangsa Siswazah Fakulti Pengajian Islam kali ini. Pihak FPI berharap agar kolokium ini memberi pendedahan kepada para Siswazah Pengajian Islam dengan penemuan-penemuan baharu dan hasil penyelidikan yang berkualiti.

Sekian, terima kasih.

PROFESOR DR. WAN KAMAL MUJANI Dekan

Fakulti Pengajian Islam, UKM

(11)

Setinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Allah s.w.t. kerana pada tahun ini Fakulti Pengajian Islam sekali lagi dapat melaksanakan Kolokium Antarabangsa Siswazah Pengajian Islam UKM (KASPI2016). KASPI merupakan platform yang paling sesuai untuk calon Sarjana dan calon Doktor Falsafah dalam bidang pengajian Islam untuk membentangkan hasil-hasil penyelidikan mereka disamping berkongsi penemuan- penemuan baharu dalam kajian yang dijalankan. Melalui kolokium ini, para siswazah pengajian Islam berpeluang menunjukkan kemampuan dan inovasi mereka dalam menjalankan penyelidikan bersama para penyelia. Adalah amat diharapkan, melalui pembentangan yang berinovasi dan penemuan yang baharu ini, dapat mewujudkan perkongsian pintar antara siswazah dengan pihak industri yang berminat terhadap kajian mereka.

Justeru, matlamat utama KASPI2016 kali ini yang bertemakan “Penyelidikan Berinovasi Pemacu Transformasi Ilmu Islami” telah dirangka untuk meningkatkan potensi siswazah dalam penerbitan yang berimpak tinggi. Selain itu, ia juga bertujuan merealisasikan matlamat pendidikan UKM iaitu untuk melahirkan siswazah yang berkeyakinan, berkepimpinan, beretika dan berjati diri kebangsaan di persada antarabangsa, disamping membentuk masyarakat dinamis, berilmu dan berakhlak mulia.

KASPI2016 telah menghasilkan prosiding “Kolokium Antarabangsa Siswazah Pengajian Islam 2016” yang menghimpunkan semua kertas kerja terbaik yang dinilai oleh pakar bidang masing-masing. Antara bidang tumpuan penyelidikan tersebut termasuk tasawwuf, akidah, tafsir al-Quran, kaunseling, pensejarahan, pendidikan, komunikasi, pemerintahan, kehakiman, pentadbiran, kekeluargaan, pentadbiran harta, perbankan, undang-undang syariah dan fikah semasa.

Saya bagi pihak Urus Setia Program Pengajian Siswazah Fakulti Pengajian Islam, UKM merakamkan setinggi-tinggi TAHNIAH dan penghargaan kepada semua pembentang, peserta, penilai, moderator, penyelia, pengurusan Fakulti Pengajian Islam, Ketua-ketua Jabatan, warga Fakulti dan Persatuan Pelajar Siswazah FPI yang telah menjayakan kolokium pada tahun ini. TAHNIAH DAN SYABAS UNTUK SEMUA. Diharapkan penganjuran majlis seumpama ini dapat menghasilkan warga akademik yang berkompeten dan berinovasi serta mengharumkan nama Universiti dan dunia akademik amnya.

Sekian, wassalam.

PROFESOR MADYA DR. SHOFIAN HJ. AHMAD Timbalan Dekan Siswazah dan Hubungan Antarabangsa Fakulti Pengajian Islam, UKM

(12)

© Fakulti Pengajian Islam, UKM, Bangi, Selangor.

ISBN 978-967-0913-36-0 http://www.ukm.my/fpi/prosiding-persidangan/

Falsafah Dan Tasawwuf Dalam Pemikiran Ibn ‘Arabi

Abd Rahman Tajudin Mohd Nasir Omar Faudzinaim Badaruddin

Jabatan Usuluddin Dan Falsafah, Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia

abdrahmantajudin@yahoo.com

Abstrak: Penyelidikan ini merupakan satu usaha untuk mengkaji pemikiran ibn

‘Arabi yang berhubungkait dengan dua bidang yang penting iaitu falsafah dan tasawwuf. Permasalah kajian ini wujud disebabkan beliau dikategorikan sebagai seorang tasawwuf-falsafi yang sesat kerana tasawwufnya terpengaruh dengan falsafah luar daripada Islam dan bukan berlandaskan al-Quran dan as-Sunnah. Maka objektif kajian ini adalah cuba mengenalpasti bidang falsafah yang dibincangkan oleh ibn

‘Arabi dari aspek ontologi, epistemologi, metodologi dan aksiologi yang dikatakan sesat itu. Ia juga cuba mengenalpasti bidang tasawwuf yang disentuhnya dari aspek syariat, tariqat, hakikat dan makrifat untuk menampakkan ketulinan tasawwufnya.

Kemudian kedua dua bidang falsafah dan tasawwuf yang disentuh oleh ibn ‘Arabi pula dikaji perkaitannya dari pembenaran sudut neraca dalil al-Quran dan as-Sunnah.

Oleh yang demikian, penyelidikan ini merupakan sebuah kajian analisa kandungan secara deskriptif mengenai pemikiran ibn ‘Arabi dalam sintesis falsafah dan tasawwuf. Hasil kajian ini mendapati bahawa ibn ‘Arabi merupakan seorang ahli tasawwuf islam yang tulin, namun memberi komitmen terhadap bidang falsafah kerana mempunyai kepentingan dan tunjangnya daripada dua sumber islam yang autentik iaitu Quran dan Hadis. Oleh itu, penyelidikan ini merupakan kajian kepustakaan ke atas dua karya magnum opusnya Futuhatul al-makkiyat dan fusus al- hikam untuk meneliti kedua dua aspek falsafah dan tasawwuf. Kajian ini mempunyai sumbangan ilmiah kepada masyarakat Islam agar tidak menjauhi pemikiran unggul ibn ‘Arabi, disebabkan beliau cuba mengharmonikan kedua dua bidang yang sangat penting iaitu falsafah dan tasawwuf. Tafsiran baru ditemui kerana wujud nilai saintifik yang bersifat falsafah di setiap perbicaraannya dalam tasawwuf beliau. Malah wujud dalil dalil al-Quran dan Hadis yang menyokong perbahasan beliau dalam falsafah (ilmu hikmah) mahupun tasawwuf seterusnya menolak pandangan yang mengatakan ibn ‘Arabi merupakan tasawwuf-falsafi yang terpengaruh dengan falsafah Yunani dan Rom yang terkeluar dari konteks islam. Implikasi kajian ini akan memberi konotasi baru bahawa ibn ‘Arabi sebenarnya ahli tasawwuf tulin, namun telah mensintesiskan falsafah (hikmah) dan tasawwuf dalam memahami sesuatu perkara ilmu sains dan ilmu hakikat selaras dengan dalil quran dan sunnah. Lantas ia membuka lembaran baru untuk kajian lanjutan dalam pemikiran ibn ‘Arabi.

Kata Kunci: Ibn ‘Arabi, falsafah, tasawwuf, pemikiran, Islam

(13)

PENGENALAN

Ibn ‘Arabi merupakan seorang ilmuwan islam yang sangat prolifik dan unik kerana banyak karyanya terhasil dalam tempoh masa yang tersangat singkat. (A Ates t.th;

Affifi t.th; Affifi t.th) Kajian terbaru yang dilakukan oleh Othman Yahya di dalam bibliografinya Historie et Classification de l’ceuvre d’Ibn Arabi mendapati lebih daripada 846 judul kitab yang dikarang oleh ibn ‘Arabi, lantas meletakkannya sebagai ilmuwan yang paling prolifik dalam dunia akademik (Affifi t.th: 400; Fakhry t.th: 283;

A Ates t.th; Affifi t.th). Hampir kebanyakan kajian berkenaan tokoh ilmuwan islam terkini adalah berkisar tentang pemikiran ibn ‘Arabi di dunia timur dan barat, sehinggakan wujud institusi seperti Ibn ‘Arabi Society semata mata mahu mengkaji pemikiran beliau (www.ibnarabisociety.org). Kajian tentang pemikirannya melahirkan dua aliran mazhab yang pro dan kontra kepada pemikiran ibn ‘Arabi.1 Mazhab yang pro kepada pemikiran beliau mengatakan beliau adalah seorang ulama sejati,2 manakala yang kontra terhadapnya menganggap beliau sebagai seorang yang sesat dan terkeluar daripada Islam.3 Adapun punca tercetusnya kontra ini disebabkan fahaman fahaman falsafahnya yang dianggap cedokan dari luar konteks Islam.4 Namun ada juga pro terhadapnya kerana beliau diposisikan sebagai ahli tasawwuf yang tenggelam dalam tajribah as-sufiyyah yang memahami hakikat sebenar intipati ajaran Islam.5

1 Kata kata Taha ‘Abd al-Baqi berkata : “Sejarah pemikiran Islam tidak pernah menyaksikan pertelagahan dan dialog yang mengatasi kehebatan dan kesengitan pertelagahan dan dialog yang berlegar di sekitar Muhyid al-Din. Tidak keterlaluan jika aku mengatakan : “Sesungguhnya Muhyi al- Din suatu bendera yang berlegar di sekitarnya peperangan antara golongan sufi dengan musuh musuh mereka dari pelbagai puak, kumpulan dan aliran yang wujud (yang berlaku) sejak kurun ketujuh Hijrah sehinggalah zaman kita ini”. (Lih. Surur hlm.17). Perihal yang sama ditegaskan oleh ‘Affifi seperti berikut : “There has never been in the whole hisory of islam another man whose faith has been so much in question. The controversy over Ibn ‘Arabi orthodoxy spread far and wide, and occopied the minds of the muslims for centuries. We may even say that some traces of it are still to be found.” (Lih.’Affifi,

“Ibn ‘Arabi” , dalam History of Muslim Philosophy, 1:405)

2 Sadr al-Din al-Qunawi antara orang yang membela pemikiran ibn ‘Arabi. “Sadr al-Din sendiri , dalam tahun tahun selepasnya, bertindak sebagai eksponen utama kepada pengajaran pengajaran ibn ‘Arabi dan telah meninggalkan banyak komentar penting berhubung dengan hasil hasil tulisan gurunya.

Tambahan pula, Sadr al-Din adalah penghubung antara Sheikh Andalusia yang mashur itu dengan banyak wakil utama tasawuf parsi, khususnya Jalal al-Din Rumi” (Lih. Austin, hlm. 41)

3Antara penentang yang kuat terhadap pemikiran ibn ‘Arabi ialah Taqi al-Din ‘al ‘Abbas Ahmad bin

‘Abd. Al-Halim Ibn ‘Abd. As-Salam bin Taimiyyah (meninggal 728H. / 1328) yang menuduh ibn

‘Arabi sebagai ahli falsafah sufi yang mulhid. Ibn Taimiyyah berkata : “Sesungguhnya (Ibn ‘Arabi) mengambil (sumber keilmuannya) dari suatu ‘lombong’, di mana malaikat juga mengambil (sumber ilmu dari ‘lombong’ tersebut) yang kemudiannya, diwahyukan kepada Rasul. ‘Lombong” pada sisi ibn

‘Arabi adalah ‘akal’, sedangkan malaikat adalah khayal. Khayal sebenarnya tabi’ kepada akal. Oleh itu Ibn ‘Arabi menyangka bahawa beliau mengambil (sumber ilmunya) dari tunjang (asal) khayal sedang Rasul Cuma mengambil (sumber ilmunya) dari khayal sahaja. Jadinya, diri (Ibn ‘Arabi) lebih tinggi daripada Nabi....” (Lih. Al-furqan Ibn Taimiyyah, hlm. 80)

4 Tahdhir al-‘Ibad min al-Hulul wa al-Ittihad, yang ditulis oleh Ibn Tulun. Kitab ini mngatakan bahawa pemikiran sesat ibn ‘Arabi kerana hasil cedokan dari pemikiran falsafah barat.

5 Kata kata Siraj al-Din al-Balqini yang menganggap ibn ‘Arabi adalah seorang ilmuwan yang bertaraf wali : “...awaslah kamu daripada mengingkari sesuatu uapan al-Sheikh Muhyi al-Din. Sesungguhnya beliau waktu terjun ke dalam lautan ma’tifah dan merealisasikan al-Haqa’iq, telah merakamkan pada akhir umurnya, ke dalam Fusus al-Hikam, al-futuhat, al-Tannazullat al-Mawaliyyah dan juga tulisan tulisan lain, yang tidak lagi merupakan sesuatu yang tersembunyi, kepada orang yang berada pada

‘paras’nya daripada kalangan ahli al-isharat. (Tetapi), setelah itu muncul selepasnya golongan yang

‘buta’ mengenai ‘thoriqahnya, lalu menyalahkan beliau dalam hal tersebut, malah mengkafirkan beliau berasaskan ucapan ucapan yang beliau tulis ; sedangkan mereka tidak memiliki pengetahuan berhubung dengan istilah istilah (yang beliau gunakan), dan tidak pula mereka bertanya untuk mendapatkan

(14)

Namun setelah berlalunya sejarah, banyak teori teori ilmu sains pula kini hampir sama dengan apa yang diperkatakannya di dalam banyak kitabnya.6 Lantas nama beliau kembali dipostulatkan sebagai ahli Falsafah Islam yang sangat signifikan dengan masa kini. Maka terjadinya pergantian dua istilah ilmu yang dikaitkan dengan beliau samaada beliau adalah ahli Falsafah atau ahli Tasawwuf atau kedua duanya sekali.

Oleh yang demikian, kajian ini cuba membuat satu analisa tentang pemikiran ibn

‘Arabi dari kedua dua kacamata ilmu Falsafah dan ilmu Tasawwuf sekaligus untuk menilai kebenaran. Kajian ini memfokuskan tentang aspek aspek penting dalam pemikiran ibn ‘Arabi dari segi shari’at, hakikat, toriqat dan ma’rifat dalam ilmu Tasawwuf, sekaligus membincangkan pendapatnya tentang epistemologi, metodologi, ontologi dan juga aksiologi dalam dunia ilmu Falsafah.

PERNYATAAN MASALAH

Ibn ‘Arabi diklasifikasikan sebagai tokoh Tasawwuf-Falsafi (Fadli Rahman 2007).

Tasawwuf-Falsafi didefinisikan sebagai tasawwuf yang terpengaruh dengan fahaman fahaman falsafah yang bukan berlandaskan ajaran Islam.7 Lantas menyebabkan bentuk tasawwuf ini dikafirkan dan dikatakan sesat. Ia dikatakan sedemikian kerana tidak memenuhi aspek sunnah yang telah diajari oleh Rasulullah SAW. Ia merupakan hasil cebisan idea pemikiran manusia daripada tamadun tamadun lain, bukan daripada wahyu kenabian. Sebagai lawannya, kerangka Tasawwuf-Sunni diperkenalkan.

Tasawwuf-Sunni didefinisikan sebagai tasawwuf yang mengikuti ajaran nabi dan al- Qur’an. Tasawwuf-Sunni sepatutnya yang harus diterima dalam Islam dan menolak Tasawwuf-Falsafi (Amin Syukura 2002).

Persoalannya apakah benar ibn ‘Arabi tergolong di dalam tasawwuf-falsafi ini yang berlawanan dengan ajaran nabi Muhammad SAW? Sejauh mana aspek falsafah ibn ‘Arabi dikatakan sesat? Bukankah hikmah itu juga sangat dipentingkan dalam ajaran Islam yang sama maksudnya dengan perkataan falsafah? Apakah kerangka tasawwuf-falsafi yang diistilahkan sebagai bukan bersifat islam, hasil cedokan luar dari tamadun bukan islam itu terkandung dalam pemikiran ibn ‘Arabi ataupun adakah ibn ‘Arabi sebenarnya mensintesiskan falsafah/hikmah dan tasawwuf atas dasar kedua duanya penting/dituntut dalam islam? Apakah sebenarnya ibn ‘Arabi mengadunkan falsafah (baca : hikmah) ke dalam tasawwufnya juga menepati hadis-hadis yang telah digariskan oleh Sunnah Rasullullah SAW? Apakah ada dari nas-nas/dalil dari Al- Quran yang menyokong bahawa sebenarnya ibn ‘Arabi juga merupakan salah seorang Tasawwuf-Sunni? Jika demikian, satu hipotesis dikeluarkan bahawa yang sebenarnya

keterangan. Demikianlah sesungguhnya ucapan al-Sheikh tertakluk di dalam rumuz, rawabit, isharat, dhawabit, hadhaf mudafat, yang segala itu terkandung dalam maklumat ilmu beliaudan orang yang seumpamanya ; sedang golongan yang jahil, tidak mengetahuinya. Jikalau mereka menyelidik kalimat kalimat bersama dala’il dan tatbiqatnya, serta mengetahui pula nata’iy dan muqaddimahnya, pasti mereka akan mendapat hasil yang mereka kehendaki tanpa wujudnya perbezaan antara pegangan mereka dengan pegangan (al-sheikh)”. Lih. Al-Sya’rani, al-Yawaqit, 1:10.

6 Sebagai contoh, tulisan Mohd Haj Yousuf, ibn ‘Arabi – Time and Cosmology ; Buku ini menyatakan bahawa kajian sains terhadap masa dan krelatifannya sama dengan apa yang diperkatakan oleh ibn

‘Arabi.

7 Menurut Ibn Khaldun dalam kitabnya al-Muqaddimah yang dikutip oleh Taftaazani menyatakan bahawa tasawwuf-falsafi ajaran yang memadukan isi mistik dan visi rasional sekaligus. Ajarannya menggunakan terminologi falsafah dalam pengungkapan. Ia kaya dengan pemikiran falsafah emanasi dan neo-platonisme. Conohnya falsafah hulul oleh al-Hallaj, wahdat al wujud oleh ibn ‘Arabi, wujud al-mutlak oleh ibn Sab’in.

(15)

beliau tokoh Tasawwuf Sunni hakiki yang hanya mensintesis cebisan falsafah/hikmah yang juga merupakan subjek yang sangat penting dalam Islam. Apa yang sebenarnya berlaku adalah ibn ‘Arabi menggunakan kedua dua ilmu tersebut ; ilmu falsafah digunakan di dalam menjelaskan dan mensyarahkan ilmu dan disiplinnya yang bersifat zahir, dan menggunakan ilmu tasawwuf di dalam merasai kelazatan ilmu yang luas yang bersifat batin. Atau adakah ibn ‘Arabi ingin menyatakan bahawa menggunakan metode tasawwuf yang menyeluruh itulah cara yang terbaik setelah metode falsafah tidak mampu mencakupi hal hal yang nisbi dan relatif ?

Hal ini kerana, dengan melihat kepada kegagalan dunia Falsafah dalam memahami aspek metafizik dan teologi, telah mendorong ahli falsafah menceburkan diri pula dalam ilmu Tasawwuf.8 Kegagalan dunia Tasawwuf dalam memajukan dunia dari aspek teknologi pula dilihat pincang kerana hanya terfokus kepada peribadatan ukhrawi yang meninggalkan kajian akademik yang bersifat eksprimental. Maka ilmu Tasawwuf juga sebenarnya memerlukan ilmu Falsafah untuk persediaan memakmurkan alam dengan penciptaan penciptaan mesin dan teknologi, sebagai peranan khalifah di muka bumi.9 Maka di sini, sintesis Falsafah dan Tasawwuf diperlukan kepada manusia dan adakah wujud hal ini dalam pemikiran ibn ‘Arabi?

Didapati bahawa pendekatan ahli falsafah melalui spekulasi akal dan kekuatan rasional semata mata tidak mampu mencerap dunia metafizik yang bersifat di luar inderawi manusia. Begitu juga tenggelamnya ahli tasawwuf di dalam dunia toriqatnya telah menjauhkan mereka kepada dunia eksprimental dan saintifik yang bersifat falsafah. Dengan wujudnya perbezaan yang ketara antara dua ilmu ini, seakan memerlukan modul gabungan antara falsafah dan tasawwuf. Adakah keduanya wujud secara harmoni di dalam kitab kitab yang dikarang oleh ibn ‘Arabi? Di sini masalah kajian sebenarnya.

Falsafah dan Tasawwuf adalah merupakan dua bidang universal yang menjadi perhatian dan perbahasan pada masa dahulu sehingga kini. Kedua dua bidang ini didapati mampu menemui ilmu pengetahuan / sains dan makrifat hakikat. Pelbagai teori, konsep, dan ciri-ciri kedua dua bidang dibahas dan dihuraikan oleh para ilmuwan. Jika diteliti, berlaku polarisasi pencarian ilmu di dunia barat dan timur. Ini jelas dilihat apabila kebanyakan negara sebelah timur mementingkan aspek mistik dan rohani yang bersifat Tasawwuf, manakala dunia barat pula mementingkan aspek rasional dan imperikal yang bersifat Falsafah. Didapati kedua dua ilmu Falsafah dan Tasawwuf dilihat terpisah antara kedua belahan dunia timur dan barat. Kedua ilmu ini sering berkonfrontasi dalam mendapatkan ilmu dan kebenaran secara metode yang berlainan. Hal ini kerana kedua-duanya mempunyai kelebihan dan kelemahan tersendiri dari sudut pandang yang berlainan. Masalah konfrontasi ini mendorong untuk mengkaji tokoh ini yang dikatakan sebagai tokoh tasawwuf-falsafi dari sudut kedua dua bidang ini mempunyai nialinya yang tersendiri.

Persoalannya, siapakah tokoh yang boleh diambil sebagai insan yang menggabungkan kedua-dua ilmu tersebut? Tentulah ibn ‘Arabi boleh dijadikan contoh kerana dilihat seakan menepati ciri ciri tersebut. Maka kajian terhadap pemikirannya adalah perlu sekali untuk menyokong status ini. Banyak kajian yang telah dibuat mengenai penulisan ibn ‘Arabi oleh dunia barat, namun pemikiran beliau mengenai

8 Jelas apabila al-Ghazali mengarang kitab tahaafut al-falasifah, yang menjelaskan kegagalan dunia falsafah di dalam mengungkapkan hal yang lebih bersifat metafizik, yang tidak mampu dicapai oleh ilmu falsafah yang bersifat rasio semata mata.

9 Penciptaan teknologi seperti satelit, internet dan media massa adalah lahir dari pengamatan saintifik yang bersifat falsafah.

(16)

sintesis Falsafah dan Tasawwuf secara eksplisit dan mendalam masih belum dibahaskan oleh pengkaji pengkaji terkini di dunia islam. Masih belum ada kajian tentang apa sebenarnya persoalan falsafah ibn ‘Arabi ini? Ini berikutan kerana dunia islam menjauhi pemikiran beliau kerana anggapan ramai bahawa ia diresapi oleh falsafah pantheisme yang sesat dan tasawwuf “wahdat al-wujud” yang menidakkan penciptaan baru.10 Namun demikian, sebahagian pemikir di dunia barat kini pula mengambil pemikiran beliau untuk dikaji semula untuk diambil rahsia rahsia dari penulisan beliau.

Sebagai permulaan, topik falsafah berkenaan “masa” dikatakan ernah disinggung oleh ibn ‘Arabi di dalam kitabnya. Sebagai contohnya, Mohd. Haj Yousuf (t.th) yang mengkaji kitab karangan ibn ‘Arabi telah mendapati bahawa definisi definisi ibn ‘Arabi tentang “masa” menepati aspek sains moden dari aspek dunia Falsafah. Definisinya sesuai dengan hukum relatif Einstein-Podolsky-Rosen. Hukum tersebut merupakan kerangka dunia fizik dalam penciptaan teknologi pada masa hadapan dalam aspek merentas masa. Dalam kajian ini juga beliau menggagaskan bahawa perlunya kajian semula yang mendalam terhadap tulisan tulisan ibn ‘Arabi bagi menggali aspek sains daripada bahasa tulisannya kerana definisi definisi beliau sesuai dan releven dengan hukum sains moden (baca : Falsafah) terkini. Ini meletakkan ibn ‘Arabi merupakan seorang ahli falsafah yang membincangkan tentang masa iaitu salah satu persoalan falsafah yang sangat hebat.

Maka melihat persoalan persoalan ini, masalah kajian ini dikemukakan untuk ditemui jawapan jawapan yang bernas setelah dikaji semula. Secara bacaan kasar, pengkaji mendapati ibn ‘Arabi adalah seorang ilmuwan islam yang boleh dipostulatkan sebagai ahli tasawwuf dan ahli falsafah sekaligus kerana membahaskan kedua persoalan ilmu tersebut. Beliau juga salah seorang tokoh pemikir yang berupaya membuat suatu gagasan yang menggabungkan dua metode rasional-intuisi. Namun ini adalah permulaan sebelum meneliti beberapa aspek dalalm kedua dua bidang tasawwuf dan falsafah beliau.

Persoalannya apakah persoalan persoalan tasawwuf dan falsafah yang disentuh oleh ibn ‘Arabi didalam kerangka pemikirannya? Adakah ia menyentuh kesemua aspek Tasawwuf dan Falsafah sekaligus atau hanya sebahagiannya sahaja?

Apakah cara dan metode ibn ‘Arabi dalam mendapatkan ilmu? Adakah melalui falsafah yang menggunakan metodologi akal dan spekulasi ilmiah, atau melalui tasawwuf yang mengunakan metodologi hati dan pencerahan spiritual? Apakah epistemologi, metodologi, ontologi dan aksiologi yang dibahaskan oleh ibn ‘Arabi dalam ilmu dan hakikat sehingga definisinya begitu sesuai dengan ilmu sains moden kini?

PERSOALAN KAJIAN

Berdasarkan kepada latar belakang kajian di atas, dapatlah disimpulkan beberapa permasalahan mengapa pengkaji memilih untuk membuat kajian mengenai tajuk ini dalam aspek sintesis Tasawwuf dan Falsafah. Permasalahan-permasalahan tersebut adalah :

10 Pantheisme : ertinya (Yunani: πάν ( 'pan' ) = semua dan θεός ( 'theos' ) = Tuhan) secara harafiah ertinya adalah "Tuhan adalah Semuanya" dan "Semua adalah Tuhan". Ini merupakan sebuah pendapat bahawa segala sesuatu merupakan Tuhan abstrak imanen yang mencakup semuanya; atau bahawa Alam Semesta, atau alam, dan Tuhan adalah sama. Ini adalah fahaman yang salah ditafsirkan oleh barat.

(17)

1. Siapakah ibn ‘Arabi sehingga kitab Futuhat al-Makkiyyat dan Fusus al-Hikam karangan beliau tetap menjadi rujukan para penyelidik barat sehingga kini?

Bagaimana corak kehidupan, pengaruh tasawwuf dan falsafah terhadap corak pemikirannya? Apakah kesan pengaruh zamannya ke dalam sistem sintesis tasawwuf dan falsafahnya?

2. Apakah persoalan persoalan tasawwuf yang diketengahkan dri aspek shari’at, hakikat, toriqat dan ma’rifat. Apakah keempat empat ini wujud di dalam kitabnya? Lantas memungkinkan beliau teguh berdiri untuk dipostulatkan sebagai tokoh Tasawwuf-Sunni sejati yang sealiran dengan ulama’ muktabar?

3. Apakah pemikiran beliau dalam falsafah dari segi ontologi, metodologi, epistemologi, dan juga aksiologi menepati unsur unsur ajaran Islam yang terdapat dalam al-Quran dan juga Sunnah? Lantas persoalan mengenai benarkan ibn ‘Arabi dikategorikan dalam kerangka tasawwuf-falsafi yang dikatakan bukan dari ajaran sunnah sebenarnya, benarkan sedemikian? Jikalau tidak sedemikian, apakah asas asas atau dalil dalil dari Quran dan Hadis yang menyokong bahawa sebenarnya ibn ‘Arabi mensintesis falsafah dan tasawwuf yang merupakan dua subjek penting dalam intipati islam?

4. Apakah sintesis Falsafah dan Tasawwuf ini terkandung dalam makna insan al- kamil yang diperkenalkannya, dan adakah ia mengandungi kekuatan intelektual, emosional, spiritual dan fizikal secara bersepadu?

OBJEKTIF KAJIAN

Berdasarkan kepada permasalahan-permasalahan di atas, terdapat beberapa objektif yang ingin pengkaji capai dalam kajian ini bagi menjawab permasalahan- permasalahan tersebut, iaitu:

1. Mengkaji secara terperinci mengenai biografi dan riwayat hidup ibn ‘Arabi.

Melalui sisi biografi ini dapat membersihkan nama ibn ‘Arabi sebagai tokoh tasawwuf-falsafi yang mulhid yang dikatakan terpengaruh dengan falsafah bukan islam.

2. Menjelaskan perbahasan ibn ‘Arabi dalam aspek shari’at, hakikat, toriqat dan ma’rifat di dalam Tasawwuf yang selaras dengan al-Quran dan as-Sunnah.

Melalui sisi ini, beliau bolehlah dikategorikan sebagai tokoh tasawwuf-sunni kerana bertunjangkan keempat aspek ini dan disokong dalilnya dari sumber al- Quran dan as-Sunnah.

3. Menghuraikan perbincangan ibn ‘Arabi dalam aspek ontologi, metodologi, epistemologi, dan aksiologi yang terkandung di dalam Falsafah yang selaras dengan ajaran al-Quran dan as-Sunnah. Melalui huraian ini ia dapat menyatakan bahawa falsafah yang dibincangkannya bersumberkan dari sumber islami iaitu al-Quran dan as-Sunnah.

4. Cuba memberi kerangka ilmu untuk membentuk modul atau gagasan integrasi

“Insan al-Kamil” yang menggunakan kekuatan minda (Intellectual Quotient) dan fizikal (Physical Quotient) melalui ilmu falsafah dan juga menggunakan kekuatan emosi (Emotional Quotient) dan rohani (Spiritual Quotient) melalui ilmu tasawwuf berlandaskan pemikiran ibn ‘Arabi. Hasil dapatan ini kerana ia serasi dengan kedua dua ilmu ini iaitulah ilmu falsafah dan ilmu tasawwuf.

(18)

METODOLOGI KAJIAN

Kajian ini merupakan kajian berbentuk kualitatif. Menurut Norman Blaikie (2004), Metode kajian kualitatif hendaklah mengandungi masalah kajian, yang mana masalah ini memerlukan persoalan persoalan yang hendak dijawab seperti apa, kenapa dan bagaimana. Masalah utama kajian ini ialah apakah benar ibn ‘Arabi dikategorikan sebagai mengamalkan tasawwuf-falsafi yang tekeluar daripada ajaran Quran dan sunnah? Apakah sebenarnya tasawwuf dan falsafah menurut ibn ‘Arabi yang sebenar- benarnya? Maka metod kajian ini cuba mengenal pasti, cuba menjelaskan karakter dan cuba menerangkan sistem tasawwuf dan falsafah ibn ‘Arabi. Maka kajian ini menggunakan metod secara deskriptif, iaitu mengkaji tentang karakter tasawwuf dan falsafah ibn ‘Arabi. Ia cuba meneliti paten dan bentuk falsafahnya. Maka, pendekatan yang sesuai adalah content analysis approach, iaitu meneliti-ulang tulisan ibn ‘Arabi dengan menyelaraskan perkaitan yang erat dengan al-Quran dan as-Sunnah.

Kaedah Pengumpulan Data

Oleh itu, metode kajian yang akan pengkaji gunakan adalah analisis kandungan secara deskriptif yang mana melalui kaedah ini, pengkaji akan menganalisa data dan maklumat-maklumat daripada sumber-sumber primer iaitu kitab-kitab karangan ibn

‘Arabi terutama futuhat al-makkiyyat dan fusus al-hikam yang menjelaskan mengenai pemikiran dan pendapat-pendapat beliau mengenai bidang falsafah dan tasawwuf.

Selain itu, data-data sekunder seperti jurnal, tesis, latihan ilmiah, buku, majalah dan lain-lain lagi daripada penulis penulis lain yang berkaitan turut pengkaji ambil untuk dijadikan rujukan.

Kaedah Penganalisisan Data

Dalam hal analisa kandungan ini tentulah ia melibatkan proses data. Proses data ini adalah melibatkan dua hal iaitu mengumpul data dan menganalisa data. Data akan dikumpul melalui textual ibn ‘Arabi yang berkaitan dengan falsafah dan tasawwuf terutama dalam kitab futuhat al-makkiyyat dan fusus al-hikam.

H. Russell Betrand (2003) menyatakan bahawa kaedah kualitatif yang berbentuk data mempunyai 3 bentuk iaitu data audio, data video dan data text. Dalam kajian ini, data text akan digunakan terhadap kitab ibn ‘Arabi. Menurut beliau lagi, analisa data text pula samaada berbentuk text as proxy for experience atau text as object of analysis. Text as proxy for experience pula ialah systematic elicitation dan free-flowing text. Systematic elicitation berupa analisa free list, pile sorts, paired comparisons, triad tests dan frame substitution. Manakala free-flowing text menganalisa tentang perkataan dan kod. Perkataan termasuklah keyword in context, word count, semantik dan peta minda. Manakala bentuk analisa text yang kedua iaitu text as object of analysis adalah menganalisa tentang tulisan, struktur tatabahasa, penampilan, dan penceritaan di dalam text. Dalam hal ini, pengkaji akan menggunakan analisa text as object of analysis yang mana teks ibn ‘Arabi akan dianalisa untuk meneliti berkenaan ruang ruang tasawwuf dan falsafah yang disentuhnya.

Manakala dalam hal menganalisa data ini pula, Nachmias (1982) menyatakan

(19)

bahawa terdapat dua bentuk coding dalam hal data. Menurutnya, Membina Skema Coding ini melibatkan dua cara iaitu induktif dan deduktif. Coding yang berbentuk deduktif ini ialah dengan cara membina beberapa kategori yang bersesuaian daripada hukum dan prinsip yang sedia ada. Maka pengkaji akan menggunakan kaedah deduktif ini. Ini bermakna pengkaji akan mengkategorikan dan mengklasifikasi pemikiran ibn ‘Arabi ini kepada dua aspek iaitu aspek tasawwuf dan aspek falsafah.

Kemudian dari aspek falsafah ini pula akan dibahagikan kepada empat aspek iaitu ontologi, epistemologi, metodologi dan aksiologi mengikut prinsip utama di dalam dunia falsafah. Manakala dari aspek tasawwuf pula, ia akan dibahagikan kepada klasifikasi shari’at, hakikat, toriqat dan ma’rifat mengikut prinsip di dalam dunia tasawwuf. Maka dengan coding deduktif ini dapatlah dinyatakan bahawa ibn ‘Arabi merupakan ahli tasawwuf sejati dan juga boleh dikatakan sebagai ahli falsafah yang bersepadu yang membincangkan kedua dua bidang tersebut secara integrasi.

Menurut Blaikie pula, ada empat strategik yang patut digunakan dalam metodologi kajian iaitu induktif, deduktif, retroduktif dan abduktif. Dalam kajian ini, strategi yang digunakan ialah melalui kaedah induktif, di mana data data yang ditulis oleh ibn ‘Arabi dianalisa secara signifikan mengikut kesesuaian topik topik di dalam perbahasan ilmu falsafah dan topik topik ilmu tasawwuf. Kemudian hal ini diklasifikasikan dan dikarakteriakan mengikut kesesuaian. Kaedah Induktif sangat sesuai kerana ia bermatlamatkan untuk menjelaskan apa sebenarnya karakter karakter falsafah ibn ‘Arabi yang dikatakan sesat sehingga mencapai kesimpulan umum bahawa ibn ‘Arabi tidak sesat dengan falsafahnya kerana ia bersangkut paut dengan landasan al-Quran.

Kajian ini lebih bersifat induktif secara menyeluruh kerana ia bermula daripada perbincangan perbincangan topik khusus iaitu falsafah ibn ‘Arabi yang kononnya dikatakan sesat menuju kepada kesimpulan umum yang menyatakan bahawa sebenarnya perbincangan falsafahnya selaras dengan al-Quran dan as-Sunnah.

Demikian juga yang berkaitan dengan tasawwufnya. Kemudian menjawab persoalan bagaimana data dari al-Quran dan Sunnah menyokong data data tulisan ibn ‘Arabi, yang menyatakan ia adalah serasi dan selaras dengan Quran dan Sunnah, bukan dari falsafah luar daripada konteks Islam.

Maka kaedah induktif dan deduktif akan digunakan sekaligus dalam kajian ini.

Ini bermakna pembahagian tajuk dalam buku ini mengikut kaedah deduktif. Kaedah deduktif ini menentukan pemikiran ibn ‘Arabi kepada dua bab iaitu bab tasawwuf dan bab falsafah. Kaedah ini diteruskan kepada pembahagian tasawwuf kepada empat iaitu shari’at, hakikat, toriqat dan ma’rifat menurut ibn ‘Arabi. Kemudian seterusnya berkenaan falsafah ontologi, falsafah epistemologi, falsafah metodologi dan juga falsafah aksiologi. Kemudian kaedah induksi digunakan di dalam menentukan tasawwufnya dan falsafahnya adalah merupakan ajaran yang selaras dengan al-Quran dan as-Sunnah. Ini bermakna setelah data data yang dikumpulkan dari kitab ibn ‘Arabi yang membincangkan tentang falsafah dan tasawwuf, maka ia akan diserasi dan dibuktikan bahawa keduanya mempunyai perkaitan yang kuat dengan dalil dalil dan hujahan daripada nas al-Quran dan as-Sunnah.

TINJAUAN LITERATUR

Sepanjang pembacaan saya, rata rata buku menceritakan bahawa ibn ‘Arabi tergolong di dalam tasawwuf-falsafi. Tasawwuf-falsafi harus dijauhi kerana ia bukan bersumber

(20)

dari ajaran islam, ia cedokan dari falsafah luar. Kemudian, saya cuba mencari tentang apa tasawwuf ibn ‘Arabi, dan apa pula falsafah ibn ‘Arabi. Namun, saya masih belum mendapati mana mana penulisan yang membicarakan tentang ibn ‘Arabi dari aspek tasawwuf dan falsafah sekaligus. Apa yang ada Cuma sebahagian buku yang membicarakannya secara terpisah. Belum ada penulisan yang membicarakan sudut pandang falsafah ibn ‘Arabi yang meliputi ontologi, epistemologi, metodologi dan juga aksiologi secara bersepadu dan tersusun. Malah tidak ditemui langsung buku buku yang membicarakan tentang perkaitan perkaitan bidang tersebut dengan keserasian al-Quran dan as-sunnah nabawi. Demikian juga belum ada pembicaraan tasawwuf ibn ‘Arabi secara tersusun dari aspek shari’at, hakikat, toriqat dan ma’rifat secara bersepadu yang berjalan dengan ajaran sunnah yang sebenar.

Dari bacaan literature saya dalam Perpustakaan Tun Sri Lanang UKM, ada satu tesis yang ditulis tentang falsafah ibn ‘Arabi iaitu“Wahdah Al-Wujud (Satu analisa terhadap sudut pandangan Ibn Arabi)” oleh Zakaria Bin Stapa. Tesis tersebut dikeluarkan oleh Jabatan Usuluddin pada tahun 1979. Buku tersebut hanya membicarakan tentang kerangka Wahdat al-Wujud dari sudut pandangan ibn ‘Arabi dari aspek ontologi sahaja. Kajian tersebut memfokuskan tentang adakah fahaman Wahdat al-Wujud sebagai salah satu produk akal semata mata yang terhasil daripada falsafah falsafah sebelumnya atau tajribat as-sufiyyah yang didapati melalui ilham ilahi. Lanjutan daripada itu kajian tersebut cuba menghuraikan Wahdat al-Wujud samaada Allah itu adalah alam semesta atau merupakan sesuatu yang terpisah.

Sehinggakan kajian itu merungkai kekusutan untuk menyelamatkan akidah. Hal ini kerana disebabkan fahaman Wahdat al-Wujud disalahfahami dan dianggap sesat yang begitu mencengkam dalam pemikiran kebanyakan persepsi umat Islam. Namun penulis tersebut mengakui banyak aspek lain lagi yang belum dikaji. Aspek itu berkenaan epistemologi, metodologi dan juga aksiologi. Di sana masih ada ruang kosong untuk kajian seterusnya iaitu apakah sebenarnya persoalan persoalan falsafah yang telah disentuh oleh ibn ‘Arabi yang sebenarnya mengandungi dalil dari Quran dan sunnah dan apa pula bahagian konsep tasawwuf yang dialami oleh beliau. Maka disinilah perlunya kajian lanjutan dan suatu wadah baru tentang ontologi ibn ‘Arabi dari kacamata al-Quran.

Selain daripada itu, satu tesis doktor oleh Ibrahim Hamed Hasan Abu Sualik bertajuk “Insan Kamil Menurut Al-Jili : Kajian Akidah Dan Kritikan Menurut Al- Quran & Sunnah” yang dikeluarkan pada tahun 2009 juga menyebutkan peranan ibn

‘Arabi dalam memberikan konotasi makna Insan al-Kamil dalam pemikiran Al-Jili.

Hal ini berlaku kerana Al-Jili dan ibn ‘Arabi merupakan satu aliran pemikiran yang sama. Maka dengan ini, kajian ini memfokuskan hanya tentang makna Insan al-Kamil sahaja. Namun, kajian ini hanya terfokus kepada insan semata mata. Tesis ini hanya berkaitan dengan aspek ontologi dalam falsafah sahaja. Masih ada ruang yang besar lagi yang perlu diterokai selain daripada konsep Insan al-Kamil tersebut termasuklah aspek epistemologi ilmu dan metodologi ilmu. Ruang kekosongan tersebut yang tidak didapati adalah kajian lanjutan tentang apakah dan bagaimana falsafah ibn ‘Arabi dan tasawwuf mempunyai kaitan rapat dengan Insan al-Kamil tersebut. Maka ia perlu diterokai berkenaan signifikan antara Insan al-Kamil dan sintesis falsafah-tasawwuf.

Berkenaan dengan ontologi lagi, Mohd. Haj Yousuf (2008) yang mengkaji kitab karangan ibn ‘Arabi telah mendapati bahawa definisi definisi ibn ‘Arabi tentang

“masa” menepati aspek sains moden dalam aspek falsafah. Definisinya sesuai dengan hukum relatif Einstein-Podolsky-Rosen. Hukum tersebut merupakan kerangka dunia fizik dalam penciptaan teknologi pada masa hadapan dalam aspek merentas masa.

(21)

Dalam kajian ini juga beliau menggagaskan bahawa perlunya kajian semula yang mendalam apa jua bidang terhadap tulisan tulisan ibn ‘Arabi bagi menggali aspek Sains (baca : Falsafah) daripada bahasa tulisannya kerana definisi definisi beliau dalam dunia falsafah sesuai dan releven dengan hukum sains moden terkini. Kajian ini hanya terfokus kepada masa, hanya aspek ontologi, maka masih belum ada lagi kajian tentang falsafah ibn ‘Arabi secara menyeluruh termasuk aspek epistemologi, metodologi dan juga aksiologi. Hal ini kerana masa itu adalah salah satu aspek di dalam ilmu falsafah. Maka ia perlu kajian lanjutan untuk meneliti aspek falsafah ontologi secara menyeluruh dalam tulisan ibn ‘Arabi.

Dalam kitab tersebut, beliau hanya menjelaskan aspek ontologi sahaja iaitu masa dan kosmologi alam yang bertepatan dengan hukum sains moden terkini. Beliau hanya menjelaskan secara ringkas mengenai topik ontologi ini yang bertepatan dengan hukum Rosen-Podolsky. Beliau cuma menyatakan bahawa masa itu tidak tetap dan berubah secara dinamik yang memungkinkan manusia boleh merentasi masa. Beliau menjelaskan maksud masa sebagai dua titik pergerakan yang memungkinkan seseorang itu boleh memanjangkan dan memendekkan masa itu kerana ia adalah makhluk yang boleh dimodifikasi. Kajian ini hanya aspek ontologi sahaja, tidak membincangkan aspek epistemologi, metodologi dan aksiologi ibn ‘Arabi dalam falsafah. Dengan penjelasan yang sedemikian, di sana ada aspek lain yang tidak disentuh dan tersembunyi yang perlu diterokai lagi dalam aspek falsafah ibn ‘Arabi tentang epistemologi, metodologi dan aksiologi yang memungkinkan kajian ini perlu dijalankan. Mohd Haj Yousuf tidak menyatakan aspek aspek lain dalam dunia Falsafah kepada aspek epistemologi ilmu dan sebagainya. Ini membuka ruang kepada kajian seterusnya terhadap aspek aspek sains/falsafah lain yang mungkin ada dalam kitab ibn ‘Arabi yang menyatakan bahawa falsafah ibn ‘Arabi adalah benar dan bertepaan dengan sains moden. Jadi kenapa dikatakan falsafah ibn ‘Arabi terkeluar dari konteks Islam? Ini juga akan menjadi kajian susulan secara ringkas terhadap dunia sains yang bersifat emperikal. Oleh itu, penulisan beliau juga memerlukan penambahbaikan dan perincian untuk lebih jelas dalam menyata dan mengkategorikan aspek falsafah yang masih luas lagi yang mempunyai bukti bahawa sintesis falsafah dan tasawwuf ini bukanlah tasawwuf-falsafi yang dikatakan tidak ada dasarnya dalam islam. Selain itu, Rom Landau ada menulis sebuah buku berkenaan falsafah ibn

‘Arabi yang bertajuk “The Philosophy Of Ibn ‘Arabi”. Beliau menyatakan bahawa ibn

‘Arabi adalah seorang pemikir yang sangat pragmatik. Nama ibn ‘Arabi selaras dan sejajar dengan ahli falsafah seperti ibnu Sina, ibn Rusyd mahupun al-Farabi dalam dunia falsafah. Di sini pula, dalam buku beliau, ibn ‘Arabi dipostulatkan sebagai ahli falsafah yang berjaya dalam merangka sebuah sistem kosmologi alam iaitu melalui

“unity of being”. Menurutnya lagi, falsafah ibn ‘Arabi jelas dalam konsep pantheisme.

Pantheisme terkandung di dalamnya konsep teologi ketuhanan dan juga kosmologi alam sejagat. Namun dalam kajian ini masih kurang membicarakan aspek tasawwuf ibn ‘Arabi. Walaupun ada sedikit beliau mengaitkan ajaran ibn ‘Arabi berkait rapat dengan aliran ibn Masarrah yang bersifat sufistik dan juga Ikhwan al-Safa, namun ianya sangat kurang dan masih banyak yang belum disentuh oleh beliau dalam aspek aspek tasawwuf. Maka di sinilah kajian secara bersepadu diperlukan, suatu ruang kosong kajian untuk memasukkan aspek tasawwuf yang mendalam di dalam sistem pemikiran ibn ‘Arabi.

Selanjutnya kajian yang berlainan hanya dalam konsep Tasawwuf atau misticisme ibn ‘Arabi pula adalah buku “The Sufi Path of Knowledge: Ibn al-'Arabi's Metaphysics of Imagination” yang ditulis oleh William C. Chittick (1998). Beliau

(22)

mengetengahkan pemikiran ibn ‘Arabi dalam aspek epistemologi ilmu bahawa pengetahuan boleh didapati melalui penyucian hati. Hati mampu mengetahui sesuatu tanpa menggunakan akal fikiran, rasional mahupun eksprimental yang selalunya dilakukan oleh ahli falsafah. Chittick mengklasifikasikan kajiannya tentang pemikiran ibn ‘Arabi dalam dunia metafizik yang di luar batasan minda dan akal. Apabila seseorang itu sangat rapat dan dekat dengan Tuhan, maka segalanya akan tersingkap, terbuka, dapat dirasa, dan dapat dialami melalui imaginasi dan pengalaman ekspresi.

Namun kajian ini hanya berkaitan epistemologi sahaja, tidak ada perbincangan berkenaan metodologi serta tasawwuf yang mempunyai toriqat dalam mendapatkan ilmu. Maka sangat perlu untuk dikaji tentang dunia metodologi ibn ‘Arabi sehingga menemui hakikat dan ma’rifat, malah ia harus dilanjutkan kerana wujud polarisasi ilmu antara minda (intelektual/fizikal) dan hati (emosional/spiritual), ia juga perlu penggabungan dalam metodologi pencarian ilmu dunia falsafah dan dunia tasawwuf yang penting di dalam dunia fizik dan metafizik.

Cuma ada satu bacaan yang membicarakan kedua duanya falsafah dan tasawwuf dalam pemikiran ibn ‘Arabi. Iaitu kajian Franz Rosenthal yang membuat penulisan ilmiah berkenaan falsafah dan tasawwuf ibn ‘Arabi yang bertajuk “Ibn’

Arabi Between Philosopy And Mysticism”. Kitab tersebut merupakan antara penulisan terbaik dalam menyentuh aspek kajian ini. Rosenthal melontar persoalan samaada ibn

‘Arabi ini adalah seorang ahli falsafah atau ahli tasawwuf? Walaupun beliau ada memasukkan mengenai kedua duanya terkandung di dalam pemikiran ibn ‘Arabi, namun beliau cenderung mengatakan ibn ‘Arabi adalah seorang ahli mistik. Namun kajian tersebut menyatakan ibn ‘Arabi lebih kepada tasawwuf yang cuba berfalsafah.

Kajian beliau masih terpisah dan tidak menyatakan ianya adalah sintesis yang bersepadu. Dalam kitab tersebut, beliau tidak menyatakan dukungan al-Quran dan al- hadis yang menyokong falsafah dan tasawwuf ibn ‘Arabi. Namun dalam penulisan ilmiah tersebut, beliau hanya menyatakan sebahagian pemikiran ibn ‘Arabi adalah mistik ketimuran arab. Ini bermakna ia lebih kepada mistik falsafah. Selain itu juga, beliau ada meneliti pendapat ibn ‘Arabi mengenai aspek falsafah namun ia klasifikasikannya sebagai hanyalah Gnosticisme monistik yang cenderung kepada dunia tasawwuf semata mata. Beliau menjelaskan bahawa falsafah dan sufisme adalah jiran yang saling ziarah menziarahi antara satu dengan yang lain. Masing masing mempunyai bidang perbincangan yang luas. Walaupun begitu ada beberapa aspek lagi yang tidak disentuh oleh beliau dalam sub-topik falsafah ibn ‘Arabi terhadap sufi dan begitu juga sufi ibn ‘Arabi terhadap falsafah. Namun Rosenthal juga tidak membincangkan aspek tasawwuf tersebut kepada bidang shari’at, hakikat, toriqat dan ma’rifat yang yang mendasari ilmu Tasawwuf di dalam manuskrip ibn ‘Arabi. Masih ada ruang yang kosong dalam kajian tersebut yang masih belum diterokainya iaitu Tasawwuf ibn ‘Arabi. Maka kajian lanjutan untuk memasukkan ilmu Tasawwuf yang terdiri aspek shari’at, hakikat, tariqat dan ma’rifat sangat perlu sekali.

Berkenaan dengan harus mengkaji penulisan ibn ‘Arabi ini secara berterusan, wujud organisasi yang mendukung hal ini. Malah dunia barat telah membuat satu organisasi “The Muhyiddin Ibn Arabi Society” untuk mengkaji pelbagai aspek dalam pemikiran ibn ‘Arabi (www.ibnarabisociety.org). Sehingga banyak jurnal jurnal dan wacana ilmiah terhasil daripada pertubuhan organisasi tersebut. Selain daripada itu juga, Anga Publishing telah mewujudkan laman sesawang sebagai tempat kajian dalam tulisan tulisan ibn ‘Arabi (www.ibn-arabi.com/aboutia.htm). Walaupun sebahagian tulisan ilmiah dalam organisasi ini cenderung kepada fahaman pantheisme, liberalisme dan pluralisme yang cuba dipopularkan oleh agenda barat, yang

(23)

mengutamakan wahdat-wujud untuk diketengahkan, namun masih banyak lagi rahsia rahsia dari sudut sudut lain yang positif yang harus diterokai di dalam buku buku ibn

‘Arabi. Ini menunjukkan bahawa tulisan tulisan ibn ‘Arabi itu begitu universal dan harus dikaji semula. Kajian susulan diperlukan untuk mengambil sebanyak mungkin khazanah yang boleh ditemui di dalam bait bait tulisannya berkenaan falsafah dan tasawwuf ibn ‘Arabi.

Berkenaan dengan peri-pentingnya kajian berkenaan falsafah dan tasawwuf, maka perlu kajian berkenaan pemikiran ibn ‘Arabi ini apakah benar falsafah dan tasawwuf dibincangkan di dalam kitabnya. Jikalau kita melihat masa kini, dunia barat mula mengkaji pemikiran beliau dalam aspek saintifik terutama dalam teknologi telepati, hal ini kerana kehidupan mistik ibn ‘Arabi ada berkaitan dengan hal tersebut.

Ia juga mengambil pelbagai macam istilah daripada terminologi ibn ‘Arabi berkenaan masa yang bersifat relatif yang boleh direntasi, fahaman beliau sangat releven dan sama dengan “teori mekanik kuantum” yang dipelopori oleh ilmu fizik kini.11 Kajian ini perlu kerana ia adalah tafsiran semula makna yang implisit terkandung disebalik kata kata beliau dalam dunia tasawwuf. Ironinya lagi dalam aspek dunia tasawwuf pula, apa yang menariknya di dunia barat kini, mereka mula meninggalkan dunia emprikal dan beralih kepada dunia misticisme dalam pencarian ilmu. Mereka mengatakan bahawa dunia fizik yang bersifat inderawi tidak dapat menemui kebenaran yang jitu. Ian Graeme Barbour (1923), seorang sarjana Amerika mengatakan bahawa dunia falsafah yang bersifat objektif hanya mampu menerokai dunia kecil, separa dan tidak abstrak tidak seperti pendekatan dunia agama melalui sufisme yang begitu subjektif, menyeluruh dan naturalisme (The PBS Online Newhour 1999) Maka disinilah perlunya kajian mendalam terhadap persoalan tasawwuf ibn ‘Arabi untuk menjadi salah satu cara untuk mencapai ilmu metafizik yang merupakan masalah kajian dalam penerokaan ini.

Kini, dunia barat yang maju dari aspek saintifik dan teknologinya pula mula mencari kaedah dan pendekatan baru dalam penerokaan ilmiah dari aspek tasawwuf.

Menurut Heisenberg, seorang pencerap fizik tidak akan dapat menentukan halatuju dan kedudukan setiap zarah (objek) yang dicerap secara serentak kerana kelemahan inderawi yang bersifat eksprimental. Ini berlaku ekoran gangguan mekanisme penyukatan cahaya yang sekaligus menunjukan kerawakan pergerakan zarah elektron yang sukar ditentukan magnitudnya. Maka, fenomena ini menunjukkan kegagalan dunia saintifik yang bersifat falsafah dan ia sebenarnya memerlukan dunia tasawwuf untuk melengkapkan pencarian hakikat sebenar. Jikalau ibn ‘Arabi dikatakan kafir kerana berfalsafah dalam tasawwuf, maka kenapa dunia kini cuba melihat tasawwuf sebagai medan dalam pencarian ilmu? Apakah kerana dikatakan ibn ‘Arabi tergolong dalam tasawwuf-falsafi, lantas orang menjauhi tasawwuf ini? Maka dengan ini, perlulah kajian lanjutan untuk meneliti falsafah dan tasawwuf ibn ‘Arabi.

Lantaran kegagalan ujikaji saintifik itu terpaksa menghubungkan pengaruh metafizik yang terhimpun dalam tradisi agama melalui dunia sufi dan mana mana kepercayaan tradisi agama. Justeru tidak hairan jika kita melihat wujudnya kecenderungan di kalangan fizikawan untuk menyelesaikan ketidaklengkapan fizik yang bersifat falsafah dengan menoleh kepada pengalaman agama, sepertimana yang

11 Hakim Bey, Quantum Mechanic & Chaos Theory (Anarchist Meditation On N.Herbert’s Quantum

reality : Beyond The New Physic) “My intuition says that Ibn Arabi might prove a goldmine to Quantum Theorists, but the "mingling of two oceans" conjured up by such an imagined confrontation would involve decades of hard labor to grasp & contain — & so I leave it to someone else to follow up”.

(24)

dilakukan oleh ibn ‘Arabi dalam dunia sufistik. Malah kini, fizikawan barat sendiri berusaha mencari jalu jalur misticisme timur bagi mencari jawapan tersebut, seperti yang diusahakan oleh Gary Zukav, Frijof Capra dan Michel Talbot.

Maka kajian berkenaan tasawwuf ibn ‘Arabi sebagai seorang ahli tasawwuf yang mementingkan alam rasa-inderawi sangat diperlukan untuk menjadi platform dalam pencarian ilmu dan hakikat sebenar. Jauh daripada itu, kajian kepustakaan ini juga mendapati bahawa apa yang kita cari sebenarnya terkandung di dalam diri kita.

Ini bermakna alam tasawwuf yang bersifat rasa-pengalaman juga menemui apa yang ditemui oleh alam falsafah yang bersifat saintifik-inderawi. Morris Berman (1981) dalam “The Reenchantment of The World” mengatakan bahawa kesedaran kitalah (yakni perilaku fikiran kita) merupakan sebahagian daripada elemen yang menentukan hasil ujikaji dalam fizik kuantum. Ini bermakna terserah kepada kehendak kita, bagaimana mahu menerangkan sifat sesuatu objek yang sedang dicerap, sama ada ia bersifat zarah atau ia bersifat gelombang.

Sehubungan dengan itu, Shahidan Radiman (2008), dalam wacananya menjelaskan bahawa di antara dunia fizik dan dunia metafizik ada satu barzakh yang memisahkan. Dunia fizik telah berjaya dihurai oleh ahli falsafah kerana ia berkaitan dengan hukum inersia, jisim, jirim, supertali, membran, teori gravity, mekanik kuantum, teorem CP dan sebagainya. Namun masih gagal diterokai oleh ahli falsafah di dalam menyelesaikan topos theoretik, rahsia mimpi, alam rasa, telepati, teologi dan sebagainya. Dunia metafizik yang mendasari “intuitionistik/higher order logic” telah diterokai oleh ahli ahli sufi dalam bahasanya yang tersendiri di alam ghaib. Maka ia memerlukan ilmu tasawwuf setelah falsafah gagal memahaminya. Ia menyarankan kajian mendalam dalam pemikiran ibn ‘Arabi dari aspek tasawwuf.

Secara konklusinya, sepanjang kajian kepustakaan ini, saya masih belum menemui satu karya tentang ibn ‘Arabi dalam sintesis falsafah dan tasawwuf secara tersusun dalam satu kitab. Malah tidak ada kajian yang membicarakan dukungan al- Quran dan al-Hadis yang menyokong falsafah dan tasawwuf beliau. Apa yang ada hanya membicarakannya secara terpisah. Ada juga yang perbahasan yang menyatukannya menjadi fahaman tasawwuf-falsafi (speculative sufism). Namun ia masih dalam konteks bidang tasawwuf. Kajian lanjutan ini adalah sebagai satu susunan lengkap dan cuba mengisi kekosongan yang ada tentang persoalan persoalan kedua dua bidang falsafah dan tasawwuf yang mempunyai hujahan dan dukungan al- Quran dan as-Sunnah untuk meletakkan bahawa ibn ‘Arabi adalah tasawwuf sunni yang juga menggunakan falsafah (baca : hikmah) kerana ia juga salah satu tuntutan dalam ajaran Islam.

HASIL KAJIAN DAN PERBINCANGAN

Kajian ini mempunyai sumbangan ilmiah kepada masyarakat Islam agar masyarakat mengambil pemikiran ibn ‘Arabi ini di dalam kehiduan, disebabkan beliau cuba mengharmonikan kedua dua bidang yang sangat penting iaitu falsafah dan tasawwuf.

Tafsiran baru ditemui kerana wujud nilai saintifik yang bersifat falsafah di setiap perbicaraannya dalam tasawwuf beliau. Malah wujud dalil dalil al-Quran dan Hadis yang menyokong perbahasan beliau dalam falsafah (ilmu hikmah) mahupun tasawwuf seterusnya menolak pandangan yang mengatakan ibn ‘Arabi merupakan tasawwuf- falsafi yang terpengaruh dengan falsafah Yunani dan Rom yang terkeluar dari konteks islam. Implikasi kajian ini akan memberi konotasi baru bahawa ibn ‘Arabi sebenarnya

(25)

ahli tasawwuf tulin, namun telah mensintesiskan falsafah (hikmah) dan tasawwuf dalam memahami sesuatu perkara ilmu sains dan ilmu hakikat selaras dengan dalil quran dan sunnah. Lantas ia membuka lembaran baru untuk kajian lanjutan dalam pemikiran ibn ‘Arabi.

KESIMPULAN

Berdasarkan kepada penulisan dan kajian-kajian lepas, jelas menunjukkan rata-rata kajian terkini dalam dunia falsafah berkenaan dengan ibn ‘Arabi. Kajian tersebut menjadi lebih sofistikated kerana wujud aliran yang pro dan kontra terhadap posisi ibn

‘Arabi, sehinggakan ada yang menglabelkan beliau sebagai Shaikh al-Akbar, sebaliknya ada juga yang mengistiharkan beliau sebagai kafir. Masing masing aliran pemikiran membuktikan hujah hujah mereka dengan menggunakan tulisan tulisan pemikiran ibn ‘Arabi. Penulisan mereka juga lebih menyentuh skop yang lebih besar iaitu menyentuh bahasa bahasa yang terlalu metafizik dalam menjelaskan pemikiran ibn ‘Arabi. Ini memberi kesan ke atas kajian mereka apabila perbahasan mengenai sintesis falsafah dan tasawwuf tidak diterangkan secara terperinci. Oleh itu, untuk menampung segala kekurangan dan lompang-lompang tersebut, satu kajian akan pengkaji lakukan, ini bermakna kajian ini adalah lebih khusus dan terperinci mengenai falsafah ibn Arabi dari aspek ontologi, epistemologi, metodologi dan juga aksiologi.

Demikian juga mengenai tasawwuf ibn ‘Arabi dari aspek shari’at, hakikat, toriqat dan ma’rifat. Kajian ink akan Cuba untuk membawa kedua dual bidang tersebut iaitu falsafah dan tasawwuf ibn ‘Arabi mempunyai dasar dan dalil hujahan di dalam al- Quran dan al-Hadis untuk menyatakan bahawa ibn ‘Arabi merupakan ilmuan Islam yang membincangkan secara bersepadu ilmu falsafah dan tasawwuf.

RUJUKAN Encyclopedia of Islam. t.th. t.tp: t.pt. A.Ates.

Affifi. t.th. Tasdir ‘ala Fusus al-Hikam. t.tp: t.pt.

Affifi. t.th A History of Muslim Philosophy.

Amin Syukura. 2002. Menggugat Tasawuf. Yogyakarta: Pustaka Pelajar.

Nachmias, David. 1982. Research Methods in the Social Sciences. New York: St.

Martin’s Press.

Fadli Rahman. 2007. Akh

Rujukan

DOKUMEN BERKAITAN

Ibn Qayyim al-Jawziyyah memberikan sumbangan yang tidak ternilai kepada perkembangan ilmu dalam hampir semua disiplin ilmu-ilmu Islam pada zamannya.Sumbangan

Penyelidikan Ijazah Tinggi di peringkat Ijazah Doktor Falsafah dan Ijazah Sarjana Usuluddin dalam bidang pengajian Hadith dan ilmu- ilmu yang berkaitan dengannya

5 Seorang tokoh ilmuwan Islam yang sangat meluas dalam pelbagai bidang ilmu pengetahuan khususnya dalam bidang falsafah, u su l fiqh, ilmu kalam, tasawwuf,

Menurut Mohamad Sabu, 45 kekuatan Dato’ Seri Abdul Hadi Awang adalah terletak pada ketinggian ilmu beliau yang merangkumi pelbagai disiplin ilmu Islam, kefasihan

kerana kitab tasawuf itu telah terkandung di dalamnya Ilmu Uṣūl al-Dīn dan Ilmu Fikah yang farḍu ʻayn, yang tiada dapat tiada daripada mengetahui akan dia oleh segala

Sementara sumber kedua pula ialah apa yang dijadikan sumber utama dalam konsep ilmu menurut pandangan falsafah Barat iaitu daripada pengalaman hidup dan pancaindera.. Ilmu yang

Kajian ini meneliti wujudnya hubungan dan perkaitan antara teks dan alam yang terdapat dalam novel dihasilkan penulis Sarawak dari sudut persaingan antara spesies,

Penyelidikan Ilmiah Amalan Dalam Pengajian Islam.. Ilmu Falak Perjumpaan Khazanah Islam Dan Sains